 Blog For Free!
Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog


 Free Hit Counter
|
| Berkat Rezeki Kerana Sedekah |
| 08.12.04 (4:30 pm) [edit] |
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat)perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92 Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia) Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah'. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi, sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku"
|
|
|
| |
| Yang afdal |
| 08.12.04 (4:01 pm) [edit] |
Hadrat Abu said Al khudri memeberitahu bahawa rasulullah saw bersabda"Hendaklah kamu berzikir sebanyak - banyaknya sehingga orang mengatakan kamu gila"
"Berzikirlah sebanyak2nya sehingga org2 munafik menganggap kau ahli riak."
Orang – orang yang berzikir itu akan dianggap sebagai gila apabila mereka ini berzikir sebanyak2nya dan sekuat2nya (jahr), bukanlah dengan perlahan (sirr).
Hadrat Fudhail rah a berkata"Bahawa meninggalkan suatu amalan kerana takut diperlihatkan, maka inilah riak namanya dan melakukan sesuatu supaya orang melihatnya ini adalah syirik yang nyata"
Orang – orang yang menganggap zikir kuat termasuk bidaah adalah menunjukkan pengetahuan mereka dalam bidang hadith adalah tipis.
Maulana Abdul Hayy telah mengarang risalah berjudul Sabbahatul Fikri menukilkan 50 hadith yang menerangkan zikir jihri adalaah termasuk sunnah. Tetapi haruslah diingat, orang yang berzikir jhri itu janganlah sampai melampaui batasnya iaitu janganlah menyusahkan atau menggangu orang lain.
Man 'amala bima 'alima,warasahullahu 'ilma bima ma lam ya'lam (Barangsiapa beramal dengan apa yang diketahuinya,Allah akan anugerahkannya ilmu yang ia belum ketahui).
~~ sahabat 2004
|
|
|
| |
| Akulah siapa lagi |
| 08.12.04 (3:57 pm) [edit] |
Duhai rang malam Aku mencari di mana cahaya di wajah kamar sepi ku Cahaya yang kekadang bersinar tanpa lampu kalimantang Cerita yang berkisar tentang nadi dan nyawa Waktu pun berlalu bagitu saja Wahai sang siang Sinarmu memberi seribu pinauan Cahaya suriamu membakar jiwa yang gersang Namun panasmu kekadang terasa sejuk Sesejuk EmbunPagi Alahai ...alahai...alahai... Semalam, hari ini dan esok. Aku masih mencari cari kemana hilangnya seri wajah kemana ghaibnya cahaya diri Aku masih saperti aku....
|
|
|
| |
|
|