Titipan Kalbu


Blog For Free!


Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August

My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Free Web Counter
Free Hit Counter




Ada Waktunya DIA bersama
09.30.04 (9:39 pm)   [edit]
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taalauntuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelakketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan initidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.


 
Berzikir
09.30.04 (9:37 pm)   [edit]
Hadrat Abu said Al khudri memeberitahu bahawa rasulullah saw bersabda"Hendaklah kamu berzikir sebanyak - banyaknya sehingga orang mengatakan kamu gila"

"Berzikirlah sebanyak2nya sehingga org2 munafik menganggap kau ahli riak."

Orang – orang yang berzikir itu akan dianggap sebagai gila apabila mereka ini berzikir sebanyak2nya dan sekuat2nya (jahr), bukanlah dengan perlahan (sirr).

Hadrat Fudhail rah a berkata"Bahawa meninggalkan suatu amalan kerana takut diperlihatkan, maka inilah riak namanya dan melakukan sesuatu supaya orang melihatnya ini adalah syirik yang nyata"

Orang – orang yang menganggap zikir kuat termasuk bidaah adalah menunjukkan pengetahuan mereka dalam bidang hadith adalah tipis.

Maulana Abdul Hayy telah mengarang risalah berjudul Sabbahatul Fikri menukilkan 50 hadith yang menerangkan zikir jihri adalaah termasuk sunnah. Tetapi haruslah diingat, orang yang berzikir jhri itu janganlah sampai melampaui batasnya iaitu janganlah menyusahkan atau menggangu orang lain.

Man 'amala bima 'alima,warasahullahu 'ilma bima ma lam ya'lam (Barangsiapa beramal dengan apa yang diketahuinya,Allah akan anugerahkannya ilmu yang ia belum ketahui).

 
Ba'da tahmid dan shalawat
09.30.04 (9:35 pm)   [edit]
Kebahagiaan adalah suatu hal yang sangat diperlukan oleh manusia.Sampai kini masih banyak manusia yang sering mengeluh tidak bahagia, mungkin kita termasuk di dalamnya. Padahal kita lupa, Allah SWT sudah memberi kita banyak kenikmatan dalam hidup ini, yang seharusnya kita syukuri.

Seringkali kita mengukur kebahagiaan hanya dari segi materi atau prestasi yang kita raih. Padahal kebahagiaan dapat tercipta dipengaruhi oleh persepsi kita ketika mengalami suatu peristiwa. Kebahagiaan itu dihasilkan oleh keputusan Anda, oleh ide-ide Anda, pikiran-pikiran Anda, dan sikap-sikap Anda, bukan oleh suatu objek dan bukan pula oleh kondisi lingkungan Anda

"Saya hanya ingin bahagia," itu kalimat yang sering kali terdengar saat ditanya apa yang menjadi cita-citanya. Lalu, siapa yang tidak ingin bahagia? Jika seseorang ingin bahagia berarti dia tidak bahagia, lalu, kenapa tidak bahagia?
Mungkin ini jawaban yang mungkin muncul:
"Saya akan bahagia jika saya berhasil menduduki jabatan tersebut."
"Saya akan bahagia jika berhasil menikah dengan dia."
"Bagaimana bisa bahagia jika saya rugi 20 juta?"
"Bagaimana bisa bahagia jika saya baru saja dipecat?"
dan masih banyak kalimat yang mungkin muncul.
Apakah mereka lupa?
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak."
(QS. Al Kautsar:1)

Ya, Allah SWT telah memberikan nikmat kepada kita, yang tak terhitung banyaknya. Namun begitu banyak manusia tidak bahagia gara-gara sebagian yang dia pikir sebagai nikmat belum diraihnya. Dia tidak bahagia karena hanya melihat apa yang belum dia miliki, padahal nikmat yang telah Allah berikan begitu banyaknya. Melupakan nikmat yang telah diterima, sama saja tidak mensyukurinya.

Jika kita ingin bahagia, tengoklah apa yang telah kita miliki, rasakan berbagai anugrah yang telah diberikan Allah SWT kepada kita. Sungguh, sungguh banyak. Kita tidak akan bisa menghitungnya.

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar- benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS.An Nahl:18)

Seberapa banyak nikmat yang kita miliki dibanding dengan yang belum kita miliki? Pantaskah kita tidak bahagia untuk nikmat yang belum kita miliki itu? Oleh karena itu, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Berbahagialah.
Bersyukur akan membuat kita melihat apa yang sudah kita miliki. Bersyukur akan membantu kita berpikir positif. Namun demikian, bukan berarti kita diharuskan hanya bersyukur saja, tanpa pernah meraih apa yang belum kita alami atau belum kita raih. Dengan mensyukuri apa yang telah kita miliki memang akan membuat kita bahagia, tetapi Allah SWT tetap memerintahkan kita untuk meraih apa yang terbaik. Allah SWT telah memberikan potensi kepada kita untuk kita pergunakan.

Salah satu alasan mengapa sebagian orang tidak mau meraih yang lebih baik karena ketakutan akan kekecewaan yang akan timbul. Mereka takut jika gagal mereka akan kecewa yang tentu saja akan merusak kebahagian yang telah mereka miliki, atau menjauhkan dari kebahagiaan yang justru belum mereka miliki. Padahal, kekecewaan bukan disebabkan oleh kegagalan, tetapi oleh sikap kita terhadap kegagalan tersebut.
Lihatlah, bacalah, bahwa kegagalan yang sama akan berdampak berbeda kepada setiap orang. Ada yang menangis sampai meratapi, ada yang kapok tidak berusaha lagi, ada yang membanting sesuatu, ada yang berteriak, ada yang marah-marah, ada yang biasa-biasa saja, bahkan ada juga yang tersenyum. Kenapa karena mereka menyikapi kegagalan dengan cara yang berbeda.

Faktor lain yang sering membuat seseorang tidak berbahagia ialah akibat dari kehilangan sesuatu. Sedih boleh saja, tetapi janganlah sedih terus menerus yang akan menyingkirkan kebahagiaan kita. Rasulullah SAW sedih saat ditinggal anak, istri, dan paman beliau, tetapi beliau masih bisa sempat tersenyum setelah itu. Perang Uhud menyebabkan syahidnya puluhan sahabat beliau, tetapi apakah beliau kapok berperang?
Perang Uhud adalah suatu contoh peristiwa yang memuat contoh kegagalan dan kehilangan. Namun, dibalik itu semua ada berbagai hikmah yang patut kita renungi. Meliputi: strategi perang, soal pengorbanan, ketabahan, harga sebuah kekhilafan, sunnah perputaran, keharusan bergerak, dan sikap hidup.

Jika Rasulullah SAW beserta sahabat terbaik dididik oleh Allah SWT melalui hikmah dari suatu peristiwa, begitu juga kita yang jauh lebih perlu untuk dididik. Allah SWT mungkin memberikan ujian berupa kegagalan dan kehilangan kepada kita untuk mengajarkan hikmah kepada kita.


...ehsan....
 
Murah rezeki, kesempurnaan diri sbg seorg muslim
09.30.04 (9:32 pm)   [edit]
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:

Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :

" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah . Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi
orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).

Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin

Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau
akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin:

" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat
selain hadis ini.... "




Kesempurnaan diri muslim - Hadis Munthahharah

Mudah-mudaham bermanafaat untuk saya dan kita semua, sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana saya insan yang lemah.


Bila Bercinta Kerana ALLAH, Berpisahnya Tak Gelisah, Bila Rindu Kerana
Yang SATU...Islam itu indah


......posted by ....

 
BUDAYA TALAAWUM
09.28.04 (4:16 pm)   [edit]
RISALAH FIKIR (193):

BUDAYA TALAAWUM di kalangan ummat ini di seluruh dunia (termasuklah saya sendiri) sudah menjadi lumrah dan perkara biasa. Seakan-akan sudah tidak merasa berdosa lagi bila terlibat atau terjebak atau ber'amal dengan budaya talaawum ini. Berita-berita hangat dan
menggemparkan sering kali berbentuk dan berhubung rapat dengan budaya ini.
TALAAWUM berma'na SALING CELA MENCELA, SALING CACI MENCACI, SALING KECAM MENGECAM.

Contoh mudah:

TALAAWAMA AL-QOUM
[Ertinya : Orang-orang itu/kaum itu telah saling cela mencela].

Atau apakah kewujudan BUDAYA TALAAWUM ini (ya'ni bahawa BUDAYA TALAAWUM ini diterimapakai oleh umat/orang ramai)menggambarkan bahawa dunia ini sudah akhir zaman, sudah nak muncul dajjaal, sudah hampir dekat kedatangan Imam Mahdi, ....., sudah nak qiyaamat ? Atau bagaimana ?

Sepertimana yang telah dijelaskan oleh seorang sahabat yang ternama, iaitu Ibnu Mas'uud r.a., iaitu:

Daripada Maalik bin Mighwal, katanya: Telah berkata 'Abdullooh bin Mas'uud r.a.: " YAKUUNU FII AAKHIRIZ-ZAMAANI AQWAAMUN AFDHOLU
A'MAALIHAA AT-TALAAWUMU BAINAHUM ". [Ertinya kira-kira: ADALAH DI AKHIR ZAMAN NANTI (AKAN MUNCUL) MANUSIA- MANUSIA/QAUM-QAUM YANG MANA EUTAMA-UTAMA 'AMALAN MEREKA ADALAH BERTALAAWUM (SALING CELA MENCELA, SALING CACI MENCACI, SALING KECAM MENGECAM, BERBUDAYA TALAAWUM) DI ANTARA MEREKA.]

[Itu adalah petikan/terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, jilid 1, halaman 419, susunan Al-Imaam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a.].

Sebagai muhaasabah diri masing-masing.....
Dalam kesibukan kita bekerja dan berkerjaya, berniaga, bertani, ber'kejuruteraan', ber'penulisan', erpolitik, ......, ber 'itu' dan ber'ini',.....dsbnya, apa kata kalau kita sama-sama berusha mengelakkan diri kita masing-masing (sudah tentulah termasuk saya sendiri yang tersangat lemah dan dho'iif ini)daripada BERBUDAYA
TALAAWUM ?
Atau bagaimana ...?
Atau apa kata antum yang budiman ?
Sememangnya BUDAYA MEMBERI NASIHAT dan BUDAYA MENERIMA NASIHAT dan
BUDAYA SALING NASIHAT MENASIHATI itu adalah suatu kewajipan buat setiap individu, kerana DIIN itu sendiri adalah NASIIHAT.
Tapi bagaimana nak bezakan antara BUDAYA TALAAWUM dengan BUDAYA NASIIHAT itu ?
Apa kata antum...?

Walloohu A'lam.
Semoga kita sama-sama mengambil i'tibaar....
Alfaqiiru ilallooh.

Masuka....

[1] LAUM, LAUMAA, LAUMAA`, LAA-I-MAH, MALAAMAH : celaan.

 
Isteri Di larang Bawa Masuk Tamu Tanpa kebenaran
09.28.04 (4:00 pm)   [edit]
Dunia hari ini kian tenat, ibarat si ibu yang sedang
sakit melahirkan anak. Maksiat dan kemungkaran
menjadi-jadi di mana-mana, kadang-kadang di depan mata kepala kita sendiri. Manusia telah hilang sifat
malunya. Punca terbesarnya adalah tindakan seks yang
telah Allah jadikan sejak manusia dicipta.

Setiap kali terbitnya akhbar harian maka pasti ada saja cerita perogolan disiarkan. Manusia hari ini sudah banyak hilang pegangan imannya, hidup bertuhankan nafsu. Tidak kira siapa asalnya nafsu dapat dilepaskan. Apa yang menyedihkan anak sendiri jadi mangsa si ayah, si adik menjadi mangsa si abang, kanak-kanak menjadi mangsa si tua.

Sebenarnya semua ini mengingatkan kita bahawa sekarang ini zaman fitnah. Bila terdedah sahaja aurat, wanita berpakaian menjolok mata, maka berbagai kemungkinan maksiat boleh berlaku. Tapi dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan pihak lelaki saja. Oleh itu kaum wanita kenalah berwaspada, pakaian biarlah bersopan sebab tidak siapa tahu malang tidak berbau dan tidak mengenal bulu.

Di dalam Islam memang ada batas-batas aurat untuk
lelaki dan wanita di luar dan di dalam rumah di antara
sesama keluarga (muhram). Islam juga meminta setiap
lelaki dan wanita supaya menundukkan mata dan
pandangannya apabila berhadapan dengan yang bukan
muhramnya.

Mata punca segala-galanya, ia berperanan untuk menemu dan memperkenalkan lelaki dan perempuan. Menurut ilmu tauhid, maklumat yang diperolehi dari mata adalah 50%. Telinga hanya memperolehi 30% saja maklumat serta 20% dari anggota lain. Di sini jelas membuktikan rangsangan deria lihat lebih kuat dari yang lain. Sebab itulah diharamkan lelaki bertemu perempuan.

Tempat yang paling merbahaya ialah memandang aurat,
ianya wajib ditutup dan merupakan bahagian yang aib
pada diri seseorang kerana boleh menimbulkan nafsu dan syahwat. Akibat dari itulah menimbulkan berbagai
kerosakan yang berlaku di tengah masyarakat. Lantaran
itu aurat wajib ditutup sebagaimana yang diperintahkan
oleh Allah swt.

Rumah adalah sebuah kediaman untuk kita berlindung
dari panas dan hujan serta musuh. Tempat menggabung
dan mengeratkan kemesraan serta kasih sayang satu sama lain. Telah menjadi tradisi masyarakat hari ini kalau petang-petang hari maka ramailah keluar makan angin di sekitar kawasan rumah. tetangga. Maka kita dapati si bujang begitu rancak berbual dengan si dara manis, tidak ketinggalan isteri-isteri orang pun turut sama.

Suami pula tidak ambil kisah dengan tingkah laku si
isteri yang bebas bergaul dengan sesiapa jua. Suami
begitu sebenarnya adalah seorang suami yang dayus.
Orang dayus tidak akan masuk syurga. Tempat si isteri
adalah di sisi suami bukannya dengan orang lain.

Seperkara lagi yang telah menjadi lumrah di dalam
masyarakat kita ialah si isteri mengizinkan seseorang
samada lelaki atau wanita masuk ke dalam rumah, ketika suami tiada di rumah. Hukumnya adalah haram. Sekiranya yang dibenarkan masuk ialah lelaki, hukumnya haram kerana Islam melarang wanita dan lelaki yang bukan muhram tinggal berdua-duaan di bawah satu bumbung. Sekiranya yang dibenarkan masuk itu adalah muhramnya ataupun seorang wanita, haramnya adalah kerana tidak mendapat kebenaran suami terlebih dahulu. Si isteri mengajak muhramnya atau tetamu wanita masuk ke rumah setelah mendapat izin suami terlebih dahulu adalah dibolehkan.

Begitu juga halnya jika sebuah rumah didiami oleh dua
buah keluarga ajnabi. Katalah si A tiada di rumah,
yang tinggal di rumah itu hanyalah si B, sedangkan
suami si B tiada di rumah, maka haram hukumnya jika
suami si A berada di rumah. Salah seorang darinya
mestilah segera mengambil tindakan untuk keluar bagi mengelakkan berlakunya maksiat.

Sebab itulah di dalam Islam diharamkan lelaki dan
perempuan yang belum bernikah berdua-duaan ke sana ke mari sebab teman ketiga mereka ialah syaitan yang akan mencuit hati teruna dan dara agar hanyut ke lembah kemaksiatan.

Ketika di dalam peperangan ahzab, semasa orang kafir
menyerang kubu orang Islam, orang munafik berkata
kepada Rasulullah saw. “Ya Rasulullah, kami hendak
balik kerana rumah kami itu ialah aurat.” Memang benar
rumah itu ialah aurat yang patut dijaga kerana itu
janganlah kita masuk ke rumah tanpa izin.

Mengenai masalah aurat rumah ini ada disebut di dalam
surah An Nur, ayat 27, 28 dan 29. yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
memasuki rumah-rumah yang bukan rumah kamu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.”

di dalam ayat ini mengandungi dua perintah, iaitu
meminta izin sebelum masuk dahulu dan memberi salam. Selanjutnya ayat 28 dan 29 bermaksud:

“Jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum mendapat izin. Maka jika dikatakan kepada kamu, “Kembali sajalah” maka hendaklah kamu kembali. Tidak ada dosa atau kamu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami yang di dalamnya ada keperluan kamu.”

Demikianlah beberapa ayat perintah Allah mengenai
memasuki rumah yang bukan rumah kita. Mengenai adab memasuki ke rumah pernah digambarkan di dalam riwayat Rasulullah saw ketika baginda mengunjungi rumah anaknya Siti Fatimah, yang bersuamikan Sayidina Ali r.a. Sebalik sampai sahaja di rumahnya, Rasulullah memberi salam dan meminta izin masuk. Siti Fatimah menjawab, tetapi tidak mengizinkan ayahnya masuk.

Masakan seorang anak tidak mengizinkan ayahnya masuk. Lebih-lebih lagi Rasulullah saw, tetapi sebelum itu baginda bertanya, “Mengapa tidak boleh masuk wahai anakanda?”

Dijawab oleh Siti Fatimah dengan mengatakan bahawa
bukanlah bersama Rasulullah itu ada seorang sahabat
sedangkan Siti Fatimah ketika itu tidak mempunyai
cukup kain untuk menutupi tubuhnya kerana terlalu
miskin. Bila ditarik ke atas ternampak kaki, kalau
diturunkan ke bawah terdedah kepalanya. Untuk
berselindung di dalam bilik. rumah Sayidina Ali tidak
ada bilik, di situlah tempat tidur, makan dan tempat
tetamu.

Apabila mendengarkannya, Rasulullah terus memberikan
kain selendangnya untuk Siti Fatimah menyelimuti diri.
Setelah itu barulah Rasulullah diizinkan masuk.
Demikianlah adab kesopanan memasuki rumah yang
dihadiskan oleh Rasulullah saw dan patut dicontohi.
Jangan anggap tidak releven untuk diamalkan di zaman
ini.
 
Ganjaran 3 tahap sabar
09.28.04 (3:56 pm)   [edit]
SAIDINA Ali berkata bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sabar itu ada tiga:


Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak marah terhadap musibah yang menimpanya, sebaliknya menerima dengan baik musibah itu.

Maka Allah mencatatkan baginya yakni mentakdirkan atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, iaitu darjat tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.


Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu, maka Allah akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi terakhir.


Barang siapa bersabar daripada maksiat, yakni meninggalkan kerja maksiat, Allah akan mencatatkan baginya 900 darjat dengan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke Arasy.

Dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi.
 
Hayati Makna Al Quran
09.28.04 (3:53 pm)   [edit]
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.

1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya
- muttafaqqun 'alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).
- Sohih Bukhari dan muslim

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya
- Riwayat Muslim

5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang
- Riwayat Tarmizi

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya
- Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta
- Riwayat Muslim

 
Rendah Diri
09.28.04 (3:52 pm)   [edit]
Ini adalah salah satu sifat dari Akhlak Islamiah yang amat susah dimiliki dan dikuasai oleh seorang muslim lantaran terpaksa berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Ibarat ingin memiliki sifat rendah diri seperti ingin memiliki jejaka/perawan yang berakhlak mulia tambahan pula yang dicari itu diketahui mempunyai wajah yang segak/cantik. Mahu lepas kah? Tentu peluang mahu memiliki itu terpaksa melalui pelbagai onak dan duri. Siapa yang sanggup menolak bakal suami/isteri yang berakhlak mulia dan tidak kurang dari segi wajah. Tapi,kepahitan bisa ditempuh sepanjang melalui ujian memiliki segala yang diidam-idamkan sebelum menjelmanya kemanisan. Tidak mustahil seseorang itu dapat memiliki yang diidam idamkan tanpa sebarang masalah.Bersyukurlah beliau. Itu nikmat dari Allah. Manakala yang terpaksa berhempas pulas memiliki yang diidam-idamkannya itu tentu mendapat rahsia/hikmah tersembunyi di sebalik ujian yang dilaluinya.

Bersifat rendah diri mestilah kerana Allah bukan kerana manusia. Bukan merendah diri kerana inginkan pujian. Kalau boleh kita selalu berdoa :"Wahai tuhan.. ampunilah daku, jauhilah aku dari sifat takabbur, riak , buruk sangka , ujub,sombong, buruk sangka, ingin dipuji, ingin disayangi, ingin diambil berat, ingin dicintai, ingin di'itu' ingin di 'ini'dan lain-lain keinginan hati"

Pendakwah selalu diuji dengan sikap u'jub(takjub dengan diri sendiri dan bangga diri. Namun setelah ditewaskan sikap tersebut , ia datang menjelma semula buat kali berikutnya. Tewas .. datang.. Tewas .. datang. Begitulah hingga kita menemui kematian. Saya cuba nak memberi 3 PETUA agar kita sama-sama dapat menewaskan sifat mazmumah ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Semoga ia dapat dikongsi bersama. Sebagai peringatan, ilmu dan pengalaman manusia terbatas dan lemah. Bandingkanlah apa yang kita ada dengan Kekuasan Allah dan ternyata kita adalah makhluknya!


PETUA PERTAMA

Pabila suara perasaan ini menjelma dalam jiwa,cepat-cepatlah kita berselawat ke atas junjungan besar Baginda s. a. w. anda semua tahu bukan bahawa selawat ke atas Baginda banyak cara lafaznya tetapi satu tujuan.

Pabila datang bisikan dalam jiwa /hati/diri seperti:"aku ini cantik,aku ini smart,aku ini handsome,aku ini pandai,aku ini baik,aku ni lemah lembut dengan orang tua-tua, pandai jaga hati" dan lain-lain bisikan, maka cepat-cepatlah BERSELAWAT! Jangan menangguh-nangguh ! Insya Allah dalam sekelip mata ,bisikan perasaan tadi akan hilang kerna tewas dalam
pertarungan dengan kuasa sakti SELAWAT. Tambahan pula selawat keatas Baginda mempunyai fadhilat tersendiri. *Allah akan berselawat 10 kali ke atas hambanya yang berselawat keatas Baginda s. a. w. sebanyak 1 kali. Ini baru ganjaran bagi 1 selawat. Bagaimana agaknya kalau anda berselawat dalam bilangan yang banyak? Tentu banyak fadhilat yang diperolehi. * Erti 'Allah berselawat' di atas adalah Allah memberi rahmat ke atas yang berselawat.



PETUA KEDUA

Pabila datang suara perasaan dalam jiwa /diri/hati kita maka lawanlah perkara tersebut dengan menyandarkannya kepada pihak lain. Agar apa yang dibanggakan oleh kita itu nampak 'lekeh' atau 'tak setaraf' dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Macam mana perkara itu? Macam ini..

Datang bisikan perasaan : "aku ini hansome/cantik...tentu ramai yang menaruh perasaan terhadap aku". Bila berhadapan dengan perasaan macam itu, cepat-cepatlah lawan! Begini.. Kita lawan dengan suara hati/jiwa :"ada lagi orang yang lebih hansome/cantik dari aku. Siapalah sangat aku ini....". Maksudnya kita cuba alihkan apa yang kita banggakan itu kepada pihak lain yang lebih layak memiliki perkara tersebut.Contoh terdekat macam ini..

Kita kata : Tapi Sebenarnya.....

kita pandai orang lain lebih pandai

kita baik orang lain lebih baik

kita berani orang lain lebih berani

kita hansome orang lain lebih handsome

kita cantik orang lain lebih cantik


Dan kias atau bandingkan perkara-perkara ini dengan lain-lain suara bisikan yang pernah , sedang dan akan menyerang anda kelak! Kedengaran satu kata-kata (saya tidak dapat pastikan samada ianya adalah Hadis Baginda s. a. w. atau kata-kata hikmat ulamak) iaitu: "Jangan selalu melihat kelebihan yang dimiliki oleh mereka di atas kamu tetapi lihatlah apa yang dimiliki oleh mereka yang di bawah kamu. Itulah salah satu tembok untuk menjadikan kamu bersyukur dengan apa yang kamu miliki."


PETUA KETIGA

Iaitulah dengan cara kita melawan suara bisikan dalam diri /jiwa kita yang cenderung untuk memuji diri dengan menyandarkan semua sifat-sifat tersebut kembali kepada Allah jua.Ini hak Allah . Itu hak Allah.

Contohnya apabila datang suara bisikan seperti:" Aku ini kuat, aku ini handsome, aku ini cantik , aku ini cerdik, aku ini... tahu itu ini, masyarakat hormat aku, aku orang penting, aku orang penyantun, bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja dan lain-lain suara bisikan" maka cepat-cepatlah kembalikan semua sifat-sifat itu kepada Allah.


Cuba lihat kata-kata ini.. kita kata tetapi yang sebenarnya..

Kita kata kita kuat tapi sebenarnya.. Kekuatan itu milik Allah dan Allah lebih perkasa dari makhluk.

Kita kata kita handsome/cantik tapi sebenarnya..Handsome/cantik itu hak Allah dan Allah bersifat dengan cantik mengatasi kecantikan manusia.

Kita kata kita cerdik/pandai tapi sebenarnya.. Allah lebih mengatasi segala ilmu aku dan ilmu yang aku miliki hanyalah ibarat debu halus yang berada bumi yang luas.

Kita kata: Aku ni berakhlak mulia tapi sebenarnya..Akhlak aku ini adalah pemberian Allah dan Kekasih Allah iaitulah Baginda s. a. w. adalah lebih tinggi akhlaknya dari umatnya. Jauh beza antara aku dan Rasulallah s. a. w.

Insya Allah , dengan melawan kata-kata tersebut tadi kita akan merasa tiada sesuatu pun dalam diri kita ini yang boleh dibanggakan kerna semuanya hak Allah jua. Barulah datang selepas itu sikap merendah diri. Iaitulah merendah diri kepada Allah dan bukannya merendah diri kepada manusia. Sesiapa yang merendah diri kepada Allah dengan sebenar-benar makna merendah diri ,saya percaya dia akan menghormati manusia lain di dunia ini kerna dia tahu bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Allah. Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang kuat TAQWA!



by nadeem akmal ..
 
Neraka
09.28.04 (3:49 pm)   [edit]
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg! mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:-"Apakah pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Ja! wabnya:- "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: - "Siapakah penduduk pintu itu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." ! Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, (Rasullullah S.A.W pengsan mengenangkan nasib kita, dimanakah kesedaran kita?!) sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.aw. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
! 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk". Dari Abdullah bin 'Am! r R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat......"
 
Istidraj
09.28.04 (3:44 pm)   [edit]
Assalamualaikum wbr....

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.


Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.


Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.


Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.


Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.


Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab
Nasaibul'Ibad)



Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.


Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.


Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.


Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.


Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?


Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidakmahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.


Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


 
4 cara kenal keaiban diri
09.27.04 (11:09 pm)   [edit]
1). Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2).Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.

3).Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4).Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.


forwarded email.
 
Erti Persahabatan..
09.27.04 (10:58 pm)   [edit]
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri.. kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat.. begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.. kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita..

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.

Bagi kita.. itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa.. kita juga pernah membiarkan dia ternanti nanti.. kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan.. 'memaksa' dia menerima alasan kita.

Waktu itu.. terfikirkah kita tentang perasaannya?? .. Seperti kita.. dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita.. segala rasa kecewa dan ketakutan.. harapan dan impian kita luahkan.. dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masaalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita.. hingga kadang kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya.. rasa takutnya??.. Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita??

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai.. kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah.. agar tidak rebah??

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan??

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan.. kerana dia juga seorang manusia.. dia juga ada rasa takut.. ada rasa bimbang.. sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.. jadilah kita kawannya itu.. Kita selalu melihat dia ketawa.. tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu.. mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.. disebalik kesenangannya.. mungkin tersimpan seribu kekalutan.. kita tidak tahu...... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia.. mungkin kita akan tahu...

renungilah.....

Logged

 
Sahabat Sejati
09.27.04 (10:57 pm)   [edit]
Aku mencintai sahabat sahabatku dengan segenap jiwaragaku.. seakan akan aku mencintai sanak saudaraku.. sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku.. dan menjaga nama baikku.. ketika kau hidup ataupun setelah aku mati.. aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati.. yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.. jika itu aku dapatkan.. aku berjanji akan selalu setia
padanya.. ku hulur tangan kepada sahabat sahabatku untuk berkenalan.. kerana aku akan merasa senang.. semakin banyak aku perolih sahabat aku semakin percaya diri.

Belum pernah kutemukan didunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.. padahal hidupku sentiasa berputar putar antara suka dan duka.. kalau duka melanda aku sering bertanya 'siapakah yang sudi
menjadi sahabatku' .. dikala aku senang sudah biasa bahawa banyak orang yang akan irihati.. namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.. namun ketika musibah menimpaku.. kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang takmahu bersahabat dengan keadaan.. jika aku menjauhkan diri dari mereka.. mereka mencemuhkanku.. dan jika aku sakit tak seorang pun yang menjengukku.. jika hidupku berlumur kebahagian banyak orang irihati.. jika hidupku berselimut derita
mereka bersorak sorai.

Bila tak kutemukan sahabat sahabat taqwa lebih baik aku hidup menyindiri daripada aku harus bergaul dengan orang orang jahat.. duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih
menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti ku waspadai.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.. dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.. cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya.. peliharalah cintamu terhadap mereka.. maka kelak kamu akan
memperolihi kebaikannya.. sepanjang usiaku yang semakin tua belum pernah aku temukan didunia ini sahabat yang sejati.. kutinggalkan orang orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang orang
mulia kerana kebaikannya sedikit.

Kawan yang takdapat dimenfaatkan ketika susah.. lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.. tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.. sepanjang
hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku.. kukunjungi seribu negara namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan.. dua hal itu seperti duri yang dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.. apabila engkau memerlukan pertolongan mereka bersikaplah
bagai api yang dapat membakar duri duri itu.

Barangsiapa yang menghormati oranglain tentulah dia akan dihormati.. begitu juga barang siapa yang menghina oranglain tentulah dia akan
dihinakan.. barangsiapa yang berbuat baik kepada oranglain baginya satu pahala.. begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain baginya seksa yang dahsyat.

Ketika aku menjadi pemaaf dan takpunyai rasa dengki.. hatiku lega jiwaku bebas dari bara permusuhan.. ketika musuhku lewat dihadapku aku sentiasa menghormatinya.. semua itu ku lakukan agar aku dapat
menjaga diriku dari kejahatan.. aku tampakkan keramahanku kesopananku dan rasa persahabatku kepada orang orang yang kubenci.. sebagaimana kutampakkan hal itu kepada orang orang yang kucintai..
manusia adalah penyalkit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekatinya.. padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatn.

Mudah mudahan anjing anjing itu dapat bersahabat denganku.. kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia.. sehina hinanya anjing ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat.. tidak seperti manusia manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.. selamatkanlah dirimu jaga lidahmu baik baik tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa akan hidup sendiri.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang orang yang mulia maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.. hanya orang orang yang berjiwa mulia dapat menjaga nama baik dirinya.. dan selalu menghormati tamunya baik ketika hidup mahupun setelah mati.

Jika sesaorang takdapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa.. maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.. banyak oranglain yang dapat menjadi penggantinya..
berpisah denganya bererti istirehat.. dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih meskipun memerlukan daya usaha yang keras.. tak semua orang yang engkau cintai mencintaimu.. dan sikap ramahmu
kadangkala dibalas dengan sikap taksopan.. jika cinta suci tak datang dari tabiatnya maka tak ada gunanya cinta dibuat cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal hal yang kelmarin menjadi
rahsia.. selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji...
 
Musuh Kita
09.27.04 (4:50 pm)   [edit]
Setiap orang punya musuh. Dikehendaki atau tidak, musuh selalu ada. Apakah musuh itu bersembunyi dalam selimut, yang secara licik bisa membunuh kita, atau musuh yang terang-terangan berdiri di depan kita dan siap menyerang kita. Terhadap jenis musuh yang mengancam keselamatan seperti itu, secara naluriah biasanya kita akan bersikap waspada. Kalau memang punya keberanian, dengan berbagai cara, kita akan melawan. Kalau tidak, akan lebih selamat kalau kita menghindarinya. Bagi orang tertentu, musuh tidak selalu dipandang sebagai ancaman.

Musuh justru bermanfaat untuk mengukuhkan eksistensi kita. Terhadap musuh jenis ini, kita biasa menyebutnya sebagai lawan. Untuk menguji apakah diri kita unggul,
kuat, atau loyo, kita memerlukan lawan. Bahkan, kalau tidak ada lawan, kita ciptakan lawan sendiri. Sebuah kompetisi untuk menumbuhkan watak sportif seperti dalam olahraga, misalnya, cara ini justru dipandang sehat. Begitu pula dalam kehidupan sehari-hari. Agar kita tidak mudah lengah, kita memerlukan musuh atau lawan. Baik musuh dari luar maupun dari dalam diri kita.

Musuh dari luar, sehebat apa pun, insya Allah bisa kita taklukkan. Musuh yang paling sulit kita tundukkan justru berada di dalam diri kita sendiri. Dalam bukunya yang
terkenal, Zikir dan Kontemplasi dalam Tasawuf (1996), Dr Mir Valiuddin mengutip sabda Nabi Muhammad SAW, ''Musuhmu yang paling jahat ialah nafsu yang ada pada dirimu.'' Beliau memerintahkan para pengikutnya, ''Bunuhlah nafsu dalam dirimu dengan pedang pengekangan dan kezuhudan.'' Celakanya, jangankan membunuh atau setidaknya membendung nafsu, kita malah lebih sering memanjakannya. Mengapa? Kita tahu, musuh yang amat terkutuk ini sangat pandai memberi kenikmatan-kenikmatan pada kita.

Akibatnya, bukan nafsu itu yang kita taklukkan, tapi justru kita yang ditundukkan olehnya. Banyak sekali literatur tasawuf yang menjelaskan sifat jahat nafsu. Mahmud ibn 'Ali al-Kasyani, penulis kitab Mishbah al-Hayat, misalnya, menerangkan nafsu yang memperbudak manusia dengan kesenangan dan kenikmatan. Jika nafsu ini tidak dilawan, ia akan menyeret manusia untuk menuhankannya seperti disebut dalam Alquran, ''Maka, pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?'' (QS 45: 23).

Sifat lain adalah suka munafik, bermegah-megah, dan riya. Dari segi apa pun, sungguh merugi jika kita diperkuda nafsu ini: sangat boros (sifat ini juga dikutuk
Allah), baik energi, waktu, dan terutama biaya. Tengoklah diri dan lingkungan dalam rumah kita sendiri, misalnya, berapa biaya yang kita habiskan demi kenikmatan, kemunafikan, dan kemegahan? Masih banyak lagi sifat jahat nafsu, yang semuanya amat menyesatkan. Mengikuti nafsu, mengikuti langkah langkah setan sekaligus bersekutu dengannya. Nasihat Rasulullah: hunus pedang pengekangan dari sarungnya
dan babat nafsu sampai kita tidak lagi merasa nikmat memperturutkannya. Firman Allah SWT, ''Jangan kamu ikuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya ia bagimu musuh yang nyata.'' (QS 2: 208).


posted by :"Aliflamin"
 
Zikrullah.
09.27.04 (4:32 pm)   [edit]
Assalamu 'alaikum,

[b]Kubur itu gelap[/b], cahayanya ialah [b]Laa Ilaaha IllalLah[/b]. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah [b]'Laa ilaaha illalLah' [/b]ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah [b]'Laa ilaaha illalLah'[/b], kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "[b]Laa ilaaha illallah!" x 10 [/b]

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang-kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan,

~~ hanya untuk usaha kita yang sedikit ini ~~


[b]Laa ilaaha illalLah![/b]


Wassalam.
 
Pengajaran
09.27.04 (3:44 pm)   [edit]
Assalamualaikum semua..
Baru-baru ini seorang sahabat kita pun pergi ke sebuah masjid di shah alam ini untuk mendengar sebuah ceramah agama. Ceramah itu telah pun disampaikan oleh seorang doktor yang alim lagi waraq'. Pada mulanya ceramah ini berasa agak kurang menarik kerana dia beranggapan bahawa ia lari dari tajuk tetapi setelah agak lama di sana barulah dia dapat menghayati pengisian ceramah beliau. Jemaah masjid
pun semakin memenuhi ruang masjid. Para ibu pun tidak ketinggalan untuk menyertainya.


Begini ceritanya..


Pada suatu malam kira-kira dalam jam 3.00pagi, doktor ini telah pun dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Kebisingan bunyi telefon itu telah membuatkan doktor ini bangun lalu menjawap panggilan terseebut.ternyata ia dibuat dari hospital dari tempat di bekerja.
Nurse itu memberitahu bahawa ada satu kes kemalangan telah berlakudan mangsa sekarang telah pun berada di unit kecemasan dan dia benar-benar
memerlukan khidmat beliau sekarang ini juga. Apabila telah sampai di hospital,doktor itu mendapati mangsa adalah sorang remaja dalam lingkungan 18 tahun dan berbangsa melayu. Keadaan dia amat tenat
sekali dan harapan adalah 40-60. tulang pehanya patah, tulangnya telah terkeluar, tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yang teruk di kepala dan kaki. Namun doktor ini berusaha untuk memasukkan botol darah yang baru untuk tujuan penggantian,namun ia hanya dapat bertahan hanya sementara sahaja. Ketika itu keadaan di tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Sebelum itu dia telah muntah dengan banyak dan baunya amat busuk sekali.

Setelah beberapa ketika,remaja terbabit mula membuka mata dan keadaannya masih lagi dalam keadaan mabuk. Namun doktor ini segera mendapatkan dia lalu mula bertanyakan beberapa keadaan untuk
memastikan keadaan kepalanya.:


Doktor: dimana awak sekarang?
Remaja: saya rasa di kandang lembu*

Doktor:okey tak pe..( lantas doktor itu terus memberikan satu tuntikan penenang untuk dia berehat.) namun setelah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata dan doktor itu sekali lagi mengajukan soalan yang sama kepada dia.

Doktor: dimanakah awak berada sekarang?
Mangsa: saya rasa di kandang kuda..

Doktor itu terus bertanya lagi danlagi agar dapat memulihkan eadaannya. Setelah agak lama bertanya,barulah dia mengetahui yang remaja terbabit
telah meminum arak sebelum berlumba. Dia berlumba dengan rakan-rakannya pada kelajuaan 180km/j. cukup dengan hanya sebuah motor kriss. Patutla dia muntah tadi..!! bisik doktor itu.. remaja terbabit mendapat
kemalangan apabila motorsikalnya tak dapat dikawal lagi kerana terlalu laju lalu melanggar sebuah tembok batu. Keadaan motorsikalnya amat
teruk sehingga terputus-2. sebelum kelangan itu berlaku,dia telah pun melanggar seorang warga tua yang berusia 80 tahun dan orang tua itu telah pun meninggal di tempat kejadian.. sungguh menyedihkan.. apabila mendengar berita iu dari doktor berkenaan,remaja itu pun menangis teresak-esak dan benar-benar menyesal diatas apa yang telah dibuatnya*

Lantas doktor itu bertanya lagi..adakah kamu pernah bersolat sebelum ini.? Lalu dia menjawab yang dia tak pernah solat sejak baligh..masya'Allah. doktor itu tahu yang sekarang ini "time is running out" so dia mesti berbuat sesuatu sebelum remaja itu pergi mengadap
Allah s.w.t yang maha kuasa tanpa sebarang bekalan..iman*

Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja terbabit untuk mengucap tetapi gagal. Jam sekarang menunjukkan pukul 5.56 pagi. Tiba-tiba kedengaran azan
subuh sayup-sayup kedengaran. lantas doktor itu mengajak remaja itu untuk solat subuh buat kali yang pertama sejak baligh. Lantas dengan bantuan doktor dan jururawat, remaja berkenaan dapat mengambil wuduk secara ala kadar je. Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dengan menggunakan isyarat mata sahaja. Dan dari situ doktor itu dapat
melihat betapa ikhlas dan insafnya remaja itu untuk bertaubat. Ketika itu juga air matanya tak putus-putus mengalir. Sebelum itu remaja itu sering kali bertanya kepada doktor, adakah taubat saya di terima Allah?..dengan nada yang sebak*

Setelah solat keadaan nya masih lagi kritikal. Sujurus kemudian kedua ibubapanya yang telah bercerai datang. Tiba-tiba remaja itu terus menyalahkan kedua ibu bapanya kerana kerana merekalah dia jadi
begini.. so dengan izin Allah s.w.t kedua orang tuanya pun terus mendirikan solat yang mana tak didirikan sebelum ini.. Maha Suci Allah.. Allah Maha Kuasa*.. setelah selasai bersolat, doktor itu pun memberitahu kepada kedua orang tuanya yang anak mereka akan pergi bila-bila masa sahaja.
Dengan itu si ibu pun mendekatkan mulutnya ke telinga remaja itu lalu cuba mengajar dia mengucap kalimah shahadah. Tetapi malang sekali dia tak dapat berbuat demikian.. ini kerana masih ada lagi arak dalam
badannya. Nabi s.a.w telah bersabda yang mana tak sempurnalah iman seseorang selama 40 hari jika ada arak dalam badan seseorang. Lalu doktor itu pun berkata kepada remaja terbabit yang jika kamu mahu
benar-benar bertaubat dengan sebenar taubat insya'Allah Allah akan mengampuni kamu. Remaja itu terus menangis.

Dalam lebih kurang jam 6.45 pagi, remaja itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah disahkan kematiannya ,kemudian mayatnya telah dibawa ke bilik mayat dan doktor itu mengikutnya. Maha Suci Allah, berlaku satu lagi keajaiban. Lebih kurang ½ jam berlalu tiba-tiba doktor itu tadi terdengar satu suara yang amat dikenalinya -suara remaja itu tadi. Dia telah dapat mengucap 2 kalimah shahadah. Doktor itu
terperanjat dan terus mengalirkan air mata*..

Sama-samala kita mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku..

Nabi s.a.w telah bersabda: Barangsiapa dapat mengucap dua kalimah shahadah di akhir kalamnya, maka wajib syurga baginya.. sama-samalah kita
mengambil sedikit pengajaran dari apa yang telah berlaku pada kawan kita..

Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga tapi atas kelemahan saya.. Wasslam..



forwarded - email.
 
Fitrah dan nafsu
09.27.04 (3:21 pm)   [edit]
Dalam Alquran, Allah SWT berfirman, ''Maka hadapkanlah wajahmu
dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.'' (QS 30: 30).

Menurut Imam al-Qurthubi, ayat ini adalah perintah Allah SWT kepada manusia untuk menguatkan niat dan membulatkan tekad dalam menegakkan ajaran-ajaran agama dengan sempurna. Hal itu adalah fitrah manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Secara fitrah, manusia tidak mempunyai kecenderungan untuk membangkang kepada Allah SWT. Pada titik ini, manusia benar-benar merdeka dari hal-hal negatif yang dapat mencelakakan dirinya.

Setiap manusia dilahirkan dalam keadaaan suci seperti sucinya fitrah yang dibawanya. Rasulullah SAW bersabda, ''Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci. Maka, kedua orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi, Nasrani, atau Majusi.'' Hanya saja, kehidupan dunia kadang memperdaya manusia. Manusia tidak lagi mampu mengikuti dorongan fitrahnya yang suci. Fitrahnya telah dijajah oleh kekuatan lain yang menentangnya. Manusia tidak lagi merdeka dalam berbuat. Manusia berbuat sesuai dengan keinginan kekuatan yang telah menjajahnya.

Nafsu yang tidak terkendali dapat menggelincirkan manusia dari
fitrahnya yang suci. Inilah yang dalam Alquran disebut dengan nafsu amarah dan nafsu lawamah. Kedua nafsu ini bisa memenjarakan bahkan menjajah fitrah manusia. Dalam kehidupan nyata, nafsu ini bisa berbentuk nafsu memburu kenikmatan dunia. Pertama, nafsu memburu harta walaupun dengan cara yang haram. Terbongkarnya kasus impor barang ilegal, korupsi, mark up, proyek fiktif, dan sejenisnya adalah bukti bahwa fitrah manusia telah dijajah oleh nafsu memburu harta.

Kedua, nafsu memburu jabatan. Fenomena perebutan jabatan dengan cara-cara kotor merupakan bukti bahwa fitrah pelakunya telah dijajah oleh nafsu memburu jabatan. Maka, tak aneh jika kemudian ditemukan kasus ijazah palsu, politik uang, bahkan calon anggota dewan yang bermasalah.

Ketiga, nafsu memburu gelar. Ini biasanya terjadi dalam dunia
pendidikan. Nafsu ini menjadi sebab maraknya penjiplakan karya
ilmiah untuk mendapatkan gelar akademik tertentu. Ada juga kasus pemberian gelar hanya dengan membayar sejumlah uang sebagai biaya wisuda di lembaga yang tidak jelas statusnya.

Memerdekakan diri dari nafsu mengejar kenikmatan dunia adalah dengan menumbuhkan kesadaran bahwa kenikmatan dunia hanya bersifat sementara. Hal ini akan mendorong manusia untuk menjadikan dunia sebagai jembatan yang mengantarkannya kepada kenikmatan akhirat yang kekal. Allah SWT menegaskan, ''Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?'' (QS 6: 32) Wallahu A'lam.


kiriman.....Amir Almahdi

 
Perbezaan
09.27.04 (3:19 pm)   [edit]
Apakah ada perbedaan kini dan dahulu ?
Beda adanya aku dan engkau di muka bumi ini
Beda antara ceriaku dan ceriamu kini
Beda diantara hariku dan harimu yang terlewati

Apakah ada perbedaan ?
Jelas terlihat beda yang membentang antara kini dan dahulu
Kini kutahu semua makna dan sakral itu
Kini kubisa mengeja semua symbok dengan makna yang terkandung
Kini kudapat membeda yang baik dan yang tak baik untuk kulakoni

Apakah terdapat beda antara kita ?
Yaa, antara kita sangatlah berbeda....
Kamu berjalan di maqom yang telah tertaqdir untukmu
Aku berlari di atas maqom yang telah terahir untukku
Aku seorang yang mendamba seorang akhwat yang sholehah untuk arungi
bahtera
Engkau mendamba seorang ikhwan yang kan dampingi menuju surga hakiki

Mengapa beda ?
Kerana aku dan kamu memang terlahir dalam perbedaan
Karena setiap umat memanglah selalu berbeda ada dan tiadanya
Kerana dari perbedaan itu aku dan kamu khan di satukan dalam
mahligai indah
Kerana dari perbedaan itu aku dan kamu kan bersama dalam taman
kebahagian hakiki



luahan hati : Indera Azman
 
Sinar cahaya ayat kursi
09.26.04 (8:22 pm)   [edit]
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah.

Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis :

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke
atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu Ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu,
Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"


Kiriman - secawan
 
Menyingkap Kecerdikan Imam Shafie
09.26.04 (6:10 pm)   [edit]

Ketika kanak-kanak sebayanya sering menghabiskan masa dengan bermain, Imam Shafie pula memperuntukkan banyak masanya untuk menghafaz dan menuntut ilmu. Beliau yang mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa ini telah menghafaz Al-Quran ketika berumur 9 tahun. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab ‘Muwatta’’ karangan Imam Malik. Melihat keluarbiasaan ini, pernah seorang bertanya kepada Imam Shafie, bagaimana cara beliau menuntut ilmu. Beliau menjawab: “Bagaikan seorang perempuan yang kehilangan anak. Sedangkan dia tidak mempunyai anak selain dari yang hilang itu.”

Begitulah kecintaan anak kelahiran Mesir ini pada ilmu. Kepapaan dalam hidupnya bukanlah penghalang beliau untuk tidak menuntut ilmu. Ayahnya telah meninggal sebelum beliau dilahirkan. Beliau sering mengikut ibunya setiap kali ada majlis ilmu. Ibunya yang tegas dengan hukum hakam sering mendidik beliau perkara halal, haram dan subahat sekalipun dalam soal pengambilan sebarang makanan. Dengan berkat penjagaan ini, Imam Shafie dianugerahkan Allah daya ingatan yang luar biasa.

Disebabkan kehidupannya yang serba daif, Imam Shafie sering menggunakan tulang-tulang kering dan kertas-kertas bekas sebagai buku catatan. Bertahun-tahun lamanya sehingga bilik beliau penuh sesak dengan bahan-bahan bertulis itu hingga tiada ruang untuk melunjurkan kakinya. Akhirnya beliau pun mengambil keputusan untuk menghafal keseluruhan nota-nota itu. Berbulan-bulan lamanya Imam Shafie mengurung diri demi menghafal segala ilmu yang ditulis. Tulang-tulang itu kemudiannya dibuang setelah beliau menghafalnya.

Setelah itu, buat pertama kalinya Imam Shafie mengembara ke Madinah untuk meluaskan ilmu. Setelah selesai solat di masjid Nabi itu, beliau terpandang ada seorang tua yang sangat hebat rupanya. Orang tua tersebut sedang bersyarah di hadapan anak-anak muda yang khusyuk pula mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Shafie pun menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid. Imam Shafie pun mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar oleh guru itu di atas tapak tangannya. Tanpa di sedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.

Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Shafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Shafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Jawab Imam Shafie, “Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya untuk menghafalnya.”

Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Shafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. “Tetapi kenapa tapak tangan engkau ni kosong sahaja.”

“Namun demikian tuan, saya telah pun menghafal semua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu.”

Setelah disuruh beliau membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu hadis yang tinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Semenjak peristiwa itu, Imam Shafie menetap di sana sebagai tetamu Imam Malik yang begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya. Selama 18 bulan Imam Shafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab ‘Muwatta’. Murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan bersyarah dan mengajar murid-murid yang lain.

Beberapa lama kemudian, Imam Shafie meminta izin kepada Imam Malik untuk menuntut ilmu di Kufah. Di bandar Kufah ini, beliau bertemu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad bin Al-Hassan. Dengan pergaulan yang rapat itu, Imam Shafie dapat mencedok ilmu daripadanya. Kemudian beliau mengembara pula ke Palestin. Pengembaraan ini berlaku selama bertahun-tahun kerana ketika itu kenderaannya adalah unta.

Rasa rindu untuk bertemu dengan Imam Malik mendorong Imam Shafie kembali ke Madinah. Di Madinah beliau diberi penghormatan oleh Imam Malik untuk memberi syarahan di masjid. Sehinggalah Imam Malik meninggal dunia.

Semenjak itu nama Imam Shafie semakin terkenal. Kealiman, kecergasan dan akhlaknya semakin disukai ramai. Walaupun begitu, musuh yang ingin namanya tercemar ada di mana-mana. Beliau difitnah kononnya memimpin kaum Syiah untuk menentang Khalifah Harun Al-Rasyid. Beliau kemudiannya ditangkap bersama-sama puak Syiah yang lain.

Berkat kealiman dan kefasihannya menjawab segala soalan, Imam Syafie bebas daripada sebarang tuduhan. Malah Khalifah memberikan hadiah sebanyak 1000 dinar kepadanya. Dengan wang itu, Imam Shafie menyedekahkan kepada pegawai-pegawai istana dan orang miskin.

Pernah berlaku satu kejadian yang membuktikan kehebatan Imam Shafie. Ketika itu beliau bertamu ke rumah Imam Ahmad bin Hambal dan bermalam di sana. Apabila Imam Ahmad bertanya adakah beliau selesa bermalam di rumah itu, Imam Shafie menjawab; “Belum pernah saya merasa gembira seperti malam tadi. Semalam saya dapat menyelesaikan 100 masalah sambil berbaring.”

Imam Ahmad pun memberitahu anaknya; “Begitulah keadaan Imam Shafie. Apa yang dikerjakan Imam Shafie lebih berguna daripada apa yang kita lakukan kerana ia berbuat untuk kepentingan umum.”

Seperkara yang menarik dalam kehidupan Imam Shafie ialah tentang ibunya. Setelah bertahun-tahun lamanya meninggalkan tanah air, terdetik rasa rindu untuk pulang ke Mekah. Beliau pun meninggalkan kota Madinah dengan membawa berbagai khazanah yang berupa kuda, pakaian, emas serta makanan. Harta benda ini semua adalah hadiah orang kepadanya. Hendak ditinggalkan bimbang ada pula yang berkecil hati.

Ketika Imam Shafie tiba di halaman rumahnya, ibu serta beberapa orang kampung telah sedia menunggu. Demi melihat harta benda yang terlalu banyak itu, ibu beliau terus bermuram durja. Fahamlah beliau, ibunya kurang senang melihat harta benda itu. Segera Imam Shafie meminta pandangan ibunya.

“Agihkanlah segala harta ini kepada orang-orang yang lapar. Berikanlah haiwan-haiwan kepada orang yang tidak berkenderaan, wangmu berikan kepada orang-orang miskin sehingga tiada sebutir dinar yang tinggal.” Maksud ibunya berbuat demikian, supaya Imam Shafie tidak bergantung hidup pada hartanya tetapi menyimpan bekalan yang kekal iaitu ilmu di dada.

Dengan kebolehan menghafal Al-Quran, hadis, faham pula dua bentuk aliran fikah, (aliran yang bersandarkan fikiran dan Ahlul hadis) dan sikapnya yang hidup zuhud, Imam Shafie menjadi rujukan umat di zamannya. Beliau telah menghasilkan satu bentuk ilmu fekah yang berada di tengah-tengah dua aliran tadi. Namun tetap beliau berkata, “Apa-apa yang kamu dapati daripada pendapatku yang bertentangan dengan al-Quran dan sunnah, maka tinggalkanlah!”.

 
Manusia Bahagia Bila
09.24.04 (12:03 am)   [edit]
Manusia bahagia bila ia bisa membuka mata. Untuk menyadari bahwa ia memiliki banyak hal yang berarti.
Manusia bisa bahagia bila ia mau membuka mata hati. Untuk menyadari, betapa ia dicintai.
Manusia bisa bahagia, bila ia mau membuka diri. Agar orang lain bisa mencintainya dengan tulus.

Manusia tidak bahagia karena tidak mau membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mau menerima dan mensyukuri yang ada. Manusia buta karena egois dan hanya memikirkan diri, tidak sadar bahwa ia begitu dicintai, tidak sadar bahwa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih, dan tidak mau sadar karena serakah.

Ada teman yang begitu mencintai, namun tidak diindahkan, karena memilih, menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari, padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah, ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinomorsatukan. Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat dan nombor satu dalam satu hal, belum tentu dalam hal lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.

Kebahagiaan bersumber dari dalam diri kita sendiri. Jikalau berharap dari orang lain, maka bersiaplah untuk ditinggalkan, bersiaplah untuk dikhianati. Kita akan bahagia bila kita bisa menerima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri,mau mencintai orang lain, dan mau menerima orang lain.

Percayalah kepada Tuhan, dan bersyukurlah kepada-Nya, bahwa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tak perlu berkeras hati. Ia akan memberi kita di saat yang tepat apa yang kita butuhkan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusaha dan bahagialah karena kita dicintai begitu banyak orang.


************************* ************************* *************

Kata Bijak Hari Ini.


Bila rahasia sebuah atom dari atom-atom tersingkap, rahasia segala benda ciptaan, baik lahir maupun batin akan tersingkap, dan kau takkan melihat pada dunia ini atau dunia yang akan datang sesuatu kecuali Tuhan. (Syaikh Ahmad Al-Alawi)

Putri Cyamelia

 
Tazkirah
09.23.04 (9:44 pm)   [edit]

[b]Islam Itu Mudah[/b]


Benarkah Islam itu mudah? Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali Islam. Bagi menjelaskan pekara ini secara langsung, marilah kita rujuk kepada pegangan Allah S.W.T. yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan. Allah S.W.T. menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran."

Rasullullah S.A.W. juga bersabda bagi memperjelaskan lagi perkara ini, melalui hadisnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud : "Sesungguhnya Islam itu mudah
Secara umum, perkataan mudah dan payah agak subjektif. Neraca pertimbangan yang paling tepat digunakan ialah samada perkara itu satu bebanan yang tidak berupaya manusia melakukan atau faktor persekitaran menyebabkan lingkungan keupayaannya terbatas.

Menurut prinsip Islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan kemampuan manusia. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah; ayat 280 yang bermaksud : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya."

Contoh yang ketara yang boleh dibuat perumpamaan adalah perintah ibadat Solat. Permulaan memulakan solat adalah mengambil wudhuk dan bahan asas yang diperlukan adalah air. Dalam sesuatu keadaan jika ketiadaan air, Islam memberi kelonggaran dengan melakukan tayammum.

Perkara kedua adalah menutup aurat. Pakaian yang sediada boleh digunakan kecuali ada najis padannya. Garis panduan pakaian ditetapkan untuk lelaki ialah menutup antara pusat hingga ke lutut. Manakala bagi wanita pula adalah menutup keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Dalam perkara ini, jika hanya ada tudung labuh dan memakai stoking ketika itu juga sudah membolehkan untuk kita mengerjakan solat.

Oleh kerana solat adalah merupakan ibadat yang tidak boleh ditinggalkan, maka Islam memberi kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu.
Jika kita musafir (dalam perjalanan dengan tujuan yang baik dan diluluskan hukum syarak), dan perjalanan itu melebihi 2 marhalah (lebih 91 KM), maka bolehlah kita menjamak dan mengqasarkan solat kita.

Begitu juga apabila kita sedang sakit, kita boleh mengerjakan solat secara duduk, berbaring, mengiring atau pun menggunakan isyarat. Hatta dalam beberapa kaedah, kita boleh membaca Allahu Akbar sebanyak 7 kali (menyamai 7 ayat Fatihah) atau 7 ayat Surah sebagai ganti Surah Al-Fatihah yang merupakan rukun dalam solat, jika masih tidak dapat membaca Surah Al-Fatihah setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, ternyatalah, Islam itu mudah. Ia akan menjadi sukar jika kita terlalu ekstrim dalam mengamalkannya. Penekanan bersederhana penting dalam ibadah di samping meletakkan prinsip istiqamah sebagai teras. Keterlaluan dalam ibadah tanpa mempunyai sandaran dan nas yang kukuh atau hanya sekadar ikut-ikutan akan menyebabkan ia membelenggu kita yang akhirnya menyebabkan kita terus meninggalkan ibadah tersebut.

Solat dalam Islam tidak membebankan manusia, malah ia merupakan suatu amalan yang digemari kerana selain dari menjadi ibadah menyembah Tuhan, ia juga akan;

i. Melatih daya pemusatan pemikiran
ii. Meningkatkan rasa keikhlasan terhadap Allah
iii. Melatih diri ke arah ketepatan waktu
iv. Membiasakan diri mengamalkan kebersihan
v. Memberi kerehatan saraf
vi. Menyatakan pengakuan terhadap kebesaran Allah S.W.T.
vii. Menanamkan rasa muhibbah dan semangat perpaduan menerusi solat yang dilakukan secara berjemaah

Begitu juga aspek makanan dan minuman. Istilah darurat boleh digunakan terhadap sesuatu tindakan apabila tiada alternatif lain boleh dicari bagi meneruskan hidup. Kita boleh makan daging khinzir; sebagai contoh, sekiranya pada ketika itu, hanya itu sahaja makanan yang ada untuk menyambung nyawa bagi meneruskan kehidupan.

Demi menggambarkan bahawa Islam itu mudah dan tidak membebankan, kita selusuri sejarah pengharaman arak yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Melihat kepada tahap keimanan Umat Islam ketika itu, ayat yang mengharamkan ialah ketika bersolat kerana ditakuti bacaan mereka di bawah sedar ini tersalah. Peringkat seterusnya pula, ia diharamkan terus kepada Umat Islam kerana memabukkan yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Setiap insan yang mengamalkan perintah Allah S.W.T. dengan yakin dan sempurna akan dapat merasai nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia.
Oleh itu, marilah sama-sama kita hayati dalam kehidupan. Sesungguhnya Islam itu indah. Begitulah tema Maal Hijrah 1423H iaitu "BERSAMA HAYATI KEINDAHAN ISLAM"
 
Sesungguhnya....
09.23.04 (9:41 pm)   [edit]
Saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting,Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya beradadi Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor BahruUntuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksatidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernamaFather Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang
paderibesar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.

Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara DiRaja dan berhenti emegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00,bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia Perak).
Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam,berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam,tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwahIslam tidak mahu.Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak ,Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution.Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya,katanya
untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada YusofNoor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar diakhbar)1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik keNibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama.
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.
Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu.Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid.Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu
Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan). Beliau beri penerangan kepada:
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Brutoyang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri,anak-anak,ka um keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allahhu akbar'....maha suci Allah.
Janganlah hina pendakwah islam (tabligh islam), malah kita perlu ikut serta usaha dan mendoakan semua orang islam yang baligh, lelaki dan perempuan dapat amal agama dengan sempurna, semua orang lelaki islam dapat sembahyang fardu berjemah di masjid, dan semua perempuan islam dapat tutup aurat dengan sempurna.

MARI KITA DOAKAN SELURUH DUNIA MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR


kiriman : ilsor riza mohd
 
Berzikir
09.23.04 (9:39 pm)   [edit]
Hadrat Abu said Al khudri memeberitahu bahawa rasulullah saw
bersabda"Hendaklah kamu berzikir sebanyak - banyaknya sehingga orang mengatakan kamu gila"

"Berzikirlah sebanyak2nya sehingga org2 munafik menganggap kau ahli riak."

Orang – orang yang berzikir itu akan dianggap sebagai gila apabila mereka ini berzikir sebanyak2nya dan sekuat2nya (jahr), bukanlah dengan perlahan (sirr).

Hadrat Fudhail rah a berkata"Bahawa meninggalkan suatu amalan kerana takut diperlihatkan, maka inilah riak namanya dan melakukan sesuatu supaya orang melihatnya ini adalah syirik yang nyata"

Orang – orang yang menganggap zikir kuat termasuk bidaah adalah
menunjukkan pengetahuan mereka dalam bidang hadith adalah tipis.

Maulana Abdul Hayy telah mengarang risalah berjudul Sabbahatul Fikri menukilkan 50 hadith yang menerangkan zikir jihri adalaah termasuk sunnah. Tetapi haruslah diingat, orang yang berzikir jhri itu janganlah sampai melampaui batasnya iaitu janganlah menyusahkan atau menggangu orang lain.

Man 'amala bima 'alima,warasahullahu 'ilma bima ma lam ya'lam
(Barangsiapa beramal dengan apa yang diketahuinya,Allah akan
anugerahkannya ilmu yang ia belum ketahui).


------------------------- ------------------------- ------------------------- -----
gema sahabat
 
Bahagia
09.23.04 (9:38 pm)   [edit]
Ba'da tahmid dan shalawat

Kebahagiaan adalah suatu hal yang sangat diperlukan oleh manusia.Sampai kini masih banyak manusia yang sering mengeluh tidak bahagia, mungkin kita termasuk di dalamnya. Padahal kita lupa, Allah SWT sudah memberi kita banyak kenikmatan dalam hidup ini, yang seharusnya kita syukuri.

Seringkali kita mengukur kebahagiaan hanya dari segi materi atau prestasi yang kita raih. Padahal kebahagiaan dapat tercipta dipengaruhi oleh persepsi kita ketika mengalami suatu peristiwa. Kebahagiaan itu dihasilkan oleh keputusan Anda, oleh ide-ide Anda, pikiran-pikiran Anda, dan sikap-sikap Anda, bukan oleh suatu objek dan bukan pula oleh kondisi lingkungan Anda

"Saya hanya ingin bahagia," itu kalimat yang sering kali terdengar saat ditanya apa yang menjadi cita-citanya. Lalu, siapa yang tidak ingin bahagia? Jika seseorang ingin bahagia berarti dia tidak bahagia, lalu, kenapa tidak bahagia?
Mungkin ini jawaban yang mungkin muncul:
"Saya akan bahagia jika saya berhasil menduduki jabatan tersebut."
"Saya akan bahagia jika berhasil menikah dengan dia."
"Bagaimana bisa bahagia jika saya rugi 20 juta?"
"Bagaimana bisa bahagia jika saya baru saja dipecat?"
dan masih banyak kalimat yang mungkin muncul.
Apakah mereka lupa?
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak."
(QS. Al Kautsar:1)

Ya, Allah SWT telah memberikan nikmat kepada kita, yang tak terhitung banyaknya. Namun begitu banyak manusia tidak bahagia gara-gara sebagian yang dia pikir sebagai nikmat belum diraihnya. Dia tidak bahagia karena hanya melihat apa yang belum dia miliki, padahal nikmat yang telah Allah berikan begitu banyaknya. Melupakan nikmat yang telah diterima, sama saja tidak mensyukurinya.

Jika kita ingin bahagia, tengoklah apa yang telah kita miliki, rasakan berbagai anugrah yang telah diberikan Allah SWT kepada kita. Sungguh, sungguh banyak. Kita tidak akan bisa menghitungnya.

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar- benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS.An Nahl:18)

Seberapa banyak nikmat yang kita miliki dibanding dengan yang belum kita miliki? Pantaskah kita tidak bahagia untuk nikmat yang belum kita miliki itu? Oleh karena itu, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Berbahagialah.
Bersyukur akan membuat kita melihat apa yang sudah kita miliki. Bersyukur akan membantu kita berpikir positif. Namun demikian, bukan berarti kita diharuskan hanya bersyukur saja, tanpa pernah meraih apa yang belum kita alami atau belum kita raih. Dengan mensyukuri apa yang telah kita miliki memang akan membuat kita bahagia, tetapi Allah SWT tetap memerintahkan kita untuk meraih apa yang terbaik. Allah SWT telah memberikan potensi kepada kita untuk kita pergunakan.

Salah satu alasan mengapa sebagian orang tidak mau meraih yang lebih baik karena ketakutan akan kekecewaan yang akan timbul. Mereka takut jika gagal mereka akan kecewa yang tentu saja akan merusak kebahagian yang telah mereka miliki, atau menjauhkan dari kebahagiaan yang justru belum mereka miliki. Padahal, kekecewaan bukan disebabkan oleh kegagalan, tetapi oleh sikap kita terhadap kegagalan tersebut.
Lihatlah, bacalah, bahwa kegagalan yang sama akan berdampak berbeda kepada setiap orang. Ada yang menangis sampai meratapi, ada yang kapok tidak berusaha lagi, ada yang membanting sesuatu, ada yang berteriak, ada yang marah-marah, ada yang biasa-biasa saja, bahkan ada juga yang tersenyum. Kenapa karena mereka menyikapi kegagalan dengan cara yang berbeda.

Faktor lain yang sering membuat seseorang tidak berbahagia ialah akibat dari kehilangan sesuatu. Sedih boleh saja, tetapi janganlah sedih terus menerus yang akan menyingkirkan kebahagiaan kita. Rasulullah SAW sedih saat ditinggal anak, istri, dan paman beliau, tetapi beliau masih bisa sempat tersenyum setelah itu. Perang Uhud menyebabkan syahidnya puluhan sahabat beliau, tetapi apakah beliau kapok berperang?
Perang Uhud adalah suatu contoh peristiwa yang memuat contoh kegagalan dan kehilangan. Namun, dibalik itu semua ada berbagai hikmah yang patut kita renungi. Meliputi: strategi perang, soal pengorbanan, ketabahan, harga sebuah kekhilafan, sunnah perputaran, keharusan bergerak, dan sikap hidup.

Jika Rasulullah SAW beserta sahabat terbaik dididik oleh Allah SWT melalui hikmah dari suatu peristiwa, begitu juga kita yang jauh lebih perlu untuk dididik. Allah SWT mungkin memberikan ujian berupa kegagalan dan kehilangan kepada kita untuk mengajarkan hikmah kepada kita.


by Indera Azman
 
Murah rezeki, kesempurnaan diri sbg seorg muslim....
09.23.04 (9:37 pm)   [edit]
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:

Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia
telah menyatakan tujuannya :

" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk
bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan
akhirat."

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :

" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari
hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi
orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau
akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau
kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat
maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi
orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan
sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin
(baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau
melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin
Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk
golongan muhsini

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka
engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya
engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan
dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain
nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan
(kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang
lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada
Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh
Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah
dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh
mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari
qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau
akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala
permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari
qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah
akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata
penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa
kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan
ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan
akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak
diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin:

" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi
kesempurnaan agama dan bermanafaat
selain hadis ini.... "




Kesempurnaan diri muslim - Hadis Munthahharah

Mudah-mudaham bermanafaat untuk saya dan kita semua,
sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana saya
insan yang lemah.


Bila Bercinta Kerana ALLAH, Berpisahnya Tak Gelisah, Bila Rindu Kerana
Yang SATU...Islam itu indah


by noor hafizah
 
Dari sahabat utk Sahabat
09.23.04 (9:35 pm)   [edit]
Aku mencintai sahabat sahabatku dengan segenap jiwaragaku.. seakan akan aku
mencintai sanak saudaraku.. sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan
denganku.. dan menjaga nama baikku.. ketika akau hidup ataupun setelah aku
mati.. aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati.. yang takluntur baik
dalam keadaan suka ataupun duka.. jika itu aku dapatkan.. aku berjanji akan
selalu setia padanya.. ku hulur tangan kepada sahabat sahabatku untuk
berkenalan.. kerana aku akan merasa senang.. semakin banyak aku perolih
sahabat aku semakin percaya diri.

Belum pernah kutemukan didunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka..
padahal hidupku sentiasa berputar putar antara suka dan duka.. kalau duka
melanda aku sering bertanya 'siapakah yang sudi menjadi sahabatku' .. dikala
aku senang sudah biasa bahawa banyak orang yang akan irihati.. namun bila
giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang
baik.. namun ketika musibah menimpaku.. kudapatkan mereka tak ubahnya roda
zaman yang takmahu bersahabat dengan keadaan.. jika aku menjauhkan diri dari
mereka.. mereka mencemuhkanku.. dan jika aku sakit tak seorang pun yang
menjengukku.. jika hidupku berlumur kebahagian banyak orang irihati.. jika
hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Bila tak kutemukan sahabat sahabat taqwa lebih baik aku hidup menyindiri
daripada aku harus bergaul dengan orang orang jahat.. duduk sendirian untuk
beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat
dengan kawan yang mesti kuwaspadai.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.. dan bersikaplah
seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.. cucilah kedua tanganmu
dari zaman tersebut dan dari manusianya.. peliharalah cintamu terhadap
mereka.. maka kelak kamu akan memperolihi kebaikannya.. sepanjang usiaku
yang semakin tua belum pernah aku temukan didunia ini sahabat yang sejati..
kutinggalkan orang orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang
orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Kawan yang takdapat dimenfaatkan ketika susah.. lebih mendekati musuh
daripada sebagai kawan.. tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang
sejati kecuali yang menolong ketika susah.. sepanjang hidupku aku berjuang
keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku..
kukunjungi seribu negara namun taksatu negarapun yang penduduknya berhati
manusia.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan.. dua hal itu
seperti duri yang dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.. apabila engkau
memerlukan pertolongan mereka bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri
duri itu.

Barangsiapa yang menghormati oranglain tentulah dia akan dihormati.. begitu
juga barang siapa yang menghina oranglain tentulah dia akan dihinakan..
barangsiapa yang berbuat baik kepada oranglain baginya satu pahala.. begitu
juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain baginya seksa yang dahsyat.

Ketika aku menjadi pemaaf dan takpunyai rasa dengki.. hatiku lega jiwaku
bebas dari bara permusuhan.. ketika musuhku lewat dihadapku aku sentiasa
menghormatinya.. semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari
kejahatan.. aku tampakkan keramahanku kesopananku dan rasa persahabatku
kepada orang orang yang kubenci.. sebagaimana kutampakkan hal itu kepada
orang orang yang kucintai.. manusia adalah penyalkit dan penyakit itu akan
muncul bila kita mendekatinya.. padahal menjauhi manusia bererti memutuskan
persahabatn.

Mudah mudahan anjing anjing itu dapat bersahabat denganku.. kerana bagiku
dunia ini sudah hampa dari manusia.. sehina hinanya anjing ia masih dapat
menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat.. tidak seperti manusia
manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.. selamatkanlah
dirimu jaga lidahmu baik baik tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa
akan hidup sendiri.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang orang yang mulia maka dekatilah
orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.. hanya orang orang yang
berjiwa mulia dapat menjaga nama baik dirinya.. dan selalu menghormati
tamunya baik ketika hidup mahupun setelah mati.

Jika sesaorang takdapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan
terpaksa.. maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan
kepadanya.. banyak oranglain yang dapat menjadi penggantinya.. berpisah
denganya bererti istirehat.. dalam hati masih ada kesabaran buat sang
kekasih meskipun memerlukan daya usaha yang keras.. taksemua orang yang
engkau cintai mencintaimu.. dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan
sikap taksopan.. jika cinta suci takdatang dari tabiatnya maka tak ada
gunanya cinta dibuat cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal hal
yang kelmarin menjadi rahsia.. selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi
ada sahabat yang jujur dan menepati janji...



by Indera Azman

 
Bicara Hati Seorang Wanita
09.23.04 (9:31 pm)   [edit]
Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku  seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.


Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina AliDihantar pemergiannya tanpa bertanya
Bila kan pulang?
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musaab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi

Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi! '

Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan

" Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita"..
 
Hargai kemerdekaan beragama
09.23.04 (9:13 pm)   [edit]
BAYANGKAN anda terkurung dalam sebuah bilik sempit, gelap, busuk dan kotor. Pasti tidak ada apa yang difikirkan ketika itu kecuali mahu bebas daripada kurungan itu.

Demikian lumrahnya manusia. Sesuatu nikmat itu benar-benar dihargai dan dirasai kepentingannya apabila ia tiada. Nikmat sihat hanya dirasakan apabila ditimpa sakit. Ketangkasan dan kecergasan usia muda hanya disesalkan apabila 'kerenah' usia tua mula meniti.

Demikian juga kebebasan dan kemerdekaan. Hanya mereka yang terpenjara atau pernah mengalaminya benar-benar memahami erti kebebasan.

Kebebasan adalah anugerah Allah kepada makhluk-Nya. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah berkata: "Bilakah kamu menganggapkan manusia ini hamba kamu, pada hal mereka telah dilahirkan oleh ibu mereka sebagai makhluk yang merdeka?"

Jadi, tidak ada siapa pun boleh mendakwa dialah yang memberikan kebebasan kepada manusia seperti tidak ada seorang pun daripada kalangan manusia yang berhak untuk merampas kebebasan seseorang yang lain.

Perakuan kebebasan ini dijelmakan dalam kebebasan untuk memilih akidah atau pegangan hidup. Allah berfirman maksudnya: "Dan katakalah (wahai Muhammad saw): "Kebenaran itu ialah yang datang daripada Tuhan kamu.

Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu ingkar, biarlah dia mengingkarinya..." (Surah al-Kahfi, ayat 29) Firman-Nya lagi: "Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati mengenai kedegilan orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki), maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang yang beriman?" (Surah Yunus, ayat 99)

Sesungguhnya pemilik agama ini, yang mencipta dan memiliki alam semesta, memerintahkan Nabi utusan-Nya agar tidak memaksa hamba-Nya memeluk agama yang diturunkan-Nya. Malah, hamba-Nya diberi kebebasan sepenuhnya sama ada mahu beriman atau sebaliknya, selepas diberi penjelasan mengenai kebenaran dan keindahan agama ini melalui ayat suci al-Quran dan diterjemahkan pula dalam bentuk amalan oleh Nabi serta pengikutnya.

Mari kita saksikan bagaimana seriusnya Rasulullah melaksanakan perintah Tuhannya agar tidak memaksa umat manusia memeluk Islam.

Seorang lelaki musyrik bernama Thamamah bin Athal memasuki Madinah dengan sebilah pedang untuk membunuh Nabi. Dia berjalan, berlegar ke sana ke mari mengintai peluang keemasan bagi melaksanakan misinya. Tiba-tiba, dia terserempak dengan Umar bin al-Khattab. Melihat gerak-gerinya, Umar mengesyaki sesuatu, lalu menghampiri Thamamah dan bertanya: "Hendak ke manakah engkau wahai Thamamah?" Tanpa rasa takut dan gentar, meskipun berhadapan dengan Umar, Thamamah menjawab dengan tegas dan berani: "Aku hendak membunuh Muhammad!" Tanpa berlengah walau sedetik pun, Umar lantas menangkap Thamamah, mengheret dan mengikatnya pada sebatang tiang Masjid Nabawi. Selepas Rasulullah selesai menunaikan solat Zuhur, Umar menyampaikan apa yang telah berlaku.

Dengan tenang Baginda menghampiri Thamamah yang sedang terikat pada tiang dalam masjidnya. Rasulullah memandang tepat ke wajah Thamamah, kemudian mengalih pandangannya kepada sahabat di sekelilingnya. Umar pula menanti dengan penuh debar arahan yang bakal diterimanya. Apakah hukuman paling setimpal yang bakal dijatuhkan terhadap si musyrik durjana ini? Bunuh? Penjara seumur hidup? Buang daerah?

Namun soalan yang ditanya Baginda adalah sama sekali di luar dugaan.Baginda bertanya: "Adakah engkau telah membawakan makanan kepada lelaki ini, wahai Umar?"

Umar menjawab dengan jujur: "Belum, wahai Rasulullah." Lalu, Baginda memerintahkan Abu Hurairah supaya meminta segelas susu daripada Ummul-Mukminin di rumah Baginda.Selepas susu dibawa, Rasulullah memerintahkan supaya ikatannya dilonggarkan. Thamamah duduk dengan selesa untuk meminum segelas susu yang diberi oleh Baginda.

Setelah Thamamah selesai minum susu, Rasulullah berkata kepadanya:"Wahai Thamamah! Masuklah Islam!" Ajakan tulus ikhlas itu ditolak oleh Thamamah dengan katanya: "Tidak wahai Muhammad!" Setelah ajakannya supaya Thamamah memeluk Islam tidak diterima, Baginda memerintahkan supaya dia dibebaskan serta-merta!

Thamamah segera bangkit dan berlalu dari situ. Selepas beberapa langkah,dia berpatah balik dan berkata tanpa teragak-agak: "Asyhadu an la ilaha illallah, wa annaka Muhammad, Rasulullah!"

Rasulullah bertanya dengan penuh kehairanan: "Mengapa engkau tidak menerima untuk memeluk Islam ketika aku mengajak engkau tadi?" Thamamah menjawab: "Wahai Rasulullah! Aku takut sekiranya aku memeluk Islam ketika aku berada dalam genggamanmu, manusia akan berkata, Thamamah memeluk Islam kerana takut kepada Muhammad. "Tetapi, kini aku bebas sepenuhnya. Maka aku memeluk Islam atas kehendakku sendiri demi mencari keredaan Allah."

Demikianlah erti kebebasan yang diajar oleh Nabi Muhammad sejak 15 abad lalu. Kebebasan yang tidak pernah dipinta dan diperjuangkan oleh sesiapa pun pada waktu itu. Ia adalah kebebasan hakiki, yang dianugerahkan Allah kepada sekalian makhluk-Nya tidak kira lelaki atau perempuan, Muslim atau bukan Muslim.

Kini, ketika seluruh dunia memperkatakan mengenai kebebasan dan hak asasi manusia, umat Islam yang sejak dulu mengetahui dan menikmati kebebasan yang dianugerahkan Allah kepada mereka, bertukar menjadi umat tertindas dan sering dinafikan hak mereka.

Ketika kaum wanita di Barat dan di Timur dibenarkan berjalan bebas tanpa pakaian kerana menghormati 'hak asasi'nya, wanita Islam yang bertudung kepala kerana mematuhi suruhan agama, disekat, dihina dan dinista. Pada masa kaum lelaki di Barat bebas mengepit dan meniduri puluhan wanita tanpa ikatan nikah yang sah di sisi undang-undang dan agama;lelaki Islam yang berniat untuk melakukan perkahwinan kedua dengan cara yang halal di sisi agama, dianggap kejam dan mendiskriminasi wanita.

Ketika masyarakat dunia menyaksikan peningkatan jenayah di kalangan orang dewasa, remaja dan kanak-kanak, pelbagai cadangan, langkah dan bentuk hukuman dikemukakan.

Tetapi, apabila orang Islam membuka mulut mencadangkan pelaksanaan undang-undang Islam, mereka dikatakan kolot, kejam dan ketinggalan zaman. Dan ketika tanah air umat Islam diceroboh, umatnya diusir, wanita dan kanak-kanak dibunuh, orang Islam yang bangkit berjuang demi mempertahankan agama, tanah air dan maruah; dituduh pelampau dan pengganas.

Maka, sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara ke-47 yang penuh makna ini, marilah kita bebaskan diri daripada segala belenggu yang menghalang kita daripada mentaati dan melaksanakan perintah Allah Yang Maha Agung.

Itulah kebebasan hakiki yang menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Bukan kebebasan mengikut nafsu dan melakukan maksiat.

 
Orang Beragama atau Orang Baik
09.23.04 (9:10 pm)   [edit]
Seorang lelaki berniat untuk menghabiskan seluruh waktunya untuk beribadah. Seorang nenek yang merasa iba melihat kehidupannya
membantunya dengan membuatkan sebuah pondok kecil dan memberinya
makan, sehingga lelaki itu dapat beribadah dengan tenang.

Setelah berjalan selama 20 tahun, si nenek ingin melihat kemajuan yang telah dicapai lelaki itu. Ia memutuskan untuk mengujinya dengan seorang wanita cantik. ''Masuklah ke dalam pondok,'' katanya kepada wanita itu, ''Peluklah ia dan katakan 'Apa yang akan kita lakukan sekarang'?''

Maka wanita itu pun masuk ke dalam pondok dan melakukan apa yang disarankan oleh si nenek. Lelaki itu menjadi sangat marah karena tindakan yang tak sopan itu. Ia mengambil sapu dan mengusir wanita itu keluar dari pondoknya.

Ketika wanita itu kembali dan melaporkan apa yang terjadi, si nenek menjadi marah. ''Percuma saya memberi makan orang itu selama 20 tahun,'' serunya. ''Ia tidak menunjukkan bahwa ia memahami kebutuhanmu, tidak bersedia untuk membantumu ke luar dari kesalahanmu. Ia tidak perlu menyerah pada nafsu, namun sekurang-kurangnya setelah sekian lama beribadah seharusnya ia memiliki rasa kasih pada sesama.''

Apa yang menarik dari cerita diatas? Ternyata ada kesenjangan yang cukup besar antara taat beribadah dengan memiliki budi pekerti yang luhur. Taat beragama ternyata sama sekali tak menjamin perilaku seseorang.

Ada banyak contoh yang dapat kita kemukakan disini. Anda pasti sudah sering mendengar cerita mengenai guru mengaji yang suka memperkosa muridnya. Seorang kawan yang rajin shalat lima waktu baru-baru ini di PHK dari kantornya karena memalsukan dokumen. Seorang kawan yang berjilbab rapih ternyata suka berselingkuh. Kawan yang lain sangat rajin ikut pengajian tapi tak henti-hentinya menyakiti orang lain. Adapula kawan yang berkali-kali menunaikan haji dan umrah tetapi terus melakukan korupsi di kantornya.

Lantas dimana letak kesalahannya? Saya kira persoalan utamanya adalah pada kesalahan cara berpikir. Banyak orang yang memahami agama dalam pengertian ritual dan fiqih belaka. Dalam konsep mereka, beragama berarti melakukan shalat, puasa, zakat, haji dan melagukan (bukannya membaca) Alquran. Padahal esensi beragama bukan disitu. Esensi beragama justru pada budi pekerti yang mulia.

Kedua, agama sering dipahami sebagai serangkaian peraturan dan
larangan. Dengan demikian makna agama telah tereduksi sedemikian rupa menjadi kewajiban dan bukan kebutuhan. Agama diajarkan dengan pendekatan hukum (outside-in), bukannya dengan pendekatan kebutuhan dan komitmen (inside-out). Ini menjauhkan agama dari makna sebenarnya yaitu sebagai sebuah sebuah cara hidup (way of life), apalagi cara berpikir (way of thinking).

Agama seharusnya dipahami sebagai sebuah kebutuhan tertinggi manusia. Kita tidak beribadah karena surga dan neraka tetapi karena kita lapar secara rohani. Kita beribadah karena kita menginginkan kesejukan dan kenikmatan batin yang tiada taranya. Kita beribadah karena rindu untuk menyelami jiwa sejati kita dan merasakan kehadiran Tuhan dalam keseharian kita. Kita berbuat baik bukan karena takut tapi karena kita tak ingin melukai diri kita sendiri dengan perbuatan yang jahat.

Ada sebuah pengalaman menarik ketika saya bersekolah di London dulu. Kali ini berkaitan dengan polisi. Berbeda dengan di Indonesia, bertemu dengan polisi disana akan membuat perasaan kita aman dan tenteram. Bahkan masyarakat Inggris memanggil polisi dengan panggilan kesayangan: Bobby.

Suatu ketika dompet saya yang berisi surat-surat penting dan sejumlah uang hilang. Kemungkinan tertinggal di dalam taksi. Ini tentu membuat saya agak panik, apalagi hal itu terjadi pada hari-hari pertama saya tinggal di London. Tapi setelah memblokir kartu kredit dan sebagainya, sayapun perlahan-lahan melupakan kejadian tersebut. Yang menarik, beberapa hari kemudian, keluarga saya di Jakarta menerima surat dari kepolisian London yang menyatakan bahwa saya dapat mengambil dompet tersebut di kantor kepolisian setempat.

Ketika datang kesana, saya dilayani dengan ramah. Polisi memberikan dompet yang ternyata isinya masih lengkap. Ia juga memberikan kuitansi resmi berisi biaya yang harus saya bayar sekitar 2,5 pound. Saking gembiranya, saya memberikan selembar uang 5 pound sambil mengatakan, ''Ambil saja kembalinya.'' Anehnya, si polisi hanya tersenyum dan memberikan uang kembalinya kepada saya seraya mengatakan bahwa itu bukan haknya. Sebelum saya pergi, ia bahkan meminta saya untuk mengecek dompet itu baik-baik seraya mengatakan bahwa kalau ada barang yang hilang ia bersedia membantu saya untuk menemukannya.

Hakekat keberagamaan sebetulnya adalah berbudi luhur. Karena itu orang yang ''beragama'' seharusnya juga menjadi orang yang baik. Itu semua ditunjukkan dengan integritas dan kejujuran yang tinggi serta kemauan untuk menolong dan melayani sesama manusia.

 
Hikayat Wanita
09.23.04 (9:06 pm)   [edit]
Dari kitab Rawd At-Tirr karangan Sheikh Omar Nefzawi, seorang penasihat istana Tunisia di abad ke 16 Masehi.


Ketahuilah oleh kamu wahai wazir [ menteri ], ilmu yang terkandung dalam bab ini amatlah berguna, dan hanya dalam kitab ini sajalah kamu dapat menemuinya. Yakinilah kamu bahawa, mengenal sesuatu adalah lebih baik dari kejahilan mengenainya.

Apa yang akan kami katakan dan tidak kamu ketahui ialah mengenai wanita.

Sahibul hikayat, pada suatu ketika di tanah Arab ada seorang wanita amat bijak laksana, namanya Siti Zubaidah. Maka bertali arus berkunjung cerdik pandai menuntut ilmu dan meminta nasihat akan Zubaidah ini. Hinggakan berbaga-bagai soal ehwal senggama dituju kepadanya:

`Di bahagian mana tubuh wanita terletak akalnya?'

`Di celah pahanya.'

`Dan di mana letak nikmat bagi diri wanita?'

`Di tempat yang sama.'

`Dan di mana pula pada wanita terletak cinta dan benci terhadap lelaki?'

`Pada faraj,' jawab Siti Zubaidah; dan dia menambah, `Kepada lelaki yang kami cinta kami serahkan faraj kami, dan kami hindarinya dari lelaki yang kami benci. Kami kongsi hartabenda kami dengan lelaki yang kami cinta, dan kami redha sekiranya dia kurang berharta. Tapi kami tolak kekayaan lelaki yang kami benci, meskipun melaluinya kami dicumbu-rayu'

`Di manakah, dalam diri wanita, terletak ilmu, cinta dan berahi?'

`Pada mata, pada hati, dan pada faraj.'

Quote:

Bila diminta menghuraikannya, Siti Zubaidah menjawab: `ilmu tertumpu di matanya, kerana mata seorang wanita menghayati keindahan bentuk dan rupa. Melalui mata, cinta menyelinap ke hati sanubarinya dan menjadikannya hamba. Seorang wanita yang dilamun cinta akan terus memburu dan memasang perangkap untuk mendapatkan lelaki yang dicintainya. Apabila dia berjaya, maka akan jadilah pertemuan antara faraj dan zakar. Melalui persetubuhan faraj akan terus kekal ingatannya pada zakar yang memberinya nikmat inzal (orgasm) dan hanya zakar itulah yang membangkitkan berahinya. Maka kesetiaan wanita terhadap suaminya bertapak disitu; dan dalam hal yang sama benih kecurangan isteri juga tersemai jika suaminya gagal memenuhi nafkah batinnya.'



CATATAN: kemanisan bersetubuh dan nikmat inzal bagi wanita adalah amat penting dalam menentukan keikhlasan dirinya dalam memberi layanan seks terhadap pasangannya. Dalam masyarakat Melayu yang berlandaskan hukum syariat, maka adalah amat penting bagi seorang pengantin lelaki memberi nikmat inzal terlebih dahulu pada pengantin wanita mulai pada malam pertamanya agar sentiasa dihormati seperti yang dihuraikan oleh Siti Zubaidah.





 
Ocean
09.20.04 (11:26 pm)   [edit]
Maybe you can't drink the entire Oxus River
but don't deny you're thirsty!

You want a spirit-drenching?
Dig a hole in this book, the Mathnawi,
this island. Make holes
so the ocean can flow up through.
Dig and make it porous
until it's all seawater.

Wind moves word-leaves off the surface
showing one color, clearness.

Beneath you, coral branches
and ocean-peaches.

When the Mathnawi sinks
with your digging, it loses its words.
Speaker, listener, language,
Bread-giver, bread-taker, bread.
The categories dissolve
into One Water.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~

Still, if it is impossible to drain (drink) the Oxus, one cannot
deny one's self as much (water) as will slate thirst.
If you are thirsting for the spiritual Ocean, make a breach in
the island of the Mathnawi.
Make such a great breach that at every moment you will see
the Mathnawi to be only spiritual.
When the wind sweeps away the straw from the (surface of)
the river-water, the water displays its unicolouredness.
Behold the fresh branches of coral, behold the fruits grown
from the water of the spirit!
When it (the Mathnawi) is made single (and denuded) of
words and sounds and breaths, it leaves all that (behind) and
becomes the (spiritual) Ocean.
The speaker of the word and the hearer of the word and the
words (themselves) - all three become spirit in the end.
The bread-giver and the bread-receiver and the wholesome
bread become single (denuded) of their forms and are turned
into earth . . .

Enakirana....utusanrasul member.. :roll:
 
Dulu dan Sekarang
09.20.04 (11:22 pm)   [edit]
Dulu kau biasa ketawa ria

Bersama isteri, anak dan tetangga

Bersama ibu, ayah dan mertua

Bersama sahabat, rakan dan kenalan

Berlibur di sungai, hutan dan pantai

Merapatkan kasih setia antara jiwa

Dulu kau disanjung di atas persada

Menjawat jawatan mulia dengan gelaran sarjana

Memimpin organisasi berjenama

Dikenal orang pelusuk dunia

Bergurau, berjenaka amalan biasa

Hingga hilang serius dan ketenangan mulia

Akan tetapi, jalan dakwah bukan begitu

Di sana ada ujian sedang menanti

Sekolah tribulasi ganas menunggu

Menguji setiap patah ucapan yang berapi-api

Benarkah seperti yang dijanji

Benarkah risalah yang dibawa

Dari iman dan taqwa

Bukan sekadar lelucon biasa

Atau bicara bagai burung kakak tua

Madrasah fi sujun adalah satu kejutan!

Mengejutkan jiwa yang lemah

Tetapi tidak pada Pendakwah Ilahi

Kerana kau membawa misi

Memikul prinsip dan keyakinan di hati

Biar apapun hentakan, gertakan Sang Algojo

Bibir hatimu tetap basah mengingati Ilahi

Kini dikau keseorangan dalam sijn (penjara)

Bersama mai’yyatullah
Ainama tuwallu fathamma wajhullah
Rasa ukhuwwah bersama malaikat-malaikat

Yang turut kagum dan bersusah hati

Tika sujudmu mengalir air mata suci

PadaMu Allah dikau berserah diri

Jalan dakwah penuh duri

Teruji sudah segala bai’ah setia dan rukun perjuangan

Pastinya kedudukanmu di Langit Tertinggi

Syurga pasti sedang menanti..


Syikin TJ...

:!:
 
PARADOKS DIRI KITA
09.15.04 (4:15 pm)   [edit]
Paradoksnya waktu kita didalam sejarah ialah, Kita memiliki gedung2 makin tinggi tapi makin pendek kesabaran kita, jalan raya yang makin lebar, namun pandangan kita makin sempit.

Kita membelanjakan lebih, tapi terima lebih sedikit. Kita lebih banyak membeli, tapi menikmati lebih dikit.Kita punya rumah2 makin besar dan keluarga makin kecil, jauh lebih banyak kemudahan2, tapi makin sedikit waktu tersisa.

Kita punya makin banyak gelar tapi lebih sedikit akal, lebih banyak ilmu dan pengetahuan, tapi lebih sedikit keadilan, lebih banyak pakar, namun lebih banyak pula masalah, lebih banyak obat2an, tapi malahan tingkat kesehatan berkurang.

Kita minum [alkohol] terlalu banyak, merokok terlalu banyak, mengeluarkan uang tanpa perhitungan, tertawa terlalu sedikit, nyopir terlalu kencang, menjadi terlalu gusar, bergadang sampai malam sekali, bangun pagi sudah terlalu capai, kurang membaca, nonton TV kelewat banyak, dan terlalu jarang sekali berdoa.

Benar kita telah melipatgandakan harta milik, tapi sekaligus mengurangi nilai martabat kita. Kita terlalu banyak bicara, jarang mencintai, dan terlalu sering membenci.

Kita betul telah belajar bagaimana cara mencari nafkah, tapi bukan membuat suatu kehidupan.Kita menambah tahun2 keusia hidup itu, bukan sebaliknya, kehidupan ke-tahun2 itu.Kita sudah mampu pergi bolak balik kebulan, tapi mengalami kesulitan menyeberangi jalan untuk menemui dan menyalami tetangga baru.

Ruang angkasa raya telah kita kuasai namun ruang hati kita belum.
Perkara2 besar telah kita kerjakan, tapi bukan hal2 yang lebih baik.
Kita telah membersihkan udara, tapi sebaliknya mencemari jiwa.

Kita telah bisa menguasai atom, tapi tidak dan belum mampu mengekang praduga kita.Kita menulis lebih banyak, tapi belajar lebih sedikit.Lebih banyak yang kita rencanakan, tapi lebih sedikit yang
dicapai.Kita telah belajar serba ter-buru2, bukannya sabar menunggu.

Kita menciptakan lebih banyak komputer untuk menyimpan lebih banyak informasi, untuk menghasilkan lebih banyak lagi tindasan, tapi sebaliknya kita makin lama makin sedikit berkomunikasi dengan sesama kita.

Masa kini zamannya segala makanan siap saji, fast foods, dan waktu cerna lambat, orang2 besar dan watak kerdil, laba yang luar biasa dan hubungan relasi yang dangkal.Hari ini harinya rumah2 yang serba "wahhh dan wuuihhh dan astaghaa", tapi keluarganya pecah, morat-marit.Hari2 ini lumrah orang2 membuat perjalanan singkat cepat,
zamannya popok pakai-langsung-buang, moralitas yang ikut2an langsung-boleh-buang, pelayanan seks 'tuk semalam, berat badan yang berlebihan, dan obat2an, pil penyebab tawa sinting ria gembira, sampai diam bisu membatu, dan yang mampu mengganas meliar membunuh.

Inipun zamannya dimana lebih banyak yang dipamerkan sedangkan digudang malah kosong ........Ini saatnya dimana teknologi mampu menghadirkan surat ini padamu, dan saatnya pula dimana kau bisa memilih untuk mengikuti dan membagikan renungan ini, atau langsung
menghapusnya.

Ingatlah, pakailah sedikit waktu untuk kaunikmati bersama mereka yang anda kasihi, sebab mereka tidaklah akan selamanya ada.Ingatlah, ucapkan kata yang ramah pada seseorang yang menengadah memandangimu penuh takjub, sebab sikecil itupun sebentar jua akan tumbuh dan meninggalkan sisimu.

Ingatlah, berilah sebuah pelukan hangat pada yang ada disampingmu, karena itulah satu2nya harta yang bisa kau berikan dengan sepenuh hatimu dan itupun tanpa kau harus bayar sepeserpun.

Ingat, ucapkan, "Aku cinta padamu" pada pasanganmu dan semua yang kau kasihi, tapi jangan hanya dibibir saja! Sebuah kecupan dan pelukan akan mengobati luka hati apabila itu benar2 tulus dari kedalaman nuranimu.Jangan lupa untuk berpegang tangan dan menikmati
kebersamaan itu, karena suatu hari orang itu tidak akan ada lagi disampingmu.

Berilah waktu untuk mencintai, beri waktu untuk berbicara dan bagilah waktu juga untuk saling membagi pikiran2 yang ada.

Pada semua sahabat2ku dalam hidupku ini, terima kasih atas kehadiran kalian...


emel by - Nursuhhaimi to utusan rasul members
 
Harvest
09.15.04 (3:28 pm)   [edit]
As the sun goes down in its well,
lovers enter the seclusion of God.
Late at night we meet like thieves
who have stolen gold, our
candlelit faces.

A pawn has become a king.
We sit secretly inside presence
like a Turk in a tent among the Hindus,
and yet we're traveling past
a hundred watchmen, nightfaring,
drowned in an ocean of longing.

Sometimes a body rises to the surface
like Joseph coming out of his well
of abandonment to be the clarity
that divides Egypt's wheat fairly
and interprets the royal dreaming.

Some people say about human beings,
"Dust to dust", but can that be true of
one who changes from road dust to doorway?
The crop appears to be all one thing,
while it's still in the field.

Then a transformation-time arrives,
and we see how it is:
half chaff, half grain.

========================= ===========

"I Met One Traveling"

In the evening between sleep and awakening, I met one traveling. He was the light of
consciousness. His body was soul, his pure wisdom apparent in his beautiful face. He
praises me for a while, then scolds, "You sit on the seven-sky throne, in prison.
The sign of Gemini has set a table for you, yet you stick your head down a drainhole
again. Essence is not nourished with food and sleep. Do no one any harm in this
timefield of short crops, where what you sow comes back up very quickly! You try to
accomplish things, to win, to reach goals.

This is not the true situation. Put the whole world in ambition's stomach, it'll never be enough. Assume you get everything you want. Assume you have it now. What's
the point? The next moment, you die. Friend, the youth you've lived is ending.
You sleep a drunken dreamless sleep with no sense what morning you could wake inside."

========================= ========================= ==============

Dear soul, Love alone cuts arguments short, for it alone comes to the rescue when you cry for help against disputes. Eloquence is dumbfounded by Love: it dares not wrangle; for the lover fears that, if he answers back, the pearl of inner experience might fall out of his mouth.


written by - Pbridge (utusanrasul member)
 
TERhilang
09.15.04 (3:25 pm)   [edit]
Tika diri ini dijatuhkan hukum
9 hari dengan dipanahan beratus gemerlapan cahaya
dikerumuni serigala yang lapar
aku tercari cari nur persahabatan
yang bakal menyerikan semangatku
hari pertama.... kedua....ketiga.....
nur itu tidak kunjung jua

aku gagahi keringatku yang semakin lemah
untuk menatapi nur itu tanpa putus asa
kerana aku yakin iakan menjelma
walaupun fikiranku menafikannya nur itu tidak akan menjelma
kerana kesuntukan masa...
kerana pancarannya berada didaerah yg lebih memerlukan...
kerana ada dinding dinding yang menghalangi
kerana seribu alasan kerana..kerana..kerana....

dan aku mulai faham "kerana".....
kerana adanya hati....
kerana adanya lidah....
kerana adanya telinga...
kerana ada kerana
maka aku mungkin tewas lagi
dalam pengharapan kehadiran nur persahabatan itu

walauapapun persahabatan tetap dikenang
kerana persahabatanlah aku masih disini......


by Indera Azman...
 
Terhukum
09.15.04 (3:24 pm)   [edit]
Jika kamu terasa hukuman telah dijatuhkan
Kamu silap kerana kiraanya telah menjelma
Tanpa calculator, tanpa sempua
Hanya bilangan dengan jari jemari
Dengan kiraan pancaran mata
dan kerdipan jua tanpa auto-sum
ia hadir tanpa ketahuanmu

Jika nur yang satu itu suram cahayanya
Masih lagi kelihatan samar susuk tubuhmu
Masih kelihatan segak tengkolok kuningmu
Masih kedengaran telo kelainan sebutanmu

Namun di daerah yang dindingnya payah dicerobohi
Kerana daerah daerah itu
yang hanya ada tembok pemisah
Yang dada di aerah daerah itu hanyalah suara gemersik,
Yang di daerah itu masih ada hidu . masih ada rasa

Ku masih setia disini
Masih melihat susuk tubuhmu
Dengan pelbagai warna dan gaya
Dengan pelbagai rentak dan renungmu
Masih ada lagikah waktu "satu tika dulu"

Mana dia prasangka
Mana dia prejudice
Disini ada cerita duka
Disini ada cerita luka
....
pada siapa mahu di luah
pada siapa mahu di lakar
..

hanyalah nyanyian sepi
dalam kelam cahaya nur


Indera,
andainya sempuaku tidak menyahut
deru suaramu.
Andainya pesanan ringkasmu terpantul kembali
Ketahuilah...
yang ia hanya ilang sementara di sebalik dinding dinding
buat seketika
aku kehilangan sejalur nur melalui sempua itu.

akukah yang harus di persalahkan
atau akukah yang tidak mengerti
menghitung
akan hari hari yang berlalu