Titipan Kalbu


Blog For Free!


Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August

My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Free Web Counter
Free Hit Counter




Lindungilah...
10.28.04 (4:14 pm)   [edit]
Berlindung Dari 5 Kesombongan

Ya Allah hamba berlindung kepadaMu dari kesombongan orang berkuasa, yang berdiri gagah tanpa punya malu kerana merasa diri mereka lebih tinggi dari rakyatnya, padahal rakyatnya itulah yang meletakkannya di kerusi dan membiayai hidup mereka, namun rakyat itu pulalah yang menjadi sasaran dari paluan dan asakkan para
penguasa.

Ya Allah hamba berlindung kepadaMu dari kesombongan orang kaya, yang berjalan acuh tak acuh dan mendongakkan kepalanya kerana merasa dirinya lebih penting dibanding orang-orang lainnya, padahal orang banyak itulah sumber penghidupan dan kekayaannya, namun orang banyak itu pulalah yang selalu disuruh siap dibeli kehormatannya dengan wang dan harta mereka.

Ya Allah hamba berlindung kepadaMu dari kesombongan orang pandai, yang selalu merasa lebih hebat dari orang lainnya, sehingga ia membuka mulutnya lebar-lebar dan memuntahkan hujan kata-kata yang berasal dari perasaan pandai dan hebat di dalam dirinya, padahal inti kepandaian adalah kesanggupan untuk mendengarkan
serta kerendahan hati untuk tidak banyak membuka mulut, dan puncak tertinggi keterpelajaran berbanding sejajar dengan tingkat kesedaran atas kebodohan diri.

Ya Allah hamba berlindung kepadaMu dari kesombongan orang masyhur yang selalu merasa lebih khusus dibanding orang-orang disekitarnya, yang menyangka bahawa kemasyhuran adalah kelebihan darjat atas orang lainnya, yang mengira bahawa kemasyhuran adalah sama dengan keunggulan dan kehebatan, yang perilakunya mengandalkan ( bersandarkan ) " kerana aku masyhur maka aku hebat ", bukan membuktikan bahawa "kerana aku bermanfaat maka aku ( terpaksa ) masyhur. "

Ya Allah hamba berlindung kepadaMu dari kesombongan orang alim sholeh, yang ke mana-mana sibuk merasa bahawa yang selain dirinya adalah najis, yang tidak punya kemampuan lain kecuali merasa dirinya suci dan selalu benar, yang beranggapan bahawa Tuhan adalah anak buahnya, bahawa para Nabi dan Rasul adalah staf dan bawahannya untuk melaksanakan kepentingan-kepentingan diri dan golongannya.


 
Pengembara
10.24.04 (8:26 pm)   [edit]

 


Salmiah Kasmuni wrote ~~


pengembaraan...
sememang lah gersang...
tapi lebih baik dari menjadik pusang..

pengembaraan...
sememang lah suatu yg tak berpenghujung...
kerana ia suatu pencarian...
yg semua tidak faham.

marilah sama2 kita mengembara...
di bulan yg mulia ini...
kelak kita bertemu sinar..
buat hati yg kian gelap...
buat jiwa yg kian malap.

selamat menjalani ibadah puasa...semuga nikmatnyer kan kita kecapi di
kemudian nanti.........
amin.



From: "syikin_tj" syikin_tj@yahoo.com.sg


Teruskan langkahmu sang pengembara
pencarian tiada noktahnya
kerana telah terukir dilipatan sejarah
mencari sesuatu yang tiada
pabila bertemu maka kesibukan menjelma
dan dikala sibuk ianya hilang....

Teruskan langkahmu sang pengembara
kasih yang sejati
cinta yang hakiki
sayang yang tak pernah hilang
pastinya ditemui tapi awas
ia bagai titisan embun
menjelma di waktu hening pagi
akan hilang disinari mentari....

pemgembara gersang wrote..




 Aku hanya pengembara gersang
 melangkah mencari sinar
 sinar yang pernah di kecapi
 kini hilang tiada lagi
 Aku hanya pengembara gersang
 terus melangkah mencari sinar
 sinar kesucian,nur yang terpancar
 tiada tercapai tangan mengapai
 Aku hanya pengembara gersang
 melangkah mencari titik
 titik yang tiada akhir nya
 titik yang tak pernah padam
 Aku hanya pengembara gersang
 melangkah mencari kasih yang sejati
 melangkah mencari cinta yang hakiki
 melangkah mencari sayang yang tak pernah hilang
 Ya tuhan....
 apakah masih ada ruang buat ku di hati nya..
 Ya tuhan....
 apakah masih ada ruang buat ku di sisi nya..
 Ya tuhan
 apakah bisa aku memiliki nya kembali...

 Lahaulawala quwatailla billa hil aliyil azim....


 
Sedekah
10.21.04 (8:50 pm)   [edit]
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang

dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.

"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.

Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

SECEBIS PEDOMAN AGAR UMAT MANUSIA TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."


 
RAMADHAN : Kelebihan Dan Cara Mencapai Kesempurnaan Puasa
10.20.04 (1:42 am)   [edit]


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihi Wasahbihi Waman Walaah


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya disisi Allah Subhanahu Wa Taala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.

Diantara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu Wa Taala telah menurunkan kitab suciNya ( Al-Quran ) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang ertinya; " ( Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan ( menjelaskan ) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan ( atau mengetahuinya ), maka hendaklah dia berpuasa
bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka ( bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa ) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. ( Dengan ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa ( sebulan Ramadhan ) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu
bersyukur. " Q.S Surah Al-Baqarah : Ayat 185

Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam LailatulQadar yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama LailatulQadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir
daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam dibulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu ebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW; maksudnya : " Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke
sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar. " Hadith Riwayat Muslim

Sabda Baginda lagi;
maksudnya : " Dia ( bulan Ramadhan itu ) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga. " Shahih Ibnu Khuzaimah

Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu Wa Taala;
tafsirnya: " Katakanlah ( wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu ): Wahai hamba-
hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. ( Ingatlah ) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan ( yang sebenar di akhirat) dan ( ingatlah ) bumi Allah ini luas ( untuk
berhijrah sekiranya kamu ditindas ). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. "
Q.S Surah Az-Zumar : Ayat 10


KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus
dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam;
maksudnya : " Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah ( keringanan ) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan ( mengganti ) puasa yang ditinggalkannya itu,
sekalipun dia berpuasa seumur hidup. "
Hadith Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah

Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, n anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi
Wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda; maksudnya : " Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga. "
Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah


MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniah puasa itu antara lain seperti berikut :

1. Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, erta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu Wa Taala.

2. Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata riak.

3. Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu Wa Taala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya;
tafsirnya : " Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram ( rasuah dan sebagainya ). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara
mereka ( dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah ) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. " Q.S Surah Al-Maaidah : Ayat 42

4. Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci.

Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia
memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian ia menghancurkan sebuah kota ( kerana dalam kota ada istana itu ).

5. Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu Wa
Taala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan
yang disediakan itu beraneka jenis, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah
pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut pada siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-
makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang
sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan.
Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan,
maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6. Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu Wa Taala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam
puak muqarrabin ( hampir kepada Allah ), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu Wa Taala. Perasaan seumpama ini
seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh
anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara- perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu Wa Taala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Taala; tafsirnya : " Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertakwa. "
Q.S Surah Al-Baqarah : Ayat 183


PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA

Diantara huraian atau maksud " Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa " ialah; Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang
bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau disepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wa Taala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat
faraj ( kelamin ) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan
khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketakwaan.

Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam;
maksudnya : " Demi Allah yang jiwaku berada di dalam
genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah 'azzawajalla berkata:
" Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu ( dilakukan ) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri. " Hadith Riwayat Ahmad

Daripada maksud hadith di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah Subhanahu Wa Taala, sebagaimana yang
dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam; maksudnya : " Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu. " Hadith Riwayat Bukhari
 
Salam Ramadhan
10.13.04 (3:12 am)   [edit]

8464-001-11-1021.gif


Salam Ramadhan buat semua warga Utusan Rasul dan pengunjung di sini.

 
ISTERI DILARANG BAWA MASUK TAMU TANPA KEBENARAN SUAMI
10.11.04 (3:59 am)   [edit]
Dunia hari ini kian tenat, ibarat si ibu yang sedang sakit melahirkan anak. Maksiat dan kemungkaran menjadi-jadi di mana-mana, kadang-kadang di depan mata kepala kita sendiri. Manusia telah hilang sifat malunya. Punca terbesarnya adalah tindakan seks yang telah Allah jadikan sejak manusia dicipta.

Setiap kali terbitnya akhbar harian maka pasti ada saja cerita perogolan disiarkan. Manusia hari ini sudah banyak hilang pegangan imannya, hidup bertuhankan nafsu. Tidak kira siapa asalnya nafsu dapat dilepaskan. Apa yang menyedihkan anak sendiri jadi mangsa si ayah, si adik menjadi mangsa si abang, kanak-kanak menjadi mangsa si tua.

Sebenarnya semua ini mengingatkan kita bahawa sekarang ini zaman fitnah. Bila terdedah sahaja aurat, wanita berpakaian menjolok mata, maka berbagai kemungkinan maksiat boleh berlaku. Tapi dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan pihak lelaki saja. Oleh itu kaum wanita kenalah berwaspada, pakaian biarlah bersopan sebab tidak siapa tahu malang tidak berbau dan tidak mengenal bulu.

Di dalam Islam memang ada batas-batas aurat untuk lelaki dan wanita di luar dan di dalam rumah di antara sesama keluarga (muhram). Islam juga meminta setiap lelaki dan wanita supaya menundukkan mata dan pandangannya apabila berhadapan dengan yang bukan muhramnya.

Mata punca segala-galanya, ia berperanan untuk menemu dan memperkenalkan lelaki dan perempuan. Menurut ilmu tauhid, maklumat yang diperolehi dari mata adalah 50%.
Telinga hanya memperolehi 30% saja maklumat serta 20% dari anggota lain. Di sini jelas membuktikan rangsangan deria lihat lebih kuat dari yang lain.
Sebab itulah diharamkan lelaki bertemu perempuan.

Tempat yang paling merbahaya ialah memandang aurat, ianya wajib ditutup dan merupakan bahagian yang aib pada diri seseorang kerana boleh menimbulkan nafsu dan syahwat. Akibat dari itulah menimbulkan berbagai kerosakan yang berlaku di tengah masyarakat. Lantaran itu aurat wajib ditutup sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt.

Rumah adalah sebuah kediaman untuk kita berlindung dari panas dan hujan serta musuh. Tempat menggabung dan mengeratkan kemesraan serta kasih sayang satu sama lain. Telah menjadi tradisi masyarakat hari ini kalau petang-petang hari maka ramailah keluar makan angin di sekitar kawasan rumah. tetangga. Maka kita dapati si bujang begitu rancak berbual dengan si dara manis, tidak ketinggalan isteri-isteri orang pun turut sama.

Suami pula tidak ambil kisah dengan tingkah laku si isteri yang bebas bergaul dengan sesiapa jua. Suami begitu sebenarnya adalah seorang suami yang dayus.
Orang dayus tidak akan masuk syurga. Tempat si isteri adalah di sisi suami bukannya dengan orang lain.

Seperkara lagi yang telah menjadi lumrah di dalam masyarakat kita ialah si isteri mengizinkan seseorang samada lelaki atau wanita masuk ke dalam rumah, ketika suami tiada di rumah. Hukumnya adalah haram. Sekiranya yang dibenarkan masuk ialah lelaki, hukumnya haram kerana Islam melarang wanita dan lelaki yang bukan muhram tinggal berdua-duaan di bawah satu bumbung.
Sekiranya yang dibenarkan masuk itu adalah muhramnya ataupun seorang wanita, haramnya adalah kerana tidak mendapat kebenaran suami terlebih dahulu. Si isteri mengajak muhramnya atau tetamu wanita masuk ke rumah setelah mendapat izin suami terlebih dahulu adalah dibolehkan.

Begitu juga halnya jika sebuah rumah didiami oleh dua buah keluarga ajnabi. Katalah si A tiada di rumah, yang tinggal di rumah itu hanyalah si B, sedangkan suami si B tiada di rumah, maka haram hukumnya jika suami si A berada di rumah. Salah seorang darinya mestilah segera mengambil tindakan untuk keluar bagi mengelakkan berlakunya maksiat.

Sebab itulah di dalam Islam diharamkan lelaki dan perempuan yang belum bernikah berdua-duaan ke sana ke mari sebab teman ketiga mereka ialah syaitan yang akan mencuit hati teruna dan dara agar hanyut ke lembah kemaksiatan.

Ketika di dalam peperangan ahzab, semasa orang kafir menyerang kubu orang Islam, orang munafik berkata kepada Rasulullah saw. “Ya Rasulullah, kami hendak balik kerana rumah kami itu ialah aurat.” Memang benar rumah itu ialah aurat yang patut dijaga kerana itu janganlah kita masuk ke rumah tanpa izin.

Mengenai masalah aurat rumah ini ada disebut di dalam surah An Nur, ayat 27, 28 dan 29. yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah yang bukan rumah kamu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.”

di dalam ayat ini mengandungi dua perintah, iaitu meminta izin sebelum masuk dahulu dan memberi salam.
Selanjutnya ayat 28 dan 29 bermaksud:

“Jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum mendapat izin. Maka jika dikatakan kepada kamu, “Kembali sajalah” maka hendaklah kamu kembali.
Tidak ada dosa atau kamu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami yang di dalamnya ada keperluan kamu.”

Demikianlah beberapa ayat perintah Allah mengenai memasuki rumah yang bukan rumah kita. Mengenai adab memasuki ke rumah pernah digambarkan di dalam riwayat Rasulullah saw ketika baginda mengunjungi rumah anaknya Siti Fatimah, yang bersuamikan Sayidina Ali r.a. Sebalik sampai sahaja di rumahnya, Rasulullah memberi salam dan meminta izin masuk. Siti Fatimah menjawab, tetapi tidak mengizinkan ayahnya masuk.

Masakan seorang anak tidak mengizinkan ayahnya masuk.
Lebih-lebih lagi Rasulullah saw, tetapi sebelum itu baginda bertanya, “Mengapa tidak boleh masuk wahai anakanda?”

Dijawab oleh Siti Fatimah dengan mengatakan bahawa bukanlah bersama Rasulullah itu ada seorang sahabat sedangkan Siti Fatimah ketika itu tidak mempunyai cukup kain untuk menutupi tubuhnya kerana terlalu miskin. Bila ditarik ke atas ternampak kaki, kalau diturunkan ke bawah terdedah kepalanya. Untuk berselindung di dalam bilik. rumah Sayidina Ali tidak ada bilik, di situlah tempat tidur, makan dan tempat tetamu.

Apabila mendengarkannya, Rasulullah terus memberikan kain selendangnya untuk Siti Fatimah menyelimuti diri.
Setelah itu barulah Rasulullah diizinkan masuk.
Demikianlah adab kesopanan memasuki rumah yang dihadiskan oleh Rasulullah saw dan patut dicontohi.
Jangan anggap tidak releven untuk diamalkan di zaman ini.
 
Umat Islam diingatkan jauhi tujuh dosa besar
10.08.04 (1:14 am)   [edit]


[b]DARIPADA Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Jauhilah tujuh kebinasaan". Kata mereka (sahabat): "Wahai Rasulullah! Apa dia"? Sabdanya: "Iaitu syirik dengan Allah, sihir, membunuh diri yang diharamkan Allah melainkan dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling atau lari dari medan peperangan dan menuduh wanita-wanita Mukmin yang baik." (Hadis riwayat Syaikhan)



Dalam hadis di atas, Nabi mengingatkan supaya menjauhi daripada tujuh kebinasaan itu, yang juga dosa besar yang sangat membahayakan seseorang.

Antara dosa itu ada yang menggugat iman dan akidah. Ada pula yang boleh mengancam keamanan masyarakat dan menjatuhkan kehormatan orang dan agamanya sendiri.

Sembahlah Allah dan jangan mensyirikkan sesuatu dengan-Nya. Jauhilah sihir, membunuh, makan riba, menipu harta orang, menuduh orang dan lari daripada tanggungjawab.

Kita juga ditegah daripada menuduh atau memfitnah wanita yang baik yang boleh mengaib mereka.

Dalam hadis lain, daripada Abi Bakrah Nufaie bin Al-Harith Ath-Thaqafi, Rasulullah bersabda: "Apabila dua orang Islam berhadapan dengan pedang masing-masing, maka pembunuh dan yang dibunuh kedua-duanya dalam neraka." Kataku, wahai Rasulullah! Ini pembunuh, bagaimana yang dibunuh? Sabdanya: “Dia juga ingin membunuh lawannya.” (Hadis riwayat Syaikhan)

Dalam hadis ini, Nabi menyatakan bagaimana akibat daripada pembunuhan sesama sendiri. Mereka yang berbunuh-bunuhan sesama mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

Bukan saja, si pembunuh, malah yang dibunuh akan mendapat seksaan yang sama di akhirat nanti. Kerana dia juga berazam malah, bermati-matian hendak membunuh saudaranya.

Jauhilah daripada bermusuhan sama sendiri dan hapuskanlah khabar angin serta perkara yang boleh menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat.[/b]
 
APA YANG KAU CARI?
10.07.04 (7:50 pm)   [edit]

yang kucari adalah kimbang
tapi yang sering ku temui adalah nau dalam belukar
yang melepaskan pucuk masing masing

yang ku cari adalah sekeping hati
yang sudah diolah
buat berjalan seiring membebaskan rantai hamba abdi

yang ku cari adalah al furkan
bukan alquaran bukan juga hadis
agar membawa turun dari langit
persalinan takbir buat insani

yang ku cari adalah kamu semua
untuk duduk satu meja
dalam satu hati
dalam satu tujuan
dalam satu matlamat
BUKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI
tapi untuk insan seluruh alam

adakah kamu semua
yang aku cari?????
iklas dan jujur dalam perkataan dan perbuatan?
mengerti dalam ucapan dan perlaksaan?

atau apa yg ku cari sudah tiada sebenarnya....

posted by Indra Azman....5/7/04


 
Pentingnya kearifan bagi manusia
10.05.04 (8:49 pm)   [edit]



Manusia yang begitu dahsyatnya pada mulanya hanyalah satu sel.

Manusia memang menakjubkan, baik dari sisi positif maupun negatif. Manusia dengan pemikiran dan tindakannya telah membuat dunia ini berkembang begitu hebatnya. Padahal, kalau kita ikuti prosesnya terbentuknya manusia, tak terbayangkan kalau manusia pada awalnya hanyalah sebutir ovum yang dibuahi sperma.

Kita pada mulanya hanya “makhluk” satu sel, yang kemudian berkembang dengan cara membelah diri, dari satu menjadi dua, menjadi empat, menjadi delapan, dan seterusnya sampai jumlahnya mencapai ribuan miliar,sehingga terbentuklah manusia. Luar biasa, memang.Dan, proses itu tampak semakin luar biasa karena kita, manusia, memiliki banyak sekali sel yang berbeda. Misalnya, sel otak kita berbeda dari sel ginjal, sel
jantung, sel kulit, dan sebagainya. Dan, sekali lagi,semua itu muncul hanya dari satu sel. Ajaibnya lagi,sel yang membelah itu bisa tahu akan menggerombol ke kelompok apa, misalnya ke telinga, ke jantung, ke paru-paru, dan sebagainya. Coba bayangkan apa yang terjadi jika sel-sel itu cuma menggerombol untuk membentuk otak.

Membuat Jumawa
Tapi, setelah lahir, manusia memang tak seperti binatang menyusui yang lain. Manusia tak diciptakan dengan kesiapan untuk langsung berhadapan dengan alam.Untuk bisa berjalan saja, manusia setidaknya butuh waktu berbulan-bulan. Bandingkan dengan anak paus,yang begitu lahir langsung bisa berenang.

Karena itu, mestinya, kita semua menjadi lebih arif.Alasannya, pertama, ada “kekuatan yang mahadahsyat” diluar diri manusia sendiri yang telah mengatur bagaimana diri kita akan terbentuk. Kedua, pada dasarnya, manusia adalah makhluk yang lemah, yang tak
berdaya, ketika dilahirkan.

Tapi, memang, di sisi lain, “proses biologis yang tak selesai” itu mendorong manusia untuk “menciptakan dunianya sendiri”. Dari sanalah muncul kesadaran dan kreativitas sehingga manusia memperoleh kemajuan demi kemajuan ketimbang makhluk lain. Tapi, ya, itu tadi: tanpa kearifan, semua itu bisa membuat manusia jumawa, yang pada akhirnya memerosokkan manusia pada tindakan saling memangsa, seperti binatang.


forwarded by Resonansi...Jul 12th, 2004

 
Renungan
10.05.04 (8:45 pm)   [edit]
Setiap kita melakukan sesuatu memerlukan motivasi atau pendorong untuk bisa mewujudkannya. Contoh yang sederhana ketika kita makan, yang menjadi pendorongnya adalah rasa lapar. Motivasi ini tentu saja berbeda untuk setiap hal, namun yang pasti salah satu motivasi utama kita dalam melakukan sesuatu adalah"karena dan/atau untuk" Allah SWT.

Sebagai muslim tentu saja setiap kita akan memiliki motivasi untuk mewujudkan kehidupan Islami. Selama ini istilah Islami ini sering disalah artikan dalam pelaksanaannya. Pada rubrik Profesional & Business Life kami menampilkan tentang urgensi kehidupan Islami.

Renungan :

Gurun yang panas membakar, perjalanan berhari-hari, dan kejaran dari kaum kafir yang mengancam jiwa, tidak menyurutkan semangat para shahabat Rasulullah SAW untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah. Perjalanan yang melelahkan dan membahayakan serta harus meninggalkan banyak harta dikampung halaman, tetapi tetap dilakukan.
Ada suatu dorongan pada diri mereka, dorongan yang memiliki energi sangat besar sehingga halangan dan ancaman tidak ada yang dapat menghentikannya. Dorongan yang menghasilkan pengorbanan yang tidak sedikit. Dorongan yang menepiskan semua ketakutan, kecemasan, dan kekhawatiran.

Kenapa dorongan ini begitu kuat? Karena janji kemenangan sudah menanti di sana. Karena untuk menghindari tekanan dan gangguan yang banyak dilakukan oleh kaum kafir Quraisy. Dorongan inilah yang sering kita sebut dengan motivasi. Dalam istilah Islam, motivasi ini apa yang disebut dengan niat.

Niat berbeda dengan maksud, niat bukanlah rencana, tetapi niat adalah alasan seseorang untuk bertindak. Hal ini didasari oleh hadits Nabi SAW yang berbunyi:
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. (HR Bukhari Muslim)

Motivasi bisa berupa pendorong yang ada dibelakang setiap tindakan. Motivasi juga bisa berupa tujuan yang hendak dicapai. Banyak para ahli motivasi mengatakan dasar motivasi ialah menghindari apa yang tidak disukai dan mengejar apa yang diinginkan. Namun dalam Islam bukan hanya sekedar itu, kita bertindak karena Allah dan kita bertindak juga untuk Allah. Jadi hanya satu motivasi yang ada, yaitu Allah. Adapun motivasi lainnya harus dalam rangka "karena dan/atau untuk" Allah.



~~ di emelkan oleh Jumeah Selamat 14/7/2004
 
IZIN
10.05.04 (8:34 pm)   [edit]
MANUSIA itu makhluk paling unik. Selain itu, logikanya sering kacau,sehingga suka menarik kesimpulan sendiri: ''Tuhan tidak adil, tidak memihak yang lemah dan teraniaya.'' Ia memandang adil atau baik dari kacamata sendiri, bukan sesuai kehendak Ilahi.

Ketidakadilan itu pula yang disoal seorang ibu, kala dua bayinya yang lucu meninggal. ''Kenapa bukan anak rang lain,'' katanya menggugat Tuhan. Ia tak rela. Itulah buah kegamangan iman jika cinta pada sesama melebihi kepada Allah.

Berbeda dengan sikap Barakah 'Abidah di Arabia. Ia sukses. ''Namun, aku masih saja khawatir kalau-kalau penghasilanku sama sekali tidak berarti di hadapan Allah. Karena itu, aku pun sedih seraya berpikir,
sekiranya Allah memang benar-benar menginginkan kekayaanku, Dia pasti bakal membinasakan harta dan anak-anakku,'' katanya.

Benar saja. Akhirnya, baik anak-anak maupun hartanya tidak tersisa. ''Namun, semuanya toh malah membuatku bahagia. Aku curiga, jangan-jangan Allah menginginkan kesejahteraan dan kebahagiaan bagiku melalui berbagai macam ujian ini. Dan inilah cara-Nya mengingat diriku serta menjadikan jiwaku suci,'' ujarnya.

Menyucikan harta juga dilakukan seorang wanita nonmuslim asal Sumatera. Ia senang membelikan peti mati pada keluarga yang tak mampu. Tiap minggu, dua atau tiga peti pasti disumbangkan. ''Saya merasa nikmat sekali setelah membantu mereka,'' katanya.

Namun, kenikmatan itu ada yang mengganjal. Soalnya, uang untuk membeli peti mati itu bukan jerih payah sendiri, melainkan hasil keringat suami. ''Saya ingin bisnis sendiri agar bisa membelikan peti mati untuk orang-orang tak mampu,'' ujarnya.

Rasanya, jika pemberian itu seizin suami, makna dan barokahnya tetap sama, tanpa ada ganjalan. Persis kisah Narada di pewayangan. Dia putra seorang pembantu. Dia tidak terdidik. Kadang, jika ibunya
berhalangan, dia pula yang melayani para resi.

Dalam Srimad-Bhagavata diuraikan bahwa Narada, yang mencuci piring bekas makan para penyembah mulia itu, ingin mencicipi sisa-sisa makanan. Ia pun minta izin kepada para resi. ''Bolehkah saya makan makanan sisa ini,'' kata Narada penuh harap. Diizinkan.

Rupanya, izin itulah yang membebaskannya dari segala reaksi dosa. Rupanya, sisa makanan para resi itu pula yang berangsur-angsur membuat hati Narada sesuci mereka. Bahkan, melalui pergaulan itu, minat hatinya untuk memuji kebesaran Tuhan berkembang pesat.

Cerita tentang izin juga mengingatkan seorang budak cantik bernama Tuhfah di abad IX. Ia tak mengenal tidur maupun makan. Kala kondisinya makin gawat, majikannya mengirim dia ke rumah sakit jiwa. Kendati ia berpakaian mewah dan wangi, kedua kakinya dirantai. Ia sering melantunkan bait-bait syair cinta.

Wahai, aku tidak gila tapi hanya mabuk!
Kalbuku sadar betul dan amat bening.
Satu-satunya dosa dan kesalahanku ialah
dengan tidak tahu malu menjadi kekasih-Nya...

Dan, setelah itu, Tuhfah pingsan. Begitu siuman, ia ditanya siapa yang engkau cintai? ''Aku mencintai Zat yang membuatku sadar akan anugerah, yang berbagai macam karunia-Nya menyebabkanku dikenai kewajiban, yang dekat dengan segenap kalbu, yang mengabulkan orang-orang yang membutuhkan,'' ujarnya.

Syaikh Al-Saqati yang mendengar syair itu tergetar. Ia menyimpulkan, Tuhfah tidak gila, dan memintanya pergi ke mana saja. Tapi, gadis itu menjawab: ''Aku hanya akan pergi jika majikanku mengizinkan. Kalau tidak, aku akan tetap di sini.'' ''Demi Allah,'' kata Al-Saqati dalam hati, ''ia lebih bijak ketimbang diriku.''

Tanpa disangka-sangka, majikan Tuhfah datang. Ternyata, wanita yang mahir menyanyi dan bermain harpa itu dibelinya 22.000 dirham. ''Semua kekayaan dan modalku habis,'' katanya. Ia berharap untung. Ternyata, Tuhfah justru sering termenung, menangis, dan membuat orang lain tidak bisa tidur.

Itu sebabnya, dia dijebloskan ke rumah sakit jiwa. Jika begitu, ''Berapa pun harga yang kau minta, akan kubayar,'' kata Al-Saqati kepada majikan Tuhfah. Tawaran itu dicemoohkan. Memang, Al-Saqati tak punya uang sedirham pun saat itu. Sembari berlinang air mata, ia pulang ke rumah.

Malam itu pula, pintu rumah Al-Saqati diketuk orang. Orang itu, yang menyebut dirinya Ahmad Musni, membawa lima pundi uang. Ia datang atas bisikan ''suara gaib'' agar Al-Saqati bisa membebaskan Tuhfah. Kontan, Al-Saqati bersyukur mencium tanah. Esoknya, ia gamit tangan tamunya menuju rumah sakit.

Tak urung, penebusan itu membuat mata Tuhfah berlinang. Di saat itu pula, majikan Tuhfah datang sembari meratap dan menangis. Aneh! Janganlah menangis, ''Harga yang kau minta telah kubawakan --dengan keuntungan lima ribu dinar,'' kata Al-Saqati (Wanita-wanita Sufi, Dr. Javad Nurbakhsh).

''Demi Allah, tidak,'' kata majikan Tuhfah. Al-Saqati menambah keuntungan 10.000 dinar. Lagi-lagi dijawab, ''Tidak, Tuan.'' ''Sekiranya Anda memberiku seluruh dunia ini untuk membelinya, aku tidak akan menerimanya,'' ia menambahkan. Ia ingin membebaskan Tuhfah tanpa penebusan. Budak itu pun pergi dengan linangan air mata.

Waktu pun berlalu. Al-Saqati, majikan Tuhfah, dan Ahmad Musni menunaikan haji. Tapi, di perjalanan, Ahmad wafat. Kala tawaf mengelilingi Ka'bah, Al-Saqati mendengar ratapan aneh nan pilu, jerit kesedihan dari hati yang terluka. Namun, ia tak mengenalinya. ''Mahasuci Allah! Tidak ada Tuhan selain Dia. Dulu aku pernah dikenal. Kini aku tidak dikenal lagi. Ini aku, Tuhfah,'' katanya.

Masya Allah! Begitu diberitahu bahwa mantan majikannya juga sedang berhaji, gadis itu berdoa sebentar, lalu roboh di samping Ka'bah dan wafat. Tak lama setelah itu, mantan majikannya yang sedih melihat Tuhfah telah tiada terjatuh di samping Tuhfah, lalu meninggal pula. Tentu, takdir di depan rumah Allah ini seizin-Nya jua.

************************* ************************* *************

Kata Bijak Hari Ini.

"Atasilah satu kesulitan maka Anda akan terhindar dari ratusan kesulitan yang lain. "

(Peribahasa Cina)



sender..... samurai...
 
KISAH SEORANG PEMUDA
10.04.04 (12:18 am)   [edit]
Sekadar gurauan.............





Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut,

" Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?
Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut.Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isetri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi.
"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya.

Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawab dengan lantang,

"Masalahnya?

SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"


 
Talkin
10.01.04 (4:25 am)   [edit]
[i]Dingin malam menusuk ke liang dalam
Mataku terpejam dalam ruang kelam
Tapi telingaku mendengar derap langkah
Seorang sahabat yang membawa Fatihah

Tiada kupinta talkinmu
Andai itu tiada makna lagi buatku
Cuma satu harapanku
Kiranya bisa ada tempat di situ
Untuk aku menumpang teduh
Untuk rinduku berlabuh
Dalam redhaku dan redha Tuhan
Di Darul Salam[/i]

~~ nukilan... istana memanti00
 
Di kuburan Ini...
10.01.04 (4:22 am)   [edit]
[b] Di kuburan ini
Kuratah derita tangismu
Dari diksi ke diksi
Bait ke bait
Yang kau tulis
Atas epitaf mimpi

Katamu
Aku wajar meneruskan upacara ini
Membaca talkin
Untuk sebuah jiwa
Yang telah lama mati
Tapi
Dengan apakah akan kutalkinkan?
Sedang rohku sendiri kian melayah
Sedikit demi sedikit
Terbang ke langit
Menjejak rohmu
Dan bersatu dengan roh-roh yang lain.

Dan untuk itu
wajar kuteruskan upacara ini
untuk rohmu
jua rohku sendiri.[/b]

luahan....Indera Azman
 
Begitukah Hati Seorang Sahabat
10.01.04 (3:06 am)   [edit]

Hati Seorang Sahabat.

Bila aku tidak menyapa
Pasti aku tiada disapa
Bila aku tidak bertanya khabar
Pasti tiada siapa yang akan bertanya khabarku
Bila aku tidak memulakan sms
Pasti tiada siapa sudi menghantarnya padaku
Bila email tak kukirim
Tiada jugalah email yang kuterima

Kenapa?
Apakah tiada siapa pun yang ingat padaku?
Apakah tiada siapa pun sudi menyapaku?
Apakah tiada siapa pun sudi bertanyakan khabarku?
Apakah tiada siapa pun masih menyimpan nombor HP ku?
Apakah tiada siapa pun masih ingat alamat emailku?

Bila aku meluahkan masalahku
Pasti ada yang berkata masalahmu kecil sahaja
Bila kuluahkan masalah lebih besar
Pasti ada yang berkata kau manusia bermasalah
Kau manusia yang bersalah
Kau perlu balik pada jalan Allah

Lalu apa?
Apa yang kau perbuat untuk membantuku?
Apa tindakanmu bila mengetahui masalahku?
Memberi nasihat?
Ya memang kau beri nasihat
Tapi itu setelah aku yang datang meminta
Bertanya khabar?
Tidak sama sekali
Melainkan jika aku yang memulakan dulu.
Menghantar email?
Juga tidak!
Jika bukan aku memulakannya

Konon, katamu masalah perlu dikongsi
Yah, sememangnya kau berkongsi masalahku
Tapi kau cuma berkongsi ceritaku
Bukan berkongsi kesedihanku
Lalu pada siapa nak kuadu?
Pada kerusi, pada meja yang kaku
Seperti yang pernah kausarankan?

Aku sedar kau ingin lari meninggalkan aku
Setelah duri jiwa kuceterakan
Meskipun itu satu pengkhianatan bagiku
Tak mengapa, aku terima...redha...
Jika sudah begitu hati seorang sahabat!



luahan rasa....Sara