 Blog For Free!
Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog


 Free Hit Counter
|
| Cermin Alam ~~ Muhammad Akhir ~~ Bhgn Akhir |
| 11.30.04 (10:05 pm) [edit] |
Episod 21 Aku terkejar-kejar ke dapur mengambilkan segelas air sejuk. Entah mengapa aku memberikannya ke tangan Puan Abidah, sebab ada semacam gerund saja rasanya aku dengan Muhammad Akhir ini. Ku perhatikan Puan Abidah mengunjukkan gelas itu dengan takzim sambil menundukkan kepalanya. Abdul Fatah mungkin sedang nyenyak barangkali ketika air segelas yang diunjukkan ibunya kepada guru Qurannya itu diteguk beliau setelah duduk. Setengah sahaja diminumnya. Kemudian beliau berdiri dengan gelas ditangan dan diunjukkannya kepada Puan Abidah. “Ini kalau dia batuk keras nanti, boleh beri minum. Bukan apa-apa, Cuma ikhtiar sajalah. Ana pergi, assalamualaikum!” katanya.
Dia pun pergi diiringi Pak Mat, tetapi langkahnya cepat benar. Aku segera menurut mereka dari belakang bersama-sama Puan Abidah. Tetapi apabila kami tiba dipintu pagar di luar halaman rumah itu, beliau tiada nampak lagi, walaupun pakaiannya serba putih yang senang dilihat biar segelap mana saja. Ketika kami tiba Pak Mat tercari-cari sesuatu dengan renungan matanya. Dan katanya sungguh menakjubkan. “Mana beliau tu?” “Siapa, Tanya Puan Abidah. “Tuan!” katanya. “Allahhh! Pak Mat yang melepaskannya balik tadi, kan?” “Eh, Pak Mat ingat beliau tu di dalam lagi bercakap dengan Cik Puan!” “Tak ada, kemana pulak?” “Beliau tu, keluar dulu tadi, Pak Mat ikut dari belakang, mana pula ada di dalam lagi?” kataku. Pak Mat buru-buru menyonsong ke dalam. Tetapi segera dia datang lagi. Dia tidak bercakap-cakap, tetapi aku tahu, kami bertiga tidak dapat menyatakan lebih daripada apa yang kami pandang dengan mata kepala sendiri. Malam itu aku dipaksa Puan Abidah bermalam dibilik Datuk Abdul Rauf, ayahnya. Tetapi hampir subuh, ku dengar sayup-sayup bunyi tangisan dibilik Abdul Fatah. Tiba-tiba Pak Mat mengejutkan aku. Aku terpinga-pinga mengikutnya, samar-samar terdengar katanya. “Abdul Fatah yang kita timang dulu tu, dah dulu dah, Mashud!” katanya dengan suara parau. Dia terduduk dilantai dikatilku. Dan aku tidak berkata-kata lagi. Dengan peristiwa itu terjawablah semua keganjilan peristiwa di rumah itu sepanjang malam tadi. TANAH TERBALIK TEMPAT yang digali untuk meletakkan tubuh kasar Abdul Fatah di kawasan perkuburan orang Islam di Petaling Jaya, sementara menunggu sampainya hari Qiamat, yang dijanjikan Allah pada salah satu Jumaat itu sudah mulai kejap. Dan rumput sudah mulai tumbuh menghijau, walau hampir setiap hari dicabut oleh Puan Abidah dan Datuk Abdul Rauf yang seperti tidak jemu-jemunya datang menziarahinya. Tetapi suasana dalam rumah itu tidak seriang dulu. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang sangat-sangat kekurangan. Kalau aku, Pak Mat serta pembantu rumah serta India tua, tukang kebun rumah itu merasa demikian semenjak Abdul Fatah dipanggil Allah pulang mengadap-Nya itu, betapalah pula hati Puan Abidah, bondanya, dan Datul Abdul Rauf, nindanya!
Kesabaran yang dijanjikan Puan Abidah kepada Muhammad Akhir, jika datang qadak dan qadar Allah itu, benar-benar teruji. Kelihatannya, dan baru aku mengerti memang berat memikul tanggungjawab dibawah kata ‘sabar’ itu! Sungguh berat menanggung sabar dan kesabaran. Demikian Allah menguji hamba-Nya, bila-bila dan dimana-mana saja. Alang-alang iman, memanglah bergoncang, apalagi kalau wanita, yang sejak mula-mulanya tidak kuat memegang sabar, maka kekasihnya dilaknat Allah dan di hantar kebumi untuk menempuh berbagai bentuk azab dan sengsara!
Begitu yang dapat ku simpulkan dari mutalaah riwayat Nabi Allah Adam dan Siti Hawa, dari semua buku dan semua kitab yang sampai kepengetahuanku. Apakah yang boleh dibuat oleh seorang manusia yang dijadikan kepada seorang manusia lain yang juga dijadikan, biar sebesar mana jua kasih sayang , simpati terhadapnya? Apa lagi kalau masalah itu bukannya masalah kebendaan tetapi masalah ketenteraman jiwa dan keresahan hati!
Begitulah ibaratnya yang terasa ketika aku menghadapi suka dukacita yang dibebani oleh Puan Abidah dan ayahnya, Datuk Abdul Rauf itu. Ketika kutanyakan Pak Mat, beliau juga mengatakan perasaan ‘tidak berdaya-upaya dan tidak berkuasanya’ hendak menolong dua beranak yang menjadi majikan kami itu terlepas dari tekanan duka nestapa akibat kehilangan Abdul Fatah yang sungguhnya sangat mereka cintai itu.
Dalam pada itu muafakat juga kami berdua dengan maksud mencari upaya hendak melepas atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan jiwa dua beranak itu. Tetapi kami memang merasa buntu juga. Akhirnya kami menyerah bulat-bulat kepada kuasa yang telah mendatangkan duka nestapa kepada dua beranak yang sehingga cacatan ini kuperbuat, aku dan Pak Mat Itam merasa sungguh kasih dan sayang akan mereka. Kasih dan sayanag kami itu betapalah akan dikisahkan dengan perkataan? Betapakah akan kami lukiskan dengan gambaran? Terasa kasih sayang kami akan Puan Abidah dan Datuk Abdul Rauf itu, tiada dapat kami keranakan walau dengan satu kerana jua! Seolah-olah sanggup rasanya kami mengambil sebahagian dari dukacita mereka, kalau yang demikian itu berkuasa dan berdaya kami lakukannya!
Akan duka nestapa itu, siapakah yang memberi dan siapa pula yang dapat mengambilnya? Seperti pula, riang gembira dan bahagia ria, siapakah yang mendatangkannya dan siapakah pula yang mampu menghilangkannya?
Ya Ilahi! Terasa dan teringatkan ini, aku merasa seluruh bumi dipijak, dan terasa kenit benar aku ini, lebih kenit daripada segala yang kenit dan lebih seni daripada yang lebih seni dan lebih daif daripada yang daif, lebih hina daripada segala yang hina, lebih lemah daripada segala yang lemah, dan lebih bodoh daripada segala yang bodoh!
Sungguhnya Allah jua yang kusembah, tetapi ku perakukan diketika-ketika aku wujud sebagai saksi yang menyaksikan dengan seluruh pancainderaku sedih dan pilu kakak angkat serta ayah angkatku yang budiman itu. Aku ini belum mengenali Dikau, Ya Allah. Engkau sekadar ku kenali pada Nama-Mu jua, sama ada tiada bezanya seperti aku mengenal Raja yang sekadar Cuma, dan hanya pada nama baginda belaka. Siapakah tidak kenalkan Raja, kalau dia pun rakyat Malaysia, juga macam aku ni? Tetapi yang lebih baik bukankan kalau Raja juga mengenali dan mengingat kita seperti kita mengenali dan mengingat namanya? Tetapi sungguh keliru dan tidak tepat kalau Allah itu disamakan dengan Raja! Celakalah aku kalau sampai menyekutukan Allah dengan Raja atau menyekutukan Raja dengan Allah! Tetapi di dunia ini, dan pada dua biji mata ku yang bergolek-golek ini, betapa ia akan dapat mencari iktibar yang terdekat tentang mengenali Allah yang sekadar pada nama-Nya itu, kalau bukan seperti atau semacam ia mengenal Raja yang pada namanya jua?
Episod 22 Aku pernah mengatakan hal itu kepada Pak Mat Itam, sebab beliaulah yang begitu sabar mendengar perkataanku yang demikian (aku tidak berani mengatakan perkataanku kepada ulama yang ku kenal, apalagi ulama jenis Syekh Abu Sufian Al-Iraqi atau Ustaz Abdul Kadir) sebab aku tidak mahu bertegang merih kerana dikatakan zindiq atau Kafir!
Ulama yang menganggap dan percaya bahawa dirinya itu WARIS Nabi Muhammad s.a.w di dunia ini, sehingga menganggap dan yakin Islam itu harta pusaka datuk, nenek, moyang, monyetnya bagiku lebih mencelakan dari Raja yang paling zalim didunia ini! Sebab Raja yang zalim akan mencepatkan tamatnya riwayat hidupku dengan hukuman ‘bunuh!’ dan aku tahu jika hukumannya itu zalim, aku terlepas sedikit, tetapi kalau ulama yang menyangkakan Islam itu harta pusaka bapanya, sehingga orang yang tiada dilesen mereka dilarang bercakap dan bertanya pertanyaan yang tidak enak pada pendengarannya, ia akan menyesatkan aku sehingga terbelenggu sampai kiamat dalam penjara kekufuran dan syirik yang tidak disedari. Dan pengalamanku selama hidup ini bergaul dan bertukar-tukar fikiran dengan dia yang dianggap dan menganggap dirinya ulama itu, menunjukkan demi mengekalkan kedudukan mereka sebagai pihak yang berhak mutlak bercakap perkara agama, mereka tidak merasa ragu mempergunakan pemegang kuasa yang cetek Ilmu Tauhidnya, untuk menekan orang-orang yang menyeru manusia kejalan Tauhid yang sebenarnya tanpa mengambil upah walau satu sen juapun! Mereka ini, ulama yang melantik dirinya Wakil Allah Taala dan waris Nabi Muhammad s.a.w dan rahsia Nubuah Muhammad s.a.w itu penuh dengan teka-teki, sehingga kebanyakkan orang yang semacam aku dan macam Pak Mat ini, setelah melafazkan Kalimat Syahadat, sampai tulang menjadi kapur, belum kenalkan Allah lebih dari peringkat mengenal nama-Nya sahaja!
Tetapi siapakah yang berani mencabar ulama yang begini? Siapakah yang berani mengatakan bahawa bukan ulama yang menjadi Hakim menentukan seorang itu Kafir atau Islam, tetapi Allah s.w.t sebenarnya yang Maha Hakim? Siapakah yang berani mengistiharkan bahawa Islam itu dan Iman itu adalah HAK MUTLAK ALLAH s.w.t yang disampaikan Rasul-rasulNya tanpa mengambil sebarang upah dan kerananya ulama yang menghalang-halang orang yang tahu dan mengenal Allah itu menunjukkan manusia cara-cara yang tepat mengenal Allah sebenarnya hamba abdi Syaitan Iblis yang bertahta dalam hati manusia?
Tidakkah Iblis merupai dirinya sebagai Raja, orang miskin kenal dan kurang merbahayanya, sebab disaat itu berlaku zalim, manusia akan mendurhakainya, sedangkan apabila Iblis merupai dirinya alim ulama lagi hukama, bagaimanakah orang yang sebodoh aku ini dapat membezakan di antara ulama yang alim lagi hukama dengan Iblis yang hasad dengki, riak lagi tamak? Begitulah peganganku, dan ku tanyakan Pak Mat Itam, katanya juga dia sependirian denganku, dan dengan itu tiadalah kami meminta bantuan sebarang ulama berlesen yang kami kenali untuk menolong kami meringankan bebanan jiwa Datuk Abdul Rauf dan anaknya Puan Abidah itu. Sebaliknya kami berdoa kepada Allah dengan sifat Rahman lagi Rahim-Nya itu, supaya menemukan kami atau menemukan terus dengan orang dua beranak itu seorang manusia yang dapat lagi tahu memujuk hati keduanya! Oleh sebab kami hanyut ke alam fikiran kerana asyik memikirkan hak itu, kami lupakan masalah kami sendiri. Dan dalam pada itu, tiada kami sedar bahasanya, Abdul Fatah binti Abidah sudah dikebumikan seratus hari lamanya……..
PAGI ITU, SESUDAH SEMBAHYANG SUBUH, Datuk Abdul Rauf dan Puan Abidah menelefon Pak Mat dirumahnya. Aku pun ada sama disana, kerana malam tadinya, sebab leka berbual-bual soal ketuhanan dengan beliau itu, malam sudah terlalu larut untuk merajinkan aku pulang tidur dirumah sendiri. Jadi ditahan beliau itu aku bermalam dibilik kosong dirumahnya. Ketika telefon Pak Mat berdering, aku baru selesai membaca doa. Doa pun dalam bahasa Melayu juga, sebab bagiku bahasa apa pun yang menjadi pertuturan manusia, semuanya daripada Allah dan sebab itu mustahillah Allah yang Maha Alim itu tiada memahami cakap Melayu, apalagi yang berdoa itu bukan sekadar lidahku, bahkan disertai khusyuknya kalbuku! Isi doaku, selain meminta kesejahteraan diriku dan kedua arwah ibubapaku, dan seluruh roh Muslimin dan Muslimat yang telah meninggalkan dunia fana ini dan kesejahteraan Muslimin dan Muslimat yang masih bernafas, kupinta khusus untuk meringankan dukacita Puan Abidah dan Datuk Abdul Rauf, seisi rumahnya. Seketika datanglah Pak Mat yang sudah siap memakai pakaian kerjanya selaku pemandu motokar itu. Gopoh saja lakunya.
“Cik Puan panggil kita makan pagi bersamanya, dirumah! Cepatlah pakai baju!” katanya. Ketika itu aku ingat ini subuh Jumaat. Dalam ingatan itu aku merenung muka orang tua itu. “Cepatlah, Mashud… ini hari keseratus Cik Dol balik kepada Allah!” sambungnya lagi, lalu pergi. Dan mendengar itu bingkaslah aku berdiri sambil bergegas mengenakan pakaian.
Kami bermotorkarlah ke rumah itu. Sampai saja disana, Puan Abidah dan Datuk Abdul Rauf sedia menunggu dimeja makan. Kami pun masuk kemajlis itu dan mengambil tempat duduk kami yang biasa. Aku duduk bertentangan dengan Puan Abidah, iaitu dikanan ayahnya itu, dan Pak Mat duduk bertentangan dengan Datuk Abdul Rauf. Kopi pun dituang Makcik Limah, dan kami pun minumlah sambil berbual-bual.
Seperti biasa perkara pertama yang kami bualkan soal tugas dan kewajipan masing-masing hari itu. Puan Abidah memberi-beri tugas rasmi. Tidak berapa minit pun masalah itu beres. Masing-masing sudah tahu apa yang akan dibuat. Sesudah itu ku perhatikan Puan Abidah melengung panjang. Seketika beliau tunduk. Mendongak lagi beliau merenung wajah ayahnya agak seketika lantas tunduk sekali lagi.
Kebiasaan Puan Abidah, kalau ada sesuatu yang menjadi beban fikirannya, dan dia meminta ayahnya menyuarakan bebanan itu untuk meninjau fikiran kami, begitulah caranya dan begitulah lkunya. Jika masalah itu terlalu berat lidahnya mencakapkan, beliau akan membelek-belek kuku-kuku dijari tangannya. Itulah yang terjadi pagi itu. Datuk Abdul Rauf yang tenang itu, seperti biasa mengambil masanya sendiri utnutk melakukan sesuatu, termasuk juga bercakap. Orang tua itu sangat teliti mematut-matutkan tiap patah kata yang kan dilafazkannya, sehingga sebab terlampau telitinya itu ada ketikanya Puan Abidah sendiri merasa tidak sabar, sebab terlalu suspense, barangkali. Itu jugalah yang terjadi pada hari itu.
Episode 23 Dengan keadaan begitu, dalam suasana pagi yang begitu hening dan damai, aku berpandang-pandangan dengan Pak Mat Itam. Air muka kami membayangkan tanda-tanda ingin tahu, apa yang mungkin kami dengar pagi itu dihadapan rezeki yang terhidang. Datuk Abdul Rauf pula, sebelum memceritakan sesuatu yang penting hingga boleh melibatkan kewibawaan dirinya dan nama baik keluarganya, beliau mendahulukan dengan berdehem-dehem beberapa kali, diikuti dengan pemasang api tembakau paip bengkoknya yang sudah berusia tiga puluh tahun itu. Itulah yang terjadi pagi itu. Kemudian beliau mulai, “Saya nak cakap sikit pagi Jumaat ni….” Mata beliau berkisar membelek-belek muka dan reaksi aku dan juga Pak Mat Itam desebalik kepulan asap paip bengkoknya. Selepas merenung anaknya selayang , beliau merenung tepat ke muka Pak Mat Itam agak sejurus. Beliau tunduk dan meletakkan paipnya dimeja.
“Pada saya ini, Mat dan Mashud dah macam darah daging rasanya, tapi macam mana rasa Mat dan bagaimana pulak perasaan kamu, Mashud, tidaklah saya tahu!...” sambungnya. Pak Mat tunduk. Begitu kalau perasaannya terharu sayu. Aku juga tunduk dengan perasaan bercampur aduk. Itulah kali pertama orang tua itu menzahirkan perasaannya kepada kami yang selama ini dinyatakannya hanya dengan perbuatan dan amal layanannya kepada kami berdua. Sejurus kata Pak Mat, “Entahlah Tuk, saya yang hina lagi miskin nipun tak tau nak kata. Tapi saya yang bodoh ni rasa, Tuk dan Cik Puan macam anak sendiri, Lillah!.... Cik Dol, arwah itupun rasa saya yang jahil ini, macam cucu kandung sendiri! Allah Taala sajalah yang menolong membalas budi bahasa Tuk selama ni atas saya, Tuk!”
Parau garau suara orang tua itu. Pilu benar rupa wajahnya. Dan putus-putus perkataannya. Beberapa kali beliau mengambil nafas, mententeramkan hatinya yang berombak. Tetapi akhirnya pecah juga empangan air matanya. Dia menangis, tangisan orang tua yang sungguh menyayat hati bagi telinga yang mendengarnya. Aku sedaya-upaya mengeraskan hati, hempas pulas rasanya menolak gelombang dari lautan sayu Pak Mat itu, tetapi akhirnya menitik jua air mataku. Puan Abidah tunduk menangis tidak berbunyi, hanya air matanya saja yang berlinangan menuruni kedua belah pipinya yang cengkung, menimbulkan sedikit tulangnya itu. Datuk Abdul Rauf tenang saja. Tetapi aku tahu, dan Pak Mat juga tahu, beliau menangis dalam hatinya sendiri.
“Sudahlah Mat! Sudahlah! Tak baik terlampau menghinakan diri….” Ujar beliau, perlahan saja. Suara beliau seperti mengingatkan Pak Mat. Redalah sedikit gelombang didadanya. Beliau mengucapkan astaghfar berkali-kali, sambil menyebut Subhanallah! “Dah nipun, macam Pak Mat juga, macam kata ayah tadi, Dah tak rasa Pak Mat macam orang asing, apalagi macam orang gaji! Lebih-lebih lagi, Dah tak merasa berbapak saudara macam orang lain, dapat bapak saudara angkat pun, Alhamdulillah! Jangan Pak Mat jauh hati!” sahut Puan Abidah. “Saya ni pun, begitu juga Pak Mat, tak ramai saudara daging saya yang tinggal lagi. Ada seorang yang perempuan tu pun, tak tentu fasal merenggangkan diri, sampaikan mati cucu kita pun tak datang ziarah! Tapi tak apalah…saya terima saja!” “Agaknya Datuk, adalah apa-apa arahnya, kalau tidak jangkanya, takkan sampai hati macam tu!” kataku cuba mententeramkan hati orang tua itu. Dia mengesat mata kanannya sambil meletakkan cermin mata keatas meja. “Mashud tak tau, apa yang ayah kata tu betul!... Tak guna nak dibaca panjang-panjang fasal tu!...” kata Puan Abidah. Dia meneliti muka ayahnya seketika. Orang tua itu mengesat lagi matanya tanpa sebarang bunyi, tetapi matanya merah dan berair juga. “Ayah!” seru beliau dengan suara memujuk. Orang tua yang jauh hati itu tunduk, meletakkan kedua dahinya keatas kedua belakang tangannya.
Kata Puan Abidah lagi, “Ayah pandang muka Dah ni, yah! Dah minta tolonglah, ayah jangan bawak jauh-jauh hati macam tu! Ayah baru nak pulih!” rayu beliau. Seketika… ayahnya meletakkan kedua tangan ke meja dan terlihat semacam senyum hempedu yang sangat menyayat mata hati yang memandangnya.
“Itulah,…saya ni dah tua… Ingat saya, saya yang dulu, bukannya cucu yang sekerat tu! Tapi apa daya. Apa nak kata. Kuasa Dia! Dibaginya banyak ringgit, dikurangkan benih baka, direlaikan saudara mara! Tak tentu fasal, tak ketahuan sebab, tak tentu punca, tak ada ceritanya, Mat! Alih-alihkan benci aja, adik beradik, sedara mara dengan kita! Inilah…. Risaunya hati saya ni, Mat. Dia juga yang tahu, bukannya Dia tak tau, kita ni dah tua, anak tekak ni pulak, bujang, disuruh bersuami, tak maunya, ada cucu sorang dipanggil-Nya balik, nak diapakan Mat? Nak diapakan? Apa maknanya duit ringgit yang melaut ni, Mat? Ingatkan, bila dah masuk kubur nanti, tak anak menantu, tak menantu biarlah cucu, tolong doa-doakan roh kita! Rupanya tidak! Allah! Lumpuhkan akal ini memahamkan perbuatan Engkau, ya Allah!” katanya. Dengan perkataan itu beransur-ansur tenang wajahnya semula. Puan Abidah senyap sunyi dan sekeras daya mententeramkan air muka.
Sejurus terhening ruang itu, masing-masing dengan fikiran yang dihujah perasaan masing-masing. Aku cuba mengalihkan persoalan dengan mengeraskan bunyinya hirupan kopi panas. Sambil ku cari-cari kata juga memulakan percakapan yang lain dari hal itu, biar jangan kedua beranak ini semakin sakit menanggung sedih. “Ini hari ke seratus Abdul Fatah tak ada bersama kita?” kataku tiba-tiba dengan spontan saja. “Iya, inilah yang hendak dicakapkan ni!” tingkah Datuk. “Dah ingat nak buat Tahlil sikit!” sahut Puan Abidah. “Bersekali dengan Tahlil mak Abidah ni ha!” ujar Datuk pula. Dia merenung muka ku lalu ke muka Pak Mat yang masih tunduk.
“Tapi sebelum tu, inilah nak cakap sikit,” sambung Datuk Abdul Rauf lagi. “Perkara ini, kecil tapi besar, ringan tapi berat. Yang payahnya, saya tak ada kawan berunding. Kalau emak Abidah ni ada, Mat, taklah teruk sangat saya mengadap hal macam begini. Tak dicakapkan payah, nak dicakap pun payah. Tapi kena cakap juga. Inilah saya ni suka terus terang, dari masa saya budak-budak lagipun, saya tak pandai selindung-selindung apa lagi kalau perkara tu memang saya suka! Orang sekarang ni memang susah nak difahamkan… tak tau kita, Mat, tak tau!” katanya sambil merenung Puan Abidah.
Puan Abidah tiba-tiba bangkit dan hendak mengangkat piring kosong, ketika ayahnya berkata lagi, “Haaa! Duduk Abidah! Duduk! Ini perkara kamu, kamu yang mesti buat keputusan sendiri, biar bersaksi, jangan nanti kalau terjadi apa-apa aku tak senang dalam kubur nanti! Aku serik. Serik betul-betul aku. Yang dulu, tu salah aku, kali ni aku tak mau pikul bebanan lagi. Sakit dibeban dulu tak ilang lagi rasanya! Duduk, kamu bukannya dara lagi!” Puan Abidah terpaksa duduk. Keluh resah dan tersipu-sipu saja rupanya. Sesekali pucat dan sesekali merah pipinya. Tak mau saja dia menentang mukaku. Aku sendiri ikut resah dibuatnya. Tiba-tiba Puan Abidah memberanikan hati lalu bersuara. “Dah antarkan piring ni…….” “Biarkan di situ. Duduk, dengar dan fahamkan baik-baik. Lapangkan fikiran. Begini Mat….” Kata Datuk Abdul Rauf akhirnya dengan tegas. Kalau begitu bunyi suaranya, nyatalah beliau sudah membuat keputusan muktamad. Pak Mat merapikan pendengaran dan aku meruncingkan akal. “Berterus-terang, ya Mashud?” kata beliau tiba-tiba. Dan aku terpinga-pinga. Dalam pada mencuba meraba-raba maksud beliau tu, tiba-tiba saja beliau meneruskan katanya. “Betul-betul ke kamu menerima Abidah ini, macam kakak kandung kamu sendiri, Mashud?” “Betul, Tuk. Lillahi Taala, saja, saya ni!” kataku. Ketika itu jelas muka Puan Abidah menjadi berseri-seri. Dia tenang. Datuk Abdul Rauf memandang muka Pak Mat. “Begini Mat, saya sudah fakirkan perkara ni masak-masak, dalam-dalam, habis-habis lagi halus-halus segala buruk baiknya. Tapi saya nak tanya Mat sendiri. Cakap terus terang, boleh?” Pak Mat Itam mengangguk-angguk laju. Menelinga rapi-rapi. “Kemana Muhammad Akhir?” “Ada, Tuk!” “Iya, benar, saya tau ada, tapi dimana adanya tu?” “Itu tak jaminlah saya, Tuk. Bukannya Tuk tak tau, beliau tu dimana-mana masjid yang diizinkan beliau bermalam, disitulah beliau!” “Bukan di rumah Cina Mualap tu?” “Dah pindah, kata saudara baru kita tu, Tuk!” “Pindah ke mana?” Pak Mat Itam berfikir-fikir sejurus. Dia mengeleng-geleng dan memejam matanya. “Tak tau saya, Tuk, tapi tak jauh dari kawasan Petaling Jaya ni!” “Kerjanya?” “Mana-mana yang dapat aje, Tuk!” “Macam mana makan, minum dan pakainya?” “Beliau tu, mana pedulikan makan minum, mana kirakan pakaian. Ada beliau makan, tak ada beliau puasa!” “Betul-betul macam tu?” “Sepanjang yang saya tau, macam tulah, Tuk…” “Tak ada dia mengajar anak sesiapapun ngaji Quran?” “Tidak, Tuk!” “Macam mana kamu tau?” “Mat ada jumpa baru-baru ni, Jumaat dua minggu sudah di Masjid Petaing Jaya, Kawasan Melayu tu, beliau cakap.” Orang tua tu mengeluh panjang dan mengeleng-geleng. “Apa jenis manusia dia tu, Mat?” “Itu, dia dengan Allah Taala saja yang taukan, Tuk!” “Mengapa Datuk?” tingkahku tak semena-mena saja rasanya. Orang tua berdua tu menatap mukaku sejurus. “Bukan, aku kerap sangat mimpikan dia. Dalam mimpi aku tu, lain sangat rupanya, kadang-kadang muda benar, kadang-kadng tua bertongkat. Pelik… Apa sebabnya dia tak datang-datang kerumah ni, lepas kebumi cucu aku dulu, tu?”
Episod 24 Soalan itu menyebabkan kami semua senyap berjurus-jurus. Siapapun tidak menjawabnya. Malah sebenarnya kami sendiri tidak tahukan jawapannya. Tetapi satu perkara memanglah betul macam kata orang tua itu, Muhammad Akhir jangankan dalam mimpi, dalam jagapun biasa benar kulihat rupanya yang berubah-ubah. Kadang-kandang muda benar rupanya, ada kalanya pula rupanya begitu tua, sehingga lakunya serupa nenek-nenek saja. Selain itu ada keganjilannya lagi. Kalau rupanya muda remaja, dia berbahasa Melayu seperti orang kebanyakkan. Sebutannya juga seperti sebutan loghat asalnya, loghat orang kita Perak, tetapi kalau dia bercakap bekenaan agama Islam, bahasanya Melayu kearab-araban, dengan menyebut dirinya ‘ana’, dan ada kalanya ‘aku’ dan dalam percakapan yang sama dia menyebut ‘saya’ atau ‘kami’, membahasakan orang ‘ente’ atau ‘tuan’ atau ‘kamu’.
Kalau sudah demikian, suaranya sedikit berubah seperti suara orang tua-tua saja bunyinya. Dan ketika beginilah dia menyebut lafaz Hadis dalam bahasa Arab atau lafaz Naz Al-Quran begitu lancar dan tepat. Kalau dalam keadaan begini, dia bercakap dengan susunan ayat dan lagu suara ulama zaman dulu. Aku kerap menelitikan seluruh air mukanya yang sangat menggerunkan, dan matanya memancar bersinar, cahayanya seperti menghisap cahaya mata kita yang menentangnya. Kami masih senyap juga, dan saling berpandang-pandangan, sedangkan Puan Abidah tetap tunduk sambil leka membelek-belek jarinya satu persatu.
Memandang anaknya itu, Datuk Abdul Rauf mengatakan pula, “Apa kata kamu Mat, kalau kita jodohkan Muhammad Akhir tu dengan Abidah?” dan katanya itu memerahkan muka Puan Abidah yang segera tunduk seolah-oleh melindungi rona malu diwajahnya. “Elok,” sahut Pak Mat Itam. “Alhamdulillah,” tingkahku. “Alhamdulillah, nampaknya kita bertiga ni muafakat satu fikiran juga. Saya fakir, saya sendiri yang ingat macam tu…. Kamu ni Abidah, macam mana?” Puan Abidah tunduk berjurus-jurus, tetapi resahnya sudah tiada lagi, sekadar masih malu benar dia. “Keluarkanlah isi hati kamu, biar bersaksi. Ayah tak tergamak lagi memaksa engkau, apalagi kamu bukannya dara lagi. Berhak kamu mengatakan mau dan tidak mau! Masa dara dulu lain!” “Iya, benar cakap ayahnya ni, Cik Puan. Ikut hokum syarak, janda berhak menentukan sendiri jodohnya!” tingkah Pak Mat Itam yang membatu sejak tadinya.
Seketika Puan Abidah merenung muka ayahnya lalu ke muka Pak Mat Itam dan akhirnya ke mukaku, seperti bertanya, “Inilah yang beratnya ayah, Dah ni janda, siapa yang sudikan janda!” “Tak molek kakak menghinakan diri hanya sebab janda yang bukan kehendak kakak menjandakan diri!” sahutku. “Masalahnya, kamu sendiri Abidah….redhakanlah kamu bersuamikan Muhammad Akhir?” kata Datuk Abdul Rauf setegas-tegasnya sambil meneliti riak dimuka anaknya. “Iya, kalau tak sudi kata tak sudi, itu hak Cik Puan,” shut Pak Mat Itam lagi. Lama sesudah itu barulah Puan Abidah mengangguk perlahan-lahan dengan malunya, dan beliau seperti hendak lari saja dari majlis itu. Kewanitaannya begitu tergusik. “Aku tak dengar lafaznya ni!” desak ayahnya pula. “Kalau dia sudi, Dah serahkan diri Dah yang janda ni, ayah! Siapa hendakkan janda? Bersepah anak dara sekarang ni! Dia bujang teruna, warak, alim pulak, takkan sudi dia nak kan anak ayah yang jahil tak mengenal Allah ni, ayah!?” “Dengar tu, Mat?” kata Datuk. Pak Mat mengangguk. “Dengar tu, Mashud?” aku pun angguk juga. “Betul-betul kamu kasihkan Muhammad Akhir tu Abidah?” soal Datul Abdul Rauf lagi. Perlahan saja jawab anaknya. “Allah saja yang berkuasa menjodohkan Dah dengan sesiapa saja orang pilihan-Nya!” “Nanti dulu, Cik Puan,” celah Pak Mat Itam. Dan perlahan-lahan, tetapi jelas suaranya orang tua itu mengatakan; “Dengar elok-elok, Nur Abidah, apa kata hati: redha atau tak redha, cinta atau tak cinta, sayang atau tak sayang, kasih atau tak kasih bersuamikan Muhammad Akhir?.... Nanti jangan jawab dulu, dengar baik-baik suara hati, sudah?.... Nah, lafazkan dengan lidah apa kata hati!” “Kalau Dah lelaki, ayah, Dah sendiri meminang dia tu, biar miskin berempat beliau. Tapi Dah malu, Dah lebih tua dari beliau tu lima tahun, bukannya lima bulan! Janda sekali, tua pulak tu! Macam mana nak kata, Pak Mat?” “Orang Tanya sungguh-sungguh, kamu mau?” “Dah dah cakapkan ke ayah, kan?” sahutnya. “Iya, tapi aku panggil Mat, aku panggilkan adik engkau ni supaya jadi saksi. Ayah tak mau dakwa dakwi diakhirat nanti!” “Redha, rela…mau Dah kalau beliau tu mau!” “Tapi beliau tu miskin!” duga ayahnya lagi. “Masa ayah meminang mak dulu, kata mak, ayah miskin juga.” “Baiklah, betul-betul tak ada orang lain lagi yang engkau inginkan?” “Tidak.” “Doktor Muhammaf Sabri?” “Tidak.” “Abdul Karim?” “Tidak.” “Gamal Abdillah?” “Tidak, hati Dah tertutup belaka, kalau tak Muhammad, Dah tak mau ingat fasal ni, ayah!” “Sebabnya?” “Muhammad tu tak tau bohong, amanah, murah hati mengajar agama, ikhlas dan sebenarnya dia tu bijaksana, pengasih lagi penyayang orangnya! Dah tak pernah hormatkan orang selain ayah macam Dah hormatkannya, lagipun dia tak menyembah harta kekayaan!” jawapan terakhir Puan Abidah itu mematahkan lidah ayahnya. Tiba-tiba dengan suara perlahan Datuk Abdul Rauf menyoal Pak Mat Itam, dengan ujarnya, “Tak ada sesiapa perempaun yang Mat tau disukainya?” “Beliau tu, selain Allah Taala, tak tau saya, siapa yang dipuja pujinya.” “Masalahnya, terfikirkah beliau tu atau tidak perkara kahwin ni, Datuk?” kataku. “Itulah masalahnya,” sahut Pak Mat. “Bukan Dah dah katakana, ayah?” “Iyalah, tapi aku tak merasa puas sebelum dia diberitahu niat ikhlas kita ni!” sahut ayahnya.
Merenung Pak Mat beliau mengakhiri katanya. “Begini sajalah, Mat, pergilah jadi ganti diri saya, katakana sama Muhammad Akhir, salam tua saya dan salam kasih Abidah anakku ini, dan nawaitu Abidah redhakan dirinya bersuamikan Muhammad Akhir itu, dan nawaitu aku, beranak menantukan dia. Katakanlah sama dia, aku Abdul Rauf sudah memikirkan masak-masak, halus-halus, dalam-dalam dan cermat-cermat amanah Junjunganku Sollallahualaihi Wasallam dalam perkara Awal Agama Mengenal Allah. Bahawasanya mengakulah aku Abdul Rauf bahawa tiap-tiap yang dikhabarkannya kepada aku itu benar dan membenarkan. Aku menyerahkan anakku Nur Abidah dan semua harta benda yang Allah amanahkan kepada aku selam hidup aku. Aku redha harta yang ku wariskan kepada Nur Abidah, anak tunggalku ini, kepada Muhammad Akhir setiap sen daripada hartaku itu pada dia. Setelah dia kuijabkabulkan dengan anakku, jadi tanggungan dialah membersihkan harta itu daripada hutang zakat yang wajib atasnya, dan aku mintalah menantuku itu membelanjakan harta ku itu dipusakainya bersama anakku kerana menyampaikan kepada manusia akan Lailahaillallah Muhammad Rasulullah!”
“Kalau begitu sampaikan juga amanah dan salam kakak kepada beliau itu, Mashud, kakak angkat engkau ini redha dan rela menyerahkan jiwa bersama-sama raganya kepada dia, dengan janji kakak kepada Allah s.w.t, bahawasanya kakak akan taat lagi setia kepadanya, kalau sudi beliau itu, beliaulah imama kakak didunia ini, selain Al-Quran dan Hadis Nabi!” “Berat benar amanah kakak ni?” sahutku. “Berat lagi amanah yang akan kakak tanggung nanti!” Senyap pula seketika diruang meja. Tiba-tiba kata Pak Mat; “Sebenarnya pernah saya ni Datuk bertanyakan beliau itu perkara begini; iyalah secara kias ibarat saja.” “Apa jawabnya?” “Sekali saya cakapkan dia dengar. Tak ada jawabnya.” Kemudian senyap pula. Puan Abidah merenung saja muka Pak Mat. “Kedua kali saya cakapkan beliau mengatakan Allah belum gerakkan hatinya memikirkan hal itu, dan isterinya ada disyurga, katanya, Tuk.” Jawapannya itu membeliakkan sedikit mata Datuk Abdul Rauf. Kata orang tua itu dengan perlahan, “Ada ke isterinya yang mati bersalin?” “Dia teruna, Tuk!” “Kalau begitu maksudnya bidadari?” “Saya tak pula Tanya, maksudnya mungkin juga yang itu, tu, Tuk.” “Lepas tu Pak Mat tak tanya-tanyakan lagi?” kataku. “Ketiga kali Pak Mat Tanya, dia kata, dia lagi fakir, miskin, dagang, perantau, lagi bodoh, hidupnya pun sejak dari mula menumpang rahim Allah sejal lagi dalam rahim ibunya, takkan tercarinya maskahwin semiskin-miskin perempuan zaman sekarang!” kata Pak Mat, jujur saja suaranya. Tetapi cakap itu disambut Datuk Abdul Rauf dengan ketawa besar. Setelah reda ketawa orang tua itu,
Berkatalah beliau; “Kalau begitu sah benarlah mimpi saya tu, Mat. Saya mimpi malam tadi, rasanya saya berjalan dipadang hijau, luasnya lebih luas dari padang Sahara yang pernah saya lawati di Libya tu. Tiba-tiba saya bertembung dengan orang bertongkat dengan orang muda. Keduanya berpakaian putih. Orang tu kata, dia meminang Abidah untuk murid lagi anak angkatnya itu. Saya Tanya orang tua itu siapa nama anaknya, dan sebelum orang tua itu jawab, saya terjaga. Pukul tiga tepat. Celik saja mata saya, yang mula-mula teringat Muhammad Akhir itulah! Kalau sudah begitu, kalau dia cakap soal maskahwinnya manikam yang dalam hatinya itu!” Gembira benar wajahnya. Kemudian sahut Puan Abidah pula, “Maskahwin saya, ayah, makrifatkan Allah!” “Kalau begitu, baiklah Datuk, baiklah Cik Puan, biar Pak Mat tua ini pergi sekarang juga beserta dengan Mashud!” “Pergilah Mat mudah-mudahan dikabulkan doa kita.” Dengan perkataan itu kami bangkit dari kerusi masing-masing dan bersiap pergi mencari Muhammad Akhir yang tidak kami ketahui dimana dia ketika itu.
Episod 25 Sehari suntuk itu puas kami menjelajah ke semua masjid dan surau yang ada di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Mana-mana tempat yang kami datangi, yang kami ketahui beliau pernah pergi, semuanya kami pergikan. Tetapi tidak terjumpa juga. Orang tidak ramai yang kenalkan dia. Akhirnya pulanglah kami kerumah Puan Abidah setelah pukul tujuh setengah malam. Alangkah teperanjatnya kami bila sampai di ruang tamu, dan belum betul rasanya perjalanan nafas rasanya, Muhammad Akhir itu keluar dari bilik mutalaah tempat yang kini menjadi surau dalam rumah itu. Dia berjubah hijau, dan memakai serban juga hijau – hijau lumut segar. Bersih saja wajahnya ketika memberikan salam kepada kami berdua. Beliau duduk disofa yang biasa. Seketika harum semerbak terhidu bau minyak atar barbaur bunga mawar putih. Dia memakai cincin mata zamrud yang besar hijau berkilauan. Seperti biasa duduknya penuh takzim dan tawaduk. Selepas salam itu tidak bercakap dia walau sepatah. Senyap seperti mematikan dirinya.
Ketika itu Puan Abidah kelihatannya belum pulang lagi, sebab motokar peribadinya tiada ada dirumah itu. Datuk Abdul Rauf baru saja menuruni tangga dari biliknya ditingkat atas. Bila orang tua itu terpijak dimarmar lantai, berdirilah Muhammad Akhir menghormati beliau, dan kami berdua ikut berdiri. “Assalamualaikum, Pakcik,” katanya penuh sopan santun. “Alaika waalaikumussalam, Muhammad. Duduklah.” Dan beliau sendiri ikut sama duduk, di sofanya juga. Kami duduk belaka. “Ampun maaf saya ni, pakcik. Saya tibanya ni tak dipanggil, macam pergi saya dulu tak berhalau. Ada sikit hajat saya, dengan izin Allah Taala saya sebutkan.” Datuk Abdul Rauf merenung mukanya seperti kehilangan kata. “Silakanlah. Bapak dengar ni, Muhammad!” katanya. “Ayah saya meninggal dunia, dijemput Allah semasa saya sebulan dalam rahim emak saya. Emak saya dipanggil Allah semasa umur saya lima tahun. Inilah pusakanya!” kata beliau lalu berdiri menyeluk saku jubah hijaunya. Kemudian dia duduk. Saya terima hidayah Allah malam Jumaat seminggu dulu, masa saya disurau buruk ayah saya. Inilah pakaian pusaka ayah yang saya pakai sepanjang malam Jumaat itu. Sampai masanya saya menjemput sahabat hidup saya yang dijadikan Allah dibumi ini. Ampun maaf pakcik, saya tak ada kenalan dengan anak cucu Tuk Siti Hawa, selain Cik Puan, beri saya izin mencubakan cincin emak saya ni kejari manis Cik Puan. Biar saya lapik tangan saya, sebab Cik Puan Abidah tu bukan muhrim saya. Mudah-mudahan pakcik tak menuduh saya dalam hati kecil pakcik, yang mengatakan saya Muhammad Akhir anak Ali, hamba Allah yang miskin hina ini tak tau adat resam. Adapun adat resam buatan manusia itu batal tatkala Kun kata Allah Payakun kata Muhammad, maka tajallilah apa yang di takdirkan Allah akan Tajalli di bumi ini. Maafkan kalau cakap saya menyinggung hati pakcik, ya tuan-tuan berdua!”
Perkataan itu begitu tersusun ayatnya. Lancar dan tiada sangkut-sangkut. Sambil mengatakan itu, tenang tenteram saja wajahnya, tetapi matanya separuh terpejam. Dan Datuk Abdul Rauf seperti khayal ketika itu. Aku berpandang-pandangan dengan Pak Mat Itam. Tak tau apa yang akan kami buat atau sebut atau fikirkan. Perasaan ku bercampur baur semua sekali; sedih, suka, takut, seronok, gerund. Marah, sayu, tak tau apa! Yang kudengar sesudah pengucapan itu hanya kata ‘Lahuillahu! Lahuillahu!’ diucapkan oleh beliau itu. Seketika senyap dan perlahan-lahan terdengar bunyi deru jentera motokar sport. Seketika bunyi daun pintu motokar dibuka dan dikatupkan cepat. Dan tatkala kupalingkan penglihatan kemuka pintu diruang itu, masuk penuh tertib Puan Abidah yang juga memakai baju kurung hijau warna pucuk pisang. Subang emas bermata delima. Dia memegang tas tangan yang juga hijau, sama warnanya dengan kasut dan pakaiannya. Dia seperti terkejut dan terpinga-pinga. Jelas mata keduanya bertentangan, bersabung dan Puan Abidah tunduk. Merah sedikit mukanya, jelas dalam benderang lampu di bilik tetamu dirumahnya itu. Dia seperti terpegun seketika. Ketika itu kata Muhammad Akhir, “Kabul ke tak hajat kami tu, pakcik?” Dan Datuk Abdul Rauf seperti terpinga-pinga sambil mengangguk berkali-kali terus berdiri dengan hormat dan takzimnya, lalu berkata, “Silakanlah, nak! Silakanlah!” “Pakcik izinkan?” “Iya, bapak izinkan, nak! Bapak izinkan!” Muhammad Akhir yang sudah berdiri juga merenung Puan Abidah seketika, matanya memancarkan isyarat memanggil. “Nur yang abid!” katanya. Puan Abidah mendatanginya. “Ini!” kata Muhammad Akhir lagi, matanya terus merenung Puan Abidah. Seketika Puan Abidah membelek-belek sebentuk cincin emas bermata delima, bersinar-sinar memancar-mancar merah warnanya yang berbintang-bintang bertembung cahaya lampu. “Ini pusaka ibu saya, Siti Khadijah nama beliau itu, arwahnya!” Puan Abidah merenung muka ayahnya seperti meminta satu keterangan apa yang dikehendaki ia melakukan dengan cincin itu. Datuk Abdul Rauf merenung muka Pak Mat lalu bercakap, “Pakailah dijari manis kanan kamu!”
Puan Abidah taat saja lalu menyarungkan cincin itu. Sesuai bagai ditempah-tempah saja ukuran cincin itu untuk jarinya. “Ini, pemberian ayahku, Ali namanya, untuk emak…kata ayah kepada sahabatnya Syekh Abdul Rahim Makkah, itu yang mampu diberinya untuk isterinya, ibuku! Tempatnya pada jari kiri yang manis!” puan Abidah mengangguk lalu menyarungkan cincin itu kejari manis tangan kirinya. Sekali lagi kami terperanjat apabila jari itu seukuran dengan jari beliau. “Maha suci, sesungguhnya maha suci Engkau, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayu, Ya Qayum! Allahu Akbar!” kata Muhammad Akhir. Dia duduk disofa membaca Al-Fatihah beberapa kali. Puan Abidah yang masih tercengang bengang itu memandang jarinya yang bercincin itu bersilih ganti dengan wajah ayahnya dan wajah Muhammad Akhir, Pak Mat dan aku. Akhirnya dia duduk di sofa kanan ayahnya. “Pakcik, pesan Tuan Syekh Abdul Rahim, masa saya bersama beliau di kampung saya tu, siapa yang boleh memakai cincin ini, seelok-elok muatnya, dialah bakal ibu zuriat keturunan saya, pakcik, dengan kehendak Allah juga.” “Apa maksud Muhammad ni?” kata orang tua itu. “Maksud saya, itulah harta saya didunia ini dalam umur saya betul-betul dua puluh lima tahun hari ini, tiga hari bulan Rabiul Awal tahun ini. Kalau ada perempuan yang sudi, itulah semata-mata maskahwin yang mampu saya berikan kepadanya. “Maksud tuan, adakah tuan meminang Puan Abidah?” kata Pak Mat, pura-pura tidak maklum. “Begitulah,” kata Muhammad Akhir. “Kalau begitu, Muhammad tanyalah tuan punya badan sendiri. Dia janda, macam yang Muhammad sedia maklum!” kata Datuk Abdul Rauf. Tatkala itu menitik air mata Muhammad Akhir. Direnungnya Puan Abidah beberapa saat. Ketika itu aku ikut merasakan dalam sinar pancaran matanya yang hening berkaca-kaca itu, curahan kasih sayang dan belas kasihan yang penuh. “Sebab jandanya itu, saya meminangnya, kalau dia sudi, sebab apa hinanya janda? Baginda Rasulullah s.a.w. Junjunganku, Penghuluku, Nabiku, kekasih Allah Taala pun mengambil janda yang memuliakannya! Apa hinanya yatim piatu, sedangkan Baginda juga yatim piatu! Yang janda Cuma badan, hati selamanya bersih, kalau tau membersihkannya! Apa kata Pak Mat?” “Benar, tuan!” “Abidah!” kata Datuk Abdul Rauf. Terpinga-pinga disahut anaknya sepatah, “Haaa!?” “Ana kata, sudi atau tidak sudi, Nur Abidah jadi isteri Ana yang setia lagi taat! Ana mau dengar ente punya suara dalam nurani ente!” “Tuan, sudikah tuan memungut janda ini?” sahutnya sayu. “Kalau tak sudi Ana sudah ikut sama Ana punya bapak saudara Syekh Abdul Rahim bermukim di Madinahlah, apa guna Ana datang sini?” “Tuan datang kerana Dah!?...bukan…” “Iya kerana Nur Abidah dan kerana Allah!” “Macam mana ni, ayah?” “Ayah tak boleh campur. Tubuh badan kamu hak kamu!” “Pak Mat?” “Benar cakap Datuk tu tadi Cik Puan!” “Bukan kerana…..?” “Apa? Ohhh! Cik Nur ingat kerana harta? Kalau begitu, kalau Cik Nur kata sudi, kita nikah ini malam juga, sudah nikah ikut sama Ana, pergi kampung Ana, Ana boleh tanam padi, boleh potong rumput, boleh buka kedai barang, alakullihal, Insya-Allah, Allah datangkan rezeki. “Kalau begitu, tuan tanya tuan punya hati sendiri, apa hati tuan kata, itulah hati Dah kata!” “Tak boleh teka-teki macam tu Abidah!” kata ayahnya. “Baiklah, Abidah terima pinangan Muhammad Akhir dengan tulus ikhlas hati Dah ni, ayah!” “Apa ente punya syarat?” “Tuan kenalkan Dan yang jahil dengan Allah!” “Itu saja?” Puan Abidah mengangguk tegas. “Bapak bagaimana?” “Bapak ni, kalau Nur Abidah sudah terima, bapak terimalah, syukur Alhamdulillah!” “Bapak ada wuduk?” “Ada” “Kalau begitu, kita mulalah.” “Mula apa?” kata Puan Abidah. “Sekarang kita nikah,” kata Muhammad Akhir. Perkataan itu merobak air muka Datuk Abdul Rauf sedikit. Barangkali dia merasakan kejadian itu macam cerita cowboy, atau macam cerita wayang lain, bukan yang sebenar. Tetapi kata Muhammad Akhir lagi; “Kalau kita akukan ini kehendak Allah, mana kita punya kuasa mahu tempoh-tempoh?” “Bukan, malam-malam buta ni, di mana nak tumbuhkan Tuk Kadi, atau Tuk Naib?”
“Maaf saya cakap bapak, itu Allahlah Kadi Rabbul Jalil. Mana ada kadi lain lebih afdal, lebih besar dari Allah Taala. Wali sudah ada, bapak, saksi sudah ada, ini Pak Mat sama Mashud. Ana mempelai sudah ada, Abidah pengantin sudah ada. Bapak pun cakap, bapak suka, kita dua orang sudah suka, lain apa? Itu kadi, sebab mau ambil lesen kahwin, besok lusa boleh angkat itu lesen, macam kita angkat itu pas bayar fitrah zakat! Apa Pak Mat, mana ada Nas, mana ada Hadis, mau sah nikah mesti pakai Kadi?” “Tapi itu Undang-undang negeri, tuan!” kataku “Undang-undang negeri kita pikullah, undang-undang Allah mesti junjung,” kata Muhammad Akhir. Perkataan itu menyerikan sedikit muka Datuk Abdul Rauf. Tetapi beliau masih berfikir-fikir juga. “Kalau kita betul-betul IMAN SAMA ALLAH apa pasal kita mesti takut sama manusia?” “Baiklah, jadi Muhammad nak nikah malam ini juga?” “Insya-Allah.” “Siapa nak baca khutbah nikah? Bapak tak hafal. Mat, boleh baca khutbah?” “Masya-Allah, itu khutbah, afdal lelaki yang mau nikah bacalah, sendiri mau nikah apahal suruh orang lain baca?” “Siapa mengakadkan?” “Afdal walilah….bapak cakap, macam ini: ‘Muhammad Akhir bin Ali, aku nikah akan dikau dan aku kahwinkan akan dikau dengan anakku Nur Abidah dengan maskahwin (cakap itu maskahwin) utang!’ Nanti Ana jawablah! Kalau dua saksi sudah dengar baik-baik, sahlah, lagi apa, sudah itu baca doalah!” “Siapa nak baca doa?” “Siapa? Itu orang yang nikahlah mesti baca doa syukur sama Allah sebab kasi sama dia isterilah. Itu isteri mesti baca doa syukur sama Allah yang datangkan sama dia suamilah!” “Dah tak tau baca doa?” “Tak tau baca doa cakap arab, cakap Melayu, apa salah? Apa Allah tak tau cakap Melayukah?”
Semua jawapan beliau itu mematahkan hujah kami belaka. Aku menduga ilmunya, tetapi nyatalah beliau bukan sebodoh rupa dan sikapnya. Jawapannya beralasankan Nas dan Hadis Nabi. Jadi apa lagi yang hendak didalihkan. Mau tak mau malam itu diijab-kabulkan kedua mereka. Khutbah nikah dibacanya sendiri, akad nikah dilakukan Datuk Abdul Rauf dan Doa Selamat dibacakan Muhammad Akhir sendiri lengkap dengan doa kesyukurannya sekali. Selesai istiadat itu, bersuara sedih jugalah Puan Abidah. “Terkilan hati Dah ni, tuan, tak siap apa-apa, tempat tidur tak tentu arah, siapapun saudara mara tak diberitahu!” Perkataan itu dijawab suaminya dengan memujuk, “Itu semua ADAT, kita boleh ikut, tapi Allah punya hukum mesti buat dulu. Nanti, Nur boleh panggil Nur punya kawan, boleh istiharkan Nur sudah ada suami, jadi lain lelaki mau goda sama Nur sudah tahu, Nur sudah ada suami. Sudah itu boleh buat kenduri, panggil nombor satu yatim piatu, janda-janda, fakir miskin, jiran-jiran ini rumah, baca doa selamat, doa arwah. Insya-Allah, Allah berkatkan ini kita punya nikah. Tapi ana, itu dunia punya adat nombor dualah. Itu bersanding macam Hindu punya adat, bidaahlah! Ana tak boleh ikut itu punya adat jahiliyahlah!....” Malam itulah pertama kalinya kami seisi rumah itu melihat beliau itu makan. Itu pun sedikit saja beliau itu makan lalu sudah. Beliau rehat seketika dan kemudian apabila masuk waktu sembahyang Isyak, beliau memerintahkan Puan Abidah menjadi makmumnya. Kami semua pun ikut berjumaah.
Episod 26 Tiga hari kemudian, diaturkan satu majlis kenduri meraikan peristiwa gembira itu. Apa yang menghairankan aku dan Pak Mat, malah Puan Abidah sendiri ialah begitu cepatnya dia mensesuaikan diri dengan suasana, tempat dan keadaan. Beliau memakai pakaian Melayu yang lengkap sepasang. Tetapi pilihannya tetaplah juga jenis kain kapas berwarna putih. Sampingnya kain tenun Terengganu yang sedikit kelabu tanpa benang emas. Dia ramah bertegur-sapa dengan tetamu yang dijemput. Tidak ketara sama sekali rasa rendah dirinya kerana kemiskinan yang ditanggungnya selama ini, tetapi tidak ada sedikit pun sifat takbur dalam gerak geri dan tutur katanya. Tetapi dalam majlis itu, jelas benar dia memuliakan kanak-kanak yatim piatu, janda-janda dan juga faqir miskin yang dijamu terlebih dahulu daripada tetamu yang lain. Hidangan istimewa diberikan untuk tetamu itu. Apakala tiba melayan orang-orang kenamaan, orang-orang hartawan sahabat dan kenalan Datuk Abdul Rauf, dia berlagak rasmi-rasmian pula. Dan tatkala itulah baru kami tahu beliau boleh berbahasa Inggeris dengan fasihnya dan boleh pula memahami bahasa Tamil dan bahasa Cantonese. Itulah ketikanya kami lihat beliau paling banyak bercakap. Dan kesempatan itu ku ambil untuk mencungkil rahsia hati Puan Abidah. Dan dari mulut kakak angkatku itu, ku ketahuilah rupa-rupanya beliau sudah jatuh cinta dihari pertamanya beliau memandang wajah suaminya itu. Katanya sinar mata beliau itulah yang meruntun jiwanya jatuh cinta penuh tepu akan Muhammad Akhir itu. Tetapi katanya lagi, yang mengikat hatinya benar-benar ialah sifat dan perangai suaminya itu, yang lain daripada kebanyakkan lelaki Islam yang pernah dilihatnya.
Keistemewaan suaminya yang utama ialah penguasaannya dalam Ilmu Tauhid, sehingga selama dia mengajar Ilmu Tauhid, sambil-sambil mengajar anaknya mengaji Quran dulu, beliau dapat mengenali hakikat dirinya, dan hakikat Nubuah Nabi Muhammad s.a.w. hingga dapat dia memahamkan hakikat Allah yang berkeputusan dengan kemampuannya mentauhidkan asmak, af’al dan sifat zat Allah s.w.t. Sejak itu katanya, benar-benar diketahuinya apa erti khusyuk, apa erti sembahyang dan apa sebenarnya yang disembah. Jiwanya aman dan tenteram dan beliau memahami apa ertinya qadak dan qadar Ilahi, dan apa ertinya setia yang mesti diiringi taat dan dituntut dari seorang isteri terhadap suaminya. Diakuinya seluruh kekayaan dan hartanya yang berjuta-juta ringgit itu sudah tidak sama nilainya dengan ilmu agama, khususnya Ilmu Tauhid yang dengan ilmu itu dia diberikan fatwa tentang cara, kaedah, system, metode atau pendekatan yang betul, tepat, cepat dan ringkas berkenaan dengan hakikat asal usul kejadian dirinya sendiri yang dengan mengetahui hakikat itu dapat pula dia mengenal hakikat dan hikmah sehingga dapat beliau memakrifatkan maksud dan makna dan rahsia kenabian baginda Muhammad s.a.w. yang darinya beliau dapat mentauhidkan asmak atau Nama, sifat atau rupa-nama, dan af’al atau kelakuan atau perbuatan Allah Yang Maha Esa.
Dengan ilmu yang dituntutnya itu, cerita kakak angkatku lagi, dia mudah memahami segala kejadian-kejadian yang selama ini menimpa dirinya yang selama ini dianggap sebagai tragedi hidup. Tahulah dia bahawa seseorang Muslim yang Muslim ialah, setelah memakrifatkan Allah, sehingga mendapat ia Hidayah dan atau Taufiq yang dengan salah satu darinya itu, mampu ia mentauhidkan af’al Allah, baginya mansuh makna dan maksud istilah tragedi dalam kehidupannya. Ketika itu mansuh segala kuasa yang sebelum itu secara langsung dan atau secara tidak langsung diperTuhankannya dengan amal perbuatan atau perkataannya dan diatas kemansuhan itu tajallilah Allah Yang Maha Esa, lalu bebas dan merdekalah ia daripada sebarang bentuk penjajahan yang selama ini mengongkong dirinya. Tatkala itu dengan penuh perasaan kehambaan dilafazkannya dengan bersaksikan seluruh panca inderanya kalimah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah dengan ketepuan makna, rahsia dan maksud lafaz itu. Dan disaat itu engganlah ia menyembah dan memuja apa-apa yang lain dari Allah sehingga runtuhlah setiap yang berupa berhala, sekalipun berhala itu berupa longgokan atau timbunan kebendaan bernilai puluhan, ratusan, ribuan malah jutaan juta Dollar Amerika! Dengan ilmu yang kakak tuntut dan diberikan penjelasan olehnya itu, katanya lagi, fahamlah kakak maksud bagaimanakah yang dikatakan orang, syurga anak di bawah tapak kaki ibunya dan syurga isteri dibawah tapak kaki suaminya, dan bagaimanakah jenis lelaki yang jikalau dia menjadi suami perempuan, lalu perempuan itu wajib taat lagi setia terhadapnya. Lalu faham juga kakak, apakah erti nikah dan apakah maksud serta tujuan kahwin. Dengan ilmu Tauhid itu juga mengertilah kakak bagaimana Saidatina Khadijah Al-Kubro, setelah bersuamikan Junjungan s.a.w. menyerahkan seluruh harta kekayaan beliau kepada suaminya itu, dan mengapakan tiada seorang juga isteri baginda yang lancang mulut mempersoalkan hak suaminya memadukan ia. Kakak juga memahami sekarang ulama yang bagaimanakah yang dikatakan Junjungan kita itu, mewaris Nabi, dan apakah pusakanya yang mereka warisi dari Nabi-nabi itu! Kakak dapat dengan jelas dan yakin, membezakan antara ulama palsu dengan ulama tulen, lelaki insani dengan jantan haiwani, katanya.
Kakak angkatku juga menerangkan bahawa, sejak belajar Ilmu Tauhid dengan Muhammad Akhir itu, dia betul-betul faham lagi tahu bagaimana berdoa dengan betul kepada Allah, dan bagaimana caranya seorang Muslim itu menyerahkan seluruh raga dan jiwanya kepada Allah, dan mengapa manusia itu disuruh mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w. “Kakak telah berdoa kepada Allah, hampir setiap ketika supaya kakak diberinya suami yang salih, jikalau tidak, lebih baik kakak redhakan hidup terus menjanda hingga keakhir hayat kakak!” ujarnya lagi. Dan diterangkannya pula, kalau ditakdirkan dia tiada diberi Allah suami lagi, seluruh kekayaanya itu dijadikan tabung menyara dan menanggung orang-orang yang mengajar Ilmu Tauhid kepada manusia diseluruh dunia. “Semenjak kakak mengenalkan Allah, kakak melatih diri kakak mengasihi dan mengasihani manusia yang belum kenalkan Allah membuka hijap manusia yang lain hingga dapat mereka mengenal Allah yang kakak kenal,” katanya pula. Aku tanya beliau juga, perasaannya akan Muhammad Akhir itu sebenarnya. Dan dijawabnya spontan saja, “Kakak hormat dan mencintainya selepas cinta kakak kepada Allah, kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kepada diri kakak serta ibubapa kakak!” “Tidakkah kakak rasa dia mengambil kesempatan keatas diri dan harta kakak secara tidak kakak sedari dan amal perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. yang mula-mula diberitahu nama Tuhan itu Allah dan Allah itu cuma Satu! Kakak puji dia, kakak kata dia pandai. Dia cakap dia bodoh. Yang pandai itu Allah. Kakak kata dia baik, dia kata, dia jahat. Yang baik itu Allah. Kakak kata, dia hendsome, dia tak jawab ‘terima kasih’ tapi dia jawab Allah lagi handsome. Kakak kata, kakak cintakan dia, dia jawab kakak bohong. Yang suka sebut cinta pada orang, itu Iblis yang pakai mulut manusia. Kakak beri dia minum, dia tak terima kasih sama kakak, dia kata Alhamdulillah!
Kakak beritau dia orang kata kakak cantik, dia kata, kata itu Iblis. Kalau bukan Iblis orang itu buta, sebab yang cantik itu cuma Allah! Kakak tanya mengapa dia tidak mahu kahwin? Dia kata cuma fakir perkara kahwin itu cuma binatang. Manusia mesti fakir dulu perkara nikah! Kakak ajak dia nikah, dia suruh kakak Tanya dan minta izin Allah… Macam-macam lagi kakak Tanya, semua jawabnya membesarkan Allah, hingga akhirnya kakak tanya Allah tu apa? Dia kata Allah tu Allah, lagi apa?..... Kakak biasa bergaul bebas dengan lelaki lepas kakak bercerai, sekali jerling aje sudah ajak dating! Sekali keluar dating sudah berani telefon mencumbui kakak! Tapi apabila kenal sama Muhammad Akhir, kakak macam tak percaya. Kakak sangka dia macam-macam. Kakak sangka dia pondan atau mati pucuk, kakak goda dia, kakak pakai cantik-cantik, pasang badan, dia pandang pun tidak. Sampai inipun dia tak pernah kata kakak cantik. Kakak pernah tunjukkan sama dia sifat kewanitaan yang ada pada tubuh badan kakak ini, dia pandang pun tidak. Dia cuma kata, Iblis sudah masuk dan duduk dalam hati perut kakak! Apabila kakak soal macam mana dia boleh begitu berkuasa menahan nafsunya, dia kata dia tak ada kuasa. Yang ada kuasa itu Allah. Allah yang tolong dia lepas dari godaan Iblis yang merasuk kakak! Tapi, apabila kakak tanya apa Allah, dia kata dia cuma mahu bagi tau apa itu Allah kalau kakak betul-betul ikhlas dan jujur mengaku kakak ni bodoh, bongok, tolol, buta, tuli, lalai, pelupa, miskin, tak ada apa-apa kuasa dan apa semua yang kakak kata milik kakak itu sebenarnya Allah bagi pinjam saja! Begitulah caranya dia megajar kakak, sehingga kakak sedar bahawa kakak ni sebenarnya tiada berdaya-upaya, tiada apa-apa kalau tidak dengan kuasa Allah. Selepas itu barulah dia tunjukkan kakak bagaimana mengenal Allah!
Selama ini Mashud, kakak tak cakap sama sesiapa pun, sebab siapa mau percaya cerita kakak macam tu? Berapa kerat manusia lelaki yang macam dia tu di dunia sekarang ni?” Memanglah benar katanya itu, sebab orang tidak akan percaya pada apa yang belum dilihatnya! Sikap itu menjadi sikap umum manusia zaman kini yang manjadi hamba abdi akalnya yag dikongkong kepercayaan oleh daya intelek yang berpusat hanya dan semata-mata kepada pengetahuan akademik melulu, sehingga lebih ramai yang beriman dan bertuhankan buku-buku dan kitab-kitab yang ditulisnya sendiri, dan berkelakukan hidup berpandukan apa yang sekadar difahaminya dengan akal; sehingga tegak dan berkuasalah hukum akal yang melahirkan hukum adat resam atau tradisi, bukannya hukum Wahyu atau hukum yang bersumber daripada Taifiq dan Hidayah Allah, sebab buku-buku yang dibacanya itu ditulis berpandukan bisikkan Iblis yang masuk ke akalnya bersama-sama arak yang ditelannya atau bersama-sama rupa symbol-simbol atau bentuk-bentuk alat kelamin lelaki perempuan yang dipandangnya secara hidup, atau menerusi gambar-gambaran tontonannya setiap hari, atau dari nyayian-nyayian yang memuja dan menyembah keindahan khayalan nafsu syawat keindahan kemanusiaan! Buku-buku yang ditulis oleh tangan-tangan yang tidak mengenal hatinya sendiri itu, tidak melahirkan bibit kepercayaan kepada apa saja yang bersifat ghaib.
Episod 27 Aku yakin dengan apa yang ku tuliskan itu, kerana aku, sebelum aku mengenal Pak Mat Itam yang menyebabkan aku mengenali Puan Abidah sekeluarga, sehingga dapat aku mengenal Muhammad akhir bin Ali, suami kakak angkatku itu, dulunya pun menjadi salah seorang penulis dan pengarang dan wartawan yang secara tidak ku sedari, iaitu melalui amal perbuatanku sehari-harian boleh diertikan sebagai seorang yang memuja dan menyembah buku-buku dan kitab-kitab, sehingga seolah-olah buku-buku dan kitab-kitab itu Tuhan, yang ada kalanya semacam lebih berkuasa dari Allah yang ku akui mempercayai kuasanya! Aku pernah menyanjung dan menauladani Ahli Falsafah lebih dari menyanjung dan menaulaani para nabi!
Sebagai orang yang bangga diri dengan akaun Muslimnya, aku sentiasa bertaklid dan menjadi pengekor serta pembuntut buah fahaman pengarang buku-buku dan kitab-kitab agama sehingga terlupa bahawa Nabi Muhammad s.a.w. itu insan yang tidak pernah pergi sekolah, malah dalam istilah sekarang, baginda itu termasuk dalam golongan buta huruf! Baginda menjadi pemimpin hanya sesudah dilantik Allah menjadi nabi dan Rasul, setelah beliau mengasingkan diri selama hamper lima belas tahun dari arus adat resam masyarakat Quraisy! Aku terlupakan hakikat bahawa Junjunganku s.a.w. tidak membawa apa pun kitab selain kalimah tauhid! Baginda tidak bergurukan manusia, tetapi Allah melalui Malaikat Jibrail a.s. selaku perantaraannya. Seluruh pengarang yang menganggap atau dianggap orang dirinya itu sebagai alim lagi ulama, tidakku sedari selama ini, tiada banyak bezanya dengan tukang-tukang cerita atau orang penglipur lara yang menceritakan apa yang didengarnya dari orang-orang terdahulu darinya; sedangkan tukang-tukang cerita riwayat Nabi Muhammad s.a.w. itu lebih ramai yang tidak berjumpa. Namun aku tidak pernah tertanya bagaimanakah sukatan atau timbangan yang sepatutnya kupakai bagi membolehkan aku membuat perbezaan diantara cerita yang betul dengan cerita yang sedikit saja betulnya tetapi lebih banyak yang ditokok dan ditambah mengikut tajam atau tumpulnya daya tanggapan situkang cerita . Muhammad Akhir itu manusia yang ganjil menurut ukuran orang kini. Beliau terselamat dari cap GILA atau TIGA SUKU sebab beliau tidak benyak cerita. Dan Puan Abidah serta Datuk Abdul Rauf, ayahnya pula, lepas dari cap GILA atau NYANYUK atau TERKENA GUNA-GUNA sebab kekayaan harta mereka dan sebab tinggal menyendiri tersisih dari kongkongan perundian dengan kaum keluarga dan sanak famili mereka. Kalau tidak, keputusan mereka mengambil Muhammad akhir menjadi menantu yang bakal mewarisi hartanya yang berjuta-juta ringgit itu boleh menjadi bahan desas-desus yang menarik, malah boleh menjadi berita muka hadapan akhbar. Jangankan orang lain, kalau aku masih wartawan pun, cerita Puan Abidah, janda muda hartawan yang seindah dan jelita Ratu-ratu Cantik yang pernah dimahkotakan oleh saudagar-saudagar seks itu, bersedia bersuamikan seorang anak teruna yang lima tahun lebih muda dari usianya, papa kedana, serta tidak mepunyai walau surat berhenti sekolah rendah juapun, dengan latar belakang hidupnya yang pernah diperhambat dan dihalau Tuk-tuk Siak dari masjid-masjid yang cuma berfungsi pada Hari Jumaat itu, tentulah bahan rencana yang sungguh menarik! Lebih menariklagi apabila mengetahui bahawa Puan Abidah itu, selain hartawan, rupawan dan jandawan, beliau itu berkelulusan Ilmu Perakaunan dari London pula. Sekalipun kalau kisah seumpama ini kalau disiarkan akhbar dianggap orang kempen menaikkan jualan akhbar semata-mata, namun sifatnya yang seolah-olah cerita dongeng yang paling lucu dan gila itu menarik juga menjadi hiburan hari Ahad.
Tetapi, seperti kata Muhammad Akhir sendiri, kalau ada lagi Nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi itu dibangkitkan Allah di Kuala Lumpur, dan Melayu bangsanya, dan beliau itu buta huruf, maka berasaskan kepada pendapat umum, sesuai dengan amalan demokrasi, besar kemungkinannya orang tidak akan percaya!
Dan akhirnya, dalam musim segala sesuatu yang hendak dilakukan manusia, biar baik atau buruk tujuannya atau campuran buruk dengan baik tujuannya itu, lesen adalah diperlukan dalam zaman manusia terpesona dan kagum dengan aneka macam sijil dan lesen, dan pengetahuan atau ilmu seseorang ditentukan oleh lesen yang dicapai olehnya, kebenaran akan menjadi kesalahan dan hakikat menjadi kepalsuan hanya dan kerana pendapat umum mengatakan demikian. Aku sedar dan insaf dalam musim segala-galanya ditentukan lesen ini, jika majoriti manusia mengatakan PUTIH itu HITAM dan HITAM itu PUTIH, maka akan HITAMLAH yang PUTIH dan akan PUTIHLAH yang HITAM. Kalau sudah demikian orang hanya akan kembali mengenal antara putih dan hitam itu apakala MALAIKAT MUAT terdiri dihadapannya…..
TAMAT
|
|
|
| |
| AL MUJAADILAH |
| 11.30.04 (8:15 pm) [edit] |
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Orang-orang yang menzihar istrinya di antara kamu, (menganggap istrinya sebagai ibunya, padahal) tiadalah istri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan suatu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. Orang-orang yang menzihar istri mereka, kemudian mereka hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang budak sebelum kedua suami istri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Barang siapa yang tidak mendapatkan (budak), maka (wajib atasnya) berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak kuasa (wajiblah atasnya) memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan itulah hukum-hukum Allah, dan bagi orang-orang kafir ada siksaan yang sangat pedih. Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya pasti mendapat kehinaan sebagaimana orang-orang yang sebelum mereka telah mendapat kehinaan. Sesungguhnya Kami telah menurunkan bukti-bukti yang nyata. Dan bagi orang-orang kafir ada siksa yang menghinakan. Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia-lah yang keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahasia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan pembicaraan rahasia untuk berbuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: "Mengapa Allah tiada menyiksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?" Cukuplah bagi mereka neraka Jahanam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan pembicaraan rahasia, janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Dan bicarakanlah tentang membuat kebajikan dan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikembalikan. Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari setan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudarat sedikit pun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majelis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan pembicaraan khusus dengan Rasul hendaklah kamu mengeluarkan sedekah (kepada orang miskin) sebelum pembicaraan itu. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu dan lebih bersih; jika kamu tiada memperoleh (yang akan disedekahkan) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) karena kamu memberikan sedekah sebelum pembicaraan dengan Rasul? Maka jika kamu tiada memperbuatnya dan Allah telah memberi tobat kepadamu maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang menjadikan suatu kaum yang dimurkai Allah sebagai teman? Orang-orang itu bukan dari golongan kamu dan bukan (pula) dari golongan mereka. Dan mereka bersumpah untuk menguatkan kebohongan, sedang mereka mengetahui. Allah telah menyediakan bagi mereka azab yang sangat keras, sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka halangi (manusia) dari jalan Allah; karena itu mereka mendapat azab yang menghinakan. Harta benda dan anak-anak mereka tiada berguna sedikit pun (untuk menolong) mereka dari azab Allah. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Ingatlah) hari (ketika) mereka semua dibangkitkan Allah, lalu mereka bersumpah kepada-Nya (bahwa mereka bukan orang musyrik) sebagaimana mereka bersumpah kepadamu; dan mereka menyangka bahwa sesungguhnya mereka akan memperoleh suatu (manfaat). Ketahuilah, bahwa sesungguhnya merekalah orang-orang pendusta. Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan setan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan setan itulah golongan yang merugi. Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina. Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah rida terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat) Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.
~~ forwarded email ~~
|
|
|
| |
| Lembah dipenuhi ular gemuk menanti jika lewatkan solat |
| 11.30.04 (4:45 pm) [edit] |
DALAM mengerjakan solat setiap hari, Islam turut menggariskan beberapa waktu yang perlu dilaksanakan supaya amalan dilaksanakan dengan sempurna mengikut waktu ditetapkan.
Pelaksanaan amalan yang mengikut tuntutan dan aturannya itu bagi melengkapkan amalan dan mudah-mudahan diberkati serta menerima ganjarannya.
Waktu solat secara keseluruhannya terbahagi kepada:
Waktu fadilat iaitu waktu paling afdal ketika kita melakukan amalan solat berkenaan.
Waktu paling afdal adalah pada awal waktu sebaik selepas azan berkumandang.
Waktu ikhtiar iaitu selepas waktu fadilat hingga sekira-kira boleh menghabiskan solat dengan sempurna dalam waktunya.
Waktu harus (jawaz) iaitu sama seperti waktu ikhtiar. Hukumnya sama seperti hukum waktu ikhtiar melainkan:
a. Pada waktu Asar, berkekalan hingga kuning matahari.
b. Pada waktu Isyak, berkekalan hingga fajar sadiq.
c. Pada waktu Subuh, sehingga merah di tepi langit.
Waktu hurmah iaitu akhir waktu yang mencemaskan sekira-kira tidak sempat untuk kita menyempurnakan solat itu dalam waktunya.
Waktu darurat iaitu bagi orang yang baru hilang daripada perkara yang menegah solat seperti haid, nifas, gila dan seumpamanya yang ketika itu kadar waktu solat yang ada hanya sekadar sempat mengangkat takbiratul ihram.
Oleh itu, wajib diqada pada waktu selepasnya.
Waktu idrak iaitu waktu antara awal waktu dengan datang halangan untuk solat seperti datang haid, bersalin dan sebagainya. Jika dalam jangka masa itu, seseorang sepatutnya sempat melakukan solat tetapi dia tidak melakukannya, maka solat yang ditinggalkan itu wajib diganti.
Waktu harus (jawaz), tetapi makruh.
a. Waktu Asar: bermula dari kuning matahari hingga berkekalan sampai waktu akhir kadar lulus solat.
b. Isyak: bermula dari fajar kazib hingga ke waktu akhir kadar lulus solat.
c. Subuh: bermula dari merah tepi langit hingga ke waktu kadar lulus solat.
d. Waktu uzur iaitu waktu antara Zuhur dengan Asar (antara hujun waktu Zuhur dan awal waktu Asar) atau Maghrib dengan Isyak, jamak taqdim atau takhir bagi orang yang musafir.
Waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat).
a. Sesudah solat Subuh hingga matahari terbit (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram)
b. Sesudah solat Asar (kecuali di Tanah Haram)
c. Sewaktu matahari tepat di tengah hingga tergelincir sedikit (kecuali Jumaat).
d. Ketika terbenam matahari hingga sempurna terbenamnya (kecuali di Tanah Haram)
e. Waktu matahari tengah naik hingga sekadar sepenggalahan.
Oleh itu, solat lima waktu yang diwajibkan ke atas semua umat Islam perlu dilakukan mengikut waktu dan masa yang afdal.
Setiap waktu yang ditetapkan itu mempunyai tempoh masa yang tertentu. Apabila amalan wajib itu dilakukan mengikut masa dan tertib, pastinya Allah akan memberi ganjarannya.
Ingatlah azab bagi orang yang melengah-lengahkan sembahyang. Begitu juga, orang yang suka solat terutama pada akhir waktu menunjukkan mereka seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
Banyak keburukan yang akan menimpa orang yang sengaja melewat-lewatkan solat, antaranya:-
Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Seseorang yang melengah-lengahkan solatnya (walaupun dia mengqadanya kelak) akan dimasukkan ke dalam neraka selama satu `uqub (80 tahun akhirat)".
Mendapat kepapaan di akhirat.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah pernah menjelaskan ketika ditanya mengenai orang yang papa. Sabda Baginda bermaksud: "Seorang yang papa itu ialah mereka yang melengah-lengahkan solatnya."
Allah tidak peduli padanya, bahkan untuknya adalah azab yang pedih.
Orang yang melengah-lengahkan solatnya, tangannya akan diikat sementara malaikat akan memukul muka dan belakangnya.
Syurga akan berkata padanya: "Di sini tidak ada tempat bagimu. "Dan neraka akan berkata padanya: "Mari, mari padaku! Kamu untukku dan aku untukmu."
Nanti mereka akan diseksa dalam neraka di Lembah Lamlan yang didiami oleh ular bisa segemuk leher unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Juga akan diseksa di neraka dalam lubang derita yang didiami kala jengking yang sebesar keldai/baghal.
|
|
|
| |
| Cermin Alam ~~ Muhammad Akhir ~~ Bhgn 6 |
| 11.29.04 (9:59 pm) [edit] |
Episod 16 Sekali lagi berulang-alik pula isi rumah itu ke Hospital. Puas ke hospital swasta ke hospital kerajaan pula, tetapi kesihatan Abdul Fatah semakin nyata merosot dari hari ke hari. Anak yang periang itu seperti memberontak saja melawan penyakit yang dihadapinya. Pendapat doktor-doktor perubatan moden di seluruh negara yang pakar-pakar belaka dalam rawatan sakit jantung merumuskan, Abdul Fatah mungkin dapat diselamatkan nyawanya jika dilakukan pembedahan. Dan diantara doktor itu termasuklah doktor Muhammad Sabri, anak sahabat akrab Datuk Abdul Rauf sendiri. Beliau baru beberapa tahun pulang dari Amerika Syarikat menyelesaikan kajian kepakaran jantung. Dan kata Puan Abidah, selepas tiga tahun beliau itu berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan, sebagai memenuhi kontrak biasiswa yang ditanda tanganinya, beliau berhenti dan membuka klinik sendiri di bawah biaya firma Datuk Abdul Rauf sendiri. Beliau ini warak orangnya. Daripada cerita jururawat yang membantunya, beliau dikatakan lebih dulu mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat setiap kali beliau akan menjalankan sesuatu pembedahan tak kira biar bagaimana kecik sekalipun pembedahan itu. Tetapi sebab kepakarannya itu beliau sentiasa saja sibuk. Bahkan pesakit yang berkehendakkan khidmat Dr. Muhammad Sabri ini bukan sekadar dari Malaysia, ada ketikanya orang sakit didatangi dari Bangkok atau Jakarta. Sebab itu sukar benar hendak mendapatkan rawatannya. Keputusan diagnosis Dr. Muhammad Sabri inilah yang lagi ditunggui oleh ibu dan Datuk Abdul Fatah. Seluruh isi rumah itu seperti keadaan keluarga Raja yang berkabung setelah kematian baginda Sultan.
Begitulah, suasana dirumah sugul belaka, dan suara orang bercakp hanya terdengar apabila betul-betul perlunya percakapan. Puan Abidah dalam tenangnya itu, jelas kelihatan menjadi kurus. Datuk Abdul Rauf tidak beberapa mahu bercakap lagi. Dimana sja cucunya itu pergi beliau mengikut, hingga kalau cucunya bermain dihalaman, beliau duduk dimuka pintu memerhatikan. Dan dalam keadaan yang begitu Pak Mat Itamlah yang paling teruk kerana melayani kehendak dan ragam cahaya mata isi rumah itu. Bebannya bertambah pula apabila teman-teman sepermainannya Abdul Fatah datang menemaninya bermain. Berseraklah didalam mahupun diluar rumah dengan sampah sarap. Pak Mat Itamlah yang mengambil tanggungjawab mengemaskan apa yang berserak itu. Tiada sedikitpun keengganan beliau melakukan tugas itu. Dan ketika ku tanya bagaimana beliau boleh begitu sabar melayani kehendak dan ragam perangai Abdul Fatah itu, kata Pak Mat beliau menganggap anak itu seperti cucunya sendiri. Dalam pada itu Abdul Fatah bertambah tenat juga penyakitnya, berjalan juga perlu dipimpin. Dan bersekolah sudah berminggu-minggu dia tidak terdaya. Tetapi yang ganjilnya, wajah sentiasa riang, senyumannya bagai selalu jua, dan keletah mulutnya semakin menjadi-jadi. Paling ganjil dalam sifat anak tekak rumah itu, ialah khidmatnya untuk Puan Abidah yang selama ini kata isi rumah itu tidak kelihatan bayangnya.
Biasanya, kata Puan Abidah si Abdul Fatah ni, tahunya cuma memerintah saja, hendakkan itu maukan ini. Dan dia tidak mengetahui erti ‘tidak ada’! Barang dipinta mesti ada. Selain itu sedikit lagi tabiat buruknya ialah bakhil. Ia sangat kedekut dan terlalu jimat, hingga sebuah permainan yang dibelikan untuknya dipandang berhari-hari, bahkan ada yang berminggu-minggu, baru dijamahnya untuk dijadikan permainan, itupun setelah beriya-iya benar disuruh. Tetapi sekarang ini, dia menjadi boros benar. Dibelikan makanan disuruhnya habiskan sekejap itu juga. Dan dia menjadi begitu pemurah dengan siapa saja.
Pernah satu pagi, didengarnya orang berjaja aiskrim lewat dihadapan rumah itu. Dipaksanya Pak Mat memanggil penjaja aiskrim itu. Sangka kami dia mahukan aiskrim untuk dirinya sendiri. Tetapi dipaksanya ibunya memimpin dia ke hadapan pintu pagar rumah itu. Hari itu Ahad. Dan seperti Ahad-ahad yang sebelumnya dihadapan rumah itu ramailah anak-anak sebaya sekolah dengannya datang bermain. Ada yang lebih dewasa darinya datang dekat rumah itu menjaring kupu-kupu dan rama-rama yang aneka macam warnanya. Kebanyakannya anak Cina dan juga anak India.
Hari itu dipanggilnya anak-anak itu datang, dan tiap-tiap seorang daripada mereka itu dijamunya dengan aiskrim. Puan Abidah mengeleng-geleng saja melihatkan telatahnya. Penjaja aiskrim itu bukan saja suka laris jualannya dan tidak payah dia berkeliling di kawasan itu untuk menghabiskan seperti aiskrim, tetapi beliau merasa hairan lagi takjub memerhatikan telatah Abdul Fatah itu. Setelah habis sepeti aiskrimnya dijual kepada anak-anak yang menjadi tetamu mendadak Abdul Fatah yang sudah jelas benar pucat mukanya itu, pergilah Cina aiskrim itu. Abdul Fatah dipimpin oleh ibunya masuk. Sepanjang-panjang berjalan dari pintu pagar ke ruang tetamu rumah itu, ku tanyai dia mengapa dia menghabiskan wangnya membelanjai anak-anak yang tidak dikenalinya dengan aiskrim? Jawabnya sungguh menakjubkan aku, dan kalau jawapan itu diceritakan orang kepadaku, aku akan mengatakannya bohong, dongeng, tak masuk akal, cerita rekaan hayalan, tidak lojik dan seumpamanya. Apakah jawapannya pada pertanyaanku itu? Dia tidak jawap secara langsung, melainkan dia menyoal pula ibunya dan juga. Pak Mat Itam dengan bahasa kanak-kanak berusia lapan tahun yang diasuh ibunya bercakap dengan jalan bahasa orang-orang dewasa: “Apa salahnya beri kawan-kawan tu makan aiskrim, mak?” “Tak salah, tapi semuanyakan anak-anak itu kawan Dol?” “Iya, mestikah beri pada kawan-kawan saja? Bukan kawan tak boleh beri? Berdosakah mak, beri hadiah pada orang bukan kawan kita?” Puan Abidah terpinga-pinga dengan jawapan itu ketika itu lekas Pak Mat Itam membantu Puan Abidah menjawabkan soalan anaknya itu dengan katanya; “Tak berdosa, Cuma habislah duit Cik Dol!” “Duit Dol siapa kasi, Tuk Mat?” “Ehhhh! Emak sama atuk Cik Dollah yang kasi, kan?” dia mengangguk-angguk kecil dan terdiam seketika, mungkin memikirkan jawapan itu. Tiba-tiba katanya; “Sikit betul, sikit salah, Tuk Mat!.... Iiiiiii!” Dia bertepuk tangan dan mengherut menggenyu Pat Mat. Biasanya kalau sudah begitu, kalau dia sihat orang tua itu dicabarnya lawan lari berkeliling halaman itu. Tetapi sebab tak terdaya, dia cuma bersorak dan bertepuk tangan. Puan Abidah mengingatkannya jangan berbuat begitu mempermainkan orang tua, walapun Pak Mat sendiri terhibur dengan keriangan anak itu. “Baik tang mana yang sikit betul tu?” “Tuk Mat kata emak dan atuk kasi Dol duit. Itu betul! Betul acah-acah aja!” “Tang mana yang sikit salah tu?” “Tuk Mat kata emak sama atuk saja yang kasi duit sama Dol itu, salah sikit. Tuk Mat pernah kasi Dol duit. Pakcik Mashod pernah kasi Dol duit, errrrr!... Cikgu Ustaz pun ada kasi Dol duit. Cikgu Ustaz kasi Dol banyak duit…” katanya sambil menyeluk saku seluarnya. Dadanya bergelombang tanda susah bernafas. Ibunya mengeleng-geleng. Pak Mat berpandangan denganku. “Betuk atau salah macam Dol kata, Tuk Mat?” “Betul Cik Dol! Betul! Tuk Mat silap!” “Aaa! Silap tak pa, salah kena hokum, Tuk Mat!..... Aaa! Mak, cam mana? Betulke salah Dol cakap?” ibunya mengangguk-angguk. Berseri seri mukanya lagi. Dan dia merenung saya pula. “Pakcik Hod?...” dan aku segera mengangguk. Lalu bersorak sorai ia dengan menjeritkan, “Yahuuuuu!...” Dan kami terus berjalan mengiringinya kepintu ruang tetamu itu. Tiba-tiba langkahnya terhenti. “Ibu!” katanya. Emaknya menunjukkan tanda mendengarkan. Dan disambungnya kata, “Sapa kasi ibu duit?” “Ehhh! Dol sendiri taukan ibu kerja?” “Pak Mat Ngah, Tuk Mat, tu… Uncle Rajan tu kerja, tapi bila Dol Tanya, selalu cakap tak ada duit!” “Itu, sebab diaorang dapat sikit duit, lekaslah habis!” “Mak kerja?” “Iya!” “Mak dapat sikit duit?” “Tak, mak dapat banyak duit!” “Apa pasal mak kerja, banyak dapat duit; Tuk Mat kerja, dapat sikit duit; Uncle Rajan kerja, dapat sikit duit! Why, mama?” katanya sungguh-sungguh benar rupanya ingin tau itu. “Itu Tuhan punya kerja, Cik Dol! Tuhan yang tentu sapa dia mau kasi sikit, siapa Dia mahu kasi banyak duit!” kata Pak Mat. Ketika itu bulat matanya merenung orang tua itu. “Kalau macam tu, bukan kerja yang kasi mama duit, bukan kerja yang kasi Tuk Mat duit, tadi…. Dol ingat….haaa…… mamapun bukan yang kasi Dol duit….” “Jadi sapa yang kasi?” celahku menduganya. “Agaknya Tuhan yang kasi Dol duit, Tuhan mula-mula kasi duit tu sama Tuk Mat, sama atuk, sama Cikgu Ustaz, sama Pakcik Hod, lepas tu, mama, Tuk Mat, atuk, Cikgu Ustaz kasikan pula Dol duit tu, betul” katanya. Dan kami saling berpandang-pandangan. Tetapi rupanya kerana soalan itu tidak dijawab, hatinya bimbang kalau-kalau dia akan disalahkan. Ibunya cukup arif mengenai fiil anaknya itu, lalu segera dikatakannya dengan pujukan keibuan. “Ehhh! Bijak anak ibu ni, sapa ajar Dol macam tu?” “Apalah ibu Tanya ni…haaa, kalau Tuhan kasi Dol duit, Tuhanlah kasi Dol akal, Tuhanlah kasi ajar sama Dol!” katanya meminta pengesahan dari Pak Mat. Orang tua itu mengangguk-angguk dengan senyum lebar. Dia bersorak lagi dengan riangnya, dan meneruskan langkahnya yang goyah itu. Tangan kanannya dipimpin Pak Mat dan tangan kirinya dipimpin ibunya. Sekali lagi dia berhenti. Merenung ibunya pula.
Episod 17 Aku tumpang gembira atas khabar itu. Tetapi hari itu juga aku menerima khabar duka. Ketua Pengarang yang rupa-rupanya mencari terus kesilapanku untuk bertindak, menggunakan kesempatan atas kelewatanku datang ke pejabat petang itu. Rupanya Shekh Abdul Sufian Al-Iraqi melaporkan tidak berpuas hati atas tugasku, sebab setelah berbulan-bulan, aku belum juga mampu melaporkan apa-apa berkenaan kegiatan Muhammad Akhir yang daripada cerita mulut Editor akhbarku, telah menyatakan keyakinannya bahawa Muhammad Akhir teranglah membawa ajaran agama salah dan sesat kepada pemuda-pemuda yang tidak memahami agama. Kata Editorku salah seorang pengikut ajaran Muhammad Akhit itu ialah anak salah seorang pegawainya di Pejabat Kadi pimpinan Tuk Shekh Abu Suffian Al-Iraqi sendiri. Kononnya sudah ada Pegawai Penyelidikan Hal Ehwal Agama Islam di hantar untuk menyiasat iktikad Muhammad Akhir itu. Tetapi sehingga tarikh aku dipanggil Editor mengadapnya itu, Muhammad Akhir masih belum ditemui. Dan kononnya aku sengaja menyembunyikan rahsia dimana Muhammad Akhir bersembunyi, sebab dikatakan aku sendiri sudah menjadi anak murid Muhammad Akhir.
Malam itu, Pak Mat Itam terburu-buru datang kerumah dengan isterinya yang buta itu. Orang tua itu datang sehelai sepinggang sahaja menyatakan bahawa rumahnya telah hangus dijilat api. Sebelum rumahnya dibakar, katanya beliau telah disorak dan dicela sebagai pengikut agama Taslim yang sesat dan biadaah itu. “Kalau dulu macam ini, kalau tak ada yang maut Pak Mat redha menerima qadar dan qadak Allah. Alhamdulillah saja! Amin!” katanya mngesat air mata akibat menahan marah yang berapi. Malam itu Pak Mat dan isterinya yang teraba-raba itu bermalan dirumah sewaanku. Sempit-sempit pun apa lagi yang hendak dikatakan, kalau keadaan sudah memaksa? Tetapi yang mengagumkan aku ialah apabila menyaksikan Pak Mat Itam, setelah duduk agak sejam diruang sempit rumah sewaanku itu dan selesai sembahyang Isyak, dia menjadi tenang semula hingga tidak nampak kegelisahannya akibat kehilangan segala harta-benda yang ada bersama-sama dengan rumah yang dibakar dengan orang-orang yang penuh prasangka terhadap dirinya itu.
Bagiku, ketika itu, terasa seperti sedang menonton satu cerita pementasan di Dewan Budaya saja: keluarga Puan Abidah yang sentiasa menantikan keputusan terakhir tentang ada atau tiadanya harapan bagi anak tunggalnya menyambung hidup akibat jantungnya yang berlubang sejak lahir lagi, dan berita yang tunggu itu memberi harapan yang baik, dalam pada itu, aku saudara angkatnya akibat banyak menghabiskan masa dengan membantunya dengan ikhlas mengadap masalah urusan rumahtangga yang seharusnya diuruskan suami beliau sendiri, terpaksa mengurangkan tumpuan perhatian kepada perkerjaan sendiri, dan akibat mendapat amaran dari Ketua Kerja, dan dalam masa yang tidak berapa lama jauhnya, Pak Mat Itam, orang kanan yang membantu janda muda itu menguruskan ehwal rumahtangganya pula, akibat menukarkan kebiasaan hidup yang biasanya menjadi pegangan kebanyakan orang dikawasannya menjadi satu pegangan yang jarang-jarang ada kepada orang zaman kini, yakin mentauhidkan Allah, menjadi mangsa fitnah pesona orang yang ingin memaksa cara hidup dan kepercayaan mengamalkan agama yang mereka sendiri secara penuh talkid memegangnya!
Itulah ceritera wayang kulit yang sedang ku tonton sekarang, dan anehnya terasa juga bila aku pun dengan sendirinya menyedari bahawa aku sendiri seolah-olah salah sekeping dari kulit-kulit yang menjadi wayang yang masih belum ku ketahui siapakah dalangnya yang bijak laksana? Bagai sekeping boneka kulit buatan tukang yang sungguh mahir dan sunggguh tinggi daya ciptaanya, dan Tuk Dalanglah yang memberi asmak, memberi nama kepada tiap-tiap sekeping boneka kulit ciptaannya itu, dan sendirinyalah Tuk Dalang yang arif itu memastikan peranan apa yang akan dimainkan oleh bonekanya. Tuk Dalang menayangkan boneka-bonekanya menurut susunan ceritera, dan bayang-bayang dari boneka yang digerak-gerakannya sendiri sekendak hatinya itu, terdampar pada sekeping kain pemidang putih untuk tontonan makhluk yang asyik memandangnya untuk menempa pula khayalan mereka sendiri-sendiri! Apakah yang ada pada boneka kulit, sedang suara dan geraknya, malah nasibnya sendiri semuanya di bawah kehendak dan kuasa Tuk Dalang yang menciptakannya!
Apakah bezanya aku dengan boneka kulit yang bernama Rama atau boneka kulit bernama Sita? Orang mengatakan boneka kulit bernama Rama itu buatan Tuk Dalang, tetapi kalau ditanyakan pula, siapa suruh Tuk Dalang membuat boneka kulit dan siapa pula menyuruh dia menamakan boneka itu Sri Rama?
Dengan suratan nasib yang begini, aku sekadar merasakan badan bagaikan patung-patung kulit bernama Sri Rama itu, tetapi aku masih mencuba mencari siapakah Tuk Dalang yang membuat aku ini? Tentulah Tuk Dalang itu juga yang membuat Muhammad Akhir, Pak Mat Itam, Puan Abidah, Abdul Fatah, Ketua Pengarang Akhbar, Syekh Abdul Suffian Al-Iraqi, malah semua makhluk manusia seperti aku! Memikirkan yang begitu, dan mematut-matutkan seluruh cerita yang ku dengar dari mulut Pak Mat Itam, Puan Abidah, Datuk Abdul Rauf, bahkan Abdul Fatah sendiri berkenaan kelakuan, dan sifat Muhammad Akhir itu, di tambah pula dengan mimpi-mimpi yang ku terima berkaitan dengan beliau itu, aku seperti terasa-rasa bahawa mungkin Muhammad Akhir inilah manusia yang dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan yang tidak dapat ku jawab selama ini tentang Allah Subhanahu Wataala yang bagiku bagaikan Tuk Dalang yang Maha Maha Dalang, sehinggakan dengan Ilmu-Nya digerakkannya hati Tuk-Tuk Dalang mencipta Wayang Kulit yang dalam zaman kini, setelah melalui proses pemodenan pemikiran akal manusia, yang semakin tua dunia semakin luas pula kekuasaan dan pengetahuannya dalam bidang teknologi, sehingga Wayang Kulit menjadi Wayang Gambar, dan kalau zaman wayang kulit, manusia memuji-muja nama-nama pepatung kulit yang diwayangkan itu, tetapi kini orang yang tak jemu-jemunya menontonya wayang gambar, baik melalui TV mahupun layar putih di pawagam, secara tidak langsung menjadi pemuji dan pemuja manusia bintang–bintang filem yang lakonan mereka menyebabkan penontonnya merasa dirinya seolah-olah sama berlakon dan terlibat sungguh-sungguh dalam jalinan cerita yang difilemkan itu!
Dengan kesimpulan itu, kurang resah aku sedikit kerana sebenarnya aku sendiri tertanya-tanya, apalah benar yang mendorong aku begitu tertarik sehingga menumpukan masa dan perhatian yang penuh terhadap usaha mencari Muhammad Akhir yang terasa seperti bayang-bayang saja wujudnya itu.
Sebenarnya aku sedang mencari seorang yang dapat menjawab beberapa kemusykilan yang ku tanggung mengenai diriku sendiri: dari mana aku datang ke dunia ini? Bagaimana caranya aku datang? Siapa gerangan yang mendatangkan aku ke dunia ini? Mengapa aku didatangkannya kedunia ini? Mengapa Mashud nama yang diberi ayahku akan batang tubuhku ini? Bahagian manakan batang tubuhku ini yang dinamai Mashud? Mengapa kalau aku berdiri di depan cahaya lalu ada pula bayang dari tubuhku, mengapa cahaya tidak dapat terus melampaui pepejal daging, tulang, urat, darah dan lendir yang ada dalam jasadku? Mengapa mimpi hanya datang tatkala tidurku dan tidak tatkala jaga? Apakah bezanya antara impian dengan khayalan? Dan apa atau siapakah sebenarnya berkuasa penuh atas diriku? Bahagian manakah dari badanku yang berkuasa penuh menggerak atau memberhentikan gerakan-gerakan tubuh badanku? Sungguh! Dan sesungguhnyalah, memang banyak persoalan yang ingin ku dapatkan jawapannya berkenaan diriku sendiri yang sehingga ini belum ada orang yang berhasil memberikan penjelasan yang meyakinkan akal fikiranku sendiri.
Dalam pada itu setelah mengetahui apa agama, aku mendapat banyak pula kemusykilan yang berkehendakkan penjelasan juga. Tetapi penjelasan itu belum lagi ku temui seperti juga halnya dengan persoalan-persoalan tentang diriku yang kurang meyakinkan! Semua ini mendorong aku suka membaca dan tika meneliti sesuatu yang ku pandang, dengar, rasai, dan hidui! Keinginan untuk tahu itu menjadikan aku suka mendekati orang yang ku kira lebih tahu dan lebih pandai dariku. Tetapi biasanya aku kecewa lagi, sebab orang-orang yang anggap bijak pandai, cerdik dan lebih tahu dariku itupun, akhirnnya ku ketahui mereka sekadarkan tahu akan apa-apa yang pernah dibaca, didengar, dilihat, dihidui dan dirasainya sahaja! Orang-orang yang tinggi kelulusan akademiknya itu, biasanya pandai akan bidang kajian yang menjadi kajian khususnya saja, kalau sains, sainslah, tidak tahu akan seni! Kalau kesenian bidangnya, kesenianlah, tidak tahuia akan sains! Dan orang yang kononya alim lagi ulama itu pula, biasanya kalau soal agama kutanyakan, jawapannya yang itu, itu juga, dan tahu mereka itu, keseluruhannya pada soal sembahyangnya, puasa, zakat dan haji!
Episod 18 Banyaklah ulama dan mualim yang ku temui sepanjang usiaku yang dua puluh tujuh tahun ini. Mereka itu dari ayahku yang alim kecil membawa kepada orang-orang yang sealim dan sebesar lesen agamanya seperti Syekh Abu Sufian Al-Iraqi itu, samalah saja keadaanya! Jarang-jarang benar aku berjumpa orang alim yang boleh memberikan penjelasan yang cukup meyakinkan tentang mengapa dan apa rahsianya manusia yang mahu menjadi muslim itu dimestikan mengucap Kalimah Haq dengan Kalimah Rasul! Pengucapan yang macam mana pula? Apakah tandanya pengucapan Kalimah Syahadat itu diterima Allah dan bagaimana yang tidak di terima Allah pengucapannya itu?
Pak Mat Itam selama ku dampingi ini banyak kali bercakap perkara Kalimah Syahadat ini. Keterangan-keterangannya begitu masuk akal, sekalipun beliau kurang fasih Quran dan Hadis Nabi bagi menyokong hujah-hujahnya , namum menilik pekerjaan dan kelakuan hidup sehari-harian, aku merasa lebih menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap beliau daripada Ustaz Abdul Kadir atau Syekh Abu Sufian Al-Iraqi sendiri, sekurang-kurangnya aku cukup tahu Pak Mat Itam yang miskin dan sentiasa saja mengaku dirinya bodoh dan bebal itu, tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan keatas sediaan menceritakan apa yang dia tahu mengenai Kalimah Syahadat itu! Dia tidak ada kepentingan apa-apa yang diharapkan daripada menceritakan kepadaku daripada sesuatu yang diketahuinya tentang Kalimah Syahadat! Dan dia tidak pula memaksa aku menelan bulat-bulat saja barang keterangannya! Bahkan meminta dan sentiasa mengingatkan aku supaya memikirkan dengan waras dan sempurna apa-apa yang ku dengar dari mulutnya! Dan Pak Mat Itam menurut katanya sendiri berhasil melakukan reformal watak, keperibadian, sikap, cara berfikir dan tahu kelakukan hidupnya, setelah berdamping dengan Muhammad Akhir yang tidak merasa jemu-jemu mengemukan buah fikiran terhadap apa yang dilihatnya dan dirasainya selama berdamping dengan orang tua itu!
Muhammad Akhir, kata Pak Mat Itam tidak pernah memaksanya mempercayai bulat-bulat apa yang dikatakannya, tetapi menggalakkan orang tua itu berfikir dan merasai sendiri! Kalau begitu aku juga boleh memperbaiki diriku kalau aku terima ikhlas oleh manusia Muhammad Akhir selaku sahabatnya!
Soalnya, apakah Muhammad Akhir sudi bersahabat denganku sebagaimana ia sudi bersahabat dengan orang tua Pak Mat Itam itu? Kalau sudi mengapa susah benar hendak berjumpa dengan beliau? Mengapa berjumpa beliau lebih sukar berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia? Memikir-mikirkan persoalan yang begitu menggerakkan hati juga terhadap suatu rahsia yang selama ini belum pernah ku perhatikan secara sungguh-sungguh: bahawa ikhtiar manusia itu adalah hak manusia, sedangkan mencapai maksud yang menjadi sebab manusia itu menjalankan ikhtiarnya bukanlah benarnya kuasa manusia!
Alangkan pintar dan tepatnya kias ibarat nenek kita yang , apabila mereka memperingatkan anak cucu hatta cicitnya dengan kata: Jodoh pertemuan ditentukan Allah!”, kerana memang kalau tidak ditentukan Allah akan bertemu, seberapa pun ikhtiar dijalankan untuk pertemuan, namun yang hendak ditemui tidak akan ku temu jua sudahnya! Dan kalau memang bukannya jodoh, bercinta berasmara puluhan tahun pun, jodoh tidak akan ada. Kalau dikerasi kata dengan ikhtiar berserta doa, kerana Allah telah berjanji akan menunaikan doa hamba-Nya yang benar-benar ikhlas, pertemuan yang tiada, diadakan Allah, jodoh yang tiada diadakan Allah, akan tetapi apabila datang bersama kemakbulan doa, barulah manusia itu sedar akan dirinya bahawa yang tiada diberi Allah itu sungguh mengandungi hikmah dan rahsianya tersendiri jua!
Perbicaraan diteruskan jua walau dengan sumpah yang aku ucapkan sedahsyat itu. Tetapi sebab sebenarnya kau tidak bersalah, tidak ada keputusan yang dibuat, tetapi, akhirnya kami yang miskin dan tidak bersaudara-mara di kampung itu, dinasihatkan berpindah kerana kononnya sebab kami, kampung mendapat aib besar.
Berhijrahlah aku bersama-sama ayah ke utara dan ketika kami tinggal sementara di Pulau Pinang, ayah menumpang jadi siak di Bukit Mertajam meninggal dunia tanpa sebarang wasiat terakhir untukku. Aku merana benar-benarlah di Pulau Pinang, akibat meninggalkan jawatan kerajaan secara mendadak dan tanpa kenyataan berhenti, sehingga dibuang begitu saja dengan rekod perkhidmatan yang sungguh buruk. Dari Pulau Pinang aku datang ke Kuala Lumpur dengan sepucuk surat sokongan mendapatkan kerja sebagai wartawan diakhbar itu, oleh seorang tokoh politik yang menjadi kenalan baik arwah ayah. Beliau meninggalkan dunia yang sungguh fana ini dalam usianya enam puluh sembilan tahun, Al-Fatihah!
Tetapi kemudiannya kau dengar, orang kampungku itu dapat tahu siapa ayah anak yang dikandungkan wanita itu. Tetapi aku telah memaafkan dosa mereka. Mudah-mudahan Allah juga yang memberi mereka petunjuk ke jalan keinsafan. Aku tidak pernah menimbulkan kisah ini kepada sesiapapun jua, termasuk Pak Mat Itam, Puan Abidah atau sesiapa saja. Hanya aku tetap yakin bahawa tentulah ada hikmahnya mengapa Allah mentakdirkan kejadian itu untukku. Dan tentu akan ada pula sesuatu kurnia-Nya. Tetapi bagiku sendiri, dikurnia atau tidaknya oleh Allah, bukanlah urusan aku sebagai hambanya yang bagaikan sekeping boneka kulit bernama Rama dalam dongeng wayang kulit itu. Cerita Pak Mat Itam menerima azab akibat kebakaran rumah oleh kezaliman lekas sampai ke pengetahuan Puan Abidah. Sekali lagi beliau menampakan budiman dan rasa murah hatinya. Tanpa banyak soal disuruh orang tua itu mencari rumah pangsa, tetapi tidak ada pula kosong, hanya ketika itu ada sebuah rumah sederat setingkat tiga biliknya hendak dijual oleh seorang Cina di Seksyen 17, Petaling Jaya. Harganya masih empat puluh dua ribu ringgit. Mendengar khabar itu datanglah beliau menyaksikannya sendiri, berkenan pula hatinya. Lalu dengan tidak banyak kira bicara lagi dipaksanya Pak Mat Itam membeli rumah itu. Dua puluh ribu ringgit dihadiahkannya kepada orang tua itu, dan bakinya lagi didapatkannya pinjaman dari sebuah bank perdagangan. Disuruhnya Pak Mat membayar secara ansuran bulanan, tetapi bayaran itu dari kenaikan gaji orang tua itu sendiri. Begitulah bijaksananya beliau menjaga hati orang tua itu. Katanya jangan biar Pak Mat merasa terhina sebab mendapat rumah secara percuma. Dengan budinya itu bertambah taatlah Pak Mat kepada beliau.
Episod 19 Aku pula sudah menerima surat dari Ketua Pengarang dan sebab-sebab mengapa aku tidak patut diberhentikan kerja setelah disenaraikan kecuaian-kecuaian ku menjalankan perkerjaan, seperti melaporkan berita dan peristiwa meluasnya apa yang dianggap ajaran agama salah, macam kegiatan Muhammad Akhir yang dianggap ikut terlibat dalam kegiatan itu. Begitu keras aku menyembunyikan rahsia, tetapi apa yang dihati tidak mudah disembunyikan oleh air muka. Begitulah satu ketika, Puan Abidah menghidu juga cerita itu. Pak Mat Itam pula yang membocorkan rahsiaku kepada beliau. Dan Puan Abidah tanpa banyak cerita lagi mengadukan hak itu kepada ayahnya. Lalu dipaksa Datuk Abdul Rauflah aku berhenti saja dengan notis dua puluh empat jam. Aku dijadikannya setiausahanya, merangkap drebar kalau Pak Mat Itam sibuk dengan urusan Puan Abidah sendiri. Dan aku tidak dapat mengelak lagi. Macam-macam alasan ku beri tetapi tidak menyakinkan saja orang tua budiman itu. Mahu tidak mahu jawatan baru itu kuterimalah juga. Dan begitulah akhirnya selesai riwayatku selaku seorang wartawan akhbar. Dan aku tahu Syekh Abu Sufian Al-Iraqi ada peranan istimewa yang menyebabkan akibat ini menimpa kerjayaku. Aku berjanji suatu hari aku akan datang bersemuka dengan beliau juga akhirnya, dengan izin Allah.
Malam itu diadakan kenduri arwah dan doa selamat kerana esoknya Abdul Fatah akan diterbangkan ke Amerika Syarikat dengan ditemani Doktor Muhammad Sabri dan Puan Abidah. Datuk Abdul Rauf dinasihatkan doktor peribadinya supaya jangan ikut serta supaya jantungnya yang lemah itu tidak terlalu banyak bekerja. Itulah yang disedihkan orang tua itu. Murung saja beliau dan ada sesekali berlinangan air matanya. Cucunya itu, ketika orang sibuk membaca Tahlil sudah lalu duduk, dia didukung oleh Pak Mat atas desakkanya sendiri. Beberapapun jua di larang ibunya tidak hendak dia mendengar. Dia duduk atas ribaan Pak Mat, tetapi seketika dia minta didudukan dipermaidani. Bersandarlah ia didinding memerhatikan orang membawa zikir Nafi Isbat itu dengan asyiknya. Jernih saja mukanya dan jika tidak turunnya didukung Pak Mat Itam tadi, orang di majlis itu tidak akan menyangka, dialah yang akan diterbangkan ke Amerika Syarikat pagi esok untuk rawatan jantung berlubang itu. Kedang-kedit saja matanya memerhatikan gerak-geri orang tanpa sepatah kata pun. Dia yang biasanya keletah dan suka bertanya itu ini, kini seperti menjadi pendiam saja kelakunya.
Dia memakai baju Melayu sepasang warna hijau muda. Itulah warna kesukaanya. Dan melihat keadaannya hatiku sedih juga, apabila terkenangkan, kesampaian hati ayahnya yang tidak ikut serta dalam majlis mendoakan kesejahteraan anaknya itu, sudahlah tidak ingin dia menemani anaknya menghadapi rawatan penyakit yang sebenarnya mencemaskan itu. Tetapi sebagai orang luar, walaupun sudah dianggap sebagai anggota keluarga itu, apalah yang hendak ku buat. Kenduri arwah dan doa selamat itu selesailah. Orang mulai pulang, sekereta demi sekereta. Dan kini tinggal lagi beberapa orang yang masih duduk diruang tamu, bersila di permaidani sambil merokok dan berbual-bual. Barangkali mereka menantikan agak tetap sedikit nasi diperut sebelum terdaya melangkah pulang. Dan aku tiada pula mengetahui siapa mereka itu, kerana urusan di ruang tetamu itu adalah tanggungjawab Pak Mat Itam, bukannya aku. Sejurus kemudian sekumpulan tetamu diruang itu berbual-bual, bangunlah seorang. Ku perhatikan ada rupanya seperti Ustaz Abdul Kadir. Tetapi tidak berani mentahkikkan sangkaan sebelum mempastikannya. Bangunlah aku mendekti ruang sambil pura-pura hendak menanyakan sesuatu pada Abdul Fatah yang tetap kedang-kedit memerhatikan hal di ruang itu. Sesekali dia batuk kecil. Selsemanya sudah banyak berkurangan dari hari-hari sebelum ini. Tiba-tiba orang yang ku jangkaan Ustaz Abdul Kadir itu berdiri dan berjalan arah ke pintu agak tiga empat meter dari tempat aku duduk memerhatikan Abdul Fatah itu. Aku mencuri-curi renung, dan memanglah tidak salah lagi, beliau itu Ustaz Abdul Kadir, betullah sudah.
Aku memberi salam. Dia terkejut nampaknya. Tetapi lekas menghilang-hilangkan riaknya. Kami berbualan seketika selepas itu, dan dia ingin tahu apa hubungan aku dengan keluarga hartawan ini. Ku jawab dengan bohong kecil, saudaraku Datuk Abdul Rauf ini, kataku. Lagipun sekarang aku jadi setiausaha peribadinya. Jawapan itu memeranjatkan Ustaz Abdul Kadir lagi! Selepas ku baca air mukanya seketika terasalah ada sesuatu yang hendak disembunyikannya dariku, dan gelisah saja ia hendak lekas pergi sehingga orang yang berdiri berbaris di hadapannya bersalaman dengan Datuk Abdul Rauf itu seperti hendak digesanya bergerak cepat. Pandangan itu memperkuatkan sangkaanku, memang Pejabat Kadi itu memainkan peranan sehingga mengakibatkan aku terpaksa berhenti jadi wartawan itu. Tetapi aku pura-pura tidak ambil berat saja. Dia pun pulanglah menumpang motorkar BMW rakannya. Aku berkirim salam kepada Syekh Abu Sufian Al-Iraqi menerusi Ustaz Abdul Kadir itu. Insya-Allah katanya. Dan ku sahut dengan kata “Insya-Allah Melayu, atau Insya-Allah Saudi?” dan dia ketawa besar. Setelah dia pergi, ku tanyakan Pak Mat apakah dia tahu akan kehadiran Ustaz Abdul Kadir itu. Katanya dia tahu, dan memang ustaz itu kenalan lama Datuk bdul Rauf. Maka terdiamlah aku.
Orang jemputan kenduri itu sudah pulang belaka. Kami lagi mengemas-ngemaskan ruang yang berselerak. Pak Mat sibuk membuang abu rokok ke dalam baldi plastic. Pembantu rumah itu dengan bantuan beberapa orang pekerja wanita syarikat milik Puan Abidah sibuk mengumpul-ngumpulkan bekas bubur putih dan bubur merah yang kebanyakkannya kosong. Abdul Fatah terus duduk disitu memerhatikan. Ada sesekali dia merenung ke arah jendela, kemudian berkisar renungannya ke muka pintu. Nampak benar kurusnya ia. Dan terasa belas benar hatiku. Terasakan itu aku mendoakan mudah-mudahan Allah selamatkan anak ini, supaya kekal ia menjadi cahaya mata se isi rumah.
“Dol tak sejuk? Dah jauh malam ni, sayang!” pertanyaan itu tiada lekas disahutnya, tetapi dia merenung muka ibunya seperti tiada puas-puas, bagai renungan anak orang lain saja. Reaksi diwajah ibunya agak berlainan sedikit. Beliau sedikit terperanjat, dan entah mengapa beliau merenung aku seketika, lalu merenung muka anaknya lagi. Ketika itu matanya masih legat merenungnya. “Mama, pukul berapa, Mama?” katanya perlahan. Ibunya merenungi jam di dinding. Dia menurutkan renungan itu. Dan sendirinya menjawab soalannya tadi. “Oh, sepuluh setengah dah, ya?” dan cakapnya itu dianggukkan ibunya. Seketika dia menarik leher ibunya perlahan. Dan diluar dugaan kami, diciumnya pipi ibunya. Ciuman itu lama sedikit dari yang biasa terjadi. Entah mengapa disaat itu hatiku tidak sedap saja rasanya. Jelas padaku, berubah benar muka Puan Abidah. Dia bimbang dan seperti hairan besar. Tetapi tidak mengatakannya. Seketika lagi, Abdul Fatah merenung kearah pintu. Lama sekali renungannya. Puan Abidah masih bersimpuh di dekatnya. Seperti ada yang akn dikatakannya lagi, barangkali akan mendesak anaknya naik ketingkat atas mengistirehatkan badan yang memangnya sakit itu. Tetapi Abdul Fatah tetaplah merenung keluar muka pintu yang samara-samar oleh suluhan cahaya lampu dijalan raya itu. Tiba-tiba kata Abdul Fatah; ‘Mama, apa Cikgu Ustaz tidak datang, Mama?” Soalan itu menserba-salahkan ibunya benar. Beliau tunduk seketika, kemudian mendongak merenung muka anaknya, tetapi belum sempat mengatakan sesuatu, anaknya sudah mendahului kata; “Mama tak ajak Cikgu Ustaz, ya Ma?” “Ibu jemput”. “Bila?” “Tadi!” Dia merenung semula wajah ibunya sambil mengeleng-geleng kecil. “Apa Mama suka bohongkan Dol? Tadi Mama duduk dekat Dol saja, mana masanya Mama pergi ajak Cikgu Ustaz?” “Tuk Mat tolong ajakkan!” “Fasal apa Tuk Mat? Mama sendiri tak boleh pergi?” “Boleh, tapi ibukan duduk jaga Dol?” “Tapi Dol taka pa-apa, sekejap mama boleh pergi… Mama saja-saja tak mau pergi!” katanya lagi. Suaranya seperti merajuk benar-benar. Puan Abidah seperti hilnag perkataan dengan jawapan anaknya itu. “Dol sayang sama Cikgu Ustaz. Dia baik…. Selalu cerita pasal Tuk Adam sama Dol, cerita Pasal junjungan Nabi Rasul Allah…” “Haaa! Baguslah tu, nanti bila Dol sihat, boleh Dol cerita sama Ibu!” “Dol kata Dol sayang Cikgu Ustaz!” katanya sedikit mengeraskan suara. “Iyalah!” “Mama mama! Mama?........” katanya seperti merentak-rentak Ibunya merenung mukanya seperti menyatakan kesediaan mendengar. “Mama tak sayang Cikgu Ustaz?” “Assalamualaikum!” serunya. Sambil mengangkat tangan kanan. Ku lihat sebentuk cincin bermata zamrud jenis Colombia berikatkan perak. ‘Ini agaknya Muhammad Akhir ni?’ tiba-tiba bisik hatiku. Puan Abidah merenung kearah pintu yang masih terbuka luas. Pak Mat Itam didapur lagi, dan diruang itu hanya tinggal aku, Abdul Fatah dan Puan Abidah. Datuk Abdul Rauf sudah lama berada dikamar tidurnya. “Waalaukumussalam Warahmatullahi Wabarakatul!” sahut Puan Abidah.
Episod 20 Aku turut sama menyahut salam itu sambil berdiri tanda menghormatkan tetamu yang datang. “Haaa! Dol dah kata Cikgu Ustaz mesti datang!” kata Abdul Fatah dalam batuk-batuknya itu. Dia berdiri terus mendekati tetamu yang sahlah sudah bukan orang lain dari Muhammad Akhir itu. Dia bersalaman dengan takzimnya, lalu mencium tangan gurunya itu. Kemudian tangan gurunya dipegang dan ditarik duduk didekat ibunya berdiri. Mahu tak mahu terpaksalah beliau duduk lagi dipermaidani. Dan aku setelah bersalaman dengan gembira rasanya, ingin duduk pula ketika Abdul Fatah meminta tolong bawakan segelas minuman. Tentulah kering benar tekaknya sebab banyak batuk tadi. Aku tidak banyak cerita lagi, lalu pergi. Di dapur Pak Mat ku beritahu, dan seperti disengat lipan saja orang tua itu bangun membasuh tangan dipancuran pili. Makannya terbantut. Dan dia seperti hendak berlari saja ke ruang tamu.
Aku menurut saja dari belakang dengan langkah sebesar-besarnya, supaya cepat tiba. Dipintu yang memisahkah ruang makan dengan ruang tamu itu, terdengar suara Abdul Fatah; “Mama kata, Mama sayang Cikgu Ustaz…sekarang Mama cakap sama Cikgu Ustaz!” Tiada jawapan dari ibunya. Tapi jelas terdengar dengan nafas yang lepas dari dada yang sesak. Kemudian terdengar lagi; “Cikgu Ustaz apa tak sayang Mama?” sekali lagi tiada jawapan. Sepi sunyi suasana itu. “Cikgu Ustaz cakaplah….cakap! Cakaplah!” “Abdul Fatah dah sihat dah ni, ya?” terdengar suara garau. Tentu suara Muhammad Akhir yang disebut Abdul Fatah ‘Cikgu Ustaz’ itu. “Tak mau Cikgu Ustaz cakap dulu…” “Cakap macam mana, Cik Abdul Fatah?” “Cikgu Ustaz sayang Mama!” “Aeeehh! Tak baik Dol paksa-paksa orang macam tu!” kata Puan Abidah dengan suara memujuk. Kemudian senyap lagi. Aku sedang terteka-teka dimana Pak Mat masa itu, ketika terdengar suara orang yang bagiku sudah tentu Muhammad Akhir. “Ana sayang Allah saja, Cik Abdul Fatah!” Ketika itu aku sudah tidak sabar lagi menunggu untuk melihat apa yang terjadi diruang itu. Lalu masuklah aku dengan segelas air suam-suam kuku ditangan. Selepas menyerahkan air itu, aku duduk di dekat Pak Mat. Rupanya orang tua itu ada mendengarkan seluruh percakapan itu. “Cikgu Ustaz tak sayang Mama?” “Ana sayang semua, sayang Cik Abdul, sayang Tuk Mat, sayang Tuk Aki Cik Abdul….” “Mama?” “Ya, Mama…semua…semua sekalilah, isi bumi ini, Ana sayang semua, Allah Ya Karimmmmmm!” kata Muhammad Akhir akhirnya. Puan Abidah mengeleng-geleng tunduk, tidak keruan seketika ia, sambil mengerling anaknya yang keletah itu. “Tak mengapa, Cik Abidah…biarkanlah!” “Dol ni, memang keras hati….” Sahut beliau. Seketika, “Dol dah dengar apa yang Dol nak dengar, kan? Mari ibu hantarkan naik!”
Abdul Fatah memandang sekeling seketika. Semua muka bumi yang ada diruang itu direnungnya lama-lama. Tetapi pada muka Muhammad Akhir lama sekali direnungnya, sedangkan guru itu tersenyum mesra saja, sambil mengangguk-ngangguk. Tiba-tiba dia mendekati gurunya itu dengan berengsot-engsot. Hendak dibantu Pak Mat, ditepisnya tangan orang tua itu. Dia pergi sendiri. Seketika, duduk berhadapan dengan gurunya itu. Sekali lagi dia menatap muka gurunya seperti tidak merasa jemu ia. Dan akhirnya dijamah tangan guru Qurannya itu, diciumnya dengan penuh takzim, dan berubahlah air muka pemuda itu menjadi sayu, hingga berkaca-kaca matanya, dan dalam peristiwa menyayukan itu terdengar kata si murid;
“Pak Tuan ampunkan Dol ni, Pak Tuan. Mintaklah Pak Tuan halalkan semua cerita Pak Tuan yang Dol dengar. Esok Dol tak dapat jumpa Pak Tuan lagi, ya Pak Tuan?” Ketika itu, Muhammad Akhir tidak mampu lagi mengawal perasaannya yang terkocak oleh patah-patah perkataan muridnya itu. Dipeluknya Abdul dan dicium ubun-ubun anak itu. “Hai anak! Pak Tuan doakan selamatlah anak, selamatkanlah anak ini Ya Allah Ya Hayu, Ya Qayyum, Ya Rasulullah! HambaMu ini tidak berdaya menahan anak ini. Engkau selamatkanlah anakku ini, selamatkanlah Ya Illahi, Ya Rab!........Allah! Allah! Allah!....” katanya, bergema suara garaunya, berenjutan bahunya. Puan Abidah tiba-tiba tersengguk dan menangis.
Mata Pak Mat merah berair dan aku sendiri berhempas pulas menahan air mata yang mencurah-curah keluar tiada tertahan-tahankan lagi. Sebaik saja selesai ucapan beliau itu, dipapahnya Abdul Fatah, terus dibawanya ketingkat atas. Aku tahu kejadian itu belum pernah berlaku, sebab kata Pak Mat ruang batas kegiatan Muhammad Akhir dirumah itu, hanya diruang tamu kemeja makan dan ke Bilik Mutalaah Datuk Abdul Rauf yang kini sudah menjadi surau dalam rumah itu. “Marilah, Pak Tuan tidurkan tuan! Marilah! Rehat Cik Dol, pergilah rehat!” katanya sambil memapah muridnya itu. Puan Abidah yang penuh terharu masih menangis. Tetapi perlahan dan digagah-gagahinya berdiri dengan langkah longlai diturutinya langkah guru anaknya itu. Pak Mat merenung aku seketika. Sebak benar dada orang tua itu. Tetapi sengau-sengau pun dibawanya juga bercakap. “Pecah dada Pak Mat ni, Mashud! Pecah!....Allah! Tak pernah beliau tu begini! Tak pernah Pak Mat tengok dia sedih macam gini, Mashud! Allah! Lempahkanlah rahmat!” Soalan itu memerahkan muka Puan Abidah. Dia tunduk tidak terkata-kata lagi. Mungkin sebab dia sedar mingkin ada orang lain yang sedang mendengar percakapan yang sensitive baginya itu. “Mama tak cakap! Mama fasal apa tak sayang Cikgu Ustaz?” “Mama sayang!” “Fasal apa tak ajak Cikgu Ustaz antarkan Dol?” Soalan ini mematikan lidah beliau sekali lagi. Seketika, katanya: “Sudahlah, mari ibu hantarkan Dol naik! Mari! “Tak mau Dol nak tunggu Cikgu Ustaz!” katanya. Ketika itu dia batuk-batuk kecil lagi. Bergelombng dadanya. Dalam riuh rendah batuknya yang makin liar itu, ku lihat ada orang berdiri di ambang pintu. Berpakaian serba putih. Baju Melayu, berseluar Melayu dan juga bersamping kain pelekat putih bertepi kecil pada kakinya, seperti kain pelekat yang lazimnya menjadi pakaian Mamak Malabari Restoran. Ada serban yang dijadikan seperti tudung kepala. Sekilas pandang aku sempat melihat janggut dan misainya yang hitam dibawah hidung dan dagu.
Sejurus turunlah Muhammad Akhir. Wajahnya tenang semula. Dia duduk tepat memandang mukaku. Aku tunduk, terasa benar lagi kata Pak Mat, ada suatu keajaiban pada pancaran sinar matanya yang jernih seperti guli kaca itu. Tiba-tiba katanya; “Tuan ini Mashud bin Haji Sidiq?” “Saya, Tuan! kataku, menghormatinya. “Ana sudah lama kenal enta, tapi ana kenal enta punya nama! Enta punya asmak, betul-betul Mashud?” “Benar, tuan!” kataku lagi, lalu tunduk juga. Terasa seperti pancaran matanya mengawasi gerak geriku. “Ini, ana ada satu cincin mau kasi sama enta! Sudilah enta terima! Ikhlas ana punya hati!
Terimalah, lama ana simpan ini cincin, enta punya rezeki!” katanya. Ku memandang muka Pak Mat yang sudah lebih tenang dari tadi. Orang tua itu menganggukkan. Aku pergi mendekatinya. Beliau menghulurkan tangan yang tergenggam. Aku menadah tangan. Seketika jatuhlah rasanya sebentuk cincin. Ku lihat ikatnya suasa, matanya putih bersih, seperti santan kelapa, rata seperti ratanya batu akik. “Ente cakap Alhamdulillah! Pakailah!” katanya. Aku pun patuh dan cuba mneyarungkannya di jari kiri, jari manis. Longgar, dia tersenyum saja memerhatikan gelagatku. Dan ku cuba menyarungkannya kejari manis kanan. Elok-elok muatnya saja bagai disukat-sukat lakunya. Alhamdulillah. Sesudah itu aku kembali duduk dekat Pak Mat.
Seketika turunlah Puan Abidah, mengatakan anaknya sudah tidur. Dan beliau minta diri untuk berehat. Tetapi air muka Muhammad Akhir seperti kurang bersedia melepaskannya seolah-olah ada sesuatu yang hendak dicakapkannya. Beliau memandang Pak Mat dan orang tua itu tunduk. Oleh itu bersimpuh duduklah Puan Abidah dengan tunduk, seperti menantikan sesuatu yang hendak dicakapkan. Muhammad Akhir tunduk seketika, dan terdengar dia membaca sesuatu yang jelas bagiku adalah ayat-ayat yang menyebut-nyebut Asmaul Khusna. Dia membca Al-Fatihah lalu berdoa sekali. Sesudah itu dia merenung muka Pak Mat. “Macam mana Pak Mat! Ada faham?” katanya. “Insya-Allah, faham Pak Mat tua ni, tuan!” “Alhamdulillah!” katanya. Dia senyap seketika. Tanpa memaling kearah Puan Abidah lalu katanya pula. “Ana nak cakap sikitlah Cik Abidah, malam ni. Ini malam Allah tak izin ana makan disini, tapi ana ada buat Tahlil juga. Insya-Allah makbul. Tapi ana mau Tanya satu hal sama enta. Cik Abidah, boleh?” “Silakan, tuan!” “Enta betul-betul imam sama Allah?” “Betul, tuan!” “Betul-betul haqalyaqin, enta?” “Betul, tuan!” “Betul enta terima qadar sama qadar Allah?” “Betul, tuan!” “Betul enta taat sama Allah Subhanahu Wataala?” “Betul!” “Enta betul-betul boleh tanggung sabar?” “Insya-Allah, tuan!” “Alhamdulillah, Pak Mat saksi!” “Benar tuan, Pak Mat saksi!” “Enta, Mashud, saksi?” “Betul saya bersaksi, tuan!” “Alhamdulillah,” katanya.
Dia tunduk sejurus dan aku mendengar dia membaca beberapa ayat Al-Quran. Sejurus kemudian dia berpaling mengadap Puan Abidah. “Itu Abdul Fatah, betul enta punya anak, tapi macam ana punya anak. Kalau boleh anak cakap tak guna buang ikhtiar! Apa pasal? Fasal itu Abdul Fatah, bersih, sucilah…… Allah cukup banyak, banyak kasih sama itu anak, wallahi! Tapi enta tak mau dengar ana punya nasihat, Cik Abidah. Sekarang ikut sukalah. Tapi ana doa, Insya-Allah selamat. Tapi apa-apa jadi nanti, enta mesti sabar, banyak-banyak sabar! Allah Subhanu Wataala kuasa, Syekh ada! Asalamualaikum! Ana jalanlah!” katanya. Beliau tunduk pula. Seketika beliau berdiri. “Tuan minumlah dulu!” “Haaa! Boleh air sejuk saja, sudah!”
|
|
|
| |
| Cerminalam - Muhammad Akhir Bhgn 5 |
| 11.29.04 (7:37 pm) [edit] |
Episod 10 Sambil dia mengucapkan ayat-ayat itu dia mengawasi seluruh riak pada mukaku, malah gerak-geriku.Dia begitu yakin, soalannya tepat itu tidak akan mungkin terjawab lagi. Tapi katku dengan muka selamba saja: "Takkanlah Pak Mat nak samakan Muhammad Akhir bin Ali dalam tahun Hijriah 1398 dengan Junjungan kita Nabi Muhammad ibni Abdullah Rasulullah(s.a.w)?..." "Iya,benar itu encik.Pak Mat tidak sekali-sekali hendak menyamakan taraf kedua insan itu! Tak ada malaikat Allah yang taraf dan kedudukannya disisi Allah Taala setanding baginda Rasululah (s.a.w) tu, tapi dalam zaman sesudah dekad seribu empat ratus tahun, umat manusia, umat Nabi Muhammad (s.a.w) ini tidak dapat belajar ilmu Tauhid secara lansung dari Rasulullah atau sahabat-sahabat baginda ataupun Tabiin ataupun Muqarrabin, dan alim ulama yang kebanyakkan nya ahli Fuqaha, ahli ilmu Fiqah, ulama zahir, yang menterjemahkan al-Quran dan al-Hadith sekadar pada makna zahirnya saja,tidak mengambil kira makna tersembunyi atau hikmah dari ayat-ayat itu, dan ulama yang sepenuhnya mencontohi kelakuan serta amal perbuatan Nabi sejuta payah dijumpai seorang.
Sudahlah macam tu, ulama tidak akan mengajar al-Quran kalau tidak diberi upah, dan orang tak boleh menceritakan dengan orang lain secara bebas perkara-perkara dan hal-ehwal kewujudan Allah (s.w.t) yang Maha Esa lagi Maha berkuasa, dan pada zaman yang orang Arab sendiri mencari contoh dan tauladan dari Moscow atau dari Washingdan penuh yakin ton...kemana lagi Pak Mat hendak dapatkan orang yang mahu dan tahu menerangkan erti, tujuan dan maksud kalimah Lailahaillah Muhammad Rasulullah itu dalam cakap Melayu yang Pak Mat boleh faham?" sahut orang tua itu pula. Mengatakan begitu beliau sungguh tenang.
Pada zaman yang orang Arab sendiri mencari contoh dan tauladan dari Moscow atau dari Washington...kemana lagi Pak Mat hendak dapatkan orang yang mahu dan tahu menerangkan erti, tujuan dan maksud kalimah Lailahaillah Muhammad Rasulullah itu dalam cakap Melayu yang Pak Mat boleh faham? sahut orang tua itu pula. mengatakan begitu beliau sungguh tenang dan penuh yakin, dan patah patah perkataan itu dikeluarkannya dengan lancar, menandakan ia betul-betul yakin akan kebenaran tentang apa yang dicakapkannya itu. Melengung panjang juga aku dibuatnya.Terasa pendapatnya sukar dipesalahkan. Tetapi terasa suara-suara bisikan pada indera perfikirku. Akal yang tadinya menyemak dan menapis apa yang dibawa oleh indera pendengaran kepadanya, tidak lekas mahu tunduk, sebabnya mata akal tidak mudah mengiktiraf kemampuan orang tua yang tinggal dirumah yang termasuk dalam istilah Majlis Perbandaran sebagai 'rumah haram' mampu mengeluarkan buah fikiran yang benar lagi jujur apalagi bernas lagi logik. Gejala demikian kuat benar menguasai diriku tatkala itu. Akalku belum lagi menjadi satu fakulti keadilan yang bersih dari prasangka terhadap Pak Mat Itam, orang tua yang dari cerita lisannya sendiri mengakui bahawa pendidikan akademik secara formalnya itu tidak setakat mana!
Dalam pada itu indera rasa pula menghujah kerasional akal fkiran.Dari penglihatan mata hati,terasa benar akal telah tidak berlaku wajar dan lekas membuat kesimpulan yang berbaur prasangka, yakin sekadar berpijak pada ukuran kelulusan dan kelayakan akademik manusia. Sebenarnya buah fikiran yang bernas itu dari manakah datangnya? Dimanakah sumbernya? Kuasa apakah yang menguasai? Berapakah akan mengukur dan menyukatnya? Buah fikiran yang bernas lagi rasional dengan maksudnya mendatangkan kebajikan dan natijah, bukannya akibah kepada manusia yang berfikir itu dan kepada manusia yang ikut mendengar serta memikirkan fikiran itu; kepada manusia jenia apakah yang jadi tempat timbulnya? Apakah yang menjadi wadah kedatangan fikiran yang rasional? Adakah asal usul keturunan manusia? Adakah pangkat dan darjat manusia? Adakah usia manusia yang lanjut? Adakah otak manusia yang bertempat dalam tempurung kepala manusia yang jasadnya tinggal dalam sebuah rumah semewah istana, dengan kerehatan sendi tulang dan urat saraf seorang maharaja?
Mengapakah Mashud, akalmu enggan mengiktiraf kebenaran dan kebernasan serta keikhlasan niat dalam fikiran orang tua Pak Mat Itam ini, hanya berpandukan kepada hakikat, Pak Mat Itam ini rakyat biasa, yang berpendidikan akademiknya tidak sampai ke mana, yang badannya diistirehatkan setiap malam dalam bilik kecil di rumah setinggan kawasan sesak di luar Petaling Jaya ini, dan Pak Mat Itam ini, bukan manusia yang belajar lalu mampu menulis dan membaca dalam bahasa arab seperti Syekh Abu Sufian Al-Iraqi? Adakah Allah telah menentukan hanya orang yang tahu bahasa arab sahaja yang dipilihnya untuk menjadi pesuruhNya dengan tugas memberitahu manusia lain akan wujudNya, dan Kudrat IradatNya, dan Ilmu dan Hayat, dan Samak dan Basar, dan Rahman dan RahimNya? Adakah manusia yang tidak tahu bahasa arab, tidak tahu membaca Al-Quran, tidak tahu membaca hadis itu tidak dirahmati oleh Allah dari pengertian dan fahaman tentang wujudnya yang wajibul wujud?
Sungguh macam-macam lagi yang terfikir, terasa dan teraba oleh indera perasaku yang panca dalam diriku ketika itu.Terasa dalam tuboh badanku ini seperti ada tiga fakulti sedang berbincang dan berhujah dengan maksud untuk menerima ataupun menolak buah fikiran Pak Mat Itam yang ku dengar tadi. Mungkin saja orang tua itu mengawasi gerak-geri dan seluruh warna mukaku ketika itu berfikir-fikir itu, jika tidak mungkinkah orang tua itu menyatakan dengan katanya; "Encik Mashud, Allah Subhanahu Wataala maha berkuasa, Nabi Muhammad Rasulullah (s.a.w), Habibullah, Junjungan Pak Cik tu terlalu tinggi darjatnya daripada segala makhluk Allah yang telah dijadikan-Nya dan yang akan kelak dijadikan-Nya, tiada manusia semulia-mulia manusia yang batang tuboh badannya itu dinamakan Allah Muhammad ibni Abdullah, tidak ada contoh yang lebih baik daripada beliau, tidak ada tokoh yang lebih besar daripada beliau. Encik Mashud, bagindalah tokoh, pemimpin, cendiakawan, budayawan dan penyembah Allah Taala yang paling sempurna dan dijadikan panduan dan ikutan bukan saja manusia, tetapi setiap makhluk yang dijadikan khaliq kita, Allah Subhanahu Wataala.
Baginda adalah Raja daripada segala Raja yang telah terjadi dan yang akan terjadi, baginda adalah Raja bagi setiap yang bernyawa, kerana baginda Junjungan itulah sebab yang utama seluruh alam buana ini dijadikan Allah Taala dengan kehenadak dan kuasan-Nya.Baginda tak pernah kesekolah, kolej-kolej dan universiti-universiti dibuat manusia untuk mengkaji dan untuk cuba memahamkan amal perbutan baginda! Baginda adalah Nabi yang dinubuahkan Allah, Raja yang ditabalkan Allah, Perdana Menteri yang dilantik Allah, Jeneral Tentera yang dilantik Allah, Ahli Tasawuf yang Ilmu Tauhid-nya didatangkan Allah dalam bahagian anggota penerima ilmu dalam tubuh badan baginda.Jika se isi alam ini menghina atau membantah kebenaran yang ada pada amal perbuatan baginda itu, tidak akan kurang secuin juapun kemuliaan baginda! Sebab itu sekalipun beliau tidak tahu menulis, manusia yang tahu menulis belajar menulis tulisan yang dipakai untuk menulis semua cakap dan juga amal perbuatan baginda. Baginda yang tidak tahu membaca, menyebabkan manusia belajar membaca untuk membaca tulisan-tulisa mengenai diri baginda. Nama baginda yang ganjil ketika mula-mula disebut nenek baginda, sekarang dalam zaman kita ini menjadi menjadi nama berjuta-juta mahluk manusia diseluruh dunia, biar apa jua asal keturunan, bahasa dan percakapan dan resam budayanya, dari semiskin-miskin dan sehina-hina macam Pak Mat ni hinggalah kepada semulia mulia manusia! Itulah Junjungan Pak Mat yang menjadi Junjungan manusia yang menggerakkan Pak Mat tidur dan lena dan lalai daripada mengenal hakikat Nubuah Nabi Muhammad(s.a.w) seterusnya menolak kecenderungan dan minat Pak Mat untuk mengenali asal-usul Pak Mat yang hina ini, sehingga Pak Mat merasa wajib pula Pak Mat mengenal dengan pengenalan yang nyata: nama Allah, sifat Allah dan perbuatan Allah dan mengenal pula kekuasaan pada Zat Allah (s.w.t) yang wajib adanya itu! Manusia itu ditakdirkan Allah (s.w.t) ialah Muhammad Akhir bin Ali!
Walaupun dia lebih muda dari Pak Mat tetapi hakikat ilmu Allah yang ada pada pemuda itu jauh lebih tua, lebih masak, lebih dalam, lebih tinggi, lebih mulia dan lebih luas ilmu yang ada Pak Mat. Sebab Muhammad Akhir bin Ali itulah manusia pertama yang memperkenalkan Pak Mat kepada Nubuah Nabi Dan Rasul Muhammad Bin Abdullah, sehingga natijahnya Pak Mat mesti menghormati dia, sekalipun seisi masyarakat Kadi, Mufti, Ustaz, Imam, Bilal dan Siak didalam dunia ini menyatakan pemuda itu salah atau sonsang! penting Encik Mashud ingat: Muhammad Akhir bin Ali itu, kalau GURU AGAMA beliau, beliau tidak pergi mencari MURID, tidak diambilnya walau satu sen pun nilai harta MURID yang datang mengakui dirinya bodoh dan tak kenal hakikat Nubuah Nabi dan tidak kenalkan Allah. Lebih mustahak dari itu, Encik Muhammad Akhir itu tidak keluar mencari orang belajar dengan dia, tapi orang datang mencari dia! Orang yang datang mencarinya dan bukan orang berpangkat-pangkat, bergelar-gelar, bukan orang hartawan, jutawan, bukan orang bangsawan yang dimuliakan manusia, bukan orang cerdik pandai yang petah lagi lancar bersyarah, bercerita dan menceritai amal perbuatan Rasulullah(s.a.w) yang fasih dan lancar mengulang-ngulang sebutan ayat-ayat dalam Al-Quran ata ayat-ayat dalam kitab-kitab catatan cakap Nabi, tetapi orang hina, orang miskin, orang bodoh macam Pak Mat ni, macam Cina jual buah-buaha diPasar SEA Park tu, macam Raju, tambi pencuci longkang di Majlis Bandaran!.
Episod 11 Semua yang datang itu, yang dulunya tak kenalkan siapa Nabi Muhammad, sekarang dengan kuasa Allah, berkat kesabaran beliau menunjukkan kepada kami yang datang minta tunjukkan siapa Nabi Muhammad, siapa Allah Taala, dan siapa kami dijadikan Allah, apa kerja kami didunia, dan apa Allah akan buat sama kami bila kami mati nanti, sekarang ini, mana-mana yang dulunya Hindu sudah jadi Islam, yang Buddha sudah jadi Islam. Dan Pak Mat tahu manusia yang belajar kenal Nabi, kenal Allah dan kenal Hakikat dirinya yang masing-masing itu dari bantuan Encik Muhammad Akhir, kalau disembelih pun dia tetap Islam, Dan Islam si Raju, Islam si AhFook, Islam si Cathrine tidak meramaikan pengemis dengan lesen pengemis yang diberi Tuk-Tuk Kadi, Tuk-Tuk Imam. Dia Islam kerana dia kenalkan dirinya sendiri, dia Islam kerana dia kenal Nabi Muhammad (s.a.w), dia Islam kerana dia kenal dan tahu maksud dirinya dibuat dan dijadikan Allah Taala! Si Raju jadi Islam bukan sebab mengharapkan Dolar Petrol Arab, bukan sebab nak nikah dengan perempuan Melayu yang menyangkakan dirinya Islam tulen, bukan kerana kerana berharapkan dapat Hak Istimewa Melayu atau Bumiputra! Dia sembahyang bukan sebab takutkan Raja, bukan sebab malukan Pak Mertua, bukan sebab segankan Ketua Pejabat. Semua amal perbuatan dan kelakuan Pak Mat, Raju, Ah Fook dan Cathrine kerana Allah Taala menurut cara yang Nabi Muhammad (s.a.w) ajarkan kami! Memang benar Encik Muhammad
Akhir itu tak mengambil lesen dari mana-mana Pejabat Agama sebagai tanda yang beliau diberi kuasa dan diberi izin kebenaran oleh manusia yang melantik dirinya wakil Nabi Muhammad atau wakil Allah Taala didunia ini kerana muslihat, kerana sebab-sebab yang khusus untuk menentukan kekuasaanya kekal keatas manusia beragama! Tapi dari apa yang Pak Mat telitikan, amal perbuatan, cakap dan kelakuan, juga cara hidupnya sehari-hari mendekati apa yang Pak Mat baca dari buku-buku yang ditulis oleh pengarang-pengarang yang menceritakan riwayat hidup dan kisah serta cerita berkenaan kelakuan dan amal serta cara hidup Nabi Muhammad (s.a.w) yang sempurna dan sederhana! Encik Muhammad Akhir itu manusia yang takut kena puji, tidak senang makan budi orang, takut kena muliakan!.
Dia bukanlah orang yang masuk dalam golongan orang yang menggunakan nama Allah dan nama Nabi Muhammad untuk mencari nafkah yang bersifat sedekah lansung atau tidak lansung dari manusia lain! Dia bekerja jadi pemotong rumput dan hasil kerjanya itu bukan untuk membeli apa-apa yang sedap pada hawa nafsunya, tapi dia gunakan untuk menolong orang yang berkehendakan pertolongan! Upahnya memotong rumput, mengelokkan taman di rumah rumah orang tu, digunakan untuk bayar sewa rumah, untuk beli pakaian yang mustahak untuk menutup bahagian anggota kemaluan lelakinya dan makan sekadar cukup untuk tidak mati kebuluran, lebihnya dijadikan sedekah untuk anak-anak yatim yang dijumpainya dimana-mana saja, tak kira apa agama kanak-kanak itu! Dia tidak tahu makna kedekut, tak tahu merasa susah memandang kesenangan orang lain, tidak mencerca atau mengutuk manusia yang berbuat maksiat kerana tidak kenalkan Nabi dan tidak kenalkan Allah! Lebih mustahak daripada semua cerita Pak Mat berkenaan diri Encik Pak Mat berkenaan diri Encik Muhammad Akhir ini, dia tidak ada cita cita nak jadi Tuk Mufti,Tuk Imam,Tuk bilal,Tuk Siak, Ketua Majlis Agama. Wakil Rakyat, Ahli Exco, Menteri jauh daripada nak jadi Perdana Menteri! Dan dia tak suruh sesiapa pun daripada kami yang minta nasihat darinya melawan dan memusuhi Kerajaan.
Dia kata, kalau tidak izin Allah siapapun tak boleh jadi Menteri atau jadi Perdana Menteri, siapapun tak boleh jadi Raja. Kalau ada menteri yang tidak jujur dengan tanggungjawab menterinya, kalau ada kadi yang tidak ikhlas membuat pekerjaan kadinya, mesti ulama yang bukan kadi beritahu dengan baik, bukan dengan maksud menjatuhkan maruahnya, atau menghinanya dikhalayak ramai, tapi untuk mengingatkan Menteri, Raja, Perdana Menteri, atau Mufti atau Kadi tu satu kebenaran:kuasa yang ada dalam tangan dia orang semuanya tu,I alah KUASA yang Allah pinjamkan untuk digunakan nya membuatkan manusia lain kenal akan Nabi Muhammad dan akan Allah SubhanahuWattala! Kalau kita tahu dia silap, kita kena bagi tahu secara muhibbah! Kalau dia tidak mahu dengar, itu masalah dia bukan masalah kita! Kalau kita tahu ada Raja yang jadi atau yang mengangkat dirinya sebagai Ketua Ehwal Agama Allah Taala syariat Nabi Muhammad (s.a.w) yang kelakuanya tidak ikut contoh tauladan Nabi Muhammad (s.a.w), kita kena beritahu Raja itu, dengan cara sopan santun, beradab tertib dan perasaan kasih sayang, bukan dengan cara yang menghinakan Raja itu, sebab kalau Allah kata kamu tidak Raja, orang tak dapat jadi Raja! Pak Mat tidak akan lupa ajaran Muhammad Akhir itu yang Pak Mat ingat cukup berguna.
Apa katanya? Katanya: TAK TUAH TAK RAJA, TAK REZEKI TAK KAYA, TAK SISIK TAK ALIM, TAK AKUAN NABI TAK SYURGA! TAK KENAL DIRI,T AK KENAL NABI, TAK KENAL ALLAH, TAK IMAN, TAK ISLAM, TAK SELAMAT DUNIA KEAKHIRAT! Katanya lagi, dirikan syariat tanda hormat, ikuti tariqat menyempurnakan ibadat, pelajari hakikat kukuhkan Ahdiat, yakinkan makrifat terlepas laknat! LahuilahulaHuilahu,Haqqan ya Haq!haq!haq!Haq!.... lailahaillah Muhammad Rasulullah...Al-Fatihah!..."
Dan Pak Mat merendahkan kepalanya, seperti sedang mengadap Seri Paduka Baginda, membacakan ayat Al-Fatihah. Aku juga terbawa-bawa ikut membaca ayat itu. Suasana tenanglah ketika itu. Seram sejuk rasa seluruh anggotaku, ada sesekali meremang-remang saja bulu roma. Sesekali terasa seperti aku ketika itu berada disatu rumah yang kata orang ada puakanya.Tetapi semacam perasaan yang selama hayatku yang kini sudah dua puluh tujuh tahun datang mendadak saja, seperti didatangkan oleh semacam kuasa yang tidak mampu dihalang oleh indera fikiran dan indera perasaanku. Perasaan itu seperti melanyak -lanyak seluruh rasa bongkak, sombong, riak, takkabur yang selama ini mempertegapkan kehendak hati untuk berbuat sesuatu bagi mendapat pujian dan sanjungan dan populariti semua orang, kerana kata hatiku populariti kini adalah satu barangan kontrak yang laris dan berkuasa penuh menarik hati dan minat wanita sehingga boleh membeli kaseh sayang dan nafsu syawat wanita.
Episod 12 Aku merasa sungguh hina ketika itu. Sungguh tak ada apa-apa yang ada pada diriku.Terasa pengetahuan tentang Nabi Muhammad (s.a.w), pegetahuan tentang Allah taala yang ku pelajari dari ayahku ke Ustaz dan dari Ustaz ke Ustaz,dan dari Guru ke Guru dan yang ku baca dari buku ke kitab secara percuma dan juga secara kena bayar, dan seluruh pengetahuan tentang Nabi, tentang Allah yang kudengar dari Mimbar Masjid, dan dari siaran Radio dan Siaran Talevisyen, semunya ibarat cerita dari novel, dari cerpen dan lain -lain sumber kesusateraan! Aku merasa diri selama dua puluh tujuh tahun berkelana di dunia yang sesungguhnya fana ini, berjalan tidak keruan dan sia-sia tanpa mengetahui sebarang tujuan dan maksud dan matlamat yang tertentu! Aku teringat riwayat Saidina Umar Al-Faruq Radhiallahu Anhu yang gagah perkasa, mampu menewaskan empat puluh orang pendekar main pedang Arab dizamannya, Saidina Umar Al-Khattab yang diriwayatkan ketika jahiliahnya pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup, dan perbuatannya itu menjadi tangisan beliau seumur hidupnya, Saidina Umar Al-Faruq yang menyentapkan pedang hendak memenggal leher orang Madinah yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w., junjungannya sudah ‘maut’, dan hanya reda kemarahannya setelah disabarkan Saidina Abu Bakar Al-Sidiq dengan katanya, ‘barang siapa beriman dengan Muhammad, maka Muhammad telah wafat, barang siapa beriman dengan Allah, maka, Allah adalah kekal abadi!”, mengingatkan aku dengan penuh sedar bahawa benarlah firman Allah, manusia itu, biar sebesar gunung dosanya, jika minta ampun, diampunkan Allah jua, kecuali manusia yang menyekutu atau yang menyamakan Allah dengan apa yang bukan Allah sebenarnya!
Apakah Saidina Umar Al-Faruq menjadi satu dari tauladan Pak Mat Itam ini? Tetapi aku tidak berani, bahkan sebenarnya malu hendak menyuarakan pertanyaan. Selama berhadapan dengan beliau ini, lebih baik fikir panjang-panjang sebelum menyoal orang tua ini, kalau tidak jawapannya akan melumpuhkan mustahaknya pertanyaan itu diajukan kepadanya! Bagaimanakan orang tua yang seperti Pak Mat Itam ini latar pendidikannya, dan jenis masyarakat yang digaulinya boleh menjadi begitu cerdas fikirannya, dan tajam analisanya terhadap ehwal semasa? Sepanjang pengalamanku menemuramah orang yang se usia Pak Mat Itam ini, dan ada yang lebih tinggi pengetahuan akademiknya dari dia, dan mereka hampir membaca semua akhbar penting yang terbit di Kuala Lumpur, tetapi tanggapannya tentang ehwal semasa tidak setajam Pak Mat Itam ini. Inilah yang mengkagumkan aku dan tidak menyedarkan aku, bahawa masa di rumah itu sudah cukup lama sebenarnya.
“Jadi pada pandangan Pak Mat, Encik Muhammaf Akhir tu masih tinggal di rumah mualaf Cina tu?” “Insya-Allah!” sahut Pak Mat. Dia sudah merokok untuk batang yang ketiganya. Merokok seperti main-main saja, lakunya. Merenung aku seketika, dia bersuara dengan slogan: “Pak Mat perhatikan, Encik Mashud ni, sungguh-sungguh benar hendak tahukan beliau tu? Mengapa?” “Saya ingin berkenalan dan hendak bercakap dengan beliau tu, Pak Mat!” “Begitu?” kata orang tua itu. Dia menekur seketika. “Apa tujuan berkenalan dengan beliau tu?” “Sajalah nak kenal!.” “Selama ini tak timbul ingin kenal itu, kan?” kata beliau dengan senyuman yang penuh sindiran tajam. “Pak Mat jangka, keinginan Mashud tu terbit dari Pak Mat di pejabat Kadi tu dulu, kan? Dan Pak Mat rasa, Encik Mashud ni disuruh orang menyiasat hal keadaan Pak Mat yang mungkin orang Pejabat Agama menganggap Pak Mat ni, murid Encik Muhammad Akhir! Sebabnya, Encik Mashud…. biar Pak Mat terus terang saja, sekali ni: Pak Mat ni bagi orang sini dianggap mengamalakn ajaran Agama Salah. Ada orang kata Pak Mat ni termasuk dalam golongan orang yang menbawa Dakwah Songsang! Bagi Pak Mat DAKWAH mustahil songsang! Kalau songsang istilahnya bukan dakwah, tapi DAKYAH, atau PROPAGANDA apa ke, cakap orang putihnya. Dakyah tu maknanya perkara BOHONG di suruh orang percaya sebagai perkara BENAR, perkara benar di suruh orang percaya perkara bohong! Lagi, ada orang kata Pak Mat ni bernabikan Muhammad Akhir bin Ali yang tidak bersalah dengan manusia yang Pak Mat tau pernah kenal dengan beliau tu! Pak Mat ingat, punca mulanya fitnah ini semua, bila dalam bulan puasa yang lalu tu, Pak Mat bercakap disurau tu: Pak Mat kata pada Amil, ini duit fitrah yang saya bayar ini, disimpan dimana oleh Pejabat Agama? Kalau dalam bank, bank mana? Berapa riba yang dibayar? Apa gunanya duit riba tu?’ Amil muda tu pandai cakap Arab, agaknya tak terima. Dia tak jawab soalan Pak Mat, dia suruh Pak Mat tanya Tuk Kadi. Pak Mat pun diam.
Lepas tu adalah budak-budak dekat rumahnya yang campur budak-budak muda dekat rumah Pak Mat ni bertanya-tanyakan perkara Sifat Allah Taala yang dua puluh tu! Sebagai orang tua, Pak Mat beritahu mana-mana yang Pak Mat tau, maklum, yang datangnya tu budak-budak, kawan-kawan sekolah anak Pak Mat. Dia dah bertanya, jadi orang bertanya kenalah jawab. Tapi Pak Mat kata Pak Mat tak ada lesen ulama, carilah ulama yang beratus di kilang oleh Universiti di Mesir, di Jeddah dan sebagainya tu! Dia orang minta tunjuk juga. Pak Mat beritahu. Agaknya adalah orang yang pengintip rahsia, dia orang adukan kepada Pejabat Agama. Itulah mulanya Pak Mat dipanggil Tuk Kadi langsung berkenal dengan encik Mashud dulu tu… Jadi, kalau encik tau, berilah Pak Mat tau, apa hukum Tuk Kadi pada Pak Mat ni? Kafir ke, Zindiq ke, Qadyani ke? Sesat ke? Syirik ke? Atau apa?....” “Eheh! Mengapa Pak Mat tanya sampai ke situ?” “Tidak, orang kawasan ni dah heboh bercakap di kedai kopi depan tu. Kata dia orang, Pak Mat ni mengembangkan Agama baru? Ada pulak ceritanya Pejabat Agama nak tangkap Pak Mat, sebab mengajar agama dengan tak pakai lessen ulamak?... Pak Mat bukan apa, kalau betul Pak Mat ni nak ditangkap, nak di jel, boleh Pak Mat bersedia masuk jel!” “Eh! Pak Mat sampai begitu nekad?”
“Apa nak takut? Allah ada! Kalau Allah kata Pak Mat masuk jel, dan Allah hantarkan Tuk Kadi untuk memasukkan Pak Mat dalam jel, Pak Mat kena masuk jel! Pak Mat tak berkuasa nak lawan kuasa Allah! Bolehkah Tuk Kadi lawan kuasa Allah? Bolehkah Raja lawan kuasa Allah? Bolehkah Menteri lawan kuasa Allah? Bolehkah PAS lawan kuasa Allah? Bolehkah UMNO lawan kuasa Allah? Bolehkah Amerika tau China atau Russia lawan kuasa Allah? Bolehkah Arab atau Yahudi lawan kuasa Allah?” kata orang tua itu. Tenang dan penuh yakin saja bunyi suaranya. Matanya ligat memandang mukaku. Aku terdiam terus. Apa lagi akan disebut orang tua ini?
“Kalau Tanya Pak Mat, Pak Mat kata, dimana pada bila-bila masa sekalipun, walau orang tukang pancung ada dengan pedang berkilat ditangannya. Pak Mat akan kata, tetap kata, mesti kata dan terus kata! TAK BOLEH! TAK BOLEH! Tak boleh KUASA MANUSIA seorang atau sekumpulan orang lawan KUASA ALLAH! Orang Tanya Pak Mat berkenaan Sifat Nama dan Nama Sifat Allah, Pak Mat bagi tau! Pak Mat bagi tau orang yang tanya macam Muhammad Akhir bagi tau sesiapa jua yang tanya, dengan kata: ALLAH ITU AHAD, maksudnya ALLAH ITU SATU atau ALLAH ITU ESA! Dan MUHAMMAD IBNI ABDULLAH yang makamnya ada di Masjid di Madinah tu ialah RASULULLAH (s.a.w)! apa sebab Pak Mat kata begitu? Apa sebab Muhammad Akhir kata begitu? Apa sebab Raju, Catherine dan Ah Fook percaya bila Pak Mat dan Muhammad Akhir kata macam tu?”
“Iya, apa sebabnya Pak Mat?” kataku. “Sebab Allah ajar kira suruh manusia lain lain yang belum tau supaya dia juga katakan Allah itu esa! Jadi, dimana salahnya Pak Mat, atau Muhammad Akhir, apabila kami beritau orang yang Tanya kami Allah itu Esa dan Muhammad Ibni Abdullah Nabi lagi Rasul penghabisan dilantik Allah. Lepas itu, ‘Nabi” lantikan manusia memang ramai! Ahli sains, tokoh politik, pengarang cerita, ahli sukan, penyanyi, pelakon filem, pelakon TV…Allah!...ramai betul nabi buatan manusia! Alim ulama pun ada yang orang secara tidak sedar anggapkan dia macam atau semacan Nabi! Ayatollah Khomeini orang buat macam Nabi! Rumah putih di Amerika orang buat macam Kaabah. Setengah orang Arab buat Kremlin macam Kaabah! Mengapa nabi-nabi palsu buatan manusia itu tidak dibenteras, tidak ditemuramah atau ditemuduga oleh Majlis Agama, supaya terpelihara orang Islam dari kecederaan iktikadnya? Mengapa bimbingan Pak Mat yang miskin lagi bodoh ini boleh mencederakan Iktikad orang Islam yang datang bertanyakan hal Sifat Allah yang kata Kitab Perukunan ada dua puluh itu?” sahut Pak Mat sambil mengesat peluhnya. Dia masih belum puas dengan keterangan itu.
Disambungnya lagi: “Tuk Kadi ingat Pak Mat takut di ajak ke Pejabat dan disuruh bercakap dengan tape suara, bersaksikan Encik Mashud dan Ustaz Abdul Kadir tu! Pak Mat Cuma takutkan Allah dan Junjungan Muhammad (s.a.w). selain itu maaf, Pak Mat tak takut! Kemana pun diajak Pak Mat suruh cakap apa yang Pak Mat percaya, Pak Mat akan cakap dengan izin kuasa Allah! Dia nak siasat Pak Mat, silakan! Pak Mat takkan lari, hingga Majlis Bandaran runtuhkan rumah Pak Mat ni! Kita hidup dalam zaman yang lebih seribu tahun terputus dari hubungan dengan Nabi dan sahabat-sahabat Nabi. Rujukan yang ada cuma Al-Quran dan Hadis. Kelakuan dan amal perbuatan ulama sudah kebanyakannya tidk mengikut haluan Nabi atau sahabat Nabi! Orang belum kenal asal usul dirinya, dipaksa kenak Nabi, orang yang belum kenal Nabi dipaksa juga kenalkan Allah, orang yang belum kenal Allah dipaksa menyembah dan beribadat kepada Allah! Macam mana orang yang tak kenal Allah berpuasa? Macam mana orang yang tak kenal Allah boleh khusyuk sembahyang? Apalah Raja kita disini kepada orang Melayu yang lahir dan besar di Sri Lanka atau Madagaskar, misalnya? Jadi begitu juga apa ertinya Muhammad (s.a.w) kepada orang Cina yang tak kenal siapa itu Nabi? Ulama kita, ahli dakwah kita, orang yang dah masuk ke surau, ke masjid disindir, diperli, dicerca! Orang yang tak masuk masjid tapi leka ditempat-tempat judi, tempat-tempat minum arak tak dihiraukan! Ulama sangka asal mak bapaknya Islam secara automatik saja namun manusia itu Islam! Tak usah soal lagi apa iktikadnya, apa fahamannya tentang Nabi, tentang Allah! ISLAM tu apa, Encik Mashud?
Episod 13 Barang atau harta pusaka, atau apa? Islam siapa punya? Allah punya atau ulama punya? Sebelum zaman British dulu tak ada Pejabat Agama, kitab-kitab Agama Islam yang dibaca ditelaah ulama kita sekarang, kebanyakannya ditulis dalam zaman sebelum penjajah Eropah menjajah dunia Islam, termasuk Tanah Melayu ni! Sekarang Pejabat Agama ada dan banyak pulak harta yang dikumpulkannya, berapa buah kitab sudah yang ulama Islam kita zaman ini susun dan tulis? Hari-hari ulama bising, suruh ajak bahkan ada yang paksa orang sembah Allah, tapi berapa ramai yang tak mau sembah Allah! Jadi, Encik Mashud, siapa kuasa? Allah berkuasakah atau Majlis Agama berkuasa atau ulama yang berkuasa? Apa sebab orang sekarang tak mau pakai cakap alim ulama?” “Itu banyak alasannya, Pak Mat!” kataku cuba mencelah. Tapi dipangkah Pak Mat Itam serta merta saja, katanya; “Sebab ulama tu cuma pandai menceritakan riwayat Islam, bukan ISI ajaran Islam, bukan macam mana manusia itu mesti mengaku Allah itu Esa dan Muhammad itu Nabi lagi Rasulnya! Manusia tidak diajar mengenal dan memahami terus mengakui apa yang kata Allah itu Rahmat dan Rahim-Nya yang diberikan kepada manusia! Manusia tidak diajar mengenal apa bezanya ulama yang belajar dan berguru pada manusia dan kitab semata-mata dengan ulama yang diberi Allah Taufiq dan Hidayah-Nya! Disini sebabnya. Kalau ulama kurang warak, macam mana nak suruh orang yang bukan ulama ikut sama warak? Ada yang baru belajar sikit hakikat Nabi dan hakikat Allah sudah ajak orang tak usah puasa, tak usah sembahyang dan macam-macam ragam lagi! Jadi bagaimana?” “Tak taulah saya, Pak Mat!” jawabku akhirnya kepala terasa berat benar. Pening sudah terasa-rasa ketika itu. Tetapi orang tua itu masih tetap bersila dengan muka yang tenang tenteram. “Saya ingin sangat nak berjumpa dengan Encik Muhammad Akhir itu, Pak Mat, kalaulah boleh!” sambungku lagi. Pak Mat melepaskan hembusannya nafasnya yang agak panjang. “Allahhh! Ya Rasulullah!” ucapnya. Dia merenung aku seketika dengan tenang. Berkata lagi; “Kalau niat hati Encik Mashud ni bersih, Allah akan temukan jua satu hari nanti! Kalau tidak Allah jua yang tahu! Kalau nak minta Pak Mat bawa ke rumah tu, Insya Allah, tapi nak suruh Pak Mat jamin boleh jumpa dia tu Pak Mat tak berani. Pertemuan, penceraian, persahabatan dan permusuhan, Allah yang menetapkannya! Masa itu, Encik Mashud tertakluk dibawah kuasa Allah! Allah yang memiliki masa, bukannya manusia! Orang Putih sahaja yang ajar orang Melayu suruh dan paksa percaya masa itu milik dan hak manusia! Sebenarnya bukan, dan tidak mungkin! Kalau mungkin manusia boleh hidup tak payah mati-mati, kan?” “Iya benar, Pak Mat!” sahutku beralah.
Terasa kini orang tua itu bukan lawanku berhujah. Barangkali Ketua Pengarang boleh berdepan dengannya ataupun Pengarang Muhammadiyah, majalah bulanan berkenaan Islam terbitan syarikat akhbar kami. Itu pun belum tau lagi. Bezanya orang tua ini tidak tahu bahasa Arab dan tidak dapat memetik ayat Al-Quran atau Hadis dalam bahasa Arab. Tapi dari segi pengertian dan tanggapannya terhadap kuasa Allah dan kemuliaan Nabi, beliau tak kurang kalau pun tidak berlebihan dengan apa yang ada pada tokoh-tokoh pemimpin agama yang pernah ku temui, termasuk seorang berdarah keturunan Arab sendiri. “Bila Pak Mat lapang agaknya?” kataku. “Insya-Allah, hari Khamis minggu ni, Pak Mat lapang. Belah petang hingga pukul lima setengah. Lepas tu PAK Mat kena pergi rumah Cik Puan Abidah, bawakan barang-barang makanan dan juga pakaian kerumah anak-anak yatim di Ulu Klang!” “Kalau begitu saya akan datang sebelum pukul empat petang hari Khamis inilah, Pak Mat?” “Insya-Allah, silakanlah…tapi dimana? Datang mana, maksud Encik?” “Di rumah Pak Mat inilah!” kataku. Orang tua itu senyum penuh pengertian memandang aku. Apakah dia sudah dapat membaca apa yang ada dalam hatiku ketika itu? Aku sebenarnya ingin mengikutnya kerumah Cik Puan Abidah, sambil bersama-sama Pak Mat pergi kerumah sewaan Muhammad Akhir itu! “Insya-Allah, mudah-mudahan!” kata orang tua itu, aku pun mengatakan Insya-Allah juga. Kami bersalam-salaman dan aku terus meninggalkan rumah itu, sekalipun Pak Mat beria-ia benar mempelawa makan malam bersama-sama keluarganya malam itu. Ketika sampai di rumah, aku menyemak-nyemak semula buah pertemuanku dengan orang tua itu. Pukul dua malam aku memulakan penulisan sebuah rencana yang belum pernah kutulis sebelum ini. Rencana akhbar itu berjudul: ULAMA- KEMANA KAMI AKAN TUAN-TUAN BAWA? Hari Ahad minggu itu tersiarlah rencana itu. Dan Ketua Pengarang sudah memanggil aku beberapa kali, minta bantuan bagaimana aku menjawab bantahan-bantahan dari organisasi ulama yang menyampaikannya melalui telegram, panggilan telefon, malah ada yang datang sendiri ke Pejabat beliau. Mungkin saya telah meletakkan bebanan yang selama ini beratnya kurang dirasakan golongan itu! Atau mungkin adanya gejala lain yang menyangkut kepentingan periuk nasi ulama itu. Apapun, itu adalah masalah mereka dengan Allah, bukannya masalah aku! Sebagai wartawan, aku cuba melakukan apa yang terdaya untuk mengingatkan manusia bahawa Allah itu Esa dan Allah itu Ada, dan Allah itu Maha Berkuasa melakukan apa jua yang hendak dilakukan-Nya tanpa dikeranakan walau dengan apa kerana pun jua! “Saudara Mashud dah lama kerja surat khabar?” “Semua sekali lapan tahun dah! Lepas sekolah umur sembilan belas, terus masuk bekerja dengan akhbar saya sekarang nilah!” sahutku. “Sekarang baru berusia dua puluh tujuh tahun?” katanya. Ku anggukkan saja pertanyaan itu. Dia senyum lagi. “Kalau begitu panggil saya ‘kakak’ saja, lebih elok. Kakak ni dah tiga puluh umur kakak! Janda beranak sorang. Adat Melayu kita, yang tua, kalau lelaki dipanggil abang, di bapak atau di pakcikkan, kalau wanita dikakak atau di makcikkan, tak begitu?” “Iya!” “Iya apa?” “Iya, Puan!” “Iya, kak!” katanya. Dia ketawa sambil menutup mulut dengan selendangnya. Kami sama-sama ketawa. “Baiklah, kak. Sekali orang sudah beradikkan saya, seribu kali saya suka. Saya pun yatim piatu, kak, tak bersaudara mara di Kuala Lumpur ini! Ayah saya tunggal! Emak saya, arwahnya sebatang kara di Malaysia ni, merantau dari Sumatera selepas menikah dengan ayah di Padang Panjang!” kataku. “Iyaaa? Kesiannya…” “kehendak Allah, kak! Redhalah saya!” kataku. Dan nyata benar beliau begitu simpati sekali, hingga terlengung panjang dia berjurus-jurus. “Mashud masih bujang lagi?” “Iya, kak!” “Dah dua puluh tujuh tahun hidup, bujang juga di Kuala Lumpur ni?” “Hati belum tergerak, kak! Lagipun selagi jadi wartawan ini, fikir saya, lebih elok tak usah beristeri, menyesak anak orang nanti! Hidup tak berjadual kalau jadi wartawan, kak!” kataku. Dan yang kukatakan itu memang betul pun, apalah yang hendak dirisaukan. “Mengapa Mashud t akmencari kerja lain?” katanya bersahaja. Kemesraan suara itu terasa benar dari pengucapan seorang saudara tua. “Sekarang ni tak mudah dapatkan kerja, kak! Apa lagi macam saya ni, pelajaran setakat SPM, apa yang boleh saya buat, selain kerja yang lapan tahun saya buat ni?” Jawapanku yang akhir itu membuatkan beliau melengung seketika. Tiba-tiba dibukanya tas tangan kulitnya yang agak besar itu, dikeluarkan sebuah diari, membalik-balikkan beberapa lembaran. Tetapi ketika itu berdering telefon. Dia berdiri, sekejap dia memandang aku seperti minta dimaafkan kerana terpaksa ia menyambut panggilan telefon itu. Aku mengarahkan tangan ke telefon, dan beliau pergi.
“Waalaikum salam! Haaa!..... Eloklah Sarinah telefon ni. Kakak memang nak telefon tadi, tengah mencari-cari nombor telefon Sarinah tu, Sarinah dah telefon dulu. Ada apa?... haaa! Iya, iya, saya!...haaaa!....nanti, jangan percaya bulat-bulat macam tu, perhatikan dulu…kalau dia paksa, boleh beri cek pulang….iya…..iya….sepuluh peratus saja! Iya, tak boleh, itu pun dah banyak sangat…..boleh ! Ada lagi?... Haaaa! Kalau tak ada dengar sini…esok akak tak ke pejabat, Sarinah tengoklah surat dari Paris tu. Kalau sampai cepat suruh si Busu hantarkan ke rumah, boleh?...Haa! Bagus, gini Sarinah, surat Sarinah tu kakak dah baca. Kalau Sarinah setuju, kakak boleh tambah gaji dua ratus lima puluh lagi, haaaa?.... Iyalah, jumlah seribu dua ratus, macam mana?..... Bukan! Kakak tak boleh paksa Sarinah, kakak punya ni firma, itu Kerajaan. Kalau Sarinah rasa masa depan lebih baik dengan Kerajaan, silakanlah, kakak tak boleh nak tahan, itu tak adil! Haaa! Kalau setuju, esok kakak boleh arahkan Ketua Akaun buat pindaan paysheet, okey? Ada lagi? Kalau tak ada Sarinah dengar sini…. Syarikat Pustaka Muhammad tu dah datang Sijil Pendaftarannya? Sudah? Bila?... Bagus, Alhamdulillah… Tak, kakak Cuma nak tanya itu saja! Assalamualaikum!”
Dia meletakkan gagang telefon ditempatnya lalu lekas kembali ke kedudukannya. “Itu setiausaha kakak!” katanya. Aku ngangguk. “Gini, Mashud. Pak Mat ada cerita tentang Mashud ni sama kakak. Maksud Mashud datang ni pun, sebenarnya kakak dah tau. Beginilah: tak payahlah Mashud masukkan cerita nasib kakak dalam surat khabar! Tak ada faedahnya. Kakak sudah maafkan bekas suami kakak tu! Kami sudah bercerai, jodoh tu Allah punya kuasa, bukannya kita. Jadi, kalau diunglit-ungkit pun tak ada manfaatnya, Mashud. Kakak redha dan rela atas qadak dan qadar Allah Taala atas diri kakak ni. Lagipun tak ada suamipun, Allah berikan juga rezeki pada kakak berdua beranak, jauh lebih banyak rezeki yang kakak dapat masa ada suami dulu,” katanya. Dia menyemak riak di air mukaku.
“Kakak tau, Mashud bimbang nanti kena marah oleh ketua Mashud sebab tak dapat ambil cerita kakak kan? Tapi jangan bimbang, kalau rezeki Mashud ada di surat khabar tu, siapa pun tak boleh nafikan. Kakak tak mau takburlah, tapi kalau sebab Mashud gagal muatkan berita kakak ni dalam surat khabar, dan Mashud kena buang kerja, Mashud boleh kerja dengan PUSTAKA MUHAMMADI SENDIRIAN BERHAD yang baru kakak tubuhkan itu. Penerbitan kakak tu nanti akan memodenkan bahasa kitab-kitab tua kita. Kitab-kitab agama zaman dulu banyak bertulis dalam bahasa Melayu kearaban. Kita sekarang susah nak fahamkan isinya. Jadi, kakak ingat, syarikat penerbitan Pustaka Muhammadi tu boleh buat kerja itu! Lagi, kalau ada orang yang mahir menulis kisah nabi-nabi, kita boleh terbitkan juga. Bukannya nak untung sangat, kalau boleh balik moda pun, Alhamdulillah! Kakak memang nak iklankan dalam akbar jawatan Editor untuk menyemak jalan bahasa kitab-kitab tu!...” katanya.
Sejurus sama-sama kami terdiam. Aku memikirkan percakapan itu, dan mungkin beliau menelitikan kesan perkataanya itu ke atas diriku.
“Macam mana, Mashud?” katanya, selepas membetulkan kain batik yang terbelah hingga menampakkan betisnya yang gebu melepak itu. “Menyemak kitab macam tu, kak, bukannya mudah. Perlu pengetahuan agama yang luas dan mendalam. Saya tak ada kelayakan sebegitu! Bahasa Arab pun baru nak belajar!” sahutku sejujur-jujurnya. Wajahnya tenang saja menyambut perakuan itu. Selepas berfikir seketika dan setelah mengerut-ngerutkan kening lebatnya, berkatalah beliau pula; “Kakak dah Tanya Encik Muhammad, errr!...” suaranya agak gugup. Entah mengapa pipinya merah dan dia tersipu-sipu sedikit, lalu memandang kesekitar ruang itu. “Maksud kakak, kakak dah tanyakan orang yang tau, kata orang tu, isi kitab boleh disemak oleh orang yang benar-benar ahli dalam tiap-tiap bidang agama. Iyalah, kalau kitab Fikah, cari ulama Fikah, beri sagu hati atas penat lelahnya itu, kalau Tauhid, cari ulama Tauhid, kalau Tafsir Al-Quran, ramai orang tau ilmu tafsir Quran! Editor Cuma ,ustahak membetulkan jalan bahasanya saja,” sahutnya pula. “Saya kurang jelas, kak!” “Begini, kita pilih kitab-kitab tua ynag sudah mansuh Hak Pengarangnya, kita berikan pada orang yang ahli dalam bidang ilmu isi kitab tu. Kita minta dia salinkan dalam bahasa sekarang, sekadar yang dia boleh. Bila siap kita edit membetulkan jalan bahasanya. Lepas itu kita minta penyalinnya semak semula. Kalau dia puas hati, maknanya tidak bersalahan dari naskah asalnya, kita terbitlah.” Sekali ini aku ketawa. Geli hati sudah terasa sejak tadi. Pertama aku merasa tewas kerana diperdayakannya. Pandai dia menghilangkan minat dan tujuanku yang mula-mula untuk mengambil gambarnya. Dia mambawa kisah lain. Kedua aku merasa begitu lucu memikirkan seorang wanita terpelajar dalam bidang perakaunan boleh meminati bidang pernerbitan buku. Sungguh licin dia mengelakkan diri dari menjadi bahan berita akhbar. Tetapi tawaku seperti menyejutkanya. Dia mengerling tajam. Merah lagi mukanya. “Ketawa pasal apa?” “Tak, saya tak terfikir orang macam kakak ni menaruh minat dalam perniagaan menerbitkan buku. Buku agama pulak tu! Bukankah jauh benar bezanya antara bidang perakaunan dengan bidang penulisan dan penerbitan buku, kak?” “Ohhhh! Itu Mashud jangan salah sangka. Nanti kalau kakak tunjukkan fail kakak lagi terkejut. Dulu kakak memang minat bidang sastera, tapi sastera Inggeris. Bahasa Inggeris kakak sma baik dengan matametik. Kedua-dua matapelajaran tu kakak dapat distinction, tapi ayah suruh kakak ambil bidang perakaunan. Sebab taatkan ayah, kakak ikutlah cadangannya itu. Tapi masa kakak di London, kakak cuba-cuba belajar menulis. Apa lagi nak buat kalau ada masa lapang? Majalah Dewan Bahasa tiap-tiap bulan ayah kirim. Jadi, bila dah banyak membaca ingin pulak menulis, kan? Itulah mulanya kakak belajar menulis….” “Jenisnya?....” “Kritik, cerpen…..errr..puisi pun ada. Tapi yang banyaknya cerpen.” “Ada juga enam kali menang hadiah seratus ringgit di Berita Harian!” “Wah, hebat kalau begitu.” “Tapi sekarang tak pandai lagi nak tulis, sejak kakak bersuami. Tak ada masa, leka layan suami, nak tambat hatinya konon, tapi akhirnya pengorbanan itu tak menolong memanjangkan jodoh juga!” Pada ayat itu berubah sedikit mukanya. Dia sedih. Kepiluan yang halus terbayang diwajahnya. “Tapi sekarang, kalau ada masa lapang, kakak rajin baca cerita. Novel, cerpen… apa saja.” “Kakak berhenti terus menulis?” kataku diluar dugaan beliau barangkali. Pertanyaan itu memerahkan lagi pipinya. Dia tersipu-sipu seperti menyebut nama ‘Muhammad’ tadinya. Dah lama juga dia cuba menghilangkan riak di air mukanya itu, barulah dia bersuara lagi, bercakap dengan malu-malu. “Sebulan dulu, kakak mulai menulis lagi. Kali ini cerpen….” Dia ketawa sendiri. Seketika…. “Cerita panjang!” katanya sambil ketawa menutup mulutnya. “Novel?” “Entah” “Boleh saya baca, kak?” Beliau menggeleng-geleng manja. Tersipu-sipu lagi sambil mengerling tajam. “Tak boleh!” katanya sambil menepatkan renungan. “Bila siap nanti, boleh, tapi Mashud jangan ketawakan, sebab bahasanya bahasa kolot, kata orang sekarang. Kakak tak suka pakai bahasa yang ada ‘si’ macam konstitusi, resolusi, luculah! Rasa macam mengada-ngada, menunjuk-nunjukkan yang awak tu tau benar bahasa Inggeris!” katanya. Dan kami berbual-bual terus tentang penggunaan bahasa ambilan dari istilah bahasa asing, khususnya Inggeris. Dari percakapan itu aku mendapat kesan beliau mengikuti perkembangan bahasa dengan begitu berminat sekali.
Dalam pada itu aku masih mencuba meyakinkannya supaya bersetuju ceritanya memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan juga kanak-kanak cacat itu dijadikan berita akhbar. Kuminta juga persetujuannya untuk digambar setelah diterangkan bahawa gambarnya dimaksudkan untuk hiasan kulit majalah wanita terbitan syarikat akhbar kami. Mengenai hal itu dijawabnya dengan bijak.
“Kakak sangka Mashud dah faham maksud kakak! Baiklah, sekarang kakak Tanya secara terus terang. Kalau kakak ni betul-betul kakak kandung Mashud sendiri, sampaikah hati Mashud menjajakan muka kakak untuk tatapan orang ramai, apalagi kalau gambar dalam pos yang mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup dari pandangan umum? Kalau misalnya kakak ni emak Mashud sendiri, tergamakkah Mashud mengiklankannya dikulit-kulit akhbar? Mashud sedar tak, perbuatan terlampau menonjol-nonjolkan symbol seks wanita itu, secara tidak langsung mendidik dan mengasuh bawah sedar manusia supaya memuja kalau pun tidak menyembah seks! Nanti lama-lama manusia berTuhankan seks, bukannya Allah. Itukah matlamat terakhir wartawan negara kita ini, Mashud? kakak ni bukannya alim sangat, tapi kakak bimbang bila kakak tengok dinding anak saudara kakak di Johor Bharu tu penuh bertampal dengan gambar poster artis-artis yang separuh telanjang. Barangkali sebelum tidur secara tidak sedar budak itu menyembah dan memuja gambar bintang filem, dan bila saja tercelik mata terpandangkan gambar itu juga. Apa bezanya perbuatan itu dengan perbuatan orang bukan Islam yang memuja gambar dewa dewi atau patung-patung yang mereka katakan ‘nabi mereka’? Fikirlah masak-masak cakap kakak ni, Mashud!”
Jawapan itu mengejutkan aku benar-benar sehingga bercempera kata-kata, tidak mampu bersoal jawab lagi dengan beliau selepas itu. Aku malu sendiri, dan baru sedar maksudnya minta dipanggil kakak itu mengandungi maksud yang sungguh licin bagi mengelakkan dirinya jadi sasaran kamera yang kubawa. Benar lagi cerita Pak Mat, Puan Abidah memang bijak orangnya.
Tidak lama lepas itu Pak Mat masuk menyatakan semua yang patut dibawa kerumah anak-anak yatim di Ulu Kelang itu sudah siap belaka.Aku terpaksa minta diri bila Pak Mat menyatakan dia mungkin pulang lewat hari itu.Dan gagal lagi aku untuk berkenal-kenalan dengan Muhammad Akhir itu .Tetapi perkenalan dengan majikannnya hari itu sungguh bererti bagiku.Dan itulah permulaanya aku menjadi rapat dan mesra dengan keluarga Puan Abidah. Sesudah itu keraplah aku datang menziarahinya,dan semakin rapat aku dengan keluarga itu,semakin terasa perlunya Puan Abidah dihormati sebagai orang terpelajar yang kuat memegang adapt istiadat Melayu yang berteraskan budaya islam.Tetapi akibat gagal mendapatkan persetujuan beliau menjadikannya bahan rencana khas majalah wanita itu bukannya kecil perhubungan dan kepercayaan Ketua Pengarang denganku mulai terjejas.
Kalau ada tugas seumpama itu sesudah kejadian itu banyak benar soal jawabnya yang mesti ku lalui.Kerananya, berkerja dengan akhbar itu sudah tidak seronok saja.Terasa seolah-olah Ketua Pengarang,dan Editor majalah wanita terbitan syarikat akhbar tempat kerjaku itu,yang kebetulan pula seorang wanita,sejak aku gagal dengan tugas itu,seperti sengaja hendak mencari-cari kesilapanku,sehinggakan soal-soal kecil lagi remeh temeh seperti kesilapan satu dua ejaan menjadi punca besar untuk mereka marah-marah hingga ke peringkat menghina kemampuanku selaku wartawan professional.Terasa benar bahawa kebaktianku kepada akhbar itu selama lapan tahun seperti tidak berharga saja kepada Ketua Pengarang. Memanglah kecil benar rasanya hatiku.
Episod 14 Beberapa bulan setelah perkenalanku dengan Puan Abidah itu aku sudah benar-benar merasakannya sebagai “kakak Angkat” tanpa sebarang tujuan atau niat yang lain dari itu. Memang pada mulanya sebagai orang muda kuakui aku tertarik juga dengan kejelitaan paras dan budi bahasa beliau yang mulia itu. Memandang wajahnya dan bentuk tubuhnya serta gerak-gerinya yang lemah-lembut, kaya dengan budi pekerti kemelayuan, ditambah oleh suarannya yang manja sungguh mententeramkan perasaan dan menggetarkan jiwa lelaki. Lebih-lebih lagi pintar benar dia melayani aku sehingga terasa segala kesepian yang kuderitakan selama lapan tahun berkenalan di Kuala Lumpur ini hilang terbuang. Beliau tidak menunjukkan kasih sayangnya dengan cakap, tetapi dengan perbuatan, sehingga berat benar perhatian kepada soal-soal kesihatanku dan soal kewangan juga. Beberapa kali dia membantu aku dalam kesepian dengan semangat dan perangsang yang jujur lagi iklas. Sekali ketika motokarku hampir dirampas syarikat yang menyewa-jualnya kepadaku, datanglah beliau bersama-sama Pak Mat Itam, dan tanpa banyak soal lagi hutang yang bertimbun sebanyak sembilan ratus ringgit itu di bayarnya dengan cek tunai akaun semasa milik peribadinya sendiri. Tidak pada dengan itu, diluar pengetahuan ku diselesaikan harga motokar Honda civic yang berbaki tiga ribu ringgit itu.
Beliau tidak canggung lagi datang ke pejabat akhbar tempat ku berkerja, dan ada beberapa kali dalam tempoh itu, datangnya sekadar untuk menjemputku makan bersama keluarganya dirumah. Dan anak tunggalnya Abdul Fatah lekas menjadi mesra denganku. Anak itu petah bercakap, banyak perkara hendak ditanyanya,dan sepatutnya pertanyaan itu boleh dijawab oleh seorang ayah. Tetapi ayah itulah yang tidak ada kepada Abdul Fatah. Akulah yang melayani kesunyian dan kemusykilannya. Semua itu sedikit sebanyaknya meringankan juga beban ibunya yang sibuk menguruskan perniagaannya. Puan Abidah menjadi pengarah bagi tujuh syarikat perniagaan. Diantaranya beliau menjadi Pengarah Urusan syarikat lombong ayahnya di Tapah. Beliau menjadi pengerusi pula bagi sebuah syarikat perumahan yang ditubuhkannya sendiri. Ketika aku berkenalan dengan beliau dulu, beliau sedang sibuk memajukan tiga puluh ekar tapak perumahan untuk dijual secara komersil. Kerana itu masanya tidak banyak untuk melayani anaknya, dan tidak dapat beliau menumpukan perhatian kepada firma perakaunan yang ditubuhkannya ketika mula-mula pulang dari London setelah tamat belajar dulu. Selain Abdul Fatah, ayahnya Datuk Abdul Rauf yang tua dan uzur selalu, sering merasa kesepian juga. Orang tua itu perlukan teman berbual, dan lebih diperlukannya lagi ialah seorang teman untuk menjadi pendengar ceritanya. Beliau sungguh banyak cerita yang hendak diceritakannya. Sebelum kedatanganku selaku keluarga angkat dalam keluarga itu, kata Pak Mat Itam yang disahkan oleh Puan Abidah pula, orang tua yang menjadi kaya atas kegigihannya sendiri sejak muda dulu itu, menceritakan cerita pengalamannya kepada cucunya Abdul Fatah. Tetapi kerana anak yang itu tidak memahami dengan baik apa yang hendak diceritakan orang tua itu, lama-lama menjadi bosanlah ia. Sebab itu aku diperkenalkan Puan Abidah kepadanya pada suatu petang tatkala sama-sama minum teh dimeja, dan pengenalan yang diberi, aku ni kononya seorang penulis, beliau lekas menjadi mesra. Barangkali mungkin kerana aku, kalau mengikut kata Puan Abidah adalah orang yang paling sabar mendengar cerita Datuk Rauf itu, menjadi sebab merapatkan beliau denganku. Tetapi aku sendiri menjaga tingkah laku dan budi bahasa ketika berdepan dengan beliau. Kemulian beliau seperti memuliakan seorang ayah. Perbuatan itu mungkin begitu ketara kepada beliau ketika beliau terpaksa duduk di Hospital Assunta selama seminggu akibat penyakit jantungnya yang pertama. Setiap hari aku menziarahi beliau dan melayani apa saja kehendak dan ragam tuannya itu. Orang tua ini walaupun uzur badannya, akal fikirannya cukup sihat dan segar. Ingatannya sungguh kuat. Pendengarannya cukup tajam. Sekali bercakap denganku, ketika beliau menyambut telefonku untuk Pak Mat Itam sebenarnya, beliau sudah mengecam suaraku. Begitulah akhirnya aku menjadi kesayangan orang tua ini pula. Aku sendiri kalau dipanggil beliau segera saja datang, tak kira walaupun pukul tiga pagi. Hal itu pernah dibuatnya beberapa kali, aku tetap datang, mengantuk bagaimanapun aku datang juga.
Natijahnya orang tua itu mulai percayai aku. Dan banyaklah beliau menceritakan kisah muda-mudanya. Tetapi cerita yang diulang-ulangnya ialah bagaimana pengorbanan Allahyarhamah isterinya, anak seorang hartawan di Johor Bharu yang nikah dengannya tanpa restu ibu bapa. Isterinya itu mengikutnya dengan sehelai sepinggng saja ke Kuala Lumpur. Ketika itu kata beliau, beliau masih muda remaja dan bekerja dalam Askar Melayu Diraja. Selepas Perang Jepun beliau ditugaskan di Johor, dan keraplah pergi makan angin dan mencari hiburan di Johor Bahru dan Singapura. Ketika menonton wayang di Johor Bahru itulah beliau memandang wajah isterinya itu dah jatuh hati. Tiga tahun beliau memikat hati isterinya itu barulah berbalas kasih. Hanya setelah jauh hanyut dalam gelombang asmara, barulah beliau sedar, isterinya itu anak orang hartawan. Beliau hendak memutuskan saja perhubungan kasih dan suci murni itu, kerana sedarkan miskin dirinya, tetapi niat itu tidak disetujui ibu Abidah, katanya.
Cerita beliau lagi, seorang ayah saudara Siti Asmah, nama ibu Puan Abidah itu, yang warak orangnya menyelamatkan mereka. Orang tua itu mengangkatnya anak, dan orang tua itulah yang meminangkan Siti Asmah untuk isterinya. Pinangan itu tidak dapat ditolak oleh keluarga Siti Asmah, hanya dikenakan syarat bahawa Siti Asmah tidak akan diberikan sesen pun bahagian pusaka ayahnya. Konon ceritanya sebab Siti Asmah sudah lebih dulu ditanda oleh anak seorang hartawan di Singapura.
Kerana jodoh mereka memang keras , akhirnya bernikahlah mereka sebelum kahwin, tetapi Siti Asmah terbuang oleh keluarga. Kemudian terjadi pula kesedihan yang lain atas diri beliau apabila beliau dituduh mencuri menjual minyak trak tentera yang dipandunya. Tuduhan itu tidak diterima beliau, sebab sebenarnya beliau memang tidak melakukannya. Bergaduhlah beliau dengan atasnya. Dan akhirnya beliau dipecat dari jawatannya. Kata Datuk Abdul Rauf, jika tidak sebab itu, beliau mungkin bersara dari Askar Melayu Diraja paling tidak dengan pangkat Kolonel penuh. Tetapi katanya, kejadian itu juga memberi beliau tuah. Beliau nekad membawa isterinya yang tercinta pindah ke Kuala Lumpur. Siti Asmah yang sebenarnya warak itu tidak berhenti-henti mengamalkan Doa Kanzal Arasi setiap selepas sembahyang. Dan Datuk Abdul Rauf sendiri mengamalkan Surah Yassin dan Surah Al-Waqeah setiap hari, sekali subuh, sekali asar dan sekali maghrib. Sambil itu beliau cuba-cuba nasib berniaga kain batik dan kain pelekat, juga barang-barang perak dan tembaga dari Terengganu dan Kelantan. Ratalah beliau menjelajah keseluruh Tanah Melayu hingga ke Brunei, Sarawak dan Borneo Utara bahkan juga ke Sumatera dan Jawa.
Ceritanya lagi, beliau ikut juga giat dalam politik UMNO pimpinan Datuk Sri Onn ketika itu. Beliau tidak ada tujuan untuk menjadi Menteri sebagai upah kegiatan itu. Tetapi yang beliau ingin buat cuma memberi sumbangan memerdekakan negara. Beliau berbuat apa saja yang UMNO perlukan. Tetapi lepas Datuk Sri Onn bin Jaafar meninggalkan UMNO, kegiatan beliau agak terhenti agak setahun dua. Akhirnya beliau aktif semula membantu Tunku dalam usaha menyeru orang Melayu masuk UMNO. Kemana saja beliau pergi menjual kain, beliau menyambilkan kempen menyuruh orang Melayu masuk UMNO. Beliau membawa bersama-sama borang keahlian UMNO kemana saja beliau pergi. Beliau memanglah petah bersyarah, sebab selain bersekolah Melayu, pernah beliau belajar di Madarasah Idrisiah Kuala Kangsar di bawah pimpinan Syekh Zubir. Tetapi desakan ekonomi keluarga yang sungguh tenat menggesanya menamatkan pengajian dan mencari apa juga kerja yang ada. Itulah mulanya beliau menjadi Askar Melayu.
Ceritanya lagi, beliau pernah ditawarkan salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri Perak oleh pucuk pimpinan UMNO, tetapi beliau menolaknya, kerana beliau rasakan beliau tidak cukup kelayakan mewakili rakyat. Dalam pada itu katanya, beliau menambah pengetahuan lalu belajar bahasa Inggeris hingga boleh bertutur dan membaca akbar Straits Times. Hasil kegiatannya membantu UMNO itu, ramailah kenalan diseluruh Negara. Dan salah seorang kenalannya di Tapah, pada satu ketika mengajaknya tinggal menetap di Tapah, hingga menjual sepuluh ekar tanahnya kepada beliau. Beliau pindah ke Tapah untuk beberapa tahun. Tetapi perniagaanya merosot. Dalam pada itu secara main-main beliau mencuba menggali tanah tapak rumahnya yang sepuluh ekar itu. Beliau hampir tidak percaya bila mendapati tanahnya kaya dengan galian bijih timah. Itulah mula-mulanya beliau belajar membuka lombong. Keuntungan hasil dari lombong bijih timah itulah yang menaikkan beliau hingga menjadi jutawan. Tetapi kekayaannya banyak disebabkan oleh taat dan setianya Siti Asmah, isteri kecintaannya. Hidup mereka rukun dan damai sehingga ‘Nur Abidah’ dilahirkan selepas tujuh tahun mereka bersatu. Dan kata beliau, beliau yakin kelahiran Nur Abidah membawa rahmat rezeki yang sungguh besar baginya, kerana beliau membuka lombong pertamanya atas tanahnya sepuluh ekar itu setelah anaknya yang tunggal itu dikandung ibunya selama sebulan. Itulah sebabnya beliau menatang Nur Abidah lebih cermat dari beliau menatang nyawanya sendiri. Muafakat beliau dengan ibu Abidah begitu baik, dan mereka tidak pernah berkelahi, lebih daripada bertengkar kecil. Episod 15 Sayangnya, hajat beliau untuk mendahului isterinya itu menyahut panggilan Illahi tidak dikabulkan. Ibu Abidah yang sembilan tahun lebih muda usianya dari usia beliau itu lebih dulu dipanggil Allah ke kampong Akhirat. Selepas kehilangan isterinya itu, beliau merasa sungguh kesepian. Mujurlah Abidah ada bersama-sama menemaninya dalam menghadapi sisa-sisa hidupnya. Keadaan itu diterima dengan hikmat Allah yang memisahkan Abidah dengan suaminya. Jika tidak beliau tidak tahu bagaimanakah hendak melayani hidup yang sepi itu. Untuk nikah lagi, tidak terbuat hatinya. Alasannya, sekalipun ibu Abidah sudah tidak ada jasadnya dirumah itu, beliau terasa seolah-olah isterinya itu tetap ada. Dan bukan sekali dua beliau berjumpa isterinya itu dalam alam mimpi. Keadaan itu menghiburkan hatinya. ‘Terubat jugalah hati yang rindu’ katanya. Cerita Datuk Rauf lagi, beliau cukup ingat, setelah pemuda yang dikenalinya sebagai Muhammad Akhir, guru Quran cucunya itu datang, dan bekenalan dengan beliau, beliau tidak pernah mimpikan isterinya lagi. Akan Puan Abidah, semua keadaan itu – perhubungan antara saya dengan anaknya dan juga dengan ayahnya menjadi perhatian. Maka lepas bebaslah aku di rumah itu ke tengah ke dapur. Hanya bilik Puan Abidah saja yang tidak dimasuki dan tidak akan ku masuki dalam rumah itu. Selain itu semuanya aku telah disuruh masuk tanpa pantang larang lagi. Tetapi aku sendiri tahukan diri, sehingga sedapat mungkin ku elakkan bercakap dengan Puan Abidah berdua-duaan ditempat yang tersembunyi atau terlindung dari pandangan penghuni rumah itu.
Barangkali kerana menjadi adab, tertib, sopan, santun dan maruahku itulah menyebabkan se isi rumah itu benar-benar percaya akan daku, sehingga aku sudah menjadi anggota keluarga yang diharapkan dalam rumah itu. Dan beberapa kali Datuk Rauf memaksa aku tidur sekamar dengannya. Dalam pada itu perhubungan dengan Pak Mat Itam tetap ku jaga, supaya tidak kecik hati orang tua itu. Dan bertambah-tambah akrablah kami berdua. Kalau kenduri kendara dirumah itu kami berdualah yang menguruskan segala-gala kerja kenduri hingga selesai, sebagai wakil tuan rumah. Tetapi sedemikian kerapnya aku di rumah itu, aku masih belum juga dapat berjumpa dengan Muhammad Akhir. Kadang-kadang sepatutnya beliau itu datang mengajar Abdul Fatah mengaji ketika aku dirumah, tetapi beliau lambat pula datang. Dan dari keterangan Pak Mat biasanya selisih lima atau sepuluh minit selepas aku meninggalkan rumah itu, Muhammad Akhir pun tiba. Terasa seolah-olah tidak ditakdirkan Allah saja kami bertemu. Dan menunggu beliau itu di rumahnya, aku sudah naik jemu. Pernah semalam suntuk aku dengan Pak Mat Itam menantinya di rumah, tetapi malam itu beliau pula tak pulang-pulang. Esoknya ketika aku Tanya Pak Mat, orang tua itu menyatakan Muhammad Akhir malam itu menghabiskan masanya di masjid Al-Malik Faisal. Di masjid itu pernah pula ku tunggui beliau, tetapi kata Pak Mat esoknya, hari itu Muhammad Akhir berasa di masjid Jamek Kuala Lumpur. Dan ku tunggu pula dimasjid itu, dia ke masjid Kerling pula di Jalan Melayu. Ku tunggu pula disana, beliau ke lain pula. Aku dapat mengenalnya kalau berjumpa, sebab Pak Mat, Puan Abidah dan Abdul Fatah malah Datuk Abdul Rauf banyak menceritakan hal pemuda itu yang ternyata cukup berpengaruh dihati seisi rumah itu. Bahkan pembantu rumh itu mensifatkannya sebagai ‘Keramat Hidup’ yang merasa cukup nikmat dan lazat dalam kemiskinannya sendiri, seorang luar yang di anggap seisi rumah itu sebagai salah seorang anggota keluarga yang kehadiran mereka rasakan saban waktu saja ada, biarpun beliau tidak pernah walau semalam pun menginap dirumah itu Aku kerap benar bermimpi dan berbual-bualan mesra dengan beliau itu, walau sebenarnya seperti ceritaku tadi, aku belum pernah melihat mukanya secara jasadi. Setiap kali beliau ku temui dalam alam mimpi itu, pakaiannya berbeza-beza tetapi tetaplah putih bersih warnanya. Rasanya beliau memakai cincin bermata zamrud di jari manis kanannya. Batu zamrud itu hijau sekali dengan perak ikatannya, dan dijari manis tangan kirinya tersarung sebentuk cincin bermata nilam berikat suasa. Rasanya beliau sentiasa saja menutup kepalanya dengan seban putih seperti cara orang Saudi berserban. Dan sentiasa saja, rasanya beliau memegang seutas tasbih berwarna hijau lumut. Beliau tidak pernah berkata apa-apa dalam mimpiku itu, tetapi matanya yang lembut dan tajam itu seperti mengawasi aku dengan sepenuh minat. Ada sekali rasanya aku bertemu dengan beliau di sebuah padang rumput yang luas menghijau saujana mata memandang. Beliau duduk di atas sebuah batu putih terhampar lebar.
Rasanya ada seorang tua berpakaian melayu serba hitam di kirinya, seorang Melayu berjubah hijau dikanannya memegang tongkat yang lurus berlebih agak sekaki panjangnya di atas tempat tangannya memegang tongkat itu. Dan ada pula seorang perempuan berpakaian putih berpurdah berdiri di belakangnya. Rasanya beliau sedang meriba seorang anak dalam lingkungan lapan tahun. Orang tua Melayu berjubah hijau itu melafazkan Allah berkali-kali sambil memejam matanya, disahut oleh orang tua berpakaian Melayu serba hitam itu dengan kata Hu yang tiada berkeputusan, sedangkan wanita berpakaian serba putih dan berpurdah itu menyebut Ya Hu berulang-ulang hingga menerbitkan semacamn bunyi seperti majlis zikirullah. Beliau tetap tunduk, dan rasanya beliau akhirnya menyebut kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULALLAH dengan semacam warna hijau bercahaya-cahaya keluar dari mulutnya. Ketika itu rasanya aku menghidu bau harum dari bau atar yang pernah aku hidu selama hidup ini.
Kemudiann rasanya dari lembaga anak yang berbaring di ribaan beliau itu bangun semacam lembaga yang sama rupanya dengan anak yang berpakaian serba hijau itu. Dia tersenyum dan rasanya lembaga itu memandang arah ke langit di mana rasanya berduyun-duyun orang yang semuanya berpakaian putih bertudung lingkup seperti datang mendekati tempat itu, makin lama makin hampir dan akhirnya mereka berdiri mengelilingi tempat beliau beserta pengiring-pengiringnya itu duduk. Beliau ku lihat, rasanya berdiri dan salah seorang dari orang berpakaian putih bertudung kepalanya itu memegang tangan lembaga yang terbit dari anak yang ketika itu dalam pangkuan beliau. Lembaga itu dibawa mereka melayang makin lama semakin tinggi hingga hilang.
Dan tatkala itu aku sekadar mendengar kalimah Allahu Ahad disebutkan seperti langgam orang berzikir pula. Akhirnya beliau itu menyerahkan lembaga anak dalam pangkuannya kepadaku dan aku menyambut serahan itu, alangkah terperanjatnya kau melihat anak itu bukan lain dari Abdul Fatah! Dan belum sempat terfikir apa-apa aku sudah terjaga. Dan ketika melihat jam ditangan jarum menunjukan pukul dua pagi hari Khamis malam Jumaat.
Aku menceritakan mimpi itu pada Pak Mat Itam, dan sejak itu wajah orang tua itu murung dan sedih-sedih selalu hingga menghairankan Puan Abidah dan Datuk Abdul Rauf! Namun aku masih belum juga berjumpa dengan Muhammad Akhir. Ketika mimpi itu mendatangi aku, Abdul Fatah, kata ibunya, dan kata Pak Mat Itam baru selesai diajar Muhammad Akhir membaca Juzuk pertama dari Al-Quran. Esoknya mulalah Abdul Fatah deman-deman air. Dan untuk bulan-bulan berikutnya anak itu tidak pernah sihat dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Keadaan itu mendukacitakan benar hati Puan Abidah dan Datuk Abdul Rauf.
|
|
|
| |
| Cermin Alam ~~ Muhammad Akhir ~~ Episod 4 |
| 11.29.04 (2:10 pm) [edit] |
Episod 7 Saya meneliti mukanya seketika. Baru saya sedar berdepan dengan Cik Puan Abidah, majikan saya, yang saya sudah berjanji dengan diri saya, bahawa saya tidak akan pakai majikan lagi selepas beliau. Saya lekas-lekas menekan perasaan saya.Saya perhatikan ke sekitar kawasan itu.... Diambang pintu ke ruang tamu itu terdiri Datuk Abdul Rauf, sambil tangan kanan beliau bertopang pada tongkatnya.Tentulah beliau ada mendengar tadi apa yang dicakapkan anaknya. Dan mungkin itulah sebabnya beliau mencelah dengan berkata; "Apa yang dibohongkan si Mat ni,'Dah?" Cik Puan Abidah merendahkan suaranya, setelah menoleh ke belakang lalu terpandangkan ayahnya, iaitu satu-satunya manusia yang diseganinya sepanjang hidupnya yang bersisa itu. Kata Cik Puan Abidah; "Pak Mat kata Encik Muhammad Akhir tidak mahu dijemput datang dengan motokar kita!" "Betul begitu,Mat?" "Betul,Tuk." "Mengapa?" "Encik Muhammad Akhir tak pun beritau,Tuk!" "Apa tidak tanyakan?" "Segan nak tanyakan gitu,Tuk!" "Apa fasal segan bertanya?" "Entahlah Tuk. Kalau dibelakang Encik Muhammad, banyak macam rasanya nak tanya. Bila berdepan Encik Muhammad, rasanya tak tau nak tanya apa-apa! Tengok muka Encik Muhammad, rasanya dah tak payah tanya apa-apa lagi,Tuk!"
Begitu kata saya dengan berhati-hati. Saya cuba menguasai diri saya, tetapi saya sedar suara saya sedikit menggigil ketika itu. Sebenarnya ketika itu saya terasa-rasa macam mata Encik Muhammad Akhir ada meneliti mata gerak-geri saya. Dan entah macam mana saya merasa seolah-olah Encik Muhammad Akhir tahu apa yang saya cakapkan tentang dirinya. Itu sebenarnya yang membuat saya serba salah bila ditanya Cik Puan tentang Muhammad Akhir. Mereka tidak tahu siapa Muhammad Akhir ini. Cik Puan belum tahu akibat menganiayai Encik Muhammad Akhir. Kalau dia tahu tentu tidak akan berani beliau cakap sesuka hati mengenai diri pemuda ini. Datuk Abdul Rauf batuk-batuk kecil. Beliau kalau udara lebih sedikit dari biasa dinginnya. Cik Puan tentu memikirkan sesuatu yang tidak lepas fasal Encik Muhammad. Dan saya rasa seperti pencuri yang dihadapkan ke muka polis.
"Pak Mat Kata, dia tidak tahu dimana rumah Encik Muhammad itu,ayah!" kata Cik Puan. Dan berderau rasanya darah saya....Mengapa pula diadukan kepada ayahnya? Datuk Abdul Rauf mendekati tempat kami berdiri itu. Ia merenung muka saya seketika. Sinar matanya bertembung sinar mata saya. Terasa silau saya mengalihkan pandangan sekerdip, lalu tunduk memandang ke bawah dan pandangan pertama tertumpu ke warna hijau rumput. Dikerdipan kedua terlihat jari, dikerdipan ketiga ternampak ibu jari kaki dan pada kerdipan keempat ternampak ibu jari kaki kanan dan kaki kiri. "Ia ke begitu Mat?" Saya menarik pandangan dari ibu kaki ke muka orang dua beranak itu. Saya pandang wajah Cik Puan lalu saya pandang pula wajah ayah Cik Puan. Saya berani-beranikan hati menjawab. "Ia pun ialah, Datuk, tidak pun tidaklah Datuk." Tersentak sedikit orang tua itu. Dia hairan betul. Ditariknya nafas agak panjang sedikit dan menghembusnya perlahan-lahan. "Apanya yang ia tu?" "Yang ia itu Encik Muhammad Akhir betul-betul Tuk, tak mau dia saya ajak naik motokar itu... Datang ke sini...err ke rumah ini maksud saya Tuk" "Itu aku faham.Tapi yang aku masih belum faham, apa alasan, apa sebab musabab, apa halangannya, dan apa maniknya?" Jawapan itu memaksa Datuk Abdul Rauf merenung muka anaknya. Cik Puan memandang ke lain seketika, lalu memandang ayahnya kembali dan beliau tunduk.Wajahnya tenang sedikit. "Haa, yang tidak tu...apa pula Mat?" "Yang tidak tu Tok, saya si Mat ni, sumpah tak ada niat nak nak bohong!" kata saya. Jawapan itu rupanya salah besar. Saya sepatutnya jangan jawab macam itu. Cik Puan ini bukan sebarang wanita, akalnya memang tajam. Sebab jawapan itu saya ditangkapnya bulat-bulat. Matanya terbeliak sedikit. Dan merah lagi mukanya. Saya sempat melihat semacam kerisauan di muka Datuk Abdul Rauf, sebelum terdengar kata Cik Puan. "Pak Mat tidak ada niat nak bohong, tapi Pak Mat dah pun bohong,sekalipun memang Pak Mat tak niat nak bohong tu kan? Mengapa Pak Mat terpaksa berbohong? Katakan tak tahu saja bila saya tanya di mana rumah Encik Muhammad, sudahlah. Sekarang lebih baik Pak Mat cakap terus terang, Pak Mat tahu atau tidak di mana rumah Encik Muhammad?" Suara Cik Puan kali ini penuh ancaman. Beliau tentulah sudah tahu saya memang bohong tadinya dan sekarang beliau mahu lebih tahu lagi apakah alasan saya hingga sanggup berbohong itu!. Apa yang patut saya buat sekarang? Encik Muhammad kata beliau mengamanahkan saya jangan memberitahu Cik Puan Abidah di mana rumahnya. Dan sudah saya cuba melindungi pengetahuan itu dari Cik Puan Abidah, tetapi beliau mendesak juga mahu tahu! Apa ikhtiar saya?Manakah yang lebih berat dosanya atau kesalahannya antara BOHONG dan PECAH AMANAH?.
Episod 8 Semuanya itu menjadi fikiranku belaka sepanjang perjalanan menuju ke rumah Pak Mat Itam petang itu.Maksudku ialah untuk berbual dengan Pak Mat dan cuba menyoalnya dengan menghalakan kemungkinan dia berbohong dalam keterangannya mengenai tempat kediaman Muhammad Akhir yang pada anggapanku ketika tu menjadi Tuk Guru atau Khalifah orang tua itu Pengalaman-pengalamanku selaku wartawan yang telah berjaya membongkar beberapa rahsia yang diingini umum mengetahuinya, termasuk kegiatan rasuah Pegawai Atasan rasanya cukup untuk membolehkan aku membongkar kepalsuan Pak Mat Itam itu.Aku telah berhasil membongkar kegiatan Agama Matahari semasa bertugas diPulau Pinang dulu, dan berjaya membongkar kegiatan ajaran Subud, Ajaran Kebatinan dan seumpamanya. Jadi untuk membongkar ajaran Muhammad Akhir ini,kalau sebenarnya salah bukanlah sukar benar.Jika ajaran Muhammad Akhir ini, misalnya satu bentuk ajaran Tariqat seperti Tariqat Ahmadi, Naqsyabandi, Samaniah,Mufaradiah atau Qadariah lebih mudah mengecamnya, fikirku dengan keyakinan yang penuh dan tepu. Pak Mat Itam tidak akan lepas dariku kali ini. Muhammad Akhir tidak akan lama dapat mengelakan soalan-soalan ku! Begitulah yang menjadi azamku kali ini.Sehingga ini kerjaku selaku wartawan penyiasat rahsia belum pernah gagal! Dan aku tidak akan mahu gagal lagi!
Lebih penting dari itu, Ketua Pejabatku sudah memberi persetujuannya untuk aku menumpukan perhatian membongkar rahsia kegiatan Muhamad Akhir ini. Beliau menyetujui atas dasar ambil beratnya terhadap bertambah banyaknya bilangan orang yang mengaku-ngaku sebagai pemoden agama Islam, hingga ada yang mendakwa diri menjadi Imam Mahdi.Tetapi tidak lama sesudah itu,tersiar khabar kononnya Tuk Syekh,Tuk Khalifah dan Tuk Guru itu menjadikan wanita mangsa kebuasan hawa nafsu mereka.Terlalu ramai orang yang disesatkan iktiqadnya oleh ajaran Tariqat yang macam-macam itu. Malah khabarnya Komunis juga memperalatkan Islam untuk cuba menjahanamkan kerajaan pilihan rakyat sendiri! Itulah alasan mengapa akhbarku merestui penyiasatan kegiatan Muhammad Akhir itu.Dan ruangan untuk rencana-rencana yang kelak akan menjadi saluran membongkar kegiatan itu sudah siang-siang disediakan.Hari Ahad ini,satu rencana permulaan mesti kusiapkan tentang kes ini. Jadi kalau Muhammad Akhir tidak ditemui, akibatnya aku akan dianggap gagal oleh Ketua. Inilah yang mesti ku elakan.
Dalam berfikir-fikir itu aku sudah masuk ke satu jalan mengarah ke Kelang, Jalan Kelang Lama kata orang dikawasan itu. Lalu lintas sedikit sibuk.Jadi perjalanan kurang lancar. Motokar dan lain lain jenis kenderaan berderetan berbatu-batu. Kilang Stout Cap Anjing sudah jauh lepas kebelakang. Sekarang tiba dihadapan workshop kecil yang kata Pak Mat Itam menjadi tanda mengenal lorong arah kerumahnya. "Orang kedai workshop itupun tahu kalau ditanya dimana rumah Pak Mat !katanya. Dengan susah payah dapat juga ku berhentikan motokar kekanan jalan. Kemudian menyeberang lagi keworkshop itu dan bertanyakan seorang budak India yang tanganya bergelumang dengan minyak hitam. Kusut masai keperangan rambutnya.Seluruh bajunya juga berketumpam dengan minyak. Dia tidak lebih dari dua belas tahun hidup di dunia ini barangkali. Kepada budak ini aku bertanya.Dan dia segera merujukan kepada seorang pemuda yang kurus tinggi dengan pakaiannya bersekali dengan baju warna biru. Dia ramah orangnya. Dan sedang leka menyudahkan kerjanya ketika ku hampiri. kakinya saja yang tampak sebab sekerat lagi badannya terselindung dibawah sebuah motokar Mercedes seratus sembilan puloh yang dibaikinya. Tanpa keluar dari bawah perut motokar buruk itu dia menjawab soalanku. Panduannya mudah aku fahami.Dan setelah mengatakan terima kasih aku masuk ke lorong yang kecil berlumpur sebab baru tadi di basahi hujan. Sekarang pukul lima setengah petang. Kalau Pak Mat tidak bohong,sepatutnya dia berada di rumah ketika itu dan setengah jam lagi mungkin keluar mengangkut Abdul Fatah pulang dari sekolah.
Lorong itu berlopak-lopak air. Dan benarlah kawasan itu memang kawasan setinggan yang tumbuh mungkin sesudah peristiwa Tiga Belas Mei.Hampir suku jam aku berjalan itu, tibalah aku ketempat yang dituju. Jendela rumah Pak Mat itam, katanya bercat kuning.Dan tampaklah rumah itu dari lorong agak beberapa langkah saja jaraknya. Seorang tua duduk dimuka pintu. Dia berpakaian serba hitam. Kelihatannya seperti Pak Mat Itam saja. Dia juga seperti merenung kearahku. Ketika itu terfikir pula, kalau orang tua itu hendak bohong , mengapa dia tidak bohongkan juga tempat kediamanya? Mengapa dia hanya bohong tentang rumah Khalifahnya? Tiba-tiba terdengar suara orang itu;
"Betul Encik,sini!...Encik cari rumah saya,kan? "Dan ku lihat orng tua itu turun ke tanah dan melambai-lambaikan tangannya ke arahku. Dia menanti. Dan sejurus kemudian kami sudah berdepan, saling bersalaman dan tanya bertanya kabar. Pak Mat Itam menjemput aku naik masuk ke rumahnya yang sederhana besarnya itu, tetapi rapi benar kelihatan dengan kebersihan yang cukup terjaga. Rumah itu dibuat dari papan sayung dan dicat putih. Langsirnya warna merah kesumba dari kain jenis jarang berbunga-bunga kaitan. Tidak ada gambar manusia terlekat pada dinding sebelah dalamnya. Apa yang menghiasi dinding itu hanya beberapa buah frame gambar yang mengandungi ayat-ayat Quran dari Khat yang indah-indah. Ada sekeping gambar kuda berwajah manusia lengkap dengan mahkotanya dan bersayap dua. Pada bahagian atas pintu masuk ke rumah itu, ada sebuah frame mengandungi ayat kalimah syahadah dan kalimah Rasul berlatarbelakang hijau dan pada tulisannya bergemerlap peperak. Lantainya dialas dengan tikar getah warna hijau tua.
"Silakanlah Encik,duduk!"kata Pak Mat. Dan aku duduk. Seketika,muncul dari langsir ke arah ruang dapur rumah itu seorang wanita muncul berpakaian batik dan berbaju merah kesumba.Tercengang aku seketika melihat wajahnya. Dia sungguh cantik, dengan rambutnya yang panjang lebat terhurai di kiri kanan bahunya. Wajahnya mirip Citra dewi, seniwati Indonesia yang terkemuka itu.Hanya dia buta. Dan butanya itu mudah dilihat apabila dia berjalan dengan tongkat aluminium di tangan kanannya. "Siapa?"katanya dengan suara lembut kemanjaan, salah-salah dengar ada bunyi suara saadiah saja.Pak Mat Itam tahu aku terpegun dengan kecantikan isterinya itu, kerana secara berbisik dia berkata; "Haa,kan! Pak Mat Itam dah kata, kalau tak sebab matanya itu, makcik ni tak patut dok kat rumah Pak Mat ni? "Aku tersenyum memandang Pak Mat Itam sambil tunduk "Siapa?" tanya isteri Pak Mat Itam lagi. "Ni kawan saya ni..."sahut Pak Mat.
"Ooo! kami nak sembahyang Asar. Dalam plask tu ada air, buatlah minuman! "katanya. Dan dia segera menghilang di balik langsir itu. Pak Mat berbual-bual sejurus denganku, dan dari perbualan itu dia memberi tahu masanya panjang hari itu, sebab tidak diperlukan Cik Puannya dia pergi mengambil anak majikannya itu pulang dari sekolah. Sedap sedikit rasanya hatiku. Tidaklah sia-sia datang mengotor-gotorkan kasut masuk ikut lorong yang becak tadi. Lagipun memang banyak hal yang ingin kutanyai Pak Mat Itam setelah sepanjang minggu ini aku mendengar dengan cukup teliti rakaman cerita Pak Mat Itam dalam pita kaset yang dipinjamkan Tuk Kadi kepadaku untuk mendengar kandungannya. Cerita Pak Mat Itam sudah cukup jelas kepadaku. Dan dari cerita itulah beberapa persoalan sudah siap ku rangka untuk dijawab orang tua itu. Pak Mat Itam masih di ruang dalam, apa yang dibuatnya dia sajalah yang tahu, selain Tuhannya! Seketika, dia muncul ke ruang tetamu rumahnya dengan menatang sedulang air. Ketika dia bongkok meletakkan dulang itu ke lantai, ku lihat kopi O yang masih berasap. Dan ketika itu juga terasa keringnya tekak.
"Minumlah!"kata Pak Mat.
Pucuk dicita, bisik hati dan tempoh tidak kubuang lagi. Sekali hirup isi cawan sudah setengah. Kopi O yang pesam-pesam itu, bukan main enaknya. Pak Mat Itam segera memenuhkan cawan. Dia sendiri minum beberapa teguk dengan tertib sekali,jauh berbeza dengan cara aku minum yang begitu gelojoh itu. Bagiku yang sehingga saat itu, seluruh kelakuan berpandukan apa yang baik pada akal semata-mata, minum gelojoh-gelojohan begitu apalah salahnya? Tetapi kuperhatikan ada tanda-tanda kurang senang dalam sinar mata Pak Mat yang sekali-sekala melihat aku menerusi kerlingan, sambil pura-pura minum itu.
Kami berbual-bualan mesra,saling bertanya kabar antara satu sama lain.Bercakap dan bercerita soal hidup sehari-harian masing-masing.Sumber mendapatkan wang memakan masa agak beberapa belas minit dalam perbincangan itu.Kemudian secara pintar dan halus orang tua itu mendapatkan latarbelakang diriku,perkejaan,dimana tempat kerja,sudah beristeri atau bujang, sekolah sehingga peringkat mana,dari mana asal kampung halaman,siapa pula asal keturunan,apakah jenis sukubangsa Melayunya asalku Minangkabau, Bugis, Jawa, Sunda, Mendahiling, Rawa, Kampar, Batu Bara atau apa? Semua diselongkarnya dengan cukup licin dan pintar.Tetapi soalannya yang lebih terperinci ialah berkenaan dengan latarbelakang pendidikan agamaku.
Episod 9 Semua soalan itu aku jawab setepat-tepatnya,sebab tidak ada suatu apapun yang hendak ku sembunyikan.Pak Mat Itam pula menceritakan hal dirinya setiap kali soalannya berjawab,dengan cara itu aku terpaksa membalas budinya menjawab apa yang ingin diketahuinya daripada aku sendiri,berkaitan dengan diriku sendiri pula.Dari percakapan itu, tahulah aku Pak Mat Iama ini, tinggi budi bahasanya,cukup sopan santunnya, dan jujur lagi terus terang orangnya, tajam pula akal dan daya tanggapannya.Dalam perkiraanku, jika beliau mendapat pendidikan Akademik yang lebih tinggi dari darjah Tiga Sekolah Melayu di Kampung Jawa, Pulau Pinang itu, dia tentulah bukan seorang drebar sekarang, tetapi mungkin seorang Pegawai Daerah ataupun seorang Menteri, paling tidak Ahli Majlis Kerja Negeri. Dan jika beliau bersekolah Agama dengan Pengatar Bahasa Arab, tentulah beliau akan digelar orang Sohibul Fadilah kalaupun tidak Sohibus Samahah! Pengetahuannya mengenai ehwal semasa begitu lengkap, tandanya dia sering mengikuti siaran Radio-TV Malaysia dan juga membaca akhbar harian. Adab, tertib, sopan santun dan maruahnya cukup terjaga sepanjang-panjang berhadapan dan berbualan denganku itu.Beliau kini ,bukanlah Pak Mat Itam seperti yang ditunjukkan kepada Syekh Abu Sufian Al-Iraqi dan juga Ustaz Abdul Kadir di Pejabat Tuk Kadi itu dulu.
Penelitian itu membuat aku berfikir panjang-panjang betul! Kalau Pak Mat Itam yang menjadi pengikut Muhammad Akhir bin Ali itu, demikian keadaannya, betapa halnya dengan Muhammad Akhir bin Ali, orang yang jadi ikutannya sendiri? Terkenang itu, aku kesal panjang membuat prasangka yang tidak sewajarnya akan perwatakan , diri dan peribadi orang tua itu. Aku merasa diri sendiri belum cukup adab, kalaupun tidak boleh dikatakan biadab, tatkala berhadapan dengan orang tua itu. Dia kelihatan jauh lebih tenang daripada gerak-gerinya ketika berhadapan dengan Syekh Abu Sufian AlIraqi dulu. Oleh keadaan yang demikian, aku terfikir pula, tidak mungkin kah orang yang dikatakan Pak Mat Itam itu Muhammad Akhir ialah dirinya sendiri?Tetapi ketika teringatkan sifat nya seberapa oleh menunjukan keinginan bercakap ingin bercakap benar maka sangkaan itu layu sendirinya.Agak sejam kami soal menyoal mengenai latar belakang diri masing masing itu, akhirnya Pak Mat menyoal dengan bahasa yang teratur: "Pak mat jangka,Encik Mashud ni ada hajat? katanya sambil legat merenung mukaku. "Kalau tak ada hajat , jarang orang tiba kepondok buruk Pak Mat ni!"katanya. Soalan itu sungguh memerangkap aku.Dan tidak ada jalan lain lagi kecuali membenarkan jangkaannya itu Dan beliau nampaknya puas hati malah senang hati dengan jawapanku yang terus lagi terang itu. Dia memperbaiki silanya dengan penuh tertib. Dan dia memasang sebatang rokok. Dia berfikir -fikir juga dalam pada menikmati hijau tumbuh-tumbuhan diluar jendelanya yang sesekali menggelebang dimainkan angin petang itu.
Tiba-tiba kata Pak Mat,"Maafkan Pak Mat ni sekejap, Pak Mat belum bersembahyang Asar lagi! Duduklah dulu! katanya. Aku ngangguk dan tanpa sepatah katapun lagi orang tua itu berdiri lalu menuruni tangga.Aku terasa bersalah benar,sebab aku sendiri belum sembahyang Asar. Sebenarnya aku ni memang culas dan lalai sembahyang. Seketika duduk-duduk sambil berfikir-fikir itu, Pak Mat Itam datang lagi dari ruang dalam, lalu duduk semula ditempatnya. Wajahnya lebih bersih dan tenang.Kesan-kesan air sembahyang masih jelas dibulu kening , misai serta janggutnya. Mulutnya masih kumat-kamit membaca sesuatu. Dia memperkemaskan silanya.kemudian meraba-raba teko, lalu merenung aku sekilas. "Hangat lagi kopi ni, Encik! tambahlah! ujarnya.
Dia menuangkan kopi kecawanku. Kami minum pula.Perhatianku tertarik pada cara orang tua itu minum dengan penuh tertib sehingga meletakkan cawan itu juga tidak meninggalkan sebarang bunyi. Dan setiap kali selesai saja dia menelan minuman terdengarlah ucapan kesyukurannya pada Allah. Mungkin inilah perubahan perangai yang dikatakan Pak Mat Itam terjadi atas dirinya selepas berkenalan dan sentiasa menerima nasihat Muhammad Akhir itu. Semuanya ini menjadikan aku merasa semakin tertarik untuk berhadapan dengan Muhammad Akhir yang kata orang tua itu lebih muda usianya dari usianya sendiri.
"Pak Mat dah bagi tahu sama Encik, kisah diri Pak Mat ni...."katanya dengan tenang. Sejurus kedang-kedip saja matanya dan sesekali dia tunduk sambil sambil mengatakan Allah Akbar! Aku terus menelinga dengan penuh minat. Mungkin sebab itulah Pak Mat Itam meneruskan katanya lagi "Dulu di Pejabat Tuan Kadi, Encik ada, Encik dah dengar juga cerita Pak Mat.Kalau dulu memang cakap Pak Mat ni, sepuluh patah sepatahpun pun belum tentu dipakai.Tapi selepas berdamping dengan Muhammad Akhir tu, Pak Mat dah tak pandai lagi nak buat bohong! Pak Mat rasa macam beliau tu ada saja memerhatikan kelakuan Pak Mat! ujarnya dengan penuh yakin dengan apa yang dicakapkannya itu. Ketika itu timbul semacam fikiran dalam hatiku,dan tidak sempat disemak-semak lag fikiran itu terucapkan dilidah.
"Pak Mat ni semacam beriman dengan Muhammad Akhir tu aje nampaknya? " kataku. Pertanyaan itu membeliakkan mata orang tua itu.Bersinar-sinar matanya seketika merenung aku. Tetapi segera beliau tunduk sambil mengucap-ucapkan astaghafar berkali-kali. Dia menggeleng geleng kecil. "Tak sesuai Encik, kata "beriman" tu dipakai pada menyatakan kepecayaan penuh Pak Mat sama Encik Muhammad Akhir tu! Dia bukannya "Nabi", Rasulullah pun bukan! Tapi Pak Mat percaya betul pada nasihat-nasihatnya. "Mengapa! Orang seumur Pak Mat lebih dulu makan garam, macam mana boleh bertuankan Muhammad Akhir yang Pak Mat sendiri kata, usianya jauhl ebih muda dari Pak Mat? Dari universiti Islam negara manakah agaknya Muhammad Akhir tu belajar?"kataku memotong cakapnya. Aku kurang sabar sebab Pak Mat bercakap kali ini cukup berhati-hati memilih dan menyusun kata-katanya .Orang tua itu senyum saja. Seketika, dia seperti mencari-cari sesuatu dalam mukaku. Lalu sahut orang tua itu pula. "Muhammad ibni Abdullah yang yatim lagi piatu, dengan segala kemiskinan yang ada padanya, sehingga beristerikan janda kaya Arab (dua kali), sebelum Allah Taala melantiknya sebagai Nabi lagi Rasul, yang dengan nabwahnya itu baginda menjadi Nabi terakhir lagi ketua. Ketua segala Nabi-nabi Allah, lagi kekasih Allah sehingga gelarnya saja"Sollallahu Alihiwasallam". Encik dimanakah sekolahnya, di universiti manakah beliau belajar ugama? Siapakah Tuk Kadhinya tempat beliau belajar ugama? Apakah kitab yang diusung Junjungan kita tu, bila baginda mengajak orang Mekah dari yang sekaya-kayanya Abu Suffia Ibnu Afan, kepada segagah-gagahnya seperti Saidina Umar ibnu Al-Khatab Al-Faruq membawa kepada semiskin-miskin dan sehina-hinanya orang seperti Saidina Biala ibni Rabah ...apakah ijazah ilmiah yang menjadikan penyokong perakuan seperti manusi yang dilantik menjadi Nabi oleh Allh Taala?" kata Pak Mat.
|
|
|
| |
| Cermin Alam ~~ Muhammad Akhir ~~ Episod 3 |
| 11.28.04 (10:42 pm) [edit] |
Episod 4 Begitulah mula kisahnya, pemuda Jaga itu saya kenalkan kepada keluarga Cik Puan Adibah pada suatu hari Jumaat. Susah payah benar saya meyakinkan pemuda itu, sebelum dia mahu menerima tawaran mengajar anak itu mengaji. Dengan iradat Allah akhirnya mahu juga ia. Tetapi dia tidak mahu di bawa bermotokar " Pergilah dulu. pak cik, nanti saya sampai " katanya, ketika saya temui di Masjid Al- Malik Faisal subuh itu. Akibat keengganan itu, ketika sampai di ruang tamu rumah Cik Puan saya kena soal tak habis-habis. Saya sesali sebab tidak memuliakan guru agama. Puas pula saya menerangkan, guru itu sendiri yang menolak. Rupanya cerita itu menarik Cik Puan Adibah hingga katanya " Saya nak sangat memandang wajah ustaz yang keberatan menerima budi orang itu. " Maksudnya itu di kabulkan Allah. Pukul tujuh setengah pagi Jumaat bulan itu pemuda itu pun sampai. Dia dengan seluar dan baju Melayu putihnya, bersamping pelekat yang juga putih. Dia berketayap. Tetapi rambutnya yang panjang itu terjurai-jurai juga keluar ketayap. Dia bercapal kulit buatan tukang melayu di Jalan Melayu depan Masjid India di kuala Lumpur. Seperti selalu, wajahnya tenang tenteram. " Assalamualaikum " katanya setelah memicit loceng pintu pagar. Salam nya di jawab tukang kebun. Dia di soal kemudian di bawa berjumpa saya. Saya naik ke tingkat atas rumah banglo itu untuk memberitahu Cik Puan Adibah. Beliau minta tempoh seketika. Saya disuruhnya memberitahu Halimah tukang masak supaya menyediakan sarapan pagi di meja. Ustaz akan kita ajak makan pagi bersama, kata Cik Puan. Saya pun akur saja lalu turun ke bawah. Pemuda itu saya jemput duduk di sofa. Dia duduk tidak nampak tanda-tanda dia canggung atau kurang selesa. Lepas terletak saja punggungnya di sofa, dia mengatakan Alhamdulillah ! Tatkala itulah Cik Puan Adibah sampai di anak tangga terakhir.
Ia terus masuk ke ruang itu, lalu memandang saya . Saya sedia maklum, lalu berdiri dan duduk di kerusi di luar ruang itu, agak jauhnya kira-kira dapat mendengar percakapan orang di ruang tamu itu. Saya ini konon-kononnya mata-mata rahsia Cik Puan Adibah sejak beberapa minggu ini. Saya perhatikan orang berdua itu sama-sama senyum dan tidak saling berpandangan. Cik Puan tunduk, ia berkebaya hari itu, lengkap dengan kain batik Jawanya, bertudung putih menutupi kepalanya. Apa yang dapat di lihat hanya raut mukanya saja. Anak-anak rambutnya yang ikal mayang itu tidak tertutup oleh tudung. Sejanda-jandanya Cik Puan saya ini, alang-alang anak gadis boleh ke tepi di buatnya. Ada daya penarik istemewa pada Cik puan, ia itu kerlingan manjanya yang menyirapkan darah muda. Selain itu, akal fikirannya tajam. Dan sebagai seorang wanita dia adalah wanita yang paling tenang dan paling sabar pernah saya temui sepanjang hidup saya. Buruk sikit tabiatnya, Cik Puan ini merokok. Keduanya masih senyap. Saya jenguk ke ruang terpandangkan Cik Puan yang kelihatan gugup. Dia menangkupkan kedua tapak tangannya, dan menggesel-gesel lalu tunduk. Apakah di gementar ketika itu ? Tiba-tiba dia bangun dan naik ke tingkat atas. Sejurus lagi, saya di suruhnya naik menuruti Abdul Fatah, anaknya. Saya pun naik dengan hati menggelabah. Apa pula yang salahnya lagi ?
" Itu ustaz ?" soalnya dengan kerlingan separuh marah. Saya ngangguk tak keruan. Berdebar hatinya. Habis agaknya aku kali ini ? " Ustaz itu ? " katanya lagi. " Mak Encik ! " kata saya. Saya tahu saya gementar , kecut ! " Tak ada yang lebih muda dari ustaz tu ? " soalnya lagi. Saya jadi kelu. Sinaran mata Cik Puan menjadi galak. Berkaca-kaca. Dia seperti geram sangat memandang saya. Merah mukanya. " Handsome macam tu, Pak Mat katakan ustaz ?" katanya lagi. Saya tidak pandai sangat bahasa Inggeris, tetapi makna handsome itu tahu jugalah saya, apa ! Tiba-tiba Cik Puan ketawa kecil, entah apalah yang menggelikan hatinya, Allah saja yang tahu. Tetapi saya faham apa yang di ketawakannya. " Rambut panjang, macam Imam orang keling aje, tahukah dia mengaji, Pak Mat ?" ujar Cik Puan lagi sambil mematikan tawanya. Saya tetap senyap, takut kena marah. Angin Cik Puan ini siapa pun tak dapat membacanya. " Jangan-jangan nanti kalau di ajarnya anak saya baca Quran macam orang keling, barulah padan !" sambung Cik Puan.
Ketika kami berbual-bual itu, barangkali kerana tinggal sendiri di rumah yang sepi itu, apalagi pada pagi yang dingin, pamuda itu saya dengar mengaji. Ia membaca surah Al-Mukminun. Itu katanya ketika saya tanya kemudiannya. Saya mendengar suaranya garau-garau dan serak-serak basah itu mengalun, lembut perlahan meresapi indera pendengaran. Bacaan itu mengejutkan Cik Puan Adibah. Merah mukanya dengan tiba-tiba dan sedikit terbeliak matanya. Beliau terpegun seketika. Suara pemuda itu terus membawakan ayat-ayat lazim dari Al- Fatihah hingga ayat demi ayat sampai ke surah Amma Yatasaalun ! Masa itulah Cik Puan dengan berbisik bertanya, " Nama ustaz tu siapa Pak mat ?" Sekali ini baru saya sedar. Satu kesalahan besar sudah saya buat. Saya sendiri tak tahu siapa nama penuhnya pemuda itu. Saya sekadar memanggilnya ' Encik ' atau ' Tuan', mana-mana yang teringat dulu. Sekarang apa akan saya jawabkan ? Tetapi saya melihat ada tanda-tanda Cik Puan meminati pemuda itu. Secara berseloroh saya jawab setelah puas memberanikan hati. " Mak Encik soal sendirilah, kan baik !" Cik Puan baru sedar. Dia barangkali teringat sifatnya yang kurang sopan meninggalkan tetamu itu. Dia menyuruh saya turun dulu, kemudian menurut dari belakang. Ketika saya tiba di kaki tangga saya perhatikan Datuk Abdul Rauf sudah duduk di sisi pemuda itu. Dia menelinga dengan asyiknya. Orang tua itu memang gemar mendengar orang mengaji Quran, apalagi kalau waktu subuh. Beliau menyimpan dalam rakam khanahnya banyak pita-pita kaset bacaan ayat-ayat al -Quran dari qari-qari kenamaan.
Pemuda itu menamatkan bacaannya. Dia menadah tangan lalu membaca doa. Seketika, baru sedar ada orang di majlis itu selain darinya. Ketika terpandangkan Datuk Abdul Rauf dia tersenyum lalu dengan sopan sekali menghulurkan tangannya dengan berkata " Apa khabar, pak cik ?" Kemudian di sahut orang tua itu dengan hormatnya pula.Ketika itu Cik Puan Adibah duduk di tempatnya, bertentangan dengan pemuda itu yang tunduk. Saya lihat Cik Puan gugup lagi seperti tadi. Dan lekas-lekas dia membuka tas tangan, mengeluarkan rokok, lalu ia menyalakan sebatang. Selepas menyedut beberapa sedutan, dia menghulurkan kotak rokok itu kepada tetamunya. " Jemputlah ! " pelawanya. Pemuda itu memandang tepat ke dalam matanya tanpa sepatah kata. Seketika terdengar dia menjawab dengan geleng. " Tak, makruh hukumnya tu!" katanya. Dia tunduk. Datuk Abdul Rauf bertanya-tanya sesuatu tentang diri pemuda itu. " Nama saya Muhammad Akhir, Pak cik," sahutnya. " Orang tua tuan ?" " Ali bin Abdullah Al- Hafiz," " Asal tuan dari mana?" kata Datuk Abdul Rauf lagi. Ada tanda-tanda kurang seronok di wajah pemuda yang namanya kini sudah saya ketahui Muhammad Akhir bin Ali bin Abdullah Al-Hafiz itu. Ketika itu Cik Puan mencelah dengan katanya " Ayah pun semacam semua nak di usul periksa!" Tetapi semakin tebal rasa kurang senang Muhammad Akhir dengan lagak laku Cik Puan itu. Bersinar jelingannya. Dia menutup marahnya itu dengan senyum. "Tak mengapa Cik. Asal saya dari Perak, Hilir Perak”. Datuk Abdul Rauf puas dengan jawapan itu. Tanpa sepatah kata lagi beliau berdiri, niat hatinya akan beredar semula ke biliknya. Terketar-ketar beliau bangun itu, jelas tongkat yang di tangan beliau itulah pembantu utamanya untuk berdiri. Cik Puan memandang ayahnya sejurus, katanya " Duduklah dulu, ayah! Ustaz ni datang ' Dah jemput, minta tolong ajarkan Fatah mengaji Quran sampai khatam!' Datuk Abdul Rauf tidak jadi melangkah. Dia membetulkan selimutnya di bahu. Merenung seketika muka Muhammad Akhir, ia membaca lagi riak muka anaknya. " Eloklah tu. Pandai ustaz muda ni mengaji. Mudah-mudahan cucu aku pun boleh mengaji, pandai macam ustaznya" katanya. Dia barangkali mungkin memikirkan hal yang jauh dari itu. Seketika, orang tua itu mengatur langkah ke ruang dalam rumah. " Ayah nak ke mana ?" " Aku ni sejuk ! Tak tahan belakang duduk lama-lama. Cepat lenguh. Nanti bila kamu tua macam aku ni, barulah kamu tau ! sahutnya. Beliau terdiri juga bertopang pada tongkatnya. " Kalau boleh saya tau, pak..."kata Muhammad Akhir lalu merenung muka orang tua itu, " sejuk yang macam mana tu ? " sambungnya. Datuk Abdul Rauf duduk semula. Ia mengurut-ngurut lututnya. " Begini, mula-mula dari ujung kaki, hingga ke sini " katanya menunjukkan lutut. " kalau sudah sampai di lutut ni, sengalnya bukan main. Nak sujud pun bukan main sakit rasanya. Kalau pagi sejuk-sejuk macam ini, kalau tak pakai air hangat, tak daya nak ambil air sembahyang ! katanya. Muhammad Akhir yang menelinga rapi tadinya,tunduk.
Episod 5 Seperti lazimnya apabila dalam keadaan begitu di redupkannya matanya. Ia membaca sesuatu yang jelas cuma desas-desus, tetapi kalau suasana betul-betul hening mudah saja mendengar bacaannya itu. Surah Fatihah dan Surah Ikhlas di ikuti selawat akan Nabi untuk beberapa kali. " Boleh saya jamah tangan pak cik ni ? " katanya. Orang tua itu merenung muka anaknya, lalu ke muka saya lantas ke muka Muhammad Akhir yang berjanggut dan bermisai halus-halus berandam rapi itu . Tanpa sepatah kata jua Datuk Abdul Rauf menghulurkan tangannya. Muhammad Akhir memegang pada urat nadi tangan yang nyata benar telah lusuh dan banyak kedutan pada kulit yang kendur itu. " Begini, tak silap saya, umur pak cik ni dah masuk keenam puluh lapan tahun, dua atau tiga bulan lagi, genap enam puluh lapan tahun ! Jantung pak cik ni sihat. Cuma darah kurang kuat. Janganlah pakai sangat cakap saya ni. Tapi kalau nak cuba boleh. Cuba cari burung merpati yang baru tumbuh bulu, sembelih, buat sup, lebihkan sikit halia, bawang putih, jintan dan rempah , lada hitam dan sedikit lada sulah ! Pagi-pagi amalkan minumnya. Cubalah agak tujuh hari. Kalau dengan izin Allah, eloklah nanti..."katanya.
Tangan Datuk Abdul Rauf di lepaskannya dengan santun. Dia tunduk. Orang tua itu tercengang. Cik Puan Adibah juga terpempan. Kedua beranak itu berpandang-pandangan. Akhirnya Cik Puan merenung muka saya. Saya lekas menggeleng-geleng, sebab saya memang tak pernah sebut usia orang tua itu kepada Muhammad Akhir. Ketika itu Datuk Abdul Rauf pula merenung muka saya. Saya menggeleng-geleng sekali lagi. Orang tua itu menggeleng kecil. " Macam mana anak ni tau kan umur pak cik ?" katanya. Muhammad Akhir tidak lekas menjawab. Dia tetap tunduk.Seketika barulah dia bersuara. " Wallahualam, pak cik. Saya tau saja ! Sekali lagi orang berdua beranak itu menjadi pelik sepelik-peliknya, tetapi sepertikan takut hendak bertanya lagi.Ketika itu wajah Cik Puan menunjukkan rasa lebih hormat kepada tetamu yang tadinya meragukannya itu. Muhammad Akhir masih tunduk juga. Dia seperti tafakur.
" Lenguh-lenguh belakang pak cik tu bukannya apa-apa. Urat tersilang, ada yang pak cik pukul tak kena tepat, tiga empat belas tahun dulu. Sekarang, bila darah mulai lemah, baru timbul, " katanya. Sekali lagi mata Datuk Abdul Rauf terbeliak .
Dia ingat tiga belas tahun dulu dalam satu perlawanan golf, dia tersalah pukul bola, hingga menyeliuhkan belikatnya. Tapi soalnya bagaimana orang muda ini boleh tahu kejadian itu semuanya ? Siapa yang beri dia tahu ? Sedangkan baru pagi ini dia datang ke rumah ini dan mengenali dia ? Mungkin itu di fikirkan oleh ayah Cik Puan ketika itu. " Betul nak, memang tiga belas tahun dulu belikat pak cik terseliuh sebab tersilap pukul bola golf. Tetapi macam mana anak ni boleh tau ?" kata Datuk Abdul Rauf. Sekali lagi Muhammad Akhir menjawab dengan " wallahualam " menjadikan orang dua beranak itu bertambah takjub. " Pak cik mintalah Pak Mat ni carikan tukang urut, tiga pagi berturut, betullah urat tu !" kata Muhammad Akhir lagi. Sesudah itu ruang itu senyap semula . Datuk Abdul Rauf pergi setelah meminta diri . Dia terus ke biliknya. Mungkin berbaring orang tua itu. " Macam mana ni, Pak Mat ?" tanya Muhammad Akhir dengan tiba-tiba. Matanya berkaca-kaca merenung mata saya. Saya tergamam seketika. Meremang seperti mendakwa, sudah selama ini di ruang ini, cerita belajar tak juga timbul, apakah hal nya ? Saya merenung Cik Puan yang tunduk memikir-mikirkan sesuatu. Mungkin beliau terasakan dirinya di pandang itu, lalu lekas beliau mendongak memandang saya pula. " Duduklah, Pak Mat " katanya . Saya pun duduk jauh dari situ. " Terima kasihlah.. " ujar Cik Puan merendah diri saja bunyi suaranya. Dia penuh tertib ketika mengucapkan itu. " Terima kasih pada siapa ?" kata Muhammad Akhir. " Kepada Cik Muhammadlah " sahut Cik Puan. Muhammad Akhir merenung wajah Cik Puan, legat seketika. Dia tunduk. Menggeleng-geleng, dia berastaghfar sendiri. " Mengapa tak berterima kasih kepada Allah ?" sahutnya. Cik Puan merenung muka saya kembali seperti minta di bantu. Tapi lidah saya juga terasa seperti kena pegang ketika itu. " Mehhh ! Dikurniakan Allah kemewahan hidup sebegini, puan boleh terlupakan Allah Taala juga ?" katanya. " Maaf ustaz, saya tak lupakan Tuhan !" kata Cik Puan. Tetapi cakap itu di potong segera oleh suara Muhammad Akhir. " Tuhan itu bukannya sama dengan Allah Taala. Tuhan memang ramai manusia ingat. Tuhan duit, Tuhan cantik, Tuhan mudah, macam-macam tuhan lagi.Tuhan pangkat darjat, tak terkecuali. Yang afdal di ingat bukanya Tuhan, tapi Allah Subhanahu Wataala" katanya, tegas. Cik Puan seperti patah lidah. Lama baru di beranikannya hati untuk menjawab. " Allah juga, saya tak lupa, ustaz." "Panggil saya, 'saudara' saja. Saya bukannya ustaz " " Baiklah saudara, " sahut Cik Puan. Pada kata 'saudara' itu di tekannya suara seperti memperli. Tetapi Muhammad Akhir menyambutnya dengan senyum lagi. " Saya mungkin jahil, tapi Allah tak saya lupakan " kata Cik Puan dengan berani. Suaranya sedikit marah. " Berapa kali ? Bila ? Cuma dalam sembahyang ? Lepas sembahyang lupakan Allah ? Lupakan Allah itu kafir !. Kalau cuma ingat Allah masa sembahyang saja ertinya Islam bila sembahyang , kafir di luar sembahyang . Islam macam itu tak jadi , tak sempurna ! Islam bila sesak namanya, kafir bila dah senang !. Sekali ini merah muka Cik Puan yang putih bersih kulitnya itu. Dia menggigil menahan perasaan. Gementar tangannya. Lekas-lekas ia mengambil rokok dan membakar sebatang lagi hujungnya. Dia merokok. " Makruh, tak elok perempuan merokok, merosakkan paru-paru " kata Muhammad Akhir seperti bercakap sendiri. Cik Puan marah benar dengan sindiran itu. Ku kira habislah ! Hilang cerita minta ajarkan anak mengaji, timbul cerita lain. Tetapi aku menjadi hairan betul. Cik Puan mengambil tempat abuk rokok, ditenyeh-tenyehnya rokok itu sampai terbit tembakaunya " Alhamdulillah" kata Muhammad Akhir dengan tenang.
Ruang itu menjadi sepi sesepi-sepinya.Tidak ada suara.Degup jantung seperti terdengar-dengar saja Muhammad Akhir seperti dalam keadaan tafakurnya yang lama. Tiba-tiba katanya: "Pak Mat beritahu saya, katanya Puan minta saya ajarkan anak Cik Puan mengaji? "Benar!" "Berapa orang?" "Anak saya cuma sorang!" "Lelaki?" Cik Abidah mengganguk.Dia sudah tenang kembali. Rapi-rapi menelinga. Hatinya sedikit tersinggung, sebab Muhammad Akhir bercakap itu tidak memandang mukanya. Naluri keperempuannya mungkin membuat dia merasa terhina. "Namanya?" "Abdul Fatah." "Nama ayahnya?" "Muhyiddin." "Orangnya tak sebaik namanya! Kemana dia?" Cik Puan terdiam lagi.Pucat sedikit mukanya. Sekali lagi dia memandang saya seperti meminta bantuan fikiran. Saya isyaratkan menyuruh dia menceritakan yang sebenarnya, sebab bagi saya tak ada gunanya berbohong dengan Muhammad Akhir yang lebih lurus dari bendul orangnya ini. Tiba-tiba kata cik puan: "Saya ni janda. Diceraikan oleh ayah Abdul Fatah masa sebulan anak itu dalam kandungan. "Subhanallahhh!"ucap Muhammad Akhir lalu senyap. Dan ruang itu hening pula sejurus lagi. "Berapa bayaran upah mengajar anak saya mengaji quran itu?" kata cik puan dengan bersahaja. Dia tidak menduga soalan itu memerahkan muka Muhammad Akhir dan membeliakkan matanya. Ditenungnya muka Cik Puan seketika. Nyatalah dia sedang menekan perasaan tersinggungnya.Tiba-tiba dia senyum dan wajahnya tenang kembali. "Puan ada baca kisah Nabi Muhammad s.a.w?" "Ada!" "Ada atau tidak diriwayatkan berapa dirham rasulallah kita mengambil upah mengajar manusia membaca ayat Iqrak?" Soalan itu membuat Cik Puan saya terpegun sekali lagi. Dia tewas lagi, nyatanya. Merah mukanya menahan malu. Dia tunduk. "Tapi saudara ni bukanlah nabi?" "Saya tak mendakwa diri saya Nabi, tapi labi-labi pun tak boleh orang kata saya ni. Cuma saya mengikut perjalanan dan amal perbuatan Nabi Muhammad s.a.w seberapa yang terdaya. "Tapi saya mampu membayar upah anak saya belajar mengaji!" "Kalau begitu carilah orang yang mencari rezeki mengambil upah membaca ayat-ayat Allah. Saya ni miskin, Puan, tapi tulang empat kerat saya ni masih kuat bekerja. Saya tak perlu berjual ayat Quran untuk mencari rezeki! Minta dirilah saya! katanya. Dia sudah berdiri.Cik Puan sekali lagi pucat. "Maaf!" katanya. "Mintalah keampunan Allah , sebab menghina Qalamnya." "Maksud saya, kalau cakap tadi menyinggung saudara, maafkanlah saya....saya tidak tau. Jemputlah duduk dulu, sekejap jadilah!" katanya. Suaranya seperti terkulum dan entah kerana apa Cik Puan seperti hendak menangis tatkala itu. Murung mendung wajahnya. Muhammad Akhir duduk. Dia membuang pandang keluar jendela. "Saya minta berkat saudara mengajar anak saya mengaji.Tolonglah, seikhlas hati saya minta tolong," rayunya dengan ikhlas. Muhammad Akhir terdiam. Dia menekur seketika. Tanpa mengangkat mukanya lagi dia mengatakan: "Kalau begitu, Insyallah! Tapi jangan kecil hati, Puan. Saya cuma dapat mengajar anak ini hingga selesai ia membaca Surah Al-Baqarah. "Satu alif pun, alhamdulillah!" kata cik puan. "Sudah kenalkah dia huruf-huruf al-Quran?" "belum!" "Kalau begitu, insyaallah, saya mulai mengajarnya esok. Lepas maghrib ,disini. Sediakanlah satu tempat yang suci dan sunyi." "Baiklah,saudara"kata Cik Puan.Mukanya berseri semula. "Jangan kata begitu! sahut Muhammad Akhir. Dia merenung muka Cik Puan sekali lagi. "Katakan Insya Allah!" "Insya Allah!" "Puan sendiri, kenal betulkah Puan akan Allah?" Soalan akhir itu memucatkan semula muka Cik Puan.Tetapi seketika wajahnya merah lagi,kerana menahan malu. "Secara ikhlas, belum lagi. Belum jumpa orang yang cukup kenalkan Allah untuk menolong saya mengenali Allah." Jawapan itu mematikan lidah Muhammad Akhir. Dia berfikir seketika dengan meredupkan matanya. Kemudian katanya kepada saya. "Baiklah, Pak Mat, beransur dulu!" "Tunggu saudara! Di mana Pak Mat menjemput saudara?" "Insya Allah saya datang ke mari, dengan kuasa Allah jua!" "Baiklah, kalau begitu sudilah minum pagi bersama-sama kami. Ala kadar saja!"kata Cik Puan. "Alhamdulillah! Saya dah terasa kenyangnya. Silakanlah "Rezeki saudara!" kata Cik Puan seperti memujuk. "Baiklah, tapi jangan terasa hati, saya dah bertahun-tahun tak teringatkan makan sangat katanya.
Dengan percakapan itu Cik Puan mempersilakan tetamunya ke meja makan. Disana Abdul Fatah sedia menunggu. Seketika Datuk Abdul Rauf sudah datang dan duduk di kerusinya yang biasa. Muhammad Akhir disuruh duduk pada kerusi yang bertentangan dengan Cik Puan. Saya memanglah tidak boleh masuk majlis itu.Tugas saya melayani tetamu lelaki yang dijemput makan oleh Cik Puan atau oleh ayahnya di meja yang serba mahal hias-hiasannya itu. Hidangan pagi itu agak istimewa dan biasa. Cik Puan membuat laksa Perlis. Beliau sendiri yang memasaknya. Kuah laksa itu ikan puput yang masih baru. Baunya menyelerakan. Sangkaan saya mungkin juga Cik Puan, Muhammad Akhir ini akan kekok menghadapi meja itu dengan pinggan mangkuk yang serba indah, serba mahal, dihiasi dengan hiasan tembikar yang paling tinggi mutunya.Tembikar itu jenis tembikar Cina yang paling mahal dapat dibeli di tanah Melayu ini. Tetapi jangkaan itu salah. Muhammad Akhir seperti biasa saja menghadapi semua itu. Sifat kekampungannya, cuma pada pakaian belaka. Ini membuatkan saya berfikir, barangkali dia bukan berasal dari keluarga kampung kebanyakkan. Cik Puan Abidah menyenduk laksa ke Muhammad Akhir. Sudu warna keemasan terletak disisi mangkuk. Kemudian dia hendak menuangkan kopi hangat. "Air apa ini?" kata tetamunya, perlahan. "Kopi! Itu susunya." "Susu lembu?" "Iya!" "Tak dicampur gula?" "Iya." "Kalau begitu bagilah saya susu segelas, air sejuk tak kena ais secawan." "Makanlah laksa ni!" kata Datuk Abdul Rauf yang senyap sejak tadi sambil memerhatikan tetamu anak-anaknya itu dengan penuh minat. Entah mengapa gemar saja dia melihat tingkah laku pemuda itu sejak dipandangnya tadi. "Saya bukan pemakan orangnya, pakcik!" "Rasalah sikit, saya yang memasaknya sendiri, bukan orang gaji!" kata Cik Puan. Mengapa mesti diterangkan begitu, cuma beliau dan Allah saja yang tahu. "Ini banyak sangat ni. Membazir kalau tak habis nanti." "Kalau begitu luakkan sikit,"kata Datuk Abdul Rauf. Cik Puan meluakkan separuh isi mangkuk itu. Itupun masih banyak. Begitu barangkali maksud Muhammad Akhir ketika merenung mangkuk dan menggeleng-geleng. Cik Puan meluakkan lagi hingga tinggak sesuku mangkak laksa itu. Dan kedua orang tuan rumah itu macam tidak percaya dengan apa yang mereka pandang. "Sudikanlah saudara!"kata Cik Puan. "Iya, silakanlah, tuan!" kata Datuk Abdul Rauf. "Alhamdulillah!" sahut Muhammad Akhir. Dia mencekuh sudu, menyudu sedikit dari kuah laksa itu dam merasainya. "Alhamdulillah! Sedap," katanya. Dia makan terus. Saya menelitikan caranya makan itu, cukup cermat dan tertib sekali. Dia mengunyah begitu lama dan lumat sebelum menelan. Lama sekali baru selesai ia makan itu. Sesudah habis isi mangkuk, Cik Puan beriya-iya benar menyuruh tanbah lagi, tetapi ditolak Muhammad Akhir. "Laksa ini sedap benar. Saya takut kalau terlupakan Allah, asyik dek makan laksa!" katanya bersahaja. "Alhamdulillah, bersyukur aku atas rahmatMu, ya Allah" katanya. Dia minum susu beberapa teguk lalu meletakkan gelas. Diminumnya lagi beberapa teguk hingga habis. Sekali lagi dia mengucapkan Alhamdulillah. Tiba-tiba dia terpandang suatu botol dipinggir meja. "Itu madu lebah? katanya. "Iya,"sahut Datuk Abdul Rauf. "Tak asli?" "Iya, lebah madu lebah Australia!" "Yang afdal madu lebah Tanah Melayu, atau dari Indonesia. Lebih baik kalau madu lebah dari Hadarah maut! Tapi bolehkah saya dapat agak sesudu besar dengan izin Allah?" katanya. Cik Puan dengan tertibnya membawakan botol madu lebah itu. Muhammad Akhir menyudu penuh sesudu. Dia memasukkan ke mulut dengan tertibnya. Setelah menelannya, dia bersyukur lagi. "Kata Rasullullah kita, madu ini, makanpun ia, minumpun ia, ubatpun ia!" Muhammad Akhir minum air sejuk pula. Sesudah itu ia bersandar di kerusi menunggu Cik Puan dan Datuk Abdul Rauf sudah makan. Abdul Fatah memerhatikan setiap perbuatan dan gerak geri tetamu ibunya itu dengan senyap sambil makan. Dia tidak berani membuat kerenah. Tunduk dan tertib ia ketika itu. Akhirnya selesailah semua orang makan. Muhammad Akhir mengangkat tangan, setelah membaca al-fatihah. Dia berdoa dengan lancar dan fasih. Selesai berdoa itu saya pun datang mendekati bila dipandang Cik Puan.Saya tahu isyarat itu ertinya menyuruh menghantarkan tetamu pergi barang ke mana jua dengan motokarnya sendiri. Begitu adat Cik Puan kalau menghormati tetamu. "Pak Mat, hantarkan saudara ni! katanya. "Tak payahlah. Alhamdulillah atas ingatan Puan. Maaf saya, Pak Cik. Halalkan rezeki ini. Beransur saya dulu. Assalamualaikum!" Dan salam itu disahut Datuk Abdul Rauf bersama Cik Puan. Saya mengiringi Muhammad Akhir ke pintu.Tiba-tiba dia berhenti membisikkan sesuatu ke telinga saya. "Pak Mat tak sembahyang Subuh tadi, kan?" Saya tersentak dan tak berani menjawab soalan itu.Tekaannya memang betul. "Hari dah petang, Pak Mat! Allah lebih utama dari Cik Puan Pak Mat itu!" katanya. Ketika itu Cik Puan sudah sampai di belakang kami. Dia menghantar tetamunya hingga ke pintu. Beriya-iya benar beliau menyuruh saya menghantar tetamunya itu, tetapi pelawaannya ditolak dengan manis. Muhammad Akhir berjalan terus keluar perkarangan rumah besar tersegam itu tanpa menoleh-noleh ke belakang lagi.
Episod 6 Begitu kisah beliau berkenalan dengan keluarga majikan saya ini.Saya merasa gembira, kerana dia diterima mengajar anak tunggal majikan saya. Saya sebenarnya mahu banyak bertanya tentang Allah kepada Muhammad Akhir ini .Kalau sudah dia mengajar anak majikan saya mengaji al-Quran tentulah banyak kesempatan itu terbuka untuk diri saya. Dia telah hilang dari pandangan. Ketika itu pukul sembilan pagi Jumaat. Saya terkejut bila ditegur Cik Puan secara mendadak ketika itu. Beliau mengajak saya duduk di sofa. Saya fikir apalah benar yang tidak kena lagi. Kiranya dia menceritakan sesuatu yang sungguh memeranjatkan saya. Kata beliau: "Berapa lama dah Pah Mat kenal Encik Muhammad itu?" "Lama, dekat setahun dah!" "Di mana?" "Masa saya kerja dengan Jepun dulu tu,Cik Puan!" "Pak Mat jangan kata saya mengada-ngada, tapi kini yang sebenarnya," kata beliau. Dia menekur seketika seperti cuba mengingatkan sesuatu. "Sebetulnya malam tadi saya mimpi berjumpa dengan Encik itu di Masjid Al-Malik Faisal itu. Bezanya dia berjubah putih berserban putih macam perak. Tasbihnya juga putih .Tapi dia tidak bermisai, cuma ada janggut. Mimpi malam tadi sudah kali ke tujuh semuanya. Heran! Mula-mula saya tak percaya, tapi bila bertentangan mata dengan dia, saya tahu, dia yang saya jumpa dalam mimpi itu!" "Maaf,Cik Puan.Apa yang jadi dalam mimpi Cik Puan tu?" "Rasanya dia mengajar saya Kalimah Syahadat. Saya ikut ajarannya itu. Kemudian saya rasa saya dah mati!" "Kemudian?" "Saya terjaga!" Barangkali itu cuma khayalan Cik Puan saja, fikirku.Tetapi tak berani bersuara sebiadap itu. Kalau dia bohong pun itu urusannya. “Saya heran,dah berapa kali saya mimpi macam itu. Malam tadi yang penghabisannya. Saya boleh lupa yang lain, tapi sinar matanya itu sampai mati mustahil saya boleh lupa. Dan bila saya bertentangan mata dengan dia tadi, saya tau, dialah yang saya mimpikan malam tadi, tepat pukul satu!" Saya tidak berani bersuara lagi.Cik Puan menjadi pendiam tiba-tiba saja. "Apa maksud mimpi itu agaknya?"katanya seperti merungut. Selepas itu dia senyap. Selepas sejurus dia minta hantarkan ke pejabatnya di Jalan Ampang. Dan untuk hari itu selesailah cerita yamg sungguh melemahkan akal manusia biasa seperti saya dan seperti Datuk Abdul Rauf dan Cik Puan Abidah itu.
Sekali lagi, siapakah hakikat sebenarnya Muhammad Akhir bin Ali ini?
Pagi itu kali ketiga dia datang kerumah Cik Puan kerana mengajar Abdul Fatah mengaji Al-Quran. Aku disuruh menjemputnya lagi. Dan dia menolak. Dia berkeras akan datang sendiri kerumah itu. Dan setiap kali dia datang , dia tidak akan makan apa-apa kecuali minum air sejuk. Cik Puan Abidah nyatalah sedih hatinya dengan sifat dan perangai Muhammad Akhir itu, tetapi dia tidak berdaya memaksa guru anaknya makan minum dirumahnya. Pagi itu, saya disoal Cik Puan lagi, mengapa balik kosong tanpa guru anaknya? Dan saya terpaksa menjawab berjela-jela. Dan tentulah nanti bila dia tiba, Cik Puan akan mengesahkan benar tidaknya guru anaknya itu tidak mahu dijemput datang dengan motokar Mercedes 280 yang serba mewah itu. Cik Puan Abidah, bahkan Dato Abdul Raof sendiri semakin tertarik dengan Muhammad Akhir yang pemengap dan lurus dan lebih lurus dari bendul itu. Macam-macam soalah yang ditanya oleh Cik Puan tentang diri Muhammad Akhir. KETIKA ITU BARULAH TERGERAK DIHATI SAYA SATU PERASAAN, DAN TERGAMBAR DISANUBARI SAYA SATU GAMBARAN - Gambaran tentang detik dan peristiwa yang akan dilalui oleh Cik Puan Abidah dengan Muhammad Akhir ini apakah akan selesai sekadar hubungan seorang Ibu dan seorang Guru anaknya? Siapakah yang akan tahu apa yang belum didengarnya? Siapakah yang akan percaya pada apa yang akan didengar, sedang pendengaran itu belum dilihat kejadiannya? Malah yang dilihat itu adakah akan menyakinkan sebelum dirasai? Bukankah disini tentangnya terletak perbezaan diantara khayalan dengan kenyataan, antara angan-angan dengan kejadian, antara impian dengan kenyataan?
Begitu yang terfikir diakal saya sepagi itu, ketika selesai bersoal jawab dengan Cik Puan Abidah yang murung saja roman mukanya apabila dilihat beliau motokar yang saya pandu pulang dari rumah Muhammad Akhir, guru Quran anaknya itu, tiba sekosong perginya tadi! jelas dalam ingatan saya, ketika motokar memasuki perkarangan hadapan rumah tersergam itu, beliau berdiri diambang jendela bilik tidurnya, memerhatikan kebahgian belakang motokar. Pandangannya megikut motokar yang sengaja saya perlahankan jalannya itu. Saya hentikan motokar dihadapan rumah, dilorong berturap tar yang sengaja disediakan untuk laluan kenderaan. Sebenarnya fikiran saya sendiri tidak tenang. Hampa juga hati dibuatnya. Mengapa beliau tidak mahu ikut saja datang dengan motokar itu? Dalam berfikir-fikir begitu, saya tidak sedar kaki sudah membawa saya kepintu yang menghala keruang tetamu itu. Ingatan saya masih pada soal mengapa Muhammad Akhir tidak mahu ikut? Tidak sudikah beliau? Adakah apa-apa pantang larang yang diamalkannya, hingga dia tidak dibolehkan ikut menumpang motokar yang dikirim orang untuk kenaikannya? Apa najis atau tidak cukup bersihkah motokar ini, hingga beliau enggan naik kerana mengelakkan najis, atau kotoran menghinggapi pakaiannya? Saya tidak tahu, tidak faham dan sungguhnya tidak mengerti! berfikir-fikir begitu saya sudah merasakan Cik Puan tentu akan menyoal saya, mengapa? Bagaimanakan jawapan saya? Bagaimana kalau jawapan saya tidak meyakinkan beliau? Akan hilang pula pekerjaan saya sebagai drebar keluarga ini?
"Pak Mat, Enciknya ...... mana ? " Kata Cik Puan secara mendadak saja. Saya berpusing seketika mencari dimana beliau berdiri ketika itu. Saya memutarkan pandangan kesekitar rumah itu. Sejurus tampak beliau diambang pintu dapur. Tergerak hati saya hendak menghampiri beliau, tetapi saya perhatikan beliau masuk ke ruang tengah; mungkin saja beliau pergi keruang tamu! saya pun pergi ke ambang pintu menghala ke ruang tamu. Beliau sudah berdiri disana! " Betul-betul ke Pak Mat pergi menjemput Encik Muhammad ? " " Betul , Cik Puan ! " " Betul apa ?" ujar beliau. Keras sedikit suara itu dan tinggi juga tekanan nadanya . Laguan suaranya menjelaskan hati beliau kurang suka. "Dimana rumahnya ?" Soal Cik Puan lagi. Habis dah , habis saya kali ini ! Jahanam ! Punah ! Lingkup saya ! Macam mana nak dijawab soalan ini ? Encik Muhammad kata jangan bagi tahu Cik Puan saya itu dimana rumahnya. Jangan ajak dia kerumahnya . Tapi kalau dia tanya , macam mana ? Cik Puan saya bukan tau bahasa tak boleh ! Nanti telungkup saya nanti ! ' Jangan Pak Mat bagi tau , sekali-kali jangan ! ....... '
Apa salahnya kalau cik puan tau, kalau-kalau saya terdemam ke , sakit kepala ke , atau ada uzur lain ke ' kan ke senang Cik Puan cari sendiri ! ' Kan ke elok beritau ? Nanti kalau tak ada saya , tak terhalang kajian anaknya ? Pak Mat jangan bagi tau..... Allah , Encik , Kalau Cik Puan tanya macam mana nak jawab ? Pak Mat kata tak tau ! Tapi saya tau Encik .... Macam mana nak kata tak tau..... saya tau ? Saya amanahkan Pak Mat jangan beri tau sama Cik Puan Cik Mat tu, dimana rumahnya tampat saya Muhammad Akhir Bin Ali tinggal ! itu lah yang sempat saya ingat ketika terdengar lagi soalah Cik Puan Abidah. "Saya tanya Pak Mat tadi , dimana rumah Encik Muhammad akhir ? Pak Mat tau atau tidak tau ?” " Tidak tau ! " " BOHONG ! " ' Ha..!' Kan , 'Sudah saya duga. Inilah padahnya inilah yang saya tidak mahu ini ! Saya juga yang kena. Pegang amanah sini, disana kena marah.Pegang amanah sana , disini kena seranah ! Habis, macam mana sebenarnya ?... Pak Mat fikir sendiri, nak pakai cakap Cik Puan, Pak Mat itu, atau nak pakai cakap saya.Tentulah pakai cakap Encik Muhammad !... Kalau nak pakai cakap Muhammad, jangan pakai cakap Cik Puan.... Tapi , Cik Puan bayar gaji saya.... Cik Puan Pak Mat itu, bukan Allah Taala !..... Betul dia bukan Allah Taala dan tak akan jadi Allah Taala , tapi tangan dia yang kasikan duit gaji sama si Mat tua ini ! Tapi dia bukan Allah Taala !.... Memang bukan Allah Taala ! tapi gaji si Mat Tua ini, dia yang bayar .... tapi siapa bayar gaji Cik Puan Pak Mat tu ?... Itu bukan gaji , Dia kaya .... tapi siapa bagi Cik Puan Pak Mat itu kekayaan ? .... Allah ! .... Ia, Memang Allah...... siapa kuasa ? Cik Puan ... Muhammad ? Pak Mat ? Siapa Kuasa ? Allah Kuasa ! Siapa kaya ? Allah kaya ! Siapa betul ? Allah betul ! Siapa pandai ? Allah pandai ! siapa nampak ? Allah nampak ! Siapa bodoh ? Pak Mat ni lah yang bodoh !.... Siapa pandai ? Allah pandai ! Siapa benar ? Allah benar !.... Siapa bohong ? .... Siapa bohong ? ..... Siapa bohong ?....' "Pak Mat bohong!"kata Cik Puan lagi dan saya tersedar dari seksaan itu. Saya pandang wajahnya. Muka beliau merah.bBersinar-sinar mata beliau. Jelas benar tidak puas hati pada cermin hati itu!bSinar matanya menimpa mata saya dan terasa benar Cik Puan dengan renungan begitu melemparkan seribu satu macam soalan. " Pak Mat bohong !" Ulang beliau lagi. Sekarang sah benar suara beliau. Beliau sudah mulai mengesyaki saya berbohong . Adakah saya bohong ? " Tak masuk di akal saya, kalau Pak Mat tak tau dimana Encik Muhammad Akhir itu tinggal ! Macam mana Pak Mat boleh beri Encik itu tau, bila dan apakala saya meminta Pak Mat tolong beri beliau itu tau, saya berkehendakkan beliau itu datang kerumah saya ini kerana mengajar anak saya Abdul Fatah membaca ayat-ayat Al-Quran ? " ujar beliau lagi.
Matanya masih legat menatap muka saya. Saya merasa seolah-olah sinar matanya itu terus kepintu hati saya, dan beliau melihat semua tanda-tanda yang menunjukkan saya memang tahu dimana rumah Encik Muhammad Akhir tetapi sengaja memberitahunya saya tidak tahu. Perasaan itu melemah longlaikan seluruh raga saya. Setua ini usia saya, tidak pernah saya merasa takut dan menanggung beban seberat ini! Mengapa saya menjadi kecut begini ? Cik Puan Abidah bukan wanita pertama saya temui dalam hidup saya ! Barangkali beliau kaya, tapi saya, satu ketika dulu memang seronok menakluki wanita kaya, wanita bangsawan , dikatil ! Lagi kaya wanita itu, lagi seronok saya memikatnya, dan menaklukinya hingga berteleku menyerah kalah ! Mengapa saya takut dengan Cik Puan yang seorang ini ? Betul dia yang bayar gaji saya, tapi orang lain juga pernah bayar gaji saya, tapi saya tidak pernah gentar menghadapinya ! Belum orang ada orang yang berani dihadapan muka saya satu kata : ' Bohong ! ' Belum ada orang yang menuduh saya pembohong, kecuali balasan kata itu sebijik penumbuk tepat pada batang hidung nya ! Tapi mengapa lidah saya menjadi kaku pagi ini ? Mengapa penumbuk saya tidak mahu digenggam ? Mengapa saya takut ? Ah, Saya tidak takut ! Bohong lagi ..... Kalau tidak takut mengapa sejuk peluh Pak Mat mengalir di dahi ? "Pak Mat bohong! kata Cik Puan sekali lagi.
|
|
|
| |
| Cermin Alam ~~ Muhammad Akhir ~~ Episod 2 |
| 11.28.04 (10:40 pm) [edit] |
Episod 2 Ke manakah dia sekarang, setelah dibuang kerja? saya telah berusaha mencarinya. tetapi gagal berjumpa. Satu ketika saya lewat datang menjemput tuan Isigawa kerana mencari pemuda itu. Saya pergi kesemua kawasan kilang. sebab entah bagaimana saya begitu yakin pemuda itu akan bekerja sebagai jaga juga di Petaling Jaya. tetapi saya tidak menemuinya. Akibat lewat itu, esoknya saya dipanggil mengadap pegawai perjawatan loji itu. saya dimarahi, dan saya tidak mudah diugut-ugut begitu. lalu saya tampar pegawai keturunan india itu, dan saya campakan kunci motokar ke muka tuan Isigawa. saya berhenti kerja juga. Seminggu sesudah itu, saya terbacakan iklan di Utusan Malaysia, seorang hartawan berkehendakan Drebar dengan gaji empat ratus ringgit sebulan. Hanya nombor telefon saja yang diberi untuk dihubungi oleh pemohon jawatan. Kerani wanita hartawan itu menguji kecekapan saya memandu motokar Mercedes 280 itu.
Ujian tidak sesusah mana. Dengan tawar menawar saya diberi gaji dan elaun berjumlah semuanya empat ratus tiga puloh ringgit .Alhamdulillah! ucap saya dengan girangnya. Tugas pertama saya ialah ke pasar SEA Park membeli buah-buahan dan sebagainya. Pisang rastali yang dipesankan benar benar oleh Cik Puan. Saya pun pergi. Dan ketika memilih- milih pisang itulah saya terserempak dengan pemuda Jaga itu yang juga sedang memilih pisang rastali yang masak. Saya sangat gembira hingga tak terkata apa-apa. Tidak juga mampu menjawab salamnya. Dia kelihatan tenang dan selamba. Masih dengan pakaiannya yang biasa bewarna putih. Tapi kali ini dia memakai pelekat putih yang biasa digunakan oleh Mamak Malbari. Sejurus berpandangan saya tidak sedar menjabat tangan dan cuba menciumnya tetapi seperti disengat kala dia menarik tangannya. Ketika itu saya lihat merah mukanya. Dia beristighfar beberapa kali. Saya gugup. Tetapi segugup gugup saya paksa juga bercakap. "Encik bekerja dimana sekarang? "Saya? katanya. Dia tersenyum senyum seperti melindungi perbuatanya yang sedang memikirkan sesuatu. "Kerja tetap takada lagi.Tapi saya pergi ambil upah potong rumput dari rumah kerumah! katanya. "Banyakkah dapat sebulan tu? kata saya. "Syukur Alhamdulilah, cukuplah untuk bayar sewa rumah dan belanja makan pakai" katanya bersahaja. Dia tidak sedih atau susah hati sedikit pun. "Saya ni seorang saja pakcik! banyak banyak duit pun nak buat apa" katanya. "Orang muda-mudalah hendak banyak duit" sahut saya. Tiba tiba saya tersedar. Saya kesal,saya rasakan saya mahu melempang sendiri mulut celupar ini. Mengapa saya samakan dia dengan orang muda lain. Dia mana tahu joli, fikir saya dalam senyap dan tunduk itu. Ketika itu hari sudah pukul lima setengah petang Jumaat. Dia kelihatan seperti sedang bersiap untuk kemasjid. "Pak cik kerja tempat lama lagi? katanya. "Tak! Pakcik renti dah.Dah dapat kerja lain. Drebar cik Puan. Hari ini baru mula. Ini dia suruh beli pisang rastali sahut saya. Dia senyap. Masih memilih milih pisang juga. Dia sudah menentukan pilihanya dan bertanyakan harganya. Cina itu menyebutnya.Tanpa banyak kira dia membayarnya. Lalu hendak pergi. "Rumah encik dimana? kata saya. Dia agak malas menjawab.Tapi mukanya saya renung dengan erti minta juga diberitahunya. "itu satu bilik dalam rumah cina tu" katanya. Saya terlongo seketika.Tapi katanya lagi "Cina pun manusia,makhluk Allah Taala juga pakcik, umat Nabi Muhammad s.a.w juga kan?.
Aku mengangguk - ngangguk tidak keruan. Fikiran berbelah bagi, bercampur aduk, Bagaimana orang sewarak itu boleh tinggal menyewa bilik dirumah cina? Tetapi bertanyakan hal begitu saya tidak akan berani. Belum sempat saya bercakap apaapa, dia sudah memberi salam.Menjabat tangan saya, dia pun pergi masuk ke rumah deret dua tingkat itu. Seketika saya lihat dia keluar lagi dan berjalan menuruni bukit kecil itu. Saya memerhatikan rumah Cina itu dan mengecamkan nombornya.Nombor lapan puloh lapan.Saya catatkan dalam diari kecil. Memastikan betul betul letak rumah itu dan tanda pengenalan yang berupa sepohon mangga bulat besar, saya pun pergi. Malam itu saya tidur nyenyak.Tak ada mimpi.Tetapi hampir subuh saya mendengar seperti ada orang berbisik bisik mengatakan : "Katakan Allah itu Ahad, Maha mendengar ,Ia maha melihat...segala puji puji tertentu baginya! Dialah Allah...Tuhan seru sekelian alam, Dialah yang memberi kamu tidur dan jaga.Tidur kamu adalah MATI yang sementara! katakan Allah itu Ahad!" saya terjaga.
Subuh baru masuk azan bergaung dari surau kawasan sesak itu, dan itulah pertama kali saya bersembahyang subuh. Sejak hari itu, saya selalu mencari pemuda itu dirumah tumpangan.Tetapi cina tuan rumah memberitahu dia tak ada selalu dirumah. Dia balik jauh malam. Keluarnya sebelum pukul enam pagi. Daripada nyonya isteri cina rumah itu, saya beritahu dia sendiri tidak tahu apa pekerjaan pemuda itu. Apabila cukup bulan, sewa bilik di bayarnya.Tetapi Nyonya itu memberitahu, sejak pemuda menumpang tinggal di rumahnya, dia sudah tiga kali menang Judi Tikam Ekor. Mereka sangat memuliakan pemuda itu, yang kata china tadi, sukar mendengarnya bercakap. Sekali dia pulang dia akan mengunci bilik dari dalam dan tidak akan keluar hingga subuh-subuh esoknya.
Apa yang dibuatnya tiada siapa yang berani menduga. Suaranya juga tidak kedengaran. Tetapi kata Cina itu kalau malam-malam Jumaat, dari dalam biliknya keluar semacam bau harum yang Cina belum pernah menghidu seumpamanya seumur hidup mereka. Robert Chong, nama Cina pemilik rumah itu menyatakan, tiga malam lepas pemuda itu menyewa bilik rumahnya, anjing garangnya yang hampir setinggi bapak kambing itu meraung-raung lalu meronta-ronta dan putus rantai. Anjing yang diberinya makan daging setiap dua hari sekali itu cabut lari, dan sampai sekarang tidak pulang-pulang lagi. Dia membeli anjing yang lain, begitu juga jadinya. Dibelinya anjing lagi, begitu juga jadinya lepas beberapa hari. Malam selepas anjing yang ketiga kali dibelinya itu melarikan diri dengan pekik ruangnya, Cina itu bermimpi, katanya, datang seorang Haji berpakaian serba putih, bertongkat dan memegang tasbih. Haji itu memberitahu dia,rumah itu tidak perlu lagi ada anjing, sebab tak akan ada pencuri atau merompak berani datang, selama penyewa Melayu yang pembengap itu menumpang di situ! Kata tauke babi di Pasar Seksyen Empat Belas itu, sejak mimpi itu dia tidak berani membeli anjing lagi. Kawasan itu juga selamat, dan tidak ada lagi samseng datang mengenakannya cukai keselamatan, seperti yang lazim barlaku. Cerita tentang pemuda itu yang saya dengar dari pemilik rumah itu membuatkan saya merasa lebih ingin mengenalinya dari dekat. Saya ingin tahu benar-benar, Siapakah manusia ini sebenarnya? Dari mana asal-usulnya. Kisah-Kisahnya setakat ini seperti dongengan belaka. tetapi itu yang sebenarnya, Saya tidak menambah sedikit juapun. hanya kalau diceritakan pada orang ramai, percayakah orang dengan cerita pemuda ini???? Saya sebenarnya pernah cuba menceritakan kebolehan orang ini kepada rakan-rakan yang masih kerja diLoji Pemasangan TV warna milik Jepun tetapi mereka seperti tidak berminat sahaja. Sebaliknya mereka pula menceritakan, kononnya keling Jaga - nama popularnya Sundram, yang menjadi saksi menuduh pemuda itu mencuri peti TV dulu sekarang sedang tenat sasau dan meracau-racau, bercakap sendiri, seperti nanar. Satu hari Keling tua itu menanggalkan seluar dan baju nya, ia berjalan dari Pos Pengawal loji itu ke setor. Dalam repek rintihnya, si Sundram tua, yang memang berboraknya itu dalam bahasa Keling menceritakan dialah yang mencuri peti TV itu, bukan jaga muda yang di buang kerja itu. Dia meraung, menyanyi, menangis dan menari seperti orang gila. Akibat gangguan sarafnya itu, Sundram di hantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
Satu malam anak lelaki tetuanya, Ganesh, datang bersama isteri nya, Kumari dan minta saya tolong carikan pemuda itu. Kata mereka, mereka telah pergi menyembah Tok Pekong, di Kuil Batu Caves. Cerita dari sami terwarak di kuil itu, Sundram telah menganiayai seorang pemuda melayu teman sekerjanya. Sami itu menyuruh Ganesh minta ampun dari pemuda itu, dan kalau boleh mintalah beliau itu mencuci kakinya, sambil pencuci kakinya dan mandikan si Sundram, kalau tidak akan gila abadilah siSundram tua itu. Terlongo saya oleh cerita itu. Lalu saya bawa mereka ke rumah pemuda itu. Malangnya dia tidak ada. Dan kami ulang sampai tiga hari barulah berjumpa. Dia ada di halaman rumah yang di tumpanginya, ketika saya sampai dengan Ganesh dan Kumari, seolah-olah tahu kami akan sampai itu. Ganesh seperti mahu mencium kaki pemuda itu. Kumari jangan di kirakan lagi tangis ratapnya. segala cerita sami di kuil Batu Cave itu di ceritakan mereka semua kepadanya. Pemuda itu tidak berkata-kata. Seperti biasa ia tersenyum penuh simpati mendengar kisah Sundram itu. Lama setelah orang berdua beranak itu berhenti bercerita pemuda itu senyap, sambil menutup matanya. Dia celik semula, laki ini mukanya menjadi lebih berseri dari tadi. Perlahan-lahan ia bersuara... " Aci " katanya, Kumari mengangguk-angguk. Pemuda itu merenung muka Ganesh pula " Adae Tambi " katanya. Sekali lagi ia merenung muka kami bergilir-gilir. Dia menarik nafas panjang beberapa kali. Di ikuti istaghfar dan mengucapkan kalimah Syahadat. Kemudian tenang tenang ia mengatakan " Saya bukan Sami, tau ? Itu Tuhan, orang cakap ada sembilan puluh sembilan . Tapi Allah juga nombor satu Tuhan, nombor satu bukan Sami... Ingat, ya ? Nombor satu Tuhan Allah juga, lain tadala, ha? " Kumari angguk -angguk lagi. Pemuda itu menatap wajahnya semula. " Aci punya umur ada empat puluh dua tahun, tiga bulan satu hari, Tamil punya tahun, bukan ? katanya. Ketika itu muka Kumari pucat lesi. Dia terkejut dan tunduk. Perlahan-lahan dia mengangkat muka, tetapi tunduk lagi, dan sesudah itu tidak berani menentang wajah pemuda itu lagi. Kumari membisikkan " Ayoyo, apa macam Aya ada betul-betul tau saya, beranak punya jam ? Dan dia bercakap-cakap sesuatu dalam bahasa Tamil dengan anaknya. Muka Ganesh kelihatan takut setiap kali merenung muka pemuka itu. Tetapi dia tetap tenang dan khusyuk ! Saya tidak tau la Aci, tapi Tuhan Allah kasi saya tau lah ! Itu Aci punya laki, ada banyak salah sama orang, sama Aci pun dia tipu, ada minum todi, mabuk sekali sekali sama Aci juga dia ada pukul, betul ? Kumari angguk-angguk lagi. " Aci sembahyang betul-betul punya sembahyang ya ? Ganesh pun..boleh ? Ganesh mengangguk-angguk longlai. Pemuda itu saya dengar membaca surah Al Fatihah di ikuti surah Ikhlas. Kemudian dia berselawat akan Nabi s.a.w. beberapa kali. Matanya redup beberapa ketika, kemudian terbuka lagi separuh membeliak. Dia menarik nafas panjang, kelihatan penat benar seperti orang baru pulang dari berjalan jauh. Sekali dia memandang muka saya. Menggeleng-geleng, maka katanya,
" Aci boleh balik sekarang.Itu Aci punya laki lagi dua ka tiga hari ka, saya tidak tau, tapi Allah Taala boleh tolong kasi baik. Nanti boleh balik rumahlah. Tapi Aci mesti kasi ingat sama Aci punya laki itu todi tak boleh minum lagi haa ?
Kumari mengangguk-angguk. Dia bercakap Tamil pula seketika dengan anaknya. Tapi nombor satu, Sundram mesti ingat, lain kali, jangan bikin orang lain susah. Lagi sekali dia kacau sama orang punya bini, dia mesti gila sampai mati. Allah ada , katanya. Itulah percakapannya yang paling panjang pernah saya dengar. Sesudah itu dia senyap.Kumari beriya-ia benar meminta ia membasuh kaki supaya airnya dapat di bawa pulang untuk di mandikan suaminya. Tetapi pemuda itu tidak mahu. Seperti marah ia menarik kakinya ketika di pegang Ganesh. Saya mencuit Ganesh dan mengajaknya pulang.
Alangkah ajaibnya, apabila dua hari sesudah itu Ganesh menalipon saya di rumah Cik Puan mengatakan bapanya sudah pulang dan kembali pulih akalnya sekadarkan dia menghilangkan letihnya saja lagi.. Kata Ganesh, bapanya kelihatan seperti dunggu saja dan pendiam tidak banyak bercakap. Beberapa minggu kemudian, Sundram, kata Ganesh sudah sihat betul dan balik bekerja di Loji itu. Tetapi satu petang dia pulang dengan mabuk air. Subuh itu mautlah ia dengan mata terbeliak dan lidah terjelir hampir sehasta panjangnya. Ganesh, selepas kejadian itu, menjadi begitu karib dengan saya .
Selalu benar dia datang ke rumah, ada-ada saja halnya. Tapi yang jelas saya lihat, dia berubah benar. Dia mulai bertanyakan banyak perkara tentang Islam dan tentang Allah Taala. Saya yang juga jahil ini bagaimana dapat menjawab soalan-soalan seorang budak India lulusan SPM secerdas Ganesh itu akalnya. Akhirnya Ganesh meminta saya membawanya berjumpa pemuda itu beberapa kali. Saya tanyakan halnya tetapi dia tidak mahu bercerita. Saya yang mulai belajar lurus ini membawanya beberapa kali ke rumah tumpangan pemuda itu, siang, petang, malam dan pagi. Tetapi belum juga dapat berjumpa. Sudah lebih empat belas kali kami datangi dia, namun tidak juga berjumpa. Akhirnya saya tanyakan Ganesh apa halnya. Kata Ganesh, beberapa minggu selepas bapanya mati, dia bermimpi berjumpa seorang Haji berpakaian cara Arab serba putih. Katanya dia betul-betul yakin orang Haji yang di temuinya dalam mimpi itu tidak lain dari pemuda itu. Ia telah bertanyakan banyak sami di banyak Kuil Hindu.
Mereka mengatakan orang Haji itu adalah syaitan yang menggugat imannya kepada Krishna yang di sembahnya selama ini. Orang Haji seumpama itu tidak ada sebenarnya. Tapi Ganesh tidak mahu percaya. Dia cukup kenal orang Haji yang dalam mimpinya itu, dan katanya dia bukan sekali , bukan dua kali mimpi berjumpa orang itu. Orang itu pandai berbahasa Tamil dalam mimpinya dan kata Ganesh orang Haji itu mengajarnya banyak perkara tentang Allah dan Nabi Muhammad s.a.w . Sebab itu dia berhasrat benar untuk berjumpa dengan pemuda itu, kerana kata Ganesh dia yakin pemuda itu tentu tahu berbahasa Tamil seperti dalam mimpinya. Malangnya ketika saya bawa Ganesh ke rumahnya, pemuda itu tidak ada. Jika saya pergi seorang dia ada. Tapi saya tidak berani menyampaikan cerita Ganesh itu.
Satu hari Ganesh datang lagi kerumah. Katanya namanya sekarang bukan Ganesh lagi tetapi Abdul Ghani bin Abdullah. Dia membawa seorang perempuan Serani bersamanya yang di perkenalkannya dengan nama Mariam binti Abdullah. Kata Abdul Ghani bin Abdullah yang dulunya Ganesh S/O Sundram itu, malam tadi ia bermimipi orang Haji itu datang lagi dan mengajarnya dua kalimah syahadat. Dia terus mengucapkan kalimah itu dengan lancarnya. Pagi itu ia pergi ke Pejabat Kadi minta di resmikan Islamnya. Dan ia kemudian membawa kekasihnya Marry Souza memeluk Islam juga. Katanya dia merasa lapang fikiran sekarang dan sedapat boleh dia ingin saya mengajarnya cara-cara ibadat orang Islam. Apakah yang hendak saya ajarkan sedangkan saya sendiri perlu belajar lebih banyak lagi tentang Allah ? Begitulah. Siapa yang akan percaya dengan cerita ini semuanya ?
Tapi saya tidak bohong, Ganesh sudah memeluk agama Islam bukan dengan alasan hendak kahwin dengan perempuan melayu, bahkan dia membawa kekasihnya seorang perempuan Nasrani mazhab Khatolik juga memeluk agama Islam. Dan Sundram sudah maut akhibat minum arak yang di pesan pemuda itu sangat-sangat supaya Kumari menghalangnya. Dan paling akhir, beberapa hari dulu, kononnya Tuan Isigawa yang bertanggung jawab membuang pemuda itu dari jawatannya sebagai Jaga di Loji yang di uruskannya telah di tangkap oleh polis rahsia Jepun, kerana terlibat dengan satu penyeludupan dadah dari Bangkok ke Eropah. Begitulah cerita rakan-rakan kerja yang masih jadi drebar di Loji milik Jepun itu. Saya tidak tahu apakah yang akan saya percayai lagi sekarang ? Siapakah pemuda itu ? Waliyullahkah ia ? Apakah Waliyullah itu memang ada ? Apakah dari seorang keramat hidup ? Kata ulama, Keramat itu tak ada, bidaah dan tahyul !
Episod 3 Saya tidak tahu apa yang patut saya percayai tentang pemuda itu yang salih ini lagi? Saya gagal menyeluk-nyeluk hakikat dirinya. Pada zahirnya dia seorang pemuda biasa yang kacak lagi tampan walaupun tubuhnya dibalut dengan pakaian yang paling murah yang dapat dibeli di pasar Chow Kit.Tapi dia telah banyak membuat saya insaf dan bertaubat. Oleh kejadian itu semua, ketika Cik Puan minta saya mencarikan seorang guru untuk mengajar anaknya mengaji Quran,saya tidak terfikirkan ada ustaz lain yang paling patut menerima wang upah mengajar mengaji itu selain dia. Saya beritahu hal itu kepada Cik Puan, dan Cik Puan hartawan lagi budiman itu bersetuju menemuinya.Beliau meminta supaya pemuda itu sudi membaca al-Quran untuk didengarnya, sebelum ia diambil menjadi selaku guru yang akan mengajar anaknya mengaji Quran hingga khatam. Anaknya yang akan diajar mengaji itu bernama Abdul Fatah bin Muhyiddin. Bapanya telah menceraikan ibunya, Cik Puan saya itu, ketika Abdul Fatah masih sebulan dalam kandungan. Kata orang, Encik Muhyiddin menceraikan isterinya apabila gagal memaksa isterinya menyerahkan semua harta beliau kepadanya. Sekarang ini kononnya Muhyiddin itu sudah kembali ke negara asalnya di selatan dan menjalankan perniagaan restoran sendiri.Dia kononnya seorang terpelajar dari Universiti Malaya ketika masih di Singapura dulu lagi. Dan sebenarnya Muhyiddin itu adalah sepupu sebelah ibu Cik Puan Abidah, majikan saya itu juga. Kata pembantu rumah itu yang sudah sepuluh tahun bekerja dengan Cik Puan Abidah, sejak bercerai itu Encik Muhtiddin bin Abdul Karim tidak pernah menjenguk anaknya. Bahkan sehingga ibu Cik Puan Abidah meninggal dunia, bekas menantunya itu tidak datang menjenguknya. Cik Puan Abidah sendiri, dalam usianya yang tiga puluh tahun itu, masih cantik jelita dan penuh sopan-santun.
Dia tidak keluar-keluar ke Kelab Malam selepas bercerai itu. Dan ada pinangan orang ditolak belaka. Dia mengurus perniagaan bapanya yang telah tua dan sentiasa saja uzur itu. Kini Datuk Abdul Rauf, ayah Cik Puan Abidah yang jelita itu berusia enam puluh lapan tahun. Beliau seorang jutawan yang disegani sebab sifat dermawannya. Beliau seorang pejuang kemerdekaan yang tidak mengambil upah perjuangannya sehingga sekarang, tetapi banyak mengorbankan harta pusaka bapanya untuk usaha menyedarkan masyarakat Melayu akan apa erti merdeka! Cik Puan Abidah anaknya yang tunggal itu, diberinya pendidikan dan pelajaran yang sungguh sempurna. Cik Puan Abidah adalah di antara beberapa orang wanita Melayu yang mula-mula lulus bidang Chartere Accountant di Australia. Tetapi ceritanya dia bukanlah bebas bergaul dengan lelaki tanpa persetujuan ibubapanya. Dengan sebab itu dia dinikahkan dalam usia sembilan belas tahun, sedang menuntut lagi di universiti. Malangnya suami pilihan ayahnya itu seorang cendikiawan yang salah asuhan, hingga ia menjadi lebih Eropah dari orang Eropah. Keadaan itu baru disedari ibu bapa Cik Puan Abidah sesudah beberapa bulan kedua anak itu dinikahkan. Kemudian mereka tahu pula,bahawa tarikan yang ada pada Abidah bagi Muhyiddin itu, bukan lain dari harta yang bakal diwarisinya. Dengan itu ketika Muhyiddin mengugut akan menceraikan Abidah, kalau kehendaknya untuk menjadi Pengurus Besar syarikat milik Datuk Abdul Rauf itu tidak diterima, ugutan itu diterima dengan penuh syukur oleh keluarga Abidah.Dan pecahlah pernikahan yang belum sampai setengah tahun usianya itu.
Tetapi peristiwa itu melatih Cik Puan Abidah hidup sendiri.Dia menguasai perniagaan ayahnya.Dan dengan kecerdasan akalnya selaku pengurus perniagaan,harta bapanya berlipat ganda.Keuntungan besar yang mereka dapati ialah dari hasil lombong bijih timah di Gopeng,Perak,dan kayu balak di hutan Pahang.Sekarang,Cik Puan Abidah boleh hidup senang-lenang tanpa perlukan sesen pun dari bekas suaminya.Begitulah keadaannya ketika saya mula-mula melaporkan diri, bekerja selaku drebar Mercedes 280 miliknya. Sejahat-jahat saya, ada juga kelebihan saya dari orang lain.Saya tidak mengira tulang kudrat. Selain kerja membawa motokar, kalau ada kerja lain disuruh, saya buat dengan suci hati. Rupanya semua itu diambil kira oleh Cik Puan, dan mungkin sebab itulah, tidak berapa lama saya bekerja dengannya, saya termasuk orang yang diharapnya. Peranan saya menjadi begitu ketara kalau beliau hendak mengadakan tahlil di rumah, atau kalau beliau hendak membuat korban di musim Idil Adha. Sayalah yang akan ke tengah ke tepi mengatur kerja. Saya juga akan sibuk menelefon sini menelefon sana menjemput tetamu. Dan urusan menjemput seorang ibu saudara yang paling disayanginya di Kuantan itu adalah tugas saya. Barangkali sebab tua usia saya itu, beliau menghormati saya selaku orang tua.
Penghormatan itu, menjadikan saya benar-benar malu berbuat maksiat lagi. Mungkin kerana kepercayaan beliau akan saya selaku orang tua, kulinya atau ada sebab lain tidaklah saya tau, tetapi Cik Puan begitu percayakan saya hinggakan rahsia keluarganya pun diberitahukannya kepada saya. Dari cerita beliau saya dapat tahu, hatinya begitu sedih sebab anaknya Abdul Fatah yang seorang itu mengidap penyakit jantung berlubang sejak masih bayi lagi. Dia sudah banyak beriktiar secara ubat kampung untuk merawat anaknya itu, tetapi tidak juga betah. Ikhtiar yang belum dibuatnya lagi cuma menghantarnya ke luar Malaysia supaya dibedah dan ditampal lubang jantung Abdul Fatah itu. Itu yang menyeksa hatinya, kata beliau. Abdul Fatah ini cergas budaknya. Dia pendiam tetapi akalnya cukup tajam. Bercakap bukan main keleteh lagi. Katanya dia ingin menjadi peguam, dan kalau jadi peguam katanya, dia mahu membela Datok Harun Haji Idris hingga bebas dari Pudu. Ketika dia bercerita begitu gaya dan lagaknya lengkap sebagai seorang peguam makhkamah. Memang, kata Cik Puan, ada sekali Abdul Fatah dibawa melihat perbicaraan di makhkamah. Pengalaman yang sekali itulah digunakannya untuk mengajukan lagak dan laku seorang peguam. Ditakdirkan Allah, dengan saya anak itu menjadi begitu manja, walau tak seberapa benar masa saya berkhidmat dengan ibunya. Barangkali dia kesunyian sebab datuknya tidak dapat diajak bermain, sebab uzur orang tua itu. Semuanya ini, membuat saya lebih rapat dengan keluarga Cik Puan Abidah. Dan kerana itu saya ditugaskan mencari seorang ustaz untuk memimpin Abdul Fatah belajar mengaji al-Quran.
|
|
|
| |
| Cermin Alam ~~ Muhammad Akhir ~ Episod 1 |
| 11.28.04 (10:38 pm) [edit] |
Ada kalanya saya bersyukur benar-benar kerana dipertemukan Allah dengan pemuda ini. Dia salih sekali. Kalau bukan sebab salihnya, jika dia ingin menjadi bintang filem, atau bintang drama tv, atau manjadi qari, pasti sekali dia akan menjadi kerinduan perempuan yang terpesona dengan wajah dan kemerduan suaranya. Saya pernah mendengarnya membaca Al-Quran surah Ikhlas berulang-ulang dengan laguan suara yang bersahaja.Terpegun saya dibuatnya, dan itulah peristiwa sebenarnya saya mulai ingin tahu lebih banyak tentang pemuda ini. Surah Ikhlas itu dibacanya berulang-ulang dengan suara yang menggetarkan sukma saya, sehingga tidak saya sedari air mata berlinangan, sedang anggota sendi tulang saya gementar seperti diserang demam kepialu.
Pagi itu, saya datang ke tempat kerja, sebuah kilang swasta di Sungai Way, tempat pemuda ini menjadi JAGA. Ketika itu dia baru dua minggu diambil kerja. Saya masih menjadi drebar orang Jepun yang menjadi salah seorang`tuan' kilang itu. Apakah yang saya buat sepagi buta itu? Saya pemabuk dan pejudi. Perangai buruk yang menghinggapi tabiat saya ketika menjadi kelasi kapal dulu sukar sekali tanggal. Saya pemabuk, penjudi, tahi perempuan dan perokok. Perampus dan panas baran menjadi pakaian saya. Itulah sebabnya, dalam usia tiga puluh lima tahun, saya mengalami buang kerja yang hampir tujuh kali. Akibatnya saya tidak dapat mengumpulkan apa-apa harta untuk bekalan hari tua. Akibatnya lagi, kesemua tujuh orang isteri saya meminta cerai. Isteri yang ada ini, seorang perempuan buta yang salih dan darinya lahir seorang anak perempuan, yang seminggu sebelum saya bertemu pemuda ini dikilang milik Jepun di Sungai Way itu, telah saya nikahkan dengan seorang kerani di kilang yang sama. Menantu saya tertarik dengan kecantikan rupa paras anak perempuan saya, yang ketika mereka berkenalan bekerja sebagai pemasang litar elektronik di kilang milik Jepun itu juga.
Pagi itu saya sedikit pening dan sedang mengarah kepala mabuk stout. Saya telah menghabiskan dua botol besar stout cap anjing, yang memang sentiasa ada dalam motokar tuan saya. Ketika tergoyang-goyang itulah saya berhadapan dengan pemuda itu. Dia baru selesai sembahyang subuh, atas sejadah beralaskan guni di belakang banggunan kilang elektronik milik Jepun itu. Ketika itulah saya mendengar dia membaca Surah Al-Ikhlas yang pendek itu, berulang-ulang kali...... Entah kuasa apa yang memukau saya tidaklah saya ketahui sampai sekarang.Tetapi saya merasa ketika itu seperti jauh dari bumi ini, berada pada satu kawasan lapang yang kehijau kebiru-biruan rumputnya .Saya merasa melihat seorang lelaki berpakaian serba putih datang ke arah saya. Manis wajahnya dan berseri-seri lagi ramah mesra. Matanya tajam bersinar-sinar memandang muka saya. Dan ketika berhadapan dia mengatakan “Pakcik! Petang dah hari Pakcik ni, katakanlah Allah itu satu! Kebaikan tak ada batasnya, Pakcik, tapi kejahatan itu tentu ada batasnya! Dan maut itu datang bila-bila saja Pakcik!....; Perkataan-perkataan itu sampai mati tidak akan saya melupakannya. Dan saya ingat benar sekelip mata sahaja, gambaran itu hilang, pening saya lenyap. Saya berpeluh kuyup di pagi buta itu, dan di hadapan saya duduk khusyuk pemuda Jaga Kilang tempat kerja saya itu. Seorang Jaga yang baru, yang ketika mula-mula datang lagaknya seperti rusa masuk kampung.
Dia lagi membaca Surah Al-Ikhlas, berulang-ulang. Kemudian sunyi. Dia menadah tangan dan berdoa dalam senyapnya. Ketika itu saya sudah berada duduk dibelakangnya. Dia berpaling bersahaja. Lembut dan ramah katanya Assalamualaikum Pakcik! dan saya menyahutnya dengan Selamat pagi!. Dia tersenyum, merenung muka saya sejurus dan senyum lagi. Kemudian dia bangkit, melipat-lipat sejadahnya, kemudian melipat pula guni buruk itu. Dia mengangkat papan pak susu yang sudah dijadikannya seperti pangkin duduk itu lalu menyandarkannya kedinding belakang kilang. Selepas menyebut nama Allah beberapa kali dan memujinya, dia berkata lagi dengan suara lembut seperti memujuk.Pagi itu memang selamat pakcik, yang belum tentu, belum tahu selamat, manusia yang dibangunkan Allah pada suatu pagi itu kan? Dan dia merenung muka saya lagi.Berkaca kaca matanya. Saya menjadi kelu, bisu dan kaku.Tetapi dia tidak berkata apa apa lagi, terus pergi membuat kerjanya
Beberapa hari lepas itu saya melakukan satu kejahatan yang lain dikilang itu. Saya sudah menyorokan beberapa buah peti TV untuk dijual kepasaran gelap. Perbuatan itu bukan baru dan saya bukanlah sendirian. Setiap bulan kami menjual barang curi itu paling kurang sebuah petiTV warna. Hasil jualannya kami bahagi bahagikan menurut peranan masing masing. Pencuri yang membawa peti TV itu keluar dari kilang mendapat bahagian yang sama banyak dengan pencuri yang menjual TV kepada pembelinya. Saya adalah pencuri yang menyeludupkan keluar peti TV itu dengan menggunakan motokar tuan saya. Dan itulah tambahan wang saku untuk saya membeli arak ataupun bermain pakau.
Kali ini, nasib saya kurang baik jika difikirkan sekali.Tapi setelah berpuluh malah beratus kali saya fikirkan, saya tahu kali itu, nasib saya adalah paling baik. Kurang baik nasib saya dalam peristiwa itu, saya ditangkap bulat-bulat oleh Jaga Kilang yang baru itu. Dia tidak marah. Seperti biasa dia senyum juga. Saya sudah menyediakan sepana besar untuk mengetuk kepalanya, kalau dia berkeras, tetapi itulah yang tidak terjadi. Dia tersenyum dan bertanya selamba, Eh, berapa harga peti tv Pakcik itu?, Saya tergamam. Dia masih buat-buat tidak tahu, sambil duduk di atas timbunan kotak-kotak sarung peti tv itu. Kalau murah mau juga saya satu. Taukey di tempat saya sewa bilik di SEA Park itu tanya, kalau dapat saya belikan satu tv untuk anaknya. Dia bayarlah harganya, Pakcik!, katanya. Ketika itu saya jadi gementar dan gugup. Maklum sajalah orang bersalah, katakan. Memang kalau dia bertindak, terbuang kerjalah saya, dan mungkin saya dipenjarakan, sebab pecah amanah dan mencuri di tempat kerja sendiri. Tetapi perangai keras dan suka berkelahi yang saya pusakai hasil menjadi kelasi kapal selama sepuluh tahun dulu, memberanikan hati saya.
Saya juga menuntut ilmu silat dan ilmu kebal. Saya memakai susuk emas pada kedua lengan saya. Biasanya kalau kena sebiji penumbuk saya, muka orang boleh pecah bersemburan darah. Inilah satu dari sebabnya kuli-kuli di kilang ini segankan saya. Mereka tahu siapa Pak Mat atau Abang Mat Itam, gelaran yang popular untuk saya di kilang milik Jepun itu. Merasai diri masih gagah dan kebal, saya mencabarnya. Nak, Pakcik curi peti tv ni. Anak tak usah kacau Pakcik. Ini tambahan gaji Pakcik, nak! Jagalah kerja anak di sini, lagipun anak baru kerja. Pakcik bukan seorang di sini, nanti susah! Kalau Pakcik tak apa, tapi kawan-kawan Pakcik yang susahnya kata saya. Saya sedar ketika itu muka saya cukup garang dan culup menggerunkan. Penumbuk juga sudah saya genggam-genggam. Saya mengintai-ngintai sasaran pada muka Jaga yang masih mentah berhingus pada anggapan saya ketika itu. Saya kira tentulah kecut perutnya. Ada seorang berketurunan Singh, bekas Jaga Kilang ini dulu pernah saya perlakukan begitu. Sekali tenung sahaja, bertaburan kencingnya, mungkin dia merasa misai saya yang nenggerenyut itu lebih hebat dari misainya. Dan saya dilepaskannya membawa tiga buah tv keluar dari stor. Akibatnya,dia kena buang kerja sebab dituduh mencuri peti-peti tv warna yang hilang itu.Tetapi pemuda ini tidak berganjak. Dia senyum sahaja. Berkedip pun tidak matanya, malah bersinar-sinar matanya merenung saya. Saya merasa seperti sedang merenung cahaya matahari. Silau dan cacau.
“Kalau tv tu tv curi, Pakcik, tinggalkanlah di situ. Saya tak akan adukan perkara ini!” katanya lembut dan selamba. Dia masih menentang mata saya. Saya naik angin. Ke tepi tengking saya. Dia tidak berganjak. Masih senyum juga.Tapi sinar matanya tidak lembut lagi. Warna wajahnya sudah bertukar menjadi merah. Ke tepi aku kata! bentak saya lagi, dan sebiji penumbuk saya lepaskan sekencang-kencangnya. Dia mengelak penumbuk itu tanpa berganjak.Tangannya juga tidak diangkat. Ini menaikkan baran saya lagi. Saya mengintai-ngintai sasaran untuk mendaratkan sebiji penumbuk lagi di tubuh badan Jaga muda itu.Tetapi katanya, lembut tetapi tegas, Nanti! Dia merenung meja kayu yang sudah buruk itu. Saya mengikut hala renungannya. Renungannya terhenti pada paku meja kayu itu yang sedikit timbul.
“Itu, Pakcik,” katanya.Saya melihat paku itu sekali lagi. Kalau Pakcik memang gagah, cabut paku itu. Kalau boleh cabut, Pakcik bawa tv itu. Saya boleh berhenti kerja esok!” cabarnya dengan yakin.” Kalau tidak,?” ancamnya sambil tetap merenung saya, “tinggalkan peti tv tu di situ juga!”. Saya memang pantang dicabar, lebih-lebih lagi kalau pencabar itu budak ubun-ubun lembik seperti dia. “Baik!” kata saya. Dengan itu saya mendekati meja. Kepala paku itu saya pegang dengan maksud mencabutnya. Sekali, gagal. Sekali lagi, gagal juga. Dan sekali lagi, tercabut agak sepadi. Peluh menitik membasahi belakang baju saya . Dia merenung dengan tenangnya.Tidak ada rupa bongkak atau takbur pada mukanya. Didekatinya meja buruk itu. “Sekarang Pakcik, siapa kuasa?” katanya. Saya tegamam. Saya tak kuat Pakcik , tapi Allah Taala yang menjadikan semua makhluk, termasuk Pakcik, dan Jepun tauke kilang ini, Maha kuat, Maha perkasa. Allah kata jangan mencuri, Pakcik tak mau dengar! Saya menasihatkan Pakcik, Pakcik ajak saya berlengan! Allahuakbar Huuu...Allah! “serunya.
Dengan seruan itu ibu jarinya menekan puting paku, masuk semula ke parasnya timbul tadi. Dia menjemput puting paku itu dengan telunjuk dan ibu jarinya.Ya Allah! Allah! Allah! serunya, dengan suara bergetar dan bergema. Ketika itu saya melihat dia seolah-olah seekor harimau yang sedang mencengkam sesuatu. Saya terpinga-pinga dan terpegun. Dan, Pakcik! katanya. Saya tersentak, mengerlipkan mata beberapa kerdip. Dia mengangkat tangan, Ini, bawa paku ini balik, jadi kenang-kenangan! Bila teringat nak mencuri lagi, pandanglah paku ini. Allah tak suruh kita mencuri! Hari Pakcik masih petang! Taubatlah! katanya. Saya tergamam dan kecut. Barulah saya teringat, kecil tak semestinya anak, besar tak semestinya bapak. Maafkan Pakcik, nak! kata saya. Dan perkataan itu entah macam mana boleh keluar, saya tidak ingat. Seumur hidup saya, saya belum pernah meminta maaf atas kesalahan yang saya buat. Kalau tidak begitu, saya tidak akan digelar orang Mat Itam Kepala Batu. Saya adalah samseng yang ditakuti di seluruh tanjung Tok Kong ketika usia remaja saya. Sehingga kini tidak kurang dari empat puluh orang yang saya bunuh kerana menentang saya,dan saya belum pernah masuk penjara, sekalipun telah dibawa ke muka hakim beberapa kali. Saya tidak mengenal erti belas kasihan, sehingga saya mendapat anak perempuan dari isteri saya yang buta dan amat setia itu. Belum ada orang yang mengalahkan saya dimana-mana gelanggang jua.Tapi kali ini saya tewas. Kalau dia mampu menarik paku lima inci yang tertanam pada papan meja kayu cengal itu, dan paku berkarat pula, bukan mustahil kalau mampu pula dia dengan sokongan Allah yang dipujanya sentiasa itu, mencabutkan tulang-tulang lengan saya! Begitu fikir saya ketika itu, dan dengan fikiran itu,saya pergi meninggalkan peti tv itu.
Akibat kejadian itu, saya seminggu tidak lelap tidur. Setiap kali saya cuba pejam, tergambar lagi kejadian itu. Dan wajah harimau yang garang menggerunkan itu memeranjatkan saya kalaupun saya terlena. Sepanjang seminggu itu sebenarnya saya beramal, mencari cara menewaskan pemuda ubun-ubun lembik yang memalukan saya. Kawan-kawan pencuri yang lain merasa hampa kerana gagalnya saya membawa peti tv itu. Saya berdendam. Dan makin panas dendam saya, makin tidak mau tidur saya. Subuh hari yang ketujuh, saya duduk di luar rumah kilat yang saya sewa. Berfikir tentang apa yang perlu saya buat? Tiba-tiba timbul fikiran saya, saya sudah tewas! Dan saya sebenarnya sudah tua. Pemuda itu menjalankan kewajipannya! Mengapa mesti saya musuhi dia? Dengan fikiran itu saya masuk lagi ke rumah. Baring-baring atas tikar mengkuang di anjung rumah kilat yang serba sempit dan sesak itu. Entah bila saya terlena. Datang satu mimpi lagi....Saya berjalan di tengah-tengah padang yang panas terik berdeting, rasanya. Saya entah bagaimana, rasanya mengikut orang berduyun itu. Sampai di satu tempat, ada anak sungai mengalir jernih. Sepohon pokok tamar yang sedang masak buahnya tumbuh di tepi anak sungai itu. Rumput rampai subur tumbuhnya. Dan ada beberapa ekor biri-biri dan arnab sedang makan. Saya mengira orang ramai itu datang ke situ untuk mengambil air minuman. Sangkaan saya itu,rasanya salah. Orang berduyun-duyun itu menghala kepada pokok tamar itu. Disekeliling pokok orang duduk berhimpun. Pakaian masing-masing bersih, berwarna putih, hijau lumut dan hitam. Masing-masing menyebut Allah Ya Latifu ya Kafi,ya Karimu Antallah ..lailahaillallah.....lailahailallah! . Bergema dan mendayu-dayu suara itu,dan gemanya merawankan kalbu.
Mereka mengucapkan kalimah itu sambut menyambut.Rasanya saya juga terbawa-bawa mengucapkan kalimah itu.Tetapi saya masih terus berjalan melalui celah-celah orang yang duduk dan berdiri bersaf-saf mengelilingi pokok tamar itu. Udara rasanya nyaman. Dan dari kawasan yang hampir dengan anak sungai mengalir jernih dihiasi batu-batu besar itu, terhidu bau-bauan bunga yang sungguh menyegarkan rasa. Saya rasanya tiba dibawah pokok tamar itu. Apakah yang saya lihat? Sah dan tidak silap lagi , pemuda Jaga itu sedang duduk di atas sejadah berwarna hijau seperti rumput. Dia berpakaian putih seperti biasa, tetapi putihnya sungguh bersih dan memancar-mancarkan cahaya, seperti awan selepas hujan. Dia menjadi ketua seluruh manusia di sekitar kawasan itu mengatakan dengan khusyuknya kalimah Maujud Lailahaillallah ....hu Lailahillallah!. Saya rasanya tergaman dan terpaku. Saya ikut menjerit kalimah itu sekuat hati dan rasanya saya menangis tersedu-sedu ....dan dalam keadaan itulah saya terjaga. Ketika saya tercelik, benda pertama yang saya lihat ialah pemuda Jaga itu. Dia duduk di sisi saya di anjung buruk rumah kilat saya. Dia senyum. Pakaiannya juga serba putih.Tapi dia tidak bersongkok. Pakcik mengapa tak pergi kerja? katanya. Saya tergamam.Tetapi sebentar datang lagi akal saya. Saya jemput dia masuk terus dan duduk di tikar. Badan saya nyatalah berpeluh-peluh. Dia menceritakan, tuan Jepun saya sibuk mencari sepanjang minggu itu. Diceritakannya juga, saya dikehendakki melaporkan diri hari itu juga, kalau tidak saya akan dibuang kerja. Semua cerita itu tidak menarik minat lagi. Tapi saya cepat berpakaian dan pergi ke kilang itu. Disana saya dapat tahu pemuda Jaga itu diberhentikan kerja, kerana dituduh mencuri peti tv. Dia tidak menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Rupanya kawan-kawan pencuri saya di kilang itu mencuri juga beberapa tv warna ketika saya tiada, dan sebuah daripadanya mereka jualkan kepada Jaga muda lurus mengalahkan bendul itu. Ketika dia hendak membawa balik peti tv itu, dia ditangkap Jaga penggantinya, dan dia dikatakan cuba mencuri. Kerana dia baru bekerja, tauke kilang itu memutuskan memaafkannya konon, dan tidak diadukan kepada polis, tetapi dia diberhentikan kerja. Menurut kawan-kawan saya di kilang itu, dia menerima keputusan itu tanpa sebarang bantahan, dan pergilah dia dari kilang itu dengan sejadah yang memang sentiasa dibimbitnya dalam beg plastik.
Begitulah pemuda Jaga yang saya kenali. Dan pengenalan itu, walau dalam masa kurang dalam empat puluh hari, banyak menukar tabiat saya. Saya bertaubat kepada Allah atas dosa yang saya lakukan sepanjang ini. Dan saya mengerti bahawa memanglah tiada sebab saya mendendam pemuda ini. Apa yang tidak dapat saya fahamkan hingga kini, mengapa dia tidak menceritakan sindiket mencuri tv warna dari stor kilang itu? Jika diceritakan kepada Pengurus Pengeluaran Loji Pemasang peti-peti tv warna itu, tentulah semua pencuri itu, termasuk saya akan tertangkap, dan dia boleh dilepaskan. Bahkan kalau dia bekerjasama dengan pihak pengurusan loji itu, pasti dia diberi hadiah yang dijanjikan sebanyak lima ribu ringgit kepada sesiapa yang dapat memberi matlumat hingga tertangkapnya pencuri itu. Itulah yang tidak hendak dibuatnya, dan akibat perbuatannya itu, dia kehilangan pekerjaan.
Saya merasa kehilangan pemuda itu setelah dia berhenti.Mimpi melihat dia hampir setiap malam, selepas dia berhenti kerja dari loji itu dan menambahkan perasaan rindu saya. Saya sentiasa mimpikan melihat dia dengan kumpulam orang beratib dan berzikir memuji-muji Allah. Kerananya wajahnya tidak lepas-lepas dari pandangan mata. Pengaruhnya besar sekali ke atas jiwa saya. Saya sudah benar-benar berhenti minum arak, berhenti main judi, dan jauh daripada bersuka-sukaan dengan perempuan. Keinsafan menekan saya, dan sekonyong-konyong saja yang saya mereka cukup berdosa dengan isteri saya yang buta dan sentiasa tidak lepas dengan air sembahyang itu. Terasa selama ini saya sudah menganiayai perempuan yang salih itu. Mentang-mentang dia buta, saya tipu dia semahu hati. Makan pakaiannya tidak saya pedulikan. Saya telah melakukannya seperti kain tuala buruk yang hanya berguna untuk mengesat kaki. Sekarang baru saya insaf, kiranya saya nikahi si buta itu dahulu semata-mata atas dorongan nafsu. Saya telah memperdayakannya dan memperkosanya. Ketika itu saya ditangkap oleh pegawai pencegah maksiat di Petaling Jaya, dan saya terpaksa nikah untuk mengelakkan dari dari muka pengadilan.
Amnah, ketika itu masih dara dalam usia sembilan belas tahun. Lepas didikan sekolah anak-anak buta, dia bekerja dengan sebuah firma selaku operator telefon. Kecuali butanya, Amnah sebagai perempuan amat memberahikan. Semua yang diperlukan lelaki dalam diri seorang perempuan cukup lengkap ada pada diri Amnah. Sebenarnya, saya sudah berbulan-bulan memikatnya. Pura-pura baik, berbudi dan ramah mesra dengannya. Saya memastikan pukul berapa dia balik dan di mana dia menanti bas. Ketika itu saya pun tiba dengan motokor tuan Jepun saya itu. Saya pelawa dia naik untuk menghantarnya pulang. Maksud sebenar saya sekadar untuk tau di mana dia tinggal. Dan setelah sebulan suntuk mengekorinya, saya cukup tau di mana dia pergi membeli-belah untuk keperluan hidupnya. Dan saya juga tau, dia tinggal menyewa rumah dengan lima orang yang juga buta di sebuah rumah di kawasan Brickfield.
Kerana kemesraan saya yang pura-pura selama berbulan-bulan itu, dan ada kalanya saya umpan Amnah dengan wang, dia merasa selamat dengan saya. Saya semakin asyik dan berahikan dia. Seperti kata saya tadi, kalau kerana butanya, suami Amnah yang paling layak, sekurang-kurangnya Pegawai Tadbir dan Diplomatik, bukannya saya. Raut wajahnya hampir benar dengan rupa seniwati Citra Dewi yang menjadi pujaan saya ketika zaman muda dulu. Kulitnya halus dan putih melepak. Lebih dari itu Amnah manja benar orangnya. Tetapi dia tidak mengetahui keindahan tubuh badannya itu. Dan butanya juga, buta celik. Jika ditanggalkannya cermin mata hitam itu, dia tidak kelihatan seperti buta, apalagi kalau tidak membawa tongkat aluminium. Saya pernah beberapa kali melempang anak muda di depan panggung Federal yang menggatal mengusiknya, ketika dia menemani saya menonton. Semua kejadian itu menandakan Amnah memang cantik di mata lelaki.
Satu petang, berahi saya akan Amnah sudah di luar kawalan. Saya telah beberapa malam mimpi berseronok-seronok dengannya.Tetapi keseronokan itu menjadi sesuatu yang menghampakan apabila diganggui jaga. Dan setiap kali saya teringat, kejadian itu sekadar mimpi, berahi saya akan Amnah semakin gila. Hari itu Tuan Isigawa tidak ada. Dia membawa isteri dan anak-anaknya melancong ke Bangkok. Saya hanya perlu pergi ke Subang pukul sebelas esok menjemputnya pulang dari bercuti rehat. Inilah masanya yang terbaik. Saya boleh menggunakan motokar Toyota Crown yang besar lapang itu pergi ke mana-mana saja dengan Amnah. Saya sudah menjadikan Pantai Port Dickson tempat tujuan saya bersama Amnah yang sejak beberapa bulan ini hampir membuat saya nanar dan sasar. Dan Amnah yang tidak begitu jinak itu, tidak akan menolak ajakan saya itu. Saya cukup tahu itu.
Jadi saya pergi ke perhentian bas yang biasa, tempat Amnah selalu menanti. Hari itu dia berpakaian gaun serba kuning berbunga besar-besar. Gaun itu labuh berlengan pendek. Seluruh keindahan dan badannya jelas di penglihatan. Saya tiba tepat pada masanya. Dan Amnah yang dengan indera pendengarannya itu sudah menghafal bunyi deram motokar Toyota Crown itu, lekas pula cam bunyi hon motokar itu. Jadi sambil memperlahankan jalannya motokar, saya berhenti berangan-angan lalu membunyikan hon tiga kali. Saya lihat dia senyum senang. Teraba-raba dia datang. Pintu hadapan saya ngangakan dan setelah meyakinkan dirinya, pemandu motokar itu saya, dia pun masuk. Riang sekali wajahnya. Saya membawanya berkereta ke seluruh pekan Kuala Lumpur. Kami berhenti minum ais kacang, kemudian bersiar-siar lagi. Dia seronok sekali kelihatannya.Saya memujuk dia pergi ke Port Dickson, tetapi katanya badannya kurang sihat, dia tidak tahan sejuk, kalau terpaksa pulang waktu malam. Tidaklah saya paksa Amnah, takut kalau niat saya dihidunya. Kami bersiar-siar lagi dengan motokar Tuan Isigawa. Dalam pada itu hari bertambah senja. Langit memang mendung sejak tadi. Amnah tidak tahu itu, apalagi petir pun tidak terdengar. Manalah dia boleh tahukan suasana hari! Saya bawa Amnah ke panggung di Pekan Lama Petaling Jaya. Saya letakkan motokar di tempat letak kereta yang paling hujung. Ketika itu hujan mulai turun dan dalam beberapa minit sahaja, hujan jadi bertambah-tambah lebat. Amnah baru sedar. Dia minta hantarkan pulang, tetapi saya kata, hujan terlalu lebat, jalan susah nampak. Tunggulah, kata saya, apabila teduh hujan nanti saya hantarkan dia pulang. Ketika itu hari sudah pukul tujuh setengah malam. Panggung itu penuh sesak. Motokar masuk satu demi satu, akhirnya menghalang jalan keluar saya. Hujan bertambah-tambah lebat.......
Saya memerhatikan Amnah. Dan nafsu saya menjadi liar dengan tiba-tiba saja. Dia memang cantik dan memberahikan. Ketika pertama kali tangannya saya sentuh, dia menepis. Jelas benar dia terkejut. Tetapi saya yang telah hilang fikiran ketika itu memegangnya. Dia meminta jangan diapa-apakan.Tetapi saya sudah bulat dengan maksud menikmatinya malam itu, dan dalam motokar itu juga. Amnah meronta-ronta minta dilepaskan.Tetapi selain masalah butanya itu, sampai kemanalah tenaga perempuannya menentang tenaga lelaki bekas kepala samseng segagah saya ini ? Setelah saya ancam akan mencekiknya sampai mati kalau dia engan, akhirnya dia menyerah. Dan ternodalah seorang gadis buta yang seharusnya mendapat perlindungan semua orang yang berakal seperti saya. Amnah menangis tersedu-sedu. Saya tidak puas dengan perlayaran yang sekali. Sebagai kelasi kapal yang biasa menempuh gelora, sekali berlayar tetap berlayar dan akhirnya lesulah dia. Ketika itu baru saya sedarkan dunia. Dikeliling motorkar saya perhatikan beberapa orang. Hujan sudah teduh. Saya membuka kaca jendela motokar. Baru terasa panas dan berpeluh. Ketika itu tampil seorang pemuda, diikuti seorang lain yang lebih tua dari dia. Orang itu berketayap dan memakai kain sahaja. Dia menghulurkan tangannya melalui jendela motokar dan saya sempat melihat kad ditangannya. Saya baru sedar dia Pegawai Pencedah Maksiat. Seluruh anggota saya menjadi gementar. Tanpa banyak cakap lagi saya dipaksa menurutkan orang orang itu kerumah tok kadi. Saya disoal semahu-mahunya hingga tidak terjawab-jawab lagi. Amnah yang longlai itu asyik menangis. dan apakala mereka tahu Amnah itu buta orang nya, saya diseranah dan hampir dipelupoh oleh kumpulan pemuda yang mengerumuni motokar kami tadi. Situa binatang! Tak memilih orang celik, orang buta sama saja! Kemana akal kamu? Anak haram jadah sergah seorang yang hampir sebaya umurnya dengan saya.Dia mencengkam leher baju saya dan kalau tidak dihalang pegawai polis yang hadir sama dimajlis itu, tentulah lebam muka saya digasaknya.
Dalam perbicaraan itu, Amnah terang-terang mengatakan kena paksa. Dia mengatakan dia sudah lama kenal saya. Tetapi saya yang selalu menumpangkan dia dengan motokar lalu menghantar pulang, disangkakannya mustahil boleh melakukan kecurangan itu. Pegawai polis itu hendak mengheret saya ke balai saja.Tapi Tuk Kadi yang berakal itu menenangkan suasana. Encik ada dua pilihan katanya sambil merenung bengis muka saya , macam kucing sedang bersiap sedia henadak mematahkan leher tikus gemuk idamanya Nikah dengan perempuan yang malang ini malam ini juga atau... Ikut saya kebalai kata pegawai polis itu. Ketika itu akal saya pulih kembali. Apa salahnya nikah denagan Amnah? Bukankah selama beberapa bulan ini aku bagai nak gila dibuatnya? Fikir saya. Kalau Amnah mahu, saya memang mahu kata saya. Amnah pun ditanya. Ketika itu dia menggeleng gelengkan dengan tangisnya. Tetapi sejurus dia dibawa masuk ke ruang dalam rumah itu oleh isteri Tuk Kadi. Kemudian keluar lagi. Muafakat malam itu tercapai. Saya kena nikah juga dengan Amnah dengan Mas kahwin enam puloh ringgit setengah tunai. Isteri Tuk Kadi yang budiman itu menukarkan pakaian Amnah. Dan saya dipaksa bersuci. Kemudian akad nikah itu dilangsungkan.Tuk kadi dengan murah hatinya menjamu hadirin dengan nasi. Dan doa selamat dibacakan. Tetapi sebelum kami dilepaskan pulang, Pegawai Pencegah Maksiat memberi amaran keras kepada saya , kalau sekali lagi tertangkap basah begitu, buruk padahnya bagi saya.
Begitulah Amnah menjadi isteri saya.Tahun pertama kami nikah itu, dia mengandung tetapi keguguran.Tahun kedua tiada terjadi apa apa. Tahun ketiga perkahwinan, Amnah mengandungkan anak perempuan saya yang tunggal itu. Amnah, isteri saya buta itu, matanya sungguh terang. Dia mengenali Allah lebih daripada saya sendiri. Dia taat sembahyang Fasih menagaji Quran. Sehari hari dia leka dengan Quran dan sembahyangnya. Kalau sambil menganyam bakul sampah yang orang mengupah dia membuatnya, dia melancarkan bacaan Quran. Begitulah kehidupan kami. Dan saya tetap dengan kemungkaran yang menjadi sebahagian dari hidup saya ketika itu. Amnah mungkin saja tahu maksiat yang saya buat itu. kalau pun dia tidak tahu saya berzina dengan perempuan lain, perangai pemabuk arak tentu dia tahu sebabnya hidung dia jauh lebih tajam dari hidung saya. Masakan dia tidak terbau arak ketika saya pulang dalam keadaan mabuk. Tetapi dia tetap senyum. Sesekali dia menasihati saya.Tetapi dengan sekali tengking dia senyap dan tak berani bersuara lagi. Mungkin dia tahu sebagai perempuan buta, kalau dia jadi janda, siapakah yang sudi memungutnya lagi. Dan saya semakin mengganas lagi.
|
|
|
| |
| Mencuri |
| 11.24.04 (1:42 pm) [edit] |
|
Assalammualaikum... para pengunjung sekelian..
Ku petik dari sebuah laman , untuk dijadikan panduan dan bukan sebagai cercaan.
klik kat sini (link) http://www.mymasjid.com.my/forum/show.asp?page=5&id=352357" title="http://www.mymasjid.com.my/forum/show.asp?page=5&id=352357" target="_blank"http://www.mymasjid.com.my/fo...
|
|
|
| |
| KARENA KEJUJURAN, COBAAN BERUBAH MENJADI NIKMAT |
| 11.23.04 (2:22 pm) [edit] |
Dari Ibnu Syihab, dari Abdurrahman bin Abdullah bin Ka'ab bin Malik, diriwayatkan, bahwa Abdullah bin Ka'ab bin Malik dia adalah penuntun Ka'ab dari anak-anaknya saat Ka'ab menjadi buta berkata: "Saya mendengar Ka'ab bin Malik bercerita tentang kisahnya saat tidak ikut dalam perang Tabuk.
Ka'ab bercerita, 'Saya tidak pernah absen dalam peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam kecuali perang Tabuk. Hanya saja, saya juga tidak ikut dalam perang Badar, tapi Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak menegur orang-orang yang absen saat itu. Sebab Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam saat itu hanya ke luar untuk mencegat kafilah onta yang membawa dagangan kaum Quraisy. Dan tanpa ada rencana sebelumnya, ternyata Allah Subhanahu wa Ta'ala memper-temukan kaum muslimin dengan musuh mereka. Tapi saya pernah ikut bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pada malam (Baiatul) Aqabah, saat itu kami mengadakan janji setia terhadap Islam. Dan peristiwa ini lebih saya senangi ketimbang peristiwa perang Badar, walaupun perang Badar itu lebih sering dikenang oleh banyak orang!'
Sehubungan dengan perang Tabuk, ceritanya begini. Saya tidak pernah merasa lebih kuat secara fisik dan lebih mudah secara ekonomi ketimbang saat saya absen dalam perang itu. Demi Allah, saya tidak pernah punya dua kendaraan (kuda), tetapi ternyata saat perang itu saya bisa mempunyai dua kendaraan. Sebelum Tabuk, bila Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengajak para sahabat untuk perang, biasanya beliau selalu tidak menerangkan segala sesuatunya dengan jelas dan terang-terangan. Tetapi dalam perang ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berterus terang kepada para sahabat. Sebab, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam akan melangsungkan peperangan ini dalam kondisi cuaca yang sangat panas. Beliau akan menempuh perjalanan yang jauh, melalui padang pasir yang begitu luas. Dan beliau juga akan menghadapi musuh dalam jumlah besar. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan semua ini pada para sahabat. Saat itu, jumlah kaum muslimin memang banyak. Tidak ada catatan yang menyebutkan nama-nama mereka secara lengkap.'
Ka'ab berkata, 'Dari saking banyaknya, sampai-sampai tak ada seorang pun yang ingin absen saat itu kecuali dia menyangka tidak akan diketahui selagi wahyu tidak turun dalam hal ini.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melangsungkan perang Tabuk itu di saat buah-buahan dan pohon-pohon yang rindang tumbuh dengan suburnya. Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan kaum muslimin telah bersiap-siap, hampir saja saya berangkat dan bersiap-siap dengan mereka. Tapi ternyata saya pulang dan tidak mem-persiapkan apa-apa. Saya berkata dalam hati, 'Saya bisa bersiap-siap nanti.' Begitulah, diulur-ulur, sampai akhirnya semua orang sudah benar-benar siap. Di pagi hari, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telah berkumpul bersama kaum muslimin untuk berangkat. Tetapi saya tetap belum mempersiapkan apa-apa. Saya berkata, 'Saya akan bersiap-siap sehari atau dua hari lagi, kemudian saya akan menyusul mereka setelah mereka berangkat.' Saya ingin bersiap-siap, tapi ternyata saya pulang dan tidak mempersiapkan apa-apa. Begitulah setiap hari, sampai akhirnya pasukan kaum muslimin benar-benar sudah jauh dan perang dimulai. Saat itu saya ingin berangkat untuk menyusul mereka, tapi sayang, saya tidak melakukannya. Saya tidak ditakdirkan untuk berangkat.
Setelah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan kaum muslimin keluar dari kota Madinah, aku keluar dan berputar-putar melihat orang-orang yang ada. Dan yang menyedihkan, yaitu bahwa saya tidak melihat kecuali yang dicurigai sebagai munafik atau orang lemah yang memang mendapat keringanan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sementara itu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak menyebut-nyebut saya sampai beliau tiba di Tabuk. Di sana, beliau duduk-duduk bersama para sahabat dan ber-tanya, 'Apa yang diperbuat Ka'ab?' Ada seseorang dari Bani Salamah yang menyahut, 'Ya Rasulullah, dia itu tertahan oleh pakaiannya dan bangga dengan diri dan penampilannya sendiri.' Mendengar itu Muadz bin Jabal berkata, 'Alangkah jeleknya apa yang kamu katakan. Demi Allah ya Rasulullah, kami tidak mengetahui dari Ka'ab itu kecuali kebaikan.' Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam diam.'
Ka'ab melanjutkan ceritanya, 'Ketika saya mendengar bahwa beliau bersama pasukan kaum muslimin menuju kota Madinah kembali, saya mulai dihinggapi perasaan gundah. Saya pun mulai berfikir untuk berdusta, saya berkata, 'Bagaimana saya bisa bersiasat dari kemarahan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam besok?'
Untuk itu, saya minta bantun saran dari keluarga saya. Setelah ada informasi bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sudah mulai masuk kota Madinah, hilanglah semua kebatilan yang sebelumnya ingin saya utarakan.
Saya tahu, bahwa tidak mungkin saya bisa bersiasat dari kemarahan beliau dengan berdusta. Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telah tiba, dan biasanya bila beliau tiba dari suatu perjalanan, pertama kali beliau masuk ke masjid, lalu shalat dua rakaat, kemudian duduk-duduk menemui orang-orang yang datang.
Setelah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam duduk, berdatanganlah orang-orang yang tidak ikut berperang menemui beliau. Mereka mengajukan berbagai macam alasan diikuti dengan sumpah jumlah mereka lebih dari 80 orang- Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menerima mereka secara lahir dan membai'at mereka serta memin-takan ampunan. Adapun rahasia-rahasia hati, semuanya beliau pasrahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Saya pun datang menemui beliau dan mengucapkan salam. Beliau tersenyum sinis, kemudian berkata, 'Kemarilah!' Saya berjalan sampai duduk di hadapan beliau. Lalu beliau bertanya, 'Apa yang membuatmu tidak ikut serta? Tidakkah kau sudah membeli kendaraanmu?' Saya jawab, 'Ya benar. Demi Allah, sekiranya aku sekarang duduk di hadapan orang selain engkau dari seluruh pendu-duk dunia ini, tentu aku bisa selamat dari kemarahannya dengan mengemukakan alasan tertentu. Aku telah di-karuniai kepandaian berdiplomasi. Akan tetapi, demi Allah, aku yakin, kalau hari ini aku berdusta kepada engkau dan engkau rela menerima alasanku, niscaya Allah akan mena-namkan kemarahan diri engkau kepadaku. Dan bila aku berbicara jujur kepada engkau, maka engkau akan menjadi marah karenanya. Sesungguhnya aku mengharapkan pengampunan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala . Tidak, demi Allah, sama sekali saya tidak mempunyai alasan apa pun secara fisik dan lebih lapang secara ekonomi daripada saat aku tidak ikut serta dengan engkau.' Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata, 'Orang ini telah berkata jujur, bangun dan pergilah sampai Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan keputusan dalam masalahmu ini!' Saya pun berdiri dan pergi. Saat itu orang-orang dari Bani Salamah mengikutiku, mereka berkata, 'Demi Allah, kami tidak pernah mengetahui bahwa engkau pernah berbuat kesalahan sebelum ini. Mengapa engkau tidak mengajukan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam alasan-alasan seperti yang dilakukan orang lain yang juga tidak ikut? Dan dosamu nanti akan hilang dengan istighfar (per-mintaan ampun) Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam untukmu.' Mereka terus menerus mencerca saya sampai-sampai saya sempat berfikir untuk kembali kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan meralat pem-bicaraan saya yang pertama. Kemudian saya bertanya pada mereka, 'Adakah orang yang mendapatkan perlakuan sama denganku?' Mereka menjawab, 'Ya, ada dua orang lagi yang mengatakan seperti apa yang kau katakan dan mendapat-kan jawaban seperti jawaban yang kau terima.' Saya ber-tanya lagi, 'Siapa mereka?' Mereka menjawab, 'Murarah bin Ar-Rabi' Al-Amry dan Hilal bin Umayyah Al-Waqify.' Mereka menyebutkan nama dua orang yang pernah ikut perang Badar dan mereka bisa dijadikan anutan. Setelah mendengar dua nama yang mereka sebutkan itu saya terus pergi.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu melarang kaum muslimin berbicara dengan kami bertiga di antara orang-orang yang tidak ikut bersama beliau. Akibatnya, orang-orang semua meninggalkan kami dan sikap mereka pun berubah, bahkan dunia ini pun seolah juga berubah, tidak sama dengan dunia yang saya kenal sebelumnya.
Kami merasakan hal demikian selama 50 hari. Selama itu, dua teman senasib saya hanya berdiam diri dan duduk di rumah masing-masing sambil menangis. Berbeda de-ngan saya, saya termasuk yang paling muda dan paling kuat menahan ujian ini. Saya pergi keluar dan ikut shalat berjamaah, tetapi tidak ada satu pun yang mau berbicara dengan saya. Saya datangi Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan saya ucapkan salam kepada beliau saat berada di tempat duduknya seusai shalat. Saya berkata dalam hati, 'Adakah Rasulullah menggerakkan kedua bibirnya untuk menjawab salamku atau tidak?!' Kemudian saya shalat di dekat beliau, saya mencuri pandangan. Saat saya sedang shalat, Rasulullah melihat kepada saya. Tapi bila saya menoleh kepadanya, beliau berpaling dari saya. Setelah cukup lama orang-orang meninggalkan saya, suatu saat saya pergi memanjat dinding kebun Abu Qatadah dia adalah sepupu saya dan termasuk orang yang paling saya cintai. Saya mengucapkan salam kepadanya, tetapi demi Allah dia tidak menjawab salam saya. Saya berkata, 'Wahai Abu Qatadah! Demi Allah aku bertanya, adakah engkau tahu bahwa aku ini mencintai Allah dan RasulNya?' Dia diam saja. Saya kembali bertanya tapi dia tetap diam. Saya bertanya sekali lagi, akhirnya dia juga menjawab, 'Allah dan RasulNya sendiri yang lebih tahu.' Air mata saya berlinang dan saya kembali memanjat dinding itu lagi.
Ketika saya berjalan di pasar Madinah, tiba-tiba ada se-orang bangsawan dari Syam. Dia termasuk para pedagang yang datang membawa makanan untuk dijual di Madinah. Dia berkata, 'Siapa yang dapat menunjukkan di mana Ka'ab bin Malik?'
Orang-orang yang ada di situ menunjukkannya. Setelah dia mendatangi saya, dia menyerahkan pada saya sebuah surat dari Raja Ghassan. Dalam surat itu tertulis, 'Aku telah mendengar bahwa kawanmu (yaitu Nabi Muhammad) telah meninggalkanmu, sementara engkau tidaklah dijadikan oleh Allah berada pada derajat yang hina dan terbuang. Datanglah kepada kami, kami akan menghiburmu.' Setelah membaca surat itu saya bergumam, 'Ini termasuk rangkai-an ujian Allah.' Lalu saya bawa surat itu ke tungku dan membakarnya.
Setelah berlalu 40 hari dari total 50 hari , utusan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam datang kepada saya. Katanya, 'Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telah menyuruhmu untuk menjauhi isterimu!' Saya bertanya, 'Apakah saya harus menceraikannya atau bagaimana?', dia menjawab, 'Tidak, jauhilah dia dan janganlah kau mende-katinya'. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga me-ngirimkan utusan beliau kepada dua rekan senasib saya. Maka saya meminta pada isteri saya, 'Pergilah kau ke tem-pat keluargamu. Menetaplah di sana sampai Allah Subhanahu wa Ta'ala memutuskan masalah ini!'
Ka'ab berkata, 'Isteri Hilal bin Umayyah datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dia berkata, 'Wahai Rasulullah, Hilal bin Umayyah itu sudah tua renta, dan dia tidak mempunyai pembantu. Apakah engkau keberatan bila aku melayaninya?' Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab, 'Tidak, tetapi jangan sampai dia mendekatimu!' Isterinya menjawab, 'Demi Allah, dia sudah tidak bisa bergerak lagi dan dia masih tetap menangis sejak dia mempunyai masalah ini sampai hari ini juga.' Sementara itu sebagian keluarga saya berkata, 'Bagaimana sekiranya engkau juga minta izin kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam masalah isterimu, agar dia bisa melayanimu seperti isteri Hilal bin Umayyah.' Tetapi saya menjawab, 'Demi Allah, dalam masalah ini aku tidak akan minta izin kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Aku tidak tahu apa yang akan dikatakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bila aku minta izin kepada beliau, sementara aku ini masih muda?!'
Saya berada dalam kondisi demikian selama sepuluh malam, sehingga jumlahnya 50 malam dari mulai pertama kali Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melarang orang untuk berbicara pada kami. Pada hari yang ke-50, saya menghadiri shalat Subuh, setelah itu saya duduk-duduk, sementara kondisi saya persis seperti yang digambarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, diri sendiri terasa sempit, begitu juga bumi yang luas ini terasa sempit bagi saya. Saat saya duduk dalam keadaan demikian, tiba-tiba saya mendengar suara orang yang berteriak dengan lantang di atas bukit, 'Wahai Ka'ab, bergembiralah!' Saat itu juga saya langsung sujud, saya tahu bahwa masalah saya akan berakhir. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengumum-kan datangnya taubat (pengampunan) Allah atas kami bertiga saat beliau selesai shalat Subuh. Banyak orang pergi menemui kami untuk menyampaikan kabar gembira. Sebagian mereka ada yang menemui dua kawan senasib saya, dan ada seseorang yang ingin menemui saya dengan berkuda. Sementara itu ada seorang Bani Aslam yang hanya berjalan kaki, lalu dia naik ke bukit dan meneriakkan kabar gembira pada saya. Ternyata suara itu lebih cepat dari pada kuda. Setelah orang yang naik ke bukit itu datang menemui saya untuk menyampaikan langsung, saya tang-galkan pakaian saya dan saya hadiahkan untuknya sebagai imbalan atas kabar gembiranya. Demi Allah, sebenarnya saya ini tidak mempunyai baju lagi selain itu. Akhirnya saya meminjam baju orang, kemudian berangkat menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Orang-orang datang berduyun-duyun mengucapkan selamat atas kabar gembira ini. Mereka mengatakan, 'Selamat atas pengam-punan Allah untukmu!' Setelah itu saya masuk ke dalam mesjid, di situ terlihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sedang duduk di kelilingi banyak orang. Tiba-tiba Thalhah bin Ubaidillah bangun dan menuju ke arah saya dengan setengah lari. Dia menjabat tangan saya dan mengucapkan selamat. Tidak ada seorang pun dari kaum Muhajirin yang bangun selain dia, dan saya tidak akan melupakannya.
Setelah saya mengucapkan salam kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau berkata dengan wajah bersinar penuh kegembiraan, 'Bergembiralah dengan datangnya sebuah hari yang paling baik yang pernah engkau lalui semenjak kau dilahirkan oleh ibumu.' 'Dari engkau atau dari Allah, ya Rasulullah?' tanya saya. Beliau menjawab, 'Bukan dariku, tapi dari Allah.' Dan demikianlah, bila Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sedang gembira, wajah beliau bersinar seperti bulan. Kami semua tahu hal itu. Setelah aku duduk tepat di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, saya berkata, 'Wahai Rasulullah, sebagai pertanda taubat ini, aku akan melepas semua hartaku dan menjadikannya sebagai shadaqah untuk Allah dan RasulNya.' Rasulullah menjawab, 'Ambillah sebagian dari hartamu, ini lebih baik untukmu.' Saya berkata, 'Ya, aku akan mengambil jatahku yang aku dapatkan dari perang Khaibar.' Setelah itu saya ungkapkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, 'Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyelamatkan aku dengan kejujuran, dan sebagai pertanda taubatku kepada Allah, aku berjanji bahwa aku akan selalu berkata jujur selama hidupku. Demi Allah, aku tidak mengetahui seorang muslim yang diuji oleh Allah dalam kejujuran kata-katanya melebihi ujian yang aku dapatkan.'
Dan sejak aku ungkapkan hal itu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, saya tidak pernah berdusta sampai hari ini. Saya memohon semoga Allah tetap menjaga saya selama sisa hidup saya. Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan firmanNya kepada RasulNya:
"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar, yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan. Setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melain-kan kepadaNya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguh-nya Allahlah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kalian bersama orang-orang yang jujur." (At-Taubah: 117-119).
Demi Allah, tidak ada nikmat yang telah Allah karuniakan kepada saya setelah nikmat hidayah Islam- yang lebih besar dari nikmat kejujuran saya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Saya tidak ingin berdusta tapi kemudian binasa seperti binasanya orang-orang yang telah berdusta. Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mem-berikan komentar tentang orang-orang yang berdusta di dalam wahyu yang diturunkanNya- dengan kata-kata yang sangat keras dan jelek.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Kelak mereka akan bersumpah kepdamu denga nama Allah apabila kamu kembali kepada mereka, supaya kamu berpaling dari mereka. Maka itu berpalinglah dari mereka, karena mereka itu adalah najis dan tempat mereka adalah Jahannam, sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. Mereka akan bersumpah kepada-mu agar kamu rela kepada mereka. Tetapi, jika sekiranya kamu rela kepada mereka, maka sesungguhnya Allah tidak rela kepada orang-orang yang fasik itu." (At-Taubah: 95-96).
Ka'ab berkata: "Kami bertiga tidak memperhatikan lagi orang-orang yang diterima alasan mereka setelah bersumpah kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, kemudian beliau menyumpah mereka dan memintakan ampun buat mereka, sementara itu beliau menangguhkan urusan kami sampai Allah sendiri yang memutuskan. Oleh karena itu Alah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan,''(Dan Allah juga telah menerima taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka.''
Yang dimaksud dalam ayat ini bukanlah tidak ikut serta-nya kami bertiga dalam perang, tetapi yang dimaksud adalah ditangguhkannya taubat kami serta tidak diikutsertakannya kami pada kelompok orang-orang yang telah ber-sumpah dan mengemukakan alasan dan diterima oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam."
~~ forwarded emel dari ahli utusanrasul
|
|
|
| |
| SIFAT |
| 11.23.04 (2:19 pm) [edit] |
1. Tiga peringkat tanuzzulat (penurunan) yang mula itu adalah peringkat dalam dan adalah yang satu dan yang sama itu juga. Ahdiyyat berpadu dalam wahdat dan wahdat berpadu dalam Wahidiyyat. Ahdiyyat berpadu dalam Wahidiyyat. Dalam Wahidiyyat semua asma tersembunyi. Asma mula-mula terzahir dalam Alam Arwah, kemudian dalam Alam Mithal dan selepas itu dalam Alam Nasut (Casual World). Dalam hakikat Muhammad s.a.w. semua asma (nama) tersembunyi. Beliau bersabda, " Aku adalah dari cahaya Allah dan semua yang lain adalah dari cahaya ku " Dalam manifestasi Nabi itu semua nama tersembunyi melainkan nama Hadi (Pembimbing Yang Benar) Bagi Iblis pula semua nama tersembunyi melainkan nama Mudhil (yang menyesatkan)
2. Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan. Indah adalah sifat Zat.Allah menjadikan manusia dalam wajahnya. Dilitupinya manusia itu dengan sifat keindahannya sendiri. Oleh itu manusia cenderung kepada yang indah. Allah cintakan keindahan sebelum menjadikan kedua-dua alam. Oleh yang demikian, Allah itu indah dan cinta . Keindahannya adalah cinta dan cintanya adalh keindahan. Dia yang menyintai dan Dia juga dicintai. Dia nampak Dirinya dalam cermin keindahannya sendiri. Dia cinta dirinya sendiri, Allah tidak cinta yang lain dari pada diriNya sendiri.
3. 'Adum (yang tidak ada) ialah yang diluar dari yang di jadikan oleh Allah. Allah mempunyai kebaikan yang mutlak dan dari kebaikannya itu timbul kejahatan. Apa yang nampaknya jahat ialah perhubungan antara asma (nama-nama) yang bertentangan dan bukannya dari Wujud itu sendiri; atau timbul dari 'adum. Umpama sebilah pedang yang memotong. Memotong itu sendiri, bukanlah kejahatan; Ianya menunjukkan kesempurnaan pedang itu. Memotong tangan orang nampaknya adalah jahat dan ini berkaitan dengan 'adum. Sebenarnya itu adalah perkaitan atau perhubungan antara satu daripada nama-nama keagungan dengan yang lain. Berbanding dengan nama-nama lemah-lembut ianya berupa jahat, tetapi jika dengan sendirinya. ianya adalah baik.
4. Rumi ada berkata demikian : 'Attar berjalan melalui tujuh bandar Cinta, kami masih di selekoh satu lorong. Tujuh bandar yang di maksudkan itu ialah tujuh sifat-sifat Allah yang di lalui oleh pengembara tadi: dan orang lain berjalan hanya dalam satu sifat sahaja. Nabi Musa diperkaitan dengan sifat 'kalam" (percakapan) dan Nabi Isa diperkaitan dengan 'Hayat'(hidup). Atau mungkin juga dimaksudkan kepada yang tujuh ini: badan, mithal,arwah, wahidiyyat, wahdat,a hdiyyat, mutlaq.
5. Muhaqqiqin (orang-orang sufi) menyatakan sifat adalah kekal dan tambahan pada Zat. Hukama (failasuf) menyatakan bahawa sifat adalah zat-bukannlah Dia mempunyai zat dan sifat yang bercampur dan tersusun pada Dia.
6. Hadith ada mengatakan: Yang bererti: " Ada satu pasar dalam syurga di mana ada terjual muka ( atau gambar)". Ini bermaksud 'tajalliyat' (terbayangnya) Allah. Syekh Abdul Qadir Jailani ada mengatakan , " Aku nampak Allah dalam mimpi berupa Nabi "
7. Menurut istillah orang-orang sufi, peringkat dari Wahdat hingga terzahirnya Nabi di gelar pernyataan (epiphany)' Hakikat Muhammad '
8. Kebolehan-kebolehan (faculties) di gelar malaikat dalam "syariat". Ianya itu adalah manifestasi kuasa-kuasa Ketuhanan misalnya malaikat angin, malaikat api. Telinga ialah manifestasi; pendengaran ialah kebolehannya (faculty).Jika tidak ada badan, maka tidak adalah manifestasi (penzahiran) kuasa ini. Zat Allah terzahir dalam sifat; sifat terzahir dalam kebolehan dan kebolehan terzahir pada badan; perbuatan terzahir dalam athar (kesan). Zat tidak ada penzahiran tanpa penzahiran sifat.
9. Ilmu (pengetahuan) bererti penanggapan (conception) dan pengesahan dan penentuanterhadap objek (yang diketahui). Nur (cahaya) ialah manifestasi diri agar ia nampak sebagai ghayr (yang lain) Syuhud (menyaksikan) ialah penyataan(expression) yang ghaib dan yang batin.
Wujud ialah manifestasi apa yang tidak ada dahulunya adalah bentuk-bentuk dalam pengetahuan, hakikat objek dan mengkonkritkan (maujudkan) nama-nama dan wujud, Dalam peringkat ini, mereka bukan 'majul bijali Jail' (dijadikan oleh kejadian Yang Menjadikan) tetapi mereka tidak zahir sendiri, maka Yang Menjadikan membawa mereka menjadi ada.Pelaku hakikat ini bergantung pada Pelaku; sama ada Pelaku mewujudkan hakikat-hakikat itu pada zahirnya (iaitu mengambil bentuk dalam wujud seperti dikatakan oleh Mazhab Wujudiyyah), atau memberi wujudnya pada mereka yang mana mereka adalah 'adum (seperti di katakan oleh Mazhab Syuhudiyyah), Dia sahaja menjadi sebab athar (kesan) mereka. Jika anda melampaui had ini, anda akan memasuki lingkungan yang mengatakan 'dua' (duality). Ambil misalan dakwat dan perkataan. Wujud dakwat boleh di lihat dalam perkataan yang di tulis. Perkataan dalam tulisan tidak wujud sendirinya.
10. Sifat tidak wujud berasingan dan bukan tambahan pada Zat. Bagi segi pengetahuan, Zat itu ialah pengetahuan itu sendiri. Pada segi wujud Zat itu adalah hidup itu sendiri. Pada segi kehendak, Zat itu adalah iradat itu sendiri. Jika sifat itu hakikat yang berasingan, maka jadilah sifat itu tambahan sebenarnya dan ini adalah tidak mungkin. Zat ialah hidup, pengetahuan (ilmu), kehendak, pendengaran percakapan.
~~ sumbangan ahli utusanrasul.....
|
|
|
| |
| YANG MUNGKIN ADA ( MUMKINUL-WUJUD ) |
| 11.23.04 (2:16 pm) [edit] |
1. Cinta: Tidaklah wajar menggelar perasaan ini pada seseorang dengan nama cinta; dan tidaklah betul menggelar pokok gandum (iaitu ilmu) dengan nama pokok yang di Syurga. Ertinya: " Jangan hampir dengan pokok itu, jika tidak, kamu menjadi Zalim "
Cinta adalah tarikan kepada yang benar-benar cantik. Memandang kecantikan dalm kecantikan nya sendiri tanpa halangan dari objek-objek alam di gelar keadaan jam'i. Syekh-al-Akbar menggelar keadaan ini dengan nama jam'i atau batasan pertama atau Hakikat Muhammad s.a.w. ianya adalah cinta Zat pada Zat itu sendiri. Cinta Zat pada alam dinamakan. Cinta Alam pada alam iaitu seseorang lain dinamakan . 2. Allah dalam manifestasi (penzahiran)nya yang pertama ialah a'yan. Keupayaannya terzahir dalam cermin a'yanNya. oleh itu, Allah adalah Bapa a'yan itu di pelihara pada penzahirannya oleh asma dan sifat.
3. Yang terzahir datang dari yang tidak zahir dan yang tidak zahir datang dari yang terzahir. Penzahiran hanya mengambil bentuk. Yang bererti: ' Dia tidak beranak dan tidak di peranakkan ' Zat adalah mutlak dan apa-apa yang terbit daripadanya adalah terhad-Nabi Muhammad s.a.w. adalah terhad dan apa-apa yang terbit daripadanya adalah tidak terhad dan mutlak. Wujud yang terhad tidak boleh lain dari wujud itu sendiri.
Apa-apa yang timbul dari ombak tidaklah lain dari laut itu sendiri. Dakwat pada huruf tidak lain dari dakwat mutlak. Telur datang dari abu ayam dan begitu juga sebaliknya. Dalam cermin alam ini tidak ada yang nampak melainkan Allah itu sendiri dalam manifestasi yang kedua. Dalam cermin Allah " lain dari alam " ternampak dalam manifestasi yang pertama . Oleh itu, alam ini terbit dari Allah dan tidak ada lain kecuali Allah yang nampak dari alam. Biji benih terzahir dalam pokok dan pokok itu di dapati dari biji benih. Apa-apa yang terzahir keluar adalah daripada dalam benda itu sendiri. Dengan itu apa-apa yang keluar dari alam adalah lebih baik dari apa-apa yang keluar dari Allah.
4. Muhammad ialah dari cahaya rahmat dalam kedua-dua alam. Rahmat atau berkat adalah sifat Jamal (indah). Iblis ialah dari api Kebesaran. Jamal menaungi Jalal dalam manifestasi. Kita mohon perlindungan dari perbuatan-perbuatan Syaitan. Jangan hinakan mereka yang jahat tetapi mohonlah perlindungandari perbuatan mereka itu. 5. Segala-galanya kembali kepada asalnya. Pada segi wujud , segala-galanya berasal dari Allah. Oleh itu, Muminul-Wujud bergantung kepadaWajibul-Wujud. Untuk Wujud, huruf-huruf dan perkataan bergantung kepada dakwat. Zat benda-benda tidak wujud dan ianya adalah ghayr (yang lain) bagi wujud setiap ketika, segalanya meminjam wujud mereka dari Allah, dan setiap ketika mereka kembali kepada zat mereka yang mana adalah kosong. Sepanjang yang berkenaan dengan wujud , mereka kembali kepada wujud 'yang pasti ada' dan sepanjang yang berkenaan dengan wujud mereka sendiri, mereka kembali kepada kosong.
Mumkinul-Wujud mempunyai dua aspek; satu mengadap Allah dan satu lagi mengadap dirinya sendiri. Pada aspek yang pertama, tidak ada apa-apa melainkan Allah. Pada aspek yang kedua, ianya tidak ada, kosong atau binasa sendirinya. " Segala-galanya binasa kecuali wajahnya" Pada dirinya sendiri, sesuatu benda itu ialah kosong yang abadi; tetapi pada segi 'wajahnya' iaitu aspeknya terhadap Allah ianya bukan sesuatu yang tidak ada. Kedua: Zat benda adalah sifat Jalal (agung) dan Jamal (indah). Benda adalah manifestasi (penzahiran) dari kedua-dua sift ini. Semuanya sama ada baik atau buruk datang dari pintu kedua-dua sifat ini dan kembali melalui pintu yang sama. Tiap-tiap sesuatu ,dalam proses meminjam sesuatu sifat, merasai sifat itu. Perasaan ini menjadi perhubungannya dengan sifat yang di pinjamkannya itu, dan ianya menjadi keupayaan (potentiality) bagi benda itu. Tiap-tiap sesuatu adalah bentuk sifat. A'yan adalah bentuk-bentuk sifat. Apa sahaja yang keluar dari sesuatu sifat adalah kesempurnaan bagi sifat itu. Segala-galanya akan kembali dari alam yang sementara kepada alam yang kekal abadi dengan kesempurnaan yang di terimanya di sini. Apabila sesuatu itu menanggalkan sifat-sift mereka (dan ini tidak lebih dari satu minit, yang batin menjadi yang zahir) Keesaan yang Hakiki menjelmam. Si 'Arif sangat menghargai ini walau pun satu minit di dunia ini. Sesuatu itu tidak kembali kepada zat tetapi hamya kembali kepada sifat daripada mana ia datang. Sifat merupakan keadaan di akhirat kelak. Sifat yang tersembunyi itu akan dizahirkan (manifestasi) di Hari Kiamat.
6. 'Yang Dijadikan' bukan tambahan pada zat dan sebaliknya. Berbilang-bilang (multiplicity) dalam Keesaannya. Yang bererti: " Katakanlah, Allah itu satu "Apabila wujud adalah satu sahaja, dengan apa jua ia bersyarikat ? 7. Syekh Muhiyuddin Ibn Arabi mengatakan, Haq adalah 'yang dijadikan' kerana 'yang di jadikan' adalah manifestasi nama-namadan sifat-sifat Haq dan bayangan (buruz) wujud Yang Mutlak dalam beberapa keping cermin. Larangan menggunakan batasan dan had 'yang dijadikan' kepada Dia ilah kerana peringkat-peringkat (tanuzzulat). Oleh itu, buangkan peringkat-peringkat itu dan batasan-batasan itu dan terus menuju Wahdat.
8. Menurut pendapat Ghazur, wujud yang padanya terzahir kesan-kesan dan di gelar. Wujud Biasa adalah sebahagian daripada wujud Mutlak, umpama air ombak yang mana adalah sebahagian daripada lautan, dan ini di gelar Wujud-i-Mutlaq dan Zat-i-bahat (zat tulin). Wujud biasa itu ialah Mumkinul-wujud kata orang-orang Mutakallimin atau Makhluq-i-Mujid (penjadi yang dijadikan) kata orang Musysysyin (pengikut Aristotle) atau (Hakikat) kata orang (pengikut Plato). Oleh kerana wujud biasa adalah sebenarnya Haq, maka wujud objek adalah wujud Allah (tidak ada yang wujud melainkan Allah). Jangan ketepikan lautan kerana memandangkan ombak. 9. Mumkinul-wujud adalah tajali Allah dengan bentuk 'Ayan dengan kekhususannya. Ini di gelar Wujud-i-idafi ia itu wujud yang di zahirkan. Ia juga di gelar bayangan (zil) Yang bererti : " Tidakkah kamu lihat bagaimana Tuhan kamu telah memanjangkan bayangannya "
|
|
|
| |
| YANG PASTI ADA ( WAJIBUL - WUJUD ) 2 |
| 11.23.04 (2:15 pm) [edit] |
11. Semua benda wujud kerana wujudnya Allah. Dengan sendirinya mereka itu adalah tidak ada. Huruf-huruf tidak ada. Ada huruf adalah dengan adanya dakwat. 12. "Yang Tidak Ada" ialah cermin wujud mutlak. Daripadanya terzahir bayangan dari cahaya Allah. (ada yang negatif) ialah cermin (ada yang mungkin) ialah bayangan. Wajibul Wujud (Yang Pasti Ada) ialah orangnya. Dalam terbayang Wajibul-Wujud. Sekiranya tidak ada 'yang tidak ada' bagaimanakah yang 'positif' itu terbayang ? Apabila sesaorang mengetuk pintu dan di tanya, " Siapa itu" dia berkata, "tidak ada siapa,hanya Aku" Dia tidak menafikan wujud dirinya tetapi menafikan badan yang lain, supaya wujudnya itu dapat di tegaskan dengan lebih kuat lagi. Demikian, tidak ada Tuhan melainkan Allah. Jika 'yang lain' tidak wujud, bagaimanakah ianya menjadi cermin wujud Allah ? Apabila 'adum kosong dalam Zat. Harta terpendam itu ternampak keluar.
13. Pihak Mutakallimin menganggap wujud benda-benda iaitu wujudnya duniaadalah tambahan pada Zat. Wujud yang sewajarnya ialah wujud Allah dan pembatasannya ialah Dirinya sendiri. Mereka mengamggapkan Zat ada wujudnya yang tidak boleh di belah bagi daripadanya meski pun dalam fikiran ianya boleh di asing-asingkan. Orang-orang Sufi tidak menganggap ada sebarang perbezaan antara wujud yang hakikat dan yang biasa kerana apabila pembatasan hilang dari yang biasa itu, ianya tidak menjadi'adum.
14. Zat mengetahui dirinya sendiri. Dari segi mengetahui dirinya sendiri itu. Ia menjadi 'Wajib','pelaku','tanpa kualiti','pencipta','Yang Mempunyai Kuasa'. Dari segi Ianya itu di ketahui. Ia menjadi 'Yang Diketahui','Yang Dilakukan kepada','Yang Diberi Kualiti','Yang Dijadikan','Tanpa Kuasa'. Kedua-dua itu menjadi (Hakikat Kemanusiaan). Inilah peringkat tertinggi mikraj (naik ke atas)bagi Nabi-nabi. Aspek yang pertama itu merupakan Asma-i-Wujubiyyah. Yang kedua, Asma-i-Kiyani atau Asma-i-Kouni. Yang Pertama itu ialah 'wujud yang terzahir' dan yang kedua ialah ' ilmu yang terzahir'. Kumpulan asma yang pertama itu ialah 'pelaku','tidak ada kualiti','penzahir' dan kumpulan yang kedua ialah 'yang dilakukan, yang di kualitikan','yang di zahirkan'(pasif). 'Ke-Aku-an' yang mutlak ialah hasil penyambungan, kedua-dua itu dan dunia itu terbit dari penyambungan ini. 'Ke-Aku-an' dari sifat-sifat aktif 'yang wajib' menjadi Rab (pemerintah) yang tidak ada kualiti, 'pelaku' dan 'penyinta' dan 'kuasa' serta 'kekal'. Dari segi sifat-sifat pasif'yang mungkin' menjadi 'Abd (yang diperintah) dan mempunyai kualiti; dan menjadi 'perkakas','yang dilakukan','yang dicintai' dan 'tidak berkuasa'. Oleh yang demikia, wajiblah Abd mencari keredhaan Rabnya.
15. Dalam bahasa Arab, lelaki dianggap sebagi penyinta dan perempuan sebagai yang di cintai. Dalam bahasa Hindi, proses itu terbalik. Dalam bahasa Parsi, kedua-duanya dianggap sebagai penyinta. Cinta adalah dari Wajib dalam batasan atau had yang pertama dan dengan itu Wajib (yang pasti wujud) adalah penyinta dan Mumkin (yang mungkin wujud) adalah yang dicintai. Apabila dalam had yang kedua, Mumkin dizahirkan, ianya menjadi penyinta dan wajib menjadi yang dicintai. Apabila dalam tajallinya, Wajib dan Mumkin hilang, penyinta dan yang di cintai juga hilang dan inilah ruang ketidakadaan warna.
16. Firman Allah: Yang bererti : "Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada". Allah adalah hakikat semuanya. Apabila Allah berserta dengan semua. Dia juga adalah tanpa semua. Jika tidak kehampiran Mumkinul-Wujud dengan Wajibul-Wujud tidak ada makna, dan dengan itu hulul (kemasukan yang satu ke dalam yang lain) terpaksalah di terima. Yang satu adalah di sisi ysng satu lagi dan arahan dalan ruang adalah perlu. Oleh itu selagi anda wujud dalam pandangan anda, Dia tidak akan nampak; dan apabila anda tidak wujud dalam pandangan anda, maka Dialah yang anda nampak. jika tidak,dua yang wujud akan bersatu atau akan bertentangan antara satu dengan yang lain. Timbullah ruang dan timbullah dua yang wujud. Ini berlawanan dengan Tauhid. Fana ialah menafikan (perkongsian) dengan yang lain (ghayr)
17. Tuhan-tuhan palsu seperti patung-patung, pokok-pokok dan lain-lain patut di campakkan jauh-jauh kerana mereka timbul dari menetapkan atau menempatkan wujud pada benda-benda yang tertentu. Allah tidak ada kualiti dan di samping itu dikualitikan pula. Dia tidak boleh di kurungkan pada keadaan-keadaan ini. Dianya lebih melampaui dari kedua-dua keadaan-keadaan ini. Allah menzahirkan Dirinya pada sesuatu benda yang dicari oleh seseorang itu. Nabi Musa nampak Dia dalam semak yang terbakar. Ahli tasybih bersangkutan dengan tasybih (mengkualitikan). Ali Tanzih bersangkutan dengan tanzih (tidak ada kualiti) Allah adalah hakikat yang tidak ada kualiti dalam tanzih dan dikualitikan dalam tasybih. Kekal dan sementara dalam Sementara. Manifestasinya sempurna dari keadaan kekal (yang bermula dari Had atau Sempadan Pertama kepada peringkat) dan keadaan sementara (dari Aql-i-kul hingga keperingkat Habuk) Ilmunya sempurna dari 'yang di ketahui' pada kedua-dua peringkat. Dia Yang Kekal dan Dia Yang Sementara. Tajallilnya tidak terkira banyaknya sehingga tidak dapat di hitungkan. Oleh kerana luasnya sehingga tidak terhitung bagaimanakah Zatnya dapat di hadkan pada sesuatu perkara yang mempunyai had (batasan). Penyembahan 'yang terhad' oleh 'yang terhad' adalah syirik. Dalam La ilaha,'yang terhad' itu di nafikan dan dalam Illallah,'yang tidak terhad' itu dipastikan (diithbatkan)
Syekh-Akhbar dalam ada menyatakan."Sekiranya cinta Allah untuk menzahirkan Zatnya dan sifatnya dan juga alam yang mana adalah kesan sifat dan asma, tidak bergerak alam ini tidak akan terzahir keluar tetapi hanya tinggal dalam ilmunya selama-lamanya." Gerak alam dari menghala kewujudannya keluar adalah gerak Allah untuk menzahirkan alam itu. Gerak cinta adalah dari Allah dan gerak rasa adalah dari alam. Satu biji benih melihat dan mengetahui semua pembagunan dalam dirinya dan dengan itu adalah bebas (ghani) dari mereka, tetapi kesempurnaan yang mengetahui itu di sedari dari pengetahuan yang kekal dan pengetahuan yang sementara. Pengetahuan yang kekal menjadi sempurna dari pengetahuan yang sementara. Pengetahuan yang sementara ini terpendam yang kekal.
18. Punca semua gerak ialah gerak dan ini adalah bentuk-bentuk dalam pengetahuan. Gerak ini di zahirkan keluar. Oleh itu wujud ini adalah gerak dari keadaan yang terpendam kepada keadaan yang ternampak. Ini adalah gerak cinta. Allah berfirman:Yang bererti: " Aku adalah harta yang tersembunyi dan suka sekali supaya di ketahui" Cinta ini adalah untukmanifestasi (penzahiran), Jika cinta ini tidak ada. Dia akan terpendam dalam ilmu selama-lamanya. Gerak alam ialah dari menuju penzahirannya keluar. Pergerakkan ini adalah cinta Allah kepada penzahiran alam dari kepada kewujudannya. Kerana alam suka melihat zatnya sendiri terzahir seperti yang dilihatnya dalam ilmu. Wujud tanpa permulaan ialah wujud Allah. Sepanjang yang berkenaan dengan Zatnya , wujud itu adalah (kesempurnaan diri) baginya. Wujud yang ada permulaan ialah dari Allah dalam bentuk alam yang mana ada dalam ilmu Allah dan di gelar wujud yang sementara dan mungkin. Allah menampakkan (manifestasi) Dirinya dalam bentuk alam dan ini (kesempurnaan nama). Oleh yang demikian, Dia adalah kekal dalam Kekal dan sementara dalam Sementara.
19. Harith Muhasibi ada berkata " Jangan anda anggap kerugian atau keuntungan kepada seseorang itu datangnya dari diri anda sendiri" kerana wujud dan kualiti-kualitinya adalh hanya pinjaman kepada 'Mumkin' dan apa yang di pinjamkan itu adalah bergantung kepada'wajib' (pasti) dan bukan kepada 'Mumkin'. Apa yang tidak ada kualiti tidak boleh mengatakan dia ada kualiti atau sifat. Jika 'adum berbuat demikian, itu adalah syirik. Inilah sebabnya Ulamak mengatakan wujud ialah tambahan pada zat. Dari segi mutlaknya, wujud tidak langsung terfikirkan. Hanya dalam Wahdiyyat, anda mempunyai tajalli pada wujud. Oleh itu, dalam segi mutlak, wujud adalah tambahan . Ulamak terlibat dengan Wahdiyyat. Jika mereka naik ke atas lagi, mereka akan dapati bahawa wujud itu adalah hanya tajalli itu menjadi hakikat seseorang dalam tajalli. Tajalli dan pembatasan adalah Zat dengan sendirinya. Oleh yang demikian theori mengatakan wujud itu adalah tambahan, tidak terpakai di sini.
20. Falsafah Aristotle (Musysyayin) ada mengatakan bahawa hakikat tidak di jadikan oleh Yang Menjadikan tetapi Yang Menjadikan itu memberinya wujud dan dengan itu ia wujud,sebab athar (kesan)nya pada zahirnya ialah wujud. Hakikat api tidak dijadikan, tetapi Yang Menjadikan wujudnya,lalu ia menjadi punca penzahiran haba dan cahaya (atharnya) Api yang kita nampak wujudnya itu adalah sambungan dan bukan hakikat Api, dan hakikatnya adalah wujud sendirinya. Isyraqin Plato (Realist) mengatakan bahawa "Hakikat di jadikan oleh Yang Menjadikan" iaitu Dia menjadikannya pada zahirnya. Hakikat adalah kesan dan Yang Menjadikan dan pada zahirnya wujud dan wujudnya adalah sangkaan dalam fikiran sahaja dan bukanlah Hakikat seseorang apabila di lihat berupa satu bentuk. Ini dinamakan Akal Pertama.
Apabila difikirkan lagi kita dapati ianya terdiri daripada sifat-sifat tertentu yang tidak wujud pada zahirnya. Ini ialah Akal Kedua. Inilah juga pandangan pihak Mutakallimin dan pihak Asy'ari. Mereka mengatakan hakikat sesuatu benda adalah benda itu sendiri; dan wujud sesuatu benda itu adalah hakikat benda itu sendiri.Abu'l Hasan Asy'ari tidak pecaya dengna wujud dalam fikiran. Pihak Sufi mengatakan bahawa hakikat benda ialah Zat Allah sendiri. Wujud diluar tidak berbeza dengan wujud di dalam. Semuanya adalah yang satu dan yang sama itu juga-Zat Allah. 'Yang di ketahui' (iaitu objek) dalam ilmunya bukan'Adum (tidak ada). Objek-objek itu di beza-bezakan antara satu dengan lain dalam ilmunya. Objek-objek itu ada dalam ilmu yang abadi. Itu yang di gelar oleh orang-orang Sufi sebagai dan pihak Mutakallimin menggelarnya bentuk-bentuk pengetahuan. Apabila Allah hendak menjadikan objek itu ada, di berinya objek-objek itu satu perkaitan dengan wujudnya sendiri dan dengan perkaitan ini athar (kesan) dan ahkam (bakat) menjadi terzahir keluar, dan Zat itu menjadi punca athar dan ahkam. Yang bererti: "Dia berserta kamu di mana juga kamu berada"
Inilah ayat berkenaan perkara ini. Satu lagi ayat ialah yang bererti: "Sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu" Wujud yang di luar atau yang terzahir ini mempunyai dua aspek, satu hakikat dan satu lagi manifestasi. Manifestasi ialah wujud Yang Mungkin dan hamba (Abdiyyat). Orang-orang Sufi menggelarnya Farq. Tidaklah benar menggelar aspek ini 'Allah'. Yang satu lagi ialah punca manifestasi (penzahiran) dan ini adalah Ketuhanan (Divine). Aspek ini di gelar Haq, dan orang-orang Sufi menggelarnya dengan nama Jam'i
|
|
|
| |
| YANG PASTI ADA ( WAJIBUL - WUJUD ) 1 |
| 11.23.04 (2:14 pm) [edit] |
1. Aspek Allah yang tidak zahir ialah Jalal dan yang zahir (manifestasi) ialah Jamal. Kesempurnaan jiwa bagi Salik ialah berada antara kedua-dua aspek ini.
2. 'Ghayr' (Yang Lain) sebenarnya tidak ada. Inilah sebabnya golongan Syattariyah percaya kepada satu 'ke-AKU-an'. Tauhid ialah mengetahui satu, mengatakan satu, melihat satu,dan menjadi satu. Aku satu dan tidak ada sekutu dengan ku. Tidak ada tabir yang lain kecuali khayalan tentang (makhluk). Langit dan bumi tidak ada merentangkan tabir ini,hanya ibubapa anda, bangsa anda, buku-buku anda yang mengadakan tabir itu.
3. Anda mempunyai : (a) Badan (b) Akal (c) Ruh (d) Sirr (rahsia) (e) Nur (cahaya) (f) Hakikat (zat yang mutlak) Enam perkara di sini adalah sebenarnya kerana ada tingkat-tingkat, jika tidak hakikat anda adalah satu jua.Hakikat anda dalam istilah inidi gelar Haq,Allah, Zat Mutlak, mempunyai tingkat-tingkat dalam manifestasi (penzahirannya), tetapi ianya adalah hakikat anda sendiri. Nur ialah peringkat sifat dalam mujarrad (abstract). Sirr ialah peringkat yang sama secara perincian (detail). Ruh adalah peringkat Alam Arwah Yang keempat ialah Qalb (hati). Yang kelima ialah Alam Mithal dan yang keenam ialah badan.
Badan dan akal dapat di lihat. Ruh, Sirr dan Nur tidak dapat di lihat. Untuk mencapai Haq seseorang itu hendaklah melalui semua ini secara berperingkat-peringkat. Perhatikan bagaimana khatra ( gerakan fikiran) menurun ke bawah. Mula-mula ia turun kepada Nur, kemudian Sirr, kemudian itu Ruth, selepas itu hati dan akhirnya kepada badan. Sebenarnya khatra ini ialah satu sifat Kalam (perkataan) Allah.Ia datang melalui tingkat-tingkat Iradat. Hakikat anda bukannya slah satu daripada tingkat-tingkat ini tetapi adalah (Zat Mutlak) itu sendiri. Jika kebaikan biasa dalam perbuatan hilang dari kita, itu tidaklah berapa bahaya. Tetapi amatlah merbahaya jika hilang kebaikan yang sebenar-benarnya dari kita.
Emas pada pancalogam (alloyed gold) di bakar dalam relau. Pancalogam (alloy) itu akan terbakar dan emas akan keluar lebih bersih lagi. Kebaikan sebenarnya adalah emas dan kebaikan pada kulit sahaja itu adalah pancalogam. Kita akan kehilangan jika emas tulin itu binasa. Neraka ialah tempat pancalogam emas itu di bakar.
4. Haqiqat-i-Muhammadi ialah kepada pancuran semua manifestasi. Yang bererti: " Aku datang dari cahaya Allah dan seluruh alam adalah dari cahaya ku ". Cahaya ialah apa yang manifestasi (zahir) dengan dirinya dan menzahirkan yang lain-lain. Yang bererti " Allah menjadikan alam dalam gelap " Tidak ada yang tersembunyi dari Allah, apabila Dia cahaya langit dan bumi. Cahaya mutlak terzahirdalam manifestasi yang terhad dengan cara pertentangan. Mim dalam Ahmad adaah punca pertentangan atau manifestasi yang bertentangan dalam alam iaitu dalam ketenangan lautan Ahdiyyat, satu buih (wahdat) timbul dan daripadanya banyak buih terzahir (wahdiyyat) yang menjadi punca sifat-sifat yang bertentangan.
5. Nur-i-Muhammadi terzahir dalam bentuk merah dan hinggap atas pokok Keyakinan (Tree of Assurance) dan di sana dia memuja dan memuji Allah dan sujud lima kali dalam kesyukuran. Itulah sebabnya sembahyang lima kali sehari semalam itu menjadi wajib.
6. Meski pun Muhammad dalam badan. Hakikat adalah hakikat seluruh makhluk. Hadithada mengatakan : Yang bererti : " Aku dari cahaya Allah dan seluruh alam adalah dari cahaya ku " Keturunannya empat jenis. Pertama seluruh alam ; Kedua semua wali-wali Allah; ketiga malaikat-malaikat; dan keempat keturunannya yang lahir jasadnya. Ketiga-tiga yang kemudian itu adalah 'details' (secara perincian) yang pertama itu.
7. Kaum Faqaha tidak bersetuju dengan pendapat Auliya Allah. Mereka tetap mengatakan wujud itu ada dua; satu yang asal dan yang lagi satu sementara, yang datang dari 'adum' (tidak ada), meski pun mereka berkat Allah tidak berkuasa menjadikan'ghayr'nya yang tidak ada wujudnya. Menjadi wujudnya benda-benda bukan dari 'tidak ada' tetapi adalah dari (bentuk-bentuk tetap dalam ilmu) yang pada luarnya (tidak ada menurut bandingan). A'yan ternampak apabila penzahir (manifester) mengurniakan kepada mereka (wujud bandingan)nya; iaitu pada luarnya mereka 'adum tetapi wujud dalam ilmu. Oleh itu benda-benda (objects) tidak datang dari 'yang tidak ada' tetapi adalah dari wujud Allah. Dalam ilmu Allah, mereka berserta dengan wujud Allah. Pada luarnya mereka datang dengan wujud Allah. Tetapi sepanjang yang berkenaan dengan pengetahuan mereka tentang lur (zahir) mereka itu, mereka " tidak membau-bauan wujud dalam luarnya (externality) dengan demikian, perintah 'Jadilah (kun) bukan di arahkan kepada 'adum tetapi adalah kepada ia itu bakat-bakat Peribadinya sendiri yang asal. Yang nampak pada zahirnya adalh sementara dan tidak kekal. Hakikat 'adum tidak boleh di tukar menjadi wujud dans sebaliknya.
Perbezaan pendapat antara Ulamak dan orang-orang Sufi bukanlah prinsip doktrin atau butir-butirnya tetapi adalah pada prinsip-prinsip berikut : PERTAMA : Ialah berkenaan dengan kajadian atau makhluk; Ulamak mengatakan wujud kejadian adalah berbeza dengan wujud Allah, mengatakan tidak ada perbezaan, hanya satu ju (ia itu 'ayn bagi yang satu lagi)
KEDUA : Ulamak mengatakan kejadian adalah dari 'adum, dan perintah 'jadilah' (kun) adalah di tunjukkan kepada 'adum itu mengatakan 'yang diperintahkan itu' mestilah ada atau wujud untuk menerima perintah itu dan ini ialah a'yan dalam pengetahuan ia itu bakat dalam batin.
KETIGA : Ialah perkara berkenaan Hu Hu dan Kaannahu Hu. Sufi seperti Syekh Syihabuddin Suhrawardy mengatakan bahawa dalam Fana, benda atau makhluk (yang terhad) menjadi Kaannahu (seperti Dia) dan bukan Hu Hu ( Dia,Dia) seperti besi dalam api yang menjadi seperti api dan bukan api yang sebenarnya. Hakikat besi berlainan daripada hakikat api. Menurut dalam 300 auliya adalah mengikut mazhab ini dan yang 300 lagi itu mengikut Syekh-al-Akbar yang mengatakan atau makhluk menjadi Hu Hu.
Syekh-al-Akbar mengatakan ia itu wujud tidak lebih dari satu, yang sama itu juga menzahirkan kepada dirinya dengan dirinya. Seperti air menzahirkan kepada dirinya dengan rupa ais secara pembatasan (limitation). Apabila dalam keadaan Fana bentuk atau pembatasan hilang, yang mutlak tinggal dan menjadi Hu Hu. Mazhab ini pergi sampai ahdiyyat dan mazhab yang satu lagi (mazhab mustasaffawi) pergi sampai kepada Wahdiyyat. Mazhab yang kedua itu mengatakan ada dua wujud yang berlainan dan dua benda yang berlainan dalam pandangan mereka. Misalnya besi dan api; besi menjadi api sementara, api tetap api dan besi tetap besi. apabila ombak reda, laut tetap tinggal.
Allah adalah Allah dan tidak ada apa pun berserta Dia. " Allah sekarang adalah seperti Allah dahulu jua " Apabila buih berpecah, air tetap tinggal seperti dahulu juga. Buih itu pada hakikatnya adalah air juga. Rupa atau bentuknya adalah pada zahir sahaja tetapi wujudnya tidak ada, air sekarang seperti air yang dahulu juga. 'Ghayr' (yang lain) adalah tidak lebih dari hanya nama dan benda fikiran sahaja. Oleh yang demikian, semua nama (asma) adalah manifestasi (penzahiran) daripada satu hakikat. Kadang-kadang hakikat itu lautan, kadang-kadang buih, kadang-kadang ais dan kadang-kadang salji; kadang-kadang Allah, kadang-kadang makhluk ' banda' kadang-kadang tidak berhad;.kadang-kadang berhad ; Nama itu banyak dan yang di nama adalah satu.
8. Failasuf, Mutakallimin san Sufi mengatakan bahawa kesan atau akibat perbuatan Allah tidak ada penzahiran tanpa bentuk-bentuk tau rupa-rupa yang dizahirkan. Kenyataan ini menunjukkan satu kecacatan dalam. Oleh itu, bentuk-bentuk itu adalah Dirinya sendiri pada zahirnya dan adalah Hakikat-hakikatnya. Dia tidak bergantung kepada 'yang lain' untuk penzahiran.
9. Jika sesaorang itu melayan anda secara Nafs, layanlah dia secara Ruh iaitu balaslah yang jahat dengan yang baik. Inilah cara Ruh. Memandang kejahatan pada yang lain adalah memandang 'ghayr' Hadith Qudsi ada menyatakan : Yang bererti: ' Janganlah salahkan Masa kerana Masa adalah dari Allah '.
10. Mula-mula terpandang Zat dan kemudian Sifat. Mula-mula anda pandang Zat Zaid dan kemudian sifatnya seperti pengetahuannya, fikirannya dan lain-lain.
|
|
|
| |
| KEESAAN ( AHDIYYAT ) (A21-30) |
| 11.23.04 (2:12 pm) [edit] |
21. Zat dan Sifat adalah satu sepanjang yang berkenaan dengan wujud tetapi berlainan sepanjang yang berkenaan dengan kesedaran (cognition), umpama kasturi dengan baunya ia itu satu pada wujudnya. Perbezaan terletak pada sangkaan (appreciation). Oleh itu, ada persamaan sebenarnya dan ada perbezaan sangkaan dalam Zat. Jika ianya berlainan seperti dikatakan oleh ahli zahir (exoteric) maka tentulah ada dasar tersembunyi yang tidak ada had, dan ini adalah mustahil. Ilmu ialah apa yang meliputi sesuatu objek yang tertentu. Ianya tidak boleh meliputi sesuatu objek yang tidak ada had. Oleh yang demikian, pada segi mutlaknya, Allah sedar akan Dirinya. ' Yang tahu' dan 'yang di ketahui' adalah Dirinya sendiri.
22. Sesuatu benda ada tiga ukuran ia itu dalam , panjang dan lebar. kalau disingkirkan dalam , tinggalkan panjang dan lebardan ini di gelar permukaan (seperti bayang-bayang dan bayang-bayang dalam cermin) jika di singkirkan lebar tinggallah panjang ( seperti pinggir sekeping kertas) Singkarkan panjang, tinggallah sumber panjang itu. Ini berbentuk titik (noktah) atau zarah ( atom). Inilah hakikar semua badan.Ini di gelar (ketidak adaan yang diketahui). Ianya di ketahui dalam khayalan tetapi tidak ada dalam ruang (space). Pada tingkat ini ada dua aspek, satu mengadap kepada dirinya di gelar ( Wujud Yang Tidak Ada) dan yang satu lagi menghala wujud bdan (solid) yang digelar (Ada Yang Mungkin) bahkan Wajibul-Wujud ( Ada yang Pasti) yang 'Ghayr' baginya adalah tidak mungkin.
23. Zat adalah bebas dan suci dari dan Rububiyyat, ia itu daripada menjadi 'khaliq' dan 'makluk' yang mempunyai punca dalam asma (nama) Allah bahkan bebas daripada semua. Ianya mempunyai dua aspek ialah nama-nama yang tidak bergantung pada lain-lain nama seperti Qawi (berkuasa) dan Ghani (merdeka) ialah nama-nama yang bergantung pada lain-lain nama seperti Razzaq (Yang Memberi), Khaliq (Yang Menjadi) dan Ghaffar (Yang Mengampun).
24. Barzakh ialah sekatan antara dua keadaan atau benda. Wahdat ialah Barzakh antara Ahdiyyat dan Wahidiyyat. Wahidiyyat ialah antara wajibul-wujud dan mumkinul-wujud.
25. Tai'yyun ialah had bagi sesuatu syaii (benda) menurut peranggaran dalam pengetahuan atau di luar dalam manifestasi (zahirnya) Allah adalah terhad oleh kesedaran atau pengetahuan yang Wujudnya tidak ada had dan apa-apa sahaja dalam had adalah penzahiran (manifestasi) Wujudnya Yang Mutlak ada dalam pengetahuan dan tidak ada di luar dalam manifestasi. Apabila had-had tidak ada, maka ianya Mutlak dan tidak dapat dianggarkan.
26. Zat itu yang berkenaan dengan had atau sempadannya yang pertama di katakan 'Aku'
Yang Haq terhad dalam hadnya. Dalam percakapan anda katakan 'aku' ( Gulshan-i-Raz) Apabila ianya terzahir dalam beberapa bentuk yang terhad, ianya dikatakan 'Kamu' Apabila ianya diluar had dan pengetahuan, ianya jadi'Dia' atau 'Hu'. Ada juga di gelarkan La Hu apabila tidak dapat lagi diperkatakan tentang zat dan di situ ganti nama 'Dia'pun tidak boleh di pakai. Apabila tidak ada pengetahuan tentang dirinya bagi Zat inya sebagaimana kata Junaid. Oleh itu Dia tidak ada kaitannya (quality-less) dan tidak ada juga 'dikaifiatkan' (qualityed). Dia dikaifiatkan dalam keadaan tidak ada kaifiatnya, dan tidak ada kaifiat dalam keadaan dikaifiatkan. Dia adalah hadhir dan tidak hadhir, satu dan Banyak. oleh itu Dia menyatukan perbezaan dan ketidak-setujuan dalam Dirinya. Oleh yang demikian, nama-namanya seperti (Yang menyempitkan) dan (Yang meluaskan), ( yang Memuliakan) dan (Yang Menghinakan) dan lain-lain nama lagi. Pertentangan ini tidaklah menyangkal Keesaannya. Nama-nama ini bercampur masuk ke dalam Keesaannya dan menjadi Satu. Dua di sini menjadi Satu. Dialah Yang Awal dan dalam aspek itu dan bukan dalam yang lain, Dia juga Yang Akhir. Awalnya adalah Akhirnya dan Akhirnya adalah juga Awalnya. Zahirnya menjadi Batinnya, dan Batinnya menjadi Zahirnya. Sifat bagi Keesaan Zat menjadi bersatu dan bersangkutan dengan banyak, menjadi bertentangan dan berlawanan. Pertentangan dan ketidak setujuan itu bukanlah sebenarnya; kalau tidak semua itu adalah 'yang nampak' Dunia ini dinampakkan dan bukan sebenarnya yang hakiki. Pertentangan itu adalah dalam nampaknya dan bukan zatnya. Ghazali mengatakan bahawa Nabi-nabi membawa Tauhid dan melepaskan manusia daripada Syirik dan Kufur untuk mengalih pandangan manusia daripada pertentangan itu kepada Tauhid. Oleh itu ingatlah bahawa Sifat menyarap dalam keesaan Zat, dan bebaskan diri dari (syirik terbuka) dan (syirik tersembunyi); dan carilah yang satu tanpa kesemuanya (allness).
27. "Ism" bukanlah hanya satu perkataan yang menunjukkan Zat 'yang di beri nama' tetapi adalah sifat Zat dengan satu sifat dalam wujud seperti Alim (yang tahu) atau dengan satu sifat tidak dalam wujud seperti Quddus (suci). Ism ialah perihal benda-benda yang di zahirkan berkenaan yang banyak (multiplicity). Nat ialah sifat zat dengan kualiti (quality) didapati dimana-mana seperti wujud.
28. Hakikat Allah adalah Wujudnya dan sebenarnya adalah Zatnya, Wujud Mutlak tidak mempunyai bentuk, rupa, had, awal atau akhir. Meskipun begitu, Dia menzahirkan Dirinya dalam berbagai-bagaibentuk tanpa sebarang pertukaran dalam Zatnya.Bolehlah di umpamakan sebagai seorang yang di kelilingi oleh cermin yang berbaga-bagai saiz, buatan dan warna. Bayang-bayang orang itu nampak dalam cermin itu berbagai-bagai pula menurut kehendak cermin-cermin itu. Namun begitu, sakhsiah (personality) orang itu sendiri tidak berubah. ( Dia sekarang adalah seperti Dianya dahulu juga )
29. Perkataan Hu (Dia) ialah untuk 'dia yang tersembunyi' Allah tidak nampak pada segi Zatnya oleh semua kebolehan pandangan. Di sini Ianya di gelar (yang tidak dapat di perkatakan)
30. Tasybih ialah menzahirkan dalam had atau batasan. Tanzin ialah kemutlakannya yang tidak berhad dan berbatas. Dia dalam Tasybih di dalam Tanzih dan sebaliknya. Dalam semua kitab yang di turunkan Allah, Dia di perkatakan menurut Tasybih dan Tanzih. Yang bererti " Dia tidak serupa dengan apa sahaja, dan Dia mendengar dan melihat
|
|
|
| |
| KEESAAN ( AHDIYYAT ) (A11-20) |
| 11.23.04 (2:11 pm) [edit] |
11. Tentang perkara adalah sesuatu atau benda ( syaii ) adalah terdahulu daripada idea benda itu sendiri. Jika syaii tidak ada, maka ia menjadi 'adum '( tidak ada ). Sesuatu yang tidak ada tidak boleh terdahulu daripada ada. Ini adalah prinsip pertama . Apabila anda berkata Zaid sedang berdiri , buah fikiran ( idea ) tentang sakhsiah ( personality ) Zaid itu adalah terlebih dahulu daripada berdiri. Kecuali wujud, semua sifat-sifat Allah yang lain datang selepas Zatnya. Oleh itu wujud itu sendiri adalah Zat. Pihak Mutakallimin, bagaimana pun menyatakan bahawa Hakikat Zat adalah terlebih dahulu daripada wujud. 12. Wujud yang paling nampak sekali adalah wujud Allah. Wujud benda-benda lain adalah dengan cahaya Allah. Apabila anda memerhati, anda memerhatikan mula-mula sekali cahaya Allah, kemudian wujud rupa yang di tunjukkan oleh cahaya ini. Apabila anada membuat sesuatu rupa atau bentuk dengan gula atau lilin, anda mula-mula perhatikan gula atau lilin, kemudian bentuk benda itu yang mana adalah benda khayalan dan tidak wujud pada lahirnya. Ianya ada dalam khayalan sahaja. Pada lahirnya ia adalah gula atau lilin. Tidak ada bentuk pada gula atau lilin. Apabila anda pecahkan bentuk itu, semuanya hancur. Oleh itu bentuk tidak beserta dengan gula atau lilin, ianya tidak ada ukuran yang menjadikannya dua benda yang berasingan. Bentuk atau rupa adalah ' adum ' dan gula atau lilin itu adalah lahirnya sahaja. Oleh itu, wujud dan sifat Allah sahaja yang ternampak. jika anda lihat diri anda sendiri dan benda-benda , anda akan lihat wujud Allah. Apabila anda lihat perkataan dalam tulisan, anda lihat perkataan dalam tulisan, anda nampak dakwat bukannya perkataan sebenarnya. Pandangan terhadap diri anda sendiri adalah pandangan terhadap Allah: " Barang siapa yang kenal dirinya, kenallah akan Tuhannya". Inilah rahsia proses ini. Pandangan terhadap wujud Allah adalah terdahulu daripada pandangan terhadap diri anda sendiri. " Allah mengatasi perintahnya ". Jika anda memerhatikan diri anda sendiri dahulu, anda boleh jadi lupa memerhatikan Haq. Kerana memerhatikan diri anda sendiri itu adalah memerhatikan diri anda itu sendiri, yang mana ianya adalah kosong. Memerhati kepada Haq adalah memerhati wujudnya.
13. ' Sirr ' ialah Hakikat Muhammad. Di atasnya adalah Tidak ada Had. ' Aku ' adalah menunjukkan kepada Tidak ada had itu.
14. Dalam peringkat ( kediaan yang ghaib ) atau ( Yang Tidak Diketahui ), Zat menunjukkan tidak ada bakat untuk sifat. Di sini ianya tidak dapat di katakan apa-apa.Ianya tidak ada sifat dan dengan itu tidak ada lakunan ( action ). Dengan itu daripada apakah dunia ini terzahir ? Sifat menzahirkan dunia ini bukan Zat. Kehidupan dunia ini ialah kesan ( athar ) sifat hidup. Pengetahuan yang terzahir dalam dunia ini adalah kesan sifat pengetahuan Zat. Begitu juga iradat, kuasa, penglihatan, percakapan dan lain-lain adalah kesan sifat-sifat yang aktif. Oleh itu baik dan jahat adalah daripada sifat dan bukan daripada Zat. Wujud mengambil bentuk hidup; iradat mengambil bentuk kehendak; pengetahuan berbentuk akal, dan seterusnya. Segala ini terzahir melalui anggota ( organ ). Iradat berbentuk hati, kuasa berbentuk otak, dengar-telinga, lihat-mata, cakap-lidah. Tiap-tiap zarah ( atom ) adalah bentuk satu sifat. Pengetahuan dan iradat mengambil bentuk sebagai dunia dalam Wahdat.Dunia adalah manifestasi atau zahirnya sifat dan lebih tepat lagi adalah satu bentuk atau rupa sifat. Tiap-tiap sifat menampakkan dirinya dalam satu bentuk ( form ). Persamaan dan perbezaan dalam bentuk adalah kerana persamaan dan perbezaan dalam sifat.
15. Jika Zat yang tidak terhad itu adalah mempunyai pengetahuantentang dirinya yang tidak terhad itu, maka Zat itu tentulah terhad pengetahuannya. Jika ianya tidak ada pengetahuan demikian, maka Pengetahuannya atau ilmunya tentulah tidak sempurna. Jika 'Yang Di ketahui ' itu tidak berhad, bagaimanakah pengetahuan atau ilmu meliputinya ? Jawabnya: Zat yang mutlak mempunyai ilmu yang mutlak pada peringkat ini yang mana perkaitannya dengan ilmu yang demikian adalah juga mutlak dan mengetahui Dirinya sebagai mutlak. Sempadan tidak ada di sini. Zat Mutlak terhad oleh ilmu yang mutlak.
Tidak ada sempadan bagi ' yang mengetahui 'dan ' yang di ketahui ' dalam peringkat itu. Apabila ia turun dari peringkat itu, maka rupa atau bentuk ' yang di ketahui ' menjelma dan itulah sempadan pertama ( first limitation ). Oleh yang demikian dalam peringkat mutlak, ilmu dan lain-lain sifat hilang dalam Zat dan Zat tidak terhad oleh ilmu. Pada peringkat ini, ianya Batin pada Dirinya sendiri.
Sebenarnya ada zahir dan ada Batin ia itu Terhad ( tidak mutlak ) dan mutlak. Yang satu janganlah di campur adukkan dengan yang lain. Yang tidak Mutlak mengetahui tentang Tidak Mutlaknya; dan yang Mutlak mengetahui tentang Mutlaknya. Titik air yang mengalir ke lautan mengetahui tentang ' titiknya ' dan juga tentang ' lautannya . Pengetahuan yang satu tidak bercampur dengan yang lain. Ia tahu tentang kecilnya kawasannya dan tentang tidak hingganya 'Tak ada batasannya 'Apabila Zat dan ilmu bersatu, maka tidak ada ' yang meliputi ' dan ' yang di luputi ' meliputi yang di ertikan sebagai ' Yang Lain ' Di sini Zat dan Sifat adalah satu.
16. Hakikat syaii ( benda atau sesuatu perkara ) bebas daripada sifat dan tidak dapat di ceritakan. Misalnya sakit, apakah itu sakit ?Tidak dapat di ceritakan. Tiada siapa yang dapat menceritakannya dengan perkataan atau dengan bunyi, dan memberi orang lain merasai hakikatnya. Orang yang merasainya akan mengetahuinya dan apabila lebih daripada hadnya, maka berakhir dengan mati. Oleh itu hanya tidak termasuk dalam lingkungan pengetahuan, fikiran dan kasyaf. Sayyid Muhammad Gaysudraz ( Wali Allah dari Gulbarga ) pernah mengatakan, " jika anda menyembelih ayam dan menanamnya dalam tanah, semua Auliya dan Nabi-nabi bekerjasama dengan seluruh kasyaf mereka tidak akan dapat memperkatakan apakah hakikatnya pada masa itu." Ayam ialah objek atau benda yang boleh di ukur. Anda tidak tahu sedangkan sebutir pasir yang halus itu. Sebabnya ialah hakikat benda itu ialah Zat Mutlak dan Wujud Mutlak yang terlampau dari sempadan ilmu dan kasyaf. Ianya tidak di ketahui dan tidak boleh di ketahui. Sifat dapat di ketahui. Zaid mempunyai sifat-sifat ' hidup ',' berkehendak '. ' berkuasa '. ' melihat '. ' melihat, ' mendengar' dan lain-lain. Jika ia membuang sifat-sifat ini, ia tidak tahu apakah ia sebenarnya. Jikaia berlanjutan juga menyelidik perkara ini, dia boleh jadi gila. Jika dalam keadaan gila itu ia mengetahui sesuatu dia hanya tahu yang dia tidak tahu. Oleh yang demikian, percubaan hendak mengetahui hakikat Zat adalah di larang. Dan Dia membuat anda mengetahui Dirinya.maksud Surah Ali Imran. Ayat 30. Ilmu sendiri pun dalam keadaan ta'ajub tentang Hakikatnya kerana ilmu itu sendiri meleburkan dirinya dalam Dia. Dalam peringkat Zat, ilmu itu sendiri menjadi Hakikatnya. Sehingga dan kecuali ada persaingan daripadanya, ianya tidak dapat tahu Zat itu. Bukanlah ilmu itu tidak sempurna kerana tidak tahu Zat. Jika ilmu dalam keadaan fana, maka usaha mencarinya pun akan fana juga. Tidak ada kesan. Di sini mencari adalah sebenarnya tidak mencari. Puncak pengetahuan seseorang tentang Dia ialah tidak tahu ( jahih ) dan ta'ajub. Zannun Al-Misri ada berkata, yang bererti " Ilmu dalam Zat Allah ialah jahil ". Tidak ada Nabi atau Wali yang telah sampai atau akan sampai tingkat itu. Nabi pernah berkata yang bererti " Aku tiada tahu engkau lebih dari takat yang di kehendakki oleh ilmu engkau ". Tidak ada pandangan yang pernah melihat tajallinya Zat. Jika ada pun ia mencapai tajalli ini, maka ianya binasa atau fana, kerana tajalli Zat melarutkan ( dissolve ) semua cermin manifestasi; yang dengannya Nabi-nabi dan Aulia bersangkutan. Nabi sebagai manifestasi atau kezahiran pertama dan Wali yang kedua. Peringkat kezahiran yang kedua larut dalam pertama dan yang pertama larut dan kedua-duanya meresap masuk ke dalam Yang Tidak Berhad. Tajalli sifat larut dalam tajalli Zat dan Yang Mutlak sahaja yang kekal. Dia tidak ada yang kedua dan pintu biliknya tertutup dari semua yang di luar. Seseorang akan masuk ke dalamnya apabila meninggalkan diri dan menjadi tidak ada diri lagi.
17. Yang bererti, " Sesungguhnya Allah meliputi segala-galanya " Meliputi ini adalah ibarat air meliputi ombak, salji, embun, hujan batu dan lain-lain.
18. Hu bererti Zat Mutlak ia itu tanpa memperkatakan sifat. Nama ' Allah ' menunjukkan Zat dengan semua Sifatnya. Ahad ialah peringkat di mana semua tunjukkan tidak ada , ia itu anda tidak boleh gunakan perkataan 'ini', 'itu'kepada Dia. Wahid ialah peringkat di mana Wujudnya diithbatkan.
19. Allah berserta dengan Tidak Berhadnya dan sifat-sifat tidak berhadnya, dan ini tidak ada konsep untuk menceritakannya ia itu Dia tidak ada sifat-sifat terhad. Maka itulah dikatakan.
Hadith Nabi ada menyatakan,"Ya Allah,Engkaulah yang Awal yang tidak ada apa pun sebelum Mu;Engkaulah yang Terakhir yang tidak ada apa pun selepas Mu;Engkaulah Yang Zahir yang tidak ada apa pun atasMu,Engkaulah yang Batin yang tidak ada apa pun di bawahMu".Tidak ada ghayr (yang lain).Adanya "ghayr"adalah mungkin hanya apabila wujud Allah boleh disempadankan.
20. Ism (Nama) bukanlah hanya perkataan sahaja tetapi ianya adalah Zat yang di namakan itu berserta dengan Sifat.
|
|
|
| |
| KEESAAN ( AHDIYYAT ) (A1-10) |
| 11.23.04 (2:10 pm) [edit] |
1. Hakikat perkataan ialah ' Alif ' hakikat Alif ialah noktah, hakikat noktah ialah dakwat. Hakikat dakwat ialah cecair, hakikat cecair ialah debu-debuan ( atom-atom ), hakikat debu-debuan ( atom-atom ) ialah unsur dan hakikat unsur, ialah Cahaya Allah.
Gelap ialah Cahaya Zat, dalam gelap itu ialah " Air Kehidupan " jika anda lihat dakwat, huruf hilang, dan jika anda lihat huruf dakwat hilang.
2. Zat ternyata dngan dua kesempurnaannya, ia itu Zat ternampak pada anda dengan Jamalnya ( keindahannya ) dan Jalalnya ( keagungannya ) Jika ia tidak menampakkan dirinya pada anda, di mana lagi ia akan menampakkan dirinya ?
Maulana berkata : "Jika anda berkehendakkan bayangannya, lihatlah muka manusia. Lihat di situ Zat Allah dengan terang dalam senyumannya".
3. Zat dalam peringkat ghaib tidak di ketahui. Siapakah yang menjadikan ? Apa juga yang ternyata adalah daripada Sifat. Keujudan ( existence ) di ketahui daripada kesan ( effect ) sifat Hidup. Pengetahuan menjadi gerak daripada sifat tahu dan seterusnya dengan lain-lain Tujuh sifat. Apa juga baik dan jahat yang adalah kesan sifat dan bukan Zat. Bagaimanakah dunia ini wujud daripada Sifat ? Keupayaan sifat berkehendakkan penyataan, misalnya keupayaan Wujud mendapatkan bentuk penyataan dan menjadi hidup, keupayaan Iradat menjadi Kehendak dan keupayaan kuasa menjadi tenaga dan seterusnya. Di mana sahaja anda dapati hidup, ianya adalah kesan Wujud, di mana sahaja anda dapati akal, ianya adalah kesan pengetahuan dan seterusnya. Wujud mendapatkan bentuk hidup, pengetahuan mendapatkan bentuk akal, iradat mendapatkan bentuk fikiran, kuasa - otak, pendengaran - telinga, penglihatan - mata, perkataan - lidah.
4. Tiap-tiap benda adalah bentuk satu Sifat. Seluruh alam dunia ini adalah terdiri daripada bentuk-bentuk Sifat. Perbezaan dan perubahan bentuk-bentuk ini adalah kerana berbeza dan berubahnya Sifat.
5. Yang pasti ada dan A'yan tersembunyi dalam ghaib. Apa yang nampak ialah manifestasi ( penunjuk ) Zat Mutlak dalam bentuk A'yan. Zat Mutlak dan A'yan adalah tersembunyi - apa yang nampak ialah pertanyaan dan misal ( mithal ). Salik tidak melihat Wujud atau A'yan tetapi hanya kesan-kesannya sahaja.
6. Kita tidak mengetahui zat Allah itu sendiri kerana ia adalah Ghaib Mutlak, tidak terjangkau oleh dzauk, perasaan, fikiran, khayalan dan pengetahuan kita.
7. Cinta adalah rahsia Zat. Ianya adalah Zat dalam patinya ( essence ) Ianya tidak di nyatakan kepada sesiapa pun walau pun nabi-nabi dan wali-wali Allah. Pengetahuan yang paling sempurna berkenaannya adalah ' tidak tahu ' Ianya tidak terkandung dalam pengetahuan atau pun dalam Wahyu- ianya tidak dapat di bawa dalam lingkungan Keindahan. Apa yang dapat oleh pencinta-pencinta Allah dan sufi dalam ma'arifat mereka adalah tidak lebih dari penyataan ( epiphanies ) dan misal sahaja. Yang Mutlak itu tidak dapat di bawa dalam lingkungan penyataan dan misal. Orang yang nampak bayangan matahari dalam air bukanlah bererti dia telah nampak matahari itu sebenarnya.
Kata Nabi Muhammad s.a.w.yang bererti, " saya tidak mengetahui Mu lebih dari setakat mana saya patut mengetahui Mu " Pengetahuan tentang dirinya adalah dengan Dia jua, tidak berkongsi dengan siapa dan apa jua.
8. Peringkat di mana yang Haq itu tidak menyatakan kepada dirinya di gelar dan lain-lain. Peringkat di mana ianya menyatakan atau menunjukkan kepada dirinya di gelar Ahdiyyat - Sempadan Pertama ( First Limitation ) Hakikat Muhammad dan lain-lain. Peringkat di mana Ianya menunjukkan pada diri dan pada ' Yang Lain ' secara perincian di gelar Sempadan Kedua. Peringkat di mana ianya menunjukkan pada Diri dan 'Yang Lain ' secara terperinci dalam pengetahuandi gelar Hakikat Kemanusiaan - Nafas Suci. Peringkat di mana ianya menunjukkan secara perincian ( in detail ) keluar di gelar Alam Arwah, Alam Mithal dan Alam Ajsam - dan alam-alam ini merupakan " yang di jadikan ".
9. Apabila Wujud itu tersendiri, ia berada dengan sendirinya dan memerhatikan dirinya sendiri. Tidak ada yang tidak cukup padanya. Ianya pengetahuan yang tidak berlawanan dengan kejahilan. Ianya sedar tentang ' ke-AKU-an '-nya yang abadi. Syak dan waham dalam kewujudannya sendiri tidaklah mungkin. Dengan sendirinya Ianya sempurna. Ketidaksempurnaan adalah berkaitan hanya pada bentuk. Ianya abadi dan tidak bertukar-tukar dan sentiasa ada. Perkara ' sementara ' dan bertukar-tukar dan hilang hanya tertentu bagi bentuk.
Hu ( Dia ) yang ghaib menjadi ' Aku '- menzahirkan Dirinya. Oleh itulah mazhab Syattariyah membuang kenafian dan mengambil ke-ya-an. Sia-sia sahaja dalam Maraqaba ( meditasi ) jika kenafian yang di pedulikan kerana itu bererti menafikan perkara yang tidak ada- seperti menghidupkan kuda yang mati dalam khayalan dan kemudian memukulnya. Dalam agama Syattariyyah tidak ada memfanakan diri, tidak ada di situ melainkan ' Aku ialah Aku '.
10. Zat itu mutlak.Tidak berbentuk. jika berbentuk maka itu adalah bentuk yang mutlak ( sebagaimana yang di katakan oleh Syekh Al-Akbar Muhiyyudin Ibn Arabi ) yang padanya semua bentuk-bentuk yang ada hadnya bergantung. Ia menjadi manusia berbentuk ( bayangan ) Rahman. Kayu mempunyai bentuk yng tersendiri; lain-lain bentuk itu tidak ada bersangkutan dengan bentuk kayu yang mutlak. Apabila ia berkehendak, Ia ambil satu bentuk dalam bayangan - sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bererti " Aku nampak Tuhan ku berbentuk seorang belia yang tidak berjanggut " Ini adalah misalan sahaja. Jika tidak tentulah banyak orang yang akan sesat. Bukanlah yang mutlak yang nampak dalam misalan.
|
|
|
| |
| Mengenal Diri (3) |
| 11.23.04 (2:04 pm) [edit] |
Perbezaan antara Tenaga Dalam dan Kebatinan adalah, Ilmu TENAGA DALAM - adalah Ilmu yang dibekalkan, manakala Ilmu Kebatinan adalah Ilmu yang memerlukan pembelajaran ( Tuntutan ). Sebab Ilmu TENAGA DALAM ini dikatakan Ilmu yang dibekalkan adalah berdasarkan kapada sa buah firman yang bermaksud : " KAMU LAH KHALIFAH DI MUKA BUMI INI ".
Huraian nya mengikut yang tersirat ialah, jika sa orang Khalifah p Pemerintah ), ia mesti memerlukan satu kuasa yang melebihi kuasa yang lain ( Kecuali kuasa yang Maha Esa ) untuk ia berdiri sabagai Pemerintah. Maka sesuai dengan firman tersebut anda sememangnya talah dibekalkan dengan Kuasa itu, tapi anda tidak menyedari nya. Kuasa ini, saperti yang telah akan luput apabila kita semakin meningkat usia dan ia nya juga akan semakin hari semakin tertutup ' HIJAB ' kita dek sebab perbuatan kita sendiri serta kealpaan kita juga.
Bolih kah ia di kembalikan saperti asal...?.
SUDAH TENTU BOLIH..!, KERANA TUHAN ITU MAHA ADIL SERTA MAHA PENYAYANG KAPADA UMAT
Tenaga Dalam adalah satu Tenaga Hak yang azali milik kita sendiri, yang amat luar biasa kekuatan serta kegunaannya yang sedia ada pada semua manusia dan juga mahluk mahluk yang lain cuma kekuatannya berlebihan pada manusia, kerana manusia mempunyai AKAL FIKIRAN manakala mahluk yang lain cuma mempunyai OTAK sahaja. Dari AKAL yang ada ini lah akan menjanakan satu kekuatan Tenaga Dalaman yang amat kuat ka tahap maksima bergantung kapada taraf permahaman saseorang individu itu. Ia merupakan kemudi ( control panel ) bagi mengarah sesuatu perbuatan atau pergerakan pada badan fizikal kita, adakala di sebut Mind Control. CAKRA AJNA( Brow ) atau dalam bahasa Melayu dipanggil SIMPUL GHAIB,( juga dikenali sebagai Hijab Pusat Tenaga ), tugas nya adalah menarik sabanyak mungkin PRANA dari alam ini bagi menjana kekuatan Tenaga yang ada pada diri fizikal dan Mental. Dari janaan ini, ia akan mengembangkan AURA kita seterus nya akan membuat tubuh fizikal serta Mental kita segar dan sihat. Apabila kesihatan AKAL dan fizikal kita memuaskan, maka semua yang kita lakukan dan fikirkan akan berjalan lancar. Tenaga Dalam ini adalah anugerah yang maha esa kapada setiap hamba nya. samasa kita berada di dalam kandungan ibu selama sembilan bulan sembilan hari, kita sabenar nya sedang bertapa. Dilahirkan berbekal dengan Tenaga yang amat aktif dan sangat luar biasa, tanpa kita sedari. Cuba kita lihat saorang bayi yang baru di lahirkan, lihat bertapa comel nya ia, bersih, aktif dan tertarik kita kapada nya. Yang paling tidak sama sekali kita ketahui, ialah kebolihan nya yang sangat luar biasa, dimana bayi tersebut dapat melihat, nampak, bolih berbual bual dengan mahluk mahluk halus serta mengatahui apa akan terjadi pada keluarga nya, cuma bayi itu tidak dapat menyatakan itu kapada kita, ia cuma akan menanggis sahaja. Kelebihan yang luarbiasa tersebut akan menghilang apabila bayi itu meningkat dewasa olih kerana atas perbuatan nya sendiri. ( Maksud nya HIJAB kita makin hari makin tertutup. Kita menipu, berbohong, tidak iklas, dengki mendengki, hasut menghasut dan perbuatan yang di larang kita lakukan serta tidak mesra Alam, menyebabkan hijap itu tertutup sedikit demi sedikit, tanpa disedari dek sebab kealpaan dan kebodohan diri sendiri ). Dengan sebab itu doa kita kurang makbul atau tidak makbul terus, penghidupan kita kurang Berkeyakinan, hidup tak senang, ada wang beribu masih tak cukup, susah mendapat kekasih sejati, sembahyang tak kyusuk dan berbagai lagi masaalah fizikal dan mental yang kita alami dalam kehidupan seharian. Cuba anda renungkan sabentar...... benar atau tidak. Apa yang dinamakan AURA itu?
Aura, adalah satu lapisan cahaya ghaib yang menyelubungi luaran tubuh kita. Ia berbentuk bujur telur yang terbalik. Cahaya nya berbentuk lapisan warna yang berbeza mengikut kecenderungan individu. Ia juga (warna lapisan aura) akan betukar tukar mengikut kecenrungan kita dan memberikan makna yang tertentu kapada istilah istilah tersendiri dari sudut bacaan yang berbeza. Aura ini juga adalah lapisan perlindungan kapada kita, kesihatan, emosi, cenderungan dan lapisan nipis serta tebalnya aura tersebut bolih di andaikan kapada permasaalahan sesaorang itu. Pembacaan nya serta istilah nya juga berbeza diantara penuntutan masing masing. Tetapi, yang utama nya ialah ketebalan serta ketipisan Aura sesaorang itu. Tebal atau nipis nya Aura sesaorng itu bergantung kapada keaktifan Tenaga Dalaman atau Kesihatan nya. Jika Aura nya nipis pada sesuatu bahagian maka perlindungan nya kapada alahan sesuatu penyakit itu amat tipis, ia senang diserang penyakit pada bahagian tersebut. Pembacaan pada peringkat ini adalah sama pada semua pengtafsir AURA. Cahaya, Warna, tebal dan nipis Aura sesaorang itu kini bolih digambarkan dengan nyata dengan adanya kemera khas. Kini banyak terdapat syarikat yang bolih mengambil gambar gambar Aura ini. Aura juga ada kaitan dengan perjanaan Tenaga Dalaman kita di mana ia nya adalah perlindung bagi bahagian luaran kita. Kekuatan Karisma dan kewibawaan sesaorang itu juga bergantung kapada ketebalan AURA itu. Selain nya adalah istilah kapada sikap individu tersebut. CUBA ANDA RENUNGI KEMBALI MAKSUD FIRMAN INI ;
" Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan AKAL FIKIRAN NYA ". [Al-Baqarah: 269]
KESIMPULANNYA:
Hanya ada manusia yang iklas dan bertanggung jawab kerana Allah SWT sahaja yang mampu mengaktivkan kembali tenaga dalam itu untuk kita mengenali diri yang sebenar benar diri yang dapat berhubung secara langsung tanpa perantaraan apa jua pun. Bukan pertapaan atau suluk jalannya kerana kita sudahpun bertapa atau besuluk selama 9 bulan dalam kandungan ibu. Bukan berlajar syariat, hakikat, tarikat, makrifat, usuludin, hakikat insan atau apa sahaja ilmu yang mengambil masa berbulan atau bertahun caranya kerana ilmu itu akan datang dengan sendirinya setelah tenaga dalam dapat diaktivikan.
Manusia yang iklas dan bertanggung jawab kerana Allah SWT ini akan mengaktivkan kembali tenaga dalam ini tanpa bayaran, tanpa pantang larang, tanpa berzikir berjela jela, tanpa baca talkin untuk diri sendirinya dan sebagainya selain menuntuk keiklasan diri kita untuk menyerah diri untuk diaktivkan.... betultak akulasiapalagi ????
Malah saya yakin seyakin yakinnya bahawa anda tahu mengaktivkan tenaga dalam itu atau anda kenal org yang bolih mengaktivkannya.... betultak????
|
|
|
| |
| Mengenal Diri (2) |
| 11.23.04 (2:03 pm) [edit] |
CAKRA bolih dimaksud kan kapada berbagai maknanya tersendiri mengikut anutan agama masing masing. CAKRA atau didalam bahasa sangkrit bermakna "Roda". Dalam bahasa Hindu dalam kitab vedas mereka pula di namakan "Putaran Roda" manakala dalam Buddhism dinamakan "Putaran Tenaga". Dalam Bahasa Melayu kuno ditejemahkan sabagai "Pusat Tenaga" atau lebih tepat ' HIJAB ' / " Simpul Ghaib ". Tugas tugas Cakra pada tempat nya tertentu memainkan peranan mereka masing masing. Yang paling Utama diantara 7 Chakra ini ( Tujuh yg. utama dan beribu chakra mini ) adalah Cakra AJNA ( dalam bahasa Inggeris BROW CAKRA ). Ia juga dikenali sebagai Mata Kita yang KETIGA dalam Istilah Ilmu kerohanian. Sabahagian penuntut ilmu kebatinan memanggil nya sabagai Pancar Indera Ke enam. Pada pengajian saya, ini adalah kerana fungsi nya yang paling Utama pada mereka ( penuntut ilmu ilmu ). Walupun apa anutan mereka sekali pun, Cakra Ajna ini lah sabagai Kemasukan ' energy' atau kuasa Tenaga yang utama. Cakra yang lain nya tidak kurang penting peranan nya pada kemasukan Tenaga ka dalam tubuh kita.
Enam Cakra lain yang Utama adalah lah ; CAKRA DASAR, CAKRA NIKMAT, CAKRA DADA, CAKRA TENGKOROK, CAKRA DAHI dan CAKRA MAHKOTA.
CAKRA atau istilah nya Hijab, kian hari akan berkurangan keaktifan nya sahingga lah ia tidak dapat lagi berfungsi dan kita akan menghadapi ajal kerana tiada lagi terdapat tenaga dalam diri kita. Pergerakan kita dan apa juga perbuatan kita samaada Fikiran, bersukan, berjalan, berlari, kegiatan harian dan sebagai nya akan tidak berfungsi lagi kerana ketiadaan Tenaga. Segala aktiviti harian, baik dari segi apa pun memerlukan banyak tenaga. Sebab itu , makin kita tua samakin lemah pergerakan kita.
Bolih kah Tenaga ini di aktif kan kembali. Jawab nya, PASTI BOLIH.
MEMBUKA HIJAB ( Pusat Kemasukan Tenaga ) atau BUKA CAKRA ini adalah untuk mengalir kan Sumber Tenaga ( dari Alam semula jadi di persekitaran kita ) dengan cepat serta teratur. Elemen dari empat unsur semulajadi adalah API, AIR, ANGIN dan TANAH. Dari ke empat unsur ini lah anda akan memperolihi Tenaga bagi MENJANA MINDA anda serta Menjana atau mengaktif kan Tenaga yang sangat luarbiasa sememang nya ada pada diri kita, tapi kita tidak menyedari akan kehadiran nya. Apa yang saya maksudkan dengan TENAGA LUARBIASA ini..?
Sacara am nya, TENAGA DALAM ini amat berguna KAPADA KEHIDUPAN HARIAN KITA. Ini adalah satu Tenaga yang di anugerah kapada kita olih yang amat berkuasa. Bagi mereka yang mengetahui akan keistemewaan nya Ilmu Tenaga Dalam, ini lah ilmu yang mereka cari. Sacara dalaman nya pula, Ilmu Tenaga Dalam ini amat meluas keajaiban serta kegunaannya. Ia nya bolih di gunakan bagi meraih kehendak, mencapai cita cita, mencapai apa jua idaman kita, menjana minda ka tahap maksima, berkarisma dan berkewibawaan tinggi. Kapada diri Luaran ( Fizikal ) pula, adalah untuk kecergasan aktiviti harian. Tenaga Dalam bukan lah satu Ilmu Kebatinan. Ilmu Kebatinan memerlukan sikap sikap tertentu saperti berpuasa, memutih, Pertapaan serta mentera metera dan zikir zikir tertentu bagi mereka mendapatkan ilmu tersebut. Ilmu Tenaga Dalam TIDAK berbuat demikian dan ia adalah Ilmu Hak azali yang dikurniakan olih yang Maha Kuasa kapada kita semenjak kita di dalam kandungan ibu lagi, tapi jika kedua dua nya digabungkan (ia itu Ilmu TENAGA DALAM dan Ilmu Kebatinan), maka akan menguatkan lagi tuntutan kedua dua ilmu itu.
TENAGA DALAM adalah satu Tenaga yang amat luarbiasa kuasa nya. Saperti yang telah di terangkan di atas, ia nya bukan lah Ilmu Kebatinan atau Ilmu Mistik. Ia adalah Ilmu anda sendiri yang HAK. Anda samemang nya di bekalkan dengan kuasa ini dari anda dilahirkan, semasa anda berada di dalam kandungan Ibu anda lagi anda telah mempelajari Ilmu anda ini. Cuba kita perhatikan pada saorang bayi yang baru dilahir kan. Apa yang kita dapat lihat pada zahir nya ialah Ia akan menanggis. Tapi terfikir kah anda sabenar nya ia menanggis kerana telah meninggalkan Alam Pertapaan nya salama sembilan bulan sembilan hari dan akan menempuh Alam zahir yang penuh dengan pancaroba ini. Contoh nya, pernah kah anda perhatikan bahawa mata bayi tersebut terkedip kedip. Mengapa agak nya..?. Dan pernah tak anda lihat ia akan bercakap seorang diri dengan bahasa tersendiri..?, mengapa...?. Sebenarnya mata bayi tersebut terkedip kerana ia dapat melihat ANGIN yang menghembus kaarahnya, nampak udara kotor dan bercakap bersendirian...sebab dia sedang berbual dengan KAKAK nya, kita tak nampak, tapi dia berbual. Menakjubkan tak..!. Ini adalah sabahagian sahaja dari contoh kuasa kuasa luarbiasa yang terdapat pada kita Manusia. Kuasa Luarbiasa ini lah yang dinamakan TENAGA DALAM.
|
|
|
| |
| Mengenal Diri (1) |
| 11.23.04 (2:00 pm) [edit] |
Bila menyebut Mengenal, Ramai akan menyangka diri yang nyata ini lah harus dikenal. Tetapi sebenarnya Tidak, Kerana DIRI yang dimaksudkan ialah Diri yang sebenarnya. Diri yang berada di dalam badan kasar ini (Jasad) atau pun Bhatin / Kerohanian. (ada juga memanggil ROH). Yang pertama di cipta ialah NUR MUHAMMAD, Ia nya di cipta dari cahaya JAMAL Allah Subhanawata'ala. RASULLULLAH s.a.w. bersabda: Yang pertama di ciptakan ialah ROH. Dan yang pertama di ciptakan adalah CAHAYAKU, Dan yang pertama diciptakan ialah QALAM. Dan yang pertama diciptakan ialah AKAL dan FIKIRAN. Sekelian ROH yang dicipta mengadap Yang Maha Pencipta seraya berfirman kapada sekelian Roh itu Ada kah Aku Tuhan mu maka jawap lah sekelian ROH itu yang membawa maksud - Benar lah Engkau Tuhan kami.
Roh Roh ini telah mengenal dan mengetahui siapa akan penciptanya yaitu YANG MAHA BERKUASA, roh roh yang terkumpul dialam Roh hanya menunggu jasad mereka sahaja dan telah berjanji kepada Yang Maha Berkuasa bahawa mereka akan beribadat kepada NYA bersama sama jasad mereka nanti. Tanpa Roh, Jasad tidak bererti dan tanpa Jasad, Roh juga tidak lengkap dan kerana itu lah Roh meminta Allah S.W.T mencipkan Jasad bagi nya. DIRI (Roh) ini lah yang harus dikenal, tapi, dimanakah diri itu?, duduknya?, terdiri dari apakah dia?, dan dari mana kah puncanya. Kerana DIRI ini lah yang sebenar benarnya KITA dan yang akan bertanggong jawab diatas segala kelakuan, kehendak dan perbuatan kita di dunia ini. Tetapi apabila lahir kedunia janji tidak dapat ditunaikan. Dan Roh tidak dapat berbuat apa apa dalam hal ini. (Ini lah sebabnya kita tertutup dengan sendiri dan harus dibukakan semula).
ROH ini lah sabenarnya DIRI apabila IA berada didalam jasad kasar ini. Firman Yang Maha Pencipta ; Kenali lah KAMU rata rata, Baru kenal AKU dengan Nyata .
RAHSIA DAN KEBOLIHAN DIRI : DIRI lah yang bolih menghubungi segala yang GHAIB. Tapi bagaimana dia dapat berbuat begitu kerana dia didalam jasad? Apakah iktiar kita supaya DIRI dapat menghubungi segala yang Ghaib dan yang MAHA GHAIB?(Allah s.w.t.).
Semasa didalam jasad, memang dia terkongkong kerana dia didalam dan tak dapat berbuat apa apa, apa lagi menghubungi Allah yang Maha Besar. Oleh itu sekiranya kita dapat bebaskan DIRI (cahaya roh) yang duduknya didalam jasad itu keluar dari jasad (dengan pancarannya), sudah tentu ia nya akan dapat menghubungi alam Ghaib yang lain dan yang amat penting ialah menghubungi Yang Maha Berkuasa.
Pesan Orang orang tua : Pandai pandai lah membawa DIRI
Cara nya:
1. Terbuka sendiri - (Para Wali Ambia, Suhadah dan Solihin)
2. Membukanya sendiri - ( Ilmu yang ada Pada Guru jangka masa panjang)
3. Dibukakan - ( Dibukakan olih GURU jangka masa pendik )
Diantara ketiga tiga cara diatas, cara ketigalah yang di cari cari.
Mengenal diri ialah ilmu Mengenal Tuhan sabenar dan ramai juga yang dibukakan oleh GURU yang terdahulu terbuka dan benar benar faham akan Keilmuan ini. Ia nya tidaklah sesusah yang disangka tetapi bukan juga mudah. kebanyakan orang yang mendapatkan nya atau mengenalnya adalah dengan cara di pelajari dari GURU.
Dibukakan oleh GURU, orang yang akan mendoakan supaya dapat membukakan DIRI sebenar orang lain, ia nya akan dibuka melalui satu process pembukaan yang dinamakan pembukaan Tenaga Dalam melalui kaaedah membuka HIJAB / Simpul Ghaib, dan akan melahirkan DIRI yang sebenar benar diri atau pun pancaran cahaya Roh yang selama ini berada didalam jasad. Bila terlahir nya DIRI sebenar Diri, maka kita akan mendapat ilmu dengan tak perlu belajar, meraih segala kehendak dan apa juga impian anda selama ini tanpa perantaraan kita dan Penciptanya. Perantaranya tidak lain dan tidak bukan ialah DIRI nya sendiri yang telah dibukakan.
"BARANG SIAPA MENGENAL DIRI AKAN KENAL LAH TUHAN NYA”
DENGAN DAPAT MERASAKAN SENDIRI AKAN LAHIRNYA PANCARAN DARI DALAM BADAN SENDIRI, BERSERTA DENGAN LATIHAN DAN AMALAN AMALAN YANG TERTENTU DAN PERLU DENGAN KEIKLASAN HATI, KITA AKAN KENAL DENGAN DIRI KITA YANG SEBENAR BENAR DIRI.
MAKA KITA AKAN MENDAPAT PERKARA DI BAWAH INI
1. Mempertingkat kan Keimanan kita kepada YANG MAHA KUASA.
2. Mendapat ilmu tanpa belajar (jika bersungguh sungguh)
3. Membaiki jasad kita dari sebarang penyakit
4. Membaiki jasad orang lain dari sebarang penyakit
5. Mengubati penyakit ganjil
6. Digunakan sebagai pertahanan diri dari godaan Lak a'nat tullah
7. untuk mempertahankan diri dari serangan musuh zahir dan ghaib.
8. Untuk makbul nya doa - Mustajab.
9. Meningkatkan Kewibaan dan Karisma anda.
10. Meraih segala kehendak dari apa juga, material, Rezki melimpah ruah dll.
|
|
|
| |
|
|