Titipan Kalbu


Blog For Free!


Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August

My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Free Web Counter
Free Hit Counter




Doa senjata golongan mukmin
03.31.05 (11:33 pm)   [edit]



ALLAH mengingatkan kita supaya sentiasa berdoa kepada-Nya kerana doa adalah senjata mukmin. Perkara itu dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya daripada Ali, katanya, Baginda bersabda bermaksud: “Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” (Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim).


Sebagai hamba Allah yang sangat lemah, kita memerlukan pertolongan daripada-Nya.

Kita sebagai orang beriman, hendaklah percaya dan yakin bahawa tidak ada daya upaya, jika tidak dengan pertolongan Allah. Di sinilah peranan dan pentingnya doa itu.

Doa adalah pengakuan terhadap kelemahan dan kekurangan diri sebagai makhluk Allah. Ia juga perisai yang boleh menghindarkan bala dan musibah.

Pakar jiwa pernah menyatakan bahawa tekanan jiwa dan penyakit rohaniah boleh disembuhkan bergantung kepada pengakuan terus terang pesakit atau penghidapnya kepada doktor.

Bayangkan, itu baru pengakuan terhadap sesama manusia. Bagaimanakah pula jika pengakuan kita kepada Allah yang Maha Berkuasa? Tentu jiwa akan lebih tenteram dan tenang.

Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikir Allah ) itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

Dalam hubungan ini, keimanan mantap dan kuat terhadap Allah juga memainkan peranan penting dan penyebab kepada doa dimakbulkan.

Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada mu mengenai Aku, maka beritahu kepada mereka: Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka: Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka beriman kepada Aku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam berdoa, kita hendaklah khusyuk dan dilakukan dengan ikhlas kerana Allah bagi menjamin ia dimakbulkan-Nya.

Janganlah jemu untuk berdoa kepada Allah sehingga mengatakan ia panjang, banyak perkara yang dipinta dan membuang masa.

Allah akan mengabulkan doa orang yang memohon kepada-Nya. Firman Allah bermaksud : “Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepada ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)

 
Yaakob berhijrah elak ancaman saudara
03.31.05 (10:36 pm)   [edit]



NABI Yaakob ialah anak Nabi Ishak bin Ibrahim. Ibunya ialah anak saudara Nabi Ibrahim, bernama Rifqah binti A'zar. Baginda mempunyai saudara kembar bernama Ishu.


Saudara kembar itu kerap tidak sehaluan dan berkasih sayang antara satu sama lain. Ishu mendendami, dengki dan iri hati terhadap Yaakob yang dimanja dan lebih disayang serta dicintai oleh ibunya.

Hubungan mereka bertambah renggang apabila Ishu mengetahui bahawa ibunya melebihkan Yaakob, apabila ingin bertemu bapa mereka. Dengan itu, Yaakob lebih memperoleh berkat dan doa ayahnya.

Melihat sikap saudaranya yang dingin dan kerap menyindirnya, Yaakob mengadu hal itu kepada ayahnya.

Katanya: “Wahai ayahku! Tolonglah beri pendapat bagaimana aku harus menghadapi saudaraku, Ishu yang membenci, berdendam dan dengki kepadaku.

“Dia selalu menyindirku dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Hubungan kami renggang dan tegang, tidak ada perasaan sayang menyayangi.

“Dia marah kerana ayah telah memberkati dan mendoakan aku agar menjadi orang soleh, rezeki yang banyak serta hidup makmur dan mewah.

“Dia menyombongkan diri dengan kedua-dua isterinya daripada suku Kan'aan. Dia mengancam bahawa anak-anaknya akan menjadi saingan berat kepada anak-anakku kelak. Pelbagai ancaman aku terima. Ia mencemas dan menyesakkan hati.

“Tolonglah ayah, berilah aku pendapat bagaimana dapat kami mengatasi persoalan ini serta menyelesaikannya dengan cara kekeluargaan.”

Nabi Ishak yang kesal dengan hubungan dua anaknya itu berkata: “Wahai anakku, kerana usiaku yang sudah lanjut, aku tidak dapat menegah kamu berdua. Ubanku sudah menutupi seluruh kepalaku, punggungku sudah membongkok, raut mukaku sudah berkerut dan aku sudah berada di ambang pintu berpisah daripada kamu dan meninggalkan dunia yang fana ini.

“Aku khuatir bahawa apabila aku menutup mata, gangguan saudaramu Ishu kepadamu akan makin meningkat. Dia secara terbuka akan memusuhi, berusaha mencari kecelakaan dan kebinasaanmu.

Dalam usahanya memusuhimu, dia akan mendapat sokongan dan pertolongan daripada saudara iparnya yang berpengaruh dan berwibawa di negeri ini.

“Maka jalan terbaik bagimu, menurut fikiranku, engkau harus meninggalkan negeri ini dan berhijrah ke Fadan A'raam di daerah Iraq.

Di sana, engkau bermukim dengan bapa saudaramu (saudara ibumu) Laban bin Batu'il.

“Aku berharap engkau dapat dikahwinkan dengan salah seorang puterinya. Dengan itu, kuatlah kedudukan sosialmu serta disegani dan dihormati orang. Hal ini kerana kedudukan mentuamu di mata masyarakat.

“Pergilah engkau ke sana dengan iringan doa daripadaku, semoga Allah memberkati perjalananmu, memberimu rezeki yang murah dan banyak serta kehidupan tenang dan tenteram.”

Nasihat dan anjuran si ayah mendapat tempat dalam hati si anak. Dia segera berkemas menyimpan barang yang diperlukan dalam perjalanan. Dengan hati terharu Yaakob meminta diri kepada ayah dan ibunya ketika meninggalkan rumah.

Yaakob bersendirian ke Fadan A'ram. Dalam perjalanan yang jauh itu, dia sekali-sekali berhenti berehat apabila letih dan lesu. Di satu perhentiannya, dia berhenti kerana terlalu letih. Dia tertidur di bawah teduhan sebuah batu karang besar.

Dalam tidurnya yang nyenyak, dia mendapat mimpi bahawa dikurniakan rezeki, penghidupan selesa dan bahagia serta keluarga dan cucu yang soleh dan berbakti. Dalam mimpinya, dia dikurniakan kerajaan yang luas dan makmur.

Tiba-tiba Yaakob terbangun daripada tidurnya. Dia mengusap matanya, menoleh ke kanan dan ke kiri. Dia sedarlah ia hanya suatu mimpi, namun percaya ia akan menjadi kenyataan. Ia sesuai dengan doa ayahnya yang masih tetap bermain di telinganya.

Mimpinya itu menyebabkan keletihannya hilang. Yaakob seolah-olah memperoleh tenaga baru dan bertambahlah semangatnya untuk cepat tiba ke tempat ditujunya.

Akhirnya Yaakob tiba di depan pintu gerbang kota Fadan A'raam selepas berhari-hari siang dan malam menempuh perjalanan yang membosankan. Tidak dilihat selain langit di atas dan pasir di ba-wah.

Lega hatinya melihat binatang peliharaan berkeliaran di atas ladang rumput, burung berterbangan di udara yang cerah serta penduduk kota berhilir mudik mencari nafkah dan kehendak hidup masing-masing. – Bersambung

 
Senyuman wujudkan hubungan baik
03.31.05 (10:33 pm)   [edit]

Oleh ZAMRI MOHAMAD


APA yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang yang melihat. Itulah kehebatan di sebalik senyuman. Ia boleh disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung kepada rasa hati empunya senyuman itu. Malah Rasulullah melahirkan rasa gembira dan tawanya dengan senyuman.

Itulah yang dikatakan fitrah manusia, satu bentuk hiburan hati yang memberi kesan yang besar dan merupakan jalan hiburan yang diharuskan.

Dalam sabda baginda, disebutkan betapa pentingnya seorang manusia tidak terlalu membebankan diri dengan segala macam kesukaran dan kepayahan yang sengaja ditimbulkan. Malah, Rasulullah menggesa agar seseorang perlu mencari sedikit hiburan jiwa yang tidak keterlaluan agar kemanisan hidup dapat dirasai. Baginda menyebut:

Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesugulan hati, hiburkanlah hati dengan hal-hal ringan dan lucu. Apabila terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta. (Sunan Abi Daud)

Senyuman merupakan perbuatan kecil yang mencerminkan salah satu ciri akhlak yang mulia, namun kesannya cukup besar dalam mempengaruhi keadaan.

Senyuman

Malah dalam pengurusan perniagaan antarabangsa, seperti perniagaan bersifat francais, sama ada dari restoran makanan segera sehinggalah kedai barangan harian 24 jam, disebutkan dalam manual pengendalian francaisnya agar setiap kakitangannya perlu memaniskan muka dengan senyuman dan sapaan mesra setiap kali pelanggan keluar masuk dari pintu premis.

Daripada konteks hubungan antarabangsa, senyuman wakil sesebuah negara dalam sebarang pertemuan rasmi secara tidak langsung membawa gambaran nilai serta imej negara asalnya dan personaliti pemimpin di hadapan lensa media.

Meskipun begitu, masih ramai yang tidak sedar betapa senyuman yang diberikan boleh menimbulkan ikatan dan hubungan yang baik sesama manusia.

Penulis berpeluang menjalankan tinjauan sendiri terhadap sekelompok pelajar dan pengajar di sebuah pusat pengajian tinggi sepanjang dua tahun.

Hakikatnya, wujud majoriti golongan terpelajar tidak peka dengan keadaan apabila setiap kali melintasi para pekerja am yang kebanyakannya layak dihormati sebagai makcik, mereka hanya diam dan terus menuju ke bilik kuliah atau ruang pejabat tanpa senyuman, apatah lagi memberi salam.

Perkara ini berlaku berulang-ulang kali di tempat yang sama dan keadaan ini cukup mengecewakan. Apatah lagi ia melibatkan individu bergelar Muslim.

Jika berlaku perubahan keadaan, sudah pasti wujud ikatan erat dan rasa hormat yang tinggi antara dua kelompok. Bagi pekerja-pekerja am, mereka merasakan para pelajar tersebut menghargai kewujudan dan sumbangan mereka di situ.

Bagi para penuntut dan pengajarnya pula, senyuman yang diiringi salam itu mempamerkan akhlak dan kerendahan hati seorang yang terpelajar. Bukankah itu menguntungkan?

Begitu juga situasi di kafetaria di pelbagai jabatan dan institusi atau di gerai-gerai makanan, kesibukan melayani para pelanggan mungkin adakalanya memberi sedikit tekanan kepada pengusahanya, apa salahnya jika ada pekerja restoran datang membersihkan meja makan anda, balaslah dengan ucapan terima kasih dan senyuman. Impaknya dari sudut motivasi bekerja akan meningkat dan kualiti pasti bertambah.

Mengapa senyuman begitu berkesan terhadap manusia? Senyuman mempunyai tiga unsur utama yang menjadikan ia begitu bernilai. Pertama ia mempunyai daya tarikan, ia mempunyai hasrat dan keinginan untuk memiliki dan unsur bertindak untuk memiliki. Senyuman adalah gambaran unsur-unsur akal, perasaan dan kemahuan.

Kepentingannya telah membawa kepada perbincangan mendalam oleh golongan ahli fikir dan filosofi awal seperti Locke, Schopenhaur, Spencer, Descrates dan Hartley melalui satu perbincangan dan perdebatan yang mendalam melalui karya-karya penulisan mereka.

Dari sudut kesihatan diri, terbukti melalui senyuman ia merangsang otot-otot wajah dan memberi kesegaran dan ketegangan yang mengurangkan kedut-kedut di wajah, kesihatan tubuh dan jiwa dengan melepaskan tenaga emosi yang berpusat dari dalam.

Tambahan lagi, senyuman adalah tindakan menguasai diri melalui nilai optimisme, bersikap positif dengan membina lingkaran kebahagiaan di sekeliling. Dalam masa yang sama, senyuman memberi getaran yang mengikat rasa hati orang lain terhadap diri dengan nilai kepercayaan.

Nilai positif sebuah senyuman wujud apabila seorang Muslim redha berhadapan dengan keadaan malang untuk menguji iman. Syaitan sedaya upaya menjalankan pujuk rayunya agar manusia sentiasa bermusuhan dan menghilangkan seri wajah seorang mukmin daripada senyuman yang ikhlas.

Wajah yang masam, penuh kebengisan tanpa sedikit hiasan di bibir, secara tidak langsung mengaktifkan minda yang negatif. Peranan syaitan menjalankan agendanya agar manusia terus menerus bersikap demikian, sebagaimana diperingatkan oleh Allah:

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita. Sedangkan bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah, dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Mujadalah: 10)

Namun begitu, senyuman boleh dimanipulasi oleh golongan tertentu yang menyalahgunakan nikmat Tuhan ini. Dalam mempamerkan senyuman yang berkesan, ia turut hadir sama dengan perkataan yang bijak dan berhikmah. Dalam sebuah kisah, Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih dicintainya. Adakah Fatimah, puterinya atau Ali, suami beliau? Dengan senyuman baginda menjawab, Fatimah, lebih aku cintai dan engkau aku lebih hargai.

Luar jangkaan

Senyuman juga dikaitkan dengan salam perpisahan. Ia sering berada di luar jangkaan manusia, malah dalam sirah Rasulullah dicatatkan peristiwa yang sama. Diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik, pada hari Isnin ketika wafatnya Rasulullah, baginda keluar dan memandang mereka yang menunaikan solat Subuh.

Melihat sikap mereka, Rasulullah tersenyum. Mereka yang menyedari berpaling dan menyangka baginda beransur pulih. Dalam suasana gembira mereka diisyaratkan agar meneruskan ibadah mereka. Hakikatnya itulah senyuman perpisahan Rasulullah kepada mereka.

Dalam menjadikan senyuman sebahagian daripada cara hidup, seseorang perlu sedar bahawa senyuman perlulah dipamerkan tanpa berlebih-lebihan atau terlalu kurang. Ia perlu sentiasa berada di pertengahan. Bak kata pepatah, kebaikan muncul antara dua keburukan.

Jangan pandang remeh nilai sebuah senyuman, ia mungkin tidak ada nilai daripada harga yang ditentukan manusia. Tetapi ia membayar pada nilai lebih tinggi dalam kehidupan.

Jendela senyuman membuka tabir hubungan dengan manusia lain di sekitar anda. Ia menguatkan hati dan membina motivasi diri. Perkara kecil sebegini mempunyai manfaat yang besar seperti kata Rasulullah, Janganlah meremehkan amalan kebaikan, walau sekadar berwajah manis. (Abi Dzar).





 
Sombong boleh rosakkan akidah, pesan Luqman Al-Hakim
03.28.05 (4:13 pm)   [edit]


FIRMAN Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya kami (Allah) telah memberi hikmat kepada Luqman dan oleh demikian bersyukurlah kamu kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur dengan Allah, maka dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Dan ingatlah ketika Luqman berpesan kepada anaknya, "Wahai anakku, janganlah kamu menduakan Allah sesungguhnya yang menduakan Allah itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman, ayat 12-13)



Luqman Al-Hakim ialah hamba Allah yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Beliau hidup pada zaman kerasulan Nabi Daud dan mempunyai ketinggian ilmu pengetahuan dan petah berbicara. Selain itu, beliau mempunyai pemahaman tinggi dalam sesuatu bidang.

Nasihatnya menjadi kata-kata hikmat yang mempunyai banyak pengajaran kepada orang ramai.

Renungi nasihat kepada anaknya sebelum beliau meninggal dunia. Nasihat ini bukanlah ditujukan kepada anaknya semata-mata, malah berguna untuk semua.

Pesan Luqman:

Tidak mensyirikkan Allah.

Perbuatan syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi dan jali. Syirik jali adalah perbuatan yang dilakukan manusia secara terang-terangan seperti menyembah pokok, memuja kubur dan pantai. Syirik khafi pula perbuatan syirik yang tersembunyi seperti perasaan riak, takbur, sombong dan bangga diri.

Kedua-duanya dilarang oleh Allah kerana boleh merosakkan akidah dan hilang keyakinan terhadap-Nya.

Berbuat baik kepada dua ibu bapa.

Berbuat baik bermaksud mentaati kedua-dua ibu bapa kerana mereka yang melahirkan anak ke dunia, menjaga, mendidik dan rela menghadapi kepayahan demi kesejahteraan seseorang anak.

Bersabar hadapi ujian Allah.

Kesabaran selalunya akan mengelakkan seseorang daripada menderhakai Allah.

Menyuruh orang lain melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.

Pesanan ini berhubung rapat dengan pendekatan dakwah. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana setiap manusia tidak sama nilai hati, keinginan dan perasaan dalam diri masing-masing. Namun, sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, kita wajib sama-sama ingat mengingati agar terhindar daripada melakukan sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

Mengingati balasan baik dan buruk daripada Allah.

Bermuhasabah dengan diri sendiri, menilai potensi diri masing-masing amat dituntut agama. Dengan cara itu, kita dapat menilai harga diri masing dengan meletakkan kesabaran dan ketelitian sebelum melakukan apa saja. Hal ini kerana segala perbuatan itu, Allah menjanjikan ganjaran dosa dan pahala tertentu.

Mengingati balasan baik Allah, maka menggalakkan kita untuk melakukan sesuatu yang dituntut.

Manusia wajib berakhlak mulia dan bersopan santun dengan orang ramai.

Berakhlak mulia dan berhemah tinggi dengan semua orang adalah sesuatu yang amat dituntut syariat Islam. Ia adalah tunjang kepada kekuatan komuniti dari peringkat bawah hingga teratas.

Dengan sifat itu, pasti akan lahir sebuah masyarakat bermoral dan bermaruah serta dipandang mulia oleh setiap manusia.

 
Perjalanan ke Padang Mahsyar
03.28.05 (4:12 pm)   [edit]



BAGAIMANAKAH cara manusia ke Padang Mahsyar? Bagi menjelaskan perkara ini, Allah berfirman pada ayat 86, Surah Mariam; ayat 102, Surah Taha dan ayat 97, Surah al-Isra'. Ayat itu maksudnya menyatakan bahawa cara manusia ke Padang Mahsyar ada tiga bahagian:

Orang yang pergi dengan berkenderaan iaitu orang bertakwa.


Orang yang berjalan kaki dan keadaan muka mereka biru keruh, kerana hati masing-masing sebak dengan kedukaan, iaitu orang yang mati dalam keadaan berdosa.


Orang yang berjalan dengan mukanya, sambil matanya tidak dapat melihat sesuatu yang menyukakannya. Lidahnya tidak dapat menuturkan hujah atau alasan yang boleh diterima daripadanya dan telinganya tidak dapat mendengar perkara yang menyenangkan hatinya.

Mereka ialah orang yang pada masa hidup di dunia tidak berusaha menggunakan matanya, lidahnya dan telinganya untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

Cara itu diterangkan pula oleh Rasulullah SAW dalam hadis berikut:

Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud:

"Manusia yang dihimpunkan ke Padang Mahsyar pada hari kiamat adalah tiga golongan.

"Pertama golongan yang berjalan kaki; kedua, golongan berkenderaan dan ketiga, golongan yang berjalan dengan (berkakikan) mukanya."

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana mereka dapat berjalan dengan mukanya?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Tuhan yang telah menjadikan mereka boleh berjalan dengan kaki, berkuasa menjadikan mereka berjalan dengan muka mereka." (Hadis riwayat at-Tarmizi).

Bagaimana pula keadaan manusia ketika pergi dan berada di Padang Mahsyar?

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! Kamu sekarang telah datang kepada Kami dengan keadaan sebatang kara seperti keadaan Kami ciptakan kamu keluar dari perut ibu kamu dulu, tidak berkain baju, tidak berkasut, tidak berkhatan dan tidak berharta benda." (Surah al-An'am, ayat 94).

Dan firman-Nya lagi pada ayat 29 Surah al-A'raf, maksudnya: "Sebagaimana Tuhan telah mulakan penciptaan kamu dengan keadaan yang tertentu, maka demikianlah pula kamu bangkit hidup kembali kepada Tuhan."

Mengenai keadaan yang disebut itu, Rasulullah menerangkan dalam hadis berikut:


Daripada Ibn Abbas, katanya, Rasulullah berdiri berucap kepada kami, sabdanya: "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya kamu dihimpunkan di Padang Mahsyar dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup." (Kemudian Baginda membaca firman Allah bererti: Seperti Kami ciptakan manusia pada mulanya, demikian pula Kami ulangi ciptaannya, itulah janji yang sesungguhnya Kami akan lakukan) Ketahuilah! Sesungguhnya orang yang mula-mula sekali diberi pakai pakaian pada hari kiamat ialah Ibrahim al-Khalil." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Daripada Aisyah, bahawa Nabi bersabda: "Dihimpunkan manusia di Padang Mahsyar pada hari kiamat dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup." Aisyah berkata: "Ya Rasulullah! adakah orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?" Nabi menjawab: "Wahai Aisyah! Kedahsyatan keadaan pada masa itu menghalang masing-masing daripada melihat satu sama lain." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pada satu riwayat oleh al-Nasa'i dan al-Haakim daripada Aisyah, katanya: Aku bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana pula keadaan aurat?" Nabi menjawab: "Tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya saja."

Maksud dua hadis itu ialah Rasulullah menerangkan bahawa manusia akan ke Padang Mahsyar dengan keadaan sebagaimana Tuhan menjadikan mereka keluar dari perut ibu dulu - tidak berpakaian, tidak berkasut dan tidak berkhatan.

Mendengarkan keterangan itu, Saidatina Aisyah bertanya: "Bagaimana hal aurat masing-masing ya Rasulullah! Adakah orang lelaki dan perempuan memandang satu sama lain?"

Rasulullah menjawab: "Wahai Aisyah! Kedahsyatan huru-hara kiamat menghalang manusia dari memandang satu sama lain, usahkan hendak memerhatikan aurat, tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya saja.”

Nabi Muhammad menerangkan lagi bahawa orang yang mula-mula sekali diberi memakai pakaian antara makhluk yang ramai itu ialah Nabi Ibrahim.


 
Kisah perbualan antara Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Iblis
03.27.05 (8:39 pm)   [edit]

Sama-samalah kita mangambil iktibar dari peristiwa ini..
Soalan Nabi : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi: "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan
masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka
Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu". "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah
hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu".
Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.

SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI SEGALA TIPUDAYA IBLIS INI DAN
DIHARAP DAPAT MENYAMPAIKANNYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DARI SEMASA
KE SEMASA...............



 
Amalan berzikir pelindung ketika perjalanan
03.24.05 (10:17 pm)   [edit]



BERZIKIR (mengingati Allah) dan membaca ayat suci al-Quran mempunyai banyak berkat dan fadilat. Ia juga antara usaha paling mujarab bagi melindungi diri daripada sebarang bahaya dan kejahatan sama ada manusia, jin atau syaitan ketika dalam perjalanan.

Kita perlu memohon perlindungan Allah. Antara amalan Rasulullah SAW dalam perkara ini adalah dengan membaca:


Surah al-Fatihah.

Surah al-Ikhlas (tiga kali)

Surah al-Falaq (tiga kali)

Surah al-Naas (tiga kali)

Surah Ghafir ayat 1 hingga 3

Surah al-Mukminun ayat 97 hingga 98

Sebelum keluar rumah hendaklah dibiasakan membaca:


Surah al-Fatihah

Ayat al-Kursi

Surah al-Quraisy

Doa ketika keluar rumah:

Maksudnya: “Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya dan tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan (daya upaya dan kekuatan) Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan sesat atau disesatkan, atau daripada binasa atau dibinasakan, atau daripada zalim atau dizalimi atau daripada jahil (bodoh) atau diperbodohkan.”

Ketika menaiki kenderaan hendaklah dibiasakan membaca doa berikut, iaitu yang tafsirnya:

“Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Allah kami akan kembali.” (Surah al-Zukhruf, ayat 13-14)

Jika dalam perjalanan hujan, guruh, angin dan kilat, maka Rasulullah menganjurkan kita supaya membaca:


Doa ketika hujan yang maksudnya: “Ya, Allah jadikanlah ia (hujan) sebagai hujan yang menyenangkan.”


Doa ketika mendengar guruh dan petir, maksudnya: “Ya Allah janganlah engkau matikan kami dengan kemurkaan-Mu dan janganlah engkau binasakan kami dengan azab-Mu dan ampunkanlah kami sebelum itu.”


Doa ketika angin bertiup kencang, maksudnya: “Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan (angin ini) dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang ada engkau utuskan bersertanya, aku memohon perlindungan-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya serta keburukan yang engkau utuskan bersertanya.”

Mudah-mudahan dengan membaca ayat, doa dan mengamalkan zikir mendapat berkat dan terhindar daripada sebarang malapetaka ketika berada dalam perjalanan.

Dalam kehidupan yang semakin sibuk serta pertambahan penggunaan kenderaan awam dan persendirian oleh masyarakat, amalan berzikir menjadi satu daripada usaha untuk mengelak kejadian tidak diingini sepanjang perjalanan, sama ada dekat atau jauh.

Zikir adalah santapan hati yang wajar dijadikan amalan oleh setiap orang Islam.

Golongan mukminin sepatutnya mengingati Allah sama ada ketika menerima nikmat dan kesenangan daripada Allah dengan mensyukuri nikmat-Nya. Semua amalan itu bertujuan mencari keredaan Allah SWT. Amalan itu juga boleh menenangkan diri serta reda akan apa yang berlaku selepas usaha sesuai diambil.

~~ berita harian online ~~


 
Sabar antara 6 sifat orang bertakwa
03.24.05 (8:51 pm)   [edit]

Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus


DALAM khutbah Jumaat, khatib mesti berpesan kepada jemaah agar menjadi orang bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya iaitu dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Ia adalah antara rukun khutbah Jumaat.

Peringatan itu diberikan pada peringkat awal khutbah. Ia agar jemaah akan mendengar segala isi khutbah disampaikan. Kandungan isi khutbah tidak lain dan tidak bukan untuk melahirkan manusia bertakwa kepada Allah.

Islam amat menuntut umatnya menjadi orang bertakwa.

Al-Quran menjelaskan sifat orang bertakwa dalam firman-Nya bermaksud: “iaitu orang yang berdoa: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. Iaitu orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang menginfaqkan (ke jalan Allah) dan orang yang memohon keampunan pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 16-17)

Berdasarkan ayat di atas, ada enam sifat orang bertakwa iaitu orang berdoa, bersifat sabar, benar, taat, suka menafkahkan hartanya dan mereka yang sentiasa memohon keampunan pada waktu sahur.

Dalam sifat di atas, wujud ciri amat bernilai dalam kehidupan manusia sebagai hamba-Nya dan bermasyarakat.

Ungkapan doa seseorang hamba yang dimohon kepada Pencipta-Nya membuktikan ketakwaan mereka. Hal ini kerana di sana wujud konsep manusia memerlukan pertolongan Allah. Ia adalah pengumuman iman, satu permohonan syafaat di sisi Allah. Begitu juga permohonan keampunan dan pemeliharaan daripada azab neraka.

Dengan keimanan kepada Allah, manusia akan memohon keampunan kepada-Nya. Hal ini kerana setiap perbuatan manusia akan mendapat balasannya sama ada baik atau sebaliknya.

Memohon keampunan menunjukkan manusia percaya akan balasan daripada Allah dan beriman kepada-Nya.

Bersifat sabar dalam melakukan ketaatan yang diperintahkan Allah. Sabar menjauhkan diri daripada larangan Allah serta menghadapi ujian-Nya yang berupa kesenangan dan kesusahan.

Bersifat benar pula terhadap perkara yang dikhabarkan kepada mereka daripada pengakuan keimanan dengan kesungguhan menjalankan amal perbuatan di dunia ini.

Mereka bersikap benar dalam pekerjaan, percakapan dan pergaulan kerana bimbangkan balasan buruk daripada Allah. Pekerjaan itu dilakukan dengan kejujuran dan dilimpahi sikap amanah. Percakapan pula tiada unsur penipuan dan pergaulannya dalam batas keizinan syarak.

Bersifat taat adalah tunduk dan patuh dalam segala amal perbuatan kerana meletakkan keesaan Allah sebagai teras dalam kehidupan.

Dalam sifat ini ada ciri menunaikan hak uluhiyyah dan kewajipan ubudiyyah serta menegakkan kehormatan diri dengan menunjukkan ketaatan kepada Allah.

Menafkahkan harta pula adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta kekayaan ke jalan ketaatan yang diperintahkan oleh Allah. Begitu juga membantu kaum kerabat dan orang lain yang memerlukan serta mengeratkan silaturahim sesama manusia.

Dalam sifat infaq wujud ciri pembebasan diri daripada menjadi hamba harta. Ia juga bebas daripada belenggu kebakhilan dan menegakkan persaudaraan insaniah di atas kenikmatan peribadi. Mewujudkan hubungan saling bantu membantu antara mereka yang layak dalam sesebuah kawasan atau negara.

Memohon ampun pada waktu sahur menunjukkan keutamaan beristighfar pada waktu sahur.

Ibn Mardawaih meriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata: “Kami diperintahkan jika kami solat malam, agar kami beristighfar pada waktu akhir sahur sebanyak 70 kali.”

Dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Allah turun ke langit dunia pada setiap malam, iaitu ketika masih berbaki sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Adakah orang yang meminta, sehingga akan Aku beri? Adakah orang yang berdoa sehingga Aku mengabulkannya? Dan adakah orang yang memohon ampun sehingga Aku memberikan keampunan kepadanya?”

Memohon keampunan pada waktu sahur memberi bayangan yang lemah-lembut dan mendalam. Kalimah ‘bil ashar’ dalam ayat 17 Surah Ali Imran menggambarkan bayangan masa akhir malam sebelum fajar iaitu masa di mana suasana kelihatan begitu jernih, lembut dan tenang. Masa ketika hati melepaskan bisikannya yang terpendam. Apabila memohon keampunan pada masa itu, maka ia akan memantulkan bayangan yang menyerap ke dalam jiwa dan hati.

Di sinilah akan timbul rasa keinsafan yang akhirnya menyebabkan sesalan yang tidak terhingga. Ia akan menyebabkan manusia menyedari kedudukan mereka hanyalah sebagai hamba Allah.


 
Rasulullah perancang yang baik
03.23.05 (3:21 pm)   [edit]
KITA perlu merancang kerana ia merupakan sunah atau jalan para rasul. Sebagai contoh, kisah Nabi Yusuf a.s. memberikan pengajaran yang jelas betapa pentingnya perancangan untuk masa depan. Menurut al-Quran, Nabi Yusuf membuat perancangan lima belas tahun untuk menghadapi krisis kemarau yang dijangka berlaku. Baginda mengetahui kedatangan kemarau melalui ilmu mentafsir mimpi yang dikurniakan Allah kepadanya. Sehubungan ini baginda membuat persiapan yang rapi dan merangka pelan ekonomi yang mantap bagi menghadapi krisis tersebut. Bukan sahaja baginda dapat membangunkan ekonomi negeri Mesir tetapi dapat membantu rakyat negara lain.

Al-Quran merakamkannya dengan menyatakan, ``Yusuf berkata: Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di bulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit daripada (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka memeras anggur. (Yusuf : 47-49)

Surah Yusuf juga menceritakan bagaimana bapanya, Nabi Ya'akub a.s. membuat perancangan untuk mengurangkan risiko dengan memberi pesanan kepada anak-anaknya, Dan Ya'qub berkata: Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, tetapi masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun daripada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah aku bertawakal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakal berserah diri. (Yusuf : 67 )

Apabila kita membaca sirah Rasullullah s.a.w., kita juga dapati baginda membuat perancangan untuk setiap pekerjaan yang dilakukannya. Baginda akan mengambilkira semua kemungkinan dan menyediakan semua persiapan sebelum menjalankannya. Dan ini bukan bermakna baginda tidak bertawakal kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh, baginda mengarahkan sebahagian sahabat berhijrah ke Habsyah bagi mengelakkan daripada dizalimi oleh kafir Quraisy.

Pemilihan Habsyah bukan dibuat secara sebarangan. Baginda amat arif tentang latar belakang geografi, keagamaan serta politik negara tersebut dan pasti bahawa Habsyahlah tempat yang paling sesuai bagi orang-orang Islam yang dizalimi itu. Ini menunjukkan kepada kita bahawa orang-orang Islam pada masa itu pun tidak terputus daripada apa yang berlaku di dunia, walaupun keadaan pengangkutan sangat daif. Dengan teknologi ICT yang terkini, umat Islam tiada alasan untuk tidak mengetahui keadaan dunia sekeliling dan membuat perancangan yang sewajarnya.

Kepekaan umat Islam terhadap apa yang berlaku di dunia juga jelas dengan sikap mereka terhadap konflik yang berlaku di antara kerajaan Parsi dan kerajaan Byzantium pada masa itu. Sehubungan ini al-Quran menyatakan, Telah dikalahkan bangsa Romawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu, bergembiralah orang-orang yang beriman, kerana pertolongan Allah. Dia menolong sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (Sebagai) janji yang sebenarnya daripada Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) daripada kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai. Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Rum 2 - 8 ).

Di antara contoh paling ketara tentang kepentingan perancangan ialah hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah. Hijrah menggabungkan unsur perancangan yang rapi dengan meletakkan keyakinan kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. menyediakan segala sumber dalam kemampuannya sebagai manusia biasa dan pada waktu sama mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi memastikan kejayaannya.

Perjanjian

Baginda mendapatkan tempat untuk berhijrah dengan melakukan dua perjanjian dengan penduduk Madinah, yang mana mereka (penduduk Madinah) akan melindungi Baginda dan orang-orang Islam yang akan berhijrah ke Madinah, sepertimana mereka akan melindungi diri dan keluarga mereka sendiri. Kemudian Baginda memilih rakan yang sangat dipercayai, Abu Bakar r.a. untuk menemani baginda dalam perjalanan ke Madinah; dan Abu Bakar memanglah orang paling tepat.

Baginda juga memilih orang terpercaya, Ali bin Abu Thalib untuk menggantikan Baginda di tempat tidur bagi memperdaya kafir Quraisy yang berjaga sepanjang malam untuk membunuh Baginda, sebaik saja Baginda meninggalkan rumahnya. Ali menjalankan tugasnya dengan yakin dan berani, walaupun ia mengancam nyawanya.

Rasulullah s.a.w. juga menyediakan seorang pakar penunjuk jalan, Abdullah bin Uraiqat, untuk membawanya dan Abu Bakar ke Madinah. Walaupun penunjuk jalan itu seorang musyrik, ia seorang yang boleh di percayai. (Sehubungan dengan ini fuqaha Islam menjadikan peristiwa tersebut sebagai hujah membolehkan orang-orang Islam mendapatkan bantuan orang bukan Islam dalam urusan dunia mereka selagi mereka boleh dipercayai).

Di samping itu Rasulullah s.a.w. juga memilih sebuah gua yang ditinggalkan (gua Thaur), untuk bersembunyi selama beberapa hari sehingga kafir Quraisy mengurangkan tindakan memburu Baginda. Gua Thaur juga dipilih kerana kedudukannya yang melawan arah Madinah. Ini adalah untuk mengelirukan lagi kafir Quraisy.

Rasulullah s.a.w. juga menyediakan satu pasukan untuk membawa makanan dan berita sepanjang penyembunyian Baginda di gua tersebut. Pasukan tersebut terdiri daripada Asma dan Abdullah, anak-anak Abu Bakar, dan Amir bin Fuhairah, pembantu Abu Bakar. Asma dan Abdullah ditugaskan untuk membawa makanan dan berita. Sementara Amir di tugaskan untuk menutup jejak Asma dan Abdullah dengan membawa kambing-kambing melalui jalan yang telah di lalui oleh Asma dan Abdullah.

Peristiwa di atas menunjukkan kepada kita bahawa perancangan Baginda merupakan perancangan yang paling baik. Baginda tidak membiarkan sesuatu pun kepada `takdir' dan menugaskan setiap orang yang Baginda pilih untuk memainkan peranan yang tertentu.

Namun, walaupun Baginda telah menyediakan segala persiapan, perancangan tersebut hampir gagal apabila kafir Quraisy berada di mulut gua Thaur hampir menjumpai Rasulullah dan Abu Bakar. Pada ketika itu Abu Bakar yang khuatir tentang keselamatan Rasulullah lalu berbisik, Kalau salah seorang daripada mereka menjenguk ke dalam, mereka akan menjumpai kita. Rasulullah s.a.w. yang penuh yakin dengan bantuan Allah menjawab, Apa pandangan kamu Abu Bakar, tentang dua orang sahabat yang dibantu oleh Yang Ketiga? Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita. Peristiwa ini dirakamkan oleh al-Quran apabila al-Quran menyatakan, Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah), sedangkan dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua, pada waktu dia berkata kepada temannya: Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita. Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (At Taubah : 40)

Jawapan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang jelas tentang keyakinan sebenar terhadap Allah s.w.t. Melalui peristiwa ini Baginda mengajar kita bahawa kita mesti melakukan apa yang terbaik dalam melakukan sesuatu dan menyerahkan segala yang di luar kemampuan kita kepada Allah s.w.t. Inilah pengertian sebenar bertawakal kepada Allah s.w.t.

Selain daripada peristiwa Hijrah, terdapat banyak contoh daripada sejarah Islam yang menunjukkan bahawa bertawakal kepada Allah s.w.t. bukan bererti kita harus berpeluk tubuh tanpa merancang. Salah satu contoh ialah apabila Rasulullah s.a.w. bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Jawab Arab Badwi itu: ``Aku bertawakal kepada Allah.'' Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda: Tambat unta kamu dahulu, kemudian bertawakal kepada Allah.


~~ Utusan Malaysia online ~~


 
Al-Quran penawar sakit orang beriman
03.22.05 (4:47 pm)   [edit]

KEMUDARATAN dalam rumah disebabkan perkara asas iaitu ibtila Allah atau satu pembalasan natijah daripada penyelewengan terhadap manhaj atau sistem yang sudah diaturkan oleh Allah. Ia seperti tidak bersungguh-sungguh melaksanakan segala arahan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.


Oleh itu, kita mesti memperhatikan peringatan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya supaya kesihatan kita terpelihara.

Hukama ada berkata: "Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan oleh orang yang sakit."

Rasulullah saw menggunakan dua kaedah penjagaan asas kesihatan iaitu pertama, al-Tib al-Imani dan kedua, al-Tib al-Wiqa'i.

Al-Tib al-Imani menekankan mengenai peranan iman itu sendiri. Mereka yang sebenarnya sihat itu adalah mereka yang memelihara imannya.

Mereka yang tidak memelihara iman atau langsung tidak mempunyai keimanan kepada Allah dan ketaatan kepada segala perintah dan larangan-Nya, ternyata sedang mengalami penyakit kronik.

Oleh itu, dalam al-Quran sering kali mengertikan al-Marad sebagai sama makna dengan al-Kufr seperti firman Allah bermaksud:

“Adapun orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka, maka surah al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka dan mereka mati, sedangkan mereka berkeadaan kufur." (Surah al-Taubah, ayat 125).

Maka, dalam konteks ini Allah adalah sebagai pengurnia kesihatan kepada mereka. Rasulullah pernah menolak doktor al-Muqauqis dengan bersabda: "Kami tidak berhajat kepada doktor."

Tetapi Rasulullah memerintahkan umat Muslimin supaya berubat dengan sabdanya: "Sesungguhnya yang menurunkan penyakit itu jugalah yang menurunkan ubatnya." (Hadis riwayat al-Quda'i, Ahmad, Ibn Hibban dan Hakim)

Maksud hadis ini bukanlah hendak menolak peranan doktor dan pakar perubatan. Ia sebaliknya, hendak menangkis kefahaman yang menjejaskan iman iaitu keyakinan terhadap keupayaan manusia secara mutlak. Hal ini supaya kalau ada kegagalan yang mungkin dihadapi pada hujung proses perubatan nanti, tidak ada mana-mana doktor dan pesakit yang kecewa, langsung memutuskan rahmat Allah.

Mereka meyakini dengan membaca al-Quran, bersedekah, meminum air zam-zam, memakan buah tamar dan sebagainya seperti yang disebut dalam al-Quran dan hadis bahawa perkara ini juga boleh mengawal penyakit, di samping perubatan moden pada hari ini.

Ia seolah-olah penjagaan kesihatan melalui pembacaan al-Quran seperti firman Allah yang mafhumnya:

"Dan kami turunkan dengan beransur daripada ayat-ayat suci yangmenjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang beriman." (Surah al-Isra', ayat 82)

Contohnya, Rasulullah bersabda bermaksud: “Surah al-Fatihah itu syifa (ubat) bagi segala penyakit kecuali mati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan bersedekah. Sedekah adalah antara kaedah perubatan secara imani yang banyak membantu penyembuhan penyakit bagi orang yang benar-benar meyakini Allah sebagai Rabb.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Ubatilah pesakit di kalangan kamu dengan bersedekah."

Al-Tib al-Wiqa'i pula meliputi penjagaan kesihatan jasmani. Hal ini banyak terkandung dalam cabang ibadah sama ada yang berbentuk suruhan atau larangan.

Unsur pencegahan adalah kaedah penjagaan kesihatan yang lebih baik dan berkesan berbanding mengubat selepas mendapat penyakit.

Penjagaan kesihatan melalui pengawalan pemakanan adalah antara yang dititikberatkan oleh Rasulullah.

Contohnya, kaedah makan dan minum secara berpatutan sering ditekankan oleh Rasulullah.

Firman Allah bermaksud: “Dan makan serta minumlah, tetapi janganlah melampau-lampau.” (Surah al-A'raf, ayat 31)

"Makanlah daripada yang baik-baik dan buatlah amal-amal yang salih." (Surah al-Mukminun, ayat 25) Allah menyarankan agar kita sentiasa mengawasi bentuk pemakanan supaya makanan yang dimakan tidak mendatangkan perkara memudaratkan ketika di dunia, apatah lagi kalau menjadi hisab yang berat ketika di depan Allah kelak.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan (pantang) itu adalah kepala segala ubat."

Berwaspadalah ketika memilih makanan atau minuman. Contohnya, pilihlah bahan masakan yang segar, tidak beracun dan mempunyai kandungan zat serta seimbang termasuk dalam pengertian al-Taiyyibat.

Penekanan pencegahan yang baik juga ialah tabiat pemakanan yang tidak keterlaluan.

Makanan diambil dalam kadar yang diketahui berdasarkan kepada keaktifan seseorang, kerjayanya, keperluan kalorinya dan sebagainya.

Keseimbangan ini adalah ragam pemakanan yang sepatutnya diambil perhatian dalam pendidikan keluarga.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Kami kaum yang tidak akan makan melainkan kami lapar dan berhenti sebelum kami kenyang."

Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila seseorang kamu minum janganlah kamu bernafas dalamnya." (Hadis riwayat al-Shaikhan, at-Tirmizi, al-Nasa'i dan Ibn Majah)

Perbuatan bernafas dalam bekas minuman boleh menyebabkan perpindahan kuman yang memenuhi rongga hidung kita yang terdedah dan bentuk kemudaratan lain yang hanya mampu disahkan oleh pakar perubatan.

Rasulullah turut menjaga mulut sebagai alat yang terpenting. Oleh itu, Baginda sentiasa bersiwak apabila masuk ke rumahnya.

Berdasarkan sebuah hadis, yang mafhumnya: “Sesungguhnya Rasulullah apabila memasuki rumahnya, Baginda bersiwak (memberus gigi).”

Rasulullah menunjukkan contoh dan tabiat tidur yang baik, antaranya tidur pada lambung kanan supaya kita boleh bernafas dengan baik.

Selepas bangun daripada tidur, Rasulullah mengajar kita supaya tidak menjamah sebarang bentuk makanan dan minuman, selagi tidak membasuh tangan.

Begitu juga dengan urusan keluar masuk tandas seluruhnya, ada sunnah yang membimbing sebagai bukti keprihatinan Islam terhadap kesihatan. – Petikan Perubatan Pencegahan Menurut Islam terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia.

 
Derhaka kepada ibu bapa punca hidup berkemelut
03.22.05 (3:24 pm)   [edit]

Oleh Lokman Ismail


ISLAM meletakkan kewajipan terhadap setiap anak agar mentaati ibu dan bapa. Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi sebagai bukti keimanan dan ketakwaan.



Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api neraka.

Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.” (Surah an-Nisa, ayat 36)

Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi.

Rasulullah menjelaskan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan daripada golongan Muslim. Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).

Hadis itu menjelaskan ‘tidak menghormati orang tua’ sudah dianggap boleh bukan daripada golongan Muslim. Apa lagi jika tidak menghormati orang tua yang menjadi ibu bapa sendiri. Kini menular gejala anak menganggap satu beban terpaksa menjaga atau melayan kerenah ibu bapa atau salah seorangnya. Tidak kurang juga kes anak menjadikan ibu atau bapa tidak ubah seperti orang gaji.

Menyakiti hati ibu bapa satu dosa besar. Apatah lagi dalam kes yang mana anak melakukan perbuatan yang mencederakan fizikal ibu bapa. Undang-undang manusia juga melarang sebarang perbuatan mencederakan fizikal terhadap seseorang. Hukuman daripada Allah tentulah lagi besar menanti di akhirat.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat berkat dalam kehidupan. Perhatikan nasib mereka yang membelakangi ibu bapa dalam kehidupan. Biarpun, secara luaran nampak ceria dan berjaya, hakikatnya mereka dalam pembalasan daripada Allah.

Pelbagai bentuk pembalasan daripada Allah diperlihatkan kepada anak derhaka. Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa.

Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Allah bukan saja melarang melakukan perbuatan yang secara nyata menyakiti hati dan fizikal ibu bapa, bahkan menyebut perkataan ‘kasar’ juga ditegah. Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Isra, ayat 23).

Kewajipan anak terhadap ibu bapa berterusan biarpun ibu bapa sudah lama meninggal dunia.

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang salih yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak salih adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).



~~ berita harian online ~~


 
Mari Kita sama sama berdoa....
03.21.05 (8:43 pm)   [edit]
Assalamualaikum,

Have you seen this?
Let us ameeen this du'a together..

http://desert.lvo.info/video/Dua.htm

Please distribute to others..

Wassalam


 
Syeikh Ahmad al-Fathani pemikir agung Nusantara
03.20.05 (6:32 pm)   [edit]

Oleh Hasliza Hassan


TIDAK rugi, orang yang berbudi bahasa. Tidak akan luak sedikit pun, orang yang berbudi bahasa. Begitulah, perumpamaan orang yang berbudi bahasa.

Kepentingan berbudi bahasa turut diingatkan tokoh ilmuwan Islam Nusantara terkenal, Syeikh Ahmad al-Fathani.

Pengkaji sejarah ulama Nusantara, Wan Mohd Shaghir Abdullah, berkata Syeikh Ahmad al-Fathani tidak ketinggalan membangkitkan mengenai budi bahasa dalam beberapa tulisannya, termasuk dalam persuratan yang dihantar kepada pemimpin.

“Begitu juga bahasa halus digunakan pemimpin yang membalas surat kepada beliau,” katanya pada wacana dan pelancaran buku sempena 100 Tahun Kematian Syeikh Ahmad al-Fathani, baru-baru ini.

Contohnya, Raja Kelantan ibnu Sultan Muhammad menyebut Syeikh Ahmad al-Fathani dengan panggilan ‘Orang Tua Sahaya’. Surat Raja Muda Jambu pula memanggil Syeikh Ahmad al-Fathani dengan sebutan ‘Tuan’.

Datuk Paduka Mahkota Johor, Abdullah Musa (Mufti dan Hakim Besar Johor) menyebut Syeikh Ahmad al-Fathani dengan panggilan ‘Hadhrat Kakanda al-Fadhil’.

Syeikh Ahmad al-Fathani bijak serta berbudi bahasa dalam menyampaikan dakwah dan pendidikan melalui surat kepada kalangan mereka berkedudukan tinggi, terutama pemimpin negara.

Beliau menggunakan kalimah lunak menunjukkan pemikirannya untuk mengajak orang ke arah kebaikan. Hakikatnya, kita perlu menggunakan budi bahasa kerana budi bahasa juga yang memartabatkan Islam dan Melayu.

Pada pandangan Syeikh Ahmad al-Fathani, ‘kekayaan’ tiada erti jika pemiliknya tidak memanfaatkannya untuk kepentingan agama Islam.

Memetik kata-katanya: “Raja atau pemimpin yang beragama Islam yang memiliki kekayaan itu tiada manfaat bagi agama Islam, maka raja atau pemimpin itu tidak bertanggungjawab terhadap Islam.”

Daripada kalimah itu disimpulkan bahawa Islam ditempatkan paling atas diikuti Melayu dan Syeikh Ahmah al-Fathani menggunakan bahasa lembut mengajak orang memperkukuh agama Islam dan memartabatkan Melayu.

Oleh itu, pembaziran harta kekayaan bersifat khayal dan melalaikan oleh hiburan tidak bermanfaat, tidak mendapat tempat bagi ulama, tokoh atau pemimpin yang benar-benar sedar serta insaf mengenainya.

Kemungkinan Syeikh Ahmad al-Fathani menggunakan budi bahasa yang halus dalam persuratan atau ketika bertemu Sultan-Sultan Melayu, Sultan Turki, malah Raja Makkah, mereka sangat hormatinya.

Bukan pemerintah, bahkan ulama yang sezaman dengannya menjalinkan kemesraan. Hal ini membuktikan budi bahasa mendapat tempat di hati kawan serta lawan berbanding kekerasan atau kekejaman.

Wan Mohd Shaghir ketika mengulas mengenai budi bahasa berkata, budi bahasa perlu diterapkan supaya ia membudaya kembali kepada masyarakat Melayu tanpa mengira pangkat dan darjat.

Katanya, ini hendaklah diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan bermasyarakat.

Wan Mohd Shaghir, cucu kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, berkata, datuknya ialah pengasas pertubuhan cendekiawan Melayu dengan nama I Jami’iyah al-Fathaniyah.

Pertubuhan yang dianggotai hampir semua ulama dunia Melayu yang tinggal di Makkah pada zaman itu bertujuan memberi kesedaran kepada putera dunia Melayu agar berupaya membebaskan diri daripada cengkaman pihak penjajah.

Syeikh Ahmad al-Fathani insaf dan sedih kerana Patani dijajah Siam yang beragama Buddha, Semenanjung Tanah Melayu dijajah Inggeris yang beragama Kristian dan Hindia-Belanda (Indonesia) dijajah Belanda, juga beragama Kristian.

Pengetahuan dan pengalaman Syeikh Ahmad al-Fathani ketika membuat hubungan diplomatik dengan negara luar menjadi sumber inspirasi kepada salah seorang muridnya iaitu Raja Haji ‘Utsman/Raja Khalid Hitam bin Raja Hasan Riau.

Beliau ke Jepun dua kali, iaitu pada 1912 dan 1913 untuk meminta bantuan Kerajaan Jepun mengusir penjajah Belanda dan Inggeris dari bumi Melayu.

Keberangkatan Raja Haji ‘Utsman ke Jepun setelah mendapat persetujuan Raja ‘Ali Kelana dan beberapa kerabat diraja Riau-Lingga dan Johor lainnya.

Raja Khalid Hitam meninggal dunia di Jepun pada 11 Mac 1914 dan pada 1939 ketika menghadapi Perang Dunia Kedua, barulah utusan Jepun datang ke Singapura mencari keturunan Raja Khalid Hitam.

Utusan dari Jepun itu bertemu Ibrahim Yaakob, yang ketika itu menjadi pemimpin kebangkitan Melayu dan bersama Raja Muhammad Yunus Ahmad, mereka mengadakan perundingan dengan utusan Jepun.

Peristiwa itu menjadi titik bermulanya kedatangan orang Jepun ke dunia Melayu untuk menghadapi perang Asia-Pasifik yang mana Ibrahim diberi pangkat dalam tentera Jepun sebagai Leftenan Kolonel, Raja Muhammad Yunus Ahmad sebagai Leftenan.

Berdasarkan cerita ini dapat disimpulkan bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani turut terbabit dalam politik dunia Melayu pada peringkat awal hingga sampai ke pintu gerbang kemerdekaan.

Beberapa pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani mengenai politik cukup jelas. Untuk lebih lengkap lagi, dapat dipelajari surat timbal balik antara Syeikh Ahmad al-Fathani dengan sultan di dunia Melayu, yang turut disentuh dalam buku Syeikh Ahmad Al-Fathani Pemikir Agung Melayu Dan Islam.

Antaranya surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Sultan Terengganu Sultan Zainal ‘Abidin III dan Sultan Kelantan, Sultan Manshur.

Selain itu, banyak lagi surat Syeikh Ahmad al-Fathani membicarakan isu politik ditujukan kepada murid-muridnya antaranya beberapa pucuk surat membicarakan isu politik ditujukan kepada Nik Mahmud bin Ismail Kelantan, yang ketika itu masih belajar di Mesir.

Surat raja-raja Melayu yang ditujukan kepada Syeikh Ahmad al-Fathani juga banyak, antaranya surat Raja Muda Jambu bertarikh 30 Jamadilawal yang membuktikan Raja Jambu adalah salah seorang anti penjajah Siam-Buddha.

Diriwayatkan ramai orang antaranya anak beliau sendiri, Wan Zainab, Syeikh Ahmad al-Fathani orang Melayu yang pertama menjadi tabib atau doktor di Makkah.

Antara guru beliau dalam ilmu perubatan ialah seorang tabib Afghanistan di Makkah iaitu Syeikh Abdur Rahim al-Kabuli sebelum mendalami ilmu perubatan di Baitulmuqdis

Bukti menunjukkan keilmuan Syeikh Ahmad al-Fathani dalam bidang perubatan adalah surat yang dikirim kepada seorang muridnya di Mesir.

Beliau menulis: “...namanya kayu citaman, iaitu mujarab dijadikan ubat batuk hingga orang batuk darah. Diasah pada air yang sedikit diminum akan dia, maka sembuhlah dia dengan izin Allah.”

Daripada semua yang dipaparkan mengenai pemikirannya, Wan Mohd Shaghir membuat kesimpulan bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani ialah pemikir agung pelbagai aspek untuk kepentingan umat Islam dan dunia Melayu.

Justeru, beliau mengajak keluarga besar Syeikh Ahmad al-Fathani bersama meneruskan perjuangan Syeikh Ahmad al-Fathani mempelajari ilmu pengetahuan dan menyebarkannya untuk manfaat di dunia dan akhirat.

“Jadi biarlah yang kecil beri kepada yang besar. Hal ini kerana apa yang ada pada yang kecil, tidak ada pada yang besar,” katanya ketika menggulungkan Wacana Syeikh Ahmad al-Fathani, Pemikir Agung Melayu dan Islam.

“Sedebu pun tidak sampai kita untuk dibandingkan dengan Syeikh Ahmad al-Fathani, tetapi mudah-mudahan barang yang ada pada yang kecil tidak ada pada yang besar.

“Jadi biarlah yang kecil beri kepada yang besar. Hal ini kerana apa yang ada pada yang kecil, tidak ada pada yang besar,” katanya ketika menggulungkan Wacana Syeikh Ahmad al-Fathani, Pemikir Agung Melayu dan Islam.


 
Makanan bersih, halal asas ketakwaan
03.16.05 (11:22 pm)   [edit]

ISLAM menggariskan makanan dan minuman yang halal untuk keperluan manusia. Semua haiwan di darat dan laut halal dimakan kecuali:



Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Anjing dan babi.

Haiwan bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh seperti harimau.

Burung yang mempunyai kuku mencakar dan menyambar seperti helang.

Haiwan yang diperintahkan untuk membunuhnya seperti tikus, kala dan lipan.

Haiwan yang dilarang Islam untuk membunuhnya seperti semut dan lebah.

Haiwan yang dipandang jijik seperti kutu, lalat dan ulat.

Haiwan yang hidup di darat dan di air seperti katak dan buaya.

Semua jenis tumbuhan yang hidup di air dan darat, halal dimakan sama ada buah, daun, batang atau akarnya asalkan mendatangkan faedah kepada tubuh badan dan tidak membahayakan kesihatan.

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan atau bercampur dengan benda yang najis dan membahayakan kesihatan.

Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah kotor dan perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maa'idah, ayat 90)

Makanan dan minuman yang halal adalah jelas. Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa proses pembuatan atau penyediaan sesuatu makanan atau minuman itu boleh menjadikan ia haram dimakan.

Kaedah pembersihan, ramuan masakan dan alat kegunaan memasak perlu menepati piawaian menurut buku ‘Garis panduan makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam’ yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ia menyatakan bahawa sesuatu makanan yang diproses adalah halal sekiranya bahan ramuan dan kaedah pemprosesan adalah suci daripada najis seperti:


Ia tidak mengandungi bahagian atau benda haiwan yang dilarang umat Islam memakannya atau tidak disembelih.


Ia tidak mengandungi benda yang dianggap najis mengikut hukum syarak seperti minyak babi, lemak bangkai atau jenis arak.


Dalam proses penyediaan, alat yang digunakan bebas daripada najis seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk dan sudu.


Ia tidak bercampur dengan benda yang haram ketika menyedia, memproses atau menyimpannya.

Perkara berkaitan halal dan haram dalam makanan dan minuman penting kerana ia adalah keperluan asas manusia. Ia adalah faktor penting untuk membina dan mengekalkan kesihatan serta kekuatan tubuh badan.

Makanan yang bersih, lagi suci dan pengambilan secara sederhana akan memandu ke arah takwa dan peningkatan ibadat kepada Allah. Sebaliknya, memakan secara berlebihan dari sumber yang kotor dan tidak halal menyebabkan nafsu bermaharajalela dan menutup pintu jiwa ke arah yang makruf.

Firman Allah bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), makan dan minumlah kamu semua dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.” (Surah al-A'raaf, ayat 31).




 
Bandar Islam
03.16.05 (4:42 pm)   [edit]
[b]Lokasi Bukhara:[/b]
Bandar Bukhara terletak di barat Republik Uzbekistan sekarang ini yang terletak di Asia Tengah. Nama Bukhara dikatakan berasal dari perkataan Monggol iaitu (Bukhar) yang bererti ilmu yang banyak kerana terdapat ramai golongan ulama di sana.


[b]Sejarah Bukhara:[/b]
Bandar Bukhara telah lama didirikan sejak bertahun-tahun Masihi. Bandar ini telah wujud pada zaman pemerintahan kerajaan Akminiah Iran (553 - 330 Sebelum Masihi). Kemudian ia dikuasai pula oleh Iskandar Akbar. Setelah itu bandar Bukhara menjadi sebahagian dari kerajaan Bani Bakhtariyyiin, seterusnya selepas kurun keenam Masihi ia dikuasai oleh Turki, kemudian dikuasai oleh Cina pada kurun ke tujuh Masihi.


[b]Pembukaan Islam:[/b]
Bandar Bukhara terus berada di bawah kekuasaan Cina sehinggalah zaman pemerintahan Khalifah Kerajaan Umawi Al-Walid bin Abdul Malik (68-69 Hijrah / 705-715 Masihi) ketika Al-Hajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi, menteri khalifah memerintahkan Qutaibah bin Muslim Al-Bahili supaya membuka negara-negara Transoxiana. Lalu Qutaibah berangkat menuju ke Bukhara dan berjaya membuka Bukhara pada tahun 90 Hijrah / 709 Masihi. Qutaibah bin Muslim telah berusaha meneguhkan kedudukan umat Islam di sana dengan membina beberapa buah masjid serta menyeru penduduknya supaya memeluk Islam. Semenjak ketika itu, bandar Bukhara menjadi sebahagian dari wilayah yang berada di bawah pemerintahan Khilafah Islamiah.


[b]Mercu tanda Bukhara:[/b]
Di Bukhara terdapat banyak kesan peninggalan ilmu, bangunan dan kesenian sehingga ia menjadi pusat warisan seni bina yang sangat agung. Apabila kerajaan Saljuk menguasai Bukhara, mereka turut serta berperanan menjadikan bandar Bukhara semakin berkembang luas, memiliki tamadun yang sangat gemilang serta melimpah dengan kebudayaan, ilmu dan kesenian.


[b]Peristiwa-peristiwa sejarah yang dilalui oleh Bukhara:[/b]
- Setelah Jenghiz Khan menguasai Bukhara pada tahun (616 Hijrah / 1219 Masihi) dia banyak merobohkan dan meruntuhkan mahligai-mahligai ketamadunan serta membakar perpustakaan yang terdapat di sana. Selepas kekuasaan Bukhara diambil alih oleh Timur Lank pada tahun (785 Hijrah / 1383 Masihi), bandar Bukhara masih tetap berada di dalam keadaan tersebut sehinggalah pemerintah Uzbek membinanya kembali dan menjadikannya sebagai ibu negara kerajaan mereka pada tahun (911 Hijrah / 1505 Masihi).
- Kemudian Bukhara dikuasai pula oleh Iran dan Bukhara terus berada di bawah pemerintahan mereka beberapa ketika sehinggalah ia dikuasai oleh Russia pada tahun (1336 Hijrah / 1918 Masihi).
- Ketika Russia menerapkan sistem komunis di dalam pemerintahannya pada tahun (1342 Hijrah / 1923 Masihi), bandar Bukhara terus berada di bawah Persekutuan Sosialis Soviet Union (USSR) yang lalu sehinggalah sistem tersebut tumbang pada tahun (1412 Hijrah / 1991 Masihi) menyebabkan Bukhara menjadi salah sebuah bandar di negara merdeka Republik Uzbekistan.


[b]Tokoh-tokoh Bukhara:[/b]
- Selepas berlaku pembukaan kawasan Islam ke atas Bukhara, ketokohan ramai di kalangan alim ulama, ahli kesusasteraan dan orang-orang yang memiliki kedudukan di sana yang diketuai oleh Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari penyusun Kitab Jamik As-Sahih yang lebih dikenali dengan nama Sahih Bukhari telah tersebar. Kitab tersebut merupakan kitab yang paling sahih selepas kitab suci Al-Quran. Di antara mereka juga ialah Ibnu Sina seorang cendekiawan Bukhara, seorang Doktor Bukhara dan seorang ahli falsafah Bukhara. Selain darinya juga ialah Abu Hafsin Umar bin Mansur Al-Bukhari yang dikenali dengan nama Al-Bazzar, Al-Hafiz Abu Zakaria Abdul Rahim Ibnu Nasr Al-Bukhari dan Abu Al-Abbas Al-Maqdisi Al-Hambali.
- Di samping itu ramai di kalangan sasterawan dan ahli syair yang terkenal telah menisbahkan nama mereka kepada Bukhara seperti Ar-Raudaky, Fadhil Al-Bukhari, Am'aq Al-Bukhari, Al-Khajandi, Lutfullah An-Naisaburi, Ahmad Al-Karamani dan lain-lain lagi.

[b]Produk Bukhara:[/b]
Bandar Bukhara terkenal dengan hasil pengeluaran buah-buahan terutama Barqouq Bukhara yang telah terkenal hampir seribu tahun yang lampau. Di samping itu Bukhara juga terkenal dengan pasar utama tempat pertemuan di antara pedagang-pedagang yang datang dari Cina dan Asia Barat. Bukhara turut terkenal dengan hasil sutera, kain kapas, permaidani, barang-barang perak, emas dan lombong tembaga







 
Rasulullah bertaubat 100 kali sehari
03.15.05 (6:05 pm)   [edit]
Fikrah:

TAUBAT adalah kembali daripada melakukan maksiat. Orang yang berdosa itu seolah-olahnya meninggalkan Allah dengan tidak taat kepada-Nya dan melanggar perintah-Nya. Maka apabila dia meninggalkan maksiat, seolah-olah dia kembali semula kepada Allah.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai pada kerongkong.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, nescaya Allah menerima taubatnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Perkara ini disebabkan jika matahari terbit dari Barat maka pintu taubat serta-merta ditutup.

As-Salafu Solihu mengetahui nilai taubat, lalu mereka sentiasa melakukan taubat. Perkara ini kerana orang yang berakal apabila memiliki harta yang banyak, kemudian habis tanpa ada faedah yang kembali kepadanya, tentulah dia berasa sesal.

Begitulah umur bagaikan modul untuk membeli nikmat syurga. Alangkah ruginya umur itu hilang begitu saja tanpa bertaubat.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali." (Hadis riwayat Muslim).

Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya, adakah boleh bertaubat.

Abdullah berpaling daripadanya, kemudian menoleh kembali kepada lelaki itu. Dia melihat kedua-dua mata lelaki itu dengan berlinangan air mata, lalu Abdullah berkata: “Syurga itu ada lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat kerana di situ ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya. Maka beramallah, jangan kamu berputus asa.”

Lukman Al-Hakim pula berpesan: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya. (Kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan (kedatangan ajal mati) ku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang yang soleh. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan.”

Orang yang telah dimatikan, semuanya berangan-angan untuk dapat hidup sebentar supaya dia dapat bertaubat dan bersungguh-sungguh melakukan ketaatan, tetapi jauh sekali apa yang mereka inginkan.

Allah memerintahkan supaya kita melakukan taubat seperti firman-Nya bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur, ayat 31)

Dan Allah menjanjikan menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya. Firman Allah bermaksud: “Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau (menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)

Allah berfirman maksudnya: “...Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.

Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya, Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah. Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): “Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:


Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.


Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.


Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.


~~ berita harian online ~~


 
Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas
03.13.05 (8:28 pm)   [edit]
Ulama paling berpengaruh di Terengganu
Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

TIDAK dapat dinafikan bahawa yang mewarnai corak keIslaman di Terengganu mulai peringkat awal hingga abad ke-20, terdiri daripada dua golongan ulama atau penyebar Islam. Golongan itu ialah, pertama: Berasal daripada ulama-ulama Patani, dan kedua: Daripada keturunan Rasulullah s.a.w. atau golongan `sayid'. Di antara ulama yang paling besar pengaruhnya di Terengganu ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu.

PENDIDIKAN

Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim mendapat pendidikan asas di beberapa pondok pengajian di Patani. Walaupun ditinjau dari segi pangkat, nasab beliau adalah peringkat datuk saudara kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, namun ditinjau dari segi umur pula Abdul Qadir lebih muda daripada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Menurut riwayat, Abdul Qadir dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pernah sama-sama belajar dalam sebuah pondok, sama ada di pondok Kuala Bekah (Patani) mahu pun di pondok-pondok lainnya. Bahkan pernah sama-sama belajar di Mekah. Dalam riwayat yang lain pula menyebut bahawa Syeikh Abdul Qadir pernah belajar kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Jadi beliau termasuk peringkat murid kepada Syeikh Daud Abdullah al-Fathani. Ketika beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah, beliau berguru kepada Syeikh Muhammad Shalih bin Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani, Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaludin Aceh. Kepada ulama-ulama Arab pula beliau belajar di antaranya kepada Syeikh Muhammad Shalih bin Ibrahim, Mufti Syafi'ie di Mekah, Syeikh Ahmad al-Marzuqi dan lain-lain. Setelah memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di Mekah dan Madinah, beliau turun ke Jawi. Pertama kali ke sana beliau tidak langsung ke negeri asalnya Patani, tetapi beliau ke Pulau Duyung, Terengganu. Langkah itu diambilnya kerana di Pulau Duyung Kecil, Terengganu itu ahli keluarganya lebih ramai dan lebih dekat daripada di Patani sendiri. Di Pulau Duyung Kecil, Terengganu beliau memulakan aktivitinya sebagai seorang ulama.

AKTIVITI

Syeikh Abdul Qadir mulai mengorak langkah di mana sahaja beliau pergi dalam negeri Terengganu beliau memperkenalkan ajaran Islam menurut Mazhab Syafie dan iktikad Ahlus Sunnah wal Jamaah. Beliau merancang membuka sebuah institusi semacam pondok di Patani, kerana pada zaman itu pengajian pondok memang di Patani yang paling terkenal di rantau ini. Sama ada di Terengganu mahupun di tempat-tempat lainnya, pengajian pondok tidaklah sekukuh seperti di Patani sendiri. Apabila rancangannya itu telah mantap, beliau pulang ke Patani dengan tujuan mendapatkan rancangan kerja yang lebih mantap atau konteks kerjasama dalam dunia pendidikan pondok dengan beberapa orang Tok Guru mahu pun ahli keluarga beliau yang menjadi ulama yang memimpin pondok di Patani. Setelah sampai ke Patani, niat beliau tergendala kerana pada masa itu terjadi suatu peperangan besar antara Kedah-Patani terhadap pencerobohan bangsa Siam. Peperangan besar yang melibatkan beberapa orang tokoh ulama itu diikuti pula oleh Syeikh Abdul Qadir sendiri.

Pengajian pondok

Dipercayai beliau datang ke Pulau Duyung kali kedua ini sekitar tahun 1830an M. Ketika itu beliau mulai mengajar di Kampung Paya Bunga, Duyung. Syeikh Abdul Qadir mendirikan sebuah mesjid di Bukit Bayas. Di kedua-dua tempat itu beliau membina pengajian pondok menurut tradisi di Patani. Kemudian oleh sebab beliau memusatkan aktivitinya di Bukit Bayas, maka terkenallah namanya kemudian hari dengan gelaran Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, pengganti kepada nama terkenal sebelumnya iaitu gelaran Syeikh Abdul Qadir Duyung (Tok Duyung sahaja).

PENULISAN

At-Targhib wat Tarhib li al-Bai'i wa Asy-Syira, diselesaikan waktu duha, hari Isnin, 2 Rabiulawal 1234 H, di negeri Terengganu. Kandungannya membicarakan tentang perniagaan menurut ajaran Islam, mengemukakan hujah-hujah berdasarkan al-Quran dan hadis mengenai terlarangnya memakan riba. Di antara salinan terbaik yang pernah ditemui ialah yang diselenggarakan oleh Mahmud ibnu Muhammad Yusuf Terengganu.

Setelah Basmalah, Hamdalah, Selawat dan Salam, pengarangnya Syeikh Abdul Qadir menyebut judul karya ini dalam bahasa Arab, iaitu Risalah fi Bayani Hukmil Bai'i war Riba. Judul terjemahan oleh pengarangnya dalam bahasa Melayu: Risalah Pada Menyatakan Hukum Jual Beli Dan Riba. Berdasarkan kenyataan ini bererti karya ini terdapat dua judul yang berbeza dalam bahasa Arab, iaitu judul yang satu lagi yang tertulis pada bahagian depan manuskrip ialah: At-Targhib wat Tarhib li al-Bai'i wa asy-Syira.

Sebagai keterangan tambahan keseluruhan kandungannya diringkaskan oleh beliau sendiri, dengan katanya ``Ditambahi sedikit daripada dalil dan hadis pada menyatakan seksa dan azab atas tiap-tiap orang yang memakan riba, dan orang yang mengurangkan sukatan dan timbangan, dan orang yang menzalim atas harta manusia.'' Sasaran karangan beliau nyatakan, ``Supaya beroleh manfaat dengan dia oleh tiap-tiap orang yang membaca akan dia daripada segala orang yang berjual beli laki-laki dan perempuan, kecil dan besar, muda dan tua.'' (hlm. 1).

Setelah itu pengarangnya memasuki perbincangan yang merupakan subjudul awalnya, ialah Asal Yang Mengharuskan Jual Beli Dan Haram Riba. Bahagian ini mengemukakan hujah-hujah daripada al-Quran dan hadis lengkap dengan perbandingan pendapat para ulama tentang pentafsirannya. Hadis yang pertama diperkenalkan terjemahan menurut Syeikh Abdul Qadir, ``Bermula yang terlebih afdal usaha itu berjual beli yang baik, ertinya yang tiada tipu daya padanya dan tiada khianat, dan bekerja laki-laki dengan tangannya.''

Selanjutnya Syeikh Abdul Qadir memetik hadis- hadis yang lain, di antaranya yang dikeluarkan oleh Baihaqi daripada Muaz, hadis yang dikeluarkan oleh Ibnu Majah dan Hakim daripada Ibnu Umar, hadis yang dikeluarkan oleh Ishbahani dan Dailami, dan banyak lagi hadis yang dapat dirujuk pada bahagian ini (hlm. 2-4). Kemudian memasuki Tanbih Bersalah-salahan Ulama Pada Usaha Yang Terafdal, Syeikh Abdul Qadir memulakan kalimat bahagian ini dengan katanya, ``Telah berkata oleh beberapa ulama, yang terlebih afdal usaha itu berniaga. Dan telah berkata oleh setengah ulama yang Muhaqqiqin, bermula usaha yang terlebih afdal itu berbuat bendang, kemudian daripada itu usaha kepandaian. Seperti berbuat rumah dan perahu, menjahit dan barang sebagainya daripada segala kepandaian yang diharuskan oleh syara. Kemudian daripada itu pula berniaga.'' Pada bahagian ini dimulai dengan khabar daripada Muslim terjemahan menurut Syeikh Abdul Qadir, ``Tiada menanam oleh orang yang Islam akan satu tanaman dan tiada berbuat bendang ia akan satu bendang, maka makan daripadanya oleh manusia, dan tiada memakan akan dia oleh binatang, dan tiada suatu yang memakan akan dia melainkan adalah baginya itu sedekah.'' Setelah membandingkan pelbagai pendapat, lalu dimulai perbincangan mengenai jual beli, iaitu dimulakan dengan tiga macam bentuk jual beli: Pertama, berjual mata benda yang dilihat. Kedua, dijual akan mata benda yang belum lagi maujud. Ketiga, dijual mata-benda yang ghaib, yang tiada dilihat (hlm. 10-20).

Hukum riba

Setelah mengupas sesuatu barang yang sah dijual beli atau tidak sahnya secara terperinci, lalu membicarakan mengenai riba. Syeikh Abdul Qadir membuka lembaran ini dengan kata beliau, ``Syahdan hendaklah mengetahui dan belajar pula akan hukum riba kerana wajib atas tiap-tiap orang yang berniaga itu berlajar segala hukum jual beli, dan hukum riba ...'' Menurut beliau, ``Barangsiapa berniaga dahulu daripada mengetahui hukumnya nescaya haramlah atas orang itu dengan ittifaq segala ulama...'' Mengenai asal hukum haram riba beliau kemukakan ayat al-Quran dan beberapa hadis. Di antara hadis yang disebutkan terjemahan menurut Syeikh Abdul Qadir, ``Satu dirham riba yang memakan akan dia oleh anak Adam itu terlebih sangat besar dosanya pada Allah Taala daripada tiga puluh enam kali mengerjakan zina. Riwayat Imam Ahmad daripada Abi Hurairah.'' Semua permasalahan riba dibicarakan mulai hlm. 20 sampai 31. Selanjutnya disambung dengan Tanbih Haram Menipu Daya Pada Berjual Beli. Di antara hadis yang dipetik pada perbincangan ini terjemahan menurut Syeikh Abdul Qadir, ``Dan barangsiapa menipudaya ia akan kami maka tiadalah ia daripada kami.'' (hlm. 32-41). Tidak kalah juga pentingnya beliau memberi subjudul Tanbih Suatu Perjagaan Pada Menyatakan Hukum Orang Yang Mengurangkan Sukatan Dan Timbangan''. (hlm. 46-49).

KETURUNAN DAN MURID

Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar pengaruhnya sama ada kepada masyarakat luar mahu pun kepada pihak Kerajaan Terengganu. Sangat ramai murid beliau menjadi ulama besar dan pemimpin kerajaan Terengganu. Daripada keturunan (zuriat) beliau demikian juga adanya. Beliau meninggalkan anak 21 orang lelaki dan perempuan. Mereka ialah: 1. Wan Abdur Rahim, 2. Wan Muhammad Amin, 3. Wan Muhammad Sa'id, 4. Wan Muhammad Saleh, 5. Wan Jamilah, 6. Wan Maimunah, 7. Wan Putih, 8. Wan Hitam, 9. Wan Khatijah, 10. Wan Maryam, 11. Wan Abdullah, 12. Wan Halimah, 13. Wan Salamah, 14. Wan Abu Bakar, 15. Wan Ahmad, 16. Wan Kaltsum, 17. Wan Abdur Rahman, 18. Wan Aminah, 19. Wan Man, 20. Wan Salimah, 21. Wan Muda. Yang menjadi ulama dan pembesar di Terengganu di antaranya Wan Muhammad Saleh, iaitu berpangkat Tok Kaya Pahlawan atau Datok Sangsura Pahlawan. Cucu beliau bernama Wan Abdul Hamid bin Wan Muhammad Sa'id bin Syeikh Abdul Qadir juga sebagai Datok Sangsura Pahlawan.

Di antara murid Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas yang sangat terkenal sebagai tokoh atau pun ulama ialah Baginda Sultan Umar (Sultan Terengganu), Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani (Syeikh Duyung), Tok Ku Tuan Besar, Tuan Guru Mahmud bin Muhammad Yusuf Kemaman (penyalin pelbagai manuskrip) dan ramai lagi.

WAFAT

Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani Bukit Bayas, Terengganu wafat dalam tahun 1864 M di Kampung Paya Bunga, Terengganu. Riwayat lain menyebut beliau wafat di Bukit Bayas, Terengganu.


 
Kisah Seutas tali
03.10.05 (11:19 pm)   [edit]

Kalau anda sanggup jawab, anda jawablah..kalau tak ... pandai-pandailah

cerita dibawah hanya sebagai renungan .....

Ingatan: Kisah Seutas tali.( Kisah benar  sebenar-benarnya)

Di bandar Madinah tinggal seorang  hartawan yang kaya raya hartanya ada di seantero dunia( masyaallah  ini worang vanyak khayalah), kehidupan se-hariannya dipenuhi dengan mengabadikan diri kepada Allah SWT bersede-kah adalah amalan tetap  beliau, dengan harta  kekayaan yg melimpah ruah dia tetap dengan  kehidupan yang sederhana, setiap kali datangnya musim haji dialah  orang yg paling banyak mengeluarkan sedekah. Beliau terkenal dgn baikanya dan disukai oleh semua penduduk disana.Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya sudah  berkeluarga dan sibuk  dengan urusan masing-masing, Yang merisaukan si hartawan ini ialah ba-gaimana nanti kalau dia sudah meninggal dunia, bagaimana  nanti anaknya akan menguruskan harta nya yg banyak itu kerana anak2 beliau lebih cinta-kan dunia. Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yg benar.

Siang malam ia bermunajat kepada Allah memintaPETUNJUK DAN...apa yg harus dilakukan. Pada  suatu subuh yang dingin, beliau telah mengumpul-kan semua  anak2nya untuk memberitahu wasiatnya.”Wahai anak2ku, tujuan abuya mngumpulkan enta semua ini adalah untuk memberi tahu wasiat kepada kamu semua sekiranya, abuya sudah tiada lagi didunia ini”  apalagi berpandangan lah mereka kerana terbayangkan harta  yang banyak, dan tak sabar lagi menunggu wasiat  dari abuyanya......!

Begitulah kelakuan anak2nya....yg  membuatkan sihartawan itu sedih....

Tetapi dengan satu syarat.....sekiranya ia mangkat nanti, ia mahusalah se-orang dari anaknya menemankannya selama tiga hari semasa ia telah di- kebumikan didalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yg akan me-warisi hartanya, dan ia juga yg layak utk membahagikan harta tersebut

kepada adik-beradik yg  lain....sekiranya tiada yg sanggup hartanya akan diwakafkan kepada orang miskin.

Terkejut katak lah anak2nya.  Lalu merekameminta untuk berbincang adik-beradik,abang yg sulung mengesyorkan agar diupah orang kampong yg miskin hidupnya untuk menemankan abuyanya semasa didlm kubur, sebab abuyanya, takan tahu siapa yg menemankan nya nanti kerana sudah mangkat dan selepas itu kita berikannya upah yang banyak dan menjadi kaya raya.
Kesemuanya bersetuju dgn cadangan tersebut, dan segera memberi-tahu yang mereka bersetuju dgn syarat tersebut,Abuya sungguh bangga dgn anaknya yg sulong kerna pada anggapannya anaknya itu akan menemankannya nanti.....”Syukur”… katanya dlm hati.

Keesokan harinya maka kesemua anaknya pergilah keseluruh pelusok kg untuk mencari sesiapa yg sanggup menemankan abuyanya..tetapi malang tiada siapa yg sanggup untuk tidur didlm kubor selama 3 hari dgn mayat, ini kerja gilo kata orang kg..setelah penat mencari' si sulong sudah hampir putus asa dan berehat di padang rumput yg dipenuhi kambing  biri-biri dan ternampak seorang lelaki yg gagah dgn segulung tali di lengannya. “Mung-kin ini si pengembala kambing, baik aku cuba offer dgn dia”...fikirnya,

Dia pun menemui si pengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidu-pannya, Lalu sipengembala memberitahu keadaannya yg miskin kehidupannya kais pagi makan pagi kadang2 ia tak makan sampai 3 hari, kesiaan kata sisulong kepada nya. Lalu sisulong berkata “Mahukah kau  menjadi kaya.. wahai si pengembala kambing?” “Mestilah mahu” Jawabnya,,Dan menceritakan tujuanya dan dgn syarat  ......Si pengembala kambing tersebut bersetuju.... .kerana dgn 3  malam sahaja dia akan menjadi seorang saudagar  kayyaaa! “Yahoooo 'Ana khayalah”!..Teriak si pengembala tu. “Ini kerja senang”… katanya  “Kalau satu bulan pun ana boleh”... kata si penegembala kambing.

Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah abuyanya.... Maka bersedih bercampur gembiralah semua anaknya.Dan segeralah si abang sulong mencari sipengembala kambing tersebut agar menemankan arwah abuyanya seperti mana yg tlh dipersetujui, utk tinggal didlm kubor selama 3 hari 3 malam. Maka dgn segulung tali yg sentiasa berada
ditangannya walau ia dengan bangganya  masuklah kedalam kubor dan tidur bersebelahan mayat abuya, cuma dipisahkn dgn papan penutup liang lahat.

Setelah Arwah abuya selamat  dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah Sipengembala  kambing bersama tali dan jenazah Abuya,  Di dalam kubur yang gelap gulita itu membuatkan sipengembala kambing menjadi cemas dan bau yg amat wangi membuatkan ia berfikir siapakah  orang yg meninggal ini,ini mesti orang yg  beriman,,,,sedang asyik berfikir....terdengar suara garau  memberi salam, Maka terperanjatlah si pengembala tersebut, dalam  fikirannya mungkin salam tersebut  ditujukan pada jenazah disebelahnya Jadi ia mendiamkan diri sahaja.....namun tiada  jawapan, Sekali lagi salam diberikan dgn suara yg bertambah  garau, bertambah kecut perutlah kawan tu...tetap  ia mendiamkan diri.....masih tiada jawapan, si pengembala terse-but terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya. Terdengar salam yg ketiga dgn suara yg amat  menakutkan, Dengan terketar2 ia menjawab salam tersebut......”Waalaikumssssssalam….
Siapa kamu?”

“Wahai orang yg membawa tali, mengapa kau ada disini?” ,Lalu ia menceritakan  perkara yg sebenarnya........kemudian suara itu bertanya lagi,”Apa yg kau  bawa itu, “ Tali "jawabnya"…”Apa guna tali itu?” ,suara itu berta-nya lagi......”Untuk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yg bakal kulakukan”, Suara itu bertanya lagi......”Dari mana engkau dapat tali ini?”.....”Bagaimana cara kau mendapatkan tali ini......dari sumber mana kau beli tali ini ?”........suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut... Sehinggalah sampai hari yg ketiga, Anak si arwah  tadi pun menggali se-mula kubor tersebut dan mengeluarkan  si pengembala tadi, dengan muka yg pucat lesi macam  cicak tertelan ular. Dia menggigil ketakutan, membuatkan  anak abuya menjadi bingung.

Maka bertanyalah ia kepada gembala  tersebut mengenai ganjaran yg ia mahu, “ Mintalah sebanyak mana  pun, kami akan berikan padamu wahai  pengembala!“....katanya, Lalu pengembala kambing tersebut memberitahu  bahawa “Aku tidak mahu satu sen pun harta  dari kamu wahai orang muda?”.... “Mengapa?” tanya si sulong, Lalu dia menceritakannya apa yg berlaku semasa didalam kubor selama 3 hari  itu....”Sedangkan tali yg aku bawak ini pun, sampai 3 hari masih  belum habis ditanya....inikan pula harta  yg banyak! .Nasib baiklah kau dah keluarkan aku kalau tidak, tak taulah apa nak jadi, macam mana aku nak jawab!”… “Berapa lama pulak aku nak jawap dgn harta yg begitu banyak....jadi kau simpanlah harta kau tu baik2, kau gunakan dgn sebaiknya!” Maka si pengembala terus beredar dari situ dgn seribu  keinsafannnnnnnn.

Cuba kau orang fikir kalau2 ada  harta syarikat korang dah rembat ?


Sendiri mau ingat  berapa lama nak jawab ooooooooooooo ?!!!!!!!!!!!!!!!!!


 
Manusia tempuh tiga peringkat alam
03.10.05 (10:00 pm)   [edit]

KEHIDUPAN ini ditakdirkan Allah sebagai satu pengembaraan yang jauh iaitu bermula di alam arwah dan akan berakhir di alam akhirat. Oleh itu, Nabi Muhammad saw mengingatkan dengan sabdanya bermaksud: “Jadikanlah dirimu di dunia ini sebagai musafir atau orang yang dalam perjalanan.” (Hadis riwayat Ibn Umar)


Manusia sebenarnya menempuh dua alam, yang kedua-duanya sudah ditinggalkan. Ia adalah alam ‘arwah’ dan ‘arham’. Kita sedang berada di alam ketiga iaitu alam ‘musyahadat’ atau alam dunia.

Pada alam arwah, jasad belum terjadi. Apa yang ada, hanya roh ciptaan oleh Allah. Di sini, roh diberi suntikan akidah keimanan kepada Allah. Ia sebagai bekalan terpenting dalam pengembaraan seterusnya supaya selamat dan berjaya.

Roh kemudian berpindah ke dalam jasad setelah terbentuk dalam rahim ibu. Di alam kedua ini (kandungan ibu), dirasakan amat rileks sekali atau dalam keadaan istirahat, tiada perjuangan dan tiada cabaran.

Kini kita berada di alam dunia. Sesungguhnya kewujudan di alam dunia ini bukan untuk berhibur, tetapi memikul amanah Allah untuk beribadat kepada-Nya. Begitu juga melakukan amal saleh dan kebajikan untuk manfaat diri, keluarga, Islam dan umatnya serta makhluk lain.

Segala kegiatan di dunia ini hendaklah dijiwai nilai akidah dan syariat dengan niat untuk menjunjung perintah Allah. Maka, dengan itu segala-galanya akan menjadi menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Firman Allah bermaksud: “...Berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekalan adalah takwa dan bertawakallah kepada-Ku hai orang yang berakal.” (Surah al-Baqarah, ayat 197)

Rasulullah bersabda bermaksud: “Dunia ini sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat nanti.”

Alam dunia yang kita alami kini adalah alam ketiga. Kita dalam perjalanan menuju ke alam keempat iaitu ‘alam barzakh’ atau ‘alam kubur’. Apabila hari kiamat, kita akan masuk ke alam kelima atau alam yang terakhir iaitu ‘alam akhirat’.

Sebelum itu, kita dihimpunkan di Padang Mashyar untuk diadili dan dihisab segala amal perbuatan di dunia. Jika baik akan dibalas syurga, dan sebaliknya jika buruk akan dibalas dengan azab api neraka.

Allah mengingatkan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi alam akhirat melalui firman-Nya bermaksud :

“Ketahuilah! Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak (semua itu terhad waktunya), samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah al-Hadid, ayat 20)

Allah mengingatkan lagi melalui firman-Nya bermaksud:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya), tidak lain hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran, ayat 185)

Firman Allah lagi bermaksud:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu, akan pahala dan kebahagiaan pada hari akhirat; dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-ruah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”(Surah al-Qisaas, ayat 77)

 
Untukmu Yang Setia selalu
03.10.05 (9:44 pm)   [edit]
Hari itu di pemakaman, siang begitu terik dan menyengat. Para pelayat yang kebanyakan berbaju hitam memadati lokasi pemakaman. Di antara begitu banyak orang, wanita cantik itu berdiri mengenakan pakaian dan kerudung berwarna putih, ekspresi tenang terlihat di raut wajah yang tersaput kesedihan.

Pada saat penguburan berlangsung, sebelum jenazah dimasukkan ke liang lahat, wanita itu mendekati jenazah yang terbungkus kain kafan kemudian mencium bagian kening jenazah dan membisikkan kata-kata tak terdengar dengan perasaan dan suasana yang sulit kulukiskan. Aku melihat keharuan di antara para pelayat menyaksikan adegan itu.

Wanita itu adalah istri dari laki-laki yang pada hari itu dikubur. Setelah acara penguburan selesai satu persatu pelayat mengucapkan kalimat duka cita kepada wanita tersebut yang menyambut ucapan itu dengan senyuman manis dan kesedihan yang telah hilang dari wajahnya, seolah-olah pada saat yang seharusnya menyedihkan itu dia merasa bahagia.

Kudekati wanita itu.

"Kak, yang sabar ya, insya Allah abang diterima dengan baik di sisi-Nya," ujarku perlahan. Dia menatapku dengan senyuman tanpa kata-kata. Rasa penasaran menyeruak dalam hatiku melihat ekspresinya. Tapi perasaan itu tidak kuungkapkan.

Beberapa hari setelah pemakaman itu, aku datang ke rumah wanita itu. Kudapati ia sedang mengurus kembang mawar putih seperti apa yang sering dilakukannya. Kusapa dia dengan wajar, "Assalaamu'alaikum, sedang sibuk kak?" tanyaku

"Wa'alaikusallam... Oh adik, ayo duduk dulu," jawabnya seraya membereskan perlengkapan tanaman.

"Saya mengganggu kak?" tanyaku lagi,

"Kenapa harus mengganggu dik, ini kakak sedang menyiapkan bunga untuk dzikir nanti malam," jawabnya.

Sesaat setelah jawaban terakhir suasana hening terjadi di antara kami. Dengan hati-hati kuajukan perasaan yang selama beberapa hari mengganjal di hatiku. "Kak, apakah kakak tidak merasa sedih dengan kepergian abang?" tanyaku.

Dia menatapku dan berkata, "Kenapa adik bertanya seperti itu?"

Aku tidak segera menjawab karena takut dia tersinggung, dan, "Karena kakak justru terlihat bahagia menurut adik, kakak tersenyum pada saat pemakaman dan bahkan tidak mencucurkan airmata pada saat kepergian abang," ujarku.

Dia menatapku lagi dan menghela nafas panjang. "Apakah kesedihan selalu berwujud air mata?" Sebuah pertanyaan yang tidak sanggup kujawab. Kemudian dia meneruskan kembali perkataanya. "Kami telah bersama sekian lama, sebagai seorang wanita aku sangat kehilangan laki-laki yang kucintai, tapi aku juga seorang istri yang memiliki kewajiban terhadap seorang suami. Dan keegoisanku sebagai seorang wanita harus hilang ketika berhadapan dengan tugasku sebagai seorang istri," katanya tenang.

"Maksud kakak?" aku tambah penasaran.

"Sebuah kesedihan tidak harus berwujud air mata, kadang kesedihan juga berwujud senyum dan tawa. Kakak sedih sebagai seorang wanita tapi bahagia sebagai seorang istri. Abang adalah seorang laki-laki yang baik, yang tidak hanya selalu memberikan pujian dan rayuan tapi juga teguran. Dia selalu mendidik kakak sepanjang hidupnya. Abang mengajarkan kakak banyak hal. Dulu abang selalu mengatakan sayang pada kakak setiap hari bahkan dalam keadaan kami tengah bertengkar. Kadang ketika kami tidak saling menyapa karena marah, abang menyelipkan kata sayang pada kakak di pakaian yang kakak gunakan. Ketika kakak bertanya kenapa? abang menjawab, karena abang tidak ingin kakak tidak mengetahui bahwa abang menyayangi kakak dalam kondisi apapun, abang ingin kakak tau bahwa ia menyayangi kakak. Jawaban itu masih kakak ingat sampai sekarang. Wanita mana yang tidak sedih kehilangan laki-laki yang begitu menyayanginya? Tapi ..."

Dia menghentikan kata-katanya.

"Tapi apa kak?" kejarku.

"Tapi sebagai seorang istri, kakak tidak boleh menangis," katanya tersenyum.

"Kenapa?" tanyaku tidak sabar. Perlahan kulihat matanya menerawang.

"Sebagai seorang istri, kakak tidak ingin abang pergi dengan melihat kakak sedih, sepanjang hidupnya dia bukan hanya laki-laki tapi juga seorang suami dan guru bagi kakak. Dia tidak melarang kakak bersedih, tapi dia selalu melarang kakak meratap, kata abang, Allah tidak suka melihat hamba yang cengeng, dunia ini hanya sementara dan untuk apa ditangisi."

Wanita itu melanjutkan, "pada satu malam setelah kami sholat malam berjamaah, abang menangis, tangis yang tidak pernah kakak lupakan, abang berkata pada kakak bahwa jika suatu saat di antara kami meninggal lebih dahulu, masing-masing tidak boleh menangis, karena siapa pun yang pergi akan merasa tidak tenang dan sedih, sebagai seorang istri, kakak wajib menuruti kata-kata abang."

"Pemakaman bukanlah akhir dari kehidupan tapi adalah awal dari perjalanan, kematian adalah pintu gerbang dari keabadian. Saat di dunia ini kakak mencintai abang dan kita selalu ingin berada bersama dengan orang yang kita cintai, abang adalah orang baik. Dalam perjalanan waktu abang lah yang pertama kali dicintai Allah dan diminta untuk menemui-Nya, abang selalu mengatakan bahwa baginya Allah SWT adalah sang Kekasih dan abang selalu mengajarkan kakak untuk mencintai-Nya. Saat seorang Kekasih memanggil apakah kita harus bersedih? Abang bahagia dengan kepergiannya. Dalam syahadatnya abang tersenyum dan sungguh egois jika kakak sedih melihat abang bahagia," sambungnya.

Tanpa memberikan kesempatan untuk aku berkata, serangkaian kata terus mengalir dari wanita itu,

"Kakak bahagia melihat abang bahagia dan kakak ingin pada saat terakhir kakak melihat abang, kakak ingin abang tau bahwa baik abang di dunia maupun di akhirat kakak mencintainya dan berterima kasih pada abang karena abang telah meninggalkan sebuah harta yang sangat berharga untuk kakak yaitu cinta pada Allah SWT. Dulu abang pernah mengatakan pada kakak jika kita tidak bisa bersama di dunia ini kakak tidak perlu bersedih karena sebagai suami istri, kakak dan abang akan bertemu dan bersama di akhirat nanti bahkan di surga selama kami masih berada dalam jalan Allah. Dan abang telah memulai perjalanannya dengan baik, doakanlah kakak ya dik semoga kakak bisa memulai perjalanan itu dengan baik pula. Kakak sayang abang dan kakak ingin bertemu abang lagi."

Kali ini kulihat kakak tersenyum dan dalam keheningan taman aku tak mampu berkata-kata lagi.


 
Penjelasan tentang Dosa
03.10.05 (8:50 pm)   [edit]
Atas Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

REFLEKSI TENTANG DOSA

1. Apakah dosa itu? Apa yang kami diajari , dosa adalah segala yang berlawanan dengan nurani.

2. Malaikat membimbingkan, kalau kita melakukan sesuatu dan hati kita merasa tidak nyaman dengan apa-apa yang kita lakukan, kita perlu waspada bahwa yang kita lakukan adalah sebuah dosa. Demikian pula jika kita takut membicarakan sesuatu yang melintas di hati, sesuatu yang kita pikirkan, atau sesuatu yang kita lakukan. Atau sesuatu itu kita sembunyikan dari orang lain karena kita dipenuhi rasa malu untuk membukanya.

3. Seorang yang benar adalah seorang jujur dan apa adanya dengan dirinya. Dirinya jernih sehingga Tuhan dapat melihat dirinya seperti kaca dan kristal yang cemerlang. Tak ada yang disembunyikannya dari Tuhan. Dia nyaman dengan dirinya sendiri. Dan
dia dapat menceritakan apapun tentang dirinya tanpa beban rasa malu dan khawatir karena benar itikad di dalam hatinya dan jernih pikirannya yang semuanya menghasilkan sikap dan perbuatan yang benar pula pada dirinya.

4. Ruhul Kudus mengajarkan kepada kami agar menghidupkan nurani sehingga malaikat dapat berbicara keras di dalam hati kami. Dimintanya kami tak bertoleransi dengan dosa dan kesalahan yang kami lakukan. Itulah jalan yang ditunjukkannya kepada kami di dalam pensucian .

5. Sebagai hamba Tuhan, kita mengenal dosa-dosa umum, yang dikenal oleh semua orang dari agama apapun. Berbohong, membenci, mendendam, mencuri, korupsi, memfitnah, khianat, membunuh adalah dosa yang telah kita ketahui semua. Semua
manusia ? beragama apapun dia? mengetahui bahwa perbuatan-perbuatan semacam itu adalah dosa yang harus dijauhi dan ditinggalkan. Dan sudah sewajarnya lah kita meninggalkan dosa-dosa semacam itu.

6. Ruhul Kudus mengajari kami untuk memotong dosa-dosa yang pernah kami lakukan dalam kehidupan kami sehari-hari. Ruhul Kudus juga mengajari kami untuk mengetahui kelemahan dan berhala-berhala pribadi yang menjadi akar dosa kami. Dalam pengajarannya, kami dibawanya untuk mengikis kelemahan dan ego kami demi penitian di Jalan Tuhan.

7. Atas dosa-dosa yang kami lakukan, Ruhul Kudus mengajarkan pengakuan dosa di Majelis Pertaubatan yang digelarnya. Inilah majelis pensucian yang dihadirkan Tuhan untuk umat manusia di zaman ini dan menjadi syariat pensucian di Surga-Nya.

8. Tak mudah pada awalnya bagi kami untuk menerima perintah pengakuan dosa karena perintah itu tak kami kenal di dalam ajaran Islam yang menjadi latar belakang kami. Kami bahkan melihat pengakuan dosa sebagai prosesi yang menjadi milik umat Katolik. Tetapi Tuhan membukakan mata hati kami untuk melihat esensi dari pengajaran yang sedang diturunkan-Nya dan kami pun kemudian lapang hati menjalaninya. Bahkan, kami sangat berbahagia setelah melaluinya dan sangat ingin agar setiap orang yang ingin bersuci dapat ikut merasakan kebahagiaan spiritual sebagaimana yang kami rasakan usai menjalani pengakuan dosa sebagaimana yang sedang diajarkan-Nya.

9. Di Majelis Pertaubatan, Ruhul Kudus mengajarkan kepada kami untuk mengakui semua dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dalam hidup kami. Diajarkannya kami untuk lugas mengakuinya demi mendapatkan pengampunan dari Allah.

10. Seberapa kami dapat lugas dan jujur di dalam pengakuan dosa kami, sedemikian kesucian dan pensucian Allah yang diberikan kepada kami. Pencerahan spiritual adalah buah dari kerelaan kami menundukkan rasa malu dan diri kami dengan mengakui dosa yang disaksikan oleh Kaum keluarga sendiri yang menjadi saksi di Majelis Pertaubatan.

11. Melalui majelis pengakuan dosa, kami saling belajar dari pengakuan dosa yang dilakukan saudara kami. Setiap kali seorang diantara kami merintih kesakitan, terbata-bata, dan bercucuran air mata menghimpun keberaniannya untuk mengakui dosa yang sulit diakuinya, kami ikut tergetar secara spiritual dan kemudian terpicu untuk mengikuti keberaniannya. Sebaliknya, kala seorang mendapat teguran Ruhul Kudus karena membela diri atas dosa yang dilakukannya, kami pun belajar untuk tak melakukan kesalahan yang serupa.

12. Ruhul Kudus menjelaskan bahwa kemuliaan Tuhan diberikan-Nya pada orang-orang yang menyentuh sedikit dosa lagi tetap berendah hati di dalam kesuciannya. Tapi kemuliaan itu tak kurang besarnya pada pendosa yang bertaubat, bersungguh-sungguh mensucikan diri serta lapang hati menebus dosa-dosa yang telah dilakukannya. Dan pintu bagi para pendosa yang bertaubat itulah yang sedang dibukakan lebar-lebar oleh Tuhan.

13. Di dalam pengajaran Tuhan kami merasakan bahwa keberanian mengakui dosa-dosa yang menjadi sisi gelap kami dan mengalahkan harga diri kami ternyata dibayar tunai oleh Tuhan. Kami merasakan kelapangan pensucian yang luar biasa. Ibarat ruang gelap di dalam relung hati yang menjadi terang, ibarat batu besar yang terangkat dari badan, pengakuan dosa itu membawa pencerahan spiritual yang luar biasa.

14. Dan Ruhul Kudus mengajarkan kepada kami untuk bersumpah kepada Tuhan di hadapan kitab suci untuk berhenti dari dosa yang kami lakukan dan tak menyentuh dosa apapun lagi, baik dalam keadaan lapang maupun dalam keadaan terpaksa. Itulah perangkat prosesi pengakuan dosa sebagaimana yang diajarkannya kepada kami.

15. Ruhul Kudus mengajarkan, sumpah adalah bahasa akhirat. Sumpah adalah tekad tertinggi yang dinyatakan kepada Tuhan yang melibatkan dunia dan akhirat. Sebagaimana uang menjadi alat transaksi di dunia, sumpah menjadi alat transaksi di akhirat. Sumpah yang baik mengikatkan pelakunya dengan para malaikat, sementara sumpah yang buruk dan sumpah yang dikhianati mengikatkan pelakunya dengan iblis.

16. Dengan sumpah tak menyentuh dosa, Ruhul Kudus mengajarkan kepada kami untuk bersungguh-sungguh menempuh pensucian kami. Itupun adalah sarana bagi para malaikat untuk semakin menyatu dan berkata-kata melalui nurani kami. Tanpa sumpah, tanpa kesediaan menempuh resiko, tak ada pensucian yang dapat mencapai kesucian hakiki sebagaimana yang diinginkan Tuhan.

17. Di dalam penjagaan kesucian, malaikat berkata-kata di dalam peristiwa derita dan keburukan yang kami alami. Malaikat juga menyampaikan pesan melalui peristiwa-peristiwa yang menghampiri kami. Di dalam pesannya, malaikat membisikkan dosa-dosa yang harus kami hindari agar diri kami tak terjerumus pada keburukan yang lebih besar. Itulah penjagaan malaikat di dalam kehidupan kami sehari-hari.

18. Apakah kami mendengarkan suara malaikat yang menyampaikan pesan melalui nurani ataukah lebih memilih untuk memperturutkan hawa nafsu dan ego kami, semua kembali kepada diri kami. Itulah ujian Tuhan yang akan terus kami (dan kita)
hadapi sampai akhir hayat nanti.

19. Selain pengakuan dosa di majelis dan sumpah untuk tak menyentuh dosa, prosesi pertaubatan sebagaimana yang diajarkan Ruhul Kudus adalah pensucian api. Inilah syariat di Surga yang juga merupakan penggenapan nubuah Tuhan di dalam Kitab Suci-Nya.

20. Ada orang yang hanya disucikan dengan api bagian ubun-ubun di kepalanya. Bagi yang telah diperkenankan Tuhan, pensucian api itu meliputi seluruh tubuh. Itulah proses pensucian yang berat bagi siapapun yang menjalaninya. Tapi itulah syariat Surga yang sedang dinyatakan Tuhan dan itulah prosesi pengembalian iblis di dalam tubuh kembali ke habitatnya. Api kembali ke api, itulah salah satu makna pensucian api.

21. Pensucian api bukanlah sebuah atraksi atau permainan. Tak ada pertunjukan kesaktian karena api itu tetap panas. Tak ada penyiksaan dan penistaan karena semua itu adalah pensucian. Setiap orang dapat berhenti kapan pun jika tak sanggup melaluinya. Dan telah terbukti tak ada satupun diantara Kami, baik laki-laki, perempuan, anak muda, maupun orang tua, yang celaka ketika melaluinya. Inilah upacara suci, konfrontasi dengan bayangan ketakutan besar di dalam diri yang sedang diajarkan Tuhan.

22. Prosesi pensucian api mengajarkan hikmah kepada kami untuk menghadapi ketakutan-ketakutan terbesar kami. Kami sangat khawatirkan api akan menyakiti dan merusak diri kami. Ketika kami menyelesaikan pensucian api dengan selamat, kami sadar bahwa sebagian besar ketakutan dan kekhawatiran terbesar kami hanya berada di dalam pikiran kami. Dan kami pun sadar, kondisi semacam itu sesungguhnya banyak terjadi di dalam hidup kami.

23. Prosesi pensucian api mengajarkan kami untuk berani menghadapi masalah dan kenyataan sehari-hari. Bayangan kekhawatiran dan ketakutan tak boleh menguasai diri kami dan membuat kami lari dari masalah nyata yang harus kami hadapi. Kami telah belajar bahwa berani menghadapi masalah adalah satu-satunya cara paling sehat bagi perkembangan spiritual kami. Sebab, sebagian besar bayangan kekhawatiran dan ketakutan itu hanya ada di dalam pikiran kami.

24. Pada awalnya kami mengira bahwa pengakuan dosa itu cukup sekali saja kami lalui. Tetapi ternyata Ruhul Kudus berkali-kali menggelar majelis pengakuan dosa yang harus kami jalani. Menjalani pengakuan dosa yang kedua tentu saja berbeda dengan pengakuan dosa yang pertama, dan ternyata pengakuan dosa itu tak lebih ringan karena dosa memang selalu menjadi beban bagi jiwa kami.

25. Pengakuan dosa pertama adalah sebuah lompatan besar dalam kehidupan spiritual kami. Selain mengangkat beban kegelapan dari dasar hati, prosesi itu telah memangkas banyak dosa besar yang pernah kami lakukan. Tapi sejak pengakuan dosa yang pertama itu kami sadar bahwa kami tak cukup baik di hadapan Tuhan. Ternyata diri ini tak mampu memenuhi sumpah kami untuk tak menyentuh dosa dengan sempurna. Masih ada dosa-dosa lama yang telah kami akui dan tekadkan untuk berhenti yang terulang kembali walaupun intensitasnya jauh lebih rendah dari sebelumnya.

26. Mengakui dosa yang sebelumnya telah diakui dan ternyata berulang lagi adalah sebuah beban yang sangat berat dan memalukan. Ruhul Kudus mengajarkan dan kami belajar bahwa pengakuan dosa itu tak memalukan, tetapi sesungguhnya dosalah yang mempermalukan diri kami. Pengakuan dosa yang berulang itu memaksa kami waspada untuk menjaga diri dari dosa sehingga dosa itu tak mempermalukan kami di majelis pengakuan dosa yang selanjutnya.

27. Ketika Majelis Pertaubatan itu digelar untuk kesekian kalinya, kami semakin sadar bahwa tak ada jalan lain bagi kami selain memperkuat tekad untuk memotong dosa-dosa kami. Setelah dapat meninggalkan dosa-dosa yang nyata, prosesi pertaubatan
yang berulang itu juga membuat kami belajar untuk meningkatkan kualitas pengakuan dosa kami.

28. Semakin lama kami semakin belajar mengakui dosa-dosa yang lebih tipis, dosa samar, dosa-dosa pikiran, dosa-dosa lintasan hati yang belum terlahir menjadi perbuatan. Semua itu sesuai dengan pengajaran Ruhul Kudus yang menginginkan agar hati kami benar, pikiran kami benar, demikian pula sikap dan perbuatan kami.
Semoga ada manfaatnya. Mudah2an Allah masih mengizinkan saya untuk menulis lanjutannya.

Salam keselamatan dari Tuhan
Surialaga.
Sahabatmu,



 
Sembilan pembaziran tanpa disedari
03.10.05 (8:46 pm)   [edit]



IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-


Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.


Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.


Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.


Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.


Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.


Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.


Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.


Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.


Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.


 
Ilmu, keimanan landasan kesempurnaan ibadat khusus
03.07.05 (9:29 pm)   [edit]
Oleh Noor Shakirah Mat Akhir


IBADAT bermaksud segala tingkah laku yang dilakukan manusia kerana Allah, tidak kerana selain daripada-Nya. Konsep ibadat itu amat luas. Ia merangkumi segala perbuatan manusia yang diniatkan kerana Allah. Ibadat itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu ibadat umum dan khusus.

Ibadat umum adalah perbuatan manusia yang dilakukan kerana Allah. Ia amat luas dan tidak terbatas. Setiap perbuatan baik itu jika diniatkan kerana Allah akan dikira ibadat dan akan diberi pahala.

Tentu niat seseorang itu bermula dengan pengakuan keimanannya kepada Allah. Hal ini kerana seseorang yang tidak beriman, walaupun berniat melakukan sesuatu kebaikan, tidak akan menerima apa-apa ganjaran pahala. Maka, keimanan (tauhid) adalah asas segala-galanya. Malah, penyaksian keimanan ini juga membabitkan aspek fizikal dan kerohanian.

Pengakuan mulut seseorang, tanpa diiringi dengan pengakuan hati tidak membawa kepada kesempurnaan penyaksian keimanan seseorang itu.

Contohnya, golongan munafik yang hanya berpura-pura beriman kepada Allah. Golongan munafik secara zahirnya dikira Islam, tetapi ibadat mereka ini tidak sempurna kerana kekurangan dari aspek kerohaniannya.

Ibadat khusus pula adalah semua ibadat wajib dan sunat yang ditetap atau digarispandukan dalam al-Quran serta diterjemahkan oleh sunnah Rasulullah saw. Contohnya sembahyang lima waktu, puasa pada Ramadan, membayar zakat dan sembahyang sunat witir.

Kesempurnaan kedua-dua bahagian ibadat ini memerlukan syarat yang membabitkan kedua-dua aspek fizikal dan kerohanian. Kesempurnaan sesuatu ibadat itu juga dilihat dari segi kesannya terhadap orang itu, orang lain dan seterusnya ajaran Islam itu sendiri.

Antara aspek yang perlu diteliti ke arah kesempurnaan ibadat dengan tumpuan kepada ibadat khusus adalah:


Sembahyang (wajib dan sunat).

Sembahyang dari segi bahasa bermaksud berdoa meminta kebaikan. Dalam istilah syaraknya pula perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri salam berserta syarat tertentu. (Fiqh 'ala al-Mazahib al-Arba'ah).

Solat bukan pergerakan fizikal semata-mata, malah yang lebih utama membabitkan aspek dalaman (kerohanian) seseorang. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar." (Surah al-'Ankabut, ayat 45).

Ada kalanya sembahyang seseorang tidak dapat mencegahnya daripada melakukan kejahatan. Persoalannya adalah sembahyang yang bagaimana mampu mencegah kemungkaran? Sembahyang yang akan mencegah kemungkaran adalah yang sempurna.

Persoalan seterusnya, bagaimanakah sembahyang yang sempurna itu? Kesempurnaan sembahyang itu merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan rohani. Kesempurnaan aspek fizikal bermula daripada wuduk yang sempurna. Kesempurnaan rukun sembahyang serta bebas daripada perkara yang membatalkannya.

Kesempurnaan dari aspek rohani dilihat dari tahap khusyuk dan keikhlasan seseorang itu beribadat kerana Allah. Apakah panduan kepada ukuran tahap khusyuk dan keikhlasan ini?

Khusyuk seseorang itu adalah tumpuan seseorang dalam melakukan sesuatu ibadat. Tumpuan pemikiran seseorang itu adalah hanya kerana Allah. Penumpuan fikiran seseorang yang tidak tergelincir langsung ke arah perkara lain sepanjang mengerjakan sembahyang menunjukkan konsentrasi (khusyuk) yang sempurna.

Ikhlas pula membabitkan niat seseorang itu. Setiap amalan itu dilakukan semata-mata kerana Allah dan bukan selain daripada itu seperti mengharapkan pujian. Khusyuk dan ikhlas membawa seseorang itu kepada tahap ihsan. Ia adalah tahap yang perlu diusahakan oleh setiap Muslim untuk menuju ke arah kesempurnaan ibadat. Ihsan bermaksud seseorang itu beribadat kepada Allah seolah-olah dia melihat-Nya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Ihsan adalah bahawa anda mengabdikan kepada Allah (beribadat kepada-Nya), seolah-olah anda melihat-Nya, seandainya anda tidak melihat-Nya, maka (ingatlah) bahawa Dia tetap melihat anda." (Hadis riwayat Muslim)

Sembahyang yang sempurna, luas konsepnya. Ia merangkumi keberkesanan ibadah itu terhadap seseorang serta masyarakat. Kesan terhadap individu boleh dilihat sejauh mana ia dapat mencegah daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Kesan terhadap masyarakat pula boleh dilihat sejauh mana masyarakat dianggotai orang berakhlak mulia ini, mampu mengubah kelompok itu ke arah kebaikan.

Oleh itu, jika bersembahyang, tetapi masih melakukan kemungkaran, hendaklah dihisab (nilai, teliti) semula ibadah itu. Seterusnya, membaiki kekurangan dari semasa ke semasa.

Ia dilakukan dengan sentiasa bermujahadah dan berusaha untuk mencapai tahap khusyuk dan ihsan dalam sembahyang serta ibadat keseluruhannya.


Puasa (wajib dan sunat) bukan saja menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkannya.

Puasa adalah proses mendisiplinkan diri dalam pelbagai aspek. Segala anggota badan hendaklah dijauhi daripada membuat dosa. Puasa juga memberi kesan mendalam ke atas rohani seseorang. Contohnya, dengan berpuasa daripada makan dan minum, seseorang itu akan dapat merasakan keperitan dan kesengsaraan golongan tidak berkemampuan.

Dengan kesedaran ini membuatkan dia akan lebih insaf dan bertambah bersyukur dengan nikmat Allah kepadanya.

Ia juga akan menanamkan sifat mahmudah seperti tidak suka membazir dan bersederhana.

Dalam konteks kesannya terhadap masyarakat, akan wujud sikap bantu membantu antara yang kaya dengan miskin. Begitu juga wujudnya sikap berkongsi bersama nikmat kurniaan Allah antara anggota masyarakat. Kesedaran ini juga boleh memberi kesan terhadap semangat untuk memajukan diri sendiri serta sesama umat seperti membasmi kemiskinan.


Ibadat zakat juga mempunyai kesan mendalam terhadap aspek luaran dan dalaman.

Aspek luaran, termasuk kerjasama yang dapat dipupuk bersama ahli masyarakat. Contohnya, mereka yang berupaya membantu kurang berupaya.

Begitu juga kesan dalaman yang mampu lahir daripada kewajipan berzakat. Misalnya, menjadikan seseorang itu bertimbang rasa dengan kesusahan pihak lain dan bersyukur dengan nikmat Allah terhadapnya. Perkara ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketakwaannya terhadap Allah.

Firman Allah bermaksud: "Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Surah al-Maidah, ayat 2).

Rasulullah bersabda bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, dia tidak akan menzalimi (saudaranya) atau membiarkan terlantar (dalam kesengsaraan)." (Hadis riwayat al-Bukhari)


Menunaikan haji amat memberi kesan terhadap kedua-dua aspek lahiriah dan rohaniah.

Dari segi lahiriah, ibadat haji dapat memupuk kesejahteraan masyarakat. Selain itu, kewajipan menunaikan haji sebenarnya memupuk sikap rajin berusaha, berjimat dalam berbelanja dan tidak membazir serta menabung untuk keperluan pada masa depan.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Allah merahmati orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan cara yang sederhana dan menyimpan selebihnya untuk saat dia memerlukannya nanti." (Muttafaqun alaihi)

Dalam ibadat haji, manusia berkumpul dengan niat yang satu. Hal ini memberi kesan mendalam terhadap kesempurnaan ibadat itu. Dengan berjemaah dalam niat dan gerak ibadat, memberi semangat yang lebih ke arah menyempurnakan ibadat itu.

Ibadat haji bukan hanya perlakuan luaran, malah pelaksanaan ibadat dengan hati. Cuma mereka yang benar-benar ikhlas, akan mampu bersabar sepenuhnya dengan kesusahan yang mungkin dialami ketika menunaikan haji.

Ada perlakuan dalam ibadat haji yang tidak dapat difikirkan dengan logik akal, apakah rasionalnya. Dalam hal ini hanya keimanan kepada Allah yang menentukan kepatuhan dan ketaatan seseorang itu.

Oleh itu, perlu difahami kunci kepada kesempurnaan ibadat khusus. Ia termasuk memahami pengertian setiap ibadat dan kesannya terhadap fizikal mahupun kerohanian seseorang serta masyarakat. Dengan kata lain ilmu penting dalam menuju ke arah kesempurnaan ibadat khusus.


 
Pedoman hikmah Al-Syafie untuk direnungi
03.07.05 (8:33 pm)   [edit]



IMAM Al-Syafie adalah pengasas mazhab Syafie. Nama sebenarnya Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 Hijrah di sebuah bandar bernama Ghizah di Palestin.

Al-Syafie seorang miskin yang kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara untuk menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dengan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh.

Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah haluan dengan mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke kemuncak paling tinggi dalam bidang itu.

Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah sejak kecil lagi. Pada waktu itu juga beliau sudah mula menulis hadis.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyl selama 10 tahun. Kabilah Hazyl paling baik bahasa Arabnya.

Imam Syafie juga banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl.

Imam Syafie turut banyak meninggalkan pesanan dan pedoman kepada umat manusia. Nasihatnya bukan saja berguna dan releven pada zaman itu, malah zaman berzaman hingga hari ini.

Berikut adalah antara nasihat Imam Syafie:

Empat perkara untuk sihat


Makan daging.

Memakai haruman.

Kerap mandi.

Berpakaian yang diperbuat daripada kapas.

Empat perkara melemahkan badan:


Terlalu banyak mengadakan hubungan kelamin.

Selalu cemas.

Banyak minum air ketika makan.

Banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata:


Duduk mengadap kiblat.

Bercelak sebelum tidur.

Memandang yang hijau.

Berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata:


Memandang najis.

Melihat orang dibunuh.

Melihat kemaluan.

Membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran:


Tidak banyak berbual kosong.

Rajin bersugi (gosok gigi).

Bercakap dengan orang salih.

Bergaul dengan ulama.

Empat cara tidur:


Tidur nabi. Terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi.

Tidur ulama dan ahli ibadah. Mengiring ke kanan memudahkan terjaga untuk solat malam.

Tidur raja yang haloba. Mengiring ke kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

Tidur syaitan. Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka.

~~ berita harian online ~~


 
Ganjaran amalan digandakan pada Jumaat
03.03.05 (10:10 pm)   [edit]



JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah.

Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:


Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.

Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)


Membaca surah al-Kahfi.

Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)


Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

“Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.

Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar.

Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.

Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.

Antara kepentingannya adalah:


Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam.


Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri.

Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya.

Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:


Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk.

Nabi bersabda bermaksud: “Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)


Segera ke masjid dengan penuh ketenangan.

Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)


 
Siti Hawa wanita paling cantik
03.01.05 (8:50 pm)   [edit]


SITI Hawa, namanya yang begitu serasi dengan Nabi Adam. Adam dan Hawa ialah manusia pertama yang diciptakan Allah. Siti Hawa ialah isteri pertama daripada seorang makhluk dan seorang nabi yang disebut kitab yang turun dari langit.

Nas agama serta buku tafsir tidak menyebut apa-apa mengenai sifat Siti Hawa. Ulama juga tidak sama sekali membabitkan diri dalam hal mengenai Siti Hawa disebabkan mereka terlampau menumpukan perbahasan di sekitar perkara kesalahan saja.

Tetapi, memang tidak syak lagi Siti Hawa wanita yang paling cantik di alam ini kerana Allah itu Maha Sempurna. Tentulah Dia tidak mencipta sesuatu, melainkan ciptaan itu sempurna dan cantik.

Siti Hawa satu-satunya wanita dicipta Tuhan semesta alam ini sendiri dan Dia melengkapkan padanya semua keindahan, kesempurnaan dan kecantikan.

Jelas, itu suatu hikmat yang tidak dapat dicapai pemikiran kita sama sekali serta bagaimana Adam dan Siti Hawa boleh melanggar perintah Allah.

Apabila berlaku saja maksiat itu, terdedahlah aurat kedua-duanya dan ternampaklah bentuk tubuh manusiawi dari Adam dan Siti Hawa. Lalu, mereka sibuk mencari sesuatu untuk menutup aurat masing-masing.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila mereka memakan buah dari pohon itu, terdedahlah aurat daripada kedua-duanya dan mereka pun sibuk menutup dirinya dengan daun-daun pohon syurga. Kedua-duanya pun diseru Tuhan mereka: Bukankah sudah Aku larang kamu berdua dari pohon itu, dan Aku nyatakan kepada kamu berdua bahawasanya syaitan itu musuh yang terang kepada kamu berdua.

“Mereka mengatakan: Tuhan kami! Kami menganiayai diri kami sendiri dan jika Engkau tiada mengampuni kami dan merahmati kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.

“Tuhan mengatakan: Pergilah kamu, sesetengah kamu akan menjadi musuh kepada setengah yang lain dan bumi itu akan menjadi tempat tinggal dan kesenangan kamu sampai ke masa yang ditetapkan.“Tuhan mengatakan lagi: Di bumi kamu akan hidup dan di bumi juga kamu akan mati dan daripada bumi pula kamu akan dibangkitkan nanti.” (Surah al-A’raf, ayat 22-25).

Siti Hawa ialah ibu kepada sekalian wanita. Dia juga isteri yang pertama diakui langit kepada seorang lelaki. Dia bukan saja isteri daripada makhluk dan nabi yang pertama di dalam alam ini, bahkan wanita pertama yang menderhaka. Dia juga yang pertama menghuni syurga dan keluar dari syurga. Siti Hawa juga isteri kepada khalifah yang pertama di muka bumi ini.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Aku menjadikan khalifah di muka bumi ini.” (Surah al-Baqarah, ayat 30).

Ishah kedua daripada Sifir Takwin mengkisahkan: Tuhan mewasiatkan Adam, katanya: “Semua pepohonan yang mengeluarkan makanan boleh engkau makan. Adapun pohon mengenal kebaikan dan kejahatan, janganlah kau makan daripadanya. Sebab jika kau makan daripadanya, mati akan menimpamu.”

Dan Tuhan berkata lagi: “Tiada bagus Adam tinggal sendirian begitu, jadikanlah baginya seorang pembantu sama sejenis dengannya. Kemudian Tuhan mengumpulkan semua binatang di muka bumi dan segala burung yang di langit, lalu Dia membawanya kepada Adam, supaya dia memanggilnya satu-satu.

“Setiap yang dipanggil Adam dari yang hidup bernyawa, itulah namanya. Adapun memanggil nama semua binatang dan burung di langit dan semua binatang di hutan, tetapi untuk dirinya sendiri, dia tidak menemui pembantu sejenis dengannya.

“Tuhan pun menimpakan tidur ke atas Adam, maka tidurlah dia. Lalu Tuhan mencabut satu daripada tulang-tulangnya dan disalutkannya dengan daging dan Tuhan membuat daripada tulang yang dicabut-Nya daripada Adam itu menjadi seorang wanita yang kemudian dibawa kepada Adam.

“Lalu Adam berkata: Inilah dia sekarang tulang daripada tulang-tulangku, daging daripada dagingku dan inilah dia dinamakan wanita kerana dia daripada tubuhku sendiri.

Firman Allah: “Ingatlah, ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat, bahawa Aku menciptakan manusia daripada tanah. Apabila Aku membentuknya menjadi sempurna, Aku tiupkan roh-Ku, hendaklah kamu sekalian tunduk merendah diri kepadanya. Semua malaikat tunduk merendah diri melainkan iblis saja yang menyombongkan diri dan tergolong orang yang kufur.” (Surah Shad, ayat 71-74)


 
WANITA ITU RUMPUT SEMALU
03.01.05 (3:23 pm)   [edit]
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


 
HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH & AYAT-AYAT
03.01.05 (2:57 pm)   [edit]
Assalamualaikum wbwt

Buat sesiapa yang merasakan ada penyakit mazmumah dalam badan.


[b](1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)[/b]
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.


[b](2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)[/b]
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


[b](3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)[/b]
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain:
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.


[b](4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)[/b]
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

[b](5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)[/b]
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

[b](6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)[/b]
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


[b](7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)[/b]
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.


[b](8 SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)[/b]
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


[b](9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)[/b]
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.


[b](10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)[/b]
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


[b](11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus Perhubungan)[/b]
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.


[b](12) SURAH YUNUS (Yunus)[/b]
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


[b](13) SURAH AL-HUD (Hud)[/b]
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

[b](14) SURAH YUSUF (Yusuf)[/b]
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.


[b](15) SURAH AR-RA'D (Petir)[/b]
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.


[b](16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)[/b]
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.


[b](17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)[/b]
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


[b](18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)[/b]
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.


[b]19) (SURAH AL-KAHF (Gua)[/b]
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.


[b](20) SURAH MARYAM (Maryam)[/b]
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.


[b](21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)[/b]
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.


[b](22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)[/b]
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .


[b](23) SURAH AL-HAJ (Haji)[/b]
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


[b](24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)[/b]
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.


[b](25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)[/b]
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.


[b](26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)[/b]
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


[b](27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)[/b]
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.


[b](28) SURAH AN-NAML (Semut)[/b]
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.


[b](29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)[/b]
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya
akan halus.


[b](30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)[/b]
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.


[b](31) SURAH AR-RUM (Rum)[/b]
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.


[b](32) SURAH LUQMAN (Luqman)[/b]
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


[b](33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)[/b]
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.


[b](34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)[/b]
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


[b](35) SURAH SABA' (Saba')[/b]
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


[b](36) SURAH FAATHIR (Pencipta)[/b]
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.


[b](37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)[/b]
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin."
Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.."

Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.

Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.


[b](38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)[/b]
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.


[b](39) SURAH SHAAD (Shaad)[/b]
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

Wassalam