 Blog For Free!
Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog


 Free Hit Counter
|
| Kitab Aqidah Ahli-Sunnah |
| 05.26.05 (4:05 pm) [edit] |
Dua kalimah syahadat sebagai salah satu dasar Islam
Aqidah para ahli-sunnah terhadap Zat Allah Ta'ala yang Maha Suci, ialah bahawa Allah Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya. Dia Qadim (lama) tiada awal bagi wujudNya, dan WujudNya pula terus-menerus tiada akhir bagiNya. Dia Kekal tiada luput sama sekali, Dia tetap bersifat agung dan sifat keagunganNya akan berterusan, tiada akan musnah atau terputus dengan terluputnya berbagai-bagai abad, atau berlalunya bermacam-macam waktu.
Bahkan Dialah Allah yang Awal dan yang Akhir, yang Lahir dan yang Batin dan Dialah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Tuhan Allah bukanlah semacam jisim (rupa) yang dapat digambarkan. Dia tiada menyamai apa pun yang maujud (ada), begitu pula yang maujud itu tiada boleh menyerupaiNya.
Dia tiada dilingkari oleh seluruh penjuru dan arah. Dia tiada pula bertempat, samada dalam lapisan-lapisan bumi atau langit, malah Dia beristiwa' (memerintah) di atas Arasy mengikut keadaan yang Dia telah firmankan, atau dengan makna yang Dia kehendaki. Dia berada di atas Arasy dan langit, malah di atas segala sesuatu hingga ke batasan bumi. KetinggianNya tiada menjadikanNya lebih dekat kepada Arasy dan langit, sebagaimana semua itu juga tiada menambahkanNya jauh dari bumi dan tanah. Bahkan Allah tetap Maha Tinggi darjatNya dari Arasy dan langit, sebagaimana Dia juga maha Tinggi darjatNya dari bumi dan tanah.
Walau bagaimanapun, Dia tetap dekat kepada yang maujud, dan lebih dekat kepada hambaNya dari urat leher hamba itu sendiri. DekatNya kepada hambaNya tidak serupa dengan dekatnya jisim kepada manusia, begitu juga dengan ZatNya yang tiada serupa dengan zat jisim manusia. Dia tiada bertempat di sesuatu benda, demikian pula benda tiada bertempat pada ZatNya. Maha Suci Allah dari dilingkari oleh sesuatu tempat, sebagaimana Maha SuciNya Dia dari dibatasi oleh sesuatu zaman. Bahkan Dia telah Ada sebelum terciptanya masa dan tempat lagi, dan adaNya Dia sekarang adalah sama seperti keadaan sebelumnya juga.
Di dalam ZatNya, Dia telah dibuktikan kewujudanNya oleh akal fikiran, dan ZatNya dapat dilihat oleh pandangan nanti di kemudian hari di tempat tinggal yang abadi (syurga). Hal itu merupakan suatu nikmat dari Allah dan belas kasihanNya untuk orang-orang yang berbakti kepadaNya, dan sebagai penyempurnaan kenikmatan daripadaNya ialah pengurniaanNya untuk melihat wajahNya yang Maha Mulia.
Dan bahawasanya Allah Ta'ala itu Maha Hidup, Maha Berkuasa, Maha tinggi dan Maha Memaksa, tiada didatangi kecuaian atau kelemahan, tiada dihinggapi kelalaian atau ketiduran dan tiada terkena kehancuran atau kematian. Dialah satu-satunya yang menjadikan dan menciptakan, satu-satunya yang mengadakan dan membentuk Dialah Maha mengetahui akan segala sesuatu yang telah diketahui, ilmuNya meliputi segala apa saja yang berlaku di dalam dasar bumi hingga ke atas langit, tiada sesuatu pun yang terlepas dari ilmuNya sekalaipun seberat atom, samada di dalam bumi atau di pucuk langit.
Bahkan Dia Mengetahui gerak-geri seekor semut yang hitam di atas batu yang licin di malam hari yang gelap-gelita. Dia Mengetahui juga gerakan sebutir debu di tengah-tengah cakerawala ini. Dia Mengetahui yang rahasia dan yang tersembunyi. Dia dapat menyingkap akan perkara-perkara yang terlintas di dalam diri dan gerak-geri hati dan segala rahsia yang disembunyikan; iaitu dengan ilmuNya yang Qadim Azali yang sentiasa Dia masih bersifat dengannya sejak di dalam Azalil-Aazal.
Dan bahawasanya Allah Ta'ala itu Maha menghendaki ke atas semua yang dijadikanNya, dan Maha Pengatur terhadap segala yang diciptakanNya. Tiada boleh berlaku sesuatu pun dalam kerajaanNya atau kekuasaanNya, melainkan dengan ketentuanNya dan kudratNya, dengan hikmatNya dan kemahuanNya. Apa yang Dia kehendaki akan berlaku, dan apa yang Dia tiada menghendaki tidak akan berlaku. Tidak akan ada yang dapat menentang perintahNya, dan tidak akan ada sesiapa yang dapat menolak terhadap hukumNya.
Dan bahawasanya Allah Ta'ala itu Maha Mendengar dan Maha Melihat. Tiada satu pun yang bakal terhalang dari pendengaranNya sesuatu yang terdengar sekalipun yang amat samar, dan tiada satu pun yang bakal tertabir dari pemandanganNya sesuatu yang terlibat sekalipun yang amat halus. PendengaranNya tidak akan terhalang kerana jauh, dan pemandanganNya tidak akan tertutup kerana gelap. PendengaranNya dan pemandanganNya tiada menyerupai pendengaran dan pemandangan makhlukNya, sebagaimana ZatNya juga tiada menyerupai zat makhlukNya.
Dan bahwasanya Allah Ta'ala itu Maha Berkata-kata, Maha Memerintah, Maha Melarang, Maha Mengingatkan dan Mengancam, dan bahawasanya al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur itu adalah kitab-kitabNya yang diturunkan ke atas para RasulNya alaihimus-salam membawa percakapanNya yang merupakan sifat bagi ZatNya dan bukanlah sifat bagi mahklukNya. Dan sesungguhnya al-Quran itu adalah Kalamullah yang bukan makhluk (diciptakan) sehingga ia boleh binasa, dan bukan pula sifat bagi makhlukNya sehingga ia boleh punah.
Dan bahwasanya Allah Ta'ala itu Maha Esa, tiada sesuatu yang ada selainNya, bersifat Hadis (baru) yang terjadi dengan perbuatanNya, yang menerima dari keadilanNya dalam rupa yang paling sempurna, paling lengkap dan paling adil.
Dan bahawasanya Allah Ta'ala itu Maha Bijaksana dalam segala perbuatanNya, Maha Adil dalam segala keputusanNya. Dan segala sesuatu selain Allah dari bangsa manusia, jin, malaikat, langit, bumi, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda-benda padat yang dapat dilihat atau dapat dirasakan, semuanya itu adalah Hadis (baru) yang dicipta oleh Tuhan dengan kekuasaanNya daripada tidak ada menjadi ada. Dan dijadikanNya pula dalam bentuk yang paling sempurna, yang pada asalnya tidak ada, sebab yang ada di dalam azal itu hanya Zat Allah Subhanahu wa Ta'ala saja dan selainnya tidak ada bersamaNya. Maka Allah telah menjadikan makhluk sesudah itu, sebagai tanda kekuasaanNya dan untuk merealisasikan apa yang terdahulu dari kemahuanNya, dan apa yang ditentukan di dalam azal dari kalimatNya, bukan kerana Dia berhajat penciptaan itu atau memerlukannya. Bila Allah berkehendakkan untuk menjadikan atau menciptakan atau membebankan, bukanlah itu merupakan suatu kewajiban ke atasNya.
Begitu pula bila Dia memberikan nikmat dan membuat kebaikan, bukanlah juga disebabkan suatu kemestian atasNya. Hanya bagiNyalah segala keutamaan dan kebaikan, kenikmatan dan kekurniaan.
Dan bahwasanya Allah azzawajalla itu memberi pahala kepada hamba-hambanya yang beriman ke atas segala ketaatnya, ialah sebab kemurahatian dan janjiNya bukan sebab kewajiban atasNya. Kerana tidak wajib atas Allah sesuatupun terhadap manusia, dan tiada tergambar dariNya sesuatu kezaliman pun. Begitu pula tidak wajib atas Allah satu hak pun kepada manusia, melainkan hak Allah yang merupakan ketaatan menjadi wajib mutlak atas manusia.
Dan kewajiban itu ditentukan setelah peneriamaanya dari para NabiNya alaihimus-salam, dan bukan dengan secara akal-fikiran belaka. Untuk urusan ini, Allah telah mengirimkan para Rasul kepada mereka dan telah melengkapkannya dengan berbagai-bagai mukjizat yang nyata. Para Rasul itu telah pun menyampaikan perintah dan larangan Allah serta janji dan ancamanNya. Maka dengan itu wajiblah atas makhluk membenarkan apa yang mereka membawanya.
Dan bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengutus nabi yang ummi (tidak pandai tulis-baca) dari keturunan Quraish, iaitu Muhammad s.a.w. Perutusan Muhammad itu kepada sekalian bangsa Arab dan Ajam, jin dan manusia, dan dengan perutusannya, maka berakhirlah semua perutusan para Rasul dan para Nabi. Bagindalah menjadi penyudah sekalian para Rasul, pembawa berita yang menggembirakan dan yang menakutkan dan penyeru kepada jalan Allah dengan izinNya, dan sebagai pelita yang memberikan cahayaNya. Allah menurunkan ke atas baginda kitabNya yang penuh hikmat yang memberikan penerangan tentang agamaNya yang lurus dan menunjukkan kejalan Shirathil-Mustaqim (jalan yang betul). Allah telah mewajibkan ke atas semua makhluk, agar mempercayai baginda dengan apa yang diberitakannya.
Dan bahawasanya Hari Kiamat itu pasti akan tiba juga, tiada boleh diragukan lagi, dan bahawasanya pada hari itu Allah Subhanahu wa Ta'ala akan membangunkan segala sesuatu yang telah mati, serta mereka akan kembali hidup semula seperti keadaan mereka sebelum itu.
Dan bahawasanya Allah Ta'ala telah menciptakan syurga yang disediakan sebagai tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang dikasihiNya, dan mereka itu nanti akan diberikan kemuliaan dengan kurnia yang terbesar, iaitu melihat wajahNya yang Maha Mulia itu. Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mencipta nereka pula yang disediakan sebagai tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang mengkufuriNya, dan menentang keterangan-keteranganNya, tiada mempercayai kitab-kitabNya dan para RasulNya, dan mereka itu nanti akan terhalang dari dapat melihat wajah Allah Subhanahu wa Ta'ala.
(Sampai di sini saja petikan dari huraian kata-kata Imam Ghazali. Berikutnya pula adalah petikan dari kitab "al-Ibanah" oleh Imam Ash'ari)
Seterusnya hendaklah kita tidak menghukumkan kafir seseorang pun dari ahli kiblat (orang Islam), kerana sesuatu dosa yang dilakukannya seperti zina, mencuri, meminum arak, dan hendaklah kita tidak menentukan seseorang dari ahli tauhid atau yang berpegang teguh dengan keimanan, tempatnya di syurga atau neraka, melainkan sesiapa yang telah disaksikan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri tempatnya di syurga atau neraka. Sebaiknya kita harus mengharapkan orang-orang yang berdosa itu untuk memasuki syurga, sebagaimana kita rasa bimbang kalau-kalau mereka akan dimasukkan ke dalam nereka untuk menerima azabNya.
Dan hendaklah kita mengatakan, bahawasanya Allah Azzawajalla akan mengeluarkan beberapa golongan dari neraka sesudah mereka itu hangus terbakar, iaitu dengan syafaat Rasulullah s.a.w. sebagai membenarkan riwayat-riwayat yang dijelaskan sendiri oleh Rasulullah. Dan haruslah kita mempercayai berlakunya azab di dalam kubur, dan bahawasanya Allah Azzawajalla akan mengumpulkan sekelian hamba-hambaNya di suatu tempat perhentian (Mahshar) dan memperhitungkan amalan-amalan orang Mu'minin.
Dan hendaklah kita mencintai para salaf yang dipilih oleh Allah Azzawajalla menjadi sahabat-sahabat kepada Rasulullah s.a.w. Kita memuji-muji mereka, sepertimana Allah telah memuji mereka, dan kita menjadi pengikut-pengikut mereka sekelian.
Kita harus mengatakan, bahwa Imam yang termulia sesudah Rasulullah s.a.w. itu ialah Abu Bakar as-Siddiq r.a dan bahawa Allah s.w.t telah memuliakan agama ini dengan beliau, dan membuktikan keunggulannya terhadap kaum murtad. Abu Bakar telah ditunjuk oleh seluruh ummat Muslimin untuk memegang kepemimpinan, sebagaimana beliau telah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjadi Imam sembahyang.
Oleh itu kaum Muslimin telah memanggilnya Khalifah Rasulullah. Sesudah Abu Bakar, Umar Ibnul-Khattab r.a. pula menjadi Khalifah, dan sesudah beliau Usman bin Affan r.a. pula Khalifah Usman r.a. telah dibunuh secara zalim dan aniaya. Kemudian dari itu, Ali bin Abu Talib r.a mengambil tempat Khalifah. Keempat-empat Khalifah ini adalah pemimpin-pemimpin yang mengantikan tempat Rasulullah s.a.w. dan kekhilafahannya samalah seperti khilafah kenabian.
Kita harus menjejaki jalan sekelian para sahabat Rasulullah s.a.w. dan kita tidak boleh mencampuri perselisihan-perselisihan yang timbul di antara mereka.
Dalam perkara-perkara yang kita perselisihkan pula, hendaklah kita kembali kepada kitab Tuhan kita (al-Quran) dan sunnah Nabi kita (al-Hadith) dan seterusnya kepada ijma' kaum muslimin atau persepakatannya atau apa yang diertikan dalam pengertian persepakatan itu. Kita tidak boleh mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama Allah, iaitu dalam urusan-urusan yang kita tiada diizinkan. Kita tidak boleh mengatakan sesuatu terhadap Allah padahal kita tiada mengetahui.
Kita harus berpendapat bahwa sedekah untuk kaum Muslimin yang meninggal dunia itu baik sekali, demikian pula berdoa untuk mereka. Kita harus mempercayai bahawa Allah akan menyampaikan manafaatnya kepada mereka itu. (*) Kita berkata pula bahawa para sholihin itu boleh dikhususkan oleh Allah dengan tanda-tanda (keramat) yang diperlihatkanNya bagi mereka sendiri.
(*) Dalam kitab al-Iqnak dan syarahnya dari kitab-kitab mazhab Hanbali berbunyi demikian: Semua peribadatan yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan maksud pahalanya dihadiahkan kepada seorang Muslim lain yang hidup atau yang sudah mati. Hukumnya adalah harus dan perbuatan itu akan mendatangkan manafaat kepada orang yang dituju dan ia akan mendapat pahalanya, sehingga untuk Rasulullah sekalipun boleh juga ditujukan amalan serupa itu: iaitu dari ibadat yang berupakan tathauwu' ataupun wajib yang boleh digantikan oleh orang lain, misalnya haji, puasa nazar, atau yang tak boleh digantikan seperti bersembahyang, berdoa, beristighfar, bersedekah, memerdekakan hamba, menunaikan hutang, puasa dan begitu juga membaca dan lain-lain lagi. Berkata Imam Ahmad: Orang mati itu sampai kepadanya segala-gala yang ditujukan kepadanya dari amalan-amalan yang baik kerana nas-nas yang warid mengenainya. Dan sebab kaum Muslimim sentiasa berkumpul di setiap bandar membaca dan menghadiahkan pahala kepada pembacaan itu kepada kaum keluarganya yang telah mati tanpa ditegah oleh orang banyak, maka bolehlah itu dianggap sebagai ijma' juga.
|
|
|
| |
| ISLAM: ANTARA MELAYU DAN CINA |
| 05.25.05 (9:28 pm) [edit] |
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (moasriza@y...)
Kadang kala penggunaan istilah yang salah boleh membawa kesan yang sangat buruk kepada kefahaman orang lain terhadap sesuatu perkara. Lebih malang lagi jika ianya membabitkan kefahaman orang terhadap agama. Dalam pemerhatian saya, antara fahaman yang buruk yang membabitkan agama ialah menjadikan melayu nama ganti kepada Islam, dan cina sebagai ganti kepada kafir. Maka ada orang melayu yang menyatakan kepada orang yang baru menganut Islam "masuk melayu", atau kadang kala mereka sebut "bukan Islam, cina!!". Seakan-akan bagi mereka cina mewakili kafir, melayu mewakili Islam. Sehingga lebih buruk lagi apabila mereka melebel sepanjang hayat seorang bukan muslim yang berbangsa cina jika menganut Islam sebagai muallaf , lebih buruk dalam loghat utara `mat loh'.
Seakan-akan hanya melayu sahaja yang dapat jadi muslim sejati, adapun seorang cina walau macamana kuat pun Islamnya, dia tetap dianggap sebagai menumpang atau `tidak asli'. Padahal banyak orang cina yang menganut Islam dan keislaman mereka begitu baik, dan berapa banyak pula orang melayu yang lahir dalam keluarga muslim, namun keislaman mereka harus dan wajar dipertikaikan.
Kain pelikat, baju melayu dan sampin bukan pakaian Nabi s.a.w. Namun orang melayu menganggap ianya pakaian berunsur agama, kerana ianya budaya melayu. Ya!Islam juga tidak menghalang budaya yang tidak menyanggahi nas-nasnya. Namun seketika dahulu orang melayu menganggap salah jika makan dengan `cop stick', kerana ianya menyamai budaya orang cina. Walaupun tiada beza antara makan dengan cop stick dengan makan menggunakan sudu dan garpu Inggeris. Apa yang Nabi s.a.w. suruh ialah menyebut nama Allah, menggunakan tangan kanan dan makan bahagian yang sudah diperuntukkan, atau yang hampir. Ini seperti sabda Nabi s.a.w kepada `Umar bin Abi Salamah waktu dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil: "Wahai budak! Sebutlah nama Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang dekat denganmu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Orang melayu akan suruh orang cina yang menganut Islam menukar nama mereka, lalu diganti dengan nama arab. Seakan nama seperti Ah Chong, Ah Seng, Lim, Koh, mewakili kekufuran. Mungkin kerana tidak berbunyi arab, lalu orang melayu rasa janggal. Malangnya orang melayu tidak merasa janggal dengan nama Awang, Leman, Seman dan yang seumpamanya yang semuanya bukan bahasa arab. Bahkan banyak nama melayu yang tidak ada makna pun dalam bahasa arab. Lebih daripada itu, ada yang maknanya buruk jika diterjemahkan ke dalam dalam bahasa arab. Pun tidak mengapa kerana itu nama-nama pilihan melayu. Apakah melayu itu Islam, Islam itu melayu!!. Nabi s.a.w sendiri tidak menyuruh mereka yang menganut Islam pada zaman baginda mengubah nama, melainkan nama-nama yang membawa makna yang tidak baik. Nama `Umar itu sejak zaman jahiliyyah lagi dan itulah namanya apabila dia menganut Islam. Demikian juga kebanyakan para sahabah yang lain. Saya tidak membantah orang cina yang ingin mengubah nama. Apatah lagi jika dengan mengubah nama itu menjadikan mereka kelihatan hampir dengan masyarakat Islam di seluruh peringkat. Namun mereka mesti diberi pilihan. Jika mengubah nama menjadikan orang cina yang non-muslim takut untuk menganut Islam, seakan terbuang dari keluarganya yang asal dan hilang hubungan kerabat, apa salahnya mereka kekal dengan nama asal?!!. Jika Awang boleh kekal, mengapa Ah Chong tidak?!!.
Anggapan yang men`seiras'kan Islam dengan watak melayu sangat buruk kesannya dalam banyak hal. Apatah lagi apabila watak bangsa melayu sekarang sebahagiannya bertentangan dengan Islam. Sementara banyak watak bangsa cina banyak padanya akhlak dan tabiat yang dipuji oleh Islam. Cumanya kelebihan yang tidak dapat dipertikaikan, ramai orang melayu bariktikad dengan akidah Islam berbanding dengan orang cina di Malaysia ini. Aqidah yang sahih adalah penyelamat utama kehidupan akhirat. Namun tidak boleh dinafikan, ramai melayu yang hanya bernama dengan nama seorang muslim, sedangkan keimanannya kepada Allah dan RasulNya kadang-kala telah lama musnah. Betapa banyak melayu melakukan syirik, mempersendakan hukum-hakam Allah dan sunnah RasulNya. Melayu jenis ini hanya bernama dengan nama muslim, tetapi tidak berada dalam daerah iman, atau dalam kata lain terbatal imannya.
Orang cina pula, disebabkan fonomena sejarah, menjadikan majoriti mereka tidak menganut Islam. Seruan Islam mungkin tidak jelas sampai ke pengetahuan mereka. Ditambah lagi orang melayu yang menganut Islam ini tidak menyampaikan dakwah yang jelas. Sebaliknya dalam banyak hal mempertontonkan kepada mereka watak-watak yang menyanggahi Islam. Orang melayu boleh berbincang bermacam-macam perkara dengan orang cina, termasuk mengajak undi parti pilihan mereka. Namun mereka tidak mampu membincangkan mengenai kehebatan Islam, dan mengajak orang cina menganut agama pilihan mereka. Bahkan sikap-sikap melayu yang banyak tidak seiras dengan Islam telah menjadikan sebahagian besar orang cina salah faham terhadap Islam, atau merasa jelek untuk menganut Islam.
Sifat `tidak rajin', kurang berusaha, berdendam kesumat dan seumpamanya adalah sifat-sifat yang diperangi oleh Islam. Malangnya, banyak sifat-sifat ini terlihat pada diri masyarakat melayu. Ramai pelajar melayu yang lemah serta ketinggalan dalam pelajaran dan ilmu pengetahuan. Jika mereka bersaing dengan pelajar cina, samada di sekolah atau universiti, dalam banyak keadaan pelajar melayu kecundang. Hinggakan dalam persoalan ilmu-ilmu Islam, orang melayu tidak berminat dengan ilmu Islam yang tulen. Mereka lebih minat cerita-cerita Israiliyyat, cerita dongeng, petua-petua yang tidak bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Mereka lebih suka maklumat yang diperolehi secara mudah tanpa fikir dan kaji. Perpustakaan-perpustakaan awam dan buku-buku, nisbah orang melayu yang mengguna dan membaca masih lagi nipis. Lebih buruk lagi, dalam masa pelajar-pelajar cina berusaha dalam pelajaran mereka, pelajar-pelajar melayu ramai pula yang cuai. Namun begitu apabila hampir kepada tarikh peperiksaan sesetengah ibubapa melayu akan mencari kismis jampi atau air jampi Ustaz untuk menghasilkan keputusan yang cemerlangan. Hasilnya, apabila keputusan peperiksaan keluar, pelajar yang berusaha tentu lebih cemerlang daripada yang hanya bergantung dengan air atau kismis jampi. Kalau orang cina yang belum Islam tersalah faham tentang Islam dengan menganggap perbuatan pelajar melayu yang bergantung dengan air yang dianggapnya agama Islam, lalu mendapat keputusan yang kurang baik daripadanya, tentu dia menolak Islam.
Islam tidak mengajar hanya berjampi untuk menjadi cerdik. Dalam hadith ada beberapa orang sahabah yang dido`akan oleh Nabi s.a.w. agar diberikan ilmu dan kepandaian. Antaranya tokoh sahabah yang masih muda Ibn `Abbas r.a.huma yang baginda doakan untuknya : "Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran).(Riwayat al-Bukhari). Ibn `Abbas benar-benar muncul sebagai tokoh ilmu pengetahuan, penafsir al-Quran dan sahabi yang alim yang menjadi rujukan umat. Namun Ibn `Abbas bukanlah seorang yang hanya menunggu hasilnya doa baginda datang bergolek, sebaliknya sejarah mencatatkan kesungguhan beliau dalam berusaha memperolehi ilmu. Selain daripada berkesempatan mengambil ilmu secara langsung daripada baginda s.a.w selama tiga puluh bulan. Kemudian baginda wafat ketika umur Ibn `Abbas tiga belas tahun. Beliau terus mengambil hadith daripada para sahabah seperti `Umar ibn Khattab, `Ali, Mu'az, bapanya sendiri iaitu `Abbas, `Abd al-Rahman bin `Auf, Abu Sufyan, Abu Zar, Ubai bin Ka'b, Zaid bin Thabit dan lain. Berguru al-Quran dengan Ubai bin Ka'b dan Zaid bin Thabit. (lihat: al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 3/332-337, cetakan: Maktabah al-Risalah, Beirut).
Ertinya terlaksananya kehendak Allah dengan peraturan yang Allah tentukan untuk alam ini, iaitu sebab musabab. Ilmu datang dengan usaha dan kesungguhan. Para ulama seperti al-Imam al-Bukhari (w. 256H), al-Imam al-Syafi`I (w. 204H), Ibn Taimiyyah (w. 728H) dan seumpama mereka mereka menjadi jaguh ilmu setelah bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ditanya al-Imam al-Syafi`i. Dalam Tawali al-Ta`nis bi Ma`ali Muhammad bin Idris karangan Ibn Hajar al-Asqalani (w. 852H); kata Ibn Abi Hatim: "Aku mendengar al-Muzani (murid besar al-Imam al-Syafi`I) berkata: "Ditanya kepada al-Syafi`I: Bagaimana perasaan inginanmu terhadap ilmu?. Jawabnya: "Apabila aku mendengar satu perkataan yang belum pernah aku dengar, maka seluruh anggota inginkan jika mereka memiliki pendengaran agar dapat menikamati apa yang dinikmati oleh kedua telinga". Bagaimana halobamu terhadap ilmu?. Jawabnya: "Seperti haloba pengumpul harta yang begitu menjaganya dalam mencapai kelazatan hartanya". Bagaimana keadaan engkau mencari ilmu?. Jawabnya : "Seperti pencarian seorang wanita yang kehilangan anak tunggal". Demikianlah juga Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah yang disebut oleh muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim (w. 751H) bahawa karangan gurunya mencapai 350 buku. Beliau dikatakan sentiasa mendampingi ilmu. Hidupnya dengan ilmu. Dalam Raudah al-Muhibbin Ibn al-Qayyim menyebut : "Syeikh kami (Ibn Taimiyyah) menceritakan kepadaku: "Apabila aku sakit, tabib menyatakan kepadaku : "Sesungguhnya mentelaahmu dan cakapmu dalam ilmu pengetahuan menambahkan sakitku". Jawabku: "Sesungguhnya aku tidak sabar untuk itu. Aku ingin menilai pandanganmu dengan ilmu perubatanmu; tidakkah jiwa apabila ia gembira dan suka maka tabiatnya menjadi kuat dan menolak penyakit?". Jawab dia: "Ya". Aku berkata: "Sesungguhnya diriku bergembira dengan ilmu, maka tabiatnya menjadi kuat, lalu aku mendapati kerehatan".
Demikianlah para ulama yang cemerlang. Mereka tidak bergantung kepada air jampi atau pensel dan pemadam jampi sebelum memasuki peperiksaan. Juga tidak air surah Yasin yang masyarakat melayu sering meminum airnya dengan melupakan kandungan ayatnya. Generasi lalu cemerlang kerana mementingkan ilmu dan ikhlas kepada Allah dalam menuntutnya. Bukan hanya mementingkan sijil. Sikap mereka yang ikhlas terhadap ilmu dan berusaha agar benar-benar cemerlang dalam bidang yang diceburi membawa Islam gemilang dan terbina tamadun ilmunya.
Ramai anak melayu yang hanya mementingkan sijil tetapi tidak kualiti ilmunya. Akhirnya ramai yang mendapat sijil, namun tidak tertonjol kualitinya. Maka lahirlah golongan yang tiada sijil dan ada ilmu, dalam masa yang sama yang lebih malu ialah golongan yang ada sijil, tiada ilmu. Ini kerana mungkin mereka membaca sekadar untuk menjawab peperiksaan, apabila tamat peperiksaan ilmu pun hilang. Kalaulah air jampi benar-benar berfungsi tanpa perlukan kesungguhan ilmu tetapi akan betul dalam peperiksaan, maka itu tentu akan melahirkan lebih ramai pelajar lulus atau berjaya tanpa ilmu.
Kita kadang-kala patut memuji masyarakat cina. Ada anak-anak orang cina yang tidak tinggi persekolahan mereka, tetapi mempelajari sesuatu bidang dengan tekun sekali tanpa sijil. Mereka samada mewarisi ilmu ibubapa mereka, atau membelajarinya secara praktikal daripada orang lain. Maka ramai mekanik cina yang sijilnya tidak tinggi tetapi maju. Demikian juga kebanyakan taukeh-taukeh besar cina yang pakar dalam berbagai-bagai bidang peniagaan sekalipun tanpa sijil rasmi. Mereka terus mencari peningkatan. Tabiat kesungguhan ini adalah sesuatu yang disukai oleh agama. Agama menggalakkan agar kita sentiasa bergantung kepada Allah dan menambah ilmu. Firman Allah (maksudnya) "Katakanlah: Wahai tuhan! Tambahkan daku ilmu" (Surah Taha:113).
Walaupun ustaz melayu dan orang melayu selalu membaca hadith palsu "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China" (Ini hadith yang palsu seperti yang disebut oleh para ulama. Lihat: Al-Jarrahi, Kasyf al-Khafa` 1/138, cetakan Dar Ihya al-Turath al-`Arabi, Beirut/ / Nasir al-Din al-Albani, Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, 1/600, cetakan: Maktabah al-Ma`arif, Riyadh.). Orang cina tidak membaca hadith palsu ini, namun mereka bertungkus lumus menuntut ilmu. Budaya membaca di kalangan orang cina lebih kuat daripada orang melayu.
Islam agama yang hebat. Agama yang mengajar penganutnya amanah, dan tepat janji. Kalau seorang berniaga dia amanah dan tepat. Islam pentingkan kebersihan sehingga mensyaratkan kesucian dan kebersihan di dalam solat seorang muslim. Diharamkan perkara yang keji atau jelik. Diharamkan mendatangi isteri ketika haid. Diharamkan bangkai dan kekotoran. Ini semua membimbing seorang hidup muslim. Lihat firman-firman berikut :
Firman Allah dalam menggambarkan ciri-ciri mukmin sejati : (maksudnya) "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya" (Surah al-Mu`minun:8)
Firman Allah tentang mengharamkan perkara-perkara yang jelik maksudnya) : "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-`Araf :157)
Sabda RasululLah s.a.w : "Jauhilah neraka walaupun dengan (bersedekah) setengah biji tamar. Jika kamu tidak dapati, maka dengan perkataan yang baik". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam perniagaan jika ruh dan semangat ini dibawa bersama, tentu orang melayu yang beragama Islam akan maju. Kedai atau perniagaannya tentunya bersih, barangannya terjamin halal, janjinya tepat, dan penampilannya di hadapan pelanggan memuaskan hati. Ini membawa keberkatan dan sekaligus dengan izin Allah kemajuan dalam perniagaannya. Malangnya, ramai melayu yang tidak mengambil ruh Islam dalam usahanya, sebaliknya ada yang percayakan kemunduran perniagaannya hanya kerana "buatan orang" atau "angkara dibomohkan". Saya tidak menolak wujudnya sihirnya. Al-Quran dan al-Sunnah mengakui kewujudannya dengan izin Allah. Namun setiap kali seseorang itu tidak laris atau bermasalah, dikaitkan dengan sihir yang sebahagian besarnya adalah dogengan bomoh, lalu dituduh orang itu dan ini. Beratus, mungkin beribu ringgit pulak terpaksa dibelanjakan untuk menaja jampi penangkis daripada bomoh-bomoh yang dianggap handal. Saya pernah ke sebuah kedai makan, lalu dia mengadu kepada saya bahawa kedainya kena sihir sehingga tidak laku. Saya secara kebetulan –alhamdulillah- mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai sihir dan cara mengatasinya, mendapati tiada kesan-kesan boleh diangggap begitu. Sebaliknya, apa yang saya dapati, pengurusannya lembab, kurang bersih dan makanannya tidak enak. Dia melupakan ini semua lalu menuding jari ke pihak lain. Kalau benar ada bomoh yang hebat sehingga membangkrapkan peniagaan orang lain, suruh sahaja dia membangkrap barangan Amerika, tidak susah-susah kita nak boikot.
Bagaimana mungkin dalam keadaan seperti ini orang melayu ingin membawa Islam kepada orang cina yang belum muslim dan menceritakan Islam telah membentuk insan menjadi berkualiti. Sebaliknya, ramai peniaga cina jika dibandingkan dengan peniaga melayu lebih berkualiti pengurusannya dan menampilkan ciri-ciri yang boleh dibangga oleh pelanggan. Sehingga ramai orang melayu sendiri lebih percaya dalam banyak perkara kepada kualiti peniaga cina daripada bangsanya sendiri. Di mana `Abd al-Rahman bin `Auf , sahabi yang selalu dicanangkan sebagai contoh kepada umat Islam dalam perniagaan?!!. Mungkin orang cina yang majoritinya bukan muslim lebih menghayati watak tersebut daripada melayu.
Kebelakangan ini sudah agak ramai orang melayu yang terlibat dengan perniagaan dan menghasilkan keluaran sendiri. Namun jika kita perhatikan ianya masih dalam lingkungan yang sama. Kebanyakannya keluaran orang melayu masih berkaitan dengan ubat. Paling tidak dilupai ubat tenaga batin. Ada yang jual kismis jampi, kononnya dengan memakan akan jadi jadi cerdik dan bijak. Sebenarnya tiada satu hadith yang sahih pun yang menyebut demikian. Namun apa yang saya bimbang, orang akan menganggap orang melayu kebelakangan ini penuh dengan berbagai penyakit badan dan kelemahan akal. Dimanakah tanggungjawab fardu kifayah untuk memenuhi umat jika perniagaan kita masih sekitar "tenaga batin?!!".
Dalam ceramah agama, ada ramai juga ustaz-ustaz melayu masih lagi bermodalkan cerita dongeng dan kartun. Di samping riwayat Israiliyyat dan hadith-hadith palsu yang dibaca di dalam masjid dan surau, mereka menokok tambah kejadian-kejadian pelik untuk menarik perhatian pendengar. Cerita mayat jadi itu dan ini menjadi modal murahan. Dengan tidak dinafikan Allah mampu melakukan segala-galanya, namun sejarah menunjukkan Allah tidak bertindak kepada umat NabiNya yang akhir seperti mana kepada umat yang sebelumnya. Kalau Allah mahu, tentu mayat Abu Jahal, atau Abu Lahab terlebih dahulu akan menjadi contoh. Kedua-dua tokoh kekufuran itu, tidak juga mati terkejut, atau kerana penyakit misteri disebabkan kejahatan mereka. Sebaliknya kaum musliminlah yang berjihad dan menghapuskan keduanya di medan pertempuran. Islam meminta usaha, bukan menunggu tindakan Allah tanpa usaha. Firman Allah mengenai cabaran musyrikin terhadap Nabi s.a.w (maksudnya): Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan bagi kami matair dari bumi. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau engkau gugurkan langit berkeping-keping ke atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?". Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: "Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul?" (Surah al-Isra`: 90-94).
Demikian baginda s.a.w sendiri mampu membuat apa yang dicabar tanpa keizinan Allah. Mereka meminta langit berkeping-keping turun ke atas kepada mereka, namun menjawab "Aku hanya seorang insan yang diutuskan menjadi rasul". Allah s.w.t Yang Maha Bijaksana tidak pula memusnahkan kaum musyrikin dengan apa yang mereka minta, sebaliknya dijadikan kemusnahan mereka melalui sebab perjuangan golongan yang beriman. Apa yang pelik sesetengah ustaz atau penceramah agama itu membawa cerita yang jauh berbeza dengan tabiat sirah Nabi dan para sahabah. Kononya orang ini mayatnya jadi begini kerana tidak datang masjid, atau kerana terlalu kedekut dan seumpamanya. Yang ini pula tangannya lumpuh, atau berpenyakit badan kerana tidak mahu pergi haji. Mereka mengandaikan perkara yang tidak pasti. Boleh jadi seseorang yang sakit itu kifarah Allah ke atasnya kerana dosa tertentu. Namun boleh jadi juga di atas hikmah yang lain. Ramai orang salih juga sakit. Adapun cerita mayat jadi itu dan ini, kebanyakan andaian atau tokok tambah. Apa yang membimbangkan, ada media massa yang mengambil kesempatan lalu menjadikan tajuk-tajuk sebegini sebagai penarik pembaca setiap keluarannya. Sehingga seorang cina yang bukan muslim membaca dan berkata: "Teruknya orang melayu, mati macam-macam jadi. Kita orang cina melayu cakap kafir pun tak jadi ini macam. Kalau macam ini tak boleh masuk melayu punya agama laa. Bahaya! Nanti tuhan selalu marah punya, mati pun tak boleh senang".
Nyata, kadang-kala Islam melayu merosakkan kefahaman orang lain. Sepatutnya kesemua ustaz mengajar secara ilmiah dengan rujukan kitab-kitab muktabar. Bukan merekacipta, atau mengutip cerita-cerita di jalanan untuk popular.
Jumlah orang melayu yang terlibat dengan dadah jauh lebih banyak daripada cina. Sehingga saya begitu pelik, jumlah orang melayu di Singapura lebih sedikit daripada orang cina, namun begitu, jumlah mereka yang terlibat dengan `benda haram' itu tetap dipegang rekodnya oleh orang melayu. Bagaimana Islam hendak dikembangkan??!.
Banyak lagi kalau hendak diperkatakan. Sehinggakan saya terfikir, kalaulah melayu tidak memiliki aqidah Islam, tiada apa lagi yang istimewa untuk dibanggakan. Kalau orang cina mendapat aqidah Islam yang sahih, banyak perkara yang mereka miliki membantu kekuatan Islam. Justeru itu menjadi tanggungjawab kita berusaha mengislamkan majoriti orang cina. Biar mereka kuasai negara ini, asalkan mereka mukmin yang beriman kepada seluruh ajaran Islam.
Dengan sedar saya katakan setiap bangsa ada kekurangan dan kelebihan. Bukan tidak ada sifat-sifat melayu yang baik, banyak juga. Bukan tidak ada sifat-sifat cina yang buruk, ada. Namun orang melayu yang kebanyakan dianugerahkan Allah Islam, sepatutnya menonjolkan ciri-ciri yang baik lebih jelas dan nampak dibandingkan orang cina. Namun realiti menunjukkan sebaliknya.
--- End forwarded message ---
|
|
|
| |
| SUNNAH DZAAHIR MELAMBANGKAN SUNNAH BAATHIN |
| 05.25.05 (7:20 pm) [edit] |
BIS-MIL-LAA-HIR-RAH'-MAA- NIR-RA-H'IIM
AS-SA-LAA-MU-'A-LAI-KUM WRB....
RISALAH FIKIR (337) :
Kisah Asy-Syeikh Abuu `Utsmaan bin Sa'iid Ismaa'iil Al-H'airiyy rah'.a. (termasuk as-salaf ash-shaalih'). Al-H'airah adalah sebuah mah'allah (tempat atau kawasan kediaman) yang besar dekat Naisaabuur. Al-H'airiyy itu adalah sempena nama mah'allah tersebut. Beliau telah ber-asnad-kan H'amduun Al-Qashaar rah'.a. Asy-Syeikh Abuu `Utsmaan rah'.a. telah wafat pada hari Selasa 10 hari terakhir drp bulan Rabii' Al-Aakhir tahun 298H (atau 290H). Asy-Syeikh `Abdullaah Ar-Raa- ziyy rah'.a. telah menerangkan : Tetekala telah berubahlah keadaan ke atas Asy-Syeikh Abuu `Utsmaan rah'.a. pada waktu wafatnya, maka anak lelaki beliau yang bernama Abuu Bakar telah mengoyakkan sehelai qamiish (baju) yang mana telah berada di atasnya, lalu Asy-Syeikh Abuu `Utsmaan rah'.a. pun telah membuka matanya dan berkata :
[YAA BU-NAY-YA, KHI-LAAF AS-SUN-NAH FII ADZ-DZAA-HIR MIN RI-YAA* FII BAA-THIN AL-QALB !!!]
Mafhuumnya kira2 : WAHAI ANAKKU, BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH PADA YANG DZAAHIR ITU ADALAH DATANGNYA DARIPADA RIYAA* YANG ADA DI DALAM BAATHIN HATI !!!
Begitulah petikan (terjemahan kasar) drp Shifah Ash-Shafwah, susunan Al-Imaam Al-`Aalim Jamaaluddiin Abil-Faraj Ibnu Al-Jawziyy rah'.a., mujallad 4, halaman 106.
Banyak pengajaran dan i'tibaar yang dapat di ambil drp kisah pendek di atas, antara lain :
[1] Qamiish (baju) atau mana2 pakaian sunnah adalah merupakan salah satu drp sunnah2 dzaahir Nabi saw. Dan setiap sunnah itu, sama ada sunnah dzaahir atau sunnah baathin, adalah tersangat berharga. Dan kedua2 sunnah ini perlulah (diushakan untuk) dihayati oleh kita semua .
[2] Ramai yang mengatakan kurang lebih bahawa "sunnah dzaahir adalah tidak penting, yang penting adalah sunnah baathin". Kisah di atas secara langsung telah menyangkal kata2 yang sedemikian rupa. Jelas sekali bahawa sunnah dzaahir itu merupakan buah daripada sunnah baathin. Kalau baathin-nya betul, maka kesannya akan menyebabkan dzaahir-nya juga betul.
[3] Bertentangan dengan sunnah dzaahir, mengikut Asy-Syeikh Abuu `Utsmaan rah'.a. di atas, adalah merupakan sebahagian daripada riyaa* yang telah mantap bertapak di dalam baathin hati !!! Memang seram bila difikirkan betul2 dan dgn penuh keinsafan, kerana sifat riyaa* di dalam baathin hati itu adalah tersembunyi dan memerlukan usha, mujaahadah dan mukaabadah yang tinggi untuk menghilangkannya. Itu baru ditinjau dari sudut sunnah baju (qamiish), belum lagi ditinjau dari segala sudut sunnah dzaahiir yang lain2 lagi !!! Kalau dikajikan betul2 status diri kita ini di sisi Allaah swt, entah bagaimana agaknya…..kerana bukan satu atau dua sunnah dzaahir (yg ada pada diri kita ini, terutama diri saya sendirilah) yang bertentangan dgn sunnah Nabi saw, malah mungkin berpuluh2, beratus2, beribu2…… dsbnya (mungkin kita pun tidak menyedarinya kerana kecetekan `ilmu kita tentang sunnah). Dan lantaran itu entah setebal manakah lapisan riyaa* yang sedang bermaharajalela dalam baathin hati kita !!! Lantaran itu apakah tindakan kita bersama ?
[4] Buat mereka yang mencukur janggut….. Bagi mereka yang mempunyai kefahaman yg tinggi, terutamanya bagi mereka yang benar2 memahami akan Bahasa `Arab (disertai dgn keruhanian yg tinggi), fakta `umum yang diberikan oleh Asy-Syeikh Abuu `Utsmaan rah'.a. di atas (disalinkan semula berikut ini) adalah sangat-sangat jelas dan menyerapi perasaan :
[KHI-LAAF AS-SUN-NAH FII ADZ-DZAA-HIR MIN RI-YAA* FII BAA-THIN AL-QALB !!!]
Mafhuumnya kira2 : Bertentangan dengan sunnah pada yang dzaahir itu adalah datangnya dari riyaa* yang ada di dalam baathin hati.
Ya….sunnah berjanggut. Sunnah ini bolehlah dikatakan suatu sunnah yang dzaahir dan tersangat penting. Kepentingan sunnah janggut ini dapat dilihat drp kedudukan h'ukumnya di sisi keempat2 mazh-hab yang mu'tabar.
Di Sisi Mazh-hab H'anafiyy Golongan H'anafiyy berkata : " Untuk memendekkan janggut kurang dari ukurpanjang kepal tangan adalah H'ARAAM dan ini adalah IJMAA' ".
Imaam Muh'ammad rah'.a. telah menulis di dalam kitaabnya yg bernama Kitaabul-Aatsaar di mana beliau telah meriwayatkan drp Imaam Abuu H'aniifah rah'.a., yang mana Imaam Abuu H'aniifah telah meriwayatkan drp H'aitsam rah'.a., yg mana H'aitsam pula telah meriwayatkan drp Ibnu `Umar r.a., bahawa beliau r.a. (iaitu Ibnu `Umar) telah memegang (menggenggam) akan janggutnya dalam tangannya dan memotong apa yang lebih panjang drp itu. Imam Muh'ammad rah'.a. telah berkata bahawa inilah yang kami ikuti dan inilah juga keputusan drp Imaam Abuu H'aniifah rah'.a.
Di Sisi Mazh-hab Maalikiyy Syeikh Ah'mad Nafarawiyy Maalikiyy rah'.a. telah berkata semasa menyebut tentang risaalah Imaam Abuu Zaid rah'.a. (mafhuumnya ): " Mencukur janggut adalah tanpa ragu2 lagi merupakan sesuatu yang H'ARAAM berdasarkan keterangan semua para Imaam ", ianya juga ada diterangkan di dalam kitaab TAMHIID yang mana kitaab ini adalah merupakan kitaab komentari bagi kitaab Muwatha* (Sunan Imaam Maalik rah'.a.) iaitu mencukur janggut adalah H'ARAAM dan di kalangan para lelaki pula, mereka yang meng'amalkan praktis ini (iaitu meng'amalkan mencukur janggut) adalah golongan pondan (hermaphrodites).
Di Sisi Mazh-hab Syaafi'iyy Imaam Shaafi'iyy rah'.a. di dalam kitaab Al-Umm telah menerangkan (mafhuumnya) : " Mencukur janggut adalah H'ARAAM ". [(Shari Minhaj dar Shara Fasl Aqueeqa)].
Di Sisi Mazh-hab H'anbaliyy Golongan H'anbaliyy dalam kitaab mereka yang masyhur iaitu Fataawaa H'anbaliyy Al-KhanWa (Al-KhanWa Hanbali Fatawa Kitab) menyatakan (mafhuumnya) bahawa memelihara janggut adalah tersangat perlu (essential) dan mencukurnya adalah H'ARAAM. Juga dinyatakan dalam kitab golongan H'anbaliyy iaitu kitaab Syarah' Al-Muntahaa dan kitaab Shari Mandzuumatul-Aadaab adalah (mafhuumnya) : " Pandangan yang paling diterima adalah H'ARAAM untuk mencukur janggut ".
Begitulah kedudukan h'ukum mencukur janggut berdasarkan keempat2 mazh-hab yg mu'tabar itu. Dari keterangan2 berkenaan dapatlah kita merasai akan betapa pentingnya untuk mempraktikkan akan sunnah berjanggut ini. Kalau tentang tidak memakai baju (qamiish) sunnah pun bisa ditegur oleh Asy-Syeikh Abuu `Utsmaan rah'.a. bahawa betapa itu merupakan riyaa* yang ada dalam baathin hati, bayangkan pula betapa tebalnya lapisan2 riyaa* dan kerak2nya yang ada dalam hati kita jika sunnah dzaahiir ini (sunnah berjanggut ini) tidak di'amalkan !!!
Dan tentulah banyak lagi sunnah2 dzaahir yg lain yang mana kita (terutamanya saya sendirilah) telah dan sedang mengabaikannya. Allaah swt jualah yang mengetahui akan betapa hati kita ini dipenuhi dengan dosa-dosa riyaa* !!!
[Perhatian : (i) Apakah pula h'ukumnya ber-imaamkan (ya'nii imaam dalam shalaat) orang yang mencukur janggut ? (ii) Bagaimana pula jika seseorang itu meninggalkan sunnah dzaahir di dalam shalaat ?
Salah satu daripada sunnah dzaahir di dalam shalaat adalah mengangkat kedua belah tangan (RAF-'UL-YA-DAIN) ditempat2 yang telah dima'lumi. Semua orang tahu akan betapa tindakan yg telah dilakukan oleh Ibnu `Umar r.a. [iaitu melontarkan terhadap mereka dengan menggunakan batu2 kerikil] apabila beliau melihat orang bershalaat tetapi tidak melakukan `amalan mengangkat kedua tangan itu.]
[ALL-LAA-HUM-MA ASH-LIH' LII BAA-THI-NA QAL-BII !!]
Mafhuumnya : YA ALLAAH, ISH-LAAH'-KANLAH BUATKU AKAN BAATHIN HATIKU !!!
[5] Berhubung dengan shalaat…. Semasa bermunaajat menghadap Allaah swt, atau ringkasnya semasa bershalaat, tentulah seseorang hamba Allaah itu akan berusha sepenuhnya untuk berada dalam keadaan sunnah dzaahir dan baathin yang sebaik2 mungkin. Lebih2 lagilah jika menyedari bahawa itu adalah barangkali suatu shalaat perpisahan. Lantaran itu sebaik2nya marilah kita sama2 berikhtiar untuk berada dalam keadaan dan sifat yang terbaik, dzaahir dan baathin, ketika bershalaat. Kalau perasaan dan `amalan ini tidak diasuh dan dipupuk pada diri kita sendiri, maka bagaimanakah mutu shalaat dan keruhanian kita akan meningkat hari demi hari ?? Wallaahu A'lam.
Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikum wrb
|
|
|
| |
| Sifat-sifat Pemimpin Da'wah |
| 05.25.05 (1:22 am) [edit] |
Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
Semoga Allah selalu melindungi kita semua. Di dalam kehidupan jama'ah Islamiah selalu saja mutlak diperlukankan seorang pemimpin. Di mana apapun tugas dan di manapun kedudukannya dipandang sebagai lambang jama'ah dan menjadi juru bicara dalam memawakili jamaah. Oleh kerana itu, dipandang dari sudut pentingnya seorang pemimpin maka sangat perlu akan pentingnya memperhatikan akhlaq dan sifat-sifat seorang pemimpin.
Apabila kita lihat zaman Rasulullah SAW, kerana beliau diberi petunjuk oleh Allah, sebagai sumber teladan yang tertinggi, secara outomatik beliau juga menjadi sumber pemimpin tertinggi. Di mana setiap jejak pemimpin harus mengikuti jejak langkahnya, meneladani akhlaq, sifat dan perilakunya serta seluruh aktiviti kepemimpinan dan pergerakan da'wahnya:
1. Senantiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata. Berhati bersih jauh dari penyakit hati yang dapat merosakkan amal usahanya.
2. Berdaya ingatan yg kuat, bijak, cerdas, berpengalaman luas, berpandangan jauh dan tajam.
3. Berperangai penyantun, kasih sayang, lemah lembut dan ramah. Kerana seorang pemimpin akan menghadapi manusia dengan berbagai jenis.
"Maka disebabkan rahmat dari Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Seandainya kamu bersifat keras dan berhati keras, tentulah mereka manjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu." (Ali 'Imran 159)
4. Sifat bersahabat.
Hadist Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah itu lemah lembut dan mencintai sifat lemah lembut dan Dia memberikan sifat lemah lembut apa yang tidak diberikannya kepada orang yang bersifat kasar dan apa yang tidak diberikannya kepada yang lainnya."(Bukhari & Muslim)
5. Berani dan tidak pengecut.
6. Shidiq, benar dalam berkata, sikap dan perbuatan. Ini adalah sifat asasi yang harus dimiliki oleh setiap Muslim.
7. Tawadhdhu', merendahkan diri dan tidak membanggakan diri kepada manusia.
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman." (as-Syu'ara 215)
Tawadhdhu' adalah salah satu sifat Mu'min yang menyebabkan mereka mencintai Allah dan Allah mencintainya.
"Yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang Mu'min dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir." (al-Ma'idah 54) (lihat juga al-Fath 29)
Dalam hadith Rasulullah SAW "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku bahwa bertawadhdhu'lah kamu sehingga tidak ada orang yang membanggakan diri di atas seseorang dan tidak ada seseorang menzalimi seseorang" (H.R. Muslim)
Tawadhdhu' juga bererti tunduk dan mematuhi haq. Pemimipin yang tawadhdhu' dapat melahirkan suasana kerja sama dan musyawarah serta menghilangkan hambatan psikologi.
8. Memaafkan, menahan amarah dan berlaku ihsan.
Pengertian ihsan ini dapat dibaca dgn mendalam dalam kitab "Orang-Orang Yang Dicintai Allah" tulisan Utz. Sa'id Hawwaa. Ketika seorang Badawi merenggut selendang Rasulullah SAW dengan kerasnya sehingga menyakitkan tengkuk Rasulullah SAW, kerana menginginkan sesuatu dari Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW memandang orang tersebut sambil tertawa dan memberikan apa yang dimintanya. Dengan sikap ini suasana yang tegang menjadi baik.
9. Menepati janji dan sumpah setia.
Akhlaq ini sangat diperlukan oleh setiap Muslim, terutama mereka yang bergerak di dalam 'Amal Islami. Akhlaq ini dapat melahirkan kepercayaan dalam gerakan, tolong-menolong, kemantapan dan membuahkan hasil yang hendak dicapai.
10. Sabar.
Jalan da'wah adalah jalan yang amat panjang, sulit dan penuh persoalan yang berlawanan dengan kehendak hawa nafsu. Perjuangan da'wah tidak mesti tercapai dalam tahap satu generasi, mungkin dua, tiga, empat atau lebih. Sehingga diperlukan sifat sabar dengan disertai meminta pertolongan kepada Allah SWT.
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (al-Baqarah 153)
Selanjutnya Allah menyeru orang-orang beriman supaya memiliki kesabaran. Allah berfirman "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali'Imran)
Selain itu Allah memberi pahala kepada orang-orang yang bersabar. "Sesungguhnya hanya orang-orang yg bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (az-Zumar 10)
11. Wara' dan zuhud.
Dua sifat yang dapat menjauhkan diri dari hal-hal yang syubat dan meninggalkan hal-hal yang tidak mengandung dosa kerana takut terjebak ke dalam dosa.
12. Tekad, tawakkal dan yakin.
Ketiga-tiga akhlaq ini harus dimiliki seorang pemimpin. Sebab setiap pemimpin akan berhadapan dengan suasana, kejadian dan peristiwa yang akan menentukan jalannya suatu 'Amal Islam.
|
|
|
| |
| Imam Hambali Dengan Cubaan Dunia |
| 05.24.05 (11:42 pm) [edit] |
Setelah bertahun-tahun duduk di dalam penjara, akhirnya Imam Hambali dibebaskan ketika usianya sudah tua. Beliau di penjara semenjak zaman Khalifah Al-Makmum sampai pada masa Khalifah Al-Mu'tashim dan di teruskan pula pada masa Khalifah Al-Wathiq kerana mempertahankan pendiriannya bahawa Al-Quran itu bukan makhluk. Hanya pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil, kerajaan dengan rasminya menyokong kebenaran yang dipertahankan oleh Imam Hambali. Dengan demikian Imam Hambali dibebaskan dari penjara dengan penuh penghormatan.
Sebaik saja dibebaskan dari hukuman penjara, beliau berasa dirinya dihadapkan pada ujian dan cubaan yang kedua. Hal ini bermula apabila beliau dibawa ke istana untuk diberi penghormatan sempena pembebasnya. Khalifah sangat suka dan hormat kepada Imam. Khalifah memberinya hadiah sebuah baju yang sangat bagus dan dipakaikannya sekali oleh baginda. Maka mulalah beliau berasa bahawa hadiah dan penghormatan pada dirinya itu sebagai cubaan dan fitnah secara halus.
Kata beliau:" Saya telah selamat dari bahaya mereka selama ini, tetapi apabila ajal saya sudah hampir datang seperti sekarang ini, saya diuji oleh mereka dengan harta benda dan dunia mereka."
Setelah sambutan di istana selesai, beliau diizinkan balik ke rumah. Beliaupun melangkah, dan sebaik saja tiba di luar istana pakaian bagus yang dihadiahkan oleh Khalifah itu serta merta ditanggalkannya. Beliaupun balik dengan memakai pakaian buruk yang dipakai selama di dalam penjara.
Ketibaan Imam Hambali di rumahnya telah disambut oleh anak- anak, saudara mara dan murid-muridnya. Mereka merasa gembira bercampur sedih melihat Imam itu datang dalam keadaan kurus dan seluruh badannya dengan kesan luka-luka, lebam, kelar dan kesan bakar dari api. Maklumlah selama dalam penjara beliau sentiasa diseksa oleh orang yang bertugas.
Beberapa hari kemudian, cubaan besar telah datang lagi pada diri Imam Hambali, iaitu Khalifah telah datang dengan membawa hadiah berupa wang sebanyak 10,000 dinar. Baginda Khalifah berpesan bahawa wang itu sebagai bantuan bagi beliau dan semua keluarganya yang selama ini menderita kerana kesilapan khalifah-khalifah yang sebelumnya.
Apakah wang sebanyak itu membuat beliau gembira dan senang lenang? Tidak, sekali-kali tidak. Sebaliknya beliau gelisah dan risau dengan wang itu dan maengganggapnya sebagai fitnah dan cubaan yang tidak kurang hebatnya dengan penderitaan didalam penjara. Akibat wang yang banyak itu, Imam Hambali tidak dapat tidur pada malam hari. Pada pagi harinya, Imam Hambali memanggil anaknya, sambil menangis beliau berkata: "Saya tidak dapat tidur pada malam hari. Saya telah selamat dari dari ujian yang diperbuat oleh mereka, tetapi sekarang dalam umur yang sudah tua sebegini saya diuji pula dengan harta dunia mereka."
Maka dengan tidak menunggu sampai dua hari, Imam Hambali telah mengeluarkan semua wang yang dihadiahkan oleh Khalifah kepada beliau. Semua wang yang diagih-agihkannya kepada para keturunan sahabat Mujahirin dan Ansar dan baki yang masih ada disedekahkan kepada orang yang berhajat. Habislah wang 10,000 dirham itu dalam masa yang singkat. Beliau sendiri tidak menggunakannya.
Perhatian Khalifah Al-Mutawakil terhadap Imam Hambali bukan hanya sekadar menghadiahkan wang 10,000 dirham itu sahaja, tapi masih banyak yang lain lagi. Setaip hari petugas dari istana datang kerumah Imam untuk memeriksa kesihatan beliau. Jika didapati beliau menderita sesuatu penyakit, Khalifah akan menghantar doktor peribadinya untuk mengubat beliau. Selain itu setiap hari pula Khalifah menghantar berbagai-bagai hadiah untuk memenuhi keperluan Imam. Tetapi sebaik sahaja hadiah-hadiah itu diterima, beliau terus sedekahkannya kepada fakir miskin dan orang yang berhajat. Diceritakan bahawa Khalifah Al-Mutawakil sangat ingin berjumpa dengan Imam. Namun Imam sentiasa menolak keinginan Khalifah dengan cara yang baik-baik. Dikemukannya berbagai alasan yang munasabah kepada Khalifah agar baginda tidak menemuinya.
Mengapa Imam Hambali sentiasa menolak apabila ingin ditemui Khalifah? Ya, kerana Imam Hambali dengan kekuatan kashsyafnya dapat mengagak bahawa Khalifah ingin memberinya pangkat dan kedudukan tinggi disamping baginda. Dengan demikian beliau berasa bahawa Khalifah akan mengajaknya untuk mengharungi kemewahan hidup di dunia yang tinggal sejengkal ini.
Sehubungan dengan perasaan itu, beliau berkata:" Ini tidak lain hanyalah fitnah dunia, dan penderitaan pada masa lalu itu adalah fitnah bagi agama."
Imam Hambali pernah berkata: "Tidak ada bahaya bagi iman melainkan cinta keduniaan, dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik pada perhiasan dunia. Makan apabila iman telah rosak dan hati telah hancur, apa lagi yang dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?."
|
|
|
| |
| Syurga Nabi Adam - Syurga dunia atau akhirat? |
| 05.24.05 (6:00 pm) [edit] |
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
AL-IMAM as-Syaukani di dalam tafsirnya, al-Fath al-Qadir meriwayatkan hadis daripada Anas, sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan Adam supaya bersujud, lantas ia sujud, kemudian dikatakan bagi kamu syurga dan sesiapa yang sujud daripada keturunanmu, dan diperintahkan iblis supaya bersujud tetapi iblis enggan untuk bersujud, lantas dikatakan bagi kamu neraka dan sesiapa yang enggan daripada keturunanmu untuk sujud. Semoga Allah menjadikan kita golongan orang yang bersujud kepada-Nya.
Di antara nikmat kurniaan Allah kepada Adam selepas itu, ialah dimasukkan sebagai penghuni syurga bersama isterinya Hawa. Ini dijelaskan seperti ayat berikut, firman Allah yang bermaksud :
DAN KAMI BERFIRMAN: ``WAHAI ADAM! TINGGALLAH KAMU DAN ISTERIMU DI DALAM SYURGA INI, DAN MAKANLAH MAKANANNYA SEPUAS-PUASNYA APA SAHAJA YANG KAMU BER-
DUA SUKA, DAN JANGANLAH KAMU HAMPIRI POKOK INI; (JIKA KAMU MENGHAMPIRINYA) MAKA KAMU AKAN TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG ZALIM. (Surah al-Baqarah Ayat 35 )
Allah menegaskan : `Dan Kami berfirman: ``Wahai Adam! Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga', iaitu menetaplah kamu di dalam syurga yang kekal bersama isterimu, Hawa. Ibn Jarir at-Thabari berkata dalam tafsirnya, bahawa ayat ini menjadi dalil yang terang di atas kebenaran siapa yang berkata, sesungguhnya iblis dikeluarkan dari syurga selepas takbur enggan bersujud kepada Adam, dan Adam menetap di dalam syurga sebelum iblis di turunkan ke bumi.
Ibn Jauzi dalam kitabnya, Zad al-Masir menulis, terdapat dua pendapat di kalangan ulama tentang syurga yang dihuni oleh Nabi Adam : Pertama, Jannah al-adn. Kedua, Jannah al-Khuld. Imam an-Nasafi berkata, ia disediakan bagi orang yang bertakwa, berdasarkan kepada nukilan yang masyhur, kerana `lam' pada `al-Jannah' adalah untuk takrif, iaitu pengenalan.
Al-Imam al-Fakhru ar-Razi dalam kitabnya, at-Tafsir al-Kabir berkata, ulama telah khilaf tentang syurga yang dinyatakan dalam ayat ini, sama ada di bumi atau di langit, dan kalau ditakdirkan di langit, adakah ia syurga sebagai tempat balasan pahala, atau syurga al-Khuld atau syurga lain ? Abu al-Qasim al-Bakhi dan Abu Muslim al-Asfahani berpendapat, bahawa ia syurga di dunia, dengan menanggung kalimah turun bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Kalimah
Imam Rashid Ridha melalui tafsirnya, al-Manar menaqalkan penda-
pat Imam Abu Mansur al-Maturidi daripada tafsirnya yang bernama at-Ta'wilat berkata, kami beriktikad bahawa syurga ini merupakan kebun dari kebun-kebun di mana Adam dan isterinya mendapat nikmat padanya, dan tidak wajib ke atas kamu menentukannya serta mengkaji di mana letaknya. inilah Mazhab Salaf dan tiada dalil khusus yang menentukan tempatnya.
As-Syeikh as-Sya'rawi menegaskan bahawa syurga yang didiami Adam selepas kejadiannya, bukan merupakan syurga kekal. Beliau berhujah dengan banyak dalil, sama ada berdasarkan dalil naqli atau aqli, di antaranya ia bukan syurga balasan kerana syurga balasan tidak dimasuki oleh manusia kecuali selepas hisab yang membabitkan pahala.
Syeikh al-Maghari dalam tafsirnya, Tafsir al-Maghari menaqalkan hujah al - Imam al-Alusi dalam tafsirnya, Ruhu al-Ma'ani yang menyokong pendapat bahawa syurga Adam bukan syurga akhirat nanti, di antara hujahnya ialah : Pertama, bahawa Allah menciptakan Adam di bumi untuk menjadi khalifah di dalamnya, begitu juga zuriat keturunannya. Tidak harus dikatakan bahawa kewujudan Adam di dunia serta zuriatnya merupakan pemba-
lasan hukuman daripada Tuhan.
Kedua, Allah tidak menyatakan selepas penciptaan Adam di bumi, dinaikkannya ke langit. Sekiranya ia berlaku, sudah pasti ia akan disebut dan merupakan perkara yang besar. Ketiga, bahawa syurga yang dijanjikan dengannya pada Hari Akhirat, tidak akan dimasuki kecuali oleh orang-orang yang bertakwa lagi beriman. Bagaimana mungkin syaitan yang kafir dapat masuk dan melakukan was-was kepada Adam.
Keempat, syurga bersifat negeri yang penuh nikmat dan tempat berehat, bukan negeri taklif seperti mana telah ditaklifkan Adam dan isterinya supaya jangan memakan buah dari pohon kayu tersebut. Kelima, bahawa tidak ditegah kepada penghuni syurga untuk merasai segala kenikmatan dan melakukan apa sahaja. Keenam, bahawa tidak berlaku di dalam syurga sebarang maksiat dan kesalahan kerana ia negeri suci, bukan negeri kotor dan najis.
Berdasarkan kepada senarai ini, maka segala keterangan yang telah disifatkan dengannya berhubung dengan syurga yang dijanjikan, dan kurniaan tanpa henti dan terputus, sudah tentu tidak sesuai dan tidak menepati syurga yang didiami oleh Adam tersebut.
Kemudian Allah menyebut : `Dan makanlah makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka', iaitu kamu berdua bebas memakan apa sahaja buah-buahan yang ada di dalam syurga, tetapi Allah menyebut : `Dan janganlah kamu hampiri pokok ini', yang bermaksud jangan sekali-kali kamu menghampiri pokok ini.
Tumbuhan
Syeikh Abdur Rahman as-Sa'di dalam tafsirnya, Taisir al-Karim berpendapat, bahawa larangan kepada kedua-duanya supaya tidak menghampiri pohon tersebut, sama ada ia merupakan ujian, bala atau hikmah yang tidak kita ketahui. Ibn Abbas menafsirkan sebagai pokok anggur. Sementara itu terdapat enam pandangan daripada para ulama berhubung dengan pohon yang dimaksudkan itu:
Pertama, Ia sejenis tumbuhan yang wangi, iaitu pendapat Ibn Abbas, Abdullah bin Sallam, Ka'ab al-Ahbar, Wahab bin Munabbih, Katadah, A'tiah al-'Aufi, Muarith bin Dathar dan Muqatil.
Kedua, iaitu pohon anggur, sebagaimana riwayat Ibn Ma'id, Ibn Abas, Said bin Jubair dan Ja'dah bin Khabirah.
Ketiga, pokok tin, seperti riwayat al-Hasan, A'ta' bin Abi Rabah dan Ibn Juraij.
Keempat, ia pokok yang dikenali sebagai pokok ilmu, seperti yang dikatakan oleh Abu Soleh daripada Ibn Abbas.
Kelima, Pokok Kafur, seperti yang dinaqalkan oleh Ali bin Abi Talib.
Keenam, Pokok Kurma, seperti riwayat Abi Malik al-Ashja'ie.
Adapun pendapat yang menyatakan ia dikenali sebagai Pokok Kekal, seperti yang diriwayatkan oleh Wahab bin Munabbih, ini tidak dikira kerana Allah menamakannya sebagai Pokok Kekal, mengikut kaedah kalam daripada jenisnya, kerana (jika kamu menghampirinya) `maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim'. Ertinya, jika kamu memakannya nescaya jadilah kamu berdua termasuk dalam golongan orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri, dengan terperangkap dalam maksiat kepada Allah.
Al-Mawardi dalam tafsirnya an-Nukat Wa al-'Uyun mengemukakan dua pendapat:
Pertama, ia termasuk dalam golongan yang melampau dengan sebab memakan benda yang tidak diharuskan baginya.
Kedua, ia termasuk dalam golo-
ngan orang yang menzalimi diri mereka sendiri dengan sebab memakan bahan-bahan yang dilarang Allah.
- DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
|
|
|
| |
| Sujud para malaikat......... |
| 05.17.05 (3:33 pm) [edit] |
Sujud para malaikat - Menghormati Adam bukan menyembah -- Iblis tidak mematuhi arahan Tuhan kerana merasa dirinya besar dan mempunyai kelebihan berbanding manusia.
[b]Apabila Adam telah di sempurnakan, Allah menghembuskan nafasNya ke tubuh Adam.Maka bergerak ia, lalu sekelian Malaikat sujud kecuali Iblis, bukan kerana jasad Adam, tetapi kerana Roh Allah yg berada di dlm jasad Adam.[/b]
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
AL-IMAM al-Maghari berkata di dalam tafsirnya, selepas Allah s.w.t. mengkhabarkan kepada malaikat berhubung kedudukan Adam yang dijadikan sebagai khalifah di muka bumi, lantas Allah memerintahkan mereka sujud sebagai tanda hormat, bukan ibadat sebagai mengiktiraf kemuliaan Adam dan sebagai pernyataan bersalah terhadap apa yang mereka katakan sebelumnya.
Di antara keistimewaan Adam ialah kurniaan ilmu yang banyak, sehingga melemahkan malaikat. Allah menambahkan pada ayat-ayat berikut, dengan kemuliaan lain, iaitu arahan kepada sekalian malaikat supaya bersujud kepadanya. Ini menambahkan lagi tanda-tanda kemuliaan dan kelebihan pada makhluk bernama manusia yang berasal daripada Adam a.s.
Ibn Jarir di dalam tafsirnya, at-Thabari berkata, seolah-olah ia merupakan peringatan kepada kaum Yahudi yang mendiami kota Madinah bersama Nabi s.a.w. Kepada mereka diberikan pelbagai nikmat dan peringatan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
DAN (INGATLAH) KETIKA KAMI BERFIRMAN KEPADA PARA MALAIKAT, SUJUDLAH KAMU KEPADA ADAM, MAKA SUJUDLAH MEREKA, KECUALI IBLIS. IA ENGGAN DAN TAKBUR, DAN ADALAH IA TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG KAFIR. (Surah al-Baqarah Ayat 34 )
Allah menyebut, `Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat'. Iaitu, ingatlah wahai Muhammad, kepada kaummu, ketika Kami berkata kepada malaikat. Syeikh Abdur Rahman as-Sa'di berkata dalam tafsirnya, Taisir al-Karim, ayat ini mengandungi banyak pengajaran, di antaranya
mengisbatkan kalam Allah. Ibn Jauzi mentafsirkan di dalam kitabnya, Zad al-Masir, bahawa terdapat dua pendapat tentang malaikat :
[b]Penghormatan[/b]
Pertama, semua malaikat. Inilah pendapat as-Suddi daripada guru-gurunya. Kedua, mereka segolo-
ngan daripada malaikat, seperti riwayat Ibn Abas, tetapi pendapat yang pertama lagi sahih.
`Sujudlah kamu kepada Adam'. Iaitu sujud sebagai penghormatan dan membesarkannya, bukan sujud untuk beribadat. As-Syaukani di dalam Fath al-Qadir berkata, maksud sujud di sini ialah hina dan merendahkan diri, dan kemuncaknya ialah meletakkan wajah di bumi. Inilah juga pendapat Imam an-Nasafi di dalam tafsirnya yang menaqalkan pendapat jumhur ulama.
Terdapat dua pendapat berhubung sifat sujud para malaikat kepada Adam :Pertama, iaitu seperti sifat sujud di dalam solat. Inilah penda-
pat yang lebih zahir. Kedua, iaitu merendahkan kepala seumpama rukuk. Al-Imam al-Fakhru ar-Razi di dalam kitab, Tafsir al-Kabir berkata, telah ijmak sekalian orang Islam, bahawa sujud tersebut bukan sujud ibadat, kerana sujud ibadat selain Allah boleh membawa kufur.
[b]Sujud[/b]
Al-'Allamah Thahir `Asyur melalui tafsirnya, at-Tahrir Wa at-Tanwir berkata, sujud merupakan penghormatan pertama yang diterima oleh manusia daripada makhluk alam. Dan disandarkan sujud kepada Adam dengan perkataan `lam' yang bermaksud `bagi' menunjukkan bahawa mereka ditaklifkan bersujud dengan zatnya dan ia merupakan asal penunjuk `lam ta'lil', iaitu apabila dikaitkan dengan maksud sujud.
Kemudian beliau menambah, pada ayat ini juga dapat dikeluarkan permasaalahan yang cukup menarik tentang penghormatan kepada ilmu dan kelayakan ulama untuk menerima penghormatan dan kemuliaan tersebut, kerana ketika Allah mengajar kepada Adam ilmu-ilmu yang tidak dimiliki oleh malaikat, ia menjadikan Adam contoh utama dalam penguasaan penciptaan kajian dan ilmu yang zahir pada manusia selepasnya, dan pasti akan zahir penciptaan baru, begitu juga ilmu sehingga binasanya alam ini.
`Maka sujudlah mereka, kecuali iblis'. maksudnya, lantas mereka iaitu para malaikat semuanya sujud, kecuali iblis. Ulama menyebut, pengecualian ini ditafsirkan dengan dua pendapat : Pertama, iaitu pengecualian daripada jenis yang sama. Pendapat ini menggolongkan iblis termasuk dalam kumpulan malaikat, seperti pendapat Ibn Mas'ud dalam satu riwayat dan Ibn Abas, kecuali Allah menukar rupanya menjadi syaitan. Kedua, ia bukan jenis malaikat, tetapi jenis jin. Inilah pendapat al-Hasan al-Basri dan az-Zuhri.
Justeru itu, jadilah pengecualian ini sebagai pengecualian yang terputus. Penulis menyokong pendapat kedua berdasarkan ayat al-Quran yang lain, di dalam surah al-Kahfi ayat 50 maksudnya :
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada golo-
ngan jin, maka ia menderhaka kepada perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedangkan mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.
Berhubung nama iblis, terdapat dua pandangan ulama, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Mawardi di dalam kitabnya, an-Nukat Wa al-'Uyun. Pertama, ia merupakan nama a'jam (bukan Arab). Inilah pendapat Abu Ubaidah, iaitu Mu`ammar bin al-Musanna at-Taimi, az-Zajjaj dan Ibn al-Anbari. Kedua, ia diambil daripada perkataan iblas, yang bermaksud putus asa seperti riwayat Abi Soleh.
Ini kerana, `Ia enggan dan takbur', iaitu melanggar apa yang diarahkan kepadanya. Syeikh Rashid Redha di dalam tafsirnya, al-Manar berkata, iblis tidak mematuhi arahan Tuhan kerana merasa dirinya besar dan mempunyai kelebihan berbanding manusia. Sifat takbur dan suka menunjuk-nunjukkan sifat kesombo-
ngan ini, merupakan tanda-tanda perasaan tinggi diri. Terdapat huruf `sin' dan `ta' pada permulaan kalimah takbur, ia menunjukkan bahawa takbur bukanlah tabiat iblis, tetapi ia mampu dan bersedia melakukannya. [b] Perasaan[/b]
Al-`Allamah Thahir al-`Asyur di dalam tafsirnya berkata, perkataan `istikbar' yang bermaksud `amat angkuh' dan `sombong' kerana `sin' dan `ta' menunjukkan melampau, iaitu melampau dirinya dengan perasaan besar dan megah atau memberi makna `mubalaghah' de-
ngan maksud amat takbur dan amat sombong.
Justeru makna kalimah tersebut ialah ia bersifat dengan sifat takbur terhadap Allah, dengan mengingkari perintah sujud kepada Adam tanpa rasa bersalah, bahkan me-
nguatkan hujah kebatilannya dengan menyatakan kebaikannya kerana ia diciptakan daripada api, sedangkan Adam diciptakan daripada tanah.
Ibn Qayim di dalam kitabnya, Miftah Dar as-Sa'adah menjawab permasaalahan ini secara panjang lebar, dengan membandingkan dua unsur ini, iaitu api dan tanah. Sebenarnya kemuliaan, kebaikan dan kelebihan sesuatu makhluk itu bukan berdasarkan kepada unsur kejadiannya tetapi berdasarkan kepada ketakwaan, keimanan, keilmuan, perhambaan kepada Allah dan makrifah, sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat-aya al-Quran dan hadis. Semoga kita semua terselamat daripada sifat takbur, dan tidak terjebak ke dalam godaan iblis.
`Dan adalah ia termasuk dalam golongan orang-orang kafir'. Iaitu kerana keengganan dan sifat takburnya itu ia termasuk di dalam golongan kafir. Ini kerana ia merasa terhina dengan arahan Allah yang menyuruhnya sujud kepada Adam. Said Qutub melalui tafsirnya, Fi Zilal al-Quran berkata, sekarang nyatalah ia merupakan medan peperangan yang kekal, iaitu peperangan antara ciptaan kejahatan pada iblis dan khalifah Allah di muka bumi, yang berlaku pada diri manusia, di mana kemenangan mungkin berpihak kepada yang baik, berdasarkan sejauh mana pegangan manusia terhadap perjanjiannya dengan Tuhan. Sebaliknya ia mungkin berubah, di mana kejahatan kan menguasai apabila manusia menyerahkan dirinya kepada nafsu syahwatnya.
* DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
~~ forwarded email ~~
|
|
|
| |
| Hikmah kalam diturunkan beransur-ansur |
| 05.17.05 (3:20 pm) [edit] |
AL-QURAN adalah kitab suci yang diturunkan Allah kepada umat manusia dan wajib diikuti hingga hari kiamat. Al-Quran adalah satu daripada empat kalam suci yang diturunkan Allah kepada nabi dan rasul.
Taurat diturunkan kepada Nabi Musa, Zabur (Nabi Daud), Injil (Nabi Isa) dan seterusnya al-Quran yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW.
Beriman atau mempercayai kandungannya adalah satu daripada Rukun Iman yang enam. Umat Islam diwajibkan mematuhi segala kandungan al-Quran sama ada suruhan-Nya atau larangan-Nya.
Al-Quran mengandungi undang-undang dan petunjuk bagi umat Islam dalam mengatur tujuan hidup dan kehidupan sejagat.
Firman Allah bermaksud: “(Waktu diwajibkan kamu berpuasa itu adalah) Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan salah...” (Surah al-Baqarah, ayat 185).
Apakah al-Quran? `Quran' menurut pendapat yang paling kuat seperti dikemukakan Dr Subhi Al Salih bererti `bacaan,' asal kata qara'a. Kata al-Qur'an berbentuk masdar dengan erti isim maf'ul iatu maqru' (dibaca).
Dalam al-Quran ada pemakaian kata `Quran' seperti dalam ayat 17 dan 18, Surah al-Qiyaamah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami. Kerana itu jika kami sudah membacakannya, hendaklah kamu ikut bacaannya.”
Kemudian dipakai kata `Quran' untuk al-Quran yang dikenal sekarang ini.
Ada pun definisi al-Quran adalah: "Kalam Allah yang juga mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad dan yang ditulis dimushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah.'
Dengan definisi ini, kalam Allah yang diturunkan kepada nabi selain Nabi Muhammad tidak dinamakan al-Quran seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Injil (Nabi Isa). Dengan demikian pula, Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang membacanya tidak dianggap sebagai ibadah seperti hadis Qudsi, tidak pula dinamakan al-Quran.
Bagaimanakah al-Quran diwahyukan? Nabi menerima wahyu dengan pelbagai cara dan keadaan, antaranya:
l Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya.
Dalam hal ini, Nabi Muhammad tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya. (Maksud surah Asy Syuura, ayat 51).
l Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi berupa seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga Baginda mengetahui dan hafal kata-kata itu.
l Wahyu datang kepadanya seperti gemerincingnya loceng.
Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi. Kadang-kadang pada keningnya keluar peluh walaupun ketika wahyu itu turun pada musim sejuk yang teruk.
Ada kalanya, unta yang Baginda tunggang terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun.
l Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki seperti keadaan di atas, tetapi benar-benar seperti rupanya yang asli. Hal ini disebut dalam ayat 13 dan 14 Surah an-Najm.
Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu adalah:
l Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya ia diturunkan sekali gus secara banyak. Hal ini disebutkan oleh Bukhari dan riwayat Aisyah.
l Antara ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan permasalahan pada waktu itu. Perkara ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh).
l Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku akan lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.
l Memudahkan penghafalan.
Orang musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran ayat 32, Surah al-Furqan. “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus?”
Dijawab dalam ayat itu sendiri: “Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu."
l Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan. Perkara ini seperti dikatakan oleh lbnu `Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau al-Quran diturunkan sekali gus.
|
|
|
| |
| Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani - Ulama jihad di Banten |
| 05.15.05 (6:54 pm) [edit] |
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
ULAMA yang berasal dari Banten, Jawa Barat, yang paling terkenal ialah Syeikh Nawawi al-Bantani, yang banyak menulis syarah kitab yang semuanya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh kerana banyak menghasilkan karya, maka beliau digelar sebagai Imam Nawawi Tsani (Imam Nawawi Kedua).
Mengenai Syeikh Nawawi al-Bantani telah diperkenalkan dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia pada 7 Februari 2005. Artikel ini pula memperkenalkan dua orang ulama Banten yang lain. Yang pertama, Syeikh Muhammad Arsyad bin As'ad bin Mustafa bin As'ad al-Bantani al-Jawi. Nama popularnya ialah Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani.
Dinamakan Thawil yang bererti panjang kerana ada seorang sahabatnya bernama Syeikh Arsyad Qashir al-Bantani. Qashir bererti pendek. Syeikh Arsyad Thawil dilahirkan di Banten pada Zulkaedah 1255 Hijrah/Januari 1840 Masihi. Riwayat lain menyebut bahawa beliau lahir tahun 1263 Hijrah/1847 Masihi.
Pendidikan
Ayahnya tinggal di Mekah kerana ketika kecil beliau diasuh oleh beberapa orang ayah saudaranya. Kepadanya diberi pengenalan tentang bacaan al-Quran. Dalam usia 8 tahun mengikut orang tuanya ke Mekah. Beliau mendapat pendidikan asas khatam mengaji al-Quran daripada beberapa orang ayah saudara dan ayahnya sendiri. Beberapa buah matan terutama matan nahu, saraf, fikah dan tauhid juga dipelajarinya daripada ayahnya. Di Masjid al-Haram, Arsyad Thawil sentiasa mengikuti pengajian yang diberikan oleh Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mekah, terutama mengenai nahu, fikah dan sirah. Selain belajar kepada Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani juga belajar kepada beberapa ulama, di antaranya Syeikh Nawawi al-Bantani yang terkenal, Sayid Abu Bakri Syatha, di bawah bimbingan dua orang anak ulama itu, iaitu Sayid Umar Syatha dan Sayid Utsman Syatha. Syeikh Arsyad Thawil mendalami ilmu hadis daripada Habib Muhammad bin Husein al-Habsyi al-Makki di bawah bimbingan anak ulama itu, iaitu Mufti al-Muhaddits al-Habib Husein bin Muhammad al-Habsyi al-Makki (wafat 1330 Hijrah/1911 Masihi). Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani memperdalam ilmu fikah pula daripada Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Mengenai ilmu hadis selain belajar kepada ulama yang telah disebutkan tadi, Syeikh Arsyad Thawil sewaktu berkali-kali berulang-alik ke Madinah mempelajarinya juga daripada Syeikh Abdul Ghani bin Abi Sa'id al-Mujaddidi, di bawah bimbingan beberapa orang murid ulama itu, iaitu Sayid Ali bin Zhahir al-Watri, Syeikh Shalih bin Muhammad az-Zhahiri, dan Syeikh Abdul Jalil Barradah. Daripada semua ulama yang tersebut, Syeikh Arsyad Thawil menerima ijazah dalam ilmu hadis. Guru-guru beliau yang lain pula, yang pernah dicatatkan ialah: Syeikh Ibrahim al-Saqa asy-Syabrabakhumi (wafat 1298 Hijrah/1880 Masihi), Saiyid Ja'afar bin Idris al-Kattani, al-'Allamah Abi Jaiyidah bin Abdul Kabir al-Fasi, al-'Allamah Abdullah bin Darwisy asy-Syakri, Sayid Muhammad ibnu Muhammad Murtadha az-Zabidi al-Hanafi (wafat 1305 Hijrah/1887 Masihi, Sayid Muhammad bin Ali as-Sanusi (wafat 1276 Hijrah/1859 Masihi). Syeikh Arsyad Thawil, dalam usia 14 tahun, bersama-sama datuknya, Syeikh Mustafa al-Bantani, ketika itu berusia hampir seratus tahun, pergi ke Mesir. Di sana pernah mendapat berkat (tabarruk) daripada Syeikh Syinwani dan Syarqawi, kedua-dua ulama Mesir yang sangat terkenal ketika itu.
Jihad di Banten
Dalam tahun 1311 Hijrah/1893 Masihi, Syeikh Arsyad Thawil pergi ke Banten. Pada ketika itu terjadi peristiwa pertentangan antara orang-orang Islam dengan penganut agama Budha di Banten. Pemerintah Belanda mencampuri perselisihan itu dengan alasan untuk mendamaikan dua golongan yang sedang bermusuhan. Tetapi kolonial Belanda menjalankan hukuman yang tidak adil, bahawa Belanda memihak kepada golongan agama Budha. Oleh yang demikian pemimpin-pemimpin Muslimin sepakat untuk mengadakan perang total terhadap semua golongan yang bukan Islam termasuk terhadap pemerintah kolonial Belanda juga. Secara serentak kaum Muslimin mengangkat senjata ikut dalam pemberontakan jihad itu, termasuk Syeikh Arsyad Thawil. Beliau termasuk salah seorang pemimpin mereka. Jihad terhadap golongan kafir itu dipersetujui oleh Syeikh Nawawi al-Bantani di Mekah dan beberapa orang ulama lainnya. Namun Sayid Utsman Betawi tidak merestuinya, kerana beliau mempunyai pandangan siasah yang tersendiri pula. Kaum Muslimin berhasil membunuh ramai golongan kafir, pihak kolonial Belanda mengerahkan segala kekuatannya untuk mematahkan perang jihad itu, kemudian pihak kolonial Belanda berhasil menangkap pemimpin-pemimpin Islam Banten termasuklah Syeikh Arsyad Thawil sendiri lalu mereka dibuang ke Menado (Sulawesi Utara). Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani berkali-kali mencuba untuk kembali ke Mekah atau ke negerinya Banten namun tidak berhasil. Berbagai-bagai bencana dan cubaan menimpa Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani pada masa pembuangan itu, di antaranya salah seorang anak beliau yang menjadi Syeikh Haji di Mekah meninggal dunia (tahun 1328 Hijrah/1910 Masihi).
Mengajar dan wafat
Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani selain pernah terlibat dalam jihad yang terjadi di Banten itu, akhirnya beliau ditangkap oleh Belanda dan dibuang ke Menado, Sulawesi Utara. Di negeri pembuangannya Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani aktif mengajar masyarakat di Menado. Beliau mengajar dalam bidang ilmu-ilmu keislaman. Di antara ilmu-ilmu yang pernah dicurahkannya kepada murid-muridnya ialah: fikah, nahu, saraf, tasawuf, hadis dan lain-lain. Ramai alim-ulama dunia Melayu yang bersanad ilmu (musalsal) mulai daripada Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani hingga ke atas. Mereka ialah: al-'Allamah as- Sayid Ahmad bin Husein bin Salim Ba Jindan al-'Alawi dan anaknya yang terkenal sebagai Musannid Indonesia, iaitu as-Sayid Salim bin Ahmad bin Husein Ba Jindan. Selain itu ialah al-'Allamah as-Sayid `Alawi bin Abdur Rahman bin Semit. Daripada sanad ini pula akan menurunkan Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad `Isa al-Fadani (Padang) al-Makki.
Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani dirahmati dengan umur yang panjang, wafat di Menado (Sulawesi Utara), pada malam Isnin, 14 Zulhijjah 1353 Hijrah/19 Mac 1935 Masihi, dalam usia 98 tahun. Yang menjadi imam sembahyang jenazahnya ialah al-Habib Hasan bin Abdur Rahman Maula Khailah al-'Alawi.
Generasi penerus
Ulama Banten yang kedua ialah al-'Allamah Tubagus Bakri bin Tubagus Sid bin Tubagus Arsyad al-Syafi'ie al-Bantani al-Jawi. Lahir sekitar tahun 1268 Hijrah/1851 Masihi, di daerah Peleret, Porwokerto, Jawa Barat. Sejak kecil dipelihara oleh Raden Raji Ghanim. Sejak berumur enam tahun diberi pelajaran membaca al-Quran dan tajwid. Dalam masa itu pula beliau telah mulai menghafal matan-matan: fikah, tauhid dan mengenal lughat Arabiyah. Dalam masa pertumbuhan umur menjelang baligh beliau mulai memasuki pondok-pesantren, berpindah-pindah dari satu pondok-pesantren ke satu pondok-pesantren yang lain. Beliau belajar dengan cara demikian hingga sampai umurnya 40 tahun. Di antara ulama yang berada di Jawa yang beliau pernah belajar kepadanya ialah: Syeikh Khalil al-Bankalani al-Manduri (Madura), Kiyai Hasan Mustafa Sukabumi, dan Syeikh Saleh as-Samarani (Semarang), iaitulah ulama yang digelar dengan Imam al-Ghazali as-Tsani (Imam Ghazali Kedua) sebagaimana Syeikh Nawawi al-Bantani digelar dengan Imam Nawawi as-Tsani. Sungguh pun sudah demikian banyak ilmu pengetahuan yang diterima daripada ulama-ulama di Jawa dan Madura yang cukup terkenal itu, namun Tubagus Bakri sentiasa terus menerus haus dan laparkan ilmu pengetahuan, sentiasa ingin menambahnya. Oleh itu beliau berangkat ke Mekah dan tinggal di sana dalam masa yang agak lama. Selama di Mekah belajar lagi kepada beberapa orang ulama yang terkenal dan ulama-ulama itu ada yang berumur lebih muda daripada beliau, mereka ialah: Syeikh Muhammad Mukhtar bin `Atharid al-Bughri (Bogor, lahir 1278 Hijrah/1861 Masihi), Sayid Abdul Hamid Kudus (lahir 1280 Hijrah/1863 Masihi), Syeikh Mahfuz at-Tarmasi (lahir Muhammad Mahfuzh bin Abdullah at-Tarmasi/ Termas (lahir 1285 Hijrah/1868 Masihi) Syeikh Abdul Haq al-Bantani (cucu Syeikh Nawawi al-Bantani), Syeikh Ahmad al-Fathani (lahir 1272 Hijrah/1856 Masihi), Mufti Syafi'iyah Mekah Syeikh Umar bin Abi Bakar Ba Junaid, Mufti Hanafiyah Mekah Syeikh Shalih bin Shiddiq Kamal al-Hanafi, Syeikh Shalih bin Muhammad Ba Fadhal al-Hadhrami, dan ramai lagi. Daripada ulama-ulama tersebut diterima ijazah dan riwayat-riwayat baik yang bercorak falsafah, pemikiran dan lain-lain, lebih-lebih lagi yang dibangsakan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis, ijma' ulama dan qias yang sahih.
Perkhidmatan sebagai ulama
Setelah demikian lama tinggal di Mekah, ilmu dan pengalaman dirasakan cukup memadai, ditambah lagi umurnya yang sudah agak lanjut, maka Tubagus Bakri pulang ke negerinya. Kemudian menetap di Kampung Sempura. Pada mulanya beliau hanya membina sebuah rumah kecil sebagai tempat tinggalnya, sungguh pun demikian beberapa orang datang belajar kepadanya. Dalam masa yang agak lama sesudah itu rumahnya penuh sesak dikunjungi pelajar yang datang daripada pelbagai jurusan, maka beliau berhasil mendirikan pondok-pesantren. Di pondok-pesantren itu Tubagus Bakri mengutamakan ilmu-ilmu Arabiyah, tafsir, hadis, fikah dan ilmu-ilmu asas yang lain. Pelajaran diberikan tanpa berhenti siang dan malam. Setiap hari, siang dan malam perjalanan hidup beliau hanyalah mengajar dan beribadat. Apabila bukan waktu mengajar beliau terus melakukan peribadatan. Secara spontan apabila berhenti pada jam pelajaran beliau langsung masuk ke tempat peribadatannya. Hampir-hampir tidak diketahui bila waktu beliau tidur. Salah satu kebiasaan peribadinya bahawa setiap malam Selasa awal setiap bulan Arabiyah beliau menghidupkannya dengan memberikan limpahan ilmu kepada murid-muridnya mulai awal malam hingga terbit fajar. Kemudian sesudah Subuh disambung lagi hingga waktu Dhuha. Bererti semalam-malaman itu beliau dan murid-muridnya yang khusus memang tidak tidur. Pada malam itu diajarkan tujuh kitab yang besar-besar pada persekitaran ilmu-ilmu: tafsir, hadis, fikah, nahu, saraf, akidah dan tasawuf. Pada malam tersebut hampir semua ulama-ulama terkenal di Jawa Barat datang mengambil barakah daripada beliau.
Mengasihani
Salah satu akhlak mulia yang ada pada peribadi Tubagus Bakri al-Bantani ialah bahawa beliau sangat mengasihi zuriat Rasulullah s.a.w. serta sangat hormat kepada mereka. Tradisi demikian kemungkinan merupakan fitrah semulajadinya atau pun memang dipusakai daripada datuk-neneknya dan ada kemungkinan bahawa beliau sendiri termasuk keturunan Syarif Hidayatullah @ Sunan Gunung Jati yang riwayat datuk-nenek mereka diperkenalkan dalam buku saya Tabaqat Ulama Asia Tenggara, jilid 1. Tubagus Bakri al-Bantani wafat pada malam Isnin, 27 Zulkaedah 1395 Hijrah/30 November 1975 Masihi, dalam usia 128 tahun di Kampung Sampura, Jawa Barat.
|
|
|
| |
| Kiamat tiba selepas semua jin, manusia mati |
| 05.12.05 (11:22 pm) [edit] |
Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
KEMATIAN adalah antara perkara yang menjadi kerahsiaan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak tahu akan kematian, tetapi yang pati setiap yang bernyawa pasti mati. Firman Allah bermaksud: “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan kematian.” (Surah Ali Imran, ayat 185).
Allah merahsiakan masa kematian untuk menguji manusia sejauh manakah mereka menyiapkan diri untuk menghadapinya.
Bagi mereka yang bertakwa kepada Allah, tentu tidak berasa bimbing untuk menghadapi kematian. Perkara ini kerana mereka telah bersedia pergi menghadap Ilahi dengan segala amalannya yang sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang hamba yang bertakwa. Mereka sentiasa berdoa, bersikap sabar, benar, taat kepada segala perintah-Nya, menginfaqkan harta pada jalan Allah dan sentiasa memohon keampunan kepada Allah setiap masa.
Namun bagi mereka yang banyak melakukan maksiat ketika hidup, tentu bimbang untuk menghadapi kematian kerana kehidupan mereka dipenuhi dosa.
Sekiranya mereka mengetahui tarikh kematian, tentu tidak akan menjadi dan terlaksana segala kerja di dunia ini. Mereka sibuk untuk menghadapi saat kematiannya. Mereka sibuk memohon ampun kepada Allah di atas setiap dosa yang sebelum ini tidak pernah dipohonkan. Malah, kebimbangan ini boleh membantutkan urusan dunia. Dengan itu akan banyaklah urusan dunia terbengkalai.
Ia juga antara rahsia mengapa kematian itu dirahsiakan oleh Allah agar manusia terus melakukan kerja dunia dengan lancarnya.
Sesungguhnya manusia tidak akan mati dengan sendirinya melainkan dengan izin Allah seperti ditetapkan kepada setiap hamba-Nya. Oleh itu, kadang-kadang kita melihat dalam sesuatu kejadian seperti gempa bumi dan kemalangan, ada yang mati dan tidak kurang terselamat. Mereka yang mati dan terselamat, semuanya dengan ketetapan Allah.
Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.” (Surah Ali Imran, ayat 145)
Dengan ketetapan itu, bukan manusia saja yang akan menemui kematian, malah setiap yang ada di bumi ini akan binasa. Ia dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” (Surah ar-Rahman, ayat 26 hingga 27)
Oleh itu, setiap jiwa termasuk manusia tidak akan dapat mengelak daripada kematian walaupun berada dalam tembok tebal dan bangunan tinggi. Nyawa mereka adalah milik Allah yang diberikan pinjaman untuk sementara bagi menguji kehidupan yang dilalui. Oleh itu, setiap yang dipinjam, mesti dipulangkan kepada pemiliknya iaitu Allah.
Ibn Kathir menjelaskan ayat di atas, bahawa hanya Allah yang akan terus hidup. Yang tidak akan pernah mati. Seluruh umat manusia dan jin akan mengalami kematian. Demikian juga dengan malaikat. Yang tetap hidup kekal abadi hanyalah Rabb yang Maha Esa dan Maha Perkasa.
Jika semua makhluknya berakhir atau musnah, maka Allah akan mendatangkan kiamat. Seterusnya Allah akan memberikan balasan kepada semua makhluk-Nya sesuai dengan amalan mereka di dunia sama ada mulia atau hina, besar atau kecil, banyak mahupun sedikit sehingga tidak ada seorang pun yang dizalaminya, meskipun hanya sebesar biji sawi.
Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya yang seterusnya dalam ayat yang sama, ayat 185 bermaksud: “Dan sesungguhnya pada hari kiamatlah saja disempurnakan pahalamu. Oleh itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah mendapat kejayaan.”
Sayyid Qutb menjelaskan melalui ayat itu, inilah nilai dan nasib kesudahan yang membezakan seseorang daripada seseorang yang lain. Inilah nilai abadi yang wajar diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh dan itulah nasib kesudahan ngeri yang harus diperhitungkan seribu kali.
Kata-kata ‘dijauhkan’ itu sendiri menggambarkan pengertiannya yang mendalam. Ia membawa pengertian seolah-olah neraka itu mempunyai daya tarikan yang menarik sesiapa saja yang mendekatinya atau memasuki ruang tarikannya. Seseorang yang berada di situ memerlukan adanya orang lain yang dapat menjauhkannya dari ruang tarikan itu sedikit demi sedikit untuk menyelamatkannya daripada terus ditarik ke dalam neraka.
Oleh itu, sesiapa yang dapat dijauhkan dari ruang tarikannya dan diselamatkan daripada daya tarikannya dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berjaya kerana keimanannya di dunia.
Seseorang yang benar-benar beriman hatinya di ketika kedatangan ajal mautnya terikat dengan Tuhannya. Tuhan yang luas pemberian dan kurniaan-Nya. Tuhan yang melimpahkan ihsan dan rahmat-Nya. Tuhan yang rahmat-Nya mendahului kemurkaan-Nya dan keampuan mendahului seksaan-Nya. Oleh itu, dia menerima kematian itu dengan rasa gembira dan penuh kerelaan.
|
|
|
| |
| Kematian permulaan perjalanan ke alam ghaib |
| 05.12.05 (11:21 pm) [edit] |
MANUSIA perlu mengetahui kematian adalah saat paling penting dalam kehidupan mereka kerana beberapa sebab antaranya:
- Kematian adalah pemisah antara umur kehidupan manusia. Ia adalah permulaan perpindahan manusia dari alam kehidupan dunia yang boleh dilihat, dirasa oleh pancaindera dan dikenalinya, menuju ke alam ghaib bagi pandangan kasar manusia yang hidup di dunia.
Pada zaman ini, walaupun panjang umur sekalipun ia tidak lebih daripada 150 tahun. Oleh itu, dalam tempoh yang sangat pendek inilah manusia perlu merancang dan menentukan masa depannya.
- Setiap benda dan harta yang dikumpulkan, ladang yang diusahakan, bangunan yang didirikan dan setiap anak serta saudara-mara akan ditinggalkan untuk selama-lamanya. Perasaan menyesal dan takut akan menyelubunginya sekiranya setiap unsur di atas tidak dikaitkan dengan proses pengabdian kepada Allah.
Mereka akan menjadi lebih menyesal dan takut sekiranya sewaktu hidup tidak mempercayai kehidupan akhirat dan pembalasannya. Lantaran kepercayaan itu menyebabkannya melakukan perkara maksiat dalam pelbagai bentuk yang boleh menjauhkannnya daripada akidah sebenar.
- Pada waktu menghadapi kematian dia akan didatangi oleh malaikat dalam bentuk yang bersesuaian dengan keadaannya sama ada beriman atau kufur. Dia akan mendengar daripada malaikat ucapan yang menjadi penentu baginya sama ada akan mendapat kenikmatan atau kecelakaan. Seterusnya, akan dibalas terhadap segala apa yang dilakukan dulu sama ada kebaikan atau kejahatan walaupun sebesar zarah.
Oleh itu, tidak ada perkara lain yang wajar dilakukan oleh manusia sebelum kematian menjemput mereka melainkan melakukan amal salih dalam setiap gerak kehidupan. Sekiranya telah mengusahakannya sebelum menutup mata, mereka tidak akan bimbang untuk meninggalkan dunia ini.
Tetapi, sekiranya tidak melakukan apa-apa amal salih, maka pada ketika itu mereka akan berkata seperti firman-Nya bermaksud: “Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi), harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikit pun, kuat kuasaku (dan hujahku membela diri) telah binasa dan hilang lenyap daripadaku.” (Surah al-Haaqqah, ayat 27 hingga 29)
|
|
|
| |
| SUARA YANG DIDENGAR MAYAT |
| 05.11.05 (6:11 pm) [edit] |
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu: 1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya. Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu." Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara" Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah Wahai Fulan Anak Si Fulan... Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan." Ketika MayatDiusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat." Ketika Mayat Siap Dishalatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk." Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan... Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa." Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian....Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku..... Kini Kau Tinggal Seorang Diri Tiada Teman Dan Tiada Kerabat Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku Hari Ini,.... Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya". Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku" Anda Ingin Beramal Shaleh...? Tolong Kirimkan Kepada Rekan-Rekan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!!Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini. Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaranbagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau kapan kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita kapan kematian akan menjemput kita???
Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka Anda telah menyia2 kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlomba dalam kebaikan.
|
|
|
| |
| AZAB DALAM KOMA |
| 05.10.05 (10:05 pm) [edit] |
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia dipertengahan 30-an.
Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya. Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji itu di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hingga kami sampai di Madinah.
Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba giliran wanita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ini sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya ...... kita bawa dia ke Hospital." Kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke Haspital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di Hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan Jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pegalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital King Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahan. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanpun, kata doktor keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di Hospital.
Selepas dua hari menunggu akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tesebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut. "Kenapa kakak menangis?'
"Mazlan..... Kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik, kakak bertaubat betul-betul taubat."
"Kenapa pula ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Mazlan, kakak ini sudah berumahtangga kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap, kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ni? "Yalah.... kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi"
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan..... Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma itu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga, kakak rasa azab dineraka.
"Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.
"Bukan itu saja buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana sini… putus, jatuh ke dalam api nereka. Buah dada kakak rentung terbakar. Panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya, wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa berhenti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman. Sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya. "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih.. pedih yang amat sangat…. Tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menanggis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Mazlan ...... kakak ini nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedang jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
"Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
"Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi … kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui.. azabnya tak pernah kakak rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini"
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, kakak merayu memohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yang soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasanNya, Kalau baik amalan kita, maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita diakhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri, kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat … kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak berhenti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu Maghrib dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang Subuh.
"Kakak.. yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat …" tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar" Menurut wanita itu, sepanjang berada didalam masjid al-Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, memohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu. Takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkannya supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan. Kakak takut … kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa. Mazlan tak tau, kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak.
"Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini bermakna kakak mendapat 10 dosa.
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlah, beribu-ribu .... Kalau seorang tengok kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah ....
"Kakak berazam, balik saja dari haji ni, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Akak nak ajak suami kakak pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak, saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis, Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita diazab "Oh … memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal" … itu dah terlambat.
|
|
|
| |
| Balasan segera derhaka kepada ibu |
| 05.09.05 (9:42 pm) [edit] |
MINGGU ini kita meraikan Hari Ibu. Sebenarnya, kita perlu meraikan ibu setiap masa, bukan menunggu hari tertentu. Namun, kadang-kala ada yang terlupa untuk berbuat demikian kerana sebab tertentu. Dengan adanya Hari Ibu, mungkin lebih ramai lagi yang akan terus mengingati ibu mereka. Apa pun, kasih ibu kepada anak sepanjang masa. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar.
Begitu juga selepas dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang. Jika sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka berkorban apa saja untuk kita.
Kasih ibu sejati tiada bandingan dan boleh dinilai dengan harta benda atau wang ringgit.
Oleh itu, penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding hak kepada seorang bapa.
Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”
Baginda menjawab: “Ibumu.”
Lelaki itu kembali bertanya: “Kemudian siapa?”
Nabi menjawab: “Ibumu.”
Lelaki itu terus bertanya: “Kemudian siapa?”
Nabi menjawab lagi: “Ibumu.”
Sekali lagi lelaki itu bertanya: “Kemudian siapa lagi? “
Nabi menjawab pula: “Kemudian bapamu.”
Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.
Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah.
Islam menentang keras penganutnya menyergah atau menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apa lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri.
Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).
Al-Hakim juga meriwayatkan hadis Baginda yang bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”
Dua kisah berikut cukup untuk mengingatkan kita supaya menghormati, menyanyangi dan melebihkan ibu. Ia patut dijadikan iktibar supaya tidak sekali-kali menderhakai ibu.
l Kisah yang berlaku kepada ahli ibadat daripada keturunan Bani Israel bernama Juraij
Beliau berhadapan dengan fitnah besar hanya kerana mementingkan sembahyang sunat daripada menyahut panggilan ibunya.
Akhirnya, beliau difitnah oleh seorang pelacur yang mendakwa mereka ada hubungan sulit hingga melahirkan anak. Mujurlah dengan kekuasaan Allah, bayi itu boleh bercakap dan menceritakan siapakah bapanya yang sebenar.
l Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah juga perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka.
Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu Alqamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakratul maut.
Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup.
Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya.
Akhirnya, Alqamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnu al-khatimah.
Seseorang anak juga sewajarnya memahami tabii kehidupan manusia iaitu ibu bapa mereka akan tiba ke peringkat usia tua, tiada kekuatan, semakin lemah, memerlukan penjagaan dan mudah tersinggung.
Kesedaran ini boleh dijadikan garis panduan untuk menjaga dan memberi layanan lebih mesra kepada ibu bapa seperti belaian kasih mereka kepada anak-anak ketika kecil.
Islam turut menentang keras warga tua dijadikan mangsa maki-hamun. Dalam aspek ini, penghormatan tidak saja ditekankan kepada ibu bapa tetapi mereka yang lebih muda perlu juga menghormati golongan yang lebih tua.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seorang lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang berasa takjub bagaimana seorang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak.”
Lantas Baginda ditanya: “Bagaimana seorang itu mengutuk ibu bapanya?
Jawab baginda: “Apabila orang itu memaki-maki ayah orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ayahnya. Kemudian dia memaki-maki ibu orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ibunya!”
Nabi Muhammad pernah bersabda bermaksud: “Barang siapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Ibu bapa orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati kedua-duanya jelas termaktub dalam al-Quran dan hadis. Buatlah apa yang disuruh asalkan suruhan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang mungkar.
Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang tua dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat Allah.
Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibu bapa. Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ada bersabda, keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua-dua ibu bapa. Ini bermakna jika ibu bapa suka kepada kita, Allah turut meredai kita. Sebaliknya, jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut memurkai kita.
Diriwayatkan, pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah mengenai perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya.
Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta, malahan dalam dirinya sendiri ada hak ibu bapanya.
Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat.
Jika mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin.
Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya.
Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu.
Ingatlah pesanan Rasulullah: “Khabarkan berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibu bapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.”
|
|
|
| |
| Sejenak di Alam Rumahtangga |
| 05.05.05 (5:49 pm) [edit] |
Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya. Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i ) Psst.... Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ? andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu. Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. Masih gagal ? cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian. Masih gagal juga ? Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang...... buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua. Tapi awas..... kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini namanya rajuk bertaraf tinggi perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar " Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang....abang alpa bisikkan " Darling.. I lupa.." hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
( ii ) Arghh... tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya " Seabadi permata.... segermelapan intan " ... sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga. Aduh... peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing. Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha. justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput. Katakan $$ bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri,istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."
( iii ) Puuuh... Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ? jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. itulah cinta sejati. Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.
( iv ) Uhhh.... Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu Apa bukti setiamu suami Apakah tandanya hanya aku di hatimu ? kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru menjengah pintu rumah. Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri : " Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita... lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ?
( v ) Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya. Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si diamu cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita. Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya... Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti : Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam. Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu..... seorang isteri.
|
|
|
| |
| Keikhlasan kunci tingkat mutu amal ibadat |
| 05.04.05 (9:55 pm) [edit] |
SIFAT ikhlas adalah pokok segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak lahir dari hati ikhlas, nescaya tidak menghasilkan buah, malah boleh merugikan. Ingatlah, amal tanpa disertakan dengan keikhlasan hati, tidak menghasilkan pahala di sisi Allah Swt.
Orang yang tidak mempunyai keikhlasan hati umpama berdiri di tempat gelap tidak mempunyai lampu cahaya untuk meneranginya, tidak mempunyai sayap untuk terbang tinggi. Dia bekerja hanya untuk dorongan hawa nafsu.
Jika itu niatnya, dia akan jatuh ke lembah kebinasaan dan kehinaan. Tuhan memerintahkan kita supaya beramal dan beribadat dengan keikhlasan hati. Segala pengabdian diri terhadap Allah Swt hendaklah dilakukan seikhlas-ikhlasnya dengan penuh kebenaran, keadilan, kebijaksanaan dan kesabaran.
Allah Swt memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada-Nya dengan tulus ikhlas. Dalam erti kata kerjakan sesuatu amalan dan pekerjaan itu kerana Allah bukan sekali-kali disebabkan sesuatu atau seseorang, lebih-lebih bagi merebut ganjaran kebendaan.
Syeikh Al Khushairi seorang pengasas tasauf menerangkan bahawa ikhlas itu mengerjakan ibadah kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Ia bukan kerana untuk mencari kesayangan orang atau sesuatu hal lain.
Sifat keikhlasan hati yang menjadi pedoman kepada seseorang dalam pekerjaan atau perkhidmatan. Ia adalah alat yang menyampaikan cita-cita mulia.
Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan hati, tentu tidak mudah patah atau putus harapan. Tidak mudah putus asa. Dia tidak akan puas hati sebelum pekerjaan yang dilaksanakannya itu berhasil sepenuhnya.
Mereka dalam bekerja, teguh pendirian serta kuat hemah dan kemahuannya. Dia tidak akan tersinggung kerana celaan dan kritikan orang lain.
Dia tidak sombong kerana menerima pujian, tidak bangga kerana dinaikkan pangkat atau mendapat harta yang banyak dan kedudukan baik. Malah, orang yang bekerja dengan ikhlas, tetap terus berusaha hingga tercapai yang dicita-citakan. Dia tidak akan menghentikan kerja itu walaupun akan menghadapi rintangan, halangan dan menempuh pengorbanan besar. Hal ini kerana mereka mengharapkan keredaan Allah yang tidak ada batasannya.
Dalam hubungan ini Hujjatul Islam Imam Ghazali ada berkata; “Manusia semuanya mati, kecuali yang masih hidup ialah orang yang berilmu. Tetapi, umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali yang jaga ialah orang berilmu dan beramal.
“Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya hanya orang yang ikhlas. Tetapi, ingatlah bahawa ikhlas itu berada dalam keadaan yang amat sulit ibarat telur di hujung tanduk.”
Demikian caranya Imam Ghazali memberikan gambaran terhadap sifat ikhlas itu. Oleh itu, kita harus yakin bahawa suatu amal yang dikerjakan dengan ikhlas, kesannya tetap abadi.
Jelasnya, sifat ikhlas dalam beribadah amat penting dan senjata yang tidak luntur bagi menghadapi gangguan syaitan.
|
|
|
| |
| DOA SEORANG ISTERI |
| 05.04.05 (9:53 pm) [edit] |
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
|
|
|
| |
| Halal dan haram |
| 05.03.05 (9:50 pm) [edit] |

Gambar-gambar yang dibenarkan:
Gambar-gambar pemandangan dan alam sekitar seperti pepohon, lautan, sungai, gunung-ganang, bunga-bungaan dan sebagainya. Iaitu pemandangan alam semula jadi. Ia berdasarkan perkataan Ibnu Abbas r.a.: ``Apabila kamu harus membuat gambar (melukis), gambarlah pohon atau sesuatu yang tidak ada nyawanya.''
Gambar itu tidak mengalihkan hati kita daripada mengingati Allah dan menjalankan ibadat kepada-Nya.
Gambar-gambar itu tidak menyebabkannya atau membawanya kepada sifat bangga diri, takbur dan bermegah-megah dengan kebolehan dan kemewahan.
Gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan nilai-nilai etika Islam seperti tidak menutup aurat dan sebagainya.
Gambar yang tidak diagung-agungkan dan dikuduskan.
Gambar yang tidak sempurna sifatnya dan tidak berjisim
(berlembaga).
Gambar-gambar yang terdapat dan dilukis di atas kertas,
permaidani, pakaian, kanvas, dinding, daun kayu dan seumpamanya.
Dibolehkan bagi patung permainan kanak-kanak, patung-patung makanan, manisan dan sebagainya. Aisyah r.a. berkata: ``Saya bermain-main dengan boneka (anak patung) yang berbentuk anak perempuan di depan Nabi Muhammad s.a.w.'' (Hadis riwayat Bukhari).
Gambar-gambar untuk tujuan pendidikan, kad pengenalan, pasport dan seumpamanya.
Foto pembunuh, pencuri, penjahat supaya mereka dapat ditangkap untuk dihukum.
Gambar-gambar yang diharamkan:
Menyentuh soal pengharaman mengambil gambar dan membuatnya (sama ada melukisnya, membentuk arca dan sebagainya), kata Dr. Anisah, gambar-gambar yang dimaksudkan itu sebenarnya boleh memesongkan akidah umat Islam. Di antaranya ialah:
Kategori gambar yang sangat berat pengharaman dan dosanya, ialah gambar yang dijadikan sembahan selain Allah s.w.t., seperti gambar Nabi Isa, sama ada yang berjisim ataupun tidak.
Gambar yang tidak dimaksudkan untuk disembah tetapi diniatkan untuk menandingi ciptaan Allah s.w.t.
Gambar yang berjisim sempurna, iaitu patung yang dibuat untuk diagung-agungkan seperti pemimpin dan raja, sebagai kenangan yang dibuat di tanah-tanah lapang dan seumpamanya.
Patung kecuali patung permainan, walaupun tidak dimaksudkan untuk dikuduskan, iaitu dianggap suci.
Gambar orang-orang kafir, fasiq, zalim, orang yang mengingkari kewujudan Allah, orang yang menyimpang daripada mempercayai agama, penjahat-penjahat dan seumpamanya.
Gambar orang yang melaku-
kan maksiat dan perkara-perkara yang dilarang agama, seperti
gambar artis yang mengghairahkan.
Gambar yang bercanggah dengan syariat Islam seperti gambar wanita dengan tubuh terdedah.
Gambar-gambar haiwan yang bukan dimaksudkan untuk dimuliakan tetapi tergolong di dalam kategori lambang-lambang kemewahan dan pemborosan, umpamanya yang digantung di dinding-dinding rumah dan seumpamanya.
|
|
|
| |
| Farmasi alam - Keajaiban ciptaan Ilahi |
| 05.03.05 (9:48 pm) [edit] |

[b]Dunia perubatan bakti dicurahkan. Ciptaan Allah penuh keajaiban. Rahsia tersirat perlu pendedahan. Jadi penawar setiap insan, Pengetahuan ini perlu dibudayakan. Dr. Abdul Kader punya pendirian[/b].
SIAPA sangka tumbuhan yang melatari kehidupan manusia yang adakalanya sering digunakan sebagai bahan masakan, mampu mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Ini merupakan bukti bahawa Allah s.w.t. mencipta sesuatu dengan tujuan yang mengandungi hikmah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anbiya' ayat 16: Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara kedua-duanya dengan bermain-main.
Kelebihan dan keajaiban perubatan berasaskan bahan dari alam semula jadi ciptaan Allah s.w.t., menyedarkan dan menyentuh hati seorang pakar pediatrik dan perinatologi, Dr. Abdul Kader bin Hussein sehingga beliau beralih kepada bidang perubatan fitrah ataupun dikenali sebagai perubatan alternatif. Selain itu, beliau mendapati perubatan fitrah tidak menggunakan dadah atau ubat buatan (sintetik) yang boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit. Perbelanjaan rawatannya juga murah dan amat berpatutan.
Abdul Kader yang menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan di Universiti Malaya pada tahun 1972, dan seterusnya ke Amerika Syarikat, menceburkan diri dalam dunia perubatan fitrah yang menimbulkan keinginannya untuk memperdalam agama dan semakin mendekatkannya. Terlalu banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan keajaiban alam yang perlu diteroka untuk dimanfaatkan oleh manusia sebagai sumber perubatan.
Menurut beliau, Allah s.w.t. meletakkan sesuatu tumbuhan di tempat yang berlainan iklim, musim dan bentuk muka bumi untuk kebaikan umat manusia. Pokok kelapa contohnya, banyak terdapat di kawasan pinggir pantai. Di samping rasanya yang sedap dan dapat menghilangkan dahaga, air kelapa muda (berusia 40 hari ke bawah) boleh merawat penyakit batu karang dan sudah tentu kos rawatan ini sangat murah dan selesa.
Tetapi sayangnya, manusia memusnahkan habitat asal tumbuh-tumbuhan tersebut dengan kegiatan pembangunan yang tidak terkawal. Kesan yang terpaksa dihadapi ialah bahaya daripada bencana alam, seperti hakisan dan tanah runtuh. Kita perlu menyedari bahawa Allah s.w.t. tidak menciptakan sesuatu untuk kemudaratan. Sebaliknya manusia sendiri merubah keadaan hingga berlakunya perkara tersebut.
Memudaratkan
Allah s.w.t. juga mencipta makanan dan minuman yang kebanyakannya baik serta halal untuk manusia. Makanan dan minuman yang diharamkan ialah kerana ia memudaratkan akal dan tubuh badan manusia. Di samping itu, ia menjadi suatu ujian kepatuhan hamba kepada Penciptanya. Selain itu, akal manusia yang waras menolak perkara-perkara yang haram kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
Beliau yang begitu menitikberatkan soal pemakanan menegaskan, bahawa makanan segar yang berada di sekeliling kita mempunyai khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Cili misalnya, mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi. Ia baik untuk kesihatan mata dan hati, membantu proses menurunkan berat badan dan kehidupan seks seseorang.
Susu kerbau pula mengandungi kadar lemak yang rendah berbanding susu lembu. Dagingnya juga kaya dengan protein dan mineral. Ia boleh menjadi pilihan bagi mereka yang begitu prihatin terhadap berat badan masing-masing. Kebaikan susu dan dagingnya boleh dilihat melalui kehidupannya yang bebas, terdedah dengan sinaran matahari dan sumber makanannya diperoleh terus dari alam. Begitu juga ayam kampung. Walaupun saiznya agak kecil dan dagingnya juga sedikit, namun ia membesar secara semula jadi tanpa bantuan suntikan hormon dan antibiotik.
Rempah-ratus yang sering dicampurkan dalam masakan seperti halba, buah pelaga, cengkih, kayu manis, halia, kunyit dan safron mempunyai pelbagai kegunaan lain yang boleh dimanfaatkan. Contohnya seperti halba yang dapat digunakan untuk melancarkan susu ibu, merawat kencing manis dan menurunkan kadar kolestrol. Kayu manis pula boleh digunakan sebagai ganti gula untuk dicampur ke dalam minuman kerana rasanya yang manis dan baunya yang harum.
``Makanlah kuih-muih tradisional seperti lempeng kelapa, lempeng pisang dan sebagainya yang dibuat sendiri kerana selain rasanya yang enak, ia juga dibuat daripada bahan-bahan yang segar dan tidak mengandungi bahan kimia. Roti canai misalnya, boleh dibuat dengan menggunakan tepung gandum yang tidak diputihkan atau boleh juga gunakan tepung barli, tambah dengan kelapa parut atau santan dan minyak sapi. Kita akan dapat roti canai yang sedap,'' kata beliau yang memang menggemari kuih-muih tradisional yang berkhasiat.
Pemilik Klinik & Pusat Rawatan Infra Life yang terletak di Pusat Dagangan Phileo, Damansara 1, Petaling Jaya ini menyarankan agar masyarakat Malaysia makan buah-buahan tempatan kerana ia segar dan tidak mengandungi bahan awet. Begitu juga dengan cara penyediaan makanan. Masakan yang menggunakan bahan-bahan segar dengan sendirinya akan terasa enak, walaupun tidak ditambah dengan bahan perisa seperti monosodium glutamate (MSG). Misalnya dengan mendidihkan santan yang dicampurkan buah tomato, kacang kuda, kacang dal, kunyit, safron, ditambah de-ngan rencah seperti daging kambing, udang, daging ayam yang diternak cara organik dan telur, akan menghasilkan sup tomato dan kekacang yang lazat dan istimewa.
Masalah kesihatan
Kemahiran yang ada pada beliau memang mengkagumkan. Ini ke-
rana setiap pesakit mengalami tahap masalah kesihatan yang berbeza. Justeru, beliau perlu memperhalus dan mengenal pasti keadaan tersebut sebelum menjelaskan mengenai apa, bagaimana dan berapa banyak penawar yang perlu diambil. Dalam hal ini beliau perlu bijak dan prihatin mengatur keperluan para pesakitnya yang berbeza. Di sinilah beliau berseni.
Nilai perubatan yang ada pada sumber makanan halal ini menjadi bukti bahawa Allah s.w.t. mencipta penawar kepada bermacam-macam penyakit melalui perkara-perkara dan benda yang mudah ditemui manusia setiap hari. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit berserta ubatnya. Dan Allah menjadikan tiap-tiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu, berubatlah kamu tapi janganlah kamu berubat dengan benda haram. (Riwayat Abu Daud).
Dalam kehidupan seharian, Rasulullah s.a.w. akan mencicip sedikit garam sebelum dan selepas menikmati hidangan untuk merangsang pengeluaran air liur yang membantu proses penghadaman dan pencernaan makanan. Baginda juga memberitahu bahawa garam baik untuk tubuh jika diambil de-
ngan kadar yang berpatutan. Makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. pula ialah buah kurma dan air zamzam yang mempunyai khasiat tersendiri. Ternyata daripada kajian saintifik, buah kurma dan air zamzam mempunyai pelbagai khasiat, vitamin dan mineral yang tinggi. Baginda pernah menyatakan bahawa air zamzam diminum untuk keperluan apa sahaja. Ini bermakna, jika ia diminum dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa haus seseorang. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
Penawar
Beliau yang mula mempelajari kebaikan habbatus sauda' (jintan hitam) sejak 20 tahun lalu men-yatakan, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa habbatus sauda' adalah penawar kepada semua penyakit kecuali mati. Kajian di merata tempat di seluruh dunia mendapati bahawa bahan ini berupaya merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan sema-
ngat meningkatkan sistem imunisasi badan, memulihkan penyakit seperti batuk, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu ibu dan bermacam lagi.
Tambah Abdul kader yang pernah berkhidmat di Pusat Perubatan Georgetown, Amerika Syarikat, makanan berkhasiat akan lebih bermakna apabila disertai dengan tabiat pemakanan yang betul. Rasulullah s.a.w. menyarankan agar umatnya mencontohi baginda yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Rasulullah s.a.w. juga ada mengingatkan melalui sabdanya: Sesungguhnya termasuk dalam perbuatan melampaui batas apabila engkau memakan apa sahaja yang menarik selera nafsumu. (Riwayat Ibnu Majah).
Penyakit biasanya bergantung kepada apa dan bagaimana seseorang itu makan, dan sudah pasti ia bermula dari perut. Dengan petunjuk wahyu daripada Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w. sudah lama mengetahui asas kesihatan dan perubatan berbanding pakar perubatan moden. Justeru, baginda amat menekankan bahawa mencegah itu lebih baik daripada merawat. Ini termasuklah mengutamakan kebersihan dalam penyediaan makanan itu sendiri.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa doa juga penting untuk me-ngelak dan merawat penyakit. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. mengajarkan sepotong doa iaitu: Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta serta pelbagai macam penyakit yang jahat. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)
``Solat tahajjud juga berperanan sebagai terapi penyakit. Selain memanjatkan doa kepada-Nya, kekuatan dalam diri juga dapat dibina melalui kaedah ini,'' jelas beliau yang bukan sahaja menerima pesakit dari kalangan orang Islam, malah turut merawat pesakit bukan Islam. Para pesakitnya juga terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan datang daripada beberapa tempat di seluruh dunia, seperti Amerika Syarikat, Jerman malahan lebih daripada 20 negara. Ini menunjukkan bahawa kaedah perubatannya mendapat pengiktirafan ramai pihak.
Dalam memenuhi keperluan masyarakat hari ini yang semakin ramai, beberapa kaedah digunakan untuk melipatgandakan hasil pengeluaran makanan. Namun adakalanya kaedah yang digunakan memberi kesan sampi-
ngan kepada kesihatan. ``Kita perlu berhati-hati kepada lima benda putih iaitu garam, gula pasir, tepung putih, beras dan susu. Garam jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan. Manakala gula pasir, tepung putih dan beras telah melalui proses pemutihan dengan menggunakan bahan kimia untuk `mencantikkannya'. Serat dan mineral yang ada padanya turut hilang semasa melalui proses tersebut. Susu yang diperoleh daripada lembu tenusu yang telah disuntik dengan hormon dan antibiotik, boleh menyebabkan beberapa penyakit terutamanya kepada kanak-kanak, seperti asma, hiper-aktif, obesiti, barah dan sebagainya.
Kebimbangan
Begitu juga dengan marjerin. Jika dibandingkan dengan mentega, marjerin lebih lambat berkulat ke-
rana ia telah dicampur bahan kimia yang melambatkan proses peng-
ulatannya. Ini merupakan petanda tidak baik kerana sedangkan kulat tidak mahu hidup di situ apatah lagi kesannya pada tubuh manusia.
Apabila manusia memakan makanan tersebut secara tidak langsung mereka turut memakan bersama bahan kimia itu dan ia akan terus berada dalam badan dan menyebabkan berbagai-bagai penyakit kronik,'' luah beliau dengan penuh kebimbangan terhadap keadaan zaman sekarang.
Selagi nyawa dikandung badan, kita perlu berusaha untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit yang dihidapi serta terus berdoa kepada Allah s.w.t. Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 195: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
* Artikel di atas adalah hak intelektual Black & Brown Resources Sdn. Bhd. Ia sebuah syarikat bumiputera yang berpengalaman dalam seni Islam, penerbitan dan pengiklanan selama 16 tahun dan pembinaan manuskrip al-Quran beriluminasi selama 11 tahun. Layarilah laman web kami untuk melihat artikel-artikel dan karya seni yang menarik.
Tel: 03-6156 5660 Faks: 03-6156 5661
E-mel: jiwaseni@blackbrown.com.my Laman web: http://www.blackbrown.com.my
|
|
|
| |
| Sunah Rasulullah - Pemikiran kolot yang merugikan |
| 05.03.05 (9:46 pm) [edit] |
Oleh AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH
Jika seseorang itu hanya memakai serban dan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di tengah-tengah kesibukan kota, polis wajar menyamannya. Pertama, dia telah melanggar undang-undang lalu-lintas, dan kedua, kerana mencemarkan nama baik serban itu sendiri yang merupakan pakaian yang menjadi syiar Islam. Inilah salah satu contoh sindrom kurang daya faham Islam yang melanda umat Islam. Ia wajar ditangani secara berhemah. Mereka ini memahami sunah nabi secara sempit, menganggap serban itu sunah setiap masa, sehinggakan melanggar prinsip asas Islam yang cuba mengelakkan sebarang bentuk kemalangan dan kecelakaan terhadap manusia.
Kata para bijak pandai, lemahnya umat Islam bukan kerana kejahilan masyarakatnya, tetapi kerana pemahaman sempit di kalangan umatnya, yang gagal memberi kefahaman yang tepat kepada si jahil. Islam yang bersifat universal gagal difahami secara universal, tetapi difahami secara klasikal berasaskan apa yang dipelajari daripada buku-buku tulisan ratusan tahun silam. Andainya ulama terdahulu kembali hidup pada zaman kini, sudah tentu mereka pun turut mengubah banyak isi kandungan buku mereka, sesuai dengan modenisasi masa dan masyarakat.
Islam bersifat universal (`alamiah). Allah mengutus Rasulullah bukan hanya kepada masyarakat Arab lebih kurang 1400 tahun lalu, tetapi untuk membawa undang-undang yang penuh dengan kasih sayang Allah (rahmat) ke seluruh alam, tanpa dibatasi sempadan tempat dan had-had masa. Firman Allah di dalam al-Quran: Dan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya: 107). Rahmat dalam ayat ini bererti peraturan dan nilai yang menjamin keselamatan manusia, tidak kira di mana, bila dan siapa pun mereka, hatta terhadap orang bukan Islam sekalipun.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah diminta mendoakan keburukan terhadap golongan musyrikin, lantas baginda menjawab, Aku tidak diutuskan untuk melaknat manusia, tetapi sebagai rahmat kepada seluruh manusia. Justeru, adaptasi dan penyesuaian Islam perlu dilakukan sesuai dengan tuntutan tempat dan masa. Atas sebab inilah Islam mengiktiraf `uruf atau adat sesuatu masyarakat, yang tidak bercanggah dengan Islam.
Islam mengiktiraf pakaian yang tidak membuka aurat, mengiktiraf sebarang bentuk kontrak urus niaga yang tidak mengandungi unsur-unsur yang haram seperti riba, perjudian dan penipuan, bahkan Islam mengiktiraf sebarang bentuk aktiviti kebudayaan dan kesenian yang tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan melalaikan.
Walaupun ramai umat Islam yang memahami bahawa Islam sememangnya universal, tetapi mereka gagal ketika melaksanakannya. Ibarat seseorang yang tahu bahawa telefon bimbit yang dimilikinya adalah canggih pelbagai guna, tetapi cuma tahu menggunakannya untuk bercakap dan menghantar pesanan ringkas!! Di antara puncanya ialah mereka gagal memahami sunah Rasulullah s.a.w. secara komprehensif dan menyeluruh. Mereka melihat sunah ialah semua amalan yang dilakukan oleh Rasulullah dalam konteks yang sempit.
Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata, ``Mengapa perlu khatib-khatib yang membaca khutbah memegang tongkat, padahal Rasulullah menggunakan tongkat bukanlah hanya ketika berkhutbah tetapi memang digunakan dalam kerja-kerja sehariannya.'' Menurut beliau, inilah salah satu contoh yang kecil tetapi sebenarnya berpunca daripada kesilapan pemahaman yang besar dalam pemikiran umat Islam.
Kemanusiaan
Silap faham ini terjadi kerana memahami amalan kemanusiaan Rasulullah (jibilli) dengan menganggap ia adalah sunah yang wajar diamalkan dan mendapat pahala. Dalam hal ini, Abdul Wahhab Khallaf menjelaskan, amalan Rasulullah yang bersifat kemanusiaan seperti makanan baginda, cara berjalan, tidur, pakaian dan seumpamanya itu bukanlah sunah yang semestinya diikuti oleh umat Islam. Tetapi sunah yang perlu diikuti ialah adab-adab semasa makan, adab-adab berpakaian serta peraturan-peraturan yang dinyatakan secara terperinci.
Untuk memahami sunah secara universal adalah wajar kita memahami pengajaran daripada hadis ini. Diceritakan suatu hari Rasulullah s.a.w. melintasi satu kawasan pertanian tamar yang penduduknya melakukan pendebungaan secara manual. Lalu Rasulullah pun berkata kepada mereka supaya membiarkan proses pendebungaan semula jadi berlaku. Mungkin ia lebih baik. Setelah beberapa lama didapati pohon-pohon tersebut mengeluarkan buah yang tidak elok, lantas penduduk di kawasan itu mengadu kepada Rasulullah mengenainya. Baginda berkata: Sebenarnya kamu lebih tahu apa yang terbaik dalam urusan kamu.
Jelas dalam hadis ini bahawa apa yang wajar kita ikut secara konsisten ialah prinsip-prinsip yang dibawa oleh Rasulullah, dan pada masa sama kita bebas beraktiviti selagi kita tidak melanggar prinsip tersebut. Contoh terbaik pelaksanaan pemodenan semasa ialah dalam pemerintahan Saidina Umar al-Khattab r.a. Dalam pemerintahan beliau, terdapat banyak pemodenan dilakukan, termasuk memperkenalkan piawai sistem mata wang dinar dan dirham.
Saidina Umar sentiasa melihat kemaslahatan jauh di hadapan, sehinggakan adakalanya tindakan beliau kelihatan bercanggah dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah, walaupun hakikatnya ia adalah satu bentuk penyesuaian hukum yang tepat. Beliau menambah hukuman sebat terhadap peminum arak daripada 40 kepada 80 kali sebatan, menjadikan sembahyang terawih secara berjemaah, menggantung pelaksanaan hukum hudud pada tahun kemiskinan dan lain-lain lagi.
Walaupun agak `bertentangan' dengan amalan Rasulullah jika dilihat dalam aspek zahirnya, namun hakikatnya ia menepati kehendak dan semangat syariah yang dibawa oleh Rasulullah sendiri. Dengan memahami sunah secara komprehensif, kita akan dapat membezakan antara kehendak sebenar sunah Rasulullah dengan amalan-amalan yang bersifat setempat. Contoh awal tadi ialah pemakaian serban. Walaupun serban dianggap sebagai salah satu syiar kepada Islam, tetapi memakai serban menaiki motosikal bukanlah sunah yang wajar diamalkan. Bahkan ia benar-benar menyalahi prinsip keselamatan diri yang dikehendaki oleh Islam.
Sebaliknya, orang yang tidak memahami sunah secara komprehensif akan mengatakan bahawa memakai topi keledar semasa menaiki motosikal adalah sunah, mendapat pahala dan berkat! Mereka mendapat pahala kerana mengamalkan hadis: ``Tidak boleh ada perkara mudarat, dan perkara-perkara memudaratkan yang lain.'' Begitu juga dalam aspek pemakaian. Pakaian sopan dan sesuai dengan tempat yang menepati ciri-ciri menutup aurat, tidak kiralah baju Melayu atau pakaian Cina, Jepun dan mana-mana pun, ia adalah sunah yang mendapat pahala apabila diamalkan. Termasuklah juga memakai pakaian pejabat yang bersih, kemas tanpa niat menunjuk-nunjuk, itu juga merupakan sunah yang berpahala dan berkat.
Implikasi pemahaman Islam yang universal adalah sangat besar. Ia menentukan arah tuju umat Islam masa kini, sama ada terus ke hadapan atau semakin ke belakang. Islam sebenarnya cuma membawa prinsip-prinsip asas, menerapkan nilai-nilai kehambaan dalam diri manusia dan rasa bertuhan kepada Allah. Urusan seharian dan aktiviti semasa, wajar direalisasi berasaskan kehendak semasa, dengan adaptasi secara baik dengan prinsip-prinsip syariah dan akhlak.
Dalam penciptaan instrumen pasaran kewangan moden contohnya, tidak perlulah kita terlalu bergantung kepada kontrak-kontrak seperti Murabahah, Mudharabah, Musyarakah atau sebagainya, tetapi cukuplah jika kontrak itu tidak mempunyai sebarang percanggahan dengan unsur-unsur yang diharamkan seperti riba, judi, arak dan seumpamanya. Sesungguhnya sunah Muhammad itu sangat universal, boleh diamalkan oleh semua kaum, bangsa dan masa. Justeru, inilah masanya untuk kita merubah pemikiran kolot terhadap sunah, dengan meneliti aspek-aspek sunah secara menyeluruh
Artikel ini bukanlah bertujuan memperkecil pemakaian atau amalan Rasulullah s.a.w. tetapi agar kita dapat memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Pakaian dan amalan peribadi Rasulullah tetap mulia, dan amat mulialah mereka yang mampu mengamalkannya, jika dapat disesuaikan dengan realiti, tempat dan masa.
* AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
|
|
|
| |
| katak |
| 05.03.05 (9:38 pm) [edit] |
Pada suatu hari ada sekumpulan katak2 kecil yang berlumba lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama menggelilingi menara untuk meyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta.
Perlumbaan pun dimulakan. Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata. Oh!!.. Jalan terlalu susah!, mereka tidak akan boleh sampai kepuncak atau tidak ada kesempatan untuk berjaya kerana menaranya terlalu tinggi katak katak kecil mulai berjatuhan.. Satu persatu kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan2 semakin tinggi.dan semakin tinggi. Penonton pun bersorak, terlalu susah , tak seekor pun yang akan berjaya leboh banyak lagi kata katak kecil penat dan menyerah.
Tapi ada satu yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi . Dia tidak mahu menyerah kalah. Akhirnya yang lain telah menyerah menaiki menara, kecuali seekor katak yang bagitu berusaha keras dan menjadi satu2nya yang berjaya sampai kepuncak. Semua katak katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya. Se ekor peserta bertanya cara katak yan gberjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan . ternyata kata yangh menjadi peransang itu “TULI” .
Nasihat! Jangan sesekali mencengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negative ataupun pesimis. Kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan mengjauhkan darimu. Selalu fikirkan kata kata beruah yang ada. Kerana segal sesuatu yang kau dengar dan kau bawa boleh memperngaruhi perilakumu. Bersikap positif, tetapkan pendirian. Bersikap tuli jika ada yang menyatakan bahawa kamu tidak boleh mencapai cita cita mu. Selalu berfikiran I can do this.
|
|
|
| |
|
|