Titipan Kalbu


Blog For Free!


Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August

My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Free Web Counter
Free Hit Counter




Persaudaraan sebenar dibentuk atas landasan iman, ketakwaan
07.20.05 (4:56 pm)   [edit]
Oleh Zulkefli Aini


PROF Dr Yusuf al-Qaradawi (1984: 169-170) dalam bukunya Al-Sahwah al-Islamiah baina al-Juhud wa al-Tatarruf ada menceritakan bagaimana al-Syahid Hasan al-Banna, seorang aktivis dakwah di Mesir, menyelesaikan satu perselisihan yang membabitkan dua golongan di sebuah perkampungan di Mesir mengenai solat sunat Tarawih.

Peristiwa itu menyaksikan satu kelompok mahu solat sunat itu dikerjakan 20 rakaat seperti yang pernah dilakukan pada zaman Saidina Umar al-Khattab.

Satu kumpulan lagi menyatakan solat sunat itu perlu dikerjakan lapan rakaat seperti dalam hadis.

Setiap kumpulan mempertahankan pendapat masing-masing dan menyalahkan pendapat kumpulan lain. Perselisihan itu hampir membawa pertumpahan darah. Hasan al-Banna bertanya kepada kedua-dua kumpulan mengenai hukum mengerjakan solat Tarawih. Mereka menjawab hukumnya adalah sunat, iaitu orang yang mengerjakannya mendapat pahala tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan.

Seterusnya beliau bertanya kepada mereka apakah hukumnya menjaga persaudaraan sesama Muslim. Mereka menjawab, ia antara kefarduan agama dan cabang iman.

Kemudian Hasan melontarkan persoalan adakah harus dalam Islam jika meminggirkan perkara yang wajib untuk mempertahankan perkara yang sunat. Justeru, beliau meminta mereka beredar dan meninggalkan perselisihan itu jika ingin terus berada dalam kesatuan persaudaraan sebenar.

Sebagai pilihan, beliau juga meminta mereka mengerjakan solat Tarawih di rumah masing-masing bagi mengelakkan perselisihan berulang.

Kisah itu menunjukkan bahawa persoalan persaudaraan adalah perkara paling penting. Hal ini kerana persaudaraan adalah antara nikmat kurniaan Ilahi kepada manusia yang beriman dengan-Nya. Malah, ia juga nikmat paling berharga yang tidak ada tolok bandingnya dengan sesuatu di dunia.

Firman Allah bermaksud: "Dialah (Allah) yang menyatukan hati orang beriman walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka, (akan) tetapi Allah telah menyatukan mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Anfal, ayat 63).

Persaudaraan yang diikat atas dasar iman dan takwa kepada Allah ini bukan sekadar satu nikmat ketika dunia, malah rahmat Ilahi sewaktu di akhirat nanti. Rasulullah dalam hadisnya (seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Kitab Solat al-Jumaat iaitu bab orang yang duduk dalam masjid menanti untuk mengerjakan solat, 2/119, 124; dan oleh Imam Muslim dalam kitab zakat bab kelebihan menyembunyikan amalan sedekah no hadis 1031- daripada Abu Hurairah) ada menggambarkan suasana di Padang Mahsyar dengan tujuh golongan yang mendapat rahmat ini.

Rahmat perlindungan Allah ketika tiada perlindungan lain selain dikurniakan antaranya kepada mereka yang menjaga persaudaraan kerana Allah. Malah, pada hari kiamat kelak, Allah akan memanggil orang yang pada ketika di dunia saling berkasih sayang dan menjaga persaudaraan sejati kerana-Nya.

Hal ini digambarkan Rasulullah dalam hadisnya seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (dalam kitab al-Birr wa al-Silah iaitu kitab berbuat kebaikan dan menyambung silaturahim, bab al-hubb fi Allah iaitu bab berkasih sayang kerana Allah, no. hadis 2566) daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah berkata (menyeru) pada hari kiamat: Manakah orang yang saling berkasih sayang kerana kekuasaan-Ku? Hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku di mana hari ini adalah hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan-Ku."
 
SIAPAKAH PEREMPUAN ?
07.19.05 (5:49 pm)   [edit]

(susun semula oleh SITI FATIMAH AHMAD, MP RAJANG
dari DMuslimah 1996)


[b]PENGENALAN[/b]

Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak ..Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan
:

[b]1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.[/b]

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat
membimbingnya ke arah kebaikan.

[b]Perempuan tidak boleh :
1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak[/b]

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

[b]. Keadilan Allah kepada perempuan :
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan
nifas.
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.[/b]

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki ... ..membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.

[b]KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN[/b]
Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud
:

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu
wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan. "

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh
yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.
Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :

[b]" Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada
perempuan " .[/b]

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

[b]" Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara
itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya. "[/b]

[b]KUASA PUJUKAN PEREMPUAN[/b]

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

[b]1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon[/b]

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan
kekuatan agama :

[b]1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain[/b].


[b]KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN[/b]

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada
kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai
Allah.

[b]KUASA LAYANAN PEREMPUAN[/b]

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja
mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


[b]KUASA DOA PEREMPUAN[/b]

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :

" Doa ibu itu lebih cepat makbul. " Orang bertanya : " Kenapa ya Rasulllah ? " Jawab baginda : " Ibu lebih penyayang dari bapa
dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia. "

[b]KUASA TAKWA PEREMPUAN[/b]

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya
melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh
perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,
memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw :

" Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langir, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya
dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya). "

[b]KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN[/b]

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan,
wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.

Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami. Amin ya rabbal ' alamin.

[b]PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA[/b]

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

. Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkankedudukan wanita.

. Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.

[b]KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM[/b]

Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.

Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.

[b]TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM[/b]

. Tanggungjawab sebagai hamba Allah

. Tanggungjawab sebagai isteri

. Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga

. Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang


sumbangan .... salopet

 
Perempuan
07.19.05 (5:37 pm)   [edit]
petikan sebahagian dari novel 'SURAT-SURAT PEREMPUAN JOHOR'...penulis
faisal tehrani...

perempuan ini seperti dalam pengetahuan kita, terkandung dalam enam huruf...pengertian.

HURUF [b]FA[/b] itu berkaitan fasih. lidah kita org perempuan ini harus memuji allah dan rasul nya, memuji kebaikan suami dan org berbudi kepadanya. sedangkan RA itu mengenai ramah untuk bertemu jalan
allah, ramah mendapatkan petunjuk rasullah alaihi wassalam serta ramah mendapat kasih suami.

kitab itu juga mengajarkan kita huruf [b]MIM[/b] pada perempuan itu adalah sifatnya yg malu kepada allah dan kepada rasul, sayugia setelah ada segan ada silu tentu juga pandai kita memelihara suami dan malu lain
di tempat yg patut kita menaruh malu.

perempuan itu mengandungi dua huruf [b]FA[/b], dan akan huruf [b]FA[/b] kedua membawa erti percaya. perempuan harus penuh kepercyaan, tidak mengkhianat, tidak kenal ingkar, tidak bercakap dusta-dusta dan ditegah membuka jalan yg haram.

sedang [b]WAU[/b] pula seperti 'syarah bonda ampuan', adalah perempuan itu wangi kerana haruman bidadari di syurga itu kita yg warisi. kerana wangi menyejukkan hati, mendamaikan suami dan terbendunglah kita dari
menyebarkan perkhabaran busuk dan umpat-umpatan berbau bangkai.

sedang huruf akhir, [b]NUN[/b] membawa erti besar iaitu andalan. seperti permata berharga, perempuan itu memelihara dan mengenal ia baik jahat, dosa dan pahla hingga dapat menjadi andalan dirinya. yang namanya perempuan itu ialah insan yg terpercayakan.
 
Hikmah sebalik 48 keajaiban di seluruh dunia
07.19.05 (5:18 pm)   [edit]


FAKTA
Judul: Tanda-tanda Keajaiban Allah di Dunia
Susunan: Sulaiman Munshi
Penerbit: Girbal Systems Sdn Bhd
Pengulas: Hasliza Hassan

KEJADIAN penjelmaan huruf Allah dalam tulisan jawi Arab menunjukkan Allah berada di mana-mana.

Peristiwa ajaib yang berlaku di seluruh dunia bukan perkara ganjil, pelik dan menghairankan kerana dalam Islam sendiri banyak bilangan ganjil seperti bertasbih serta berwirid.

Namun, di sebalik peristiwa yang berlaku, memerlukan kita berfikir dan mengetahui hikmah di sebalik kejadian ajaib yang menunjukkan sesungguhnya kekuasaan Allah tidak terbatas.

Tragedi ombak besar tsunami pada 26 Disember lalu turut memperlihat kebesaran Allah apabila sebuah masjid di Banda Aceh, Aceh, Indonesia terus berdiri teguh walaupun keadaan sekitarnya musnah seperti padang jarak padang tekukur.

Pelbagai lagi kejadian pelik berlaku di seluruh dunia yang dijumpai antaranya perkataan Allah, tulisan jawi tiada tuhan melainkan Allah, nama Nabi Muhammad tertera pada sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, bulan dan telur ayam.

Maklumat serta gambaran itu boleh diperoleh dalam buku Tanda-tanda Keajaiban Allah di Dunia susunan Sulaiman Munshi.

Buku berkenaan memaparkan penemuan serta kejadian ganjil yang berlaku, disedari mereka yang melihatnya tetapi sukar dijelaskan secara logik.

Hakikatnya ia benar-benar berlaku seperti dicerita dan ditunjukkan oleh objek yang dijumpai.

Karya terbitan Girbal Systems Sdn Bhd yang dijual pada harga RM11, memuatkan 48 keajaiban hasil sumbangan penyumbang pelbagai bangsa dari seluruh dunia.

Sebagai bahan bacaan, buku ini cuba menjelaskan betapa sesungguhnya mereka yang berpeluang menyaksikan keindahan ilmu Allah seharusnya bersyukur dan menjadi semakin dekat kepada Allah.

Mereka yang tidak berpeluang melihat keajaiban peristiwa di sekitarnya boleh menjadikan pengalaman sahabat lain sebagai pendorong untuk memikirkan, seterusnya memahami tanda kebesaran Allah.

Bagaimanapun, jangan sekali-kali kerana objek dan peristiwa yang Allah ciptakan menjadikan kita syirik dan membuat amalan khurafat dengan memuja barang ganjil yang ditemui sehingga boleh membawa kepada perbuatan menduakan Allah.

Sesungguhnya al-Quran dan sunnah adalah rujukan dalam setiap perkara. Ia memberi petunjuk dan peringatan kepada manusia.

Tanda-tanda kekuasaan Allah boleh menyedarkan manusia agar lebih menghormati dan menyayangi Allah.
 
SIAPAKAH DIA ORANG YANG SIBUK?
07.19.05 (5:06 pm)   [edit]
SIAPAKAH DIA ORANG YANG SIBUK?

[b]Siapakah orang yang sibuk?[/b]
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

[b]Siapakah orang yang manis senyumanya?[/b]
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

[b]Siapakah orang yang kaya?[/b]
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

[b]Siapakah orang yang miskin?[/b]
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

[b]Siapakah orang yang rugi?[/b]
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

[b]Siapakah orang yang paling cantik?[/b]
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

[b]Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?[/b]Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

[b]Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?[/b]
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

[b]Siapakah orang yang mempunyai akal?[/b]
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

[b]Siapakah org yg KEDEKUT ?[/b]
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
 
Malaikat jamin lindungi orang berselawat
07.18.05 (4:02 pm)   [edit]

APAKAH kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.

Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allahmengampuni orang itu.”

Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”

Dalam satu riwayat Sufyan As Sauri menceritakan:

“Apabila bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, dia membaca selawat kepada Rasulullah. “Saya mendekatinya, lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil, justeru, hanya membaca selawat? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda?”

“Siapakah anda ini,?” tanya orang itu. “Saya Sufyan As Sauri,” jawab saya. "Baiklah akan aku ceritakan," kata lelaki tadi.

"Katanya: "Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian.

"Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain.

"Aku sedih sekali dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah.

"Aku terus bertafakur dan tertidur. "Dalam tidur, aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah, lagi tampan.

"Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya dan aku belum mengenalinya.

"Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya, hingga dia berada di sisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya." "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis.

"Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati."

"Tetapi wajahnya hitam legam. Tolonglah aku," aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan.

"Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya daripada asalnya.

"Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

"Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian dia pun hendak kembali semula dari arah yang dia datang tadi.

"Melihat dia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?

"Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.

"Aku ini Muhammad," jawabnya.

"Muhammad siapa?" aku meminta penerangan lagi.

"Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran," jelasnya.

"Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia.

"Inilah dia Rasulullah," aku berkata dalam hatiku, lidahku kelu, tidak berkata apa-apa pun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami hal buruk ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

"Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu.

"Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku dalam mimpi tadi. Wajah ayahku kembali putih bersih dan bercahaya lebih daripada mulanya," kata lelaki itu.

FAKTA: Fadilat berselawat ke atas Nabi.

Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.

Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.

Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.

Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.

Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.

Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.

Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.
 
Pembersihan jiwa perlu dilakukan secara berterusan
07.17.05 (1:54 pm)   [edit]

RASULULLAH bersabda: “Semua anak Adam (manusia) banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang bersalah ialah orang yang banyak bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).


Oleh itu, bertaubat dan mohonlah keampunan kepada Allah di atas keterlanjuran yang dilakukan, menyesali dan berazam tidak melakukan kembali dosa.

Taubat bermaksud menyesali perbuatan mungkar dan kembali mengikut segala tuntutan syarak. Sesudah hati bersih, tentulah mendapat sinar keimanan dari Allah.

Dengan bertaubat, ia dapat membersihkan diri daripada melakukan perkara mungkar dan maksiat. Hal ini menjadikan jiwa tenang, bersih dan tidak gusar mengenangkan kesalahan lalu.

Apabila bertaubat dengan sebenar-benarnya, Allah akan mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan kita benar-benar beriman dan berserah kepada-Nya.

Pembersihan jiwa daripada melakukan segala dosa dan maksiat atau kegiatan tidak berfaedah perlu dilakukan secara berterusan.

Ia tidak hanya mengikut masa kerana hidayah Allah itu tidak akan dinikmati jika seseorang itu tidak melakukan amalan secara berterusan.

Hal itu kerana jika taubat itu dilakukan selepas saja terasa diri bersalah dan kemudian mengulanginya, ia mendorong seseorang untuk mengulangi perbuatan maksiat dan kejahatan yang lain.

Selain itu, umat Islam digalakkan supaya lebih banyak beristighfar yang maksudnya memohon keampunan daripada-Nya.

Dengan beristighfar iaitu: `Astaghfirul-Lahal-Azim, allazi la ilaha illa Huwal Haiyul-Qaiyumu waatubu ilaih' (Aku mohon keampunan kepada Allah Yang Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup lagi berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepada-Nya).

Sabda Rasulullah pula: “Sesiapa membanyakkan istighfar, nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada kesenangan, setiap kesempitan ada jalan keluar dan dia diberi rezeki yang datangnya tanpa diduga.” (Hadis riwayat Ahmad).

Mengikut satu riwayat, Nabi beristighfar setiap hari tidak kurang daripada 70 kali.



Oleh itu, ucapkanlah istighfar sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya 70 kali pagi dan 70 kali petang.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Daud dan Ibn Majah daripada Ibn `Abbas, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang selalu memohon ampun (beristighfar), Allah akan menjadikan setiap kegelisahan penyelesaian baginya dan setiap kesempitan, jalan keluar dan mengurniakan rezeki (daripada sumber) yang tidak disangka.”

Istighfar mempunyai banyak keajaiban. Daripada satu sudut, ia hanya satu perkataan. Namun, dari segi zatnya, istighfar adalah penawar yang paling mujarab kepada penyakit dan musibah yang menimpa manusia, di samping menjadi pengerat hubungan dan cinta kita dengan Allah.

Makna sepenuhnya apabila kita menyebut perkataan itu ialah “Aku memohon ampun kepada Allah, Zat yang Maha Agung, yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, yang juga Zat Yang Maha Hidup, dan yang berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya”.

Selain memohon ampun dan menyatakan taubat kita kepada Allah di atas segala kekurangan dan kesalahan kepada-Nya, istighfar adalah cara terbaik untuk meminta keringanan di atas beban atau musibah yang diuji Allah untuk kita.

Allah pernah menyatakan kebaikan istighfar kepada manusia menerusi firmannya yang bermaksud, “Maka Aku katakan kepada mereka, Mohonlah ampun (istighfar) kepada Rabb-mu. Sesungguhnya, Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai,” (Surah Nuh, ayat 10-12).

~~ berita harian online ~~