 Blog For Free!
Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog


 Free Hit Counter
|
| Konsep taubat boleh bantu tingkat kecemerlangan ummah |
| 08.29.05 (6:08 pm) [edit] |
Oleh Muhammad Hisyam Mohamad
ISLAM adalah agama bersifat dinamik dan progresif. Oleh itu, orang Islam seharusnya bersifat demikian tetapi realiti yang berlaku adalah Kita suka bernostalgia mengingati masa lampau dan masih lagi leka dengan perkara-perkara yang bukan bersifat dharuriyyat (kemestian), hajiyyat (keperluan) atau apa yang dirujuk sebagai tahsinat (kesenangan).
Memang tidak salah mengimbau masa lampau, tetapi ia perlu dilakukan secara positif seperti untuk mencari pengajaran atau belajar daripada kesilapan lalu.
Adalah tidak salah kita menikmati unsur tahsinat atau kesenangan, tetapi ia hendaklah dalam batas yang dibenarkan syariah.
Disebabkan leka dengan perkara tidak mustahak, kita tertinggal jauh dalam persaingan kehidupan.
Lihatlah dunia Islam sekarang yang menjadi mangsa keadaan kerana kegagalan masyarakat Islam untuk bersaing dalam bidang politik, sosial dan ekonomi dengan penganut agama lain.
Ini menyebabkan Islam secara tidak langsung turut dilabel sebagai satu doktrin yang tidak kontemporari dan tidak sesuai untuk diguna pakai dalam zaman serba maju dewasa ini.
Perkara ini diburukkan lagi dengan kegagalan umat Islam sendiri menangkis kecaman dan tuduhan tidak benar yang dilemparkan kepada mereka.
Punca utama masalah ini berkait rapat dengan sikap orang Islam yang tidak bersatu dan tidak tahu untuk menggunakan atau mengurus kelebihan yang dikurniakan Allah demi kepentingan umat Islam sejagat.
Perkara sama terjadi kepada umat Islam di Malaysia. Orang Melayu Islam di Malaysia mempunyai banyak kelebihan sama ada yang termaktub di dalam perlembagaan atau pun yang tidak.
Berapa ramai di antara kita yang menggunakan kelebihan ini untuk memajukan diri dan masyarakat?
Kita mudah berpuas hati dengan apa yang ada menyebabkan tiada ikhtiar untuk meningkatkan tahap kepuasan yang mungkin diperoleh jika kita berusaha lebih giat lagi.
Profesor Diraja Ungku Aziz sering mengutarakan pandangan beliau mengenai pentingnya orang Melayu mengubah sikap jika mereka ingin berjaya.
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meluahkan perasaan kecewanya atas kegagalan beliau mengubah sikap orang Melayu sebelum membuat keputusan melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang pun menghadapi situasi sama di mana beliau turut berdepan dengan masalah sikap orang Melayu yang tidak bersungguh mengubah nasib mereka.
Daya saing orang Melayu tidak sehebat masyarakat Cina yang kelangsungan hidup mereka amat menakjubkan.
Letak saja mereka baik di organisasi atau penempatan yang majoritinya bukan kaum Cina, mereka mampu meneruskan kehidupan malah lebih baik daripada warga asalnya.
Apa yang tidak ada pada orang Melayu tapi ada pada kaum Cina? Rasanya kita memiliki semuanya dan apa yang kurang ialah sikap gigih berusaha ke arah kecemerlangan.
Jadi tidak hairanlah jika masyarakat Cina terkehadapan kerana berjaya menguasai pelbagai bidang kehidupan di negara kita disebabkan kegigihan mereka.
Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud, “dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Surah an-Najm, aya 39)
Adakah salah di sisi Islam jika kita mempelajari dan meniru sikap positif kaum Cina ini? Jawapannya tentu sekali tidak kerana nabi di dalam satu hadis yang diriwayatkan bersabda yang bermaksud: "Kebijaksanaan umpama tongkat yang hilang bagi seseorang mukmin. Dia harus mengambilnya dari siapa saja yang didengarnya tidak peduli dari sumber mana datangnya.” (Riwayat Ibnu Habban)
Secara jelasnya kebangkitan dan kemunduran sesuatu bangsa bergantung kepada sikap dan tindakan mereka. Perubahan sikap sebenarnya tidak perlu mengambil masa lama.
Konsep ‘mahu berubah untuk kebaikan’ sudah sedia ada dalam Islam. Konsep taubat misalnya, adalah satu konsep yang penting dalam Islam.
Malangnya kita melihat konsep itu sebagai satu cara untuk penyucian dosa semata-mata.
Seharusnya kita perlu melihat konsep taubat secara falsafah kerana proses bertaubat memerlukan kita meninggalkan perkara mendatangkan dosa secara terus, bukannya beransur-ansur.
Dalam hal berkaitan perubahan sikap orang Melayu, mengapa perlu mengambil masa yang lama untuk berubah?
Nabi Muhammad mengambil masa 10 tahun berdakwah di Makkah untuk memantapkan akidah orang Islam sebelum berhijrah ke Madinah.
Usaha Baginda turut membabitkan proses menukar persepsi dan sikap masyarakat Makkah pada masa itu daripada menyembah berhala kepada mentauhidkan Allah.
Kita pula mengambil masa 30 tahun untuk melaksanakan program Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sepanjang tempoh pelaksanaan DEB, pelbagai program pembangunan memajukan orang Melayu dilakukan. Malangnya, apabila DEB berakhir pada 1990, kita gagal mencapai apa yang digariskan.
Sehingga sekarang pun kita masih tidak mencapai apa yang perlu kita capai pada 1990.
Sekali lagi masalah sikap dikatakan menjadi punca mengapa matlamat untuk memajukan orang Melayu melalui DEB gagal. Adakah ini benar atau, strategi yang digariskan DEB kurang berkesan?
Ungku Aziz berkata, DEB tidak seharusnya menekankan peningkatan pemilikan ekuiti orang Melayu sebaliknya, menjadikan usaha membasmi kemiskinan sebagai agenda utama.
Persoalan sekarang, adakah benar situasi yang dihadapi orang Melayu berkait rapat dengan sikap mereka atau ia ada kaitan dengan polisi kerajaan atau kedua-duanya sekali.
PENULIS ialah Felo Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam Malaysia.
|
|
|
| |
| Rejab catat banyak sejarah duka Nabi Muhammad |
| 08.29.05 (6:06 pm) [edit] |
REJAB yang kita lalui kini, turut mencatat sejarah duka bagi Nabi Muhammad SAW. Apabila meneliti catatan sejarah, didapati bahawa pada Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Baginda, Nabi Muhammad benar-benar berada di puncak kesedihan. Baginda menghadapi dua musibah berturut-turut iaitu kehilangan dua insan yang sangat berjasa dan dikasihi yang pergi buat selama-lamanya menghadap Ilahi.
Peristiwa itu adalah kewafatan Siti Khadijah, isterinya. Tidak lama kemudian menyusul pula bapa saudaranya, Abu Talib.
Tahun itu adalah tahun duka cita bagi Rasulullah. Baginda bukan sekadar kehilangan seorang isteri yang menumpahkan taat setia, kasih sayang dan ketabahan luar biasa, malah Siti Khadijah menjadi sumber inspirasi dalam perjuangan Baginda.
Sebagai insan berharta, Siti Khadijah menyumbangkan sebahagian harta miliknya dengan penuh ikhlas dan rela, demi kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam usaha menegakkan risalah Islamiah.
Sokongan Siti Khadijah juga menyebabkan beban berat yang dipikul Nabi Muhammad berasa lebih ringan. Ia turut mengubat kedukaan Baginda hingga Rasulullah mendapat kekuatan dan semangat untuk mengembangkan Islam.
Siti Khadijah banyak berkorban dan memberi sokongan, baik dengan harta mahupun jiwa raganya dalam usaha pengembangan agama Islam.
Demikian juga halnya dengan kewafatan Abu Talib, bapa saudaranya yang bermati-matian membela dan melindunginya daripada ancaman orang kafir Quraisy.
Lantaran Abu Talib tergolong dalam orang yang disegani di kalangan bangsa Arab, menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Nabi secara terang-terangan.
Setelah Abu Talib dan Siti Khadijah wafat, mereka tidak lagi segan-segan mengganggu, mengejek serta mengancam Rasulullah.
Selepas Nabi Muhammad berasa ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan umat Islam tidak lagi begitu terjamin, Rasulullah memutuskan untuk pergi ke Taif.
Rasulullah berharap penduduk Taif akan menerima seruan Baginda, sekali gus membantu perjuangannya. Bagaimanapun, di luar dugaan, penduduk Taif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Baginda menerima pelbagai cacian, penghinaan dan penganiayaan.
Rasulullah kembali ke Makkah dengan perasaan hampa. Betapa beratnya penderitaan yang diterima oleh Baginda ketika itu.
Dalam keadaan seperti itu, untuk menghibur dan meningkatkan iman Rasulullah, maka Allah memerintahkan kepada Jibril agar Rasulullah melalui peristiwa Israk Mikraj.
Peristiwa yang menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad.
Israk Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian.
|
|
|
| |
| Ilmuwan Islam: Kitab perubatan Ibnu Sina jadi rujukan Barat tiga abad |
| 08.28.05 (2:32 pm) [edit] |
Oleh Hasliza Hassan
PENYELIDIKAN dan pembangunan (R&D) adalah strategi berkesan mencapai kemajuan serta meningkatkan tamadun sesuatu bangsa.
Bagi tamadun Islam, bidang penyelidikan dan pembangunan bukan perkara baru kerana tokoh ilmuwan silam, Ibnu Sina, adalah antara perintis yang mempelopori bidang perubatan moden yang dianggap perkara baru pada zaman beliau.
Hasil penyelidikan beliau itu dimanfaatkan umat manusia seluruhnya dan dikembangkan peranan serta skopnya oleh saintis dan ilmuwan selepasnya termasuk yang bukan Islam.
Episod ketiga siri Ilmuwan Islam yang disiarkan TV3 jam 9.30 malam ini, menampilkan tokoh perubatan Ibnu Sina yang berjaya menghasilkan kitab Qanun Fi Tib, sebuah buku perubatan lengkap yang menjadi rujukan di Eropah selama lima abad.
Kepakaran beliau diakui ilmuwan masa kini seperti Dr Nik Abdul Aziz Sulaiman (pakar perubatan), yang mengkaji perubatan Ibnu Sina dan kepakaran beliau membuat ujian perubatan dengan menolak segala khurafat dan tahyul.
Malam ini, penonton dibawa mengimbas kembali zaman kegemilangan Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina yang lebih dikenali dengan gelaran Abu Ali atau Ibnu Sina.
Tetapi di Barat, Ibnu Sina yang dilahirkan pada 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi lebih dikenali sebagai Avicenna.
Ibnu Sina dibesarkan dalam sebuah keluarga teguh. Ayahnya berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur.
Bapanya menyediakan seorang guru al-Quran dan kesusasteraan yang membolehkan Ibnu Sina menghafal seluruh al-Quran pada usia 10 tahun.
Ibnu Sina banyak mempelajari buku kesusasteraan. Bagaimanapun, selepas mampu menguasai ilmu itu, beliau mempelajari ilmu matematik, fikah, cara membuat penyelidikan dan perbahasan.
Beliau juga mendalami ilmu tasawuf dan falsafah. Malah, Ibnu Sina tergolong sebagai cendekiawan dalam bidang kedoktoran.
Pencapaian Ibnu Sina yang dianggap paling menonjol ialah dalam bidang kedoktoran. Ilmu ini terkandung dalam kitab karangannya Qanun Fi Tib.
Kitab ini mengandungi 20 jilid meliputi ilmu agama, politik, alam, muzik dan ubat-ubatan.
Kitab itu turut menggariskan catatan terperinci seperti hubungan penyakit batuk kering, paru-paru serta menyatakan peranan air dan debu dalam memindahkan jangkitan.
Kitab itu juga menyentuh kaitan penyakit dengan unsur psikologi, tekanan perasaan dan beberapa penyebab penyakit luar biasa.
Selain itu, kitab ini mengandungi teori proses awal pembentukan pergunungan, batu-batan dan lembah.
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Qanun Fi Tib telah diterbitkan di Rom pada 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine.
Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17, buku berkenaan dijadikan rujukan asas universiti di Itali dan Perancis.
Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan pelajar perubatan.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu menjadikan Ibnu Sina tokoh sarjana serba-boleh. Beliau bukan sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kecemerlangan bidang yang diceburinya.
|
|
|
| |
| Mengendalikan hawa nafsu termasuk jihad besar |
| 08.25.05 (2:17 pm) [edit] |
NABI Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
l Di samping faktor luaran seperti dunia, manusia dan syaitan, faktor dalaman iaitu nafsu turut mendorong manusia melakukan maksiat kepada Allah.
l Mengendalikan hawa nafsu adalah jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan.
l Orang yang mengikut hawa nafsu kerap semakin asyik dengan kesesatannya itu. Mereka, bahkan sampai tidak merasakan berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan melampaui batas.
Contohnya, muda-mudi berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan di khalayak ramai dan seumpama, sedangkan mengetahui bahawa menurut hawa nafsu mengakibatkan kehidupan moral dan akhlak mulia manusia rosak.
l Penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu memperoleh petunjuk daripada Allah seperti nafsu yang dimiliki oleh Nabi Yusuf sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya daripada segala bentuk kemaksiatan.
PETIKAN Mastika Hadis, Jakim.
|
|
|
| |
| Al-Quran rahmat, petunjuk kepada orang beriman |
| 08.25.05 (2:13 pm) [edit] |
FIRMAN Allah bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad SAW) menjadi seorang pemberi ajaran dan amaran kepada umat manusia, ia diturunkan dalam bahasa Arab yang fasih serta terang dan nyata.” (Surah al-Syuri, ayat 192 - 195)
Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah dan bukanlah satu rekaan daripada Nabi Muhammad SAW seperti didakwa oleh musuh Islam. Tuduhan ini tidak benar sama sekali kerana keindahan al-Quran bukan satu tahap yang mampu direka atau dicipta oleh manusia.
Allah mencari kepada manusia mahupun jin, jika mereka mahu mencari kehebatan al-Quran maka kumpulkanlah sebanyak mungkin mereka yang hebat-hebat. Namun, pasti mereka tidak akan mampu untuk melakukannya.
Cabaran itu dijelaskan Allah dalam surah al-Isra’, ayat 88 bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang sama dengan al-Quran ini, nescaya mereka tidak dapat membuat yang sama dengannya, sekalipun mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.”
Al-Quran perlu dibaca dan diamalkan isi kandungannya.
Selain menjadi penyembuh segala penyakit, al-Quran mempunyai hikmah besar serta pemberi rahmat dan petunjuk kepada hati setiap orang beriman.
Besarnya hikmah al-Quran, Allah memberikan pahala bukan saja pada sesiapa yang membaca, malah mendengarnya.
Atas kesedaran itu, Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB) menghasilkan album Penawar Hati: Juzuk 'Amma.
Album ini yang mengandungi bacaan al-Quran juzuk ke-30 disampaikan oleh Munif Ahmad (Hijjaz), Mohd Hazamin Harun (In-Team), Bazli Hazuan Che Osman (UNIC) dan Khalil Khusairi Tarmizi (Mestica).
Bagi memastikan ayat itu dibaca dengan tertib seperti mengikut tajwid, album yang dirakamkan di Studio Pro-DG ini mendapat khidmat Nik Azizan Nik Jaafar, salah seorang hakim Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan sebagai penasihat.
Album ini dimulakan dengan Khaidu Bil Quran kemudian disusuli dengan surah al-Fatihah, an-Naba’, an-Nazi’at, ‘Abasa, at-Takwir, al-Infitar, al-Mutaffifin, al-Insyiqaq, al-Buruj, at-Tariq, al-A’la dan al-Ghasyiah.
Ia diikuti bacaan surah al-Fajr, al-Balad, asy-Syam, al-Lail, ad-Dhuha, asy-Syarh, at-Tin, al-‘Alaq dan al-Qadar.
Bacaan seterusnya daripada surah al-Baiyyanah dan az-Zalzalah.
Surah al-‘Aadiyat, al-Qariah, at-Takathur, al-Asr dan al-Humazah, al-Fil.
Ini diikuti bacaan surah Quraisy, al-Ma’un, al-Kauthar, al-Kafirun, an-Nasr, al-Masad, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas dan diakhiri dengan doa tilawah.
Surah yang setiap satu mengandungi kelebihan tersendiri, terutama al-Fatihah memang mampu menjadi penawar hati yang duka dan gelisah.
Album ini juga boleh dijadikan panduan bagi menghafal kerana surah dalam juzuk ini pendek.
|
|
|
| |
| Bekas penguasa penjara jadi pakar ilmu falak |
| 08.24.05 (2:30 pm) [edit] |
Oleh Nasron Sira Rahim
KEPAKARANNYA dalam ilmu falak hasil minat mendalam dalam subjek matematik yang tersemai sejak kecil. Hanya ketika hampir bersara sebagai Penguasa Penjara, baru beliau didedahkan sepenuhnya dengan ilmu itu secara formal. Dalam tempoh itu, Abdul Ghani Salleh mengambil kesempatan mendalami ilmu falak menerusi kursus berkala anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam (Baheis) yang kini dikenali Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Kini, Abdul Ghani, 74, gembira dapat berbakti dalam menentukan tarikh awal Ramadan dan Aidilfitri serta arah dan waktu solat di seluruh sejak lebih 20 tahun lalu.
Pada awalnya, agak pelik apabila mengaitkan hubungan kerjayanya sebagai warden penjara dengan penguasaan dan kepakarannya dalam ilmu falak kerana ia adalah dua bidang berlainan.
Abdul Ghani membuktikan bahawa minat mendalam membolehkan seseorang itu berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Berbeza dengan kebanyakan pakar lain, beliau mula mendalami ilmu falak iaitu ilmu berkaitan kajian saintifik mengenai bulan, matahari, bintang dan planet ketika berusia 54 tahun.
Ketika kebanyakan pesara lain menghabiskan masa masing-masing dengan berehat, beliau terus mendalami ilmu falak dengan tekun dan mahir dalam bidang berkenaan kurang dua tahun. Beliau mempelajari bidang berkenaan daripada sifar hingga menjadi pakar.
Pada usia itu juga, beliau masih mampu memahirkan diri dengan program pengaturcaraan komputer yang hanya dipelajarinya menerusi buku.
“Ilmu ini masih perlu dikembangkan kerana ia masih kurang dipelajari. Mempelajari ilmu falak sekarang lebih mudah berbanding ketika saya mula mempelajarinya dulu kerana tiada kalkulator. Hanya menggunakan buku log dan mengira secara manual,” katanya.
Menyoroti sejarah kehidupannya, Abdul Ghani memperoleh pendidikan rendah di Sekolah Melayu Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu sehingga 1942.
Beliau memasuki Sekolah Pertukangan Gong Kapas sebelum menyambung semula pengajian ke darjah enam di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Pada zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau dilantik sebagai guru sementara, tetapi meletakkan jawatan sebaik tentera Jepun menyerah kalah dan berundur.
Mengenai kerjayanya sebagai Pegawai Penjara, Abdul Ghani berkata, beliau mula memegang jawatan itu sekitar 1948 apabila ditugaskan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
Tempat kerja terakhirnya di Pusat Pemulihan Akhlak Pulau Jerjak, Pulau Pinang. Di situ beliau bersara wajib dengan jawatan terakhir Penguasa Penjara, iaitu selepas 36 tahun berada dalam institusi penjara.
Ketika itu, katanya, pegawai Baheis selalu datang ke Pulau Jerjak mengadakan program di situ. Beliau meminta seorang daripada pengajarnya mengajarkan satu ilmu agama dalam tempoh singkat. Abdul Ghani kemudian dicadangkan mengikuti kursus falak di Pusat Islam.
“Saya belajar dalam kumpulan seramai 36 orang. Peserta lain semuanya dari latar belakang agama dan kebanyakannya kadi. Selepas beberapa kali belajar, saya mendapati ilmu ini mudah,” katanya.
Selepas bersara, beliau mengambil kesempatan merantau selama setahun ke Indonesia untuk mendalami lagi ilmu falak dengan pakar bidang itu di sana. Antara institusi yang pernah dilawati Abdul Ghani adalah Department Kelautan dan Department Agama Republik Indonesia. Beliau dikatakan pernah diuji untuk mengira waktu solat oleh pensyarah ilmu falak di Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Jogjakarta.
Hasilnya, pensyarah terbabit yang dikenali sebagai Drs Rahim mengakui kepakarannya dalam bidang berkenaan.
Dorongan minat mendalam serta kecekapan mengira, beliau akhirnya berjaya menguasai beberapa kaedah hitungan falak berkaitan Hitungan Pertama, menggunakan pelbagai almanak serta mampu mereka program pengiraan falak untuk kalkulator saintifik.
Abdul Ghani mula menyumbangkan kepakarannya dalam ilmu falak pada 1985 apabila diminta mengajar ilmu itu dalam kursus berkala anjuran Yayasan Islam Terengganu.
Antara sumbangannya adalah menentukan arah dan waktu solat di kira-kira 20 pelantar minyak syarikat minyak antarabangsa di perairan Laut China Selatan sejak lebih 10 tahun lalu hingga kini.
Beliau turut terbabit secara langsung dalam dengan penerbitan buku `Takwim Hijri Istilahi (001H-1500H)’ yang dikeluarkan kerajaan Terengganu menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pada 1992.
Abdul Ghani juga menghasilkan artikel dalam akhbar dan majalah berhubung ilmu falak.
Beliau pernah menyusun beberapa monograf antaranya Ilmu Falak Syarie; Ilmu Falak Syarie: Ilmu Hisab Waktu Solat; Ilmu Falak Syarie: Arah Qiblat; Ilmu Falak Syarie: Tarikh; Ilmu Falak Syarie: Hisab Awal Bulan Hijrah; Hisab Awal Bulan II dan Ilmu Falak Syarie: Hisab Gerhana Bulan.
“Saya bersedia mengajar ilmu ini di mana saja. Saya tidak mahu ilmu ini turut ‘pergi’ bersama saya dan berharap ia dapat dikembangkan terutama kepada golongan muda,” katanya yang boleh dihubungi pada 019-9151107.
|
|
|
| |
| Bughyah ath-Thullab kupas fiqh bahagian ibadat mazhab Syafie |
| 08.22.05 (7:21 pm) [edit] |
Ensiklopedia Nusantara: Oleh Wan Mohd Shaghir Abdullah
SYEIKH Daud bin 'Abdullah al-Fathani adalah ulama dunia Melayu yang paling banyak menghasilkan karya kitab dalam pelbagai disiplin ilmu.
Pada kali ini, diperkenalkan karya beliau berjudul Bughyah ath-Thullab li Murid Ma'rifah al-Ahkam bi ash-Shawab, tanpa tarikh.
Kitab ini mengandungi dua jilid. Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani memulakan karya itu dengan mukadimah. Antara kalimat beliau: "Bahawasanya beberapa nafsu (diri) yang cerdik yang menuntut bagi beberapa martabat yang tinggi sentiasa perangainya itu dalam menghasilkan beberapa ilmu syarak. Dan sesetengah daripadanya mengetahui akan furuk ilmu fiqh. Kerana bahawasanya dengan dia menolakkan akan wiswas yang syathaniyah. Dan mengesahkan akan jual beli dan segala ibadat yang diredakan .."
Masih dalam mukadimah Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani memperkenalkan pelbagai hadis mengenai ilmu pengetahuan. Selepas itu langsung memperkenalkan riwayat ringkas Imam Al-Syafie. Kandungan keseluruhan Bughyah ath-Thullab membicarakan fiqh bahagian ibadat dalam mazhab Syafie.
Pada kitab ini, pengarang menggunakan nama lengkap Daud bin 'Abdullah bin Idris al-Fathani. Beliau menulis: "Bahawa menghimpunkan beberapa masalah yang sedikit daripada Abwab al-Fiqh, daripada Kitab at-Thaharah hingga akhir Kitab al-Ummuhat, daripada kitab yang muktamad yang difatwakan."
Disebutkan pula kitab yang dirujuk adalah Minhaj dan sekalian syarahnya seperti Tuhfah oleh Syeikh Ahmad bin Hajar, Nihayah
(asy-Syamsu ar-Ramli), Mughni (Khathib Syarbaini) serta Syarh Damiri, Fath al-Wahhab dan syarahnya, Syarh Tahrir oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Anshari. Antara kitab Melayu/Jawi yang dirujuk ialah Sabil al-Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.
Cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1310 Hijrah. Dicatat pada halaman depan bahawa kitab ini dijual oleh Syeikh 'Abdullah Baz dan Syeikh Ahmad Baz, Babus Salam, Makkah. Dicetak pada bahagian tepi Nahju ar-Raghibin wa Subul at-Muttaqin juga karya Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani. Ada cetakan pada Rabiulakhir 1321 oleh percetakan yang sama. Keterangan pada halaman depan sama dengan cetakan pertama.
Ia kemudian dicetak oleh percetakan yang sama pada 1328 Hijrah yang dinyatakan sebagai cetakan ketiga. Keterangan pada halaman depan diubah, dinyatakan bahawa ditashhih dengan cermat dengan merujuk kepada naskhah tulisan pengarangnya sendiri. Dinyatakan bahawa barang siapa berkehendak kepada karangan Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani dapat dibeli di kedai Syeikh Muhammad Nur Daud al-Fathani di Qasyasyiah.
Pada cetakan ini juga didaftar hak mencetak milik ahli waris. Tercatat pada halaman depan bahawa hak mencetak milik ahli waris dengan pendaftaran pada peraturan Majlis Idarah al-Wilayah, 15 Mac 1326 Hijrah nombor 8. Nama ahli waris yang terdaftar ialah Syeikh Muhammad Daud al-Fathani. Cetakan ini atas usaha Syeikh 'Abdullah Daud dan Syeikh Muhammad Nur Daud, kedua-duanya anak Syeikh Muhammad Daud al-Fathani (Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani). Dipercayai ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani kerana ada kalimat tashhih daripada beliau, tetapi namanya tidak termaktub pada cetakan.
Bughyah ath-Thullab termasuk kitab besar, setebal 538 muka dengan ukuran 27 x 18.6 sentimeter.
Kemungkinan Nahju ar-Raghibin wa Subul at-Muttaqin, jilid 1, yang dicetak pada bahagian tepi itu adalah lanjutan Bughyah ath-Thullab. Dalam manuskrip ada catatan bahawa mula menulis Nahju ar-Raghibin pada 1226 Hijrah (jilid 1) dan selesai pada Isnin, 6 Jamadilakhir 1232.
Jilid 2 diselesaikan pada Jumaat, waktu Asar Jamadilakhir 1234. Catatan tarikh ini dan Nahju ar-Raghibin jilid 2 tidak ada dalam semua cetakan. Kandungan membicarakan hukum dan cara perniagaan dalam Islam.
Selain kitab Bughyah ath-Thullab, ada sebuah kitab lagi karya Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani berjudul Perhubungan Bughyah ath-Thullab. Nama judul berdasarkan perkara sama yang disebut pada halaman terakhir. Satu setengah halaman sebelum memasuki kitab ini ada isalah mengenai zakat yang dinyatakan sebagai petikan daripada kitab Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani.
Kitab ini tidak pernah dicetak, hanya ditemui dalam bentuk manuskrip, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Kandungan membicarakan fiqh mengenai penyembelihan, binatang yang halal dimakan serta menyenaraikan pelbagai binatang yang haram dimakan.
Antara salinan yang ditemui, lengkap dan baik ialah salinan Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu dan Syeikh 'Abdul Mubin al-Fathani di Beserah, Kuantan, Pahang. Salinan Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu diselesaikan pada Ahad, 5 Rabiulakhir 1277 dan tempat melakukan penyalinan di Makkah al-Musyarrafah.
Jika diteliti Perhubungan Bughyah ath-Thullab, ternyata banyak persamaan dengan karya beliau berjudul Kitab ash-Shaid wa az-Zabaih. Ia juga membicarakan perburuan, sembelihan serta jenis binatang yang halal dan haram dimakan. Cetakan pertama kitab ini diusahakan oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1310 Hijrah. Dicetak atas usaha Syeikh 'Abdur Rahman bin Muhammad 'Ali bin Ismail Gudang al-Fathani.
|
|
|
| |
| Empat cara untuk kekalkan keimanan |
| 08.21.05 (4:31 pm) [edit] |
Tajdid Islam: Oleh Dr Juanda Jaya
KENIKMATAN memiliki iman yang sebenar adalah cita-cita mulia setiap hamba Allah. Tetapi, ramai yang hampa ketika beribadat. Ritual yang dijalankan hanya sekadar melepas tanggungjawap fardu, tetapi di manakah kenikmatan dan kemanisannya? Apakah khilafnya sehingga diri terasa jauh daripada Allah walaupun tidak meninggalkan ibadat fardu dan sunat? Bukankah Allah berfirman dalam hadis qudsi bermaksud: "Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku melainkan seperti mereka yang mengerjakan apa-apa yang Aku fardukan ke atas mereka. Dan sentiasalah hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan yang sunat sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah mencintainya Akulah pendengaran yang dengannya ia mendengar dan Akulah penglihatan yang dengannya ia melihat dan Akulah lidah yang dengannya ia bercakap dan Akulah tangan yang ia menyentuh dan Akulah kaki yang ia berjalan dengannya." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadis di atas menerangkan bahawa sesiapa yang sudah mengerjakan fardu dan sunat dalam ibadat hariannya, semestinya akan menjadi manusia baru yang sempurna keperibadiannya. "
Tetapi mengapa hati kita tidak dapat meresapi kasih Allah itu. Mungkinkah kerana terlalu yakin sehingga melahirkan sikap berpuas hati dengan iman dan amal? Kita merasakan syurga di depan mata sedang menanti, padahal itu hanya tipu daya syaitan yang menghiasi pandangan mata. Akhirnya, kita meremehkan dosa maksiat kerana berasakan ada modal ibadat yang telah dilakukan.
Ada beberapa cara untuk mengekalkan iman dan rasa takut kepada Allah.
Pertama, ingatlah kepada roh kita ketika berada dalam rahim ibu yang dikasihi. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan ruh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan perbuatan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu ia pun mengerjakan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas cukup menakutkan bagi manusia yang memahami betapa amal salih itu belum tentu menjaminnya ke syurga kerana masih bergantung pada takdir yang tertulis di Luh Mahfuz. Betapa kita tidak berdaya, Allah yang Maha Agung menggenggam kita dengan kehendak-Nya. Jadi, kenapa rasa takut itu belum hadir ketika sembahyang atau berada di pasar? Atau ketika dihadapkan oleh dua dilema, kesusahan taat dan kelazatan syahwat? Mengapa kita masih bersuka ria, pada hal kita tidak tahu beruntung atau celaka pada akhirat nanti?
Tetapi, jangan jadikan hadis di atas sebagai pukulan yang mematikan hasrat untuk beramal. Hal ini cukup berbahaya! Hikmah hadis ini diajarkan oleh Rasulullah agar kita tidak sombong dengan amal salih dan berasa cukup terjamin dengan ibadat itu. Sehingga perasaan takut itu menjadi pemacu kepada kuat beramal ibadat.
Rasulullah bersabda: "Tidak ada seorang daripada kamu melainkan telah dituliskan tempat duduknya di neraka dan tempat duduknya di syurga." Lalu mereka berkata: "Ya Rasulullah kalau begitu maka apakah kami patut berserah saja kepada tulisan kami dan tinggalkan amal? Rasulullah bersabda: “Beramallah kamu, maka semuanya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dituliskan bagi kamu. Adapun orang yang berbahagia, maka ia akan beramal dengan amal golongan bahagia. Dan orang yang celaka, maka ia beramal dengan golongan orang yang celaka.”
Kedua, takut jika amal tidak diterima oleh Allah. Mungkin amal yang dibuat itu terlalu kotor dengan riak atau kerana terpaksa, bukan lahir dari hati dan kerana Allah. Atau mungkin beramal kerana sombong dan berasa kita yang menggerakkan tubuh badan untuk beramal. Padahal, semua itu adalah gerakan kuasa Allah Yang Maha Besar. Kerana petunjuk Allahlah kita beribadat bukan kerana semangat yang membara atau ilmu yang menggunung atau sebutan dan sanjungan manusia kepada diri kita. Tanyakan pada diri sendiri adakah amal ini tidak terjangkit oleh kuman yang merosakkannya?
Hadis Rasulullah menukilkan mengenai rosaknya amal salih: “Malaikat yang membawa amal manusia memuji-muji amal salih itu dan mempersembahkannya kepada Allah, lalu Allah berfirman: Kamu semua hanya menuliskan tetapi Aku Maha Mengetahui apa yang dikerjakannya itu bukan untuk-Ku. Musnahkanlah ia kerana ia bukan untuk-Ku.”
Ketiga, takut kepada kematian ketika beramal. Maka akan lahirlah perasaan takut kepada kuasa Allah. Kita mahu ketika ajal sampai, sedang beribadat kepada Allah dan takut kepada-Nya. Masa begitu singkat, maka gunakan ia untuk sebenar-benar penghambaan. Rasulullah bersabda: “Manusia akan dibangkitkan menurut cara kematiannya.”
Terakhir, takut kepada Allah dengan mengingati hari terpenting dalam hidup iaitu hari akhirat. Saidatina Aisyah menanyakan persoalan paling romantik kepada kekasihnya Nabi Muhammad: “Wahai kekasihku, Ya Rasulullah, di manakah tempat orang yang mencintai tidak ingat kepada yang dicintai? Jawab Baginda: “Ada tiga tempat yang ia tidak ingat iaitu: Pertama ketika ditimbang amal apakah ringan atau berat. Kedua ketika menerima catatan amal sehingga tahu dengan tangan kanan atau kiri. Ketiga ketika keluar ular besar dari neraka yang mengepung mereka dan berkata: “Aku disuruh mencari tiga jenis manusia; Orang yang syirik, orang yang kejam dan zalim serta orang yang tidak percaya dengan hari ini.”
Betapa hanya Allah layak untuk diagungkan, ditakuti, dipuji dan diminta pertolongan-Nya. Hanya orang yang diberi petunjuk dan dicurahi nikmat iman serta kasih Ilahi yang dapat merasakan takut kepada Allah pada setiap detik jantungnya.
|
|
|
| |
| LAPAN PERKARA TANDA RASA TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T. |
| 08.18.05 (3:19 pm) [edit] |
Seorang ahli fiqh, Abul Laitsi berkata: Tanda rasa takut kepada Allah S.W.T. itu jelas dalam lapan perkara:-
1. Kelihatan dalam lisannya (percakapannya): Maka dia menahan dan mencegah lisannya daripada dusta, menggibah (membicarakan aib orang lain) dan daripada berkata yang berlebih- lebihan. Bahkan dia berusaha menggunakan lidahnya untuk berzikir kepada Allah S.W.T, membaca Al Quran serta mempelajari ilmu.
2. Dia takut terhadap urusan perutnya: Maka dia tidak akan memasukkan ke dalam perutnya atau tidak mahu makan melainkan yang halal sahaja lagi sedikit, ertinya tidak mahu makan yang halal kecuali secukup hajatnya sahaja.
3. Dia takut akan urusan penglihatan: Maka dia tidak mahu melihat kepada sesuatu yang haram dan tidak mahu melihat juga kepada duniawi dengan pandangan cinta, tetapi melihatnya hanya sekadar untuk mengambil iktibar atau tauladan.
4. Dia takut akan urusan tangannya: Maka dia tidak menghulurkan tangannya dan tidak menghayunkan tangannya kepada yang haram; tetapi dia menghulurkan tangannya hanya untuk sesuatu yang menyangkut perbuatan taat kepada Allah S.W.T.
5. Dia takut akan urusan dua kakinya: Maka dia tidak berjalan dalam perbuatan derhaka kepada Allah S.W.T. bahkan selalu berjalan di dalam urusan taat kepada Allah S.W.T.
6. Dia takut dalam urusan hatinya: Maka dia hindarkan daripada hatinya rasa permusuhan, kehendak marah dan daripada rasa dengki hatinya, kehendak marah dan daripada rasa dengki kepada teman- teman. Bahkan dipenuhi hatinya dengan nasihat dan rasa kasih sayang kepada kaum muslimin.
7. Dia selalu takut dan khuatir akan kataatannya kepada Allah S.W.T. Maka dia berusaha menjadikan ketaatannya betul- betul murni dan ikhlas hanya untuk Allah S.W.T. semata- mata dan dia khuatir riak (berbuat hanya untuk dilihat dan dipuji manusia) dan perbuatan nifak (lain dikata lain di hati) atau (lain dibuat lain di hati).
8. Dia selalu takut dalam urusan pendengarannya maka dia tidak mahu mendengarkan kecuali hak atau yang benar sahaja.
|
|
|
| |
| Berdosa ikut hadis palsu bulan Rejab |
| 08.16.05 (2:28 pm) [edit] |
Oleh Mohd Shukri Hanapi
UMAT Islam ini berada dalam Rejab iaitu bulan yang ketujuh dalam kalendar Islam. Bagi sesetengah masyarakat Islam, mereka menganggap Rejab adalah bulan teristimewa kerana menyangka mempunyai banyak kelebihan.
Sebenarnya tidak thabit dalam hadis sahih yang menyatakan kelebihan Rejab. Cuma bulan ini termasuk dalam salah satu daripada empat bulan yang dilarang berperang padanya selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
Tidak dinafikan ada beberapa hadis yang sering kita dengar dalam ceramah dan penulisan mengenai kelebihan bulan ini. Malangnya, kebanyakan hadis itu berkisar sekitar daif, palsu atau tiada sandaran.
Antara hadis yang sering digunakan untuk menyatakan kelebihan bulan ini ialah: “Dalam syurga ada sebuah sungai yang bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya akan diberi minum air sungai itu.” – Hadis ini sebenarnya bertaraf daif.
Selain itu, hadis berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan, sesiapa berpuasa tujuh hari nescaya ditutup daripada tujuh pintu neraka jahanam. Sesiapa berpuasa lapan hari, nescaya dibuka baginya lapan pintu syurga.” – Taraf hadis ini juga daif.
Dalam pada itu ada hadis lagi yang berbunyi “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku.” Hadis ini munkar, malah ada sesetengah ulama mengatakan ia hadis palsu, tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan.
Ibnu Hajar al-Asqalani telah berusaha mengumpul mengenai kelebihan Rejab dalam kitabnya, Tabyin al-'Ajaib bima warada fi fadl Rajab. Namun menurut beliau, tiada satu pun hadis sahih yang menyatakan mengenai kelebihan dan fadilat puasa pada Rejab.
Tanda daif atau palsu dalam hadis kelebihan Rejab ketara sekali, terutama apabila menjanjikan pahala yang terlalu besar bagi mereka yang berpuasa atau beribadat padanya. Ulama menyatakan, janji yang terlalu besar tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan kemungkinan hadis itu dusta atau palsu.
Bagaimanapun, tiada hadis yang melarang umat Islam berpuasa pada Rejab. Oleh itu, hukum berpuasa sunat dalam bulan ini sama saja dengan berpuasa pada bulan lain, seperti puasa pada Isnin dan Khamis atau tiga hari dalam sebulan.
Namun begitu, soal kethabitan atau ketulenan sesebuah hadis perlu diambil kira. Adalah tidak wajar apa saja yang dikatakan hadis terus disebarkan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) ulama hadis terhadap kedudukannya.
Sebenarnya dengan penyebaran hadis palsu seumpama, akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara dengan begitu baik oleh ulama Islam terdahulu.
Rasulullah memberikan amaran terhadap orang yang berdusta atas namanya dengan ancaman yang berat. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis Mutawatir.
Dalam riwayat lain, Nabi menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ancaman dalam hadis ini merangkumi segala jenis pendustaan dan pembohongan ke atas Nabi sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat atau ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Dalam menghuraikan maksud hadis ini, Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi dan semua jenis pendustaan ke atas Baginda.”
Dalam Islam, pendustaan atas nama Nabi adalah jenayah amat berat. Dimaksudkan pendustaan atas Nabi adalah menyandar sesuatu perkataan, pengakuan atau perbuatan kepada Rasulullah secara dusta. Nabi langsung tidak ada kaitan dengan perkataan, pengakuan dan perbuatan yang disandarkan kepadanya.
Misalnya, menyatakan bahawa Rasulullah bersabda sesuatu yang Baginda tidak pernah bersabda, berbuat atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.
Sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai hadis atau sunnah. Adapun menyandar sesuatu kepada Nabi secara dusta, bukanlah dikategorikan sebagai hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasarkan apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’ (palsu) atau al-Mukhtalaq (rekaan).
Bukan saja membuat hadis palsu itu hukumnya haram, bahkan meriwayatkannya tanpa menjelaskan kepada pendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah haram dan berdosa.
Oleh itu, semua umat Islam wajib memandang berat perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasulullah yang menjadi sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran.
Umat Islam jangan mudah tertipu dengan dakwaan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah, sedangkan ia tidak ada hubungan langsung dengan Baginda.
Sehubungan itu, penyebaran hadis daif dan palsu mengenai kelebihan Rejab ini hendaklah dihentikan agar jangan sampai masyarakat melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala, sedangkan dosa besar pula yang diperoleh akibat menyebar dan beramal dengan hadis palsu seperti ini.
|
|
|
| |
| Mengunjungi masjid - Tujuh adab dan hukumnya |
| 08.14.05 (2:44 pm) [edit] |
Oleh MUHAMAD ADIB MOHAMED SAAT
MASJID merupakan sebuah institusi yang paling utama dan penting dalam sejarah tamadun Islam. Dahulunya, masjid bukan sahaja sebuah bangunan atau tempat untuk beribadat bagi umat Islam, malahan sebagai bilik mesyuarat, bangunan pentadbiran, medan penyebaran maklumat, tempat menyelesaikan masalah dan kubu pertahanan yang paling kental.
Allah s.w.t. mengangkat martabat dan darjat masjid ke tempat yang paling tinggi dengan menyandarkan perkataan masjid kepada diri-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah at-Taubah, ayat 18 yang bermaksud:
Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian (Hari Akhirat), serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) melainkan kepada Allah, maka merekalah orang yang diharapkan untuk tergolong di dalam golongan yang mendapat petunjuk.
Justeru, sejarah membuktikan bahawa perkara pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah membina masjid dan memakmurkannya. Masjid bukanlah tempat yang dikhususkan untuk menunaikan ibadat kepada Allah semata-mata, malahan sebagai tempat untuk menzahirkan syiar Islam serta sebagai sebuah institusi pendidikan yang amat praktikal dalam melahirkan generasi-generasi Islam yang unggul.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiah pernah menyebut di dalam kitabnya yang terulung, Majmu`at al-Fatawa (35/29): Salah satu tempat penyatuan dan perkumpulan yang strategik untuk umat Islam ialah masjid. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. mengasaskan Masjid Nabawi dengan menerapkan nilai takwa sebagai paksinya.
Di dalamnya umat Islam bersembahyang, membaca al-Quran, berzikir mengingati Tuhan, menimba ilmu pengetahuan dan berdiskusi tentang kehidupan di dunia dan di akhirat.
Terdapat beberapa adab dan hukum-hukum yang dititikberatkan oleh agama Islam berkenaan masjid. Berikut ialah adab-adab serta hukum-hukum yang sepatutnya diamalkan oleh umat Islam ketika mengunjungi masjid:
1) Ikhlaskan niat ketika pergi ke masjid.
Allah berfirman dalam Surah al-Bayyinah ayat 5 bermaksud: Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan (niat yang ikhlas) kepada-Nya dalam (menjalankan agama dengan lurus.
2) Mengambil wuduk sebelum pergi ke masjid.
Dalam Mu'jam at-Tabrani al-Kabir diriwayatkan daripada Sulaiman bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagaiamana bermaksud: Sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya dan diperelokkan wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid, maka dia adalah tetamu Allah, dan menjadi kewajipan ke atas orang yang dilawati untuk memuliakan tetamunya.(Sahih Targhib, 322)
Daripada Abu Umamah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan yang bersih untuk menunaikan solat fardu, maka pahalanya adalah seumpama menunaikan haji. (Riwayat Abu Daud dan dihasankan oleh Al-Bani di dalam Sahih al-Targhib, 320).
3) Sentiasa tenang dan tidak tergopoh-gapah ketika menuju masjid.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Jika kamu terdengar iqamat, maka berjalanlah kamu ke tempat solat dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Apa yang kamu sempat, maka solatlah, dan apa yang tertinggal maka sempurnakanlah. (Muttafaqun `alaihi).
4) Dilarang membunyikan jari di dalam masjid.
Di dalam hadis Ka`ab bin A'jrah, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Jika kamu berada di dalam masjid, janganlah kamu membunyikan jari-jari kamu kerana kamu seolah-olah berada dalam sembahyang ketika kamu menunggu untuk menunaikan sembahyang. (Riwayat Ibnu Hibban dan terdapat di dalam Sahih al-Targhib, 294).
5) Berhias.
Allah berfirman di dalam Surah al-A'raf ayat 31 bermaksud: Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali memasuki masjid.
Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini, mengatakan: ``Berdasarkan ayat ini dan apa yang disebut di dalam hadis Rasulullah, kita disunatkan untuk berhias ketika menunaikan solat, terutamanya ketika menunaikan Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. Kita juga disunatkan untuk memakai wangi-wangian kerana ia juga merupakan salah satu jenis perhiasan di dalam Islam. Selain itu, bersiwak dan memakai pakaian putih juga merupakan sunah dan amalan Rasulullah.''
6) Disunatkan untuk Solat Tahiyat al-Masjid.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Jika salah seorang daripada kamu memasuki masjid, janganlah kamu duduk melainkan kamu solat dua rakaat. (Muttafaqun `alaihi).
7) Dilarang menjadikan masjid tempat laluan.
Diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Jangan menjadikan masjid-masjid sebagai tempat laluan atau jalan melainkan sebagai tempat mengi- ngati Allah dan tempat sembahyang. (Riwayat Tabrani dan dihasankan oleh al-Bani di dalam Sahihah, 1001 dan Sahih at-Targhib, 295).
Diriwayatkan daripada Abdulullah Ibn Mas`ud bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya salah satu tanda di antara tanda-tanda Hari Kiamat, ialah seorang lelaki berjalan di dalam masjid tanpa menunaikan sembahyang dua rakaat di dalamnya. (Riwayat Ibn Khuzaimah dan disokong oleh al-Bani di dalam Sahihah, 649).
Kesimpulannya, masjid mempu-
nyai darjat dan makam yang tinggi di dalam Islam yang patut kita agungkan dan kita hormati. Justeru, berdasarkan tujuh adab yang disebutkan di atas, marilah kita sama-sama menghormati dan memakmurkannya de-ngan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Semoga setiap amalan yang kita laksanakan dari hari ke hari akan mendapat ganjaran yang selayaknya daripada Allah s.w.t. di akhirat kelak.
~~ Utusan online ~~
|
|
|
| |
| Kemarahan Nabi s.a.w. |
| 08.14.05 (2:40 pm) [edit] |
SEORANG Badwi datang menjual ternakannya di Mekah. Abu Jahal yang melihatnya, kononnya bersedia membeli ternakan Badwi itu. Abu Jahal pun menyuruhnya menghalau ternakannya itu ke kandang milik Abu Jahal. Dia berjanji membayar pada keesokan harinya. Badwi itu datang semula menemui Abu Jahal keesokan harinya tetapi Abu Jahal berjanji hendak membayarnya pada hari yang lain pula. Setiap kali Badwi itu datang, Abu Jahal terus menangguhkan pembayarannya sehingga dia terpaksa tinggal di Mekah beberapa hari lamanya.
Dia cuba melaporkan perkara ini kepada para pemimpin Quraisy yang lain tetapi tidak seorang pun yang mahu menolongnya. Akhirnya setelah merasa berputus asa, Badwi itu masuk ke Masjidilharam. Sekali lagi dia bertemu dengan pemimpin Quraisy dan meminta bantuan mereka untuk mendapatkan wang daripada Abu Jahal. Salah seorang pemimpin Quraisy yang ada di situ menasihatkannya supaya meminta tolong kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang sedang duduk dekat Kaabah.
Sebenarnya tujuan pemimpin Quraisy ini hendak mempermainkan Rasulullah, kerana semua orang tahu Abu Jahal sangat sombong dan benci kepada Rasulullah. Oleh itu mustahil Rasulullah boleh meminta wang daripada Abu Jahal. Badwi ini pula tidak tahu apakah yang sebenarnya terjadi antara Rasulullah dengan Abu Jahal.
Dia pun pergi menemui Rasulullah dan melaporkan perkara itu kepada Baginda.
Selepas berbicara dengan Badwi itu, Rasulullah terus berdiri dan diajaknya Badwi itu mengikutinya. Mereka berdua menuju ke rumah Abu Jahal.
Sampai di rumah Abu Jahal, Rasulullah mengetuk pintu rumahnya dan dipanggilnya Abu Jahal dengan suara kuat.
Abu Jahal segera membuka pintu dan Rasulullah segera memegang leher baju Abu Jahal sambil berkata, ``Jelaskan sekarang juga hutang anda kepada orang ini!''
Pada masa itu tubuh Abu Jahal gementar dan mukanya nampak ketakutan. Abu Jahal menurut sahaja apa yang diperintahkan oleh Rasulullah.
``Baiklah aku akan jelaskan sekarang,'' katanya. Abu Jahal pun masuk ke dalam biliknya dan keluar dengan pundi-pundi berisi wang yang diserahkan kepada Rasulullah, dan Baginda pun menyerahkan wang itu kepada Badwi tadi.
Kemudian Rasulullah kembali lagi ke masjid bersama Badwi itu. Dengan hati gembira Badwi itu menceritakan kepada mereka yang berada di masjid. Sementara itu Rasulullah kembali bertafakur berhampiran Kaabah. Tidak lama kemudian Abu Jahal pun datang ke masjid dan mereka yang ada di masjid itu pun bertanya kepadanya tentang kebenaran cerita Badwi itu. Abu Jahal menyatakan bahawa ketika namanya dipanggil Rasulullah, jiwanya sudah mulai berasa takut. Setelah pintu rumah dibukanya, dilihatnya di belakang Rasulullah seekor ular yang sangat besar dan menakutkan. Lantaran takut dia tidak dapat membantah apa yang diminta oleh Rasulullah.
Di sini dapat diambil iktibar bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. tidak merasa takut kepada Abu Jahal setelah menerima segala caciannya. Tetapi Baginda marah ketika menerima aduan bahawa Abu Jahal menzalimi orang yang lemah.
Dengan kerjasama Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
|
|
|
| |
| Perkara membatalkan iman wajib dihindari sama sekali |
| 08.08.05 (10:35 pm) [edit] |
MENSYIRIKKAN Allah adalah dosa yang paling besar. Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik menyekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan yang sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." (Surah al-Nisa', ayat 48). Firman-Nya lagi bermaksud: "Dan (ingatlah) tatkala Lukman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Lukman, ayat 13).
Dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik, katanya: “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman yang maksudnya: Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, Aku akan mengampuni bagimu di atas dosa yang ada padamu dan Aku tidak peduli wahai anak Adam! Walaupun dosamu telah sampai ke langit, kemudian engkau memohon keampunan-Ku, nescaya Aku ampuni bagimu. Dan Aku tidak peduli wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi, kemudian itu engkau menemui Aku padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku berikan kepadamu keampunan dengan sepenuh bumi." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Dosa yang bukan kerana mensyirikkan Allah, masih ada harapan untuk mendapatkan keampunan daripada Allah. Ini menunjukkan rahmat dan belas kasihan Allah kepada orang yang melakukan dosa, asalkan bukan dosa menyekutukan-Nya.
Akhirnya, sebagai generasi Islam Hadhari menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam menghindari perkara yang boleh membatalkan iman. Malah, prinsip pertama dalam Islam Hadhari menekankan soal keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sehubungan itu, segala hal ehwal kehidupan hendaklah bertunjangkan al-Quran dan sunnah serta sentiasa berpegang teguh pada akidah dan syariat Islam.
~~ berita harian online ~~
|
|
|
| |
| Nasehat berguna |
| 08.03.05 (2:48 pm) [edit] |
NASEHAT BAGI ORANG YANG SELALU MENGIKUTI TERBITAN MAJALAH DAN TIDAK PERNAH MENYENTUH AL-QUR'AN.
Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Baz
Pertanyaan. Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Apa nasehat bagi orang yang pada saat yang lama tidak pernah menyentuh Al-Qur'an tanpa udzur, bahkan ada yang selalu mengikuti majalah yang tidak bermanfaat ?
Jawaban. Di sunnahkan bagi setiap muslim lelaki dan perempuan untuk memperbanyak bacaan Al-Qur'an dengan memperhatikan arti dan maknanya, baik dengan membacanya dari mushaf langsung atau dengan menghafalnya, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.
"Artinya : Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran" [Shaad : 29]
"Artinya : Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugrahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karuniaNya. Sesunguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri" [Fathir : 30]
Membaca disini mencakup pula mengamalkan, membaca dengan memperhatikan arti dan maknanya. Ikhlas karena Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam membaca Al-Qur'an adalah sarana untuk bisa mengamalkannya, dan ada pahala yang besar sebagaimana disabdakan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
"Artinya : Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan memberikan syafaat bagi yang membacanya pada hari Kiamat" [Hadits Riwayat Muslim dama Shahih-nya]
"Artinya : Yang paling baik di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya" [Hadits Riwayat Al-Bukhari dalam Shahih-nya]
"Artinya : Barangsiapa! membaca satu huruf dalam Al-Qur'an, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan pahalanya dilipatkan menjadi sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan bahwa alif lam mim adalah satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf"
Diriwayatkan dari beliau bahwa beliau berkata kepada Abdullah bin Amr bin 'Ash, "Bacalah Al-Qur'an (sampai tamat) setiap bulan". Abdullah bin Amr bin 'Ash berkata. "Saya bisa membacanya lebih dari itu". Beliau berkata : Khatamkanlah dalam tujuh hari". Dan para sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mengkhatamkan Al-Qur'an dalam tujuh hari.
Nasehatku untuk para pembaca Al-Qur'an, perbanyaklah bacaan Al-Qur'an dengan memperhatikan arti dan maknanya, ikhlas karena Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencari faedahnya dan ilmunya, mengkhatamkannya dalam waktu setiap bulan, kalau bisa kurang dari itu. Itu adalah suatu kebaikan yang agung. Boleh juga mengkhatamkannya kurang dari t! ujuh hari, tapi jangan lebih cepat dari tiga hari, karena bisa menyebabkan tergesa-gesa dan tidak memperhatikan maknanya. Dan tidak boleh baginya untuk membaca Al-Qur'an kecuali apabila dalam keadaan suci. Tapi apabila membacanya dengan hafalan, maka tidak apa-apa membaca tanpa wudhu. Tapi bila dalam keadaan junub, tidak boleh baginya untuk membacanya, baik dengan membaca dari mushaf maupun dengan hafalan hingga ia mandi, berdasarkan hadits riwayat Imam Ahmad dan penulis kitab-kitab Sunan dengan sanad hasan, dari Ali Radhiyallahu 'anhu bahwasanya ia berkata : "Adalah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak ada yang menghalanginya dari membaca Al-Qur'an kecuali junub"
[Fatawa Mar'ah, 2/96]
[Disalin dari kitab Al-Fatawa Al-Jami'ah lil Mar'atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita-3, hal 298-300, Darul Haq]
sumber http://www.almanhaj.or.id
|
|
|
| |
|
|