Titipan Kalbu


Blog For Free!


Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August

My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Free Web Counter
Free Hit Counter




Empat syarat hidupkan hati dengan al-Quran
10.18.05 (2:38 pm)   [edit]




HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.



Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra', ayat 9).

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud: “Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4).

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat.

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra', ayat 78).

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" (Surah Muhammad, ayat 24).

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan 'ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)


Oleh Mohd Shukri Hanapi
 
Sempat ker kita...
10.13.05 (3:29 pm)   [edit]
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...

sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan
orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065...




c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...

Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... .



Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... .

Wallahu'alam...

Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...

Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...



Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian... Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan Islam anda... Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T... .

 
Planet Bumi dilanda musibah
10.12.05 (2:13 pm)   [edit]

Malapetaka alami bagaikan menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Malapetaka itu berskala besar dan kesannya terhadap manusia juga amat besar. Banyak yang terkorban dan kerosakan yang menyusul melangkau jumlah berbilion-bilion ringgit.

Mungkin dengan kekerapan kejadian bencana alam yang meningkat ia akan menimbulkan kepercayaan bahawa Bumi semakin tidak selamat untuk manusia. Musibah yang menimpa tidak mengira status bangsa dan agama. Musibah boleh terjadi di negara maju mahupun di negara miskin atau sedang membangun.

Gempa bumi yang berlaku di sekitar Pakistan dan India baru-baru ini merupakan bencana alam terkini. Sebelum itu taufan Katrina, Rita dan tsunami di Sumatera telah membaham sejumlah besar nyawa baik kanak-kanak mahupun orang tua.

Bagaimanapun ahli sains tidak melihat fenomena bencana alam berskala besar itu sesuatu yang luar biasa. Misalnya ahli seismologi, Seth Stein dari College of Arts and Sciences, Northwestern University Weinberg berpendapat semua kejadian bala itu merupakan perkara biasa, setidak-tidaknya yang berkaitan dengan gempa bumi.

Alasan beliau adalah kekerapan kejadian gempa bumi selama berjuta tahun lalu masih mengikut corak biasa. Fenomena gempa bumi cuma memperlihatkan bagaimana bumi kita berfungsi.

Berdasarkan pada rajah di atas kegiatan gempa bumi sentiasa berlaku pada Bumi, cuma skalanya yang berbeza. Gempa bumi daripada magnitud kuat hingga sangat kecil sering berlaku, gempa jenis ini tidak bersifat memusnahkan nyawa atau harta benda, kalau ada pun ia tidak menjejaskan dengan teruk mutu hidup manusia yang menjadi mangsanya. Gempa bumi adalah kegiatan alamiah yang berlaku pada lapisan kerak bumi. Ia telah berlaku sejak zaman silam lagi.

Mengikut Survey Geologi Amerika Syarikat (USGS), pada puratanya terdapat sekurang-kurangnya satu kejadian gempa bumi bermagnitud 8 mengikut skala Richter berlaku setiap tahun dan lebih kurang 17 kejadian gempa bumi bermagnitud 7-7.9 berlaku sepanjang tahun 1990-an.

Tempat yang paling cenderung dilanda gempa bumi di planet kita ialah Alaska. Alaska berada pada wilayah seismos yang paling aktif sekali berbanding dengan kawasan-kawasan lain.

Alaska pada hampir setiap tahun akan mengalami gegaran bumi bermagnitud 7 atau lebih, sementara tiada gempa bumi yang dalam kategori besar telah berlaku pada persekitaran Dakota Utara sejak zaman silam.

Gempa bumi yang terbesar berlaku pada plat-plat persempadanan di mana dua plat berinteraksi. Gempa bumi terbesar berlaku tatkala satu plat menyonsor ke bawah plat yang satu lagi. Mengikut Seth Stein lagi, kedua-dua gempa bumi yang berlaku di Sumatera dan Pakistan kerana terjadinya seperti yang dijelaskan di atas.

Gempa bumi di Sumatera berlaku tatkala plat India menyonsor ke bawah plat Burma dan gempa bumi di Pakistan pula terjadi kerana plat India menyonsor ke bawah plat Eurasia.

Bagaimana pula dengan kejadian ribut dan taufan berskala besar? Ribut dan taufan berskala besar seperti yang kita ketahui boleh memaksa sebuah populasi dalam sebuah wilayah itu berhijrah atau dipindahkan ke tempat lain yang lebih selamat.

Ada pendapat mengatakan bahawa ribut dan taufan berskala besar kian meningkat jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada masa lalu. Antara tahun 1970 hingga 1994 terdapat purata sembilan ribut tropika di Lembangan Atlantik. Tujuh di antara ribut itu bertukar menjadi puting beliung, iaitu angin ribut yang berkelajuan melebihi 135 batu sejam.

Pada tempoh 1995 hingga 2004 jumlah ribut melonjak sebanyak 14 dan 12 puting beliung. Tahun 2005 menjadi rekod, kerana bukan sahaja jumlah ribut telah meningkat tetapi skala dan intensitinya juga bertambah. Data-data berkenaan itu dibekalkan oleh National Center for Atmospheric Research (NCAR).

Saintis yang membuat analisis mendapati terdapat putaran tempoh gelombang dan sepi sepanjang beberapa dekad sejak pertengahan tahun 1800-an. Kejadian ribut bukan satu fenomena serentak dalam satu tempoh melainkan ia adalah kali pertama bagi ramai manusia yang telah menghuni di persisiran pantai semasa ribut taufan itu berlaku.

Ketua Analisis Cuaca NCAR, Kevin Trenberth berpendapat bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah terjadinya fenomena bencana alam itu. Faktor-faktor itu termasuklah fenomena pemanasan global, keberubahan alam dan juga El-Nino.

El-Nino ialah fenomena pemanasan perairan pada belahan pantai timur Amerika Selatan yang berlaku secara alamiah setiap empat hingga 12 tahun. Apabila El-Nino muncul maka suhu lautan kian meningkat. Ia pula mengubah putaran atmosfera lalu membina pemanasan berlebihan pada Samudera Atlantik. Ketika permukaan Samudera Atlantik memanas, lebih banyak air laut menyejat ke atmosfera, lantas memberi laluan kepada pembinaan ribut tropika.

Sementara pemanasan global pula diyakini sebagai menyumbang kepada terbentuknya puting beliung dengan cara yang sama, mula-mula permukaan samudera dipanaskan dan seterusnya menyumbang banyak lembapan ke atmosfera.

Begitulah dinamik proses di atmosfera mahupun di lapisan kerak luar Bumi. Semua aktiviti alamiah itu menyumbang menjadi fenomena gempa bumi mahupun ribut dan taufan. Itu sebahagian kegiatan alamiah Bumi. Bukan perkara luar biasa seperti anggapan sesetengah pihak.


Oleh Ramli Abdul Samad

 
Hayati peristiwa Nuzul al-Quran asas keimanan
10.12.05 (2:04 pm)   [edit]

ALLAH memuliakan Ramadan melebihi bulan lain, dengan memilih suatu malam yang penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa yang paling sesuai diturunkan kitab suci al-Quran.

Selain al-Quran, beberapa kitab suci lain diturunkan Allah pada bulan mulia ini seperti suhuf Nabi Ibrahim yang diturunkan pada permulaan Ramadan, Taurat hari ke-6 dan Injil pada hari ke-13 Ramadan.

Berdasarkan peristiwa penurunan kitab suci (al-Samawi) pada Ramadan, jelaslah betapa agung dan mulianya bulan ini.

Dimaksudkan dengan penurunan al-Quran pada Ramadan ialah penurunan dari Luh al-Mahfuz ke Bayt al-'Izzah di langit dunia secara keseluruhan (jumlatan wahidatan), kemudian baru diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah saw selama 23 tahun.

Ini berdasarkan firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam penuh berkat." (Surah al-Dukhan ayat 3). Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan." (Surah al-Qadr, ayat 1). Firman-Nya bermaksud: "Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan batil)." (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran ini seharusnya dihayati oleh umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah.

Selain itu, ia adalah asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, malah satu-satunya agama diredai Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah (agama) Islam." (Surah Ali Imran, ayat 13).

Melalui peristiwa besar dan agung ini, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan jelas dengan berpandukan petunjuk dan pedoman yang diwahyukan oleh Allah.

Sungguh banyak keterangan dalam al-Quran dan hadis Nabi bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman. Lebih-lebih lagi jika kita ingin mencapai darjat muttaqin, iaitu orang bertakwa.

Allah berfirman bermaksud: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa." - (Surah al-Baqarah, ayat 2)

Jadi al-Quran diturunkan oleh Allah ke muka bumi ini bukanlah semata-mata untuk dibaca atau dilagukan saja, tetapi yang lebih utama bagi dijadikan panduan atau pedoman hidup. Itulah sebab al-Quran dikatakan sebagai iman bagi umat Islam. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah bermaksud: "Dijadikan iman untuk diikuti."

Al-Quran memiliki beberapa nama yang menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Di antara namanya ialah al-Nur (cahaya yang menerangi), al-Furqan (yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil), al-Zikr (yang memberi peringatan) dan al-Quran (kitab bacaan).

Kalau kita gemar membaca al-Quran, maka kegemaran itu sangat baik dan wajar diteruskan. Ini bersesuaian dengan makna al-Quran adalah kitab bacaan.

Tetapi, bagaimana seharusnya sikap kita, agar al-Quran boleh berperanan sebagai cahaya menerangi hidup dan pembeza antara hak dan batil serta memberi peringatan? Bolehkah al-Quran berperanan sebagai cahaya penerang dan pembimbing hidup jika kita tidak memahami isi kandungannya.

Kalau tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah untuk memperhambakan diri kepada-Nya iaitu dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, maka penghambaan kita kepada Allah tidak akan sempurna tanpa memahami kehendak-Nya. Semua kehendak Allah tercatat dalam al-Quran.



Oleh Mohd Shukri Hanapi
 
Empat zikir harus dilakukan sepanjang Ramadan
10.12.05 (2:02 pm)   [edit]


DOA dan Ramadan saling berkaitan antara satu sama lain. Banyak riwayat yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah.

Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: "Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah." (Riwayat al-Baihaqi).

Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan.

Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.

Kaitan doa dengan Ramadan amat dekat kerana ayat mengenai galakan berdoa iaitu ayat 186, surah al-Baqarah, disebut selepas ayat kewajipan berpuasa.

Dalam ayat berkenaan, Allah berfirman bermaksud: "Dan apabila hambaku bertanyamu mengenai Aku, maka jawablah bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa apabila dia memohon kepada-Nya."

 
Jangan puasa yang yang yok!’
10.12.05 (2:00 pm)   [edit]




PEJAM celik, pejam celik, umat Islam sekali lagi mengerjakan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Sebagai umat Islam, bulan Ramadan seharusnya direbut untuk melakukan segala amalan yang disuruh Allah S.W.T untuk mendapat ganjaran di akhirat kelak.

Ibadat ini bukan sekadar menahan lapar malah mengekang diri daripada segala hawa nafsu syaitan. Namun, ada juga ‘suara-suara’ yang mengeluh menyambut ketibaan Ramadan apatah lagi ketika berjuang menahan lapar.

Pasti ramai yang ada sejarah sendiri, pengalaman malah cerita lucu sepanjang Ramadan, terutama ketika zaman kanak-kanak. Pasti ada yang mengalami situasi ‘puasa yang-yang yok’..pagi-pagi buka periuk atau ‘pura-pura puasa’, sedangkan sebenarnya hati tersenyum lebar dek kerana kekenyangan.

Pendek kata, macam-macam kisah. Justeru, sempena bulan penuh keberkatan ini, i-Kon bercerita mengenai amalan berpuasa bagi umat Islam, di samping kesan amalan berpuasa dari segi kesihatan manusia, pengalaman saudara baru mengerjakan ibadat puasa, pandangan masyarakat bukan Islam yang rakannya berpuasa serta menu sesuai sebagai diet menahan lapar ketika berpuasa.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Makanan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Wan Chak Pa’ Wan Chik, berkata bulan Ramadan perlu dimanfaatkan umat Islam dengan menjaga bentuk pemakanan selari dengan konsep piramid makanan yang betul.

Beliau berkata, amalan berpuasa yang ditetapkan dalam Islam, jika diperhatikan dari sudut kesihatan, ia sangat memberikan kesan positif dalam membantu tubuh badan menstabilkan semula aliran darah dalam badan, proses penghadaman dan fungsi otak secara keseluruhan.

Malah, kebaikan berpuasa jelas dapat dilihat dari sudut perubatan yang kadang kalanya memerlukan seseorang pesakit berpuasa.

Katanya, umat Islam juga perlu merebut peluang di bulan Ramadan untuk membentuk semula diet pemakanan yang betul, sekali gus mengembalikan semula berat badan yang ideal.

“Secara peribadi, saya perhatikan ramai umat Islam di negara ini seakan-akan ‘merayakan’ bulan Ramadan dengan menikmati sajian makanan yang sangat berat ketika tiba waktu berbuka puasa.

“Keadaan ini sebenarnya lari daripada konsep amalan berbuka puasa sendiri. Sebagaimana di negara Arab, mereka cuma mengambil kurma, yogurt dan susu segar saja sebagai santapan ketika berbuka puasa,” katanya kepada i-Kon.

Beliau berkata, masyarakat tidak seharusnya tergopoh-gopoh menikmati sajian berbuka puasa, apatah lagi dengan mengambil bentuk makanan yang berat dan mengandungi kandungan makanan yang tidak seimbang.

Wan Chak berkata, pengambilan makanan yang sederhana membantu perut daripada mengalami ‘kejutan’ selepas satu tempoh yang lama tidak menerima sebarang bentuk makanan.

Katanya, adalah penting bagi seseorang memulakan sajian berbuka puasa dengan makanan yang padat dengan zat, susu segar, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memelihara organ dalaman dan kesihatan diri.

“Walaupun di bulan Ramadan, pengambilan air minuman sebanyak lapan gelas sehari tetap diperlukan. Justeru, perlu dipastikan air diminum sepanjang tempoh berbuka hingga waktu bersahur,” katanya yang banyak memberi ceramah berkaitan panduan bentuk makanan ideal.

Ikuti keterangan lanjut menerusi temu ramah i-Kon bersama Wan Chak.

Berapa lama perut mampu bertahan tanpa makanan?

Sebenarnya perut mampu bertahan tanpa makanan berhari-hari, namun sistem tubuh akan lemah jika tidak mempunyai air yang mencukupi. Justeru, adalah penting bagi seseorang menikmati air minuman yang cukup untuk tenaga.

Bentuk pemakanan yang sihat untuk menahan lapar ketika berpuasa?

Semestinya kita memerlukan bentuk pemakanan yang sihat untuk menahan lapar selama lebih daripada 10 jam. Penting bagi kita mengambil makanan yang kaya dengan sumber karbohidrat, protein dan tinggi kandungan serat.

Apakah kebaikan amalan bersahur?

Agama Islam sendiri menggalakkan umatnya bersahur dan perlu bagi kita mendapatkan bentuk makanan yang seimbang mengikut piramid makanan sihat. Lebihkan hidangan dengan hidangan kompleks karbohidrat, tinggi serat dan hidangan sayuran dan buah-buahan.

Menu yang patut didahulukan ketika menikmati juadah berbuka puasa?

Sebaik-baiknya mulakan dengan manis kurma. Walaupun mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi ia bagus untuk mengembalikan kekuatan minda. Selain itu, minumlah jus buah-buahan selepas tubuh badan kehilangan banyak air di siang hari. Sajian panas seperti bubur lambuk dan sup juga baik sebagai sajian awal.

Terangkan kesan pesakit gastrik yang meneruskan puasa?

Pada pendapat saya, pesakit gastrik boleh memulakan amalan berpuasa ketika bulan Rejab dan Syaaban. Tidak ada masalah bagi pesakit gastrik sebenarnya untuk berpuasa, cuma elakkan daripada mengambil makanan yang pedas, makanan berangin dan minuman bergas untuk mengelakkan gangguan pada perut. Saya menyarankan, pengidap gastrik supaya menemui doktor untuk mendapatkan panduan menu sesuai bagi mereka.

Nasihat puan bagi kanak-kanak yang berpuasa?

Tidak ada masalah bagi kanak-kanak yang ingin berpuasa. Peranan ibu bapa penting dalam memastikan bentuk makanan yang padat dengan zat, susu, sayuran dan buah-buahan sebagai menu makanan sesuai untuk kanak-kanak.



‘Oleh Fairuz Zaidan
 
Hanya sebahagian syaitan dibelenggu sepanjang Ramadan
10.06.05 (1:46 pm)   [edit]



SAYA terbaca hadis bermaksud ”....pada Ramadan semua pintu syurga terbuka dan semua pintu neraka tertutup.” Apakah yang dimaksudkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW ini.


Pada Ramadan semua syaitan dibelenggu, tetapi mengapa pula sepanjang bulan mulia itu ada orang Islam yang tidak berpuasa dan melakukan perkara yang mungkar? Apakah kemaksiatan atau dosa itu tidak ada campur tangan daripada syaitan?

HADIS yang menyatakan bahawa syaitan dibelenggu pada Ramadan adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh sejumlah ulama hadis seperti Imam Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibnu Huzaimah.

Daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila Ramadan tiba, maka pintu syurga akan dibukakan dan pintu neraka akan ditutup serta syaitan akan dibelenggu." (Riwayat Bukhari No. 1898 dan Muslim 1079)

“Dibukanya pintu syurga dan ditutupnya pintu neraka pada Ramadan...” Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari menyebutkan ada beberapa kemungkinan:

l Pertama, memang benar pintu syurga dibuka selebar-lebarnya pada Ramadan dan pintu neraka ditutup. Sehinggakan tidak ada orang yang dimasukkan ke neraka selama sebulan itu. Inilah yang memberikan semangat kepada hamba Allah untuk memperbanyakkan amal sepanjang Ramadan itu.

l Kemungkinan kedua, bahawa Allah membuka kesempatan kepada hamba-Nya untuk taat beribadah, yang mana taat itu menjadi penyebab masuknya mereka ke dalam syurga.

Demikian juga dengan ungkapan ditutupnya pintu neraka. Ia adalah gambaran daripada dipalingkannya hamba Allah daripada keinginan untuk melakukan maksiat, yang mana maksiatlah yang akan membawa mereka ke neraka.

Dengan dipalingkan daripada maksiat, maka seolah-olah pintu neraka tertutup pada Ramadan.

Mengenai dibelenggunya syaitan, ada beberapa penjelasan daripada ulama mengenai maksud perkataan Rasulullah bahawa syaitan ‘dibelenggu’ pada Ramadan:

1 Al-Hulaimi berpendapat yang dimaksudkan dengan syaitan di sini adalah syaitan yang suka mencuri berita dari langit yang terjadi pada waktu malam Ramadan. Pada ketika turunnya al-Quran, mereka dihalang melakukan hal itu kerana dengan ‘belenggu’ itu, maka syaitan tidak mampu melakukannya.

2 Syaitan tidak berleluasa atau sewenang-wenang mengganggu dan merosakkan manusia seperti seperti biasa kerana umat Islam sibuk dengan ibadah berpuasa, bersedekah, membaca al-Quran dan berzikir.

3 Yang dibelenggu hanya sebahagiannya iaitu syaitan yang membangkang seperti yang dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: "Pada malam pertama Ramadan, syaitan dibelenggu. Iaitu syaitan yang membangkang.” (Riwayat Ibnu Huzaimah, Nasa’i, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

4 Maksud ‘dibelenggu’ adalah ungkapan ketidakmampuan syaitan untuk menggoda dan menyesatkan manusia.

Jadi mengapa masih ada kemaksiatan pada Ramadan? Bukankah syaitan yang biasa menggoda manusia telah dibelenggu? Berdasarkan pengertian di atas, ulama memberi empat jawapan:

5 Syaitan dibelenggu bagi mukmin yang melakukan ibadah ’puasa’ dengan penuh keikhlasan.

6 Hanya sebahagian syaitan yang dibelenggu, iaitu syaitan yang membangkang seperti dijelaskan di atas.

7 la juga boleh dimaksudkan berkurangnya perbuatan kejahatan atau perilaku maksiat pada Ramadan. Memang masih terjadi, tetapi tidak sebanyak berbanding bulan lain.

8 Syaitan dibelenggu, namun ada beberapa perangai manusia yang menyamai syaitan yang menyebabkan masih berlaku perkara maksiat. Kemaksiatan itu timbul kerana runtuhnya sifat mulia manusianya, adat istiadat yang rosak dan lingkungan masyarakat yang sudah ’bobrok’ yang dilakukan oleh syaitan daripada golongan manusia.



DIJAWAB Prof Madya Maznah Daud, pensyarah syariah di UITM, Shah Alam, Selangor