 Blog For Free!
Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog


 Free Hit Counter
|
| Penzina ditimpa empat kecelakaan |
| 11.10.05 (3:17 pm) [edit] |
DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.
Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.
Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.
Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.
Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.
Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.
Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.
Firman Allah, yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk." (Surah al-Isra', ayat 32).
Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: "Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka."
Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.
Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.
Firman Allah, yang bermaksud: "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin." (Surah an-Nur, ayat 2)
Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.
Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53).
Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: "Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat." (Surah al-Hijr, ayat 56).
Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.
|
|
|
| |
| Solat latih insan kembali kepada fitrah |
| 11.08.05 (1:24 pm) [edit] |
NABI Muhammad SAW menggambarkan sifat jadinya manusia bermula dalam keadaan yang fitrah. Anak yang diibaratkan seperti kain putih bersih memerlukan contoh dan persekitaran yang fitrah. Ia supaya mereka bakal menjadi remaja dan dewasa dalam iman dan takwa. Berada dan kekal dalam fitrah adalah suatu keadaan terbaik yang menjadikan manusia insan soleh dan solehah.
Manusia pada hari ini amat terdedah dengan pelbagai contoh dan persekitaran yang tidak fitrah. Yang ditonton dan dibaca, yang dilihat dan ditatap banyak terkandung bahan yang boleh merosakkan.
Yang didengar dan dirasa banyak terkandung benda yang mengasyikkan. Keadaan ini menyebabkan mereka lupa kepada Allah dan mendorong bertindak melampaui batas. Yang dilalui, dialami dan disaksikan banyak perkara jelik serta memukau hati yang mendorong manusia memiliki faham duniawi tinggi, faham kebendaan melampau dan faham hedonisme (berfoya-foya) luar biasa.
Ramadan yang baru dilalui adalah sekolah rohaniah yang boleh mencetuskan perubahan hati dan jiwa. Ramai yang memiliki penyakit hati yang menyebabkan jiwanya mati. Lalu, melakukan kemungkaran dengan tidak merasakan bahawa yang mungkar itu mungkar. Rasa tidak berdosa ini menyebabkan manusia sering melampaui batas. Nafsu haiwaniah lebih ketara dan kualiti insaniah semakin pupus.
Hilangnya rasa takwa menyebabkan manusia semakin jauh dengan Allah. Antara rahsia mengapa tuntutan solat, puasa, zakat dan haji dijadikan amalan penting orang Islam disebabkan perlunya kita sentiasa dalam takwa dan fitrah.
Kita kena ada latihan rohaniah yang sentiasa menyegarkan ingatan dan keyakinan manusia terhadap kebaikan di dunia dan akhirat.
Solat, umpamanya, menjadikan manusia mempunyai jiwa kehambaan yang tinggi. Jiwa kehambaan yang tinggi menjadikan orang Islam sentiasa tunduk dan taat kepada ajaran Allah. Sebab itu, kewajipan sembahyang itu dikaitkan sebagai asas mencegah kekejian dan kemungkaran .
Puasa yang dilakukan pada setiap Ramadan membekalkan orang Islam upaya mengawal diri. Fikir, hati dan nafsu kena dikawal dan dilatih supaya orang Islam tahu menggunakannya dengan betul dan amanah kerana yang sering merosakkan manusia ialah fikirannya, rasa hatinya dan kerakusan nafsunya.
Daripada amalan zakat dan fitrah, orang Islam dilatih mengenai cara penerimaan dan pengagihan sumber harta. Islam mendidik pemeluknya supaya mencari harta yang halal dan berkat. Kemudian harta itu perlu dizakatkan supaya ia dapat dibersihkan, di samping menghubungkan rasa kemanusiaan dan silaturahim umat sesama seagama.
Menunaikan ibadah haji adalah puncak dalam kehidupan seorang insan untuk kembali ke alam fitrah. Melakukan tawaf adalah simbolik perjuangan hidup yang dilihat sebagai ibadah berputar sekitar hadaf atau tumpuan kepada-Nya.
Melakukan wukuf di Arafah adalah gambaran simbolik alam Mahsyar yang menempatkan manusia pada hari hisab nanti. Melontar di Jamrah adalah simbolik syaitan yang sering mengganggu manusia lari daripada fitrah.
Hikmah ibadah dalam Islam ternyata bermaksud supaya orang Islam terus berada dalam keadaan fitrah. Berada dalam keadaan fitrah bermakna berada dalam takwa. Bayangkan roh ibadah yang dimiliki oleh seseorang Islam itu menjadi pedoman dalam menjalani hidup. Tentunya watak fitrah itu akan sentiasa subur dalam niat dan amalan.
Ruhhus siyam umpamanya sentiasa menjadikan manusia berjiwa muttaqin. Orang bertakwa adalah yang takutkan balasan Allah dan memiliki insaf-keTuhanan yang tinggi. Apabila sifat takutkan azab Allah itu tinggi, manusia sudah memiliki kesedaran dan keinsafan di dunia lagi, bahawa apa yang dilakukan, ia adalah kerana Allah (ikhlas). Orang bertakwa yakin bahawa apa yang dilakukan tidak pernah terlepas daripada pemerhatian Allah.
Menerusi malaikat Kiraman-Katibinnya, perbuatan kita direkodkan. Meskipun, ia bakal memberi kesan baik-buruknya di dunia, tetapi di akhirat nanti akan melalui pertimbangan yang mutlak.
Insaf-keTuhanan juga penting dalam memandu manusia supaya setiap gerak dan perbuatannya adalah dalam keinsafan bahawa Allah mengetahuinya. Ia menghasilkan daya kawal tinggi dan keinsafan mendalam bahawa sebagai seorang Islam, hidup ini adalah ibadah dan setiap ibadah diharapkan adanya barakah.
Ufuk minda: Oleh Prof Dr Sidek Baba
|
|
|
| |
|
|