Titipan Kalbu


Blog For Free!


Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August

My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Free Web Counter
Free Hit Counter




Akhlak mulia asas peribadi unggul
12.29.05 (5:50 pm)   [edit]

Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah:



[b]Amanah[/b]
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah yang bermaksud, “Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertakwalah kepada Allah, Tuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 283)

[b]Ikhlas[/b]
Ikhlas adalah inti setiap ibadat dan perbuatan. Firman Allah yang bermaksud, “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya.”(Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayah. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim.” (Riwayat Imam al-Baihaqi)

[b]Tekun[/b]
Islam menggalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun.” (Riwayat Abu Daud)

Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.

[b]Berdisiplin[/b]
Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi.

Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.

[b]Bersyukur[/b]
Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan, pertama, sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak.

Kedua, bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan.

[b]Adil[/b]
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara.

Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.” (Riwayat Abu Syeikh)


~~ berita harian online ~~
 
Jemaah haji kena lepaskan segala hubungan dunia
12.18.05 (6:14 pm)   [edit]
Bersama Dr Juanda Jaya


TAHNIAH kepada bakal haji yang akan berangkat ke Tanah Suci pada tahun ini. Semoga perjalanan anda mendapat keberkatan daripada Allah dan dimudahkan dalam menjalani ibadah di sana.

Ketika merancang untuk melaksanakan ibadah haji, banyak perkara yang menjadi pertimbangan dan persoalan dalam benak kita. Biasanya yang paling berat ialah masalah penjagaan anak yang ditinggalkan, kemudian harta dan pekerjaan yang terpaksa dilepaskan sementara waktu. Tidak kurang pentingnya persediaan ilmu yang cukup serta hati yang pasrah kepada qada dan qadar Allah.

Perjalanan haji yang menuntut pengorbanan dari segi harta dan emosi seseorang terbukti menjadikan ia ibadah amat penting yang secara langsung mempengaruhi keperibadian seorang Muslim.

Seorang hamba Allah yang membulatkan tekad melaksanakan haji terpaksa melepaskan segala hubungan yang mengikatnya dengan dunia untuk menghampirkan diri kepada Tuhannya. Dekat dan lebih dekat lagi, hanya antara dia dengan Allah, tiada orang lain. Tiada apapun yang boleh menyekat langkahnya menemui Tuhannya. Begitu sucinya perjalanan, begitu murninya tekad dan niat. Seakan-akan anda ditarik oleh semangat yang begitu hebat, berpusat di Kaabah.

Anda bagaikan setitis air di lautan manusia yang saling berebut-rebut mendapatkan rahmat-Nya. Layakkah anda berada di sisi-Nya dengan sejuta rahmat yang menjadi rebutan manusia ketika itu? Siapakah anda?

Hati seseorang yang menghadap ke Kaabah tidak dapat terpengaruh oleh kekuatan apa pun. Anaknya? Harta, dunia, pangkat dan jawatan, kuasa, ilmu dan segala kehebatannya? Tidak bernilai sedikit pun dibandingkan ketenangan berada pada pangkuan bonda Siti Hajar, pelukan ayahanda Nabi Ibrahim dan gandingan mesra Nabi Ismail yang amat bertuah. Hati anda terasa melayang dengan sejuta kenikmatan menatap kebesaran Allah melalui mata batin yang tembus hingga ke dasar segala ilmu dan hikmah yang amat misteri.

Seiring kucupan pada al-Hajar al-Aswad yang ibaratnya ialah tangan kanan Allah. Anda telah mendengar suara kebesaran-Nya memanggil, dengan panggilan mesra menjadi tetamu agung-Nya, di rumah-Nya, di Tanah Haram yang menyimpan seribu satu kenangan cinta yang hanya dapat dirasakan oleh hamba-Nya saja. Tiada rasa lain yang mencurah-curah dari kalbu kecuali cinta dan cinta kepada Yang Maha Mencintai.

Itulah kekuatan ibadat haji, bagi sesiapa yang pernah merasainya, akan terkenang dan merindui saat-saat istimewa ini. Kehebatan haji mampu menguasai pemikiran, perasaan dan perbuatan seorang hamba Allah menjadi suci dan bersih.

Rasulullah SAW menyatakan dalam hadisnya bermaksud: "Barang siapa yang menunaikan ibadah haji, sedangkan dia tidak melakukan rafath (berkata-kata keji) dan tidak melakukan kefasikan, maka dia telah keluar dari dosanya seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Paling penting dan menjadi asas kepada segala perbuatan kita di sana adalah keselamatan hati daripada pengaruh perasaan negatif yang akan menjejaskan ibadah.

Hati yang kurang pasrah kepada Allah mengakibatkan ketidakselesaan pada tindakan dan amalan yang dibuat. Untuk itu, ibadat hati perlu dilakukan, di samping ibadat yang disandarkan kepada Rasulullah. Ia demi memastikan segala keadaan sentiasa baik bagi kita.

Ibadat hati adalah:


Menerima segala qada dan qadar-Nya dengan penuh tawakal dan pasrah. Ada kalanya apa yang baik menurut kita adalah tidak baik pada pandangan Allah. Begitulah sebaliknya.

Di dalam perjalanan menuju keredaan Allah ini, semuanya adalah baik. Apa saja masalah yang membantutkan perjalanan, janganlah menjadi sebab untuk merosakkan ibadat anda. Kerana niat kita adalah ibadat, bukan selain daripadanya.

Firman Allah bermaksud: “Tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Taghabun, ayat 11)


Sabar menempuh ujian dan cubaan sebelum menunaikan haji ketika melaksanakannya dan selepas menyempurnakannya.

Tiga fasa ini adalah pertempuran antara hati dengan nafsu amarah yang sungguh mencabar kekuatan iman bakal haji. Kesabaran itu berjalan terus menerus tanpa batas akhirnya. Hingga kita menemui Allah dengan hati yang reda dan diredai.


Menyerahkan semua milik kita kepada Allah. Jiwa raga, harta dan orang yang dikasihi menjadi sesuatu yang tidak berharga lagi berbanding kenikmatan mendapatkan rahmat Allah yang memancar pada dinding Kaabah. Sewaktu seluruh kekuatan dicurahkan pada saat tawaf. Hati menjadi beku dan tergamam memandang kepada diri sendiri dan kuasa Ilahi.

Betapa jiwa yang bagaikan debu tidak berguna ini amat mengharap lambaian kasih Allah. Manakala saie pula mengingatkan kita pada kekuatan azam dan ikhtiar seorang hamba yang bernama Siti Hajar. Alangkah bertuahnya jika kekuatan itu ada pada diri kita dalam mengharungi kehidupan ini. Untuk mendapatkan jiwa yang teguh itu diperlukan penyerahan segala-galanya hanya pada Allah.

Firman Allah bermaksud : “Wahai orang yang beriman sukakah Aku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjuang ke jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Surah al-Shaff, ayat 10-11)

Begitu halusnya perasaan seorang yang mengerjakan haji. Semua perbuatan ibadatnya memiliki kenangan indah yang tersendiri. Kembara haji begitu menguji ketahanan mental seseorang. Telah banyak tertumpah air mata kesedaran, sekali gus kegembiraan mendapatkan kedudukan penting lagi mulia di sisi Allah. Iaitu kedudukan sebagai tetamu-Nya yang dimuliakan kerana Iman dan Islam.


 
Jibrail
12.14.05 (10:15 pm)   [edit]
dr seorang sahabat untuk sahabat...!!!

Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul
muslimin dan muslimat...

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah
dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada se persepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


************************* ************************* ************************
 
Doa mohon cintakan Tuhan di dunia, akhirat
12.12.05 (9:40 pm)   [edit]


CINTA yang tidak pernah berubah hingga ke akhir hayat adalah cita-cita setiap pasangan yang berkasih.

Setiap ujian mampu diharungi dengan sabar. Begitu juga pembuktian cinta kepada Allah yang menagih pengorbanan hamba-Nya. “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Penguasa alam semesta.” Janji ini menjadi penawar di hati seorang hamba, reda meredah setiap ujian kehidupan atas nama qada dan qadar-Nya.

Firman Allah: “Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Cinta kepada-Nya tidak pernah luntur dalam setiap keadaan, susah atau senang sentiasa setia dengan janji yang diikrarkan hingga kembali kepada-Nya.

Hayatilah doa di bawah ini, semoga kita semua dikurniakan cinta yang sejati di dunia dan akhirat.

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

“Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

“Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

“Ya Allah jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.

“Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.” (Hadis at-Tirmizi dalam Jami' al-Sahih, Rasulullah bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud).
 
la Tahzan (5)
12.08.05 (5:19 pm)   [edit]
Assalamu'alaikumwarahmatu llahiwabarakaatuhu.

Untuk lanjutan tulisan ini, silahkan pembaca membaca langsung yang sudah diterjemahkan, tersebar luas di
Indonesia.


Laa tahzan (5) 'Al 'Aud Minallaahi, gantinya dari Allah.

Janganlah sekali-kali kita berpandangan negative terhadap ketentuan Allah. Karena Allah selalu dalam
persangkaan hambaNya. Apa yang menimpa kita dari suatu musibah berarti itulahnyang terbaik bagi kita
diberikan oleh Allah.

Bila kita berprasangka baik, maka Allah akan menggantikan yang lebih baik lagi dari itu." Barang
siapa yang aku ambil kekasihnya, istri, suami , keluarga dan orang-orang yang dicintainya, kemudian ia
bersabar dan (selalu berprasangka baik, tidak menambah musibah atas musibah lainnya dengan mencela, dan sebagainya itu dengan mengatakan ini murka Allah, ketahuilah rahmat Allah lebih luas dari murkaNya, kita hanya bisa mengambil hikmah dari segala kejadian, bukan menghukum dan mempertanyakan perbuatan Allah, karena Allah berfirman Perbuatannya tidak ditanya), maka Allah akan menggantikan syurga padanya. ".

Selalu membaca dan mengingat masa lalu (dengan tidak mengambil hikmahnya,cuman sekedar selalu mengingat,
Dan selalu merenung yang telah berlalu aja), sungguh membuang-buang waktu. Bukankah Allah sudah berfirman :
" Tilka ummatun qad khalat", itulah perbuatan ummat yang terdahulu dan semua itu telah berlalu, telah diangkat qalam, kering pena ".

Sesungguhnya orang yang selalu mengingat masa lalunya, seperti orang yang membuat tepung, padahal ia asalnya memang tepung. Yang mati takkan mungkin keluar dari kubur mereka.(kecuali kelak diakhirat)

Manusia itu tidak berjalan melangkah kebelakang, tetapi selalu kedepan, angin bertiup kearah depan, begitupun air mengalir.

Maka jangan bersedih dengan musibah yang menimpa kita, karena kalau kita sabar maka Allah akan menggantikan syurga balasannya. Allah berfirman : " Keselamatan atas kamu dengan kesabaran kamu itu, ".

Sesungguhnya umur dunia ini pendek, gudangnya kehinaan (bila tak pandai-pandai mempergunakan gudang tersebut). Akhirat itu jauh lebih baik dan lebih kekal. Maka beruntunglah orang yang mati syahid , karena syurga telah menantinya. Merugilah mereka yang tak mempergunakan waktunya semasa hidupnya, karena ajal tiba-tiba datang tanpa disadari. Allah berfirman : " Telah datang ketetapan kami siang ataupun malam ". Azab Allah itu bisa datangnya malam, bisa datangnya siang, bisa datangnya waktu pagi hari atau subuh, atau waktu dhuha, karena Allah banyak ayat menyebutkan berbagai waktu.

Wahai orang-orang yang ditimpa musibah, apa yang telah hilang pada dasarnya kamulah yang beruntung. " Maka diadakan diantara mereka (orang-orang munafik itu) dinding yang mempunyai pintu.atau suatu pagar, yang mana tampak dari dalamnya rahmat, sementara kelihatan dari luarnya berupa azab atau siksa ( Q. AlHadid 13".

Dan jangan kita mengira dari luarnya negeri yang tak tertimpa musibah, merupakan kesenangan. Bukankah Allah berfirman : " Janganlah sekali-kali kamu terpedaya dengan kebebasan orang-orang kafir bergerak bebas dalam negeri, itu hanyalah
kesenangan sementara , tempat tinggal mereka adalah neraka jahannam ".(Q.S. Al Imran).

Jadi tak selamanya suatu negeri yang mana Allah timpakan musibah, lantas itu merupakan azab,atau sebaliknya tak selamanya suatu negeri yang Allah limpahkan padanya kemajuan dan kesenangan, lantas itu merupakan rahmat Allah selamanya. Tidak..Allah menguji manusia dalam dua bentuk kesenangan dan musibah. Tidak senang saja, tidak juga musibah saja. Yang senang apakah ia bersyukur atau malah kufur nikmat, yang tertimpa musibah apakah ia bersabar atau bahkan malah mencela qadha dan qadar Allah yang telah ditentukan itu ? Inilah ia hikmah nya bagi manusia yang hidup, mengambil ibrah dari segala kejadian.

Jangan kita menduga bahwa suatu negeri yang maju hidup makmur, mereka aman dari siksa Allah. Terkadang Allah melambatkan siksanya sampai hari akhir kelak, membiarkan mereka terumbang ambing dan selalu dalam perasaan telah selamat dan kesenangan sementara. Tidak..kalau Allah sayang akan seseorang, Allah akan mencoba kaum itu dengan berbagai musibah. Lihatlah para nabi-nabi terdahulu adakah yang bebas dari musibah?.

Letakkanlah tepung pada madu, dan jangan kau pecahkan rasa cuka itu.

Kelemah lembutan, prasangka baik, adalah hiasan diri. Dan apa-apa yang telah dicabut dari segala sesuatu selain merupakan memang sudah begitu keadaannya. Lembut dalam bertutur kata, tegas dalam berpsinsip
(istiqamah), tak gampang terombang-ambing,, inilah hiasan yang selalu dipakai oleh orang-orang yang
bahagia hatinya,tenang jiwanya, inilah sifat seorang mukmin, seperti lebah yang selalu menghisap yang manis (selalu berprasangka baik), membuat yang baik,(menghasilkan madu), dan apabila ia jatuh keatas bunga, sang kuntum bunga tak pecah atau terbelah. Karena Allah selalu memberikan kebaikan dan kelembutan pada orang-orang yang berhati emas, berhati baik, yang tidak diberikan pada mereka yang berhati kasar dan berhati baja, apalagi batu karang.


(banyak dikutip dan diterjemahkan dari buku laa tahzan karangan Dr. A'id qarni).



Wassalam. Rahima.Sikumbang Sarmadi. Kairo
 
La Tahzan (4)
12.08.05 (4:36 pm)   [edit]
Laa Tahzan=== (Buang kekosongan isi dengan perbuatan berguna)

Orang yang hidupnya selalu dengan kekosongan, adalah mereka yang suka menebar fitnah, issue, guncing, dan
sejenis, atau sejawatnya.

Karena apa..? Karena tak ada lagi yang dapat dikerjakanya. Hidupnya penuh dengan khayalan belaka,
tanpa amal. Padahal Allah sudah berfirman : maka apabila engkau telah selesai dari suatu pekerjaan, kerjakanlah urusan yang lain lagi (dengan baik).Q.S Alam Nasyrah

Firman Allah lagi : " Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal shalih, saling nasehat menasehati dengan kebenaran, dan saling menasehati dengan kesabaran ".

Orang yang suka melamun, mengkhayal tak tentu arah, banyak kekosongan, pikirannya selalu saja bercabang
entah kemana. Kondisi semacam ini sangatlah berbahaya buat insan, karena hidupnya penuh dalam hal-hal yang tak berarti. Kondisinya bagaikan mobil biasa, tanpa sopir sama sekali, model tercanggih, di dalam hal kehancuran , berjalan cepat tanpa sopir. Ia berjalan kekiri dan kekanan tanpa arah.

Bila seseorang hidupnya lebih banyak kekosongan ketimbang banyak kerja, siap-siaplah ia menghadapi
kegoncangan dalam hidupnya. Karena apa..? Karena kekosongan sering menimbulkan angan-angan dan kejadian masa lampau yang pahit dan membuat luka itu semakin dalam, tanpa berfikir untuk maju dan bekerja apa yang dapat dikerjakan detik ini.

Kekosongan ini adalah penyakit hati yang terselubung, musuh dalam selimut dalam diri seseorang, bahkan
serangga yang mematikan, mati dengan obat penenang (obat bius) secara perlahan-lahan. Karena kemalasan
selalu berada dan lengket dalam diri dan jiwanya.

Kekosongan ini bagaikan azab yang datang perlahan tapi pasti menghancurkan. Terjatuhnya titik demi titik
kepahitan orang dalam penjara atau minyak dalam sebuah botol yang berlobang, di bawah lobang yang mengalir setetes minyak didalam bejana yang bocor. Titik demi titik ia jatuh, akhirnya kosong sama sekali. Begitupun orang yang dalam penjara penuh kepahitan, penderitaan dan siksaan. Sedetik demi sedetik siksaan yang dihadapinya, lama kelamaan penyakit Gila yang dideritanya.

Kekosongan (Malas) itu adalah kelalaian, kekosongan itu adalah pencuri yang profesional, ia adalah sayap-sayap yang terkoyak sedikit demi sedikit dalam perang keraguan.

Oleh sebab itu apa yang dapat kita kerjakan dalam mengisi kekosongan dalam hari-hari kita ?

Berdirilah,.jangan duduk dan merenung lagi. Ambil air wudhuk, shalat dan bacalah AlQuran, bacalah bacaan
yang bermanfaat, dan jangan lupa bacalah pengetahuan agama setiap hari, karena itu adalah makanan ruhani
manusia.

Atau menelitilah, pergilah ke Lab. Menulislah jika kamu bisa menulis, atau susun meja belajar kita, atur rumah, atau berikan manfaat buat orang lain, kerjakan apa yang dapat dikerjakan saat ini juga. Bila selesai
istirahat sejenak, kerjakan lagi pekerjaan lainnya.

Belahlah kekosongan dengan pisau pekerjaan. Dapat dijamin bahwa 50% dari dokter dunia ini mengatakan
kebahagiaan jiwa dan diri didapat dalam kedamaian jiwa yang selalu hidupnya penuh dengan amal yang baik dan
bermanfaat bagi lainnya.

Dikatakan bahwa : " Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lainnya ".

Telah ditulis qalam, keringlah pena. Qadha dan qadhar memang telah ditentukan. Namun apakah manusia bisa
merubah takdirnya..?

Memang benar Allah sudah mentakdirkan nasib manusia didunia ini semenjak janin di catat rezeki, kematian,
jodohnya. Namun bagi manusia ada takdir yang bisa kita minta dirubah dan ada yang tak bisa sama sekali, bisa merubahnya dengan bantuan Allah SWT dengan usaha dan Do'a.

Contoh takdir yang tak bisa dirubah sama sekali. Seperti kematian. Manusia hanya bisa memperpanjang
umurnya dengan keberkahan dalam hidupnya. Amal jariah yang ia lakukan, wakaf, tulisan bermanfaat, sedeqah, ilmu dan sebagainya yang bermanfaat bagi zaman dari masa kemasa, maka umurnya secara otomatis terpanjang dengan sendirinya. Yang dimaksud adalah keberkahan hidupnya.

Takdirnya menjadi seorang lelaki atau perempuan. Hidup dan matinya kapan. Bila ada yang merubah jenis
kelaminnya yang sudah diciptakan Allah atau bentuk wajahnya, maka ini termasuk dalam merubah ciptaan
Allah. Kecuali dalam hal-hal tertentu, seperti orang yang kakinya buntung, maka ia pakai kaki palsu. ( lain
halnya), begitupun merubah Alis mata, dengan mencukurnya habis (seperti kebanyakan di daerah Sunda, atau Jawa maaf, alis wanita dicukur habis dan diganti dengan pencil, terutama saat pesta pernikahan, juga mengikis gigi bar kelihatan rata, beda dengan mengawat gigi, kawat tak sama dengan kikis). Padahal sudah jelas-jelas dalam hadist shahih semua itu dilarang. " Allah melaknat orang yang mencukur habis alis matanya, dan juga melaknat orang yang mengikis giginya ". Memakai sanggul (dalam hal sanggul ini ada pendapat ulama yang membolehkan dengan syarat disambung dengan rambut sendiri, dan atas izin suami, juga untuk suami).

Namun sayangnya semua itu sudah banyak dilupakan ummat Islam. Merubah ciptaan Allah. Semua ini karena kekosongan, dan tak ada kerjaan lainnya. Tak ridha dengan qadha dan qadar dari Allah.

Lantas apa takdir yang bisa kita minta untuk dirubah ?

Misalkan nasib kita ditakdirkan miskin. Kita bisa minta dan berusaha serta berdo'a pada Allah. Dengan usaha keras, kerja keras, maka takdir kita yang tadinya sudah dituliskan jadi miskin, bisa saja kalau Allah menghendaki berubah menjadi kaya.

Karena apa,.? Karena Allah sudah berfirman " Allah menghapuskan (ketentuan yang sudah ditetapkanNya), dan menetapkan ketentuan yang sudah ditetapkanNya pula. ".

Itu pulalah gunanya firman Allah : " Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum, sehingga kaum
itu sendiri yang merubahnya ".

Allah menghargai usaha dan karya manusia. Amalan apa saja pasti akan dibalasi Allah. Lihatlah negara maju,
Allah menghargai usaha mereka, karena usaha keras mereka juga. Begitupun negeri yang tertimpa musibah
habis-habisan, bisa saja berubah menjadi negeri yang makmur tahunan atau puluhan tahun mendatang, asalkan semua dengan usaha dan do'a bantuan dari Allah SWT. Lihatlah Jepang dengan Hiroshimanya.

Namun jika Allah tetap mentakdirkan miskin walau sudah usaha keras, atau gagal dalam ujian kenaikan kelas, tidak lulus, padahal sudah mati-matian belajar, namun tetap gagal, maka manusia disini harus tawakkal, dan pasrah dengan takdir Allah itu, setelah usaha keras itu. Yakinlah ngak didunia kebahagiaan itu dapat yang diakhirat sana. Bukankah sudah dikatakan Allah : " dan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal dari kehidupan didunia ini ? ".





Perbanyak maaf.

Wassalam Rahima. Sikumbang Sarmadi Kairo
 
La Tahzan (3)
12.08.05 (3:54 pm)   [edit]
Inna Ma'al 'Usri Yusra (Sesungguhnya setelah kesulitan
ada kemudahan).

Assalamualaikum.Wr.Wb.

Wahai saudaraku,

Sesungguhnya setelah kelaparan ada kenyang, sesudah dahaga ada kesejukan, setelah begadang ada waktu
tidur, setelah sakit ada sembuh, pasti yang sesat akan menemukan jalannya, yang telah melalui kegelapan ada
secercah cahaya terang benderang. Lihatlah para petualang di sebuah gua yang gelap, setelah berjalan
kesana kemari melihat setitik lobang cahaya. Karena apa? Karena Allah berfirman :" Mudah-mudahan
Allah akan mendatangkan kemenangan atau keputusan kepada kita dari sisiNya. Kata 'Asa (mudah-mudahan),
dalam kamus Allah itu merupakan suatu kepastian, bukan seperti mudah-mudahan dalam bahasa lisan makhluk, yang tak pasti.

Beri kabar gembiralah bagi malam yang gelap, bahwa esok lusa akan ada fajar dari puncak gunung, dan
celah-celah lembah, berihkabar gembiralah bagi mereka yang dalam keadaan gelisah, goncang, bahwa dalam
lamhatilbashar menurut pandangan Allah, akan ada kegembiraan, ada kelembutan tersembunyi dibalik
penderitaan itu.

Apabila kita melihat dan berjalan ditengah padang pasir nan tandus itu,.kita berjalan lagi..masih juga padang pasir,.berjalan terus,..sampai suatu saat kelak kita akan menemukan dedaunan hijau, perkampungan hijau, ada kehidupan disana.Semua itu kerana apa,..? Karena setiap ada muara ada hulunya atau sebaliknya. Ada ujung ada pangkalnya, ada kesulitan pasti setelah itu ada kemudahan.

Bila kita melihat tali itu kuat dan sambung menyambung ,.lihatlah suatu saat pasti akan ada terputus juga, dibalik kemelaratan, pasti ada kebahagiaan, didalam ketakutan, akan disertai rasa aman, dalam kegoncangan, setelah itu pasti angin itupun tenang kembali. Ombak menderu-deru, tidak selamanya ia berhembus terus, pasti ada masa tenangnya. Karena apa…? Karena Allah sudah berfirman :" Tuulijullaila finnahaari..watuulijunnahaara fillaili "( Allah menggantikan malam kepada siang,siang diganti malam).Masa regenerasi dan pergantian itu pasti ada.

Jadikanlah jeruk nipis itu menjadi manis !!

Orang yang cerdas, lagi pintar, akan merubah kerugian-kerugiannya kepada keberuntungan-keberuntung an.
Sementara orang yang bodoh lagi selalu dalam keadaan bingung, akan menambah musibah menjadi dua
musibah,.bahkan musibah bertingkat-tingkat.

Lihatlah betapa Rasulullah SAW diusir dari kampong kelahirannya Mekkah. Apakah beliau bersikap pessimis
dan patah semangat? Tidak bukan? Beliau hijrah ke Medinah dan mencari penghidupan baru disana, berkarya, bekerja dan berdakwah, sehingga jadilah beliau maju dan dapat membangun Medinah menjadi manusia-manusia bertaqwa, setelah mapan beliau baru kembali membangun asal negerinya yang beliau pernah diusir itu.Bayangkan,..seorang yang ummi, tak tahu baca dan tulis , diusir dari kampung halamannya sendiri, dan oleh bangsanya sendiri, dapat merubah masyarakat dari lembah kejahiliaan, menjadi insan yang tahu ilmu, tahu nilai-nilai akhlak yang luhur, dan maju dalam perekonomian. Dikenal dan dikenang dalam sejarah turun temurun.

Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan, dicambuk, apa yang terjadi pada beliau setelah itu? Beliau jadi Imam ahli Sunnah. Imam Ibnu Tayyimiyah keluar dalam tahanannya penuh dengan ilmu yang berlimpah ruah. Mengarang 20 jilid buku fiqh. Ibnu Katsir Ibnu jauzi di Baghdad Dan Imam Malik bin raib di timpa musibah yang hampir mematikan beliau, dengan penderitaannya itu beliau telah menulis qasidah yang benar-benar membuat orang terpukau,sya'ir-sya'ir beliau yang membuat orang membacanya terperangah dapat mengalahkan penyair-penyair Abbasiyyah yang terkenal
itu.

Apabila seseorang menimpakan kepadamu kemudharatan, dan apabila kamu ditimpa musibah,.maka lihat lah dari sisi lainnya. Bila kamu melihat kegelapan, carilah titik terangnya. Apabila kamu disuguhkan seseorang secangkir jeruk nipis yang asam, maka tambahkanlah gula didalamnya biar terasa manis.

Apabila seseorang memberikan serigala yang galak kepadamu, maka ambillah kulitnya yang berharga,
tinggalkan yang tak berharga. Apabila kamu diserang dan digigit kalajengking, maka ambillah obat antibiotik dari binatang itu juga, karena didalamnya juga ada racun hidup yang dapat mematikan kuman.

Jadikanlah Ac pendingin didalam tubuhmu yang keras, dan panas itu sebagai penyeimbangnya. Agar keluar dari
dalam tubuh kita bunga yang harum semerbak wanginya . Bila kamu benci akan sikap seseorang, jangan jauhi ia, ambil dan lihat sisi baik darinya. Semua ini karena apa..? Karena Allah berfirman : " 'Asaa antakrahuu syaiaan,wahuwa khairullakum ". Bisa jadi sesuatu yang kamu benci itu,malah disebalik itu ia baik untukmu. Begitupun sebaliknya,." Bisa jadi suatu yang sangat kamu cintai, ia tak baik dan menjadi mudharat untukmu
juga ".

Masyarakat Prancis selalu berada dalam penjara sebelum terjadi revolusi. Ada yang hidup dalam optimis, ada yang pessimis. Adapun yang Optimis maka ia akan selalu melihat pandangan ke atas langit , kepada bintang, sementara yang pessimis selalu melihat tanah dijalanan, selalu menangis. Tak bergerak, tak ada daya dan upaya menuju kemajuan.




Perbanyak maaf.

Wassalam.Rahima.Sikumbang.Sarmadi.Kairo.
 
La Tahzan (2)
12.08.05 (2:46 pm)   [edit]
Assalamualaikum.Wr.Wb.

ALLAH…….!!

KepadaNyalah kita menaikkan dan memanjatkan kata-kata yang baik,do'a yang ikhlas, telepon yang maha benar dan maha langsung, air mata yang bersih dan bebas, kerendahan hati yang maha hina.

KepadaNya jualah kita menengadahkan tangan di waktu sahur (fajar mau terbit), dan tangan-tangan penuh hajat, mata-mata yang mati, mengantuk, dan hidup, dan segala pertanyaan,permintaan atas segala kejadian.

Dengan menyebut namaNya, lidah akan menyatu, menguat, meminta pertolongan, memohon perlindungan, dan mengharap ketenangan bathin, ketenangan hati yang goncang, gundah gulana, ruh-ruh yang tenang, petunjuk perasaan, instink, mendinginkan emosi, menetapkan keyakinan, hanya kepadaNya semua itu.(karena Allah maha penyantun dengan hamba-hambaNya).

ALLAH…….!!

Sebaik-baik nama, secantik-cantik huruf, sebenar-benar penta'biran dan pengungkapan, setinggi-tinggi dan
semulia-mulia kalimat.( Adakah kamu mengetahui penamaan ini..?)

ALLAH…..!!

Sesungguhnya IA lah yang maha kaya, maha kekal, maha kuat, maha penolong, kemuliaaan, kekuatan, hikmah ada padanya ( Katakanlah wahai Muhammad, bagi siapakah kerajaan hari ini, katakanlah hanya untuk Allah yang satu, yang maha kuat dan bijaksana).

ALLAH…..!!

Maha latif, maha tinggi, maha pemberi dan jabaruut Bagaimanapun kita menggambarkan namaMu ya Allah,
ketinggian dan kesucian huruf-hurufMu, maka Engkaulah yang lebih tinggi, segala makna ada pada namaMU, Ya
Rabb…dengan ketinggianMulah kami selalu merendah.

Ya Allah,..jadikanlah tempat yang gelap jadi terang, balasan kesedihan dengan kegembiraan, ketika ketakutan rasa aman,

Ya Allah dinginkanlah hati yang panas menyala dengan salju keyakinan, padamkanlah ruh-ruh yang menyeramkan dengan air keimanan.

Ya Allah, Lemparkanlah mata-mata penyihir rasa ngantuk sebagai rasa aman dari engkau, dan bagi jiwa yang
goncang dan resah ketenangan, berikabarlah baginya akan kemenangan yang dekat.

Ya Allah, tunjukilah keheranan, dan kebingungan kami dengan mata hati kami melalui cahayaMu, kesesatan
dengan konsep-konesp kebenaran jalan lurus dariMu, dan orang yang sesat menuju shiratMu.

Ya Allah, hilangkanlah rasa was-was kami dengan fajar yang benar, hancurkanlah hati-hati kebathilan dengan
secercah kebenaran, balaslah tipu daya syeithan dengan tentara-tentara pertolonganmu yang maha kuat dan luas.

Ya Allah, hilangkanlah kesedihan kami ini, punahkanlah keresahan hati kami, lemparkanlah dalam jiwa kami
keragu-raguan Ya Allah...Kami berlindung kepadaMu dari ketakutan, dan bertawakkal,selain kepada Engkau, dan meminta selain hanya kepadaMu, mohon pertolongan hanya kepadaMu, Engkau adalah wali kami, sebaik-baik wali dan penolong. Amin ya Rabbal alamiin.


~~ sumbangan
Rahima.Sikumbang.Sarmadi.Kairo.
 
La Tahzan (1)
12.08.05 (2:36 pm)   [edit]
Assalamualaikum.Wr.Wb.

Jangan Bersedih.

Tulisan ini banyak disadur (saya terjemahkan),dari buku :" La tahzan" (oleh Dr.'Aid Qarni).Dan dibagi dalam beberapa episod,namun bukan berdasarkan bab,tetapi pertopik saja.Buku ini cukup bagus,kalau saya tidak salah buku ini dulu sudah pernah ada yang memberitakannya dan dikatakan buku terlaris di
Indonesia.

Setelah saya cari-cari,ternyata ada dua pengarangnya dalam topik yang sama,namun isi tidak begitu jauh beda,dan tulisan yang saya sadurkan saat ini adalah tulisan yang saya baca,katanya lebih dari million nuskhah yang sudah terjual.

Saya jadi penasaran,buku semacam apa sih..? Setelah saya baca,memang cukup bagus,buku yang disertai engan dengan dalil-dalil dari AlQuran dan hadist,namun tahqiq,atau takhrij hadistnya ngak disebutkan.

Pengarang mengatakan tidak menyebutkannya untuk penyingkatan saja.Jadi bagi yang berkenan,bisa mencari tahu surah dan ayat keberapa atau hadist ini terdapat dimana,bisa di tahqiq,sebagaimana yang saya kerjakan saat ini dalam risalah thesis magister saya adalah :"500hadis takhrij,tahqiq,syarah gharib, juga penentuan derajat hadist, beserta terjemahan para rawi
sanadnya, juga ta'liq dari kitab jam'ul jawami'liimam Assyuhuthi".

1) Ya ALLAH

Allah berfirman :" Setiap yang ada dilangit dan bumi selalu meminta kepadaNya ". Apabila laut bergoncang, ombak menderu, angin bertiup, maka berdoa'lah orang-orang yang ada didalam kapal :" Ya ALLAH ".

Apabila terjadi musibah yang menimpa seseorang, suatu
kaum, maka berdo'alah orang yang kena musibah itu dengan ucapan : " Ya ALLAH ".

Apabila seorang pejalan,musafir kesesat, baik tersesat dipadang pasir nan tandus, atau di hutan belantara, atau sopir yang kehilangan arah,maka mereka akan selalu berdo'a : " Ya ALLAH ".

Apabila tertutup pintu bagi orang-orang yang membutuhkan, terkekang dengan rantai ikatan kuat, seolah-olah tak ada jalan keluar lagi, putus lah tali,hancur angan-angan, seolah-olah sempit jalan yang akan ditempuh, sempit bumi yang luas ini, sesak dada ini akibat beban berat yang kita tanggungkan, problem yang tak pernah terpecahkan, maka berdo'alah dengan menyeru padaNya :" Ya ALLAH ".

Bersambung
 
Keimanan, takwa penentu kelangsungan peradaban
12.05.05 (8:23 pm)   [edit]
TIADA ukuran dan nilai dapat membezakan kualiti diri serta kedudukan antara seseorang dengan yang lain, kecuali keimanan dan ketakwaan. Hal ini, dijelaskan al-Quran dalam ayat 4, surah al-Anfal dan ayat 221, surah al-Baqarah.


Malah, al-Quran menghuraikan dengan terperinci nilai dan sifat mulia yang ada pada insan beriman (mukmin) dan bertakwa (muttaqi). Sifat mulia ini yang menjadikan insan beriman dan bertakwa begitu istimewa pada sisi Allah.

Satu kelebihan mereka ialah visi dan matlamat kehidupan jelas. Berulang kali matlamat ini dilafazkan dalam solat iaitu sesungguhnya sembahyang dan ibadah, hidup serta mati mereka, untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al-Anam, ayat 162).

Ikrar dan janji ini menjadikan kehidupan insan beriman serta bertakwa terarah, kehidupan yang dimaksudkan semata-mata untuk mentaati Allah. Bahkan, ikrar inilah yang menjadikan kehidupan mereka berjaya dan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya.

Sesungguhnya, iman yang hakiki mampu menimbulkan pengharapan dan kekuatan yang mendorong manusia untuk berusaha dan bekerja, membangkitkan daya juang yang tinggi, memiliki kesungguhan, ketekunan, tidak mengenal erti putus asa dan menjauhi sifat malas. Ini sekali gus, memberi maksud insan beriman dan bertakwa menyedari tanggungjawabnya untuk melaksanakan setiap amanah dengan penuh kesungguhan. Tidak kiralah, sama ada tanggungjawab itu kepada Tuhan atau manusia lain.

Sebagai hamba kepada Penciptanya, ia akan berusaha sepenuhnya mentaati perintah serta larangan Allah serta menjauhi larangan-Nya.

Demikian juga dalam memenuhi tanggungjawab kepada manusia lain, sama ada sebagai anggota masyarakat, rakyat, ahli keluarga, jiran, sahabat dan sebagainya. Sebagai rakyat atau warga, misalnya, dia akan berusaha sehabis daya menjalankan peranannya agar cita-cita negara untuk mencapai kemajuan terlaksana dengan mudahnya. Segala-galanya – masa, tenaga serta kekuatan – misalnya dikorbankan dengan hati yang terbuka dan ikhlas. (Surah al-Hujurat, ayat 15)

Selain itu, usaha dan sumbangan tanpa mengenal jemu dikerahkan saban waktu bagi memastikan setiap cabaran dapat diatasi dengan bijaksana. Kesungguhan dan kecekalan semangat insan beriman dan bertakwa tiada bandingannya kerana seluruh pengharapan disandarkan kepada Allah. (Surah al-Anfal, ayat 2)

Kesimpulan yang ditunjukkan al-Quran dalam perkara ini ialah pada insan beriman dan bertakwalah disandarkan harapan untuk mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya dan memimpin ummah mencapai kegemilangan dalam segenap bidang. Dalam bidang ekonomi misalnya, insan beriman dan bertakwa sentiasa bersedia menginfakkan harta demi pembangunan serta kesejahteraan anggota masyarakat lain. Ia sentiasa sedar bahawa pada harta yang dimilikinya wujud hak insan lain yang memerlukan bantuan.

Selain itu, dia sentiasa memberikan sokongan kepada saudara seagamanya yang bergiat dalam kegiatan perniagaan dan perdagangan demi memastikan kedudukan ekonomi ummah kukuh lagi stabil. Dalam bidang sosial pula, insan bertakwa dan beriman memperuntukkan kudratnya untuk membantu pihak berwajib melaksanakan tugas menyeru kebaikan serta mencegah kemungkaran. Dia menyedari bahawa di sinilah, letaknya kekuatan sebenar sesebuah masyarakat.

Masyarakat dapat hidup dalam suasana aman lagi tenteram kerana ciri kebaikan disemarakkan dan unsur kemungkaran dicegah bersama.

Seterusnya dalam bidang pertahanan, insan beriman tidak berbelah bahagi menyerahkan harta, masa dan kekuatan tenaga, malah jiwa raganya bagi mempertahankan agama daripada diceroboh. Kecintaan terhadap agama dan kesedaran bahawa ia sebahagian daripada cabang iman mendorong dirinya sentiasa bertindak dengan penuh bijaksana bagi mempertahankan agama. Pertahanan negara dalam aspek ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan tugas menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat. Ia dasar awal pertahanan negara iaitu sebelum pencerobohan atau serangan musuh dan peperangan bermula.

Keimanan dan ketakwaan juga memastikan bahawa keredaan serta keberkatan yang tiada batasannya sentiasa menyelubungi kehidupan insan.

Nyatalah kejayaan dan kegemilangan dalam kehidupan termasuk dalam pembinaan tamadun dan peradaban bersandarkan sepenuhnya pada keimanan serta ketakwaan. Inilah juga syaratnya yang menjamin tamadun dibina itu berkekalan.

Sehubungan itu, insan yang membina tamadun yang perlu menjadi fokus perbincangan. Memetik pandangan Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, bukan faktor fizikal yang menjadi lambang kegemilangan tamadun serta peradaban itu yang utama. Sebaliknya, manusia yang membinanya yang harus diberikan tumpuan. Manusia inilah yang akan menentukan kelangsungan tamadun serta peradaban atau keruntuhannya.