 Blog For Free!
Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog

 Free Hit Counter
|
| Musibah tingkat ketakwaan, keredaan ummah |
| 01.23.06 (9:36 pm) [edit] |
|
Oleh Lokman Ismail
MANUSIA tidak lari daripada berdepan dengan pelbagai ujian hidup. Kemiskinan, penyakit, kegagalan, dan perkara tidak diingini sering berlaku. Justeru, setiap orang perlu menguatkan jiwa untuk mengharung segala ujian dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Sesungguhnya setiap ujian hidup tersedia ganjaran besar untuk mereka yang bersabar dan reda dengan ketentuan Allah. Setiap musibah atau kecelakaan yang menimpa menuntut kesabaran tinggi untuk menghadapinya. Allah menguji setiap hamba-Nya dengan pelbagai musibah.
Allah berfirman bermaksud: “Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Surah al-Anbiya, ayat 35)
Ketika berdepan musibah, seharusnya kita mengambil iktibar atau memahami mengenai beberapa perkara. Itulah tanda kekuasaan Allah. Apabila Allah menurunkan sesuatu ujian, secara langsung mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah. Dia berkuasa menentukan segala apa yang diinginkan.
l Meningkatkan takwa.
Musibah berlaku akibat kelalaian manusia tidak menjauhkan diri pada perkara ditegah dan tidak melakukan perkara yang disuruh.
Firman Allah bermaksud: “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada kesusahan (bala bencana) maka adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah asy-Syura, ayat 30).
Apabila berlaku perkara tidak diingini, kita akan sedar kesilapan yang dilakukan. Lalu, manusia akan kembali bertaqwa dan mendekatkan diri kepada Allah.
l Muhasabah diri.
Musibah yang menimpa diri berpunca daripada diri sendiri. Seharusnya kita mencari puncanya agar tidak mengulangi kesilapan sama. Setiap musibah mesti dihadapi dengan cekal, sambil berusaha dan berdoa agar segera berkurangan atau hilang kesukaran yang sedang dihadapi. Pada masa sama memperbanyakkan beristighfar memohon taubat. Firman-Nya dalam surah ar-Rum, ayat 33 bermaksud: “Dan apabila manusia ditimpa kesusahan, mereka akan berdoa kepada Tuhannya serta bertaubat kepada-Nya.”
l Peluang memperbaiki kehidupan.
Musibah yang dihadapi secara positif sebenarnya satu rahmat. Allah menurunkan musibah sebagai peringatan terhadap kesalahan yang telah dilakukan.
Dengan itu, kita dapat memperbetul atau meninggalkan kesalahan yang dilakukan. Justeru, kita seharusnya bersyukur dikenakan musibah sebagai ujian. Namun, jangan pula kita memohon agar dikenakan musibah. Kita juga perlu bersyukur mengenai konsep balasan dan ujian melalui musibah. Berat musibah di dunia ini, tentulah lebih berat lagi di akhirat nanti.
Hadis diriwayatkan oleh Muslim menyebut: “Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya.”
Pengampunan dosa melalui musibah hanya berkesan jika kita menginsafi, menghadapi dengan reda, sabar dan memohon keampunan dengan bertaubat.
Firman Allah bermaksud: “Mereka yang ditimpa musibah mengucapkan: Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Mereka itulah akan mendapat keberkataan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan juga orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 156-157).
Sebaliknya, jika musibah itu dihadapi dengan perasaan angkuh, duka cita, tidak sabar dan menentang takdir, maka jadilah sebahagian daripada balasan di dunia. Di akhirat nanti balasan lebih berat menanti.
Musibah membabitkan seluruh penduduk seperti wabak penyakit, banjir, kemarau dan gempa bumi terkandung banyak hikmahnya.
Rasulullah bersabda diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah.”
l Menghargai nikmat.
Kita biasanya mudah lupa nikmat yang dinikmati selama ini. Jika ditimpa musibah, baru merasakan betapa selama ini kita telah dilimpahkan dengan banyak nikmat.
Tokoh ulama terkenal, Ahmad Asy-Syarbasi mengatakan bahawa di sebalik penyakit ada hikmah dan nikmat iaitu berehat daripada segala kesibukan dan kesedihan; memperoleh pelajaran; mendidik sifat ego manusia dan kesombongannya serta membuka jalan mengingat Allah dan menghapus dosa.
Penyakit dan musibah bagi orang tidak beriman adalah azab, tetapi jika menimpa orang beriman adalah kebajikan. Rasulullah SAW bersabda: “Jika Aku (Allah) timpakan bencana pada dua benda yang dicintai (dua matanya) hambaku lalu ia sebar, Aku akan gantikan kedua-duanya dengan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).
l Peluang untuk mendapat lebih baik.
Setiap musibah yang menimpa kita perlu diusahakan jalan cara untuk mengatasinya agar keadaan kembali kepada asal atau lebih baik lagi.
Anggapan mengatakan setiap cubaan daripada Allah hanya perlu dihadapi dengan reda dan berserah kepada takdir adalah fahaman salah. Allah menyuruh kita berusaha mendapat sesuatu yang baik. Berusaha mengubah apa yang ditakdirkan oleh Allah bukan bermakna melawan kekuasaan Allah. Usaha itu lari daripada satu takdir untuk menghadap takdir yang lain.
Allah memberikan kita akal untuk memikirkan perkara kebaikan dan menyelesaikan permasalahan. Berserah kepada Allah semata-mata tanpa berusaha, bermakna tidak menggunakan keistimewaan akal dan kebolehan dikurniakan oleh-Nya.
Sekiranya kita menerima sesuatu musibah dengan reda dan tenang, Allah akan membuka rahmat-Nya dengan seluas-luasnya. Keadaan fikiran tenang dan bijaksana memudahkan usaha pemulihan.
Sebaliknya, perasaan tidak menentu, takut dan marah akan menjadikan keadaan lebih kelam kabut. Sikap tidak dapat menerima hakikat apa yang menimpa diri dan mudah berputus asa mencampakkan diri dalam kebinasaan.
Firman Allah bermaksud: “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah dan apa saja bencana yang menimpa kamu, maka daripada (kesalahan) diri kamu sendiri.” (Surah an-Nisa, ayat 79).
|
|
|
| |

| Pendukung Risalah |
| 01.18.06 (9:41 pm) [edit] |
|
Sebenarnya apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini.
Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat muslim.
Adalah tidak memadai dengan saya menjadi muslim seorang diri sahaja sedangkan orang-orang di sekeliling saya tidak dihiraukan, kerana di antara kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia (jika ia telah benar-benar beriman) ialah ia merasai tanggungjawabnya terhadap orang lain dengan mengajak dan menasihati mereka dengan Islam serta ghairah mengambil berat ke atas mereka sebagai ! realisasi dari amaran Rasulullah:
Yang bermaksud:
"Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka".
Bertitik tolak dari sinilah menyusulnya satu tanggungjawab ke atas saya, iaitu tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat.
Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya sebuah rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya, anak-anak saya, seterusnya kepada kaum kerabat saya yang dekat dan inilah cara yang dilakukan oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya. Firman Allah:
Maksudnya:
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. 214- Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. 215- Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (Surah Al-Syu'ara' 26: Ayat 213-215).
Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim selepas tanggungjawab ke atas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap ahli keluarganya, rumah-tangganya dan anak-pinaknya. Berdasarkan dalil firman Allah:
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka it! u dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)
1.4.1- Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.
Untuk membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumah-tangga yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian matlamat pembinaan rumah-tangga saya. Di antaranya ialah:
1. Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali-Imran 3: Ayat ! 34)
2. Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain".
(Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)
3. Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: Keturunan itu menjadi desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain disebut: "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekupu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekupu.
4. Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana bole jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pe! gangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agam anya adalah lebih utama". (Hadis riwayat Ibnu Majah)
5. Saya mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana mengingati amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkat! inya dan isterinya".
1.4.2- Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga.
Sebenarnya pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh saya tidaklah bererti terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas perkahwinan. Malah tanggungjawab yang lebih besar segera bermula sebaik sahaja saya berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut diperturunkan seperti berikut:
1. Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai di antara saya dengannya sebagaimana Rasulullah bersabda:
"Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan terhadap isteri".
Dan sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya dan berlemah-lembut terhadap isteri mereka".
! 2. Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubung an di tempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja. Malah hubungan antara kami itu mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kami sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari 'ibadat bersama-sama turut mengatur urusan rumah-tangga dan meluangkan waktu tertentuuntuk bergurau-senda dan bermanja.
Dalam urusan 'ibadah Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya:
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: Ayat 132)
Dan firman Allah:
Maksudnya:
"Dan ia (Nabi Ismail a.s) memerintahkan ahlinya mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan ia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya". (Surah Maryam 19: Ayat 55)
Dalam hal bermesra dengan isteri, Rasulullah s.a.w pernah ! berlumba-kejar dengan Aisyah r.a. Manakala dalam hal membantu urusan rumah-tangga, baginda melakukan banyak kerja, di antaranya baginda menjahit serta memperbaiki kasut.
3. Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan isteri saya mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal yang haram kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberi amaran:
"Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannya ke dalam neraka".
Rasulullah juga bersabda:
"Seorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan isterinya".
Sabda baginda lagi:
"Celakalah orang yang menjadi hamba isterinya".
1.4.3- Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.
Sebenarnya kejayaan dala! m perkahwinan dengan memilih isteri yang salihah dan membentuk pasanga n suami-isteri yang serasi dengan acuan Islam merupakan saham yang sangat besar dalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya kegagalan perkahwinan dan tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada keburukan dan keruntuhan ke atas rumah-tangga seluruhnya.
Apapun pertentangan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan memberi kesan secara langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa mereka. Ekoran dari ini sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan penyimpangan akan diwarisi pula oleh anak-anak. Oleh yang demikian anasir yang pertama yang dapat menjamin terlaksananya pendidikan secara Islam ke atas kanak-kanak ialah melaksanakan perkahwinan menurut yang dianjurkan oleh Islam.
Pada hakikatnya hasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam ialah melahirkan keturunan yang salih seperti firman Allah:
Maksudnya:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqan 25: Ayat 74)
Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih bila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika ia hidup membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan menyeleweng ia juga akan turut terpesong dan menyeleweng sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Muttafaqun 'Alaih)
Oleh sebab itu Islam memandang berat dalam urusan mendidik anak-anak serta menggesa supaya mencari sebab-se! bab, norma-norma serta udara yang baik untuk menjamin terlaksana tarbi ah yang baik.
Rasulullah bersabda:
"Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).
Rasulullah juga bersabda:
"Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia".
Sabda baginda lagi:
"Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak yang mulia".
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya".
|
|
|
| |
| Nasihat |
| 01.18.06 (9:39 pm) [edit] |
|
Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
---------
"Tidak akan masuk Syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sebesar biji yang halus daripada (sifat) takabur, lalu berkata seorang lelaki: Sekiranya seorang lelaki itu suka kepada pakaian yang elok dan kasut yang baik, (lalu) sabda Rasulullah S.A.W lagi: Sesungguhnya Allah itu cantik, Ia suka kepada yang cantik; Takabur itu adalah tidak mahu menerima kebenaran dan menghina orang lain."(Riwayat Muslim drp. Ibn Mas'ud)
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa(muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat RA, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya." Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan
kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)
Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Bukhari)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang
bersaudara. [Bukhari & Muslim]
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah
(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah AlHujuuraat:11]
"Jangan mencela dirimu sendiri" maksudnya ialah mencela antara sesama mu'min karana orang-orang mu'min seperti satu tubuh. Panggilan yang buruk ialah gelar yang tidak disukai oleh orang yang digelari, seperti panggilan kepada orang yang sudah beriman, dengan panggilan seperti: hai fasik, hai kafir dan sebagainya.
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), kerana sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." [Surah AlHujuuraat:12]
"Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (An-Nisaa':148)
"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mu'min dan mu'minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata." (Al Ahzab:58)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah. [Bukhari & Muslim]
Mutiara kata:
Al-Husain bin Mansur berkata:
"kebagusan akhlak itu ialah: Tidak ada apa-apa yang dapat mempengaruhi anda oleh putusnya hubungan dengan orang banyak, sesudah anda melihat kebenaran."
|
|
|
| |
| Keikhlasan lambang peribadi Muslim |
| 01.15.06 (10:54 pm) [edit] |
|
SIFAT ikhlas perlu dijadikan hiasan peribadi Muslim. Keikhlasan menjadi penentu nilai kehidupan seseorang dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah.
Keikhlasan bukan sekadar cakap-cakap pada bibir. Apa yang dilakukan hendaklah mengikut garis panduan ditetapkan. Usah menipu diri sendiri dengan mengatakan apa yang dilakukan adalah ikhlas, sedangkan tidak menepati ciri ikhlas.
Tanda seseorang ikhlas dalam apa yang dilakukan dapat dinilai berdasarkan beberapa perkara.
l Niat.
Setiap perbuatan bergantung kepada niatnya. Semua amalan dilakukan mesti dimulakan dengan niat atau keyakinan diri apa yang dilakukan untuk melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat dan perhitungan ke atas amalan seseorang itu berdasarkan kepada niatnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Ulama menjelaskan bahawa niat di dalam hati adalah roh bagi segala amalan yang ingin dilakukan manusia. Tidak mungkin badan dapat bergerak tanpa roh. Begitu juga tidak wujud keikhlasan tanpa niat ikhlas.
Tanpa niat, bermakna perbuatan itu berlaku secara spontan. Apa yang dilakukan tidak dikira satu kebaikan jika pun apa yang dilakukan itu satu kebaikan.
Dalam kaedah fikah, amalan tanpa niat adalah batal atau tidak sah. Sebab itu, semua ibadat meletakkan niat sebagai rukun.
l Hanya kerana Allah.
Setiap apa yang dilakukan mesti diniatkan hanya kerana Allah. Apa yang dilakukan sebagai tanda beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.
Firman Allah bermaksud: “Tidak akan ciptakan jin dan manusia, melainkan hanya untuk beribadat kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat, ayat 56).
Niat dalam hati mesti sama dengan apa yang ingin dilakukan. Manusia tidak mampu menipu Allah apa yang tersimpan di dalam hati.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya.” (Surah Qaaf, ayat 16).
Jika ada niat lain tersimpan di dalam hati, maka tidak adalah keikhlasan yang sebenar. Hanya orang yang melakukan dengan ikhlas diterima ibadatnya. Amalan tanpa disertakan keikhlasan tidak menjadi sebahagian daripada ibadat.
l Mengharapkan rahmat dan belas kasihan Allah.
Sesungguhnya setiap apa yang berlaku sepenuhnya di bawah kekuasaan Allah. Gantungkan harapan agar apa yang dilakukan mendapat rahmat dan belas kasihan Allah agar tercapai seperti apa yang diingini.
Sesiapa mengharapkan rahmat Allah tidak akan mempersia-siakan peluang melakukan ibadat. Setiap apa yang dilakukan dikira ibadat jika ikhlas mengharapkan rahmat Allah.
l Dengan kerelaan sendiri.
Keikhlasan hanya wujud jika amalan dilakukan dengan kerelaan diri sendiri. Sesiapa melakukan dengan sebab terpaksa hanya mendapat 'balasan' daripada orang yang menyebabkan dia terpaksa melakukan amalan itu. Seharusnya, setiap urusan hidup dan ibadah adalah kerelaan diri mencari keredaan-Nya.
Kerja yang dilakukan dengan terpaksa tidak akan menghasilkan kejayaan. Apa yang dilakukan sekadar siap atau melepasi tahap minimum yang ditetapkan.
Perkara ini banyak berlaku dalam pekerjaan yang bergaji tetap. Banyak atau sedikit produktiviti yang dihasilkan, mereka tetap mendapat gaji yang sama. Bahkan, mereka lebih suka jika tidak perlu melakukan kerja, tetapi masih dibayar gaji.
l Untuk kebaikan.
Tidak termasuk perbuatan ikhlas jika tidak untuk tujuan kebaikan. Islam menegah sebarang perbuatan mendatangkan keburukan. Tidak ada perbuatan yang bertujuan mendatangkan keburukan yang boleh dinilai sebagai ikhlas.
Seseorang yang melakukan perbuatan buruk disebabkan terpaksa atau darurat hendaklah dengan niat untuk kebaikan. Perbuatan itu dilakukan bukan kerelaan atau sekadar suka-suka.
Keikhlasan mendorong seseorang sentiasa mempunyai semangat untuk melakukan kebaikan. Setiap apa yang dilakukan pada hari ini diharapkan lebih baik daripada hari sebelumnya. Sementara, esoknya akan lebih baik daripada hari ini.
l Dilakukan bersungguh-sungguh.
Semua amalan, sama ada berkaitan urusan duniawi atau ukhrawi hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh untuk mendapat kebaikan.
Allah mencintai hamba-Nya yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Kejayaan dan kesempurnaan bergantung kepada kesungguhan dan mengikut aturannya.
Ketekunan melakukan kerja dilakukan pada setiap masa biarpun tanpa pemerhatian atau pengawasan pegawai atasan. Dia melakukan seperti sentiasa ada orang memerhati dan menilai kerja itu.
l Rasa tanggungjawab.
Keikhlasan bukan boleh dipaksa-paksa. Keikhlasan turut diikuti dengan rasa bertanggungjawab atas setiap apa yang dilakukan. Keikhlasan tidak lahir jika tiada perasaan tanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang dilakukan.
Ramai orang bersikap lepas tangan atau tidak mahu bertanggungjawab atas amanah yang perlu dilakukan. Mereka hanya mengaku itu kerja atau tanggungjawabnya jika perkara baik berlaku. Sebaliknya, pihak lain dipersalahkan jika berdepan dengan kegagalan.
|
|
|
| |
|
|