 Blog For Free!
Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog


 Free Hit Counter
|
| Kematian bukan bererti kemusnahan |
| 03.28.06 (10:05 pm) [edit] |
|
Kematian bukan bererti kemusnahan segala-galanya. Mati bermakna hilangnya nyawa daripada tubuh. Apabila nyawa itu berpisah daripada jasad, maka manusia atau apa makhluk pun akan mati, termasuk malaikat yang mengambil nyawa manusia, yang kekal hanya Allah s.w.t.
Pada bangunan, lampu-lampu yang bergemerlapan itu seumpama nyawa. Apabila lampu-lampu itu padam, maka gelaplah bangunan. Sama seperti manusia apabila nyawa itu dicabut daripada tubuh, maka matilah tubuh berkenaan.
Namun demikian roh yang wujud pada jasad manusia, yang membolehkan manusia itu bertindak, berfikir, mengimbangi antara yang baik dan buruk, melahirkan rasa gembira sedih, dan lain-lain, yang membezakan roh insani dan roh hayawani juga roh nabatiy tidak binasa biarpun ia berpisah daripada jasad.
Roh ini diambil oleh malaikat. Dipersembahkan kepada Allah, diberi ganjaran baik atau jahat, bergantung kepada amalan baik atau jahat ketika seseorang itu hidup. Apabila seseorang itu mati, maka ketika itu ia berada di alam arwah atau alam barzakh. Dengan demikian maka roh itu tidak berada di alam fana, iaitu alam yang tidak kekal ini. Roh isteri saudara berada di alam arwah, sementara menantikan hari kiamat, yang hanya diketahui waktunya oleh Allah.
Cinta seorang suami terhadap isteri atau isteri terhadap suaminya tidak semestinya terjalin rapat hasil daripada cinta yang berlaku sebelum perkahwinan. Ini berlaku kepada saudara. Dan ia bukan sesuatu yang luar biasa.
Kesedihan yang dirasa akibat kematian orang yang dikasihi, lebih-lebih lagi dengan kematian isteri adalah sesuatu yang lumrah. Bezanya ialah setakat mana kebetahan diri seseorang itu menanggung rasa rindu yang datang mengasak dan menekan. Bagi seorang yang sensitif dan tidak menyangka kehadiran peristiwa sedemikian rupa, boleh menyebabkan bahawa kematian orang yang dikasihi itu sebenarnya tidak berlaku pada dirinya.
Tidak dapat digambarkan kesedihan akibat kematian orang yang dikasihi, kecuali oleh mereka yang mengalaminya. Bagi seorang suami, isterilah orang yang akan menyambut kepulangannya setelah seharian berhempas pulas di tempat kerja, mendengar segala keluhan sambil bergurau senda di sepanjang hari ketika berada di rumah. Dialah yang menyediakan segala-galanya ketika di meja makan, di tempat tidur, pakaian yang hendak dipakai juga bekalan yang hendak dijadikan alas perut ketika bekerja.
Segala-galanya lesap dalam usia yang begitu muda. Tidak ada orang yang menyambut ketika balik kerja. Tidak ada tempat bermanja juga bergurau senda. Di semua tempat, juga seluruh waktu. Semuanya ditanggung sendiri. Ketika inilah segala-galanya menjadi seumpama satu nostalgia yang menggamit-gamit untuk memanggil orang yang hakikatnya telah pergi.
Sukar bagi manusia untuk menghargai anggota tubuh anugerah Allah seperti nikmat jari, gigi, kaki, tangan, mata, hidung dan sebagainya, kecuali apabila anggota berkenaan tidak berfungsi kerana kecederaan, sakit atau kehilangannya.
Seseorang itu akan hanya tahu betapa besarnya nilai ruas jari telunjuk, apabila penghujung jari telunjuk itu membengkak kerana tersepit pintu kereta, menyebabkan seseorang itu tidak boleh menurunkan tandatangan, atau tugas yang dilakukan setiap hari.
Begitu juga dengan gigi. Seseorang itu tidak akan dapat menghargai nikmat adanya gigi kecuali ketika sakit gigi, menyebabkan seseorang itu terpaksa menelan makanan biarpun masih belum lumat. Begitu juga halnya pada anggota lain, pada kaki, tangan, mata, hidung dan telinga.
Kerana itulah setiap orang itu perlu bersyukur kepada Allah di atas anugerah yang tidak ada bandingannya, tidak boleh ditukar ganti dengan objek lain, sama seperti keperluan seorang isteri oleh si suami. Kehilangan dan jasanya akan lebih dihayati dan disedari setelah seseorang itu meninggal dunia.
Dalam hadis Ibn Abd Barr, dinyatakan bahawa Rasulullah berkata: Seorang Muslim yang lalu pada kuburan saudaranya yang dikenali ketika hidup di dunia, kemudian memberi salam kepadanya, maka Allah akan mengembalikan salam tersebut kepadanya sehinggalah rohnya membalas salam yang diberi.
Dalam sebuah hadis sahih Bukhari Muslim dari Ibn Abd Bar, dari Rasulullah dengan bentuk yang berbeza, disebutkan bahawa beliau telah berhenti pada satu tempat di mana syuhada Perang Badr disemadikan. Kemudian baginda memanggil nama-nama mereka: Wahai fulan bin si fulan, apakah kalian benar-benar mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kamu, sedangkan aku sendiri benar-benar telah mendapat apa yang telah dijanjikan untuk ku?
Umar bertanya, ya Rasulullah, bagaimana tuan berbicara dengan mereka yang telah mati? Baginda menjawab: Demi Allah, kamu tidak lebih mendengar perbicaraanku daripada mereka. Cuma supaya mereka tidak berupaya menjawabnya.
Abu Bakr Abdullah Muhammad bin Ubaid Abid Dunya, dalam kitabnya ``Al-Qubur, pada bab Makrifatu ``I-mauta bi-ziayarati `l-Ahya berkata: Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Al-Husain, dari Yahya bin Basthom Al-As-Jahdary berkata, aku telah bermimpi melihat Ashim Al-Jahdari yang telah meninggal dunia dua tahun lamanya.
Aku bertanya kepadanya: Bukankah kamu telah mati? Dia menjawab ya! Di mana kamu sekarang berada? Dia menjawab: Sekarang aku berada di sebuah kebun dari kebun-kebun syurga. Berkumpul bersama teman-temanku dan setiap malam Jumaat serta paginya aku bersama teman-temanku datang menemui Abu Bakar bin Abdullah Al-Muzanni.
Aku bertanya lagi, apakah yang berkumpul itu jasadmu atau roh-rohmu? Dia berkata: Roh-roh kami. Aku bertanya: Apakah kamu mengetahui setiap kali aku berziarah ke kuburmu? Dia menjawab: Ya. Kami tahu, dengan roh-roh kami terutamanya pada hari Jumaat petang dan Sabtu hingga terbenam matahari. Aku bertanya, mengapa tidak setiap hari? Dia menjawab, sebab hari Jumaat adalah paling utama.
Al-Hafiz Abu Muhammad Abdul Haq Al-Asybily menyatakan bahawa Ibn Abdul Barr dalam hadisnya, dari Ibn Abbas dari Rasulullah ada bersabda mengenai mayat serta balasan salam orang yang menziarahinya menunjukkan bahawa mayat juga mendapat manfaat daripada bacaan Yasin yang dilakukan oleh mereka yang hidup.
Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Aisyah dan lain-lainnya. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dari Abu Hurairah yang bermaksud: Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku, melainkan Allah menyampaikan kepada rohku hingga aku pun membalas salamnya.
Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas ternyata bahawa kedatangan orang yang masih hidup ke kubur, diketahui oleh roh yang telah pergi, yang berada di alam arwah. Begitu juga dengan manfaat sedekah pahala oleh mereka yang hidup terhadap mereka yang telah meninggal, termasuk mereka yang kita kasihi.
Dalam surah Ali-Imrah: 185 dijelaskan bahawa setiap yang berjiwa itu akan merasakan kematian. Makhluk yang berada di dunia pasti akan mati. Yang berada di alam malakut, di alam jabarut juga akan mati. Golongan pertama ialah anak Adam dan seluruh makhluk yang hidup. Golongan kedua ialah makhluk dan jin, sementara yang termasuk dalam kategori ketiga ialah para malaikat pilihan.
Mereka ini adalah malaikat karabiyun, ruhaniyun dan malaikat yang menjaga Arasy dan malaikat yang memiliki mahkota keagungan. Mereka tetap mati biarpun mempunyai kedudukan yang begitu hampir dengan Allah. Kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah bukan menjadi penghalang daripada menerimanya, kerana itu tidak ada sebab kematian itu menjadi masalah berpanjangan seumpama tidak dapat diterima pemergiannya, biarpun tidak dapat dinafikan keperluan kasih sayang terhadap seorang isteri.
Mengingati kematian sesuatu yang baik. Kesedihan kerana pemergian isteri yang dikasihi mempunyai rahsia-rahsia ilahiah yang tidak mudah difahami oleh manusia.
Allah mahukan agar setiap makhluk yang beriman itu menerima qadak dan qadar Tuhan dengan rasa reda. Bala yang menimpa menghapuskan dosa-dosa seseorang, seumpama gugurnya daun-daun dari dahan kayu kering.
Ada kalanya Allah mahukan maqam seseorang itu terletak di satu tahap tertentu yang lebih tinggi tetapi hamba berkenaan tidak berupaya mencapainya, kerana amalannya dan lain-lain keadaan yang menyekat.
Namun Allah yang Maha Penyayang, mahukan hamba-Nya itu berada di tahap yang lebih tinggi di sisi-Nya. Kerana itu, untuk mencapai tahap atau maqam berkenaan, Allah menurunkan dugaan kepada hamba berkenaan seperti mengenakan penyakit atau kematian orang yang dikasihi. Dalam masa yang sama, Allah memberi kesabaran dan ketabahan lalu hamba berkenaan berupaya berhadapan dengan dugaan Allah, yang akhirnya Allah meletakkan hamba tadi pada maqam yang lebih tinggi daripada kedudukan yang sedia ada.
Sesungguhnya Allah membalas ganjaran hamba yang sabar itu dengan ganjaran yang banyak, yang tidak dapat dihisab.
|
|
|
| |
| Allah berhak menentukan rahmat-Nya |
| 03.28.06 (9:33 pm) [edit] |
|
SAYYID Qutub berkata: Pembicaraan di permulaan pelajaran ini dihadapkan kepada ‘orang-orang yang beriman’. Ia menyeru mereka dengan sifat istimewa mereka iaitu sifat mukmin yang mengikat mereka dengan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dan sifat mukmin yang merangsangkan hati mereka tampil menyebut seruan itu.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: ‘Ra’ina’ (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: ‘Unzurna’, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Orang-orang kafir daripada ahli kitab, dan juga daripada orang-orang musyrik tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit daripada kebaikan (atau wahyu) daripada Tuhan kamu. Padahal Allah berhak menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (Al-Baqarah: 104 dan 105)
Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Ini merupakan seruan daripada Allah s.w.t. bagi orang yang beriman yang dihadapkan percakapan kepada mereka seraya berfirman: Janganlah kamu mengatakan: ‘ra’ina’. Syeikh Sya’rawi menyebut bahawa Sa’d bin Mu’az telah mendengar seorang Yahudi menyebut kepada Rasulullah dengan ra’ina, sedangkan Sa’d amat mengetahui maksud mereka dan memahaminya. Lantas beliau pergi kepada Yahudi tersebut seraya berkata: “Kalau aku mendengarnya sekali lagi daripadamu nescaya aku pancung lehermu.” Yahudi itu membalas: “Tidakkah kamu berkata kepada Nabimu? Adakah ia haram ke atas kami dan halal bagimu?” Kemudian turunnya ayat ini.
Kalau kita perhatikan, perkataan ra’ina dan unzurna mempunyai makna yang sama tetapi perkataan unzurna tiada makna seerti pada bahasa Yahudi yang membawa kepada menghina dan menyakiti Rasulullah s.a.w..
(Ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad) iaitu perhatikan kami dan tangguhkan bagi kami sehingga kami mampu menjaga dan memelihara apa yang kamu amanahkan ke atas kami. Ibn al-Jauzi dalam kitabnya Zad al-Masir berkata: “Jumhur ulama membaca perkataan ra’ina tanpa tanwin (baris dua). Sedangkan al-Hasan, al-A’masyh dan Ibn al-Muhaisin membaca dengan tanwin. Jika dibaca tanpa tanwin bermaksud meraikan dan jika dibaca dengan tanwin bererti tolol atau bebal kerana diambil daripada perkataan ru’unah.
Dengan sifat mukmin inilah ia melarang mereka menggunakan kata-kata ra’ina kepada Rasulullah s.a.w. iaitu kata-kata yang diambil daripada kata dasar al-ri’ayah (perhatian) dan supaya mereka menggantikan perkataan itu dengan kata-kata lain yang seerti dengannya dalam bahasa Arab iaitu kata-kata unzurna dan seterusnya ia menyuruh mereka patuh dan taat serta mengingatkan mereka tentang nasib kesudahan orang-orang kafir yang akan menerima azab yang amat pedih.
Derhaka
Sebaliknya katakanlah: ‘unzurna’ iaitu tunggu kami dan perhatikan kami dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); Taatilah segala arahan Allah s.w.t. dan kamu jangan jadi seperti Yahudi yang selalu berkata: “Kami dengar dan kami derhaka.”
Mengikut riwayat-riwayat, sebab dilarang menggunakan kata-kata ra’ina adalah kerana samseng-samseng Yahudi mentelorkan lidah mereka menyebut kata-kata itu apabila mereka tujukan kepada Rasulullah s.a.w. supaya ia memberi makna lain yang diambil daripada kata dasar al-Ra’unah yang bermaksud tolol atau bebal.
Mereka takut memaki Nabi s.a.w. secara terbuka, lalu mereka mencari helah memaki Baginda dengan cara tidak langsung.
Oleh itu, al-Quran melarang kaum Muslimin menggunakan kata-kata yang digunakan oleh kaum Yahudi untuk memaki Rasulullah s.a.w. dan menyuruh mereka menggantikannya dengan perkataan lain yang seerti dengannya dan tidak dapat diputarkan oleh samseng-samseng kaum Yahudi untuk menggagalkan tujuan mereka yang hina dan tolol.
Penggunaan cara orang Yahudi ini menunjukkan hebatnya kemarahan dan hasad dengki mereka, betapa biadap dan hinanya cara mereka dan betapa rendahnya budi pekerti mereka. Larangan ini juga sekali gus membayangkan perhatian serius Allah dan hemat pembelaan-Nya terhadap Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi setiap tipu daya dan niat jahat musuh.
“Dan (ingatlah bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani berkata: Al-Lam pada perkataan kafir semata-mata li al-‘Ahd yang bermaksud dikehendaki dengan orang kafir di sini merujuk kepada orang Yahudi sahaja. Bagi Yahudi yang menyakiti Rasul serta memakinya mereka akan dihukum dengan azab yang amat pedih.
Kemudian al-Quran mendedahkan kepada kaum Muslimin niat-niat jahat dan sikap perseteruan yang tersembunyi dalam dada kaum Yahudi yang ada di sekeliling mereka serta perasaan hasad dengki yang berkecamuk dalam hati mereka disebabkan limpah kurnia yang Allah kurniakan kepada kaum Muslimin. Ini supaya mereka berwaspada, berpegang teguh dengan keimanan dan bersyukur serta menjaga limpah kurnia-Nya. Al-Samarqandi dalam Bahr al-‘Ulum pula berkata: “Yang dimaksudkan dengan kafir di sini ialah golongan Yahudi.”
Seterusnya firman Allah: “Orang- orang kafir daripada ahli kitab, dan juga daripada orang-orang musyrik.” Ibn Abbas berkata, ahli kitab ialah penduduk Yahudi Madinah dan Kristian Najran. Sedangkan golongan musyrikin ialah musyrikin ahli Mekah.
“Tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit daripada kebaikan (atau wahyu) daripada Tuhan kamu. Orang kafir di kalangan Yahudi dan Kristian, begitu juga golongan musyrikin tidak suka diturunkan sesuatu kebaikan ke atasmu. Ini kerana sifat benci, marah serta hasad terhadapmu. Dikehendaki dengan kebaikan ialah kenabian dan Islam. Abu Sulaiman al-Dimasyqi berkata: “Dikehendaki dengan kebaikan ialah ilmu, fiqh dan hikmah.”
Imam al-Nasafi dalam tafsirnya Madarik al-Tanzil berkata: Min (daripada) yang pertama untuk penerangan kerana mereka yang kafir terbahagi kepada dua: ahli kitab dan musyrikin. Sedangkan min (daripada) yang kedua sebagai tambahan untuk mengumumkan segala kebaikan. Seterusnya min (daripada) yang ketiga sebagai memulakan penghabisan dan kebaikan itu adalah wahyu, begitu juga dengan rahmah.
Padahal Allah berhak menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya iaitu dengan keistimewaan kenabian, wahyu, kurniaan dan ihsan siapa yang dikehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Allah s.w.t. lebih mengetahui kepada siapakah hendak diserahkan risalah-Nya. Oleh itu, apabila Allah menyerahkan kepada Muhammad dan orang-orang yang beriman kepadanya, maka ini bererti bahawa Allah mengetahui bahawa Baginda dan pengikut-pengikutnya itu merupakan orang-orang yang wajar menerima limpah kurniaan-Nya.
Rahmah dengan maksud:
1. Kenabian. Inilah pendapat Ali bin Abi Talib, Muhammad bin Ali bin al-Husain, Mujahid dan al-Zajjaj.
2. Dikehendaki dengan maksud Islam. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Muqatil.
3. Imam al-Baghawi berkata dalam tafsirnya Ma’alim al-Tanzil: Dikehendaki dengan rahmat ialah Islam dan hidayah. “dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar” iaitu Allah amat luas kurniaan dan ihsan. Saranan yang halus merangsang hati orang yang beriman serta memberi kesedaran betapa besarnya pemberian serta limpah kurniaan-Nya itu. Begitu juga kenyataan al-Quran sebelum itu mengenai orang-orang kafir yang menaruh perasaan buruk terhadap kaum Muslimin itu dapat membangkit kesedaran supaya mengambil sikap sentiasa berhati-hati. Kesedaran ini perlu diwujudkan untuk menghadapi kempen-kempen yang bertujuan menimbulkan kegelisahan dan keraguan yang diterajui oleh kaum Yahudi untuk melemahkan akidah mereka yang beriman, sedangkan akidah itu pemberian Allah kepada kaum Muslimin.
Al-Quran menggabungkan orang-orang kafir, ahli-ahli kitab dan kaum musyrikin dalam satu barisan kekufuran. Golongan ini sama-sama mengingkari kerasulan yang terakhir, menaruh hasad dengki dan dendam kesumat terhadap para mukmin. Mereka tidak pernah berniat baik dan perkara yang paling tidak disukai mereka terhadap para mukmin ialah agama Islam. Ini kerana Allah telah memilih mereka mendukung agama ini dan menurunkan al-Quran kepada mereka serta memilih mereka untuk menerima nikmat ini dan menyerahkan kepada mereka amanah akidah di bumi ini.
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
|
|
|
| |
| Potensi dinamika pemikiran Islam |
| 03.28.06 (9:29 pm) [edit] |
|
PEMBAHARUAN atau tajdid dalam Islam sesuatu yang fitrah atau tabii sifatnya. Islam bukan agama yang beku dalam pemikiran dan statik dalam amalan.
Dinamika Islam memberikan ruang kepada kreativiti. Kreativiti dalam pemikiran dituntut tanpa menolak faktor syarak. Berfikir secara reflektif adalah suatu keperluan. Perubahan hari ini dan masa depan berasaskan cerminan masa lalu supaya wujud kesinambungan antara yang lalu dan kini.
Apa yang berlaku pada masa lalu memberikan kita landasan tradisi yang baik. Keupayaan umat Islam mengimbangi faktor perubahan zaman ialah kebijaksanaan menghubungkan faktor tradisi yang baik dan cemerlang dengan perubahan kini yang tidak daripada kerangka fitrah.
Pada abad terdahulu wujud pemikir yang melakukan pembaharuan dalam keadaan umat yang berbeza mendepani cabaran yang juga tidak sama. Tokoh seperti Ibn Taimiyyah, Muhammad Abduh, Muhammad Ab Wahab, Hassan al-Banna, Sheikh Muhammad al Ghazali, Ismail Faruqi dan Yusof al-Qardawi adalah antara yang membawa pembaharuan pemikiran pada tempoh terdahulu hingga hari ini.
Dalam dunia Melayu, Hamzah Fansuri, Wali Songo, Muhammad Nasir, Pendeta Zaaba, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Muhammad Naquib al Attas adalah sebahagian daripada tokoh pembaharuan dalam pelbagai bidang ilmu Islam.
Mereka sama ada melakukan pemurnian semula jalan fikir Islam yang sudah tersasar akibat amalan khurafat yang diamalkan umat atau kehilangan dinamika dalam kaedah berfikir yang boleh menyebabkan kejumudan berpanjangan.
Dengan pembaharuan, tidak bermakna umat menolak faktor nas yang qatie atau prinsip asasi Islami yang mutlak sifatnya. Tetapi, zaman sepanjang sejarah jatuh bangun umat berlaku lintasan pengaruh tamadun dan silang-pemikiran yang tidak serasi dengan tasawur Islami.
Lalu, umat terjebak dengannya untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan dan kemajuan atau terus berada dalam kebekuan yang tidak memungkinkan pembaharuan berlaku.
Ada ilmuwan Islam menyebutkan umat Islam berada pada tiga persimpangan.
Pertama, terus menggunakan ilmu yang sifatnya tradisional dengan metodologinya sekali. Pendekatan ini disebut ‘authentic’ atau kekal seaslinya.
Kedua, umat Islam berhadapan dengan faktor perubahan semasa yang dikatakan moden iaitu berlakunya dinamika ilmu dikembangkan dengan menggunakan kekuatan metodologi terkini. Pendekatan ini disebut ‘modenistik’.
Ketiga, umat Islam perlu menyaring asas tradisi, memilih asas prinsipnya dan mengolahnya semula menggunakan pendekatan terkini. Ia supaya faktor perubahan berlaku tanpa menghilangkan maksud keaslian dan tradisinya. Ia disebut pendekatan ‘eklektik’.
Pendekatan eklektik belum begitu berkembang dan sering menerima kritik. Pengkritik yang cenderung kepada asas epistemologi atau asas-usul ilmu, sering tidak setuju.
Sementara yang lain merasakan ia suatu kewajaran kerana meskipun metodologinya dinamik, prinsip dan roh ilmu dan pendidikan tetap tidak berubah.
Ada ilmuwan Islam mempunyai asas konsep, definisi dan falsafah yang jelas mengenai ilmu dan pendidikan. Bagaimanapun, ia tidak dikembangkan pada tahap kedua yang menuntut berkembangnya metodologi atau kaedah operasi yang mampu menterjemahkan asas falsafah dan konsep dalam tugas harian pengilmuan dan pendidikan.
Pada masa sama ada penggerak ilmuwan dan pendidikan melaksanakan pendekatan mendidik yang sifatnya semasa, tetapi tidak berpedomkan jalan falsafah yang selari dengan pembangunan fitrah insan.
Akhirnya, wujud jurang di antara keinginan melakukan penghubung supaya proses pengilmuan dan pendidikan berlaku secara sepadu dengan keinginan bersikap pragmatik dan semasa, tetapi tidak dipandu oleh nilai, falsafah dan hikmah.
Pembaharuan dalam pemikiran amat perlu bagi umat Islam kini. Pemikiran yang tajdidi dan islahi sifatnya tidak menolak faktor asasi dalam akidah, ibadah, akhlak dan syariah. Tetapi, pembaharuan menyentuh pendekatan yang semasa dan sezaman bagi menyuburkan lagi kreativiti. Ia supaya umat tidak terpinggir dalam arus perubahan dan mampu mengembangkan asas berfikir yang sedia ada.
Di Malaysia, sistem pendidikannya berkembang dengan menggariskan asas falsafah untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dengan memberikan penekanan perlunya integrasi ilmu dan pendidikan.
Nilai murni cuba dijadikan asas merentasi kurikulum dan kokurikulum. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, contohnya, cuba memperkenalkan program integrasi dan Islamisasi dalam kursusnya supaya jenis modal insan yang dilahirkan mampu mengurus sistem secara holistik.
Strategi penerapan nilai Islam telah mengubah corak muamalah berkaitan transaksi bank, kewangan, insurans dan sebagainya sedang mengalami proses pembaharuan yang agak pesat. Ia walaupun berasaskan syariah dan mekanisme pengurusan yang konvensional, boleh diterima orang Islam dan bukan Islam.
Pendidikan Islam di Malaysia, umpamanya, memberikan penekanan terhadap pembangunan akal, rohani dan jasmani secara bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni. Ia juga pendekatan reformatif bagi melahirkan modal insan yang maju dalam pemikiran, terbangun akhlak dan etikanya serta memiliki ketangkasan dan kelasakan dalam melakukan sesuatu.
Proses pembaharuan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, terutama apabila berhadapan proses globalisasi yang amat mencabar kini. Proses ini bukan bermakna kita harus menerima faham Barat secara sewenang-wenang. Faham liberal, sekular, rasionalis, pragmatis, naturalis, humanis dan sebagainya yang bersumber daripada akar-masalah dan falsafah orang Barat tidak sesuai dengan tradisi pembangunan orang Islam.
Perubahan dan kemajuan hendaklah berjalan atas kerangka tradisi yang sifatnya dinamik. Sifat perubahan itu diibaratkan mata rantai yang menghubungkan zaman berbeza, tetapi tetap memiliki kesinambungan dan tali-temali tamadun yang sifatnya menyumbang.
Bersama Prof Dr Sidek Baba
|
|
|
| |
| Ibnu al-Nafis pengasas teori peredaran pulmonari |
| 03.23.06 (7:56 pm) [edit] |
|
IBNU al-Nafis atau nama penuhnya ‘Ala’uddin Abu al-Hasan Ali Ibn Abi Al-Hazam Al-Qrasyi dilahirkan di pinggir bandar Damsyik pada 607H/1210M. Di bandar kelahirannya, beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan terkenal, antaranya al-Syeikh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi, al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.
Beliau yang berketurunan Quraisy merupakan rakan sepengajian Maufiquddin Qabu Al-Abbas Ahmad Libnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaiba’ah iaitu penulis buku termasyhur yang menceritakan tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.
Mereka kemudian berpindah ke Kaherah dan bekerja di Al-Nasiri. Di hospital inilah, Ibn al-Nafis mencapai kemajuan dengan menjadi ketua doktor di hospital berkenaan. Sementara itu, Ibn Abi Usaiba’ah menumpukan kajian kepada perubatan mata. Ibnu al-Nafis menetap di Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H/1288 M pada usia 80 tahun.
Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malah ada juga orang yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih menyerlah dan terkemuka berbanding para sarjana Islam yang lain.
Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenal sebagai tokoh sarjana Islam dalam dunia perubatan. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah hospital.
Beliau sangat berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong, kerana percaya pada pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Demi memajukan bidang pembedahan, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah itu boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.
Ibnu al-Nafis bersama para doktor Mesir yang lain telah melancarkan kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Wabak itu merebak selama enam bulan dan akhirnya berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan itu Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh penduduk di negara Mesir.
Perkara penting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam kitab anatomi Ibnu Sina yang berkait dengan teori tentang peredaran darah adalah pergerakan darah dalam kitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai ‘sistem sirkulasi pulmonari’.
Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang baru. Teori ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-paru dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan ‘teori sirkulasi pulmonari’. Akan tetapi Ibnu al-Nafis tidak sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah ke seluruh tubuh.
Sewaktu dalam lingkungan umur 74 tahun, beliau ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan hospital itu berdasarkan keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut seperti wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu dan bilik khas untuk doktor. Selain itu beliau juga memperkenalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya ‘al-Mansuri’.
Sebagai seorang ahli perubatan, beliau banyak menghasilkan buku. Antaranya, al-Kitab al-Syamil Fi al-Tibb (Ensiklopedia Perubatan), Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl (opthalmilogi) dan al-Muhazzab (perubatan mata). Selain itu beliau juga menghasilkan al-Mujaziaiti, iaitu ringkasan daripada kitab Ibnu Sina, al-Qanun. Fi ‘I-Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrates, Ibnu Sina dan Humaym Ibnu Ishaq.
Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat meskipun ilmu yang paling utama diketahuinya ialah bidang perubatan. Ibnu al-Nafis juga merupakan seorang ahli fizik yang terkemuka di Mesir dan negara-negara Islam yang lain. Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia sangat penting kepada dunia Islam.
|
|
|
| |
| Mohon perlindungan daripada kejahatan makhluk |
| 03.19.06 (8:06 pm) [edit] |
|
Kalamullah
Katakanlah (wahai Muhammad): ``Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Daripada bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk. Dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengki. (Al-Falaq :1-5)
Huraian:
Surah ini mengajar kita memohon perlindungan kepada Allah Taala daripada bahaya yang datang daripada segala jenis makhluk Tuhan, sama ada yang terdapat pada malam hari yang gelap atau daripada makhluk yang berjiwa kotor meliputi ahli-ahli sihir dan lain-lainnya yang melakukan perbuatan yang merosakkan serta manusia yang khianat dan hasad dengki.
Bahaya pertama datangnya daripada kejadian gelap; gelap malam yang menjadi peluang kepada sebahagian besar daripada makhluk-makhluk jahat yang keluar dari tempat masing-masing melakukan kejahatannya, sedangkan peluang mendapat keselamatan dan pertolongan pada masa itu tidak banyak dan tidak mudah; gelap mata kepala, mata hati dan gelap jalan penghidupan dan sebagainya.
Bahaya kedua yang datangnya daripada makhluk-makhluk yang berjiwa kotor, yang berusaha membuat fitnah melonggarkan simpulan iktikad, menghuraikan ikatan muhibbah, meruntuhkan rumah tangga, memecah-belahkan perpaduan kaum kerabat dan merosakkan masyarakat; ahli-ahli sihir dan orang-orang seperti itu yang melakukan perbuatan yang merosakkan dan membahayakan orang lain adalah daripada golongan makhluk-makhluk yang berjiwa kotor ini.
Bahaya ketiga yang datangnya daripada manusia yang menjalankan tipu daya dan angkaranya untuk menghapuskan sesuatu nikmat Tuhan daripada seseorang yang memperoleh nikmat itu.
Orang yang demikian perangainya ialah orang yang ada dalam jiwanya penyakit hasad (penyakit dengki), iaitu penyakit tidak senang hati melihat atau mendengar orang mendapat nikmat daripada Allah s.w.t. selagi nikmat itu tidak hilang daripada orang yang mendapatnya; penyakit yang menyebabkan berlakunya berbagai-bagai perbuatan derhaka; penyakit inilah yang telah menyebabkan Iblis menjadi kafir kerana tidak senang hatinya melihat Nabi Adam a.s. mendapat pangkat; dan penyakit inilah yang telah menyebabkan Qabil membunuh saudaranya Habil kerana tidak senang hatinya mendengar Habil mendapat isteri yang lebih cantik daripada isteri yang ditetapkan baginya.
Panduan ini jelas bagi mereka yang berjiwa lemah, penakut dan mudah tergoda dengan hasutan daripada mereka yang menipu-dayakan ma-nusia. Ini menuntut orang Islam agar dapat membina kekuatan untuk lebih mantap agar terhindar daripada segala kejahatan makhluk.
Kesimpulan:
Kita patut sedar akan pentingnya untuk sentiasa berlindung kepada Allah daripada bahaya makhluk termasuklah kejadian gelap. Agar manusia lebih berhati-hati dalam meneruskan kehidupan menggunakan masanya terutama pada waktu gelap.
- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
|
|
|
| |
| Dalam Islam segalanya terjawab jelas |
| 03.19.06 (8:05 pm) [edit] |
|
Mengapa Saya Pilih Islam?
Nama Ahmed Burhan Tee Abdullah tidaklah sepopular nama abangnya, Ridhuan Tee Abdullah yang kerap muncul di kaca televisyen dan memenuhi undangan ceramah-ceramah agama.
Hakikatnya, Burhan, 33, juga tidak kurang hebatnya. Biarpun masyarakat lebih mengenali `celoteh' Ridhuan namun Burhan, hebat sebagai seorang Peguam Cara/Peguam Bela dan Peguam Syarie di bawah syarikat guaman milik peribadi, Burhan Tee & Co. yang berpejabat di Bandar Baru Ampang, Selangor.
Malahan, penglibatan beliau di dalam dunia perundangan cukup menggambarkan kepetahannya dalam mengolah kata dan menyusun bicara, lebih-lebih lagi ketika mengendalikan sesebuah kes.
Nyata dua beradik ini sama hebat dalam bidang masing-masing, dan yang menariknya mengenai kedua-dua beradik ini ialah kepercayaan dan keyakinan menjadikan agama Islam sebagai pegangan hidup.
Menceritakan detik awal Burhan mengenali agama Allah s.w.t. katanya, sejak dari kecil lagi beliau gemar mendengar azan terutamanya alunan gema takbir.
``Bila sahaja terdengar laungan azan dan takbir, saya bagai terpaku seketika. Entah, tidak tahu mengapa tetapi perasaan tenang dan ia begitu sedap di dengar. Waktu itu pelbagai rasa hati silih berganti dalam benak dan fikiran. Malah, saya sentiasa tertunggu-tunggu setiap hari.
``Masa itu juga tidak timbul langsung soal memahami maksud di sebalik azan dan takbir tersebut. Jauh sekali, penghayatannya. Ia cuma suka-suka sahaja tidak lebih daripada itu,'' ujarnya.
Selain itu kata Burhan, semasa bersekolah kebangsaan setiap pelajar berpeluang sama ada mengikuti kelas lukisan ataupun agama Islam.
Pada masa itu, beliau memilih kelas agama Islam sejak dari darjah satu hinggalah tamat sekolah rendah.
Dalam masa yang sama juga katanya, tidak timbul bantahan daripada keluarga kerana menganggap Burhan masih kanak-kanak lagi.
``Sepanjang enam tahun itulah, diumpamakan `pucuk dicita ulam mendatang', kerana keinginan mengetahui tentang agama Islam sudah tercapai, meskipun hanya mengenali Islam secara buku,'' cerita Burhan mengimbau kisah zaman kanak-kanaknya dahulu.
Tambah Burhan, semakin meningkat usia, semakin kerap juga beliau membuat perbandingan antara agama Islam yang baru dikenali dengan agama asal ikutan turun temurun keluarganya.
Namun, seringkali tiada jawapan yang diberikan, malah hanya kemarahan yang diperoleh daripada ibu bapanya.
Hal ini semakin menguatkan keyakinan Burhan untuk mengikuti kelas-kelas agama Islam ketika di tingkatan satu hingga ke peringat tingkatan enam atas dan seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Akui Burhan, berbeza dengan agama Islam, setiap kemusykilan yang diutarakan kepada ustaz di sekolah terjawab dengan jelas dan logik.
Lantaran itu, tidak hairanlah hatinya lebih terbuka menerima agama Islam tetapi setakat tersimpan dalam diari peribadinya sahaja, Burhan tidak berani pergi lebih jauh lagi.
``Dilihat dari segi konsep ketuhanannya sahaja, menunjukkan perbezaan yang ketara antara Islam dengan agama lain.
``Namun yang sangat saya kesali ialah tidak ada jawapan daripada ibu bapa saya ataupun tidak ada sebab ke atas amalan-amalan yang kami lakukan selama ini.
``Malah jika dilihat kepada kejadian alam sekitar ini sahaja, menyedarkan kita tentang Kebesaran dan Kekuasaan Penciptanya. Mustahil alam dan makhluk di muka bumi ini terjadi dengan sendirinya.
``Pembelajaran secara sembunyi-sembunyi, sedikit sebanyak memberi pemahaman yang jelas kepada saya berkaitan alam, manusia, amalan dan banyak lagi,'' ujarnya merasa puas apabila setiap persoalan ada jawapannya.
Kata anak bongsu daripada sepuluh adik beradik ini lagi, perubahan cara hidup dan pemikiran beliau berjaya dihidu oleh ibu bapanya.
Apa tidaknya, apabila sudah timbul kepercayaan dan keyakinan kepada agama Islam, beliau mula berubah sedikit demi sedikit, seperti tidak melaksanakan tanggungjawab kepada agamanya serta cuba mengubah cara hidup sebagai seorang Muslim.
Tambah mengeruhkan keadaan, apabila Burhan berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat STPM.
Waima, sekuat mana tentangan yang dihadapi, ia sama sekali tidak melemahkan semangatnya.
Akhirnya setelah melalui pelbagai siri pujuk-memujuk, ibunya merestui dan akur dengan kehendak anak kesayangannya ini.
``Bila sahaja berada di UIAM dan berjauhan dengan keluarga, usaha saya untuk mendalami Islam semakin mudah, tambah pula mempunyai teman sebilik seorang Islam yang berbangsa Turki.
``Melalui Mehmet Hanafi Coskun dan pergaulan dengan semua orang, secara tidak langsung, memberikan banyak pendedahan terutamanya dari perspektif Islam.
``Malah keakraban hubungan saya dengan Mehmet hingga saya mengambil keputusan melancong ke negaranya selama sebulan. Di sinilah, hati saya rasa tenang dan bebas kerana saya berpeluang bersembahyang di setiap masjid yang terdapat di negara tersebut,'' akui Burhan yang akhirnya memeluk Islam secara formal sekembalinya dari Turki iaitu pada September 1997 di Perkim.
Sebelum itu, Burhan sudah melalui kursus pelatih dalam kamar selama enam bulan dan kemudiannya bekerja selama setahun di sebuah syarikat guaman di ibu kota, selepas menamatkan empat tahun tempoh pengajian di UIAM, iaitu pada 1995.
``Keputusan keluar dari `persembunyian' agama diterima oleh ibu dengan iringan kekecewaan. Walau bagaimanapun, perasaan ibu waktu itu, saya fahami.
``Semenjak itu, saya cuba memperbaiki hubungan kami dengan sentiasa menjenguk dan mengambil berat tentang ibu. Malah, saya dapat rasakan selepas memeluk Islam hubungan emosi antara kami lebih rapat dari sebelum ini,'' kata ayah kepada dua orang anak ini.
Perkahwinan Burhan dengan Noorjannah Thean, 35, pada 22 Mei 1998 kini diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata; Nurhannah Tee Carr Men, 3 1/2 tahun dan Nurduha Tee Carr-Li, 1 1/2 tahun.
Burhan yang juga merupakan Setiausaha Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) berhasrat mempelajari lagi tentang Islam tidak sekadar selepas mengucap dua kalimah syahadah.
``Salah satu daripadanya ialah mempelajari bahasa Arab serta memperbaiki diri agar menjadi seorang Muslim sejati.
``Malah penglibatan saya dengan MACMA juga disebabkan tidak mahu setakat melakukan perkara yang wajib bagi seorang yang bergelar Muslim tetapi mahu mempraktikkan apa yang telah dipelajari dengan membantu mereka yang memerlukan terutamanya kaum sebangsa,'' terang Burhan yang memperoleh kepuasan setiap kali dapat membantu mereka yang memerlukan.
Oleh ZUARIDA MOHYIN
|
|
|
| |
| Membentuk imam berwibawa |
| 03.19.06 (8:02 pm) [edit] |
|
SEJAK kebelakangan ini sering diperkatakan tentang institusi masjid dan surau, sama Ada dari aspek pengurusan fizikalnya ataupun dari segi para pentadbir atau orang-orang yang menguruskan masjid.
Tidak terlepas daripada perbincangan ialah tentang isu imam-imam di masjid. Di antara topik yang sering diperbincangkan ialah tentang peranan imam masjid tidak terserlah lagi, tetapi yang menonjol ialah nazir atau AJK masjid. Persoalannya apakah pada hari ini peranan imam tidak menonjol lagi? Oleh yang demikian tulisan berikut ingin menjelaskan bagaimanakah sepatutnya imam-imam berperanan dalam masyarakat sekali gus membina masyarakat dan menonjolkan perpaduan ummah.
Sesungguhnya imam mempunyai tempat dan peranan yang penting dalam Islam. Untuk itu Islam menetapkan beberapa garis panduan dan beberapa sifat yang perlu dimiliki oleh imam sebelum ia seterusnya berperanan sebagai imam dalam sembahyang. Di antara dalil yang menjelaskan tentang ketinggian kedudukan imam, adalah berdasarkan hadis nabi yang bermaksud,
Apabila telah datang waktu sembahyang, segeralah kamu azan dan seterusnya lantiklah seseorang yang lebih besar (tua) di kalangan kamu menjadi imam. (Riwayat Bukhari).
Rasulullah s.a.w. menyebut agar melantik imam di kalangan yang lebih tua kerana rata-rata sahabat pada waktu itu mempunyai hafalan dan pengetahuan yang sama, dan ini merupakan dalil yang jelas dari sudut keutamaan perlantikan imam.
Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir al-Juhani, telah menyebut Rasulullah s.a.w. pernah bersabda.
Barangsiapa mengimami sesuatu kaum, apabila sempurna mengimami solat, maka baginya pahala sempurna solat, begitu juga bagi makmum, namun jika ia (imam) tidak menyempurnakan maka bagi makmum pihak yang sempurna (solatnya sah), tetapi atas imam, dosa baginya. (Riwayat Imam Ahmad).
Apakah ciri-ciri atau kriteria untuk seseorang itu boleh dilantik menjadi imam?
Banyak hadis sahih yang boleh dijadikan rujukan kita melantik imam untuk memimpin jemaah menunaikan solat. Di antaranya hadis yang boleh dirujuk adalah seperti berikut:
- Apabila mereka tiga orang, agar memimpin salah seorang daripada mereka (dalam solat) dan yang paling berhak di antara mereka untuk memimpin iaitu yang paling banyak hafalannya. (Riwayat Muslim).
- Rasulullah bersabda, Orang yang paling pandai membaca al-Quran yang akan menjadi imam kaumnya. Apabila kepandaian mereka dalam al-Quran sama, maka yang paling mengerti tentang sunah, apabila pengertian mereka tentang sunah sama, maka yang paling dahulu hijrah. Apabila waktu hijrah bersamaan, maka yang paling dahulu masuk Islam.'' Dan dalam hadis yang lain ``yang lebih tua. (Riwayat Bukhari).
berdasarkan hadis di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa individu yang paling layak menjadi imam ialah yang paling banyak hafalan al-Qurannya, serta menguasai hukum-hukum syarie serta dapat menguasai masalah-masalah dalam bab kebersihan (thaharah dan sembahyang).
Ini penting kerana apabila kita menyorot kembali keazaman nabi, para sahabat, mempelajari al-Quran dengan kaedah membaca dan seterusnya menghayatinya. Oleh yang demikian, terkumpul dalam diri mereka ilmu, amal dan iman dan tidak sekadar menguasai hafalan semata-mata. Aspek ini ditekankan kerana dikhuatiri terdapat orang yang banyak hafalannya, bagus suaranya, tetapi tidak faham hukum-hukum tentang bab sembahyang serta tidak mantap akidahnya.
Dalam hadis itu juga menyebut, apabila terdapat persamaan dari segi hafalan al-Quran , maka pilih di kalangan mereka yang paling memahami tentang as-sunah, jika terdapat juga persamaan dari segi hijrah dan seterusnya dari aspek umur iaitu tua. Oleh yang demikian, perlantikan imam bukan sekadar disebabkan kedudukannya dalam masyarakat, keturunan ulama atau tinggal dekat dengan masjid tetapi seseorang yang dipilih perlu mempunyai pengetahuan dari segi agama agar imam yang dilantik dapat membawa kebaikan kepada umat di dunia hingga hari akhirat.
Perlu ditekankan sekali lagi, bahawa imam masjid atau surau mempunyai martabat yang tinggi dalam masyarakat. Ini dapat dibuktikan dengan apa yang telah dilakukan oleh imam pertama bagi kaum Muslimin iaitu Rasulullah s.a.w. baginda bukan sekadar menjadi imam tetapi turut menjadi qudurah serta hakim yang adil, panglima perang yang berani, seorang guru dan khatib. Oleh yang demikian, seseorang imam yang dilantik perlu mempunyai ciri-ciri atau kewibawaan yang terserlah, agar wujud kebaikan-kebaikan tertentu khususnya manfaat kepada masyarakat.
Di antara sifat-sifat penting yang perlu dimiliki oleh imam bagi mempastikan imam mempunyai kewibawaan dan mampu memimpin masyarakat ialah:
- Seorang imam mempunyai hafalan dan bacaan al-Quran yang baik. Jika seseorang imam dapat menguasai al-Quran sama ada dari segi hafalan bacaan atau pengertian dan isi kandungan sudah tentu ia dapat memberi nasihat dengan baik kepada makmum dalam pelbagai aspek al-Quran. Jika seseorang imam mempunyai hafalan yang sedikit, sudah tentu para makmum agak terhalang untuk mendatangkan kebaikan yang banyak. Ini jelas daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w.
(Agar) mengimami sesuatu kaum itu orang yang paling banyak bacaan al-Quran di kalangan mereka. (Riwayat Muslim).
Di samping seorang imam perlu mempunyai hafalan yang banyak, seseorang imam juga perlu memahami sunah Rasul secara ikhlas yang berhubung dengan bab bersuci dan juga bab yang berhubung dengan solat. Menguasai sunah dalam bab-bab sembahyang atau bersuci amat penting bagi seseorang imam kerana imam perlu memahami dan menguasai bidang tugasnya.
Bila seorang imam tidak mematuhi perkara-perkara yang berkaitan dengan sembahyang, aspek wajib, sunat, harus, batal, makruh, haram dan sebagainya tentulah banyak masalah akan timbul jika ia berdepan dengan pertanyaan atau ia melakukan sesuatu kesilapan. Untuk itu imam perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agar dapat memimpin sembahyang dengan betul, sempurna dan mendapat pahala serta selamat daripada dosa.
- Mempunyai suara yang baik. Seorang imam perlu mempunyai suara yang bagus, dengan harapan bacaan al-Quran yang dibacanya dapat memberi kesan kepada orang yang mendengarnya. Ini seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.
Wahai Abu Musa, sesungguhnya engkau telah diberi seruling daripada seruling keluarga Daud (suara yang merdu dan baginda bersabda, ``Allah tidak mendengarkan pada sesuatu seperti mendengarkannya kepada Nabi yang bersuara bagus yang memperindah suaranya dalam bacaan al-Quran ..... (Riwayat Bukhari).
- Mempunyai iman yang mantap.
Sebagai seorang imam sudah pasti ia mempunyai kekuatan akidah dan juga iman yang mantap. Dengan iman dan akidah yang mantap, ia dapat menjelaskan kepada para makmum tentang aliran-aliran yang batil serta ia dapat menjadi imamnya, istiqamah serta hatinya sentiasa bersih. Dengan sifat yang demikian, ia dapat diterima oleh masyarakat serta memudahkan dirinya untuk menasihati orang lain.
- Mempunyai keterampilan berceramah/pendakwah.
Sebagai seorang imam, ia perlu mampu menjadi penceramah dan pendakwah yang baik. Ini penting mempastikan masjid yang dijaganya dapat berperanan dengan baik dan lancar dan bukan orang lain yang sentiasa memenuhi program masjid, dan ia sekadar menjadi pendengar atau murid yang setia.
Berdasarkan beberapa kriteria yang dijelaskan dan jika ini dapat dikuasai oleh imam-imam dari keseluruhan 5,000 masjid yang terdapat di Malaysia, sudah tentu masjid/surau dapat berfungsi dan berperanan dengan baik dan mencapai matlamatnya.
Oleh Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
|
|
|
| |
| Peperangan Bani Quraizah |
| 03.19.06 (7:59 pm) [edit] |
|
Sejarah Bulan Ini
Apabila tentera Al-Ahzab mundur ke belakang dan tidak lagi memerangi umat Islam serta mengepung Madinah, tiba-tiba malaikat Jibril a.s. datang berjumpa Rasulullah s.a.w. lalu berkata: ``Wahai Muhammad! Allah memerintahkan kepada kamu supaya pergi ke tempat Bani Quraizah.''
Lantas Rasulullah s.a.w. memerintahkan seorang penyeru supaya menyeru kepada orang ramai dengan berkata: ``Janganlah sesiapa sahaja di kalangan kamu yang mendirikan sembahyang Asar kecuali di tempat Bani Quraizah.''
Setelah itu Rasulullah s.a.w. mengepung orang-orang Yahudi Bani Quraizah selama dua puluh hari lebih, sehinggalah akhirnya mereka dikalahkan.
Mereka meminta supaya hukuman mereka dijatuhkan oleh Saad bin Muaz, salah seorang sahabat yang terkemuka yang pernah menjadi pemimpin Madinah dan bekas sekutu mereka.
Saad menjatuhkan hukuman bunuh kepada golongan lelaki dari kalangan mereka sebagai balasan di atas pembelotan, pengkhianatan dan tindakan mereka yang bergabung dengan musuh semasa berlaku peperangan.
Sekiranya perancangan mereka itu berjaya sudah tentu mereka dapat menghentikan perjalanan dakwah Islam dan menewaskan umat Islam secara total.
Ketika Saad menjatuhkan hukuman ini, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: ``Kamu telah menjatuhkan hukuman kepada mereka dengan hukum Allah.''
|
|
|
| |
| Ketenangan hati kunci kecemerlangan |
| 03.19.06 (7:58 pm) [edit] |
|
Ketenangan hati ialah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apa pun latar belakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia.
Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.
Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spiritual dan kemantapan minda.
Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya adalah berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik, dan di sana Tuhan tetap berperanan di dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit.
Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini; semuanya adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmu-Nya dan izin-Nya.
Dan seorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku; sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung.
Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Yang Sentiasa Berkata, Wahai hamba-Ku, mintalah kepada-Ku, akan Ku penuhi segala permintaan kamu! tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!
Seorang anak kecil akan merasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membeli belah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinyalah' yang tercedera.
Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, ``Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!'' Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa `sakit' pada jiwa dan emosinya telah pun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana anak itu yakin, ibunya memahami `penderitaannya' dan ibunya `mampu' mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti.
Ini menunjukkan, ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia.
Dan adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasa bahawa di sana adanya satu `kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.
Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ-nya dengan betul jika jiwanya sentiasa bercelaru dan dan tidak mantap.
Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seseorang yang mantap EQ-nya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dimilikinya, ia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban.
Malahan, seringkali terlontar daripada patah bicaranya, perkataan-perkataan yang bersifat `teraputik' yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.
Kekuatan rohaniah (SQ) akan menjadi penjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap manapun IQ-nya berada.
Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana.
Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Ar-Ra'd: 28).
Berzikir di sini membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingat Allah, merasakan kehadiran-Nya dan merasa keagungan-Nya di dalam setiap masa dan keadaan.
Mana mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu - dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya - berada begitu hampir dengan dirinya, masih boleh merasa tidak tenteram dan aman?
Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan `nur' kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasa ketenangan hidup dan kekentalan serta keharmonian emosi. Tuhan berfirman, Dialah yang menurunkan `sakinah' ke dalam hati orang-orang yang beriman! (Al-Fath: 4). Erti `sakinah' ialah ketenangan yang tetap.
Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa, wuduk dan lain-lain lagi.
Semoga hati kita tidak `buta' daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!
Oleh Mohd Gunawan Che Ab Aziz
|
|
|
| |
| Tanda-tanda kekuasaan Allah |
| 03.19.06 (7:57 pm) [edit] |
|
Kalamullah
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkannya terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. Dan pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga pada rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit lalu ia hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah matinya serta (pada) peredaran angin (semuanya itu) mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan) KeEsaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya serta keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. (Al-Jaathiyah: 3-5)
Huraian:
Kelebihan manusia berbanding dengan makhluk yang lain ialah dikurniakan akal sebagai neraca menilai antara kebaikan dan keburukan, antara kebenaran dan kepalsuan.
Daripada akal jugalah lahirnya keyakinan dan keimanan. Lantaran itu, Allah s.w.t. menyuruh manusia menggunakan akal bagi menilai dan menyelidik rahsia di sebalik kejadian alam semesta.
Renungan yang dipandu kewarasan akal, ilmu dan kebersihan hati akan memancarkan cahaya keimanan bahawa wujudnya Pencipta yang Maha agung lagi Maha Bijaksana.
Akal yang waras pasti menyatakan mustahil alam semesta ini terjadi dengan sendiri secara tiba-tiba atau tidak sengaja. Sebaliknya, ia memaparkan betapa bijaksana dan hebatnya Si Pencipta. Manusia yang hanya tahu menikmati keindahan alam tetapi tidak timbul rasa kekerdilan seorang hamba atau gagal merasai nikmat iman sebenarnya telah tertutup pintu hati dan kewarasan akalnya kerana hawa nafsu dan tipu daya syaitan.
Seseorang yang mati dalam keadaan tidak percaya kepada Allah, maka kelak akan menyesal kerana ditimpa azab seksa daripada Allah. Ketika itu dia sudah tiada alasan kerana dulu semasa hidupnya telah diberi peluang bagi mempercayai kewujudan Allah, iaitu dengan merenung alam semesta dan menyelidik rahsia serta keajaiban alam tetapi dia telah mensia-siakannya.
Kesimpulan:
Akal anugerah Allah mestilah digunakan untuk kebaikan seperti merenung dan mengkaji alam semesta. Ini kerana keimanan dan keyakinan kepada Allah akan bertambah dan kukuh dengan merenung alam ciptaan-Nya. Rugilah mereka yang menikmati keindahan alam tetapi tidak beriman kerana telah mensia-siakan akal dan masa hidupnya.
- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
|
|
|
| |
| Dr. Chareun - Ajaran Islam menambat hati |
| 03.19.06 (7:55 pm) [edit] |
|
Ketika menjejak usia 22 tahun, beliau mengabdikan diri menjadi seorang sami. Ini merupakan tradisi agama Buddha di Laos, sebuah negara Indochina yang majoritinya beragama Buddha.
Apabila seseorang mencapai umur 22, ia hendaklah menjadi seorang sami atau istilahnya Monk.
Tempoh masa bagi menjadi monk itu paling kurang 10 hari dan digalakkan lebih dari itu.
Seorang sami dimestikan bangun pukul 5.00 pagi untuk bertapa, dan selepas matahari naik beliau akan pergi ke beberapa buah rumah. Tuan rumah akan memberi makanan dan minuman, manakala sami berkenaan akan memberi wish kepada tuan rumah tersebut.
Bagi masyarakat awam, sami adalah wakil tuhan yang perlu dihormati. Ia boleh mendoakan dan memberi keampunan kepada mereka.
Itulah kisah Dr. Muhammad Chareun, 10 tahun lepas sebelum memeluk agama Islam. Kini beliau percaya akan perutusan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruh Allah.
Dr. Muhammad Chareun atau lebih mudah dikenali sebagai Dr. Chareun adalah antara bangsa Lao yang direkodkan memeluk Islam secara sistematik. Sebelum ini jarang-jarang kedengaran orang dari Laos memeluk Islam kerana Laos merupakan saki baki negara komunis yang masih kekal sehingga hari ini.
Malahan akibat pembangunan yang masih mundur dan kemiskinan di kalangan rakyatnya, menyebabkan pentadbirannya tidak teratur dan tidak mampu merekodkan bilangan mereka yang memeluk Islam.
Menurut Dr. Chareun, beliau tertarik dengan Islam ketika menuntut di Institute Medical Research, Kuala Lumpur.
Ketika itu, beliau sering berdialog dengan teman sebiliknya yang beragama Islam mengenai agama masing-masing, sehinggalah satu ketika sahabatnya itu bertanya, ``Bagaimana kehidupan manusia selepas mati?''
Soalan tersebut membuatkannya berfikir panjang. Ini kerana beliau tidak pernah mempelajarinya dan tidak tahu mengenainya. Lama kelamaan beliau mula berjinak-jinak dengan Islam.
Pada mulanya beliau mengikuti solat Asar di sebuah masjid, walaupun ketika itu belum memeluk Islam.
Ajaran Islam yang mudah dan sentiasa mendidik hati supaya taat kepada Tuhan yang satu sahaja, membuatkannya semakin tertarik.
Akhirnya pada tanggal 20 Januari 2003, beliau mengucapkan syahadah di Perkim sambil disaksikan oleh kedua-dua ibu bapanya yang datang dari Laos.
Yang menariknya ialah, ibu bapanya sangat senang dan gembira kerana anaknya berjaya menemui jalan ketenangan dan sentiasa berharap agar anaknya itu bekerja semata-mata kerana Allah.
Bapanya, Khambay Chareun adalah seorang peguam di Laos. Beliau pernah menjadi penasihat kepada Kementerian Kewangan di Laos dan empat buah syarikat perniagaan.
Dengan kedudukan beliau yang tinggi, selain itu sebagai orang yang kuat dengan amalan Buddha, sikapnya terhadap anaknya itu menunjukkan agama Islam tidak pernah menyemai benih kebencian dalam keluarga yang berlainan agama.
Hubungan Dr. Chareun bersama ibu bapa dan adik beradiknya berjalan seperti biasa. Malahan keluarga ini yang tidak pernah menjamah daging khinzir dan arak, memudahkan lagi Dr. Chareun menyelesaikan masalah makanan halal dan haramnya sebagai seorang Muslim.
Selain itu, bapanya juga mengambil berat mengenai ibadah Dr. Chareun sebagai Muslim. Beliau sering berpesan kepada anaknya supaya jangan makan benda-benda yang tidak disembelih secara halal.
Beliau juga mengejutkan anaknya untuk menunaikan solat Subuh dan berpesan supaya sentiasa berbuat baik kepada semua orang.
``Saya masuk Islam bukan semata-mata ada tujuan lain seperti berkahwin dengan perempuan Malaysia, mendapat duit atau sebaliknya. Tetapi saya masuk Islam adalah kerana Allah semata-mata,'' jelas Dr. Chareun.
Tambah beliau, ``sebelum ini saya memang kuat beragama Buddha, tetapi setelah menemui jalan kebenaran (Islam), saya akan tetap menjadi kuat dan komitmen dalam Islam.''
Sememangnya Allah sentiasa memberi hidayat kepada hamba-Nya yang ingin mencari kebenaran.
Dua orang ahli keluarga Dr. Chareun, iaitu abang dan pakciknya dengan izin Allah akhirnya memeluk Islam. Inilah yang dikatakan Islam datang bukan dengan cara paksaan atau pedang, tetapi melalui dakwah.
Mereka berdua tertarik dengan konsep ketuhanan yang Esa yang ditunjukkan oleh Islam, ditambah pula dengan sikap toleransi Dr. Chareun yang hidup dalam keluarganya yang bukan beragama Islam.
Abangnya, Muhammad Abdul Rahman@ Sirisombath Chareun adalah lulusan kejuruteraan dari Universiti Laos. Manakala pakciknya, Muhammad Taufik@ Bounliang Sanixay, bekerja di restoran sebuah hotel. Kedua-duanya juga memeluk Islam dengan keredhaan kedua-dua ibu bapa mereka.
Walaupun baru memeluk Islam, Dr. Chareun telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar pengetahuan agama Islam kepada abang dan pakciknya.
Amanah ini akan dilaksanakan oleh beliau semampu yang mungkin. Di samping itu beliau memberikan beberapa buku asas mengenai Islam dan akan memastikan kedua-duanya dapat mempelajari Islam di Malaysia seperti yang diperolehnya.
Kini Dr. Chareun berjaya menubuhkan sebuah organisasi Islam yang diiktiraf oleh kerajaannya. Pertubuhan yang masih baru itu, sementara ini beribu pejabat di rumahnya. Ia bertujuan menjadi `one-stop center' bagi segala aktiviti keIslaman yang hendak dilakukan di Laos.
Selain itu, diharapkan pada masa akan datang semua kebajikan minoriti Islam di Laos, akan lebih tersusun dan terancang dengan adanya sebuah organisasi rasmi.
Pada masa yang sama, pejabat peguam ayahnya juga berada di tempat yang sama. Beliau percaya dan yakin bahawa akan lebih ramai lagi orang Lao yang memeluk agama Islam. Malah beliau juga akan berusaha gigih untuk memastikan dakwah Islam tersebar luas di negara Laos, seiring dengan tujuan Islam diturunkan, iaitu untuk memberi Rahmat kepada seluruh alam.
Oleh MOHD HILMI RAMLI
|
|
|
| |
| Pusat Ilmu Ishaqiah - Menyediakan bekalan dunia akhirat |
| 03.19.06 (7:54 pm) [edit] |
|
Pulau Pisang yang terletak di dalam daerah Kubang Pasu, Kedah, bukan setakat istimewa pada namanya tetapi mempunyai keunikan yang tercatat dalam lipatan sejarah.
Hakikatnya, ia pernah melalui zaman gemilang sebagai sebuah pusat pemerintahan.
Sekitar tahun 1839 hingga 1864, ia dijadikan pusat kerajaan negeri Kubang Pasu.
Kerajaan ini diberi gelaran `Kubang Pasu Darulqiyam' atau `Negeri Yang Teguh Berdiri' di bawah pemerintahan Tunku Anom.
Bahkan di tempat ini jugalah munculnya tokoh-tokoh intelek agama yang banyak menyumbang ke arah perkembangan dan penyebaran agama Islam.
Selain itu, ia juga sebagai pentadbir dan penasihat kepada pemerintah.
Pembangunan Pulau Pisang semakin cemerlang dengan wujudnya institusi pendidikan pondok pada pertengahan abad ke-19.
Dikatakan bahawa di Pulau inilah wujudnya pondok terawal, sebelum diikuti dengan pondok-pondok di daerah-daerah lain di negeri Kedah.
``Tokoh yang paling awal mempelopori atau mengasaskan pusat pendidikan pondok di kampung ini ialah Haji Ishak Muhammad Hashim.
``Moyang saya ini mengasaskan pondok tersebut semasa zaman pemerintahan Tunku Anom.
``Sayangnya, pondok yang diberi nama Pondok Pulau Pisang ini dijilat api akibat daripada lampu pelita semasa sedang bersahur. 30 buah pondok musnah sama sekali.
``Tanah seluas tiga ekar tersebut sekelip mata bertukar menjadi padang jarak padang tekukur dalam tragedi yang berlaku pada tahun 1967, dan semenjak itu ia terbiar hampir 30 tahun,'' cerita Pengasas dan Pengerusi Lembaga Amanah Pusat Ilmu Ishaqiah (PII), Datuk Ghazi @ Hasbullah Haji Sheikh Ramli.
Sambung beliau, ``daripada melihat tanah tersebut terbiar begitu sahaja, ada pihak meminta agar tanah tersebut dijadikan tanah perkuburan tetapi saya tidak begitu berminat dan mendiamkan sahaja.
``Sebenarnya, dalam hati ini menyimpan azam mahu membina sebuah pusat ilmu yang dapat memberikan sumbangan secara berterusan.''
Begitulah impian Ghazi menjadi kenyataan dengan terbinanya PII yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada Ogos 1999, di atas tapak institusi pondok yang pernah melakar sejarah gemilangnya dahulu.
Menurut Ghazi lagi, nama PII diambil bersempena dengan nama sebuah masjid yang terletak bersebelahan dengan pusat tersebut.
Masjid Ishaqiah juga telah dibina oleh moyang beliau yang juga merupakan pereka bentuk masjid tersebut. Ia masih kekal hingga kini setelah melalui proses pengubahsuaian dan pembaharuan sesuai dengan kehendak zaman sekarang.
``Lantaran itu, di kampung Pulau Pisang, hubungan masjid dengan PII
adalah amat erat sekali. Selain program ilmu berbentuk kuliah dan syarahan agama, pengurusan kebajikan dan sosial ahli qariah juga di beri perhatian.
``Penekanan khusus diberi kepada usaha membuka minda masyarakat agar mempunyai fikiran yang rasional, kritis dan kreatif.
``Kerjasama erat kedua-dua institusi ini merupakan pencetus idea, penggerak dan pemangkin bagi melaksanakan segala aktiviti yang baik untuk pembangunan ummah secara keseluruhannya,'' kata Ghazi dengan nada lega dan bersyukur atas kejayaannya menubuhkan PII, lebih-lebih lagi kos keseluruhan pembinaannya ditanggungnya sendiri.
PII yang bergerak dengan slogan, `Ilmu Teras Kecemerlangan', menitikberatkan pengetahuan berkaitan fardu ain dan fardu kifayah untuk dijadikan bekalan duniawi dan ukhrawi.
Akui Ghazi, lebih 2,500 penduduk kampung dan sekitarnya yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, mendapat manfaat melalui pelbagai program yang dianjurkan.
Di antara program yang dijalankan ialah: kelas KAFA, kelas al-Quran dan Tajwid, kelas al-Quran dan Nasyid, kelas Bahasa Arab, kelas Agama, ceramah Agama, kelas IT peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa, pekan internet, kelas tuisyen akademik dan program anak angkat.
Sementara aktiviti-aktiviti berbentuk seminar dan program, seperti seminar Islam & Cabaran Teknologi Terkini, seminar Pertanian & Teknologi terkini, seminar Makmal Pemikiran Kreatif & Inovatif dan program `Mentor-Mantee', program Reka Cipta berteraskan ICT dan program Pengucapan Awam.
Di samping itu, diadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi, Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur, Shah Alam, Port Dickson dan Melaka.
``PII juga telah menandatangani MOU dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu pada bulan Ogos 2000. Kerjasama kedua-dua pihak ini bertujuan mempertingkatkan penguasaan ilmu yang mencakupi pengajian agama dan ilmu-ilmu lain serta kemahiran moden,'' ujar beliau.
Menurut Ghazi, menyedari akan kepentingan generasi sekarang menguasai ilmu ICT, PII turut berkembang seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat dengan penyediaan kelas-kelas IT.
Malah melalui program yang dipanggil Pekan Internet, diharap dengan penyediaan kemudahan melayari internet serta kemudahan pencetak dan pengimbas, dapat melahirkan individu yang celik IT.
Seramai 11 orang pelajar sekolah menengah rendah dari kampung tersebut dijadikan anak angkat yang kemudiannya diberikan Biasiswa Syeikh Ramli bagi membantu mereka mencapai tahap kecemerlangan dalam bidang akademik.
Tambah anak jati Kampung Pulau Pisang ini yang baru sahaja menamatkan perkhidmatannya sebagai Senator pada bulan Ogos tahun lalu, PII juga mempunyai Unit Multimedianya sendiri.
Unit ini katanya, ditubuhkan pada bulan Mei 2003 bertujuan memberi peluang kepada masyarakat setempat yang berminat menceburi bidang tersebut.
Seramai 10 orang telah mempamerkan kepakaran mereka dalam mengendalikan peralatan multimedia seperti kamera video, kamera digital serta peralatan audio video, yang kini telah diserapkan sebagai petugas tetap ke dalam unit ini.
Malah selaku Naib Pengerusi Exco, Persatuan Ahli-ahli Parlimen Komanwel dan Pengerusi Majlis Bertindak ICT peringkat Antarabangsa yang beribu pejabat di London, Ghazi boleh berbangga dengan perkembangan pesat PII, walaupun baru menjangkau usia lima tahun.
Ini kerana kemudahan-kemudahan yang terdapat di PII begitu canggih serta mesra rakyat.
Dewan Syeikh Ramli sempena nama bapanya adalah sebuah dewan besar dengan penggunaannya yang pelbagai seperti seminar, ceramah hingga kepada majlis kenduri keraian.
Di samping itu ia dilengkapi dengan sistem LCD Projektor, skrin projektor, penghawa dingin, penataan cahaya yang baik, sistem audio video terkini serta mampu memuatkan seramai 350 orang.
PII juga mempunyai bilik mesyuarat lengkap dengan pelbagai kemudahan, dua makmal ICT dan bilik seminar yang boleh menempatkan seramai 40 orang peserta.
Seperti juga Makmal IT 1, bilik seminar ini juga dilengkapi dengan LCD Projektor, penghawa dingin, skrin, papan putih serta komputer riba.
Terang Ghazi lagi, beliau bersyukur kerjasama erat antara PII, Masjid Ishaqiah dan penduduk setempat telah dijadikan sebagai satu model, terutamanya kepada pihak berkaitan dari seluruh Malaysia.
``Apa yang saya lakukan ini secara tidak langsung membuka minda orang kampung akan kepentingan penglibatan mereka dengan kecanggihan ICT. Sekurang-kurangnya, ia dapat merapatkan jurang digital.
``Apabila dibuat perkara sebegini secara percuma, diharap sedikit demi sedikit akan melahirkan usahawan desa selain cara perkongsian menggunakan kemudahan dari PII,'' kata beliau yang mengambil tokoh, Tun Dr. Mahathir sebagai idolanya.
Oleh Zuarida Mohyin
|
|
|
| |
| Perjanjian Hudaibiah |
| 03.19.06 (7:46 pm) [edit] |
|
Pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah, Rasulullah s.a.w. membuat keputusan untuk pergi ke Mekah bersama-sama sahabat baginda untuk mengerjakan Umrah.
Keputusan ini dibuat setelah selesai peperangan antara baginda serta para sahabat dengan orang-orang Quraisy.
Tetapi orang-orang Quraisy menolak keputusan ini dengan keras, angkuh dan sombong walaupun mereka mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. ingin pergi ke Mekah hanya untuk mengerjakan umrah dalam keadaan baik, bukannya untuk berperang.
Mereka tidak berhak melarang baginda mengunjungi Baitullah Al-Haram yang telah dijadikan oleh Allah sebagai tempat tumpuan dan tempat yang aman bagi seluruh umat manusia.
Lalu Rasulullah berkumpul di Hudaibiah, iaitu sebuah tempat yang terletak berhampiran dengan bandar Mekah.
Dari sana baginda banyak membuat perundingan dengan orang-orang Quraisy untuk mencari jalan perdamaian dan mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.
Rundingan tersebut berakhir dengan menandatangani perdamaian sementara yang dikenali dengan `Perjanjian Hudaibiah' di mana syarat-syaratnya yang terpenting ialah:
- Menghentikan peperangan antara kedua-dua belah pihak selama sepuluh tahun. Dalam tempoh tersebut orang ramai bebas serta aman untuk bermusafir dan berpindah ke mana sahaja yang mereka inginkan.
- Pada tahun tersebut, Rasulullah dan para sahabat baginda hendaklah pulang ke Madinah tanpa mengerjakan Umrah di mana jumlah mereka pada ketika itu menjangkau seramai lebih kurang seribu empat ratus orang.
Mereka hendaklah datang pada tahun berikutnya dan orang-orang Quraisy hendaklah memberi peluang kepada umat Islam untuk mengerjakan Umrah selama tiga hari di Mekah kemudian mereka hendaklah kembali semula ke Madinah.
- Sesiapa yang datang dari Mekah ke Madinah untuk memeluk Islam tanpa mendapat keizinan daripada penjaganya, Rasulullah s.a.w. hendaklah mengembalikannya semula kepada mereka.
Sebaliknya sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang datang dari Madinah ke Mekah dalam keadaan murtad, dia tidak perlu dikembalikan semula ke Madinah.
- Jika ada kabilah-kabilah yang ingin bergabung dengan salah satu pihak yang membuat `Perjanjian Perdamaian Sementara' itu, ia bolehlah berbuat demikian.
Ekoran daripada syarat ini, Kabilah Khuzaah bergabung dengan Nabi s.a.w. sementara Kabilah Bani Bakar pula bergabung dengan Quraisy.
Secara zahir, perjanjian ini merugikan kepentingan politik umat Islam sehingga banyak menimbulkan bantahan daripada beberapa orang para sahabat yang melihat bahawa tindakan tersebut merupakan suatu penghinaan kepada mereka, seperti Umar bin Al-Khattab r.a.
Tetapi sebenarnya, ia merupakan suatu kemenangan yang jelas kepada umat Islam sebagaimana yang disebut oleh Allah di dalam surah Al-Fath yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda masih dalam perjalanan pulang dari Hudaibiah.
Hasil perjanjian ini banyak menguntungkan umat Islam dan menjadi perintis ke arah pembukaan Kota Mekah selepas dua tahun berikutnya.
|
|
|
| |
| Pengajaran mimpi 7 ekor lembu gemuk dimakan 7 lembu kurus |
| 03.19.06 (6:50 pm) [edit] |
|
BANYAK iktibar dan pengajaran boleh dipetik dari- pada al-Quran surah Yusuf ayat 43 hingga 49. Apa yang dapat kita faham daripada cerita al-Quran ini ialah kita sebagai umat Islam dan seluruh rakyat sebuah negara itu perlu sedar dan sentiasa siap sedia untuk melalui masa gawat dan kesempitan. Mereka hendaklah sanggup merobah sikap untuk berjimat cermat atau berhemah dalam perbelanjaan setiap masa supaya dapat mengharungi sebarang ujian dan dugaan dalam kehidupan ini dengan penuh keselesaan.
Firman Allah yang bermaksud: Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: `Sesungguhnya aku mimpi melihat; tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang-orang yang pandai mentakbirkan mimpi'.
Mereka menjawab: `Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi (yang sedemikian) itu'. Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu teringat (akan pesanan Yusuf) sesudah berlaku sesuatu masa yang lanjut: `Aku akan memberitahu kepada kamu takbirnya. Oleh itu hantarlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui takbirnya)'. (Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah dia); ``Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Takbirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (takbirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui takbirnya'.
Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan'. `Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)'.
`Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)' - (surah Yusuf ayat 43 hingga 49).
Nabi Yusuf dapat mengetahui apa yang akan berlaku dengan ilham dan wahyu Tuhannya tetapi kita sekalipun tidak tahu tetapi kalau kita semua dapat membuat persediaan sepanjang masa, tentulah sesuatu keadaan itu dapat diatasi sebaik-baiknya.
Allah menjelaskan bahawa orang yang boros itu adalah saudara syaitan. Tabiat membazir amatlah dibenci Allah dan sebaliknya amat disukai syaitan, sedangkan syaitan itu menjanjikan kekafiran. Oleh itu hendaklah kita bersederhana dalam setiap perbelanjaan seharian.
Islam mengeji perbuatan boros sebaliknya menggalakkan sifat berhemah. Dalam al-Quran Allah menyebutkan yang maksudnya, Dan orang-orang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebih, dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian - (surah al-Furqan ayat 67).
Oleh kerana itu Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk mengambil sifat di antara kedua-dua sifat tadi iaitu berlaku hemah dalam mengeluarkan harta atau perbelanjaan. Hemah bererti tidak cenderung kepada kekikiran dan tidak pula kepada pemborosan atau pembaziran.
Tegahan dan larangan bersifat boros juga sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, maksudnya: Sesiapa yang berjimat cermat, tentu Allah memberikan kekayaan kepadanya. Dan sesiapa yang boros, tentu Allah menjadikannya miskin. Dan sesiapa yang merendah diri, tentu Allah akan mengangkat (darjatnya) dan sesiapa yang bongkak atau sombong nescaya Allah akan memutuskannya (memusuhinya).
Islam menggalakkan sifat sederhana dalam perbelanjaan dan penggunaan.
Menyederhanakan perbelanjaan bermaksud berbelanja `minimum' setakat yang dapat mengawal/ menahan kehendak nafsu dan berlebihan dan tidak pula memudaratkan/menghalang penerusan kehidupan manusia yang baik.
Kalau kita mahu menjadikan kehidupan ahli salaf sebagai kayu ukur untuk sifat kesederhanaan ini, mungkin kita akan terkejut dan terasa menyusahkan. Ia menyusahkan kerana kita telah terbiasa menjalani kehidupan secara bermewah-mewah dan jarang mengharungi untuk hidup secara bersusah payah sebagaimana orang miskin hidup.
Oleh : ABU SUJAK
|
|
|
| |
| Sultan Alauddin belajar tasawuf |
| 03.19.06 (6:46 pm) [edit] |
|
MENURUT cerita orang, seorang guru tasawuf dari negeri China baru tiba di Melaka, menawarkan ilmunya untuk mengajar ilmu kalam dan ilmu tasawuf.
Nuh Ha Mim, guru agama berbangsa Cina itu menetap di Hujung Medini. Sekarang ini di Melaka pekan ini dinamakan Ujong Tanah. Tidak jelas bagaimana tok guru Nuh Ha Mim ini boleh datang dari negeri China dan menginap di Melaka. Apa yang jelas, tok guru itu tidak datang bersama rombongan Hang Li Poh.
Menurut orang setempat tok guru tersebut berhijrah dari China bersama anak perempuannya setelah dakwahnya diganggu pemerintah dan penjahat. Nuh Ha Mim telah berhijrah ke Maguindanao dan mengislamkan ramai masyarakat di sana. Sekarang ini Maguindanao adalah wilayah di dalam negara Filipina.
Ketika itu Kerajaan Islam Maguindanao belum ada lagi. Tok guru tersebut juga banyak mengislamkan orang di Manila. Memang waktu itu Kesultanan Islam Manila belum kukuh. Tetapi ramai juga yang berjaya diislamkan oleh Nuh Ha Mim. Kemudiannya nanti kerajaan Islam di Manila ini jatuh di tangan penjajah Sepanyol dalam tahun 1571 dan ramai penduduk Manila yang sebenarnya Melayu, murtad menjadi penganut Kristian. Setelah beberapa lama di Sulu, Nuh Ha Mim berpindah ke Pulo Upih.
Sekarang ini Pulo Upih ialah Pulau Upih di perairan negeri Melaka yang kurang dipedulikan orang. Madrasah di Pulo Upih memang tersohor waktu itu dalam menawarkan pengajian tasawuf. Nu Ha Mim menjadi salah seorang guru di sana. Antara muridnya termasuklah Sunan Kalijaga dan Syeikh Sutabris. Apabila muridnya makin ramai, Nuh Ha Mim berpindah ke tanah besar iaitu di Hujung Medini dan membuka pengajian di rumahnya.
Tatkala itu Sultan Alauddin belum bergelar sultan lagi. Baginda hanya dikenali sebagai Raja Husain. Baginda yang memang sukakan ilmu amat berminat untuk berguru dengan Nuh Ha Mim tetapi tidaklah semudah itu.
Pada mulanya memang sedikit sukar Raja Husain meyakinkan Nuh Ha Mim bahawa baginda memang benar-benar berniat dan mahu belajar tasawuf. Berulang-alik Raja Husain ke Hujung Medini. Berulang kali Raja Husain meyakinkan Nuh Ha Mim bahawa baginda tidak mahu menjawat takhta menjadi Sultan Melaka. Baginda tahu ada orang alim yang memang kurang gemar bergaul dengan pembesar-pembesar dan keturunan raja-raja.
“Tak hendak kita menjadi sultan. Apatah lagi kekanda Raja Ahmad lebih layak menjadi pemerintah mengikut turutan. Tidak ada sebab tok guru mahu menolak kita dari menjadi murid. Dinding emas perak lidah kita, bahawa tak terlintas di hati mahu menjadi raja. Kerja menjadi raja itu banyak tanggungjawabnya. Tak terpikul kita.
“Kalau ada seekor lembu patah kaki kerana jalan di Melaka ini rosak berlubang, nanti akan ditanya Allah di hari akhirat mengapa sultan tidak memperbaiki jalan. Kita bukan jenis yang mampu memikul kerja sebesar itu. Biarlah kita mengaji agama saja daripada tok guru.”
Tok Guru Nuh Ha Mim masih belum mahu menerima dengan mudah Raja Husain menjadi muridnya. Tok guru itu meletakkan syarat pula.
“Datangkan kepada kita tujuh jenis benda yang bukan ada harga melainkan kita meletakkan harga padanya, ia bermula ejanya dengan huruf sin.”
Berpeluh Raja Husain, “Tok guru berilah kita petanda satu demi satu agar dapat dipuaskan hati seorang guru.”
“Benda pertama bermula ejanya dari huruf sin itu duduknya di bawah punggung kita.”
Bergegaslah Raja Husain ke Pasar Melaka mendapatkan safra untuk Nuh Ha Mim.
“Inilah kain alas, duduknya di bawah punggung tok guru. Bukanlah ia benda berharga jika tidak dihargai begitu.”
“Datangkan kita sebuah rumah kecil, tidak berpenghuni lagi, tidak ada kekayaan lagi di rumah itu.”
Penuh teka-teki. Tetapi Raja Husain remaja yang pintar. Fikirannya berjalan kerana banyak menelaah kitab. Bukan seperti kekandanya Raja Ahmad yang sepanjang siang berhibur dengan irama-irama, tarimenari dan bersuka gembira daripada sekian dayang. Bergegaslah Raja Husain ke hutan di sekitar Paya Rumput, mencari pohon yang di puncaknya atau pada dahannya tersangkut sarang lebah yang sudah ditinggalkan.
“Inilah sambang. Sarang lebah sudah kosong tiada berisi kerana ditinggalkan penghuninya. Memang ia tiada kekayaan lagi kerana madunya sudah habis dipungut orang. Tiadalah ia punya erti apa-apa lagi.”
Nuh Ha Mim tersenyum, masih menduga lagi, “Benda ketiga bermula ejanya dari huruf sin itu hanyalah mengisi air dari hujung jari kita, tidak punya erti apa-apa lagi.”
Raja Husain berlari pulang ke istana, masuk ke dapur dan mencemaskan sekian dayang dan tukang masak kerana raja muda menggeledah dapur mencari sangku.
Berlarian
“Inilah tok guru, sangku, bekas basuh tangan, menadah air daripada jari-jemari tok guru yang selesai menjamah hidangan.”
“Benda seterusnya ialah tidak cukup ia menjadi satu, tidak laku ia di Pasar Melaka.” Nuh Ha Mim terus menguji kesabaran bakal anak muridnya.
Tanpa berlengah Raja Husain berlarian ke Pasar Melaka dan kembali semula mempersembahkan, “Inilah kita bawakan sekepeng. Tak cukup ia menjadi satu, tak laku ia untuk digunakan membeli apa-apa barangan pun di Pasar Melaka hatta kayu gaharu atau kapur barus sekalipun.”
“Masih belum sempurna permintaan kita. Ayuh carikan segera sesuatu yang jika tidak ada habis rosak kepala Raja Ahmad, jika ada berertilah sedikit kepalanya.”
Di situlah Raja Husain tergendala. Lama juga baginda berfikir apakah sesuatu yang jika tidak ada, habis rosak kepala Raja Ahmad. Benda itu harus bermula dari huruf sin. Pening kepala juga Raja Husain memikirkannya. Hakikat bahawa benda itu melibatkan Raja Ahmad menyebabkan Raja Husain bertambah gusar. Hampir-hampir Raja Husain putus asa.
Raja Husain pun bertandang ke rumah Nuh Ha Mim merayu supaya diberi petunjuk yang lain,
Nuh Ha Mim senyum sahaja. “Selangkas betik berbuah masakan tak terduga anakanda apakah ia yang penuh di kepala Raja Ahmad?”
Dengan petanda yang kecil itulah Raja Husain kembali ke istana dan bertanyakan inang yang menjaga Raja Ahmad. Setelah mendapat jawapan, bersorak gembira Raja Husain dan diucap-ucapkan alhamdulillah tidak putus-putus. Raja Husain berlari ke Hujung Medini mempersembahkan selisik.
“Inilah ia, penuh kutu di kepala Raja Ahmad, jika tiada selisik maka rosaklah kepala baginda raja mahkota.”
Nuh Ha Mim tersenyum, masih ada dugaan yang belum dipenuhi lagi. “Dapatkan kita benda yang ada lok pun tidak berguna.”
Raja Husain yang bijaksana itu segera mendapatkan sepukal. Dimintanya daripada seorang hulubalang tua.
“Tuk guru inilah sepukal, keris yang sudah haus matanya, lurus keloknya dan tumpul pula.”
“Baiklah, inilah yang terakhir. Dapatkan benda yang tiada harga pada Sultan Mansur Syah. Sudah kelabu, jika di akhirat lebih celaka jika tak dapat melepasinya.”
Sekali lagi Raja Husain terperangkap di situ. Lama baginda menilik memerhatikan baginda sultan hingga Sultan Mansur Syah ayahandanya, pun naik kehairanan.
“Apa gerangan anakanda berkelakuan aneh sebegini?”
“Tidak ada apa-apa. Cuma anakanda memikirkan apakah yang ada pada ayahanda akan terbelah tujuh di akhirat nanti.”
Sultan Mansur Syah tersenyum. “Pada hemat ayahanda seperti yang ayahanda maklumi daripada guru ayahanda Kadhi Yusuf, kalau berbuat amal yang baik maka rambut sehalus dibelah tujuh pun dapat kita seberangi.”
Rambut
Mata Raja Husain bercahaya.
“Ampun tuanku ayahanda, jika tiada keberatan, anakanda mengharapkan sehelai rambut tuanku yang telah beruban putih kelabu itu.”
“Untuk apa?”
“Dibuat kenang-kenangan.”
Sultan Mansur Syah ketawa. “Aneh sungguh anakanda. Baiklah apa salahnya.” Baginda Sultan Mansur menanggalkan destarnya.“Mari, cabutlah uban ayahanda seberapa banyak pun yang anakanda mahu.”
Raja Husain keriangan, tanpa berlengah lagi dimasukkan helai rambut itu ke dalam botol kecil dan dibawa pantas ke Hujung Medini.
“Tuan guru, inilah surai baginda ayahanda Sultan Mansur Syah. Surainya putih beruban dan di akhirat kelak jika berbuat amalan baik walau dibelah tujuh sehalusnya pun akan dapat diseberangi titian sirat.”
Nuh Ha Mim angguk. Akur. Menepuknepuk bahu Raja Husain. “Safra itu tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita. Dunia ini ibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaannya untuk orang lain. Habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dari luar pada kulit sahaja, menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yang punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja.
“Sangku itu tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih dari itu. Janganlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa-apa kelebihan. Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa-apa. Apa lakunya sekepeng di Pasar Melaka? Apa lakunya kekayaan sekepeng di sisi Tuhan?
“Yang kita bawa menghadapnya, iman dan amal sahaja. Selisik, begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan segala kutu yang melekat di kepala. Kebendaan yang dicari manusia dan kemasyhuran hanyalah kutu yang perlu kita tanggalkan, kita bersihkan dengan selisik. Pada sepukal sedarlah kita yang kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus.
“Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi kehebatan dan keperkasaan Tuhan. Surai, marilah anakanda kita bertakwa kerana itu sahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh. Rasmilah anakanda menjadi murid kita hari ini.”
Raja Husain angguk, mengerti, sebulat hati memahami. Bermulalah pelajaran tasawuf untuk seorang bakal sultan. Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka yang ketujuh.
Begitulah kisahnya, seperti yang diperikan kemudian dalam Sejarah Melayu bagaimana Sultan Alauddin yang alim lagi berani itu membina peribadinya sejak anak-anak lagi.
Oleh FAISAL TEHRANI
|
|
|
| |
| Balasan awal di dunia |
| 03.19.06 (6:42 pm) [edit] |
|
Alah s.w.t. menjadikan manusia ini terdiri daripada empat unsur utama iaitu jasad, roh, akal dan nafsu. Daripada unsur-unsur ini membentuk manusia waras. Kerosakan salah satu daripada unsur-unsur tersebut menyebabkan kehidupan seseorang tidak sempurna.
Untuk menjaga jasad yang sihat, manusia perlukan pemakanan yang seimbang, rehat yang cukup dan sebagainya. Dengan demikian seseorang itu dapat menikmati kehidupan yang sempurna, mempunyai jasad yang betah berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan dengan tubuh badan. Itulah yang dinamakan body resistance, menyebabkan tubuh tidak mudah sakit. Tanpa ketahanan diri yang kuat seseorang itu akan mudah sakit, lemah, cedera dan sebagainya.
Roh yang tidak dipelihara akan menyebabkan seseorang itu sakit yang berkaitan dengan roh. Santapan roh ialah iman, iaitu pegangan atau kepercayaan seseorang terhadap Allah, merangkumi amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam, juga Rukun Iman. Iman tidak akan dimiliki oleh seseorang kecuali dengan adanya pengetahuan yang berkaitan dengan agama, lalu diamalkan. Itulah yang dinamakan ibadah. Sekiranya jasad yang tidak dijaga itu menyebabkan lahirnya masalah pada tubuh begitu juga dengan roh, di mana roh yang tidak dijaga itu menyebabkan penyakit berkaitan dengan roh atau hati, seperti riak, angkuh dan sebagainya.
Roh yang sakit menyebabkan seseorang itu berkecenderungan melakukan kejahatan seperti rasuah, menyalahgunakan kuasa, pecah amanah, zina, minum arak dan sebagainya.
Allah menjadikan tabiat manusia sentiasa dalam resah gelisah, tidak kira sama ada ketika dalam keadaan senang, berpangkat, mempunyai kekayaan apatah lagi ketika menerima kecelakaan. Manusia juga bersifat tamak haloba. Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa sekiranya anak Adam itu dianugerahkan Allah dua lembah emas, dia mahukan tiga lembah emas. Tombolok atau nafsu manusia tidak akan puas kecuali setelah mati.
Allah juga menjadikan tabiat semula jadi manusia itu lebih cenderung untuk melakukan kejahatan berbanding kecenderungan melakukan kebaikan. Walaupun demikian, biarpun manusia dijadikan dalam keadaan seumpama itu, mempunyai sifat-sifat buruk, namun sekiranya seseorang itu cukup sembahyangnya dan diterima Allah, sifat-sifat tadi akan terkawal menyebabkan seseorang itu terhindar daripada melakukan kejahatan, maksiat, ingkarkan hukuman Allah, apatah lagi apabila seseorang itu dibantu oleh akal, yang berupaya mengimbangi antara baik dan jahat.
Sembahyang adalah lambang kualiti diri seseorang. Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa soalan yang mula-mula ditanya di akhirat kelak ialah sembahyang. Sekiranya sembahyang yang dilakukan diterima Allah, maka akan diterimalah seluruh amalan. Sekiranya tidak, maka akan ditolaklah seluruh amalan.
Bermaksud bahawa sekiranya sembahyang yang dilakukan oleh seseorang hamba itu sempurna, lengkap dan diterima Allah, maka amalan-amalan lain juga diterima Allah. Jelasnya, ibadah sembahyang itu adalah lambang kesempurnaan ibadah seseorang. Allah menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.
Perbuatan jahat atau kemungkaran akibat daripada sakit roh, sekiranya diteruskan akan memusnahkan diri sendiri, lalu akhirnya membentuk masyarakat tidak menentu dan kucar-kacir. Orang yang melakukan zina, rasuah, menipu, menyalah guna kuasa dan sebagainya akan menghentikan kegiatannya apabila dia takut kepada udang-undang buatan manusia dan akan melakukan semula apabila berpeluang berbuat demikian. Orang yang seperti inilah yang tunduk menurut kehendak nafsu ataupun tabiat jahat yang tersedia ada dalam diri.
Keadaan demikian tidak berlaku kepada mereka yang kuat ketahanan rohnya hasil daripada iman yang dimiliki juga ilmu yang dipelajari dan diamalkan. Iman dan ilmu agama menyedarkan manusia tentang adanya balasan ketika di alam barzakh juga di hari kiamat kelak.
Mengajar
Baginda s.a.w. mengajar kita agar menziarahi kubur, memandikan mayat dan menguruskannya juga menguburkannya. Amalan ini akan memberi keinsafan yang mendalam. Sekiranya seseorang itu merasakan mukanya begitu cantik, mempesonakan, disanjung di akhbar-akhbar, di kaca televisyen dan lain-lain media, menyebabkan lahir rasa angkuh, sombong dan bongkak ataupun berasa besar diri kerana pangkat, wang, harta yang dimiliki dan sebagainya, keinsafan akan lahir natijah daripada mengendalikan mayat tadi.
Setiap orang akan merasai mati, tidak kira siapa, yang mempunyai suara yang disanjung, kekayaan yang membukit dan sebagainya. Mati menyebabkan manusia kecut kaku dan sejuk, memusnahkan segala-galanya, muka yang cantik, suara serak basah, kekayaan, nama, pangkat dan sebagainya yang menjadi igauan setiap orang.
Iktibar daripada kematian menginsafkan manusia untuk menghayati hakikat hidup yang sementara.
Manusia boleh mati ketika bersembahyang, di pembaringan, ketika berjoging, berjoget, ketika minum arak, ketika dalam perjalanan meniduri kekasihnya di hujung minggu, yang lena dibuai janji-janji manis dan mengasyikkan untuk dikahwini.
Saudara dalam keadaan khayal dibuai serakah nafsu mengharungi hidup dengan seorang perempuan sebagai suami isteri tanpa nikah kerana merasakan hidup bujang itu hanya sekali. Bererti bahawa saudara seronok menghadapi hidup sedemikian rupa walaupun demikian, sebagai manusia yang mempunyai akal waras, kadang-kadang terdetik dalam hati, sampai bila saudara akan mengharungi hidup bergelumang dengan dosa?
Perasaan sedemikian rupa lahir daripada tindak balas akal yang memberontak atas kesilapan yang dilakukan. Lebih jauh daripada itu, akal saudara mungkin mempunyai keupayaan berfikir, apakah sebenarnya kesudahan hidup saudara? Dalam masa yang sama, apakah kesudahan atau nasib teman wanita saudara yang saudara uliti dengan janji-janji muluk selama ini? Adakah saudara reda sekiranya teman wanita saudara itu adalah adik perempuan saudara yang melakukan perzinahan dengan lelaki lain yang sebenarnya tidak terlintas dalam benak otaknya untuk bernikah? Apa pula sikap atau tindakan saudara sekiranya perempuan ini adalah anak saudara sendiri?
Pastinya saudara tidak reda anak atau adik perempuan sendiri diperlakukan sedemikian rupa. Andainya saudara tidak reda, mengapa pula saudara sampai hati melakukan teman wanita saudara, yang mempunyai ibu bapa, abang dan sebagainya, yang juga tidak reda teman wanita saudara melakukan zina dengan saudara.
Inilah peranan akal iaitu untuk memikiri baik buruk sesuatu. Walaupun demikian, imbangan akal itu sering tersisih apabila diri seseorang dikuasai nafsu.
Jijik
Orang yang tidak pernah menghidu najis, najis kucing misalnya, akan berasa betapa jijiknya najis berkenaan ketika terhidu buat kali pertama. Begitu juga dengan najis-najis lain, apatah lagi sekiranya najis mughallazah. Walaupun demikian, bagi orang yang hidup dikelilingi najis atau dia sendiri hidup membela binatang berkenaan, tidak kira kucing, anjing dan sebagainya akan merasakan bau tersebut adalah sesuatu yang lumrah.
Hal demikian sama kiasannya dengan orang yang melakukan dosa. Akan timbul penyesalan bagi yang melakukan zina buat kali pertama. Begitu juga dengan yang menerima rasuah. Terasa betapa jijiknya rasuah yang diterima, dibelikan makanan lalu dimakan bersama kawan-kawan, anak isteri, bapa, ibu dan sebagainya .
Walaupun demikian sekiranya perzinahan itu terusmenerus dilakukan, rasuah terus diterima maka rasa penyesalan itu akhirnya akan lesap, rasa jijik terhadap wang rasuah itu tidak timbul, lalu akhirnya akan timbul rasa ketagih. Dari sinilah lahirnya manusia yang menjadikan kemungkaran itu sebagai budaya hidup, terusmenerus berzina, minum arak, rasuah dan sebagainya.
Ketika ini hati ditutupi kotoran dosa dan maksiat. Dalam surah al-Mutaffifin:14 Allah berfirman yang bermaksud: Tidak sekali-kali begitu, sebenarnya hati mereka telah dikarati dosa yang telah mereka lakukan.
Sesungguhnya balasan Allah terhadap mereka yang melakukan kezaliman, juga mereka yang melakukan zina itu amat menyakitkan. Janji-janji dan amaran Allah itu pastinya akan berlaku dan wajib diyakini.
Rasulullah menggambarkan tentang azab yang paling ringan sekali di akhirat (neraka) yang akan dialami oleh seseorang iaitu sekiranya dua biji api neraka itu diletakkan di kedua-dua telapak kaki, nescaya menggelegak otak orang yang berkenaan.
Dalam sebuah hadis dijelaskan, sesungguhnya Allah apabila mengasihi seorang hamba yang melakukan dosa, Allah akan menyegerakan balasannya ketika ia masih hidup di dunia. Itulah yang diistilahkan sebagai ``kifarah''. Kifarah ini boleh berlaku sama ada merupakan kefakiran, kematian ataupun penyakit.
Bukan mustahil kemusnahan harta seperti kebakaran , kecurian, rebutan harta di kalangan keluarga, kerugian yang tidak diduga, musnah akibat banjir dan sebagainya itu merupakan kifarah Allah ke atas orang yang banyak melakukan dosa seperti rasuah, peras ugut, harta yang diperoleh hasil perbuatan haram, judi, pelacuran dan sebagainya.
Begitu juga dengan sakit yang menimpa seseorang, anak isteri dan sebagainya yang boleh berlaku mungkin sebagai kifarah Allah, yang akhirnya memusnahkan segala-galanya.
Allah memberi amaran tentang bala akibat daripada maksiat hamba di muka bumi. Dan apabila ketentuan Allah itu berlaku, maka ia tidak membezakan antara mereka yang terlibat melakukan dosa dan tidak melakukan dosa, termasuk kanak-kanak juga bayi yang masih menyusu dalam dakapan ibu.
Pembaca yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin,
Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor.
|
|
|
| |
| Lafaz Allahuakbar permulaan sembahyang |
| 03.19.06 (6:37 pm) [edit] |
|
SOALAN: Pernah menjadi satu perbincangan hangat antara teman-teman selepas tamat membaca Yasin pada malam Jumaat mengenai suruhan Nabi apabila seseorang itu hendak sembahyang di mana dia hendaklah menghadap kiblat dan bertakbir. Keterangan ini membuktikan bahawa seseorang yang hendak sembahyang, ia tidak perlu niat.
Seperkara lain, saya sering berhadapan dengan masalah ketika berniat, di mana niat itu sukar sekali hendak dilakukan serentak dengan sebutan ``Allahuakhbar'', ketika takbiratulihram.
- Kassim, Pekan, Pahang
Jawapan:
Persoalan yang saudara kemukakan ada kaitan dengan sebuah hadis yang bermaksud: Apabila engkau mendirikan sembahyang, maka hendaklah engkau menyempurnakan wuduk, kemudian menghadap kiblat dan bertakbir.
Memang benar zahir hadis ini tidak menyebut secara khusus agar seseorang itu berniat dalam hati ketika memulakan sembahyang. Tetapi hadis ini juga tidak boleh dijadikan hujah membolehkan bahawa niat itu tidak perlu atau tidak wajib. Dalam hadis ini disebut jelas bahawa orang yang sembahyang hendaklah menghadap kiblat, tetapi ketika musafir baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersembahyang sunat di atas kenderaannya menghadap ke mana-mana arah yang dituju oleh kenderaannya sama ada ke timur atau ke barat berdasarkan firman Allah seperti yang tersebut dalam surah al-Baqarah: 115 yang bermaksud: Di mana sahaja kamu menghadap, maka di sanalah wajah Allah. Apabila hendak melakukan sembahyang fardu, Baginda turun dari kenderaannya dan sembahyang dalam keadaan menghadap kiblat.
Kalaulah alasan sembahyang Rasulullah itu semata-mata berdasarkan kepada hadis di atas, tentunya Rasulullah tidak akan melakukan sembahyang sunat menurut hala arah kenderaan. Hadis di atas adalah umum, merangkumi sembahyang sunat dan wajib. Kerana itu persoalan tentang wajibnya niat itu perlu merujuk kepada alasan-alasan dari sumber yang lain.
Niat, dari segi bahasa bererti kasad, tujuan dan nazar. Menurut istilah syarak, niat bererti sengaja melakukan sesuatu yang disertakan dengan perbuatan. Kalau ia merujuk kepada sembahyang, niat hendaklah dilakukan pada permulaan sembahyang, iaitu ketika membaca lafaz ``Allahuakbar''.
Niat membezakan sama ada perlakuan yang dilakukan oleh seseorang itu menjadi adat/kebiasaan semata-mata ataupun ibadah. Orang yang duduk di masjid kerana berehat berbeza dengan orang yang beriktikaf. Niat dalam sembahyang adalah rukun. Bererti sembahyang tidak sah tanpa niat.
Ada tiga perkara penting yang perlu terkandung dalam niat iaitu kasad, taarud dan takyin. Kasad bererti sengaja melakukan sembahyang. Taarud ialah kenyataan tentang sifat sembahyang, sama ada fardu atau sunat. Manakala takyin pula ialah ketentuan sembahyang seperti sembahyang zuhur, aidilfitri, tarawih dan sebagainya. Perkara-perkara lain yang sunat disebut ialah tentang rakaat, tunai atau qada juga sebutan tentang kerana Allah Taala.
Dalam masyarakat Melayu, persoalan lain yang sering timbul ialah tentang sebutan ``usalli'', yang juga disebut sebagai ``talaffuz bi `n-niyyat'', iaitu sebutan niat dengan lisan. Seperti yang diketahui, lafaz ini bukan niat kerana niat itu terletak pada hati, bukan di lidah. Bacaan ``usalli ini juga disebut sebelum takbir sedangkan niat sembahyang itu dibaca atau dihadirkan dalam hati ketika membaca takbir. Kerana itu memang tidak memadai andainya seseorang itu bersembahyang hanya dengan menyebut ``usalli'' (hingga akhirnya sebagai lazim) semata-mata tanpa disertai dengan niat dalam hati.
Menurut Imam An-Nawawi, hukum membaca ``usalli'' yang dibaca sebelum membaca Allahuakbar itu adalah sunat. Dilakukan demikian bertujuan agar lidah dapat membantu hati, untuk menjauhkan diri daripada timbulnya rasa waswas yang sering menganggu orang yang berniat. Demikianlah juga seperti yang dijelaskan oleh Syeikh Zainuddin dalam Fathul Muin dalam bab Sifat Sembahyang, Syeikh al-Islam al-Ansari dalam Fathul Wahab, Imam Khatib Sarbini dalam kitab Mughnil Muhtaj juga lain-lain imam Mazhab As-Shafie.
Yang dimaksudkan dengan waswas itu ialah keraguan yang dirasai oleh seseorang, sama ada seseorang itu telah sempurna berniat atau belum, menyebabkannya mungkin berniat berkali-kali ketika memulakan sembahyang. Namun demikian sekiranya bacaan ``usalli'' yang dibaca itu boleh menyebabkan waswas, menyebabkan rasa ragu, sama ada niatnya telah sempurna atau belum, maka ia boleh meninggalkan bacaan ``usalli'' (hingga akhir) kerana bacaan tersebut adalah sunat hukumnya, tidak berdosa kalau meninggalkannya dalam sembahyang tetap sah tanpanya. Demikian menurut pendapat mazhab As-Shafie.
Menurut sebuah hadis daripada Umar Ibn al-Khatab r.a. ia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah berkata: Bahawasanya seluruh ibadah itu adalah dengan niat dan apa yang diperolehnya hanya yang diniatkan.
Hadis sahih ini menjelaskan bahawa semua amalan itu mesti disertakan dengan niat. Hadis ini adalah hadis perintah (amr), bukan khabar semata-mata. Mengenai sembahyang, ia mesti mempunyai niat iaitu yang disebut dalam hati, yang mengandungi kasad, taarud dan takyin. Tanpa niat amalan seseorang itu akan menjadi amalan biasa (adat) semata-mata, tidak diperkira sebagai ibadah. Merujuk kepada sembahyang, tanpa niat sembahyang tidak sah.
Allah s.w.t memerintahkan manusia itu agar beribadah. Perintah itu disebut sebagai amr (suruhan). Semua suruhan. Di antara ibadah yang melibatkan penyembahan Allah ialah sembahyang lima waktu. Kerana itu sembahyang itu adalah wajib hukumnya. Sembahyang (ibadah) itu hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah iaitu dalam keadaan ikhlas. Hal demikian membuktikan bahawa niat itu wajib dilakukan pada ibadah sembahyang. Dalam surah al-Bayyinah: 5 terdapat firman Allah yang bermaksud: Dan tidaklah mereka semua (manusia) itu diperintahkan kecuali untuk beribadah kepada Allah dalam keadaan ikhlas dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus. Lurus di sini bermaksud jauh daripada syirik dan kesesatan.
Dalil lain membuktikan tentang wajibnya niat ialah ijmak ulama iaitu kata sepakat daripada imam-imam mujtahid yang hidup dalam satu zaman, dan tidak seorang pun daripada mereka yang membantah tentang wajibnya niat.
Apabila membicarakan tentang niat, persoalan yang timbul ialah ketika bila niat itu mesti dilafazkan. Kalau berniat sembahyang, adakah perlu dibaca/dihadirkan niat itu dalam hati serentak ketika lidah menyebut lafaz ``Allahuakbar'' atau adakah ia boleh dibaca terkemudian daripadanya. Seperti orang yang sedang hendak sembahyang maghrib adakah lafaz niat dalam hati itu (iaitu: Sahaja aku sembahyang fardu maghrib dua rakaat tunai kerana Allah Taala) mesti disertakan ketika lidah sedang melafazkan perkataan ``Allahuakbar''?
Niat sembahyang hendaklah dibaca serentak dengan permulaan ibadah. Tidak terdahulu atau terkemudian. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Anak kunci sembahyang itu ialah bersuci dan pengharamnya ialah takbir, manakala penghalalnya ialah salam.
Hadis ini bermaksud bahawa sembahyang mesti dilakukan dalam keadaan suci iaitu berwuduk. Apabila seseorang itu telah bertakbir, haram baginya melakukan sesuatu yang sebelumnya halal. Dan apabila telah salam, maka perkara yang haram dilakukan ketika sembahyang menjadi halal iaitu boleh dilakukan semula.
Jelasnya sembahyang itu bermula dengan sebutan ``Allahuakbar'' ketika itulah niat perlu dilafazkan, iaitu dihadirkan dalam hati. Penyertaan niat, yang juga disebut sebagai ``muqaranah atau serentak itu ada dua jenis, muqaranah haqiqiyah iaitu serentak betul di mana permulaan niat itu dimulakan ketika lidah menyebut lafaz ``Allahuakbar'' dan berakhir pada perkataan ``bar''(pada akbar), juga muqaranah urfiyah iaitu tidak serentah betul itu asalkan niat itu pada keseluruhannya terlintas hadir dalam hati ketika membaca ``Allahuakbar''.
Adalah diakui bahawa sebutan ``muqaranah haqiqiah'' itu sukar dilakukan kerana itu sebutan atau menghadirkan niat dengan muqaranah urfiyah adalah memadai.
Perlu dijelaskan bahawa masalah niat yang disebut dalam hati seperti yang dijelaskan ini adalah merupakan masalah kepada sesetengah orang menyebabkannya mengulangi perbuatan niat yang akhirnya menjadi seumpama satu beban. Selain daripada menghilangkan rasa khusyuk, ia juga mengganggu makmum lain yang ada di sebelahnya sering berlaku, orang yang bermasalah ketika berniat ia juga menghadapi masalah ketika membaca Al-Fatihah iaitu pada huruf-huruf kesamaran.
Orang yang seperti ini juga adakalanya didatangi oleh pelbagai ingatan yang berlaku di luar sembahyang, yang baru berlaku atau yang telah lama berlaku, tetapi begitu menarik ketika berada di pejabat, di perjalanan atau memikiri bagaimana hendak mendapat wang bagi memenuhi keperluan anak-anak dan sebagainya.
Apabila penghayatan seseorang itu berlaku pada peristiwa-peristiwa di luar sembahyang, maka tumpuan terhadap Allah akan terhakis. Pemikiran seseorang tidak boleh tertumpu kepada Allah dan hal-hal keduniaan serentak ketika sembahyang. Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah seperti ini sekiranya syarat wajib dan rukun dapat dipenuhi, maka sahlah sembahyang, namun oleh kerana ia tidak berupaya melakukan sembahyang dengan khusyuk, maka sembahyang yang dilakukan tidak akan memberi kesan pada diri, untuk membentuk manusia yang terhindar daripada kejahatan dan kemungkaran.
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
|
|
|
| |
| Manusia berwajah `khinzir' kerana makan rasuah |
| 03.19.06 (6:35 pm) [edit] |
|
CERITA orang menerima rasuah tidak menjadi rahsia lagi. Menerima rasuah pula ada pelbagai cara - terang-terangan, cara gelap, sembunyi-sembunyi dan pelbagai lagi.
Rasuah kini semakin menjadi-jadi dan berlaku di sana sini serta di mana sahaja, dalam rumah, dalam kedai, dalam hotel atas jalan raya, atas jambatan, di padang, coffe house dan tempat-tempat lain.
Mereka yang ``makan rasuah'' ini tidak tahu ``akibatnya''. Bukan sahaja makan harta secara haram, bahkan hidup mereka hilang barakahnya.
Balasan Allah subhanahu wa taala kepada mereka yang makan rasuah terlalu berat. Balasannya, kadang-kadang Allah tunjukkan di atas dunia lagi.
Ada rumahnya terbakar. Ada yang menerima musibah kepada keluarga dan diri sendiri, kehilangan harta benda dan macam-macam hal yang lain.
Ada kalanya pula, Allah menangguhkan balasannya itu hingga hari akhirat kelak.
Balasan di dunia dan akhirat tentang mereka yang makan benda-benda haram seperti rasuah ini telah diberitahu oleh Allah melalui lisan nabi-Nya Muhammad s.a.w.
Oleh kerana mereka ini tidak tahu apa-apa mengenai kesalahan ini dari segi hukum, maka mereka terima rasuah dengan memberi makan kepada anak, isteri, ibu bapa, bapa mentua, ibu mentua dan sesiapa yang di dalam tanggungannya.
Seolah-olah rasuah itu tidak ada apa-apa bagi mereka. Daripada hasil rasuah mereka beli rumah baru, kereta baru , tanah baru, bini baru dan barang-barang rumah baru daripada wang rasuah yang dirampas daripada hak orang.
Oleh kerana mereka ``jahil'' dalam ilmu agama, tidak pernah mengkaji agama, mendengar ceramah, tidak pernah menghadiri kuliah agama dan tidak pernah membaca buku agama, maka mereka terima rasuah itu ``macam makan cendul''.
Ada kes rasuah dibawa ke mahkamah. Apabila mereka diheret dan dibicarakan ke mahkamah atas tuduhan rasuah, maka mereka akan pakai ``ketayap putih''.
Seolah-olah ketayap putih itu mencerminkan pemakaiannya sebagai ``orang baik-baik'' belaka, kerana orang yang memakai ketayap putih lambang ``lebai'' orang yang sudah naik haji.
Dalam perbicaraan, mereka mendapatkan seorang peguam yang bijak dan pintar. Atas kebijaksanaan peguam itu, dia dibebaskan kerana tidak cukup bukti.
Tetapi di hadapan Allah mereka tidak akan terlepas. Mereka cuma terlepas di dunia sahaja, di akhirat mereka tetap akan menerima hukuman daripada Allah.
Ada sebuah hadis Nabi, yang diriwayatkan oleh se-orang sahabat Nabi yang paling rapat, iaitu Mua'z bin Jabal tentang bagaimana Rasulullah memberitahu, manusia yang akan dibangkitkan dari kubur di akhirat nanti, dengan pelbagai bentuk dan rupa yang memalukan.
Rupa dan bentuk ini bergantung kepada dosa yang dibuat oleh manusia di atas dunia, di antaranya termasuk makan benda-benda haram iaitu rasuah.
Rasulullah menjelaskan ada yang dibangkitkan kelak berwajah `khinzir', kerana memakan benda yang haram dan merampas hak orang.
Yang jelas kepada kita ialah apa yang dimaksudkan oleh Nabi itu ialah mereka yang menerima rasuah, kerana rasuah itu memakan yang haram dan mengambil hak orang lain secara haram.
Sebagaimana yang kita maklum bahawa ``rasuah'' ialah memakan harta yang tidak halal, mengambil hak orang lain, merampas harta orang secara paksa, memakan titik peluh orang secara haram.
Pengamal-pengamal rasuah ini sudah tidak takut lagi kepada undang-undang dan peraturan, apalagi undang-undang Allah tidak langsung dihiraukan.
Memakan rasuah bukan sahaja melibatkan orang itu sendiri, bahkan melibatkan isteri, anak-anak, ibu bapa di mana mereka diberi makan daripada rezeki yang diperoleh daripada sumber ataupun perbuatan-perbuatan haram.
Darah yang mengalir dalam tubuhnya, dalam tubuh isterinya, anak-anak mereka, ibu bapa mereka merupakan darah yang diambil daripada rezeki yang haram.
Inilah satu perbuatan yang paling buruk, paling kotor dan paling keji dalam masyarakat kita.
Rasuah dalam bentuk yang pelbagai itu telah menjadi amalan keji paling tua oleh manusia. Kecenderungan ini iaitu rasuah berasal dari naluri tamak, desakan kebendaan dan untuk memuaskan nafsu semata-mata.
Barah bagi gejala rasuah ini ialah begitu dalam menusuk ke dalam masyarakat moden di seluruh dunia. Amalan ini terlalu dalam sehingga sukar untuk dihapuskan.
Pengamal-pengamal rasuah ini sebenarnya tidak tahu, buta kayu dalam ``ilmu agama''. Kalaulah mereka tahu bahawa rasuah itu amalan yang paling keji dan hukumnya ``haram'' yang terlarang oleh agama, tentulah mereka tidak melakukannya.
Sekarang ini di mana-mana pun kita berurusan maka amalan rasuah sudah menjadi lumrah. Kalau tidak ada sogokan rasuah, semua kerja dan semua urusan akan berjalan lambat, lembap, malah akan memakan masa paling lama sekali.
Oleh: IBNU IDRIS
|
|
|
| |
| Jangan sampai bankrap |
| 03.19.06 (6:33 pm) [edit] |
|
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Adakah kamu tahu siapa yang muflis?'' Jawab sahabat: ``Orang yang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta.'' Sabda Rasulullah s.a.w lagi: ``Sesungguhnya orang muflis dari umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan sembahyang, puasa, dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memfitnah, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka, dibahaginya kebahagiaannya tadi kepada orang-orang itu (yang difitnah tadi). Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya, maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka.''
- (Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi)
Maksud hadis
Dalam hadis ini, Nabi Muhammad s.a.w. memberi peringatan kepada umat Muslim bahawa yang dimaksudkan dengan muflis yang sebenar-benarnya ialah mereka yang bankrap di akhirat nanti. Segala kebaikan dan pahalanya habis dirampas dan diberi kepada orang lain yang pernah dizaliminya di dunia ini. Kalau tidak cukup pahalanya juga, maka kejahatan orang yang dicerca itu pula ditimbunkan ke atasnya. Kemudian dia dilontarkan ke dalam neraka. Hendaklah seseorang itu menyelesaikan segala persoalan dengan orang lain sebelum terlambat. Jangan sampai bankrap di akhirat nanti.
Kesimpulannya
Hendaklah seseorang itu menyelesaikan segala persoalan atau masalah sesama mereka (manusia) agar kesalahan mencerca itu diampuni oleh orang yang pernah dicerca sebelum terlambat atau jangan sampai dia bankrap akibat perbuatan buruk yang tidak disedarinya itu walaupun dia bersembahyang, berpuasa dan berzakat.
|
|
|
| |
| Sentuhan ajaib’ mengubah Neo Nazi kepada muslim |
| 03.15.06 (7:24 pm) [edit] |
|
PADA dunia Barat, rakyat British bernama David Wulstan Myatt, 56, begitu digeruni. Ini kerana dengan membawa fahaman Neo Nazi yang ekstrem dan ganas, beliau mampu memberikan ancaman keselamatan kepada masyarakat Barat.
Selama 25 tahun Myatt mempelopori dan memperjuangkan fahaman anti zionis (yahudi), anti bangsa kulit hitam, anti penduduk Asia dan anti kerajaan Amerika Syarikat di Britain.
Bagaimanapun, setahun selepas beliau menulis satu risalah panjang di sebuah laman web bertajuk Practical Guide to Aryan Revolution pada November 1997, Myatt secara tiba-tiba telah mengambil satu tindakan yang tidak disangka-sangka. Dia mengejutkan banyak pihak dengan memeluk Islam.
Bagaimana seorang yang disifatkan ganas dan tidak kenal erti berkompromi itu akhirnya memeluk Islam serta mahu dikenali dengan nama barunya iaitu Abdul Aziz Ibn Myatt?
Dalam satu rencana baru-baru ini, Abdul Aziz berkata, takdir Allah telah membawanya pada suatu pagi Ahad yang hening untuk berhenti di hadapan sebuah masjid ketika melancong seorang diri ke Mesir.
Hatinya secara tiba-tiba menjadi begitu ikhlas untuk memasuki masjid itu dan pada saat itu juga Abdul Aziz kebetulan terdengar seruan azan menyebabkan beliau terus terpaku dan terpana.
Walaupun azan itu berlangsung dalam masa hanya beberapa minit tetapi ia berjaya membuatkan hati dan jiwa Abdul Aziz menjadi tidak menentu.
“Saya menjadi tidak mengerti dengan perasaan sendiri pada masa itu yang sukar hendak diungkapkan melalui kata-kata tetapi yang pasti sayu dan pilu menyelubungi saya akibat dipanah oleh keindahan alunan azan itu.
“Ia indah bukan kerana melodi. Tetapi saya hairan bagaimana dengan tanpa memahami maksud perkataan dalam azan itu ia mampu menyentuh jiwa saya. Tidak semua lagu boleh berbuat begitu,’’ kata Abdul Aziz.
Sejak itu, Abdul Aziz mula memberi respons terhadap Islam dengan bertanyakan mengenai agama itu daripada beberapa penduduk Mesir dan mendapatkan terjemahan al-Quran bagi mengenali Islam secara lebih dekat lagi.
“Tetapi ego dan sombong saya sebagai orang Barat masih tebal. Saya masih terlalu percayakan diri sendiri dan apa yang saya pegang selama ini. Kalau saya perlu berubah, saya mampu melakukannya sendiri tanpa perlu campur tangan atau disentuh secara ajaib oleh mana-mana pihak.
“Namun apabila saya memilih pekerjaan baru iaitu menghabiskan banyak masa di ladang, saya mula diresapi hidayat daripada Allah dengan mempelajari sesuatu daripada alam,” katanya.
Walaupun sebagai seorang yang sangat rasis, Abdul Aziz sebelum ini turut mempunyai kepercayaan bahawa alam ini atau Mother of the Earth adalah satu bentuk kekuasaan tertinggi atau ketuhanan atas sifat yang kononnya tercipta dengan sendiri.
“Sehinggakan saya percaya bumi yang tidak dijaga, yang tercemar menyebabkan kemarahan itu dinampakkan dalam bentuk gempa bumi, banjir sehinggalah kepada letusan gunung berapi.
“Tetapi apabila masa banyak dihabiskan pada tanah dan ladang, akhirnya saya menyedari bumi ini tidak lebih daripada sebahagian daripada seluruh kosmos (alam semesta) yang pasti ada pemiliknya. Dan saya sendiri adalah sebahagian anggota kosmos itu.
“Tetapi siapa pemilik alam itu?”
Hatinya mula terdetik dengan pertanyaan demi pertanyaan.
Buat pertama kalinya, Abdul Aziz tunduk pada ego dan kesombongannya sendiri dan benar-benar berasa sangat rendah diri. Beliau kemudian mengeluarkan senaskhah al-Quran terjemahan yang diperoleh semasa melancong di Mesir dan mula membacanya.
“Daripada satu ayat kepada ayat yang lain dan daripada satu surah ke surah yang lain, apa yang saya peroleh kemudiannya hanyalah logik, penjelasan, kebenaran, wahyu, keadilan, kemanusiaan dan keindahan sebuah agama.
“Apabila dalam al-Quran juga ada menyebut mengenai kejadian alam malah diungkap dengan begitu logik. Saya benar-benar kagum kerana ia membuka lembaran untuk umatnya mengenali kekuasaan Allah melalui ciptaan seluruh alam semesta ini.
“Barulah saya faham umat Islam mendalami ilmu pengetahuan bukan sekadar sebagai satu tanggungjawab malah satu tugas yang mesti dilakukan. Apatah lagi al-Quran mampu dijadikan sandaran dan panduan untuk meluaskan lagi pengetahuan,” katanya.
Abdul Aziz sebelum ini telah banyak mengkaji dan membaca falsafah dan ajaran daripada Lao Tzu, Confucious, Buddha, Plato, Patanjali sehinggalah Descartes.
“Malah saya turut mengkaji kitab Injil sehingga saya pernah menjadi paderi Kristian selama dua tahun, tetapi itu semua tidak dapat menandingi ilmu yang saya peroleh melalui al-Quran dan sirah Rasulullah.
“Saya akhirnya melafazkan kalimah syahadah dan gembira dengan kepercayaan baru ini. Namun, mempunyai kepercayaan sahaja tidak mencukupi lebih-lebih lagi dengan pelbagai cabaran dunia moden hari ini. Dengan dunia materialistik, bagaimana saya mampu untuk melaluinya?” soal Abdul Aziz.
Perlahan-lahan beliau belajar menghargai kehidupan dan menyedari betapa perlunya Islam dalam dunia yang serba moden hari ini.
Tanpa pegangan terhadap Tuhan dan agama, betapa manusia mudah menjadi lupa diri, sombong, tidak menghormati orang lain, tidak sopan dan kasar. Jadi kita perlukan Islam supaya masyarakat dunia tidak menjadi bangsa barbarian, kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Abdul Aziz sedar penglibatan beliau dalam gerakan Neo Nazi dahulu melebihi batas-batas kemanusiaan. Sesetengah orang menganggap bahawa tidak ada cara baginya untuk kembali ke pangkal jalan dan tidak ada agama dapat memaafkan semua perbuatan jahatnya itu. Tetapi kata-kata seorang ulama, Sheikh Muhammad Al Munajjid, menjadi pegangan beliau.
“Allah menerima semua permohonan taubat daripada hamba-Nya tanpa melalui sebarang perantaraan atau orang tengah. Apalagi beberapa orang sahabat Rasulullah sebelum mereka memeluk Islam merupakan penjenayah yang melakukan pelbagai jenayah termasuk berzina, membunuh, menanam anak perempuan hidup-hidup, merampas hak dan harta orang lain.
“Tetapi apabila mereka memeluk Islam, mereka menjadi yang paling baik di kalangan manusia dan paling bertakwa dan beriman kepada Allah. Tidak ada sesiapa boleh mempersoalkan masa silam dan gelap seseorang itu kerana Allah telah mengampunkan dosanya. Dengan kehidupan yang baru ini bermakna seseorang itu bersih daripada segala dosa.
“Saya tidak bermaksud untuk memeluk Islam untuk lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan sebelum ini,’’ katanya.
Ini kerana Abdul Aziz teringat akan kata-kata hikmah daripada Saidina Ali: “Jika seseorang itu beriman kepada Allah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran, ia adalah iman seorang ahli perniagaan. Jika beriman kerana takut kepada-Nya, maka jadilah imannya seperti seorang hamba sahaya yang takut kepada tuannya.
“Tetapi jika kerana bersyukur dan berterima kasih kepada semua nikmat yang diberi Allah maka itu adalah iman seorang yang merdeka jiwanya.
“Maka saya berharap untuk memerdekakan jiwa saya daripada belenggu kejahilan agar beroleh iman untuk hidup yang lebih sejahtera di dunia dan di akhirat kelak.’’
Abdul Aziz menyedari tindakannya memeluk Islam tidak senangi lawan dan kawan.
“Saya tahu perjalanan hidup saya tidak akan menjadi mudah bagai disangka kerana apabila saya kini membelakangi perjuangan Neo Nazi, golongan pro zionis terus mengambil kesempatan untuk menaburkan pelbagai fitnah, penipuan dan khabar-khabar angin yang tidak baik, termasuk mengatakan saya tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap Allah. Ia dibuat dengan tujuan menjatuhkan saya.
“Ia adalah kesilapan saya juga kerana tidak pernah membalas balik kata-kata mereka itu secara terbuka.
“Tetapi bagi mereka yang kuat berpegang kepada ajaran Allah, kita perlu berhati-hati dengan setiap berita yang mereka terima. Alhamdulillah, kalangan umat Islam mengetahui bahawa saya masih berpegang teguh dengan Islam,’’ katanya. Lagipun, kata Abdul Aziz, memeluk Islam bukan semudah dengan hanya lafaz dan kata-kata.
“Malah ia kuat beriringan dengan satu sumpah, satu perjanjian dengan Allah, tidak mungkin semudah itu saya hendak meninggalkan Islam setelah hati saya begitu ikhlas untuk menerima agama itu,’’ katanya.
Malah menjadi tanggungjawab Abdul Aziz kini untuk bersama-sama dengan umat Islam yang lain bagi mempertahankan agama itu daripada kata nista dan cercaan golongan Zionis itu.
“Tugas itu kini tidak semestinya dalam satu bentuk tindakan yang agresif apatah lagi bersifat ganas.
“Sebagaimana saya yang pernah jahil, kebanyakan orang Barat hanya perlukan satu penjelasan yang kukuh mengenai Islam, kadangkala itu lebih efektif dan mampu membuang jauh semua prejudis mengenai Islam,’’ ujarnya.
Selepas lapan tahun memeluk Islam, Abdul Aziz yang masih mengekalkan imej berjambang hidup secara lebih sederhana tetapi yang lebih mengagumkan beliau semakin mengenali Islam.
Setiap hujah mampu dikuatkannya dengan dalil sama ada secara aqli atau naqli berkat penghayatan yang kuat terhadap al-Quran walaupun ia hanya menerusi naskhah terjemahan.
Susunan: SITI AINIZA KAMSARI
|
|
|
| |
| Fahami hakikat ketuhanan bawa remaja kepada keredaan |
| 03.15.06 (7:21 pm) [edit] |
|
Remaja adalah kelompok yang amat aktif dalam semua perkara. Remaja suka bertanya, suka mencuba, tidak serik dengan peristiwa, cenderung lasak, berjiwa adventure, suka menarik perhatian, gemar memperaga diri, sukakan hiburan, mahu berkawan malah suka bercinta. Inilah perkembangan naluri dan fitrah remaja dalam proses membentuk diri masuk ke alam dewasa.
Sebagai seorang remaja Islam, tidak salah bakat yang baik dikembangkan. Potensi yang dimiliki remaja boleh membangunkan diri, masyarakat dan negara dan potensi itu juga boleh merosakkan diri, meruntuhkan masyarakat dan juga negara. Isu utama di sini ialah bagaimana potensi dapat digilap dan disuburkan secara fitrah dan bagaimana bakat dapat digunakan secara bermanfaat dan berfaedah. Terdapat petanda yang jelas bagaimana bakat remaja terbazir dan disalahgunakan begitu saja tanpa memahami tujuan hidup dan tuntutan persiapan diri bagi remaja.
Islam memberikan remaja jalan dan nilai. Memahami ajaran Islam secara baik membantu remaja bagaimana dapat menjalani hidup secara terancang dan memberi faedah. Islam memandu remaja bagaimana melakukan pergaulan yang sihat supaya naluri berkawan dapat dipenuhi dan batas syarak dapat dipatuhi.
Islam memberi dorongan untuk menuntut ilmu supaya apabila dewasa remaja nanti memiliki kekuatan yang amat perlu bagi pembangunan negara. Islam mendidik remaja menjadi jujur dan amanah supaya apabila mengambil tanggungjawab nanti, remaja akan mempunyai persiapan. Islam memandu remaja supaya memilih hiburan yang tidak melampaui batas supaya hiburan tidak menjadikan remaja lalai dan hilang keutamaan.
Islam tidak mengajar remaja hilang adab kepada orang tua kerana ia adalah tidak baik. Islam tidak menyuruh remaja bersifat takbur kerana orang yang takbur tidak diredai Allah. Islam tidak mengajar kita supaya miskin harta dan miskin ilmu malah Islam menganjurkan kita sejahtera di dunia dan sejahtera di akhirat. Islam tidak menganjurkan remaja supaya bersikap mundur terhadap kemajuan dan perubahan kerana keadaan sedemikian boleh menyebabkan kita hina dan dipandang rendah.
Yang lebih utama ialah harus ada jiwa yang kental bahawa remaja ada Allah yang sentiasa melimpahkan rahmat dan nikmat yang tidak terkira. Tanda-tanda kebesaran Allah adalah amat banyak untuk menjadikan kita yakin dan patuh kepada-Nya. Remaja tidak melakukan penciptaan terhadap sesuatu tetapi ia dilakukan oleh Allah. Remaja hanya mampu mereka, mengolah dan menggubah daripada sesuatu yang sedia ada kerana manusia ada pemikiran kreatifnya.
Bayangkan tanpa air sebagai sumber nikmat, apakah yang dapat kita minum? Bayangkan tanpa akal untuk berfikir apakah daya untuk memiliki ilmu dan ikhtiar? Kalau hujan tidak diturunkan, bayangkan tanah-tanah yang kering tidak akan subur untuk menumbuhkan pokok yang menjadi sumber rezeki manusia. Perhatikan planet yang bergerak teratur dan tersusun, siapakah pengawal kalau tidak Allah?
Manusia cuba menguruskan sistem di jalan raya. Sehebat mana susunannya, kemalangan tetap berlaku dan kesesakan sering terjadi. Betapa sistem solar dan kosmos yang berputar menyebabkan sesuatu itu berjalan dengan tepat tanpa adanya perlanggaran dan kesesakan. Kuasa apakah itu yang Maha Pengatur dan Maha Penyusun.
Remaja seperti orang lain memiliki roh. Roh itu tidak datangnya daripada manusia. Roh itu pastinya milik Allah. Disebabkan roh itu milik-Nya, Ia boleh mengambilnya pada bila-bila masa yang Ia mahu. Remaja hanya mampu berdoa dan berikhtiar. Ketentuan akhir bagi sesuatu bukan pada tangan kita. Ia milik Pencipta. Remaja dan manusia lain juga sifatnya fana atau tidak kekal. Berlaku silih gantian antara yang hidup dengan yang mati dan antara pohon yang tumbuh dan rebah.
Manusia dan makhluk tidak kekal. Tetapi siapa yang kekal? Kalau tidak ada yang kekal tentu tidak ada yang sementara. Adanya kesementaraan tentu ada yang kekal kerana yang kekal menyebabkan adanya kesementaraan. Tanpa yang kekal tidak akan ada silih gantian. Yang kekal itu ialah Allah dan yang sementara itu adalah kita. Hinggalah kita bertemu dengan-Nya nanti maka barulah Allah menentukan di mana kita.
Memahami hakikat ketuhanan boleh menyebabkan remaja yakin tentang Pencipta yang Maha Berkuasa. Daripadanya datang jiwa hamba yang tinggi. Daripadanya lahir rasa patuh, akur, taat dan tunduk. Daripadanya datang sifat melakukan sesuatu untuk mendapatkan perkenan-Nya atau reda-Nya. Bersifat jujur, baik hati, suka membantu, rajin bekerja, amanah dalam pengurusan, taat kepada ibu bapa, kasihkan guru, setia kepada kawan yang baik, cintakan ilmu, tahu membezakan baik dan buruk terhadap sesuatu adalah perkara-perkara yang Allah reda.
Sekiranya perlakuan remaja dalam reda Allah, amalan di dunia akan jadi natijah akhirat. Kebaikan yang remaja lakukan dalam hidup ini tidak saja membawa kebaikan kepada remaja tetapi membawa kebaikan kepada orang lain juga. Katakan remaja kasihkan Allah kerana Ia Maha Berkuasa dan Perkasa menyebabkan remaja akan kasihkan ibu bapa dan orang lain. Tidak mungkin orang yang benar-benar kasihkan Allah akan melakukan kezaliman terhadap orang lain.
Remaja yang beriman dan bertakwa akan sentiasa memiliki kesedaran ketuhanan yang tinggi. Remaja akan sentiasa insaf bahawa perbuatannya diperhatikan, perilakunya dicatatkan dan setiap apa yang dikerjakan sentiasa dalam pengetahuan Allah. Oleh itu pancaran kasih kepada Allah adalah gambaran ketaatan, kepatuhan yang tinggi terhadap-Nya.
Katakan remaja kasihkan ilmu kerana ilmu memberi manfaat kepada manusia. Tidak mungkin ilmu datang kepada remaja tanpa izin daripada Allah. Ilmu yang Allah reda tidak saja berguna dan berfaedah tetapi mendekatkan manusia dengan Pencipta. Apabila remaja merasai kedekatannya dengan Allah, ilmu akan terus dicari dan ditingkatkan dan amalan juga terus diperbanyak dan dikembangkan.
Kedekatan ini bukan bermakna hampir dan dekat dari segi jarak tetapi terhadap Allah dilihat dari segi bukti amalan yang Allah reda, niat yang sentiasa ikhlas dan hati remaja yang sentiasa tidak putus asa yang membayangkan usaha remaja yang berterusan untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan walaupun sebesar biji sawi, Allah mengetahuinya. Keyakinan inilah yang sebenarnya menyebabkan remaja yakin akan reda Allah.
Sekiranya budaya atau cara hidup yang yang bersandarkan kepada reda Allah wujud pada diri remaja, ia menyebabkan para remaja tidak saja memiliki pedoman dan dorongan yang terbaik untuk memandu jalan hidup remaja tetapi budaya reda Allah ini boleh membentuk kedewasaan remaja nantinya menjadi orang yang sentiasa taat dan patuh terhadap apa yang disuruh oleh Allah dan sentiasa mengelak dan tidak melakukan apa yang dilarang. Budaya ini apabila sebati dalam diri dan amalan remaja ia bakal menjadikan remaja orang yang sentiasa dalam rahmah Allah.
Bayangkan pada hari ini ramai remaja terjebak dengan salah laku yang pelbagai. Ramai remaja menjadi mangsa dadah, salah laku sosial, malah mangsa AIDS/HIV yang akhirnya derita dan sengsara. Saksikan bagaimana mangsa-mangsa ini sudah hilang jalan kembali. Harapan untuk berperanan sudah hilang.
Hidupnya pun ibarat bangkai bernyawa. Tidak memberi guna kepada diri dan menjadi beban terhadap orang lain. Puncanya adalah kerana hilang pedoman, tunduk kepada rangsangan hawa nafsu, tidak takutkan balasan Allah dan akhirnya kelazatan yang sementara menjadi buruan.
Memilih jalan yang Allah reda adalah jalan yang terbaik bagi remaja menentukan hala tuju hidupnya. Keyakinan terhadap Allah adalah syarat utama. Allah turunkan al-Quran sebagai sumber petunjuk dan sumber ilmu. Tanpanya remaja bakal hilang pedoman kerana kekuatan akal adalah tidak segala-gala.
Allah pilih Nabi dan Rasul untuk menjadi contoh ikutan kerana tanpa sumber teladan yang fitrah remaja akan kesasaran dan memilih ‘idola’ dan ‘diva’ sebagai lambang. Allah berikan remaja rahmat dan nikmat yang banyak supaya remaja hidup dan bakal dewasa dalam reda-Nya. Inilah jalan pencarian yang perlu bagi remaja supaya hidup yang sementara memberi makna yang kekal di akhirat nanti. Inilah jalan reda yang perlu diikuti supaya remaja tidak sesat dan akhirnya menyesal.
* PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM).
|
|
|
| |
| Keluarga Syyid Mushal berdakwah seluruh Asia |
| 03.15.06 (7:17 pm) [edit] |
|
TUGAS sebagai pendakwah membawanya ke Malaysia. Kini sudah 12 tahun Syyid Mushal Kazim Syyid Muhammad, 39, yang berketurunan Arab mengabdikan dirinya di negara ini untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai agama Islam dalam erti sebenarnya, terutama di kalangan saudara baru serta mereka yang ingin menjadikan Islam sebagai pegangan hidupnya
Tugas sebagai pendakwah yang dilakukan seawal usia 20-an menepati aspirasi dirinya untuk menegakkan Islam sebagai agama Allah yang mencipta alam semesta ini.
Naluri itu diperkuatkan lagi apabila bapanya juga adalah pendakwah yang sangat aktif menyebarkan agama Islam di merata pelusuk dunia. Ini sekali gus menjadi pencetus idea dan pendorong kepada beliau dan enam adik-beradiknya yang lain untuk memilih kerjaya mulia itu sebagai landasan hidup mereka.
Atas rasa tanggungjawab itu, kini semua ahli keluarganya berada di merata pelosok negara Asia untuk menjadi pendakwah termasuk ada antaranya menetap di Singapura dan Brunei.
Bercerita mengenai pembabitan sebagai pendakwah, bermula pada awalnya dengan bekerja dengan Jabatan Agama Islam Johor sebagai tenaga pengajar kepada lebih 15,000 keturunan India Muslim di negeri itu, iaitu pada sekitar 1989.
“Ayah mendorong saya datang ke Malaysia kerana menganggap negara ini amat hebat dalam pelbagai segi. Sebelum ini, ayah saya kerap mengunjungi Malaysia untuk berdakwah,” katanya yang dilahirkan di Kerala, India.
Di Perkim, tugas beliau dilakukan mengikut objektif badan kebajikan berkenaan, iaitu menjalankan dakwah Islamiah kepada orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.
Syyid Mushal juga mahu memperkenalkan Islam secara meluas dengan memperbaiki salah faham pihak tertentu mengenainya. Islam bukan agama paksaan dan mereka mahu menganuti Islam perlu memahami dan mengetahui secara mendalam mengenai agama ini.
“Oleh itu, di Perkim saya mengendalikan kelas bimbingan selain sebagai kaunselor kepada pelbagai golongan yang ingin menjadikan Islam agama pegangannya. Sebagai pendakwah kita tidak mengajak mereka masuk Islam, sebaliknya perlu memperkenalkan apa itu Islam.
“Islam adalah ilmu wahyu. Allah yang mencipta alam semesta serta merencanakan setiap pelakuan yang berlaku di sekeliling kita. Islam adalah harta Tuhan. Terpulang kepada mereka untuk memilih Islam. Dalam banyak kes, mereka yang memeluk Islam adalah orang yang sudah faham apa itu Islam dan ingin memperluaskan pengetahuan serta mendalami isi kandungan al-Quran dan Sunnah,” katanya.
Berdasarkan laporan, lazimnya mereka datang ke Perkim terdiri daripada empat kumpulan, iaitu kumpulan pertama mereka sudah tahu mengenai Islam dan tujuan kunjungi itu adalah untuk mendaftarkan diri sebagai seorang Islam.
Kumpulan kedua, mereka tidak tahu langsung mengenai Islam dan ingin mendapatkan penerangan serta penjelasan selain bimbingan mengenai ajaran berkenaan.
Kumpulan ketiga, mereka yang bukan Islam dan tiada niat untuk memeluk Islam, sebaliknya hanya untuk mengetahui dan mendapatkan penjelasan mengenai Islam.
Kumpulan keempat, mereka sudah bersedia menerima Islam dan mahu mendalaminya terutama dalam aspek dan isu tertentu. Kumpulan ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan kewarganegaraan.
Sehubungan itu, sebagai pendakwah dan kaunselor, beliau perlu berhadapan dengan pelbagai karektor manusia dan di sinilah cabaran utama yang perlu ditempuhi.
Menjadi pendakwah adalah ibarat seorang doktor yang mengubati penyakit dan memberikan penawar mengurang atau menghindarkan diri daripada kesakitan.
Begitu jugalah pendakwah mereka menjadi pengantara serta menjadi rujukan dalam dalam hal keagamaan. Seumpama orang yang sedang ‘kesakitan’ atau kehausan datang kepada kita untuk mengenal dan memperdalamkan Islam.
“Mereka yang datang berjumpa itu kebanyakannya terlalu tipis pengetahuannya terhadap Islam serta tiada keyakinan diri.
“Bagi saya adalah wajar bagi seseorang yang kurang pengetahuan mengenai Islam merujuk kepada pihak yang relevan seperti ulama yang faham dan mendalami mengenai al-Quran, hadis dan Sunnah sebagai panduan untuk membimbing mereka kepada jalan yang benar. Dalam keadaan ini, kita perlu memberi bimbingan kepada mereka untuk menuju ke jalan Allah,” katanya.
Beliau berkata, paksaan tidak ada dalam kamus Islam, sebaliknya seseorang itu boleh memilih atau mengambil keputusan untuk menjadikan Islam pegangan hidupnya selepas mereka mendekati, mengetahui dan mendalaminya.
Oleh itu, sesuatu perkara yang ingin dilakukan biasanya berdasarkan kepada pengetahuan terlebih dulu (ia datang lebih dulu), kemudiannya menimbulkan kesedaran terhadap ajaran itu dan selepas diketahui mereka akan pastikan bahawa Islam itu pilihannya sebelum mengisytiharkan diri sebagai Islam.
Sebagai umat Islam, sepatutnya al-Quran menjadi panduan mereka kerana ia mengandungi semua pengetahuan dan ia menjadi petunjuk kepada kita yang jahil mengenai sesuatu perkara. Malah, al-Quran itu memberi penerangan kepada kita mengenai mesej yang ingin disampaikan Allah.
Beliau berpendapat, masyarakat Islam perlu ada kesatuan supaya dapat mewujudkan semangat persaudaraan, keadilan dan kecintaan dalam usaha membentuk sebuah ummah.
“Kita mahu di genap dan pelusuk dunia ini perlu wujud semangat persaudaraan. Semua itu boleh dilakukan kepada setiap individu menerusi sesebuah masyarakat,” katanya yang fasih bertutur dalam 11 bahasa termasuk Melayu, Inggeris, Parsi, Tamil dan Urdu.
Beliau berkata, Islam cahaya yang menyuluh. Seperti Nabi Muhammad yang sentiasa memberikan kita cahaya ke arah jalan yang benar. Kita perlukan Nabi Muhammad kerana baginda adalah pembawa mesej. Tanpanya kita tidak sempurna.
Justeru, sebagai pendakwah mereka perlu ada karektor itu dan mampu menjawab setiap persoalan yang datang kepadanya.
Apa yang paling menarik sebagai pendakwah ialah mewujudkan kegembiraan terutama selepas dapat menyebarkan syiar Islam, memperbetulkan apa yang salah dan membimbing mereka yang masih mencari-cari sinar keimanan selain memperkayakan pengetahuan kepada umat Islam yang masih kurang terhadap agama itu sendiri.
“Bagi saya, semua boleh menjadi pendakwah, ia tanpa batasan selagi mereka berpengetahuan dan memahami mendalam mengenai Islam, mereka layak menjadi pendakwah’
“Sukar saya untuk menerangkan keindahan serta keunikan sebagai pendakwah. Saya ibaratkan pendakwah itu seperti kita memberikan minuman kepada seseorang yang kehausan.
Begitu juga di dalam Islam, mereka yang hauskan pengetahuan akan dapat dapat diatasi dengan penerangan serta penjelasan mengenai Islam itu sendiri,” katanya yang berazam untuk membimbing dan membantu sebanyak mungkin insan di dunia ini ingin mendalami Islam.
“Bagaimanapun saya tidak menafikan banyak ujian dihadapi untuk menjadi pendakwah kerana apabila kita berhadapan dengan kebenaran ramai tidak suka dan tidak mustahil ada memusuhi kita,” katanya.
Katanya, hidup kita hanya sekali dan selepas Allah memberi peluang hidup di dunia ini, adalah lebih baik ia digunakan sebaik-baiknya untuk menuju ke jalannya.
Katanya, pembangunan dunia juga boleh menjejaskan nilai moral manusia. Sebagai pendakwah menjadi tugas dan tanggungjawab mereka untuk membimbing dan mendedahkan kebenaran tanpa rasa ragu-ragu dan prejudis.
Syyid Mushal berkata, sekiranya seseorang itu mempunyai pengetahuan dan mendalami Islam, sudah pasti tidak ada istilah murtad di dunia ini.
Lazimnya, murtad disebabkan kekurangan pengetahuan dan terpedaya dengan ajaran seseorang yang dianggap benar, inginkan populariti, kedudukan tinggi serta mendapatkan duit secara mudah.
Oleh Jami’ah Shukri
|
|
|
| |
| Keagungan Allah |
| 03.15.06 (4:14 pm) [edit] |
|
Firman Allah:
Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari Kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan (Az-zumar 67)
Ibnu Mas'ud menuturkan:"Salah seorang pendeta Yahudi datang kepada Rasulullah dan berkata: "Wahai Muhammad! Sesungguhnya kami menjumpai (dalam kitab suci kami) bahwa Allah akan meletakkan langit di atas satu jari, pohon-pohon diatas jari, air diatas satu jari, tanah diatas satu jari, dan seluruh makhluk diatas satu jari, maka Allah berfirman: Aku-lah Penguasa." Tatkala mendengarnya, tersenyumlah Nabi s.a.w sehingga tampak gigi-gigi beliau, karena membenarkan ucapan pendeta Yahudi itu; kemudian beliau membacakan firman Allah surat Azu-zumar 67 diatas (hadist riwayat Bukhari dan Muslim)
Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Allah akan menggulung seluruh lapisan langit pada hari Kiamat, lalu diambil dengan Tangan Kanannya dan erfirman: "Akulah Penguasa; mana orang-orang yang
berlaku zalim, mana orang-orang yang berlaku sombong ?" Kemudian Allah
menggulung ke tujuh lapis bumi, lalu diambil dengan Tangan KiriNya dan berfirman: "Akulah Penguasa; mana orang-orang yang berlaku lalim, mana
orang-orang yang berlaku sombong?
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata:
"Langit tujuh dan bumi tujuh di Telapak Tangan Allah Ar-Rahman, tiada lain
hanyalah bagaikan sebutir biji sawi yang diletakkan di tangan seseorang di
antara kamu."
Ibnu Jarir berkata:" Yunus menuturkan kepadaku, dari Ibnu Wahb, dari Ibnu zaid,
dari bapaknya (Zaid bin Aslam), ia menuturkan: Rasulullah s.a.w bersabda:
Ketujuh langit itu berada di Kursi, tiada lain hanyalah bagaikan tujuh keping dirham yang diletakkan di atas perisai.'
Ibnu jarir berkata pula: "Dan Abu Dzar menuturkan: Aku mendengar Rasulullah bersabda:
"Kursi itu berada di Arsy, tiada lain hanyalah bagaikan sebuah gelang besi yang dicampakkan di tengah padang pasir."
Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud, bahwa ia menuturkan:
"Antara langit yang paling bawah dengan langit berikutnya jaraknya 500 tahun, dan antara setiap langit jaraknya 500 tahun; antara langit yang ketujuh dengan kursi jaraknya 500 tahun; dan antara kursi dan samudra air jaraknya 500 tahun; sedang Arsy berada diatas samudra air itu: dan Allah berada diatas Arsy
tersebut, tidak tersembunyi bagi Allah suatu apapun dari perbuatan kamu
sekalian." (diriwayatkan oleh Ibnu Mhadi dari hamad bin Salamah, dari Ashim,
dari Zirr, dari Abdullah ibnu Mas'ud)
Segala puji hanya milik Allah Rabb sekalian alam.
(Dikutip dari "Kitab Tauhid" Syaikh Muhammad At-Tamimi)
|
|
|
| |
| Keutamaan Berdo’a Pada Hari Jum’at |
| 03.14.06 (7:25 pm) [edit] |
|
Hari Juma’at adalah hari yang paling utama dalam sepekan. Allah ta’ala telah mengkhususkan untuk kaum muslimin yang belum pernah diberikan kepada ummat-ummat sebelumnya sebagai karunia dan pemuliaan terhadap ummat ini. Pada hari tersebut terdapat ibadah-ibadah yang khusus (yang paling agung adalah Shalat Jum’at).
Di bawah ini akan disampaikan dalil-dalil yang menyebutkan keutamaannya dan sunnah-sunnah serta kewajiban yang diperintahkan dalam rangka memuliakan hari Jum’at.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam mengatakan, artinya:
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jum’at. Pada hari itu diciptakan Adam ‘alaihissalam, dimasukkan dan dikeluarkan dari surga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jum’at pula.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Annasa’i, Tirmidzi dan dishahihkannya. Lihat Fiqhussunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jum’ah).
Sebagaimana telah disebutkan di muka bahwa ibadah khusus yang mulia pada hari Jum’at adalah shalat Jum’at. Barangsiapa yang meninggalkannya tanpa ada alasan syar’i akan mendapatkan dosa besar adan akan diadzab dengan adzab yang pedih.
Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam mengatakan tentang suatu kaum yang meninggalkan shalat Jum’at, artinya :
“Sungguh aku berkeinginan untuk memerintahakan seorang laki-laki shalat bersama dengan manusia kemudian aku membakar rumah-rumah mereka yang tidak melakukan shalat Jum’at.” (HR. Muslim, Ad Darimi dan Al Baihaqi).
Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Muhammad bin Abdurrahman bin Zahrah, aku mendengar pamanku berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda, artinya :
“Barangsiapa mendengan panggilan adzan pada hari Jum’at dan tidak mendatanginya, kemudian mendengar dan tidak mendatanginya, kemudian mendengar dan tidak mendatanginya, kemudian mendengar dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (HR. Al Baihaqi, Abu Ya’la, dishahihkan oleh Ibnu Hajar dan Ibnu Mundzir, hadits ini dihasankan oleh Masyhur Hasan Salman dalam Al Qulul Mubin fii Akhtha’il Mushollin).
Berikut ini beberapa hal yang disunnahkan berkenaan dengan keutamaan hari Jum’at :
1. Disunnnahkan berdo’a karena berdo’a pada hari itu akan dikabulkan terutama pada waktu / saat mustajab (mudahj terkabul do’a).
Hal ini terdapat hadits bersumber dari Jabir bin Abdillah. Dari Jabir bin Abdillah dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bahwasanya beliau berkata, artinya :
“Pada hari Jum’at ada dua belas waktu. Tidak ditemukan seorang muslim yang sedang memohon sesuatu kepada Allah ‘Azza wa jalla kecuali pasti Dia memberinya. Maka carilah waktu itu, yaitu akhir waktu setelah ‘Ashr.” (HR. Abu Dawud, dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Dawud, hadits 926 hal. 196)
Do’a yang paling disukai oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam adalah meminta kebaikan di dunia dan akhirat dan meminta perlindungan dari neraka. Dalam suatu hadits disebutkan :
“Barangsiapa yang meminta dimasukkan ke dalam surga, maka surga mengatakan : “Ya, Allah, masukkan dia ke dalam surga”. Dan barangsiapa yang meminta perlindungan dari api neraka kepada Allah subhanahu wata’ala, maka neraka akan berkata : “Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” (HR. Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jaami’ no. 6151/, lihat Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah oleh Mahmud bin Khalifah Al Jasim).
2. Disunnahkan memperbanyak bacaan shalawat Nabi
Aus bin Aus radliyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda, artinya:
“Seutama-utama hari adalah hari Jum’at. Padanya diciptakan dan dimatikannya Adam ‘alaihissalam, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh karena itu perbanyaklah shalawat atasku pada hari itu karena shalawatmu akan sampai kepadaku.” Para sahabat bertanya :”Bagaimana bisa sampai kepadamu sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Rasulullah berkata :”Allah subhanahu wa ta’ala mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi.” (HR. Abu Dawud, Shahih, Lihat Shahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadits no. 925 oleh Syaikh Nashiruddin Al Abani)
3. Disunnahkan membaca Surat Al Kahfi pada siang atau malam harinya (Lihat Al Adzkar oleh Imam AnNawawi)
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surat Al Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Juga barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari Surat Al Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda’ radliyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu alaihi wasallam berkata :
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari Surat Al Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dan Tirmidzi).
Pada lafadz Tirmidzi : “Barangsiapa menghafal tiga surat Al Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal .”
Dia berkata : “Hadits Hasan”.
Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda’ – radliyallahu ‘anhu bahwa Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal”.
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dari Nasa’i dari Qatadah – radliyallahu ‘anhu. Dan pada lafadz Nasa’i menyatakan : “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surat Al Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Pada hadits yang marfu’ (sanadnya bersambung sampai Rasulullah, ed.) dari Ali bin Abi Thalib :
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya". (Lihat tafsir Ibnu Katsir Surat Al Kahfi).
Disunnahkan pula membaca surat Ali Laam Miim tanziil - assajdah dan Hal ata ‘alal insan pada shalat fajar (shubuh). Abu Hurairah radhiallahu 'anhu mengatakan :
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam membaca surat Alif Laam Miim tanziil assajdah dan Hal ata ‘alal insan pada shalat subuh hari Jum’at. (Muttafaq ‘alaih)
Menurut Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahwa Nabi terus-menerus membaca kedua surat tersebut . Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah radliyallahu’anhum berkata bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam membaca Surat Al Jum’ah dan Munafiqun pada hari Jum’at . (HR. Muslim).
Demikian pula Nabi membaca surat Sabbihisma dan Al Ghasyiah pada shalat Jum’at. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir surat Al-A’la dan Al Ghasyiah).
Allahu Ta’ala A’lam.
Kitab Rujukan :
1. Al Adzkar, Imam Nawawi tahqiq Abdul Qadir Al Arnauth.
2. Fiqhussunnah, Sayyid Sabiq.
3. Fathul Baari, Ibnu Hajar Al Asqalani.
4. Tamaamul Minnah, Muhammad Nashiruddin Al Albani.
5. Ikhtishar Syarh Shahih Muslim, Imam Nawawi.
6. Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Katsir
7. Taisiirul ‘Alllaam Syarhu ‘Umdatul Ahkam, Abdullah bin Abdirrahman bin Shalih Al Bassam.
8. Subulussalam, Imam Ash-Shan’ani
9. Bulughul Maraam min Adillatil Ahkam, Ibnu Hajar Al Asqalani.
10. Zaadul Ma’ad, Ibnu Qayyim Al Jauziyah
11. Al Qaulul Mubin fii Akhtha’il Mushallin, Masyhur Hasan Salman
12. Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah, Mahmud bin Khalifah Al Jasim.
13. Shahih Sunan Abi Dawud, Muhammad Nashiruddin Al Albani.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----
|
|
|
| |
| Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat |
| 03.13.06 (5:35 pm) [edit] |
|
Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.
|
|
|
| |
| Rasulullah SAW Membela Umatnya |
| 03.13.06 (5:34 pm) [edit] |
|
Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”
Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”
“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.
( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”
Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”
Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”
Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi:
“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
|
|
|
| |
| Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar |
| 03.13.06 (5:33 pm) [edit] |
|
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
|
|
|
| |
| Abu Sufyan bin Haris |
| 03.13.06 (5:07 pm) [edit] |
|
...Abdurrahman bin Sabit meriwayatkan, bahawa Sufyan bin Haris adalah saudara sesusuan Rasulullah SAW dari seorang wanita yang sama iaitu Halimah As-Sa’diyah. Di samping itu dia pun sudah sangat biasa bergaul dengan Rasulullah SAW kerana dia memang sebaya dengan baginda.
Ketika baginda diutus oleh Allah SWT sebagai Rasul-Nya, maka Abu Sufyan pun memusuhinya dengan permusuhan yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang terhadap diri baginda. Dia menyerang Rasulullah SAW begitu juga dengan sahabat-sahabatnya. Bahkan selama dua puluh tahun dia menjadi musuh Rasulullah SAW saling serang menyerang dengan kaum Muslimin.
Dalam setiap kali peperangan yang dilakukan oleh orang kafir Quraisy dengan kaum Muslimin, Abu Sufyan bin Haris tidak pernah ketinggalan, sehingga akhirnya Allah SWT berkenan memasukkan sinar Islam dalam lubuk hatinya. Abu Sufyan bin Haris berkata: “Siapakah yang akan menjadi temanku, sedangkan kehadiran Islam semakin hari semakin kukuh?” Selepas itu ia menemui isteri dan anak-anaknya, lalu ia berkata: “Wahai isteri dan anak-anakku, bersiap-siaplah untuk keluar, kerana Muhammad tidak lagi akan datang!”
Anak-anak dan isterinya menjawab: “Sepatutnya telah terlalu awal lagi engkau menyedari, bahawa orang-orang Arab bahkan begitu juga orang-orang di luar bangsa Arab telah mengikutinya, sedangkan kamu sendiri masih tetap memusuhinya. Sepatutnya engkaulah orang yang pertama sekali membantunya!”
Kepada pelayannya Abu Sufyan memerintahkan: “Cepat bawa kemari unta dan kuda!”
Setelah unta dan kuda disiapkan, Abu Sufyan bersama dengan isteri dan anak-anaknya pun berangkat, hingga akhirnya mereka sampai di Abwa’, sedangkan pasukan pertama Rasulullah SAW sudah terlebih dahulu sampai di kota itu. Maka Abu Sufyan pun menyamar kerana takut di bunuh oleh pasukan Rasulullah SAW dan hanya berjalan kaki kira-kira satu mil.
Pada waktu itu pasukan Rasulullah SAW sudah mulai datang membanjiri kota Abwa’. Maka Abu Sufyan pun menyingkir kerana merasa takut dengan sahabat-sahabat baginda. Ketika Rasulullah SAW sudah mulai kelihatan yang sedang diiringi oleh para rombongan, Abu Sufyan pun segera berdiri di hadapannya. Ketika baginda melihatnya, ia langsung memalingkan mukanya ke arah lain. Abu Sufyan pun berpindah tempat ke arah baginda memalingkan muka. Namun baginda tetap terus memalingkan mukanya ke arah yang lain pula.
Dalam hati Abu Sufyan berkata: “Sebelum aku sampai kepadanya, mungkin aku akan mati terbunuh, akan tetapi aku ingat akan kebaikan dan kasih sayangnya, justeru itulah rasa harapan masih tetap ada dalam hatiku. Dari semenjak dulu lagi aku berkeyakinan, bahawa Rasulullah berserta para sahabatnya akan sangat bergembira bila aku masuk Islam, kerana adanya tali persaudaraanku dengan baginda.”
Melihat Rasulullah SAW berpaling dari Abu Sufyan, maka kaum Muslimin pun berpaling darinya. Dia melihat putera Abu Quhafah iaitu Abu Bakar Siddik pun berpaling darinya. Abu Sufyan memandang ke arah Umar yang sedang bangkit amarahnya, dalam keadaan marah Umar berkata: “Wahai musuh Allah, kamu adalah orang yang selalu menyakiti Rasulullah SAW dan para sahabatnya! Bahkan permusuhanmu itu terhadap umat Islam telah diketahui orang baik yang berada di belahan dunia Timur mahupun Barat!”
Mendengar ungkapan dari Umar tersebut, maka Abu Sufyan berusaha untuk membela dirinya. Akan tetapi usahanya itu tidak berhasil, kerana Umar meninggikan suaranya dan Abu Sufyan merasakan pada saat itu bahawa dirinya sudah terkepung oleh hutan belukar manusia yang merasa gembira atas apa yang terjadi pada dirinya.
Dalam keadaan demikian Abu Sufyan berkata: “Wahai bapa saudaraku Abbas, dulu aku pernah datang ke rumahmu serta berharap bahawa Rasulullah SAW akan merasa bergembira jika aku masuk Islam, kerana antara diriku dengan dirinya ada pertalian saudara, di samping itu kami keduanya dari kalangan keluarga terhormat. Akan tetapi kenyataan sebagaimana yang engkau saksikan sendiri wahai bapa saudaraku, mereka seakan-akan tidak mahu menerima kehadiranku! Untuk itu aku bermohon kepadamu wahai bapa saudaraku, supaya engkau berkenan mengajak Muhammad berunding mengenai diriku, sehingga ia redha terhadapku!”
Bapa saudaranya menjawab: “Tidak, demi Allah, setelah aku menyaksikan semuanya ini, sepatah katapun aku tidak mahu berunding dengannya, kecuali jika ada alasan yang lebih kuat!”
Abu Sufyan bertanya: “Wahai bapa saudaraku, dengan siapa lagi aku harus mengadu?”
“Pergilah kamu mengadu ke sana,” jawab bapa saudaranya.
Kemudian Abu Sufyan menemui Ali bin Abi Talib serta mengajaknya berbicara. Akan tetapi jawapan yang diberikan oleh Ali sama saja dengan jawapan bapa saudaranya Abbas. Sehingga akhirnya ia terpaksa lagi pergi kepada bapa saudaranya Abbas serta memohon kepadanya: “Aku mohon kepadamu wahai bapa saudaraku, sudilah kiranya engkau mencegah orang-orang mencaci makiku.”
Abbas bertanya: “Siapa sebenarnya orang yang mencaci makimu itu?”
Abu Sufyan menjelaskan ciri-ciri orangnya: “Dia adalah orang yang berkulit kuning langsat, tubuhnya agak pendek, gemuk dan di antara kedua matanya terdapat bekas luka.
Abbas menjawab: “Dia adalah Nu’aiman bin Haris An-Najjari.”
Maka Bapa saudaranya Abbas pun menemuinya dan berkata: “Wahai Nu’aiman, Abu Sufyan adalah anak dari bapa saudara Rasulullah SAW dan dia juga anak saudaraku sendiri, walaupun Rasulullah SAW kelihatan tidak menyukainya. Akan tetapi aku yakin, bahawa masih ada harapan baginya untuk mendapatkan keredhaan Rasulullah SAW. Oleh kerana itu aku memohon kepadamu supaya kamu berhenti dari mencaci makinya.
Mendengar ungkapannya dari Abbas itu maka Nu’aiman berkata: “Baiklah, aku tidak akan mengganggunya lagi.”
Pada waktu itu Abu Sufyan sungguh merasa menderita, kerana tidak ada seorangpun yang mahu menegurnya. Walaupun demikian dia tetap berusaha, setiap kali Rasulullah SAW singgah di sebuah rumah, ia tetap berada di depan pintu rumah tersebut. Namun Rasulullah SAW tetap tidak pernah melihatnya dan memalingkan wajah dari dirinya.
Walaupun dalam keadaan demikian, dia terus tetap berusaha untuk mendapatkan keredhaan dari Rasulullah SAW, sehingga akhirnya dia menyaksikan sendiri Rasulullah SAW bersama dengan pasukan kaum Muslimin lainnya menaklukkan kota Makkah.
Abu Sufyan tetap terus berada dekat kuda yang ditunggangi oleh Rasulullah SAW sehingga akhirnya baginda singgah di Abtah. Pada saat itu Rasulullah SAW memandang Abu Sufyan dengan pandangan yang agak lembut dari sebelumnya, dan Abu Sufyan mengharapkan mudah-mudahan Rasulullah mahu senyum kepadanya.
Beberapa kaum wanita dari bani Abdul Mutalib datang menemui baginda yang diikuti oleh isteri Abu Sufyan. Setelah itu Rasulullah SAW pergi ke masjid, Abu Sufyan pun tetap setia mengikuti baginda dan tidak sedikitpun ingin berpisah dengannya.
Akhirnya Rasulullah SAW berangkat menuju Hawazin dan Abu Sufyan pun masih tetap mengikutinya. Pada waktu terjadinya peperangan melawan musuh, maka Abu Sufyan pun segera memacu kudanya dengan sebilah pedang yang terhunus, dan ia bertekad, untuk menebus dosa-dosanya selama ini, tidak ada jalan lain kecuali ia harus mati dalam memperjuangkan agama Allah.
Melihat keadaan demikian, kepada Rasulullah, Abbas bapa saudara Abu Sufyan bin Haris berkata: “Wahai Rasulullah, aku bermohon supaya engkau berkenan meredhainya.”
Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah meredhainya dan Allah pun telah berkenan mengampunkan segala kesalahannya dan segala bentuk permusuhan yang dilakukannya kepadaku selama ini.”
Mendengar ungkapan Rasulullah demikian, maka Abu Sufyan pun segera mencium kaki Rasulullah yang pada saat itu sedang menunggang kudanya. Maka pada saat itu Rasulullah SAW menoleh ke arah Abu Sufyan dan bersabda: “Engkau adalah benar-benar saudaraku!”
Selepas itu Rasulullah SAW memerintahkan kepada Abbas agar memerintahkan kepada seluruh pasukan perang supaya maju ke medan perang dengan kata-kata: “Majulah kamu dan binasakanlah musuh-musuh itu.”
Kerana telah mendapat perintah dari Rasulullah SAW, maka Abu Sufyan segera melaksanakan tugasnya. Cuma dengan hanya sekali serangan saja, para tentera musuh berlari kucar kacir. Mereka tidak berani membalas serangan tersebut, sehingga akhirnya Abu Sufyan berhasil mengejar mereka dan tentera musuh lari sejauh tiga mil.
Demikianlah Abu Sufyan, semenjak dia masuk ke dalam Islam, ia sentiasa taat beribadah kepada Allah SWT bahkan dalam suatu riwayat pula dikatakan, bahawa Abu Sufyah tidak pernah mengangkat kepalanya apabila ia berada di depan Rasulullah SAW. Begitu juga pada waktu ajal akan menjemputnya ia berpesan: “Jangan engkau menangisi aku, kerana semenjak aku masuk Islam, aku tidak pernah berbuat dosa.”
Setelah Rasulullah SAW meninggal dunia, Abu Sufyan bin Haris selalu menangisi dan meratapinya dengan syairnya:
Aku tidak dapat tidur dan malam pun susah berakhir
Malam bagi orang yang ditimpa bencana akan lama rasanya.
Tangisanku membuatkan aku bahagia
Sesungguhnya musibah yang menimpa kaum Muslimin itu tidaklah seberapa
Betapa besar dan beratnya cubaan ini
pada waktu mendengar berita bahawa Rasulullah sudah tiada
Bumi tempat tinggal kita inipun ikut serta menderita
sehingga terasa miring segala sudutnya.
Telah terputuslah wahyu Al-Quran dari kita
di mana dahulu malaikat Jibril selalu datang membawanya.
Dialah Nabi yang telah melenyapkan syak wasangka kita
dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan sabdanya
Bagindalah yang telah menunjuki kita
sehingga kita tidak perlu bimbang dan terpedaya
Rasulullah selalu siap memberikan petunjuknya kepada kita
Fatimah, jika kamu bersedih meratapinya, hal yang demikian itu dapat kami mengerti.
Akan tetapi jika engkau tidak bersedih, itulah jalan yang baik yang telah ditunjukkannya.
Makam ayahku adalah makam dari setiap makam
kerana di dalamnya bersemayam seorang Rasul
tuan bagi seluruh manusia.
|
|
|
| |
| Rintihan Roh |
| 03.13.06 (4:24 pm) [edit] |
|
Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.
Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)
Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.
Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.
Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.
Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.
Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.
Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.
Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.
Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”
Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.
Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.
Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:
1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.
Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.
Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)
|
|
|
| |
| Tip Kecermelangan Dari Al-Quran (14-2005) |
| 03.12.06 (7:44 pm) [edit] |
|
NABI MUHAMMAD - PERANCANG YANG STATEGIS
Dalam surah Yusof ayat 47-49, Allah berfirman, “Yusof berkata, ‘Hendaklah kamu bertanam selama tujuh tahun sebagaimana biasa dan apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di bulirnya kecuali sedikit yang kamu ambil untuk dimakan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit yang memerlukan kamu memakan apa yang kamu simpan kecuali sedikit yang kamu biarkan dalam simpanan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia dikurniakan hujan dan ketika itu mereka memerah anggur’.” Ayat ini menekankan tentang perancangan yang strategik. Mereka yang gagal untuk merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal.
Nabi sentiasa mementingkan perancangan yang rapi sebelum melaksanakan tugas-tugas penting. Sebagai contoh, sebelum berlakunya Hijrah dan penegakan negara Islam di Madinah, perancangan yang mantap telah dilakukan oleh nabi di Mekah. Ketika itu, baginda mengubah strategi dakwah dengan menyampaikan risalah Islam kepada orang-orang yang datang dari luar kota Mekah. Golongan Aus dan Khazraj dari Yathrib (Madinah) terkesan dengan dakwah nabi dan dengan itu pada tahun ke-12 sebelum hijrah berlakulah Perjanjian Aqabah Pertama antara nabi dengan 12 orang wakil dari Madinah. Ketika mereka kembali ke Madinah nabi mengutus sahabat yang bernama Mus’ab bin Umair bersama-sama mereka bertujuan untuk mendidik masyarakat di Madinah tentang Islam. Strategi ini berjaya mengislamkan ramai tokoh-tokoh Arab di Madinah. Ini memungkinkan berlakunya Perjanjian Aqabah Kedua di Mekah pada tahun ke-13 sebelum hijrah. Dalam perjanjian ini mereka berjanji untuk membela nabi sebagaimana mereka membela keluarga mereka sendiri hingga ke titisan darah yang terakhir.
Selepas perjanjian ini nabi melantik 12 orang dari kalangan mereka untuk menjadi nuqabak atau penggerak utama dakwah di Madinah. Perancangan yang strategik ini menjadi titik tolak kepada Hijrah dan penegakan negara Islam di Madinah.Ketika berlaku Perang Khandak golongan Quraisy keluar dengan kekuatan tentera berjumlah empat ribu orang dan Bani Ghatfan dengan jumlah enam ribu orang menuju ke Madinah. Oleh kerana umat Islam mempunyai kekuatan tentera berjumlah hanya tiga ribu orang, umat Islam memutuskan untuk mengadakan pertahanan dalam kota Madinah. Taktik yang digunakan ketika itu ialah mengorek parit di sekeliling kota Madinah. Untuk memastikan taktik ini berkesan perancangan telah dilakukan dengan rapi. Mereka memutuskan untuk menggali parit sepanjang 5,000 hasta, ukuran dalamnya 7-10 hasta dan lebarnya lebih kurang 9 hasta. Untuk melaksanakan tugas ini nabi membahagikan para sahabat kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai sepuluh orang dan setiap kumpulan diarahkan untuk menggali parit sepanjang 40 hasta.
Kesan dari perancangan yang rapi ini pihak musuh tidak dapat memasuki kota Madinah dan dengan bantuan Allah umat Islam terselamat dari pancaroba peperangan. Sikap nabi ini telah dicontohi oleh para sahabat baginda. Ketika berlakunya Perang Qadisiyah di Lembah Mesopotamia pada tahun ke-14 Hijrah bersamaan dengan 635 Masihi antara pihak Islam dan Parsi, pihak Parsi dipimpin oleh panglima besar Rustam bersama-sama tentera yang berjumlah 200,000 orang. Pihak Islam pula dipimpin oleh panglima Saad bin Abil Waqqas bersama-sama tentera Islam yang berjumlah 41,000 orang. Pihak Parsi telah menggunakan gajah untuk mengucarkacirkan barisan Islam dalam peperangan ini. Perancangan tentera Islam melahirkan taktik gelombang untuk melumpuhkan musuh. Tentera-tentera Islam dibahagikan kepada beberapa lapisan dan setiap lapisan dipecahkan kepada tiga sayap dan setiap sayap diletakkan di penjuru-penjuru yang strategik. Ketika perang bermula lapisan pertama akan menyerang terlebih dahulu. Ketika musuh sedang memberikan tumpuan kepada serangan lapisan pertama, lapisan kedua akan menyusul diikuti dengan lapisan ketiga dan begitulah seterusnya.
Perancangan yang rapi ini, bertunjangkan takwa dan tawakal, berjaya melemahkan musuh. Akhirnya khemah
panglima besar Rustam dapat dikepung dan panglima Hilal bin Alqamah berjaya membunuh Rustam. Kekalahan tentera Parsi di Qadisiyah menjadi pembuka jalan kepada kejatuhan ibu kota Parsi, Ctesiphon, tidak berapa lama selepas itu.
Mereka yang gagal merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal.
|
|
|
| |
| Gembira dengan kesusahan orang bukan sifat orang beriman |
| 03.12.06 (7:40 pm) [edit] |
|
KALAU kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan), maka yang demikian menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Sesungguhnya Allah s.w.t. meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka lakukan. (Ali-Imran: 120)
Huraian
Allah s.w.t. menjelaskan tentang keadaan dan sikap orang yang tidak beriman yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan munafik yang memusuhi orang-orang yang beriman. Apabila orang-orang mukmin mendapat nikmat atau kebaikan seperti kemenangan dan kekayaan maka ia akan membuatkan orang kafir sakit hati dan gelisah. Namun apabila orang-orang mukmin ditimpa bencana seperti kekalahan dan kesusahan mereka akan seronok dan gembira. Ini kerana mereka sentiasa iri hati dan dengki terhadap kesenangan orang mukmin dan sentiasa merancang untuk kesusahan orang mukmin.
Namun Allah s.w.t. telah memberikan penawar yang berkesan kepada orang yang beriman dengan menyelamatkan mereka daripada kejahatan musuh melalui kesabaran, ketakwaan dan bertawakal kepada Allah s.w.t. yang maha berkuasa mengawasi musuh kerana semua perkara berada di bawah kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t..
Oleh itu, apabila seseorang bersabar menunaikan setiap suruhan syariat seperti solat, puasa dan sebagainya dan bertakwa (takut) daripada segala larangan Allah s.w.t., maka segala rancangan musuh (orang kafir) tidak akan berjaya dan tidak akan memberi sebarang kesan kerana sabar dan takwa merupakan syarat kejayaan mengalahkan musuh.
Kesimpulan
Musuh Islam sentiasa merancang untuk memperdayakan orang beriman agar terpesong daripada landasan agama. Mereka akan gelisah apabila orang Islam mendapat kesenangan dan bergembira apabila orang Islam ditimpa kesusahan dan bencana. Dengan itu kita perlu sentiasa bersabar dan bertakwa untuk menghadapi musuh kerana dengan sifat tersebut, semua rancangan musuh tidak akan berjaya.
- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
|
|
|
| |
| Syeikh Muhammad Salleh putera penerus warisan Tok Kenali |
| 03.12.06 (7:38 pm) [edit] |
|
SATU ucapan yang berupa wasiat ibu saya, Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, untuk saya: “Setelah kamu merantau di bahagian Barat Indonesia, mestilah terima ilmu daripada berbagai-bagai orang, sesudah itu tutuplah di Kota Bharu, Kelantan. Di sana cari keturunan Tok Wan Ali Kutan, Tok Kenali dan Nik Mahmud. Tok Wan Ali Kutan adalah ayah saudara ayahku. Tok Kenali dan Nik Mahmud adalah murid ayahku. Keturunan mereka ada yang menjadi ulama, ada yang kaya dan menjadi pembesar. Hendaklah ingat yang golongan ulama mudah kamu gauli tetapi orang kaya dan pembesar sukar kamu dekati kecuali setelah kamu banyak pengalaman. Adab bergaul dengan ulama adalah berbeza dengan adab bergaul dengan orang kaya dan pembesar.”
Pada tahun 1970, saya sampai ke Kota Bharu. Tanpa disedari wang yang tinggal hanya RM1.20. Baju sehelai, celana sehelai dan kain sehelai bukanlah menjadi penghalang untuk saya menyambung silaturahim, mencari ilmu dan menjalankan penyelidikan. Saya utamakan menziarahi makam Tok Kenali, berjalan seorang diri dari Kota Bharu ke Kampung Kenali. Ketika membaca doa di makam Tok Kenali, terlintas di hati, “Ya Allah, sekiranya betul Tok Kenali adalah murid datukku Syeikh Ahmad al-Fathani, dan kedua-dua ulama yang engkau redai, berilah pertolongan kepadaku menjalankan tugas mengumpul dan memperkenalkan ulama di dunia Melayu ini, mulai sekarang dan sepanjang hayatku.”
Selepas ke makam Tok Kenali saya terus mencari rumah Abdullah Al-Qari, penyusun buku Sejarah Hidup Tok Kenali. Beliaulah yang memperkenalkan saya kepada Tuan Guru Haji Ahmad (anak sulung Tok Kenali). Beliau meminta saya menyampaikan ceramah di surau Kampung Kenali, tetapi saya minta tangguh dua malam berikutnya. Ceramah itu merupakan ceramah saya yang pertama di Kota Bharu, Kelantan.
Pada 1979 di Mekah al-Mukarramah, saya menziarah pula anak Tok Kenali yang bernama Syeikh Muhammad Salleh. Di Dar al-Ishlah tempat Syeikh Muhammad Salleh menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan dan dakwah, beliau telah mempersilakan saya memberi ceramah. Tamat ceramah, beliau memperkenalkan saya kepada jemaah di Dar al-Ishlah itu, sekali gus beliau meminta kepada jemaah supaya ketika wukuf di Arafah pada tahun 1979 mereka mendoakan khusus untuk saya agar berjaya dalam kerja-kerja penyelidikan dan mendokumentasi seluruh aspek sejarah ulama dunia Melayu.
Saya berkeyakinan bahawa doa jemaah di Dar al-Ishlah pada malam ceramah dan di Arafah tahun itu yang disarankan oleh Syeikh Muhammad Salleh, anak Tok Kenali itu dikabulkan Allah. Barangkali salah satu kesan kabulnya dapat dibuktikan dengan ruangan riwayat ulama berhasil diperkenalkan dalam halaman Agama Utusan Malaysia yang anda ikuti sekarang.
Syeikh Muhammad Salleh Tok Kenali adalah ulama yang ke-106 dalam siri terbitan ini. Beliau lahir di Kampung Kenali, Kelantan tahun 1329 H/1911 M dan wafat di Mekah pada subuh Jumaat 22 Ramadan 1404 H/22 Jun 1984 M.
Sebagaimana abangnya yang sulung, Tuan Guru Haji Ahmad, demikian halnya Syeikh Muhammad Salleh, kedua-duanya mendapat pendidikan dan berkat ilmu daripada ayahnya, Tok Kenali, di Kelantan.
Syeikh Muhammad Salleh melanjutkan pelajaran di Mekah selama lebih 20 tahun. Beliau belajar dengan ramai ulama sama ada ulama-ulama bangsa Arab mahupun ulama-ulama yang berasal dari dunia Melayu.
Menurut riwayat, sebelum berhijrah ke Mekah, beliau telah menguasai banyak bidang ilmu baik ilmu yang diperoleh daripada ayahnya, Tok Kenali, mahupun daripada ulama-ulama Kelantan selain ayahnya.
Syeikh Muhammad Salleh adalah termasuk salah seorang yang rajin belajar, rajin mencatat sesuatu pelajaran malah apa yang dicatatkannya segera dihafal. Yang dihafal pula segera disebarkan.
Dalam penyebaran ilmu, Syeikh Muhammad Salleh tercatat pernah mengajar di Masjid al-Haram, Mekah. Beliau juga mengajar di Dar al-Ishlah, sebuah institusi pendidikan yang beliau asaskan di Mekah. Selain itu, Syeikh Muhammad Salleh Tok Kenali juga rajin mengembara ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura kerana menyebar ilmu-ilmu Islam. Beliau mempunyai hubungan silaturahim dengan bekas murid-murid ayahnya.
Penulisan
Syeikh Muhammad Salleh Tok Kenali adalah salah seorang ulama Kelantan yang aktif dalam penulisan. Hasil karya beliau berupa risalah yang sangat banyak jumlahnya. Yang disenaraikan di bawah ini adalah sebahagian kecil, antaranya:
1. At-Thariqatul Ishlahiyah liman Aradad Dun-ya wal Akhirah, diselesaikan di Darul Ishlah, Mekah, pagi hari tarikh 23 Syaaban 1361 H. Dicetak oleh Wah Shong Press, Alor Star (tanpa tarikh). Kandungannya membicarakan wirid pagi dan petang, doa selepas sembahyang, dalam perjalanan, pada hari-hari dan bulan-bulan yang tertentu. Di dalamnya juga disebut doa yang biasa diamalkan oleh Tok Kenali serta satu perisai diri yang diterima daripada Kiyai Shalih al-Juhuri yang sangat terkenal. Menerima pujian daripada Abdul Hadi Kamil Shalih, Batu Kurau, Perak.
2. An-Najmut Thali’ fi Qira-atin Nafi’, diselesaikan pada bulan Syawal 1361 H. Dicetak oleh Mathba’ah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Kandungannya membicarakan ilmu membaca al-Quran/tajwid dan beberapa jenis amalan. Merupakan petikan daripada kitab Fathul Mu’thi, tazkirah dan lainnya. Pada pendahuluan buku ini penterjemah mencatatkan nama guru-gurunya yang beliau belajar ilmu yang tersebut dalam kitab ini. Mereka ialah al-Hafiz Syeikh Nuh, yang wafat pada 20 Rejab 1367 H, Syeikh Ahmad Hijazi, Syeikh Ibrahim Khazami, Syeikh Muhammad Nur Abul Khair, Syeikh Saiyid Muhammad Amin Kutubi, semuanya di Mekah al-Mukarramah, dan Syeikh Hasan asy-Syair di Madinatul Munawwarah, dan lain-lain. Pada halaman 91 dicatatkan nama-nama risalah karya beliau iaitu Al-Hikmah Hajji, At-Thariqatul Ishlah, Kitabus Shiyam, Risalatain Pada Bacaan 'Ashim, Risalah Keselamatan Kaum Ibu, Tarikh Darul Ishlah, Kandung Kemerdekaan, Tazkiratul Ghafilin dan Risalah Bagi Khulashah Faraid.
3. Tazkiratul Ghafilin mim man lahu 'Umril Arba’in, diselesaikan dalam Masjid al-Haram, Mekah, pagi Rabu, 16 Zulkaedah 1369 H. Ditulis kembali pada 29 Rabiulakhir 1370 H. Dicetak oleh Tu Ah Sung Press tanpa tarikh dan nama tempat. Kandungannya membicarakan tafsir beberapa surah dan ayat al-Quran dan syarah beberapa hadis terutama ditujukan kepada orang-orang yang sampai umur 40 tahun. Selain itu ia juga memberi peringatan kepada golongan remaja supaya mempersiapkan diri sebelum dewasa.
4. Al-Mashabih, diselesaikan pada 1 Muharam 1371 H. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 101 Jalan Sultan, Singapura. Kandungannya terdiri daripada beberapa risalah iaitu Syarahan daripada Dar al-Ishlah memberi keterangan sekalian peringkat manusia. Jagaan daripada tablis iblis terjemahan kitab yang sudah berusia 800 tahun. Hadis Nabi daripada Syamail bagi Tirmizi. Beberapa keterangan yang penting untuk orang-orang yang pergi ke Mekah dan keterangan rahsia sekalian Asma’.
5. Risalah ar Rafiqil Watsiq li Rabbil Qarib. Dikombinasikan cetakan karya oleh penulis yang sama, yang berjudul Al-Malja’ min Asyaddil Bala’, diselesaikan pada 28 Muharam 1376 H. Dicetak oleh The United Press, Penang, Maktabah wa Mathba’ah Al-Haji Abdullah Bin Muhammad Nuruddin Ar-Rawa. Kandungannya memperkenalkan terutama 25 amalan hikmah yang berfaedah untuk keselamatan dunia dan akhirat. Dimulai dengan kalimah empat amalan yang penulisnya terima daripada Kiyai Haji Salleh Penghulu Johor. Sesudahnya amalan tahan peluru yang penulisnya terima daripada Haji Muhammad Thaiyib Penghulu Pahang dan lain-lain.
6. Risalah Mekah wal Madinah, diselesaikan pada 10 Zulhijjah 1377 H, ditulis kali kedua pada 20 Zulhijjah 1377 H. Dicetak oleh Mathba’ah The United Press, Pulau Pinang. Kandungannya membicarakan asal Mekah dan Madinah, kelebihan-kelebihan kedua-duanya, nama-nama, tempat-tempat yang terkenal dan lain-lain termasuk Arafah, Mina, Mudzalifah dan lain-lain. Pada pendahuluan terdapat kata-kata aluan Dr. Burhanuddin al-Helmi, tarikh Tanah Melayu, pada 9 Ramadan 1379 H. Dicetak pada bahagian akhir Risalah Perkataan Merdeka. Selesai penulisan pada 28 Muharam 1378 H di Mekah al-Mukarramah.
7. Islam dan Rahsia. Kombinasi cetakan dengan karya Risalah Roh Islam oleh penulis yang sama, diselesaikan pada 27 Ramadan 1379 H. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Hikmah, Kelantan. Kandungannya memberi penjelasan tentang Islam daripada pelbagai aspek seperti sejarah penyebarannya, mundur maju dalam menghadapi pelbagai masalah dan termasuk pemikiran tentangnya. Pada bahagian akhir terdapat berbagai-bagai amalan yang baik dan doa yang makbul dan kaifiat beramal dengannya. Risalah ini diberi Kata Pengantar oleh Haji Encik Ahmad Ismail al-Hikmah (Dato’ Lela Negara Kelantan) pada tarikh Mekah al-Mukarramah, 1 Zulhijjah 1379 M.
8. Risalah Pembinaan Ruhani dan Kebendaan, diselesaikan tanpa dinyatakan tarikh, tetapi pada Kata Pengantar Ustaz Haji Abdur Razaq bin Yusuf, Kuala Terengganu dinyatakan tahun 1393 H/1973 M beliau mendapat keizinan untuk menerbitkan risalah tersebut. Dicetak oleh Percetakan Al-Ahliah, 5509 Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan. Kandungan dimulai dengan Kata Pengantar oleh Ustaz Haji Abdur Razaq bin Yusuf, Kuala Terengganu. Ia memperkenalkan kebaikan-kebaikan Tuan Guru Syeikh Salleh Kenali yang diketahuinya. Kandungan ringkas keseluruhan memberi gambaran keindahan Mekah dan Madinah sejak pemerintahan Raja Abdul Aziz sehingga Raja Faisal. Pada bahagian akhir diiringi dengan bacaan-bacaan di Arafah.
9. Risalah Anwaril Mashabih, diselesaikan pada 17 Jamadilakhir 1399 H. Dicetak oleh Al-Ahliah Sendirian Berhad, Kota Bharu, Kelantan. Kandungannya memperkukuh tiga ilmu iaitu tauhid, fikh, tasawuf dan seterusnya dimulai dengan rangkap syair:
Hadiah kepada para jemaah haji daripada saya, Salleh Kenali:
Cap dengan derma wang diberi,
oleh Dewan Tok Kenali,
Sangat-sangat wajib diamali,
oleh pemuda dan pemudi,
Fahamkan sebelum datangnya mati,
supaya dapat syurga dikehendaki.
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
|
|
|
| |
| Mengingati mati cara terbaik manusia nasihat diri sendiri |
| 03.12.06 (7:31 pm) [edit] |
|
Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kenangan mengenai si polan yang dikasihi.
Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun. Mati juga membangunkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa sifat berkekalan.
Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.
Mustahil bagi manusia mengetahui empat hal ghaib, kelahiran dan kematian; rezeki; amal dan kesudahan hidupnya sama ada celaka atau bahagia yang terpatri di luh mahfuz.
Empat rahsia itu tersimpan di bank data ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal fikiran yang terbatas.
Penerokaan akalnya tak akan dapat menjawab persoalan bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan pengharapan kepada Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling tajam.
Supaya kekuatan iradah menerusi elemen akal, jasmani dan rohani terus bergejolak menyahut seruan Yang Maha Mencipta memandangkan adalah dunia tempat bermujahadah untuk memenangi akhirat.
Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).
Kemampuan untuk mengingati mati adalah sebaik-baik kecerdasan dan kebijaksanaan seseorang.
Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati, apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua akan musnah?
Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan? Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati.
Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia akhir zaman ialah tidak bersedia menghadapi kematian dengan persediaan amal salih, leka dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri.
Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggil, bahkan mengancam manusia yang degil.
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Saat itu penilaian terhadap diri bermula tetapi penyesalan tak merubah apapun, hanya kesedaran betapa ruginya meremehkan nilai sesuatu amal hatta bersedekah dengan sepotong kurma yang boleh menyelamatkan dari api neraka.
Pada masa itu akan terkenang kita peluang yang tak direbut, saat leka dengan hiburan, kemalasan dan menunda ibadat yang menjadi kebiasaan.
Maka menangislah mata-mata yang tak pernah menangis (kerana takut pada Allah) dan ketakutan hati-hati yang tak pernah takut. Menggigil sekujur badan yang akan menanggung salah lakunya sendiri.
Tidak pernah dalam satu hari pun kecuali pada hari itu ia berasa begitu menyesal dan berputus asa dengan keadaannya, malangnya peluang kedua sudah tiada lagi.
Sebelum kedatangan maut, adakah kita mempunyai impian pada saat akhir kehidupan seperti merancang untuk menikmati kematian dengan tenteram, meninggalkan orang tersayang dengan reda dan paling penting kerinduan untuk bertemu Allah.
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, sesungguhnya Allah pun tidak suka bertemu dengannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pertemuan itu adalah pertemuan paling istimewa dengan panggilan istimewa ‘nafs muthmainnah’ (jiwa yang tenang) dan ajakan yang mulia (kembalilah kepada Rabbmu) bahkan pelawaan yang amat berharga (masuklah ke dalam syurga-Ku). (Surah al-Fajr)
Itulah impian hamba Allah mengenai kematian kerana bagi mereka bahagia bukan hanya ketika masih hidup bahkan di saat akhir pun mesti dilalui dengan perasaan bahagia dan reda.
Betapa ruginya mereka yang terperosok masuk ke dalam lubang yang digali syaitan padahal perjalanan panjang yang dilalui sebelum ini dapat dengan mudah dilaluinya tetapi di penghujung jalan mereka terperangkap.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu ketentuan yang tertulis lalu ia mengerjakan amalan ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pastikan kita melalui kematian dengan persediaan rapi, amal yang cukup, sebutan dan kenangan yang baik kerana impian kita semua adalah husnul khatimah.
INTIPATI
Tujuan Allah SWT mematikan manusia
Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri
Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika
Menyedarkan manusia dari lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah
Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dan menjauhi kejahatan
Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih baik dan kekal.
Bersama Dr Juanda Jaya
|
|
|
| |
| Kisah pengembaraan Ibn Battutah bersifat global |
| 03.12.06 (7:30 pm) [edit] |
|
ABU ‘Abdillah Muhammad ibn Abdillah ibn Muhammad ibn Ibrahim al-Lawati atau Ibn Battutah adalah pengembara terhebat di kalangan pengembara Arab.
Beliau merakamkan pengembaraannya yang panjang selama 29 tahun merentas tiga benua iaitu Afrika, Eropah dan Asia bersama-sama penulisnya yang dilantik oleh Sultan Abu ‘Inan iaitu Ibn Juzayy.
Ia bermula pada awal 1354 selepas beliau pulang daripada pengembaraannya ke kota Fez, ibu kota Maghribi (ketika itu) dan tamat pada 13 Disember 1355.
Maka lahirlah karya Tuhfah al-Nuzzar fi Ghara'ib al-Amsar wa ‘Aja'ib al-Asfar atau lebih dikenali sebagai Rihlah Ibn Battutah yang menjadi sumber maklumat mengenai Ibn Battutah, pengembaraannya dan tamadun dunia Islam pada kurun ke-14 Masihi.
Ibn Battutah lahir di Tanjah (Tangier) dan tinggal di sana hingga umurnya meningkat 22 tahun. Beliau memiliki sifat takwa yang mendorongnya untuk menunaikan ibadat haji dan mengembara.
Minat mengembara membawa beliau ke negara seperti Mesir, Syam, Semenanjung Arab, Afrika Timur, Asia Kecil, Rusia Selatan, India, China, Andalus (Sepanyol) dan juga negeri orang berkulit hitam (iaitu Mali dia Afrika Barat).
Berdasarkan pengalaman yang ditulisnya, Ibn Battutah menetap paling lama di India dan dilantik menjadi kadi selama dua tahun. Begitu juga seterusnya di China, beliau sekali lagi memegang jawatan kadi selama satu setengah tahun.
Ibn Battutah menceritakan semua orang yang dilihat dan dikenali di kedua-dua negara itu terdiri dari kalangan pembesar dan wanita terhormat serta rakyat jelata, lelaki atau wanita.
Beliau juga menceritakan pakaian, adat resam, budi pekerti, cara menyambut tetamu serta peraturan makan dan minum yang diamalkan masyarakat di sana selain kisah peperangan, ekspedisi ketenteraan, pemberontakan serta pembunuhan sultan.
Beliau juga adalah orang pertama yang menjelajahi bumi Afrika dan memberikan maklumat yang amat bernilai mengenai benua itu.
Selepas pengembaraannya, beliau tinggal di Fez, Maghribi dan berkhidmat dengan Sultan Abu ‘Inan, salah seorang pemerintah daripada kalangan Bani Marin.
Ketika menetap di Fez, beliau menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya sepanjang pengembaraannya yang lalu kepada orang ramai menyebabkan sultan menitahkan beliau menulis semua kisah pengembaraannya.
Catatan Ibn Battutah walaupun dihasilkan lebih 670 tahun lalu tetapi masih boleh diguna pakai hingga sekarang kerana catatan beliau bersifat global dan kontemporari.
Kebijaksanaan Ibn Battutah juga terserlah kerana beliau berupaya menerangkan sesuatu hal dan peristiwa dengan begitu terperinci.
Kehebatan Ibn Battutah pernah diakui National Geographic yang memartabatkannya sebagai Prince of Travelers dalam edisi Disember, 1991.
Penulisnya, Abercombie mengakui bahawa Ibn Battutah sudah mengembara tiga kali ganda lebih jauh daripada Marco Polo (1254-1324).
Karya Rihlah Ibn Battutah yang kini berusia 649 tahun menjadi khazanah ilmu dan harta intelek dunia yang paling berharga bagi bidang pengembaraan dan eksplorasi dunia, kosmologi, kosmografi, geografi dan kronologi.
Baloch (1997) dalam bukunya yang berjudul Great Books of Islamic Civilisation menyenaraikan karya ini dalam 81 karya agung dalam pelbagai bidang ilmu yang menggambarkan kegemilangan tamadun Islam.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) turut menerbitkan buku terjemahan Pengembaraan Ibn Battutah dari teks asal berbahasa Arab ke bahasa Melayu yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan.
PROFIL
Nama: Abu ‘Abdillah Muhammad ibn Abdillah ibn Muhammad ibn Ibrahim al-Lawati
Gelaran: Ibn Battutah
Tarikh Lahir: 703 Hijrah/1304 Masihi
Tempat Lahir: Tanjah, Maghribi
Meninggal Dunia: 779 Hijrah/1377 Masihi
Sumbangan: Pelopor pengembaraan dengan pengalaman dan menghasilkan karya Rihlah Ibn Battutah.
|
|
|
| |
| Zakat pelihara ummah |
| 03.10.06 (12:58 am) [edit] |
|
Zakat adalah satu daripada rukun Islam yang bukan sahaja satu ibadah wajib bagi setiap individu Islam bahkan, ia juga satu daripada institusi sosial yang perlu ditegakkan untuk menjamin kesejahteraan ummah. Zakat adalah sedekah wajib yang patut diambil daripada orang Islam sebagaimana firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 71 yang bermaksud:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Hasil kutipan zakat mestilah diagihkan kepada orang Islam yang berhak menerimanya sebagaimana firman Allah Surah At-Taubah ayat 60 bermaksud:
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanannya. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Daripada kedua-dua nas ini dan nas-nas yang lain, jelaslah bahawa zakat adalah satu syariat Islam yang amat penting dari perspektif tanggungjawab agama dan juga tanggungjawab sosial.
Dari perspektif tanggungjawab agama, zakat adalah ibadah wajib yang mesti disempurnakan oleh semua umat Islam berdasarkan kepada asas-asas kewajipan berzakat. Antaranya, zakat fitrah adalah satu daripada kewajipan yang mesti ditunaikan oleh semua umat Islam pada ketika dan waktu yang telah ditentukan.
Zakat harta, hasil tanaman dan perniagaan adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan mengikut nisab dan haul sesuatu sumber zakat yang telah ditetapkan. Persoalan ini telah banyak dibincangkan oleh para fuqaha berdasarkan nas al-Quran dan hadis.
Dari perspektif tanggungjawab sosial, zakat adalah satu institusi yang amat memainkan peranan penting seperti untuk menjamin kebajikan ummah, menghapuskan kemiskinan, kebebasan berhutang yang ditanggung oleh seseorang dan untuk menjalankan matlamat dakwah.
Secara amnya, zakat adalah satu mekanisme ekonomi makro yang boleh digunakan untuk mencapai tujuan yang berkaitan dengan masalah ummah. Misalnya, zakat boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang bersifat setempat dan juga masalah ekonomi serantau dan sejagat (global).
Zakat sebagai satu mekanisme ekonomi boleh digerakkan dengan berkesan melalui pendekatan-pendekatan yang tertentu dari kedua-dua aspek kutipan dan agihan dana zakat.
Peranan
Prinsip asas peraturan dan undang-undang zakat telah digalurkan secara nyata di dalam al-Quran dan hadis. Peranan para ulama dan cendekiawan Muslim masa kini ialah untuk menterjemahkan prinsip asas ini dalam bentuk, model atau pendekatan yang lebih praktikal dan berkesan dengan keadaan semasa. Misalnya dari sudut kutipan zakat, al-Quran dan hadis telah menggariskan beberapa sumber asas zakat yang wajib dikenakan zakat. Namun pada masa kini, banyak lagi sumber-sumber lain yang boleh dikenakan zakat, dan perlu diputuskan melalui fatwa dan ijmak ulama.
Dari sudut pentadbiran institusi zakat, tanggungjawab asas pegawai zakat ialah mengutip, menyimpan dan mengagihkan harta-harta zakat mengikut peraturan dan undang-undang zakat. Bagaimanapun pada masa kini, kewajipan dan tanggungjawab ini sudah semakin meluas.
Pegawai zakat bukan hanya tertakluk kepada peraturan dan undang-undang zakat, malahan pegawai-pegawai zakat perlu ada ketelusan, jujur, amanah dan bertanggungjawab, supaya akauntabiliti dan integriti institusi zakat, terutamanya daripada kaca mata awam dapat dipertahankan, dan matlamat zakat sebagai satu institusi untuk menjamin kesejahteraan sosial ummah dapat dilaksanakan.
Dengan perkataan lain, tadbir urus korporat institusi zakat perlu lebih profesional dan mampu melaksanakan pendekatan-pendekatan pengurusan yang bersifat orientasi wawasan. Institusi zakat masa kini perlu berganjak daripada kerangka konvensional kepada satu institusi yang berwawasan dan mengamalkan amalan pengurusan terbaik dalam menjana dan memartabatkan kecemerlangan ummah.
Statistik kutipan hasil zakat setiap tahun didapati telah meningkat dengan drastik. Di Malaysia contohnya, sehingga kini kutipan zakat telah mencapai RM500 juta setahun. Peningkatan hasil kutipan zakat semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi semasa.
Peningkatan ekonomi negara ada signifikan impak kepada peningkatan zakat. Justeru, zakat sebagai satu institusi sosial ummah perlu bergerak ke depan seiring dengan perkembangan ini. Pengurusan institusi zakat alaf ini, perlu membina satu dimensi baru supaya institusi zakat akan menjadi satu institusi yang berdaya saing dan dapat memainkan peranan dengan berkesan di peringkat tempatan, serantau dan sejagat.
Usaha untuk memartabatkan kecemerlangan ummah telah menjadi agenda utama negara-negara Islam dan institusi zakat mampu menjadi mekanisme ekonomi ummah Islam. Agenda ini sejajar dengan prinsip syariat Islam sebagai agama universal yang menuntut agar umatnya patuh kepada ajaran Islam sebagai asas moral dan kerohanian, untuk mencapai ke bahagian di dunia dan juga ke bahagian di akhirat.
- SHAWAL KASLAM ialah Fellow Institut Kajian Zakat Malaysia (Ikaz), Universiti Teknologi Mara.
|
|
|
| |
| Solat tahajud dapat kurangkan kenaikan harga minyak |
| 03.10.06 (12:28 am) [edit] |
|
Harga barang semua naik adalah keluhan sebahagian besar rakyat yang kita dengar apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol.
Oleh itu lebih baik kita cuba menyelesaikan secara praktikal untuk menghadapi kemelut harga barang yang meningkat dan menguatkan mental serta spiritual agar lebih tenang berhadapan masalah bajet.
Dengan kadar pendapatan masih di aras lama, pilihan yang ada hanyalah mengubah ‘gaya’ hidup dan mengurangkan perbelanjaan.
Di sini ada beberapa langkah praktikal yang boleh dibincangkan bersama ahli keluarga agar impak dapat ditangani sebijak mungkin.
Pertama ialah memperkayakan rohani dan menguatkan spiritual dengan melakukan solat tahajud untuk menenangkan hati.
Allah SWT berfirman bermaksud, “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah Al-Israa', ayat 79)
Solat tahajud dilakukan di tengah malam di kala kebanyakan manusia terlena dalam tidur yang nyenyak akan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Solat tahajud dikerjakan dengan ikhlas mampu mengurangi beban kejiwaan yang sedang menyelimuti seseorang.
Allah SWT berfirman bermaksud, “Wahai orang yang berselimut. Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat).” (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-2)
Kata ‘berselimut’ dalam ayat di atas secara kontekstual dapat diertikan dengan orang yang sedang dirundung masalah, kegelisahan, kecemasan, kekhuatiran, atau ketakutan kerana menghadapi berbagai permasalahan yang menimpanya.
Ayat dari surah Muzammail diturunkan setelah Rasulullah SAW mendapat ejekan dan ancaman dari kaum Quraisy menyebabkan baginda tertekan dengan suasana itu.
Ketenangan dan ketenteraman yang diperoleh setelah melakukan solat Tahajud memiliki nilai spiritual yang sangat tinggi kerana dalam solat itu terdapat dimensi zikrullah (mengingat Allah).
Ini sebagaimana firman Allah SWT bermaksud, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra'd, ayat 28)
Kedua, banyakkan bersedekah kepada anak yatim, golongan miskin dan kalangan yang memerlukan kerana semakin banyak kita bersedekah semakin membersihkan harta, hati dan nafsu kita semakin jinak kepada takwa.
Apabila kita bersedekah kepada yang memerlukan, kita membina hubungan ukhuwah sekali gus mereka yang miskin ini mendoakan untuk kita agar lebih makmur, sekurang kurangnya makmur jiwa berhati besar.
Ketiga, banyakkan berpuasa seperti orang soleh setiap Isnin dan Khamis atau tiga kali sebulan. Ataupun mungkin masa ini sebaik-baik kita mula puasa ala Nabi Daud, satu hari berpuasa dan satu hari berbuka.
Umar bin Khattab mengatakan, “Hendaklah kalian waspada pada perut yang penuh makanan kerana sesungguhnya perut adalah hal yang memberatkan di dalam kehidupan ini dan adalah kebusukan setengah mati.”
Abdullah Al Qusyairi, seorang sufi mengatakan, “Hikmah dan ilmu telah diletakkan dalam rasa lapar, sementara maksiat dan kebodohan telah diletakkan dalam kekenyangan.”
Di antara manfaat lapar, menjernihkan hati, menyalakan kebijaksanaan dan menajamkan penglihatan hati. Abu Yazid Al Busthomi, seorang sufi berkata, “Lapar adalah awan maka apabila seorang hamba lapar, keluarlah hujan hikmah dari hatinya.”
Antara manfaat lapar yang paling utama ialah mematahkan keinginan nafsu terhadap semua bentuk bermewah-mewah dan maksiat serta menguasai nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan.
Aisyah mengatakan, “Bid'ah yang pertama kali terjadi sepeninggalan Rasulullah SAW adalah kenyang, sesungguhnya manusia ketika kenyang perutnya menjadi liarlah nafsunya dalam menghadapi dunia ini.”
Jika nafsu sudah terkekang dan keinginan nafsu untuk hidup bermewah berlebihan telah dikawal, manusia tidak lagi berusaha mengumpul harta secara haram dan berbuat kemaksiatan.
Hal ini akan melahirkan kesederhanaan dalam hidup, memungkinkan seseorang untuk mengutamakan orang lain dan bersedekah dengan makanan yang lebih kepada anak yatim serta orang miskin.
Seterusnya, kenal pasti dan klasifikasi semula keperluan serta keinginan. Umpamanya mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan TV yang berbayar seperti Astro atau kurangkan makan di luar.
Amalkan masak dan makan di rumah bagi mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga, bawa bekal ke pejabat atau ke sekolah, kaji penggunaan telefon di rumah dan telefon bimbit sekeluarga.
Beli hanya bila perlu, bukan bila mahu. Nafsu tanpa sempadan semua nampak berkilau tetapi jika kita tahu barang yang perlu dibeli maka kita akan mengurangkan pembaziran.
Jika sebelum ini kita kerap menonton wayang, berhibur, maka mulai sekarang duduklah saja berhibur di rumah, menonton televisyen atau bermain dengan anak-anak.
Sekiranya anda merokok, fikirkan secara serius, inilah masanya untuk berhenti, begitu juga jika kerap membeli pakaian baru hampir setiap bulan, maka mulai sekarang belilah pakaian baru setahun sekali semasa hari raya saja.
Langkah di atas mungkin nampak kecil, tetapi beberapa langkah kecil yang diamalkan berterusan akan memberi impak besar.
Jawapan oleh Endok Sempo dan Amir Razelan dari JIM dan boleh dihubungi di wanitajim@jim.org.my
INTI PATI
Memperkayakan rohani dan menguatkan spiritual dengan melakukan solat tahajud untuk menenangkan hati.
Banyakkan bersedekah kepada anak yatim, golongan miskin dan kalangan yang memerlukan.
Banyakkan berpuasa seperti orang soleh setiap Isnin dan Khamis atau tiga kali sebulan.
Kenal pasti dan klasifikasi semula keperluan serta keinginan.
Minta maklum balas daripada orang yang mendengar dan jadi pendengar yang baik.
Dalam menegur, berikan kata-kata perangsang dan naikkan semangat serta gantikan perkataan ‘tetapi’ dengan perkataan ‘dan’.
|
|
|
| |
| Beza insan takwa, lalai |
| 03.10.06 (12:23 am) [edit] |
|
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Tanda cintakan Allah SWT ialah mengingati Allah SWT (zikrullah) dan tanda Allah SWT murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.” (Baihaqi).
Ciri khas dalam akidah yang wajib ada pada diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia kayu ukur untuk menilai kualiti iman seorang Muslim.
Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah dengan banyak berzikir, mengerjakan sembahyang dan membaca al-Quran.
Sebaliknya bagi yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah Allah, malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali beribadat kepada Allah.
Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan Allah SWT, kehidupannya terkawal dan terpimpin, hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat.
Mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya kosong, kecewa dan hampa.
|
|
|
| |
| Cahaya spiritual |
| 03.08.06 (12:34 am) [edit] |
|
Mawlana Syaikh Abu Ahmad as-Sughuri
Beliau berkata, Aku tidak tergantung pada upaya
murid, tetapi Aku bergantung kepada cahaya yang Allah
berikan kepadaku untuk murid itu. Aku mengangkatnya
dengan cahaya itu, karena Aku tahu tidak mungkin
muridku itu meraih Maqam Tanpa Sekat dengan usahanya
sendiri? . Itulah arti dari doa Rasulullah saw, Ya
Allah, jangan tinggalkan aku kepada egoku walau hanya
sekejap.
Allah swt telah menyediakan rezeki bagi
hamba-hamba-Nya. Siapapun yang tidak mengetahui
hikmah mengenai rezeki hariannya yang Allah berikan
kepadanya, dia akan dianggap lalai dalam Thariqat
Naqshbandi kita.
Cahaya spiritual yang Allah swt berikan kepadamu di
jalan ini adalah Penunjuk Jalan yang menerangi Jalan
menuju Kehadirat Ilahi tanpa rasa takut.
Dalam thariqat ini, memuliakan sesuatu selain Allah
swt adalah kafir.
Sufi adalah orang yang telah meninggalkan dunianya,
Hari Akhiratnya, dan Kehadirat Ilahi di belakang dan
mereka yang hidup menyatu dengan-Nya
Aku tidak ingin dikenal di dunia ini setelah Aku
meninggalkannya, karena Aku tidak mengharapkan diriku
mempunyai suatu eksistensi
Kesombongan tidak pernah memasuki hati seseorang
tanpa mengakibatkan penurunan derajat pikirannya
setara dengan meningkatnya jumlah kesombongan dalam
hatinya
Kesulitan mungkin akan menyentuh orang-orang yang
beriman, tetapi kesulitan itu tidak akan mempengaruhi
orang yang berdzikir.
Setiap orang yang berjuang di jalan Allah akan
disediakan rezeki baginya. Dan itulah yang Allah
katakan dalam al-Quran, Setiap kali Zakariyya masuk
untuk menemui Maryam di Mihrab, dia mendapati makanan
di sisinya.? [3:37].
Wa min Allah at taufiq
|
|
|
| |
| The Beautiful Story of Abu Ghayth |
| 03.07.06 (10:57 pm) [edit] |
|
From the signs of truthfulness is fear of Allah and asceticism in life; for the truthful with conviction fears consuming from what is impermissible and bears poverty and hardship for the sake of Islam. If he commits sin then he does not sleep until he returns to his Lord and repents, in order to free himself from the sin, and its burden.
Ibn Jarir at-Tabari: I was in Makkah during the season of Hajj and I saw a man from Khurasaan calling out to the people: “Oh pilgrims, oh people of Makkah – from those who are present and those far off, I have lost a pouch that contains a thousand dinars. So whoever returns the pouch, Allah will reward them with good, save them from the hell fire, and His bounty and favors will be acquired on the Day of Accounting (Day of Judgment).”
An old man from the people of Makkah approached him and said: “Oh Khurasaani, our city is in a very tough condition, and the days of hajj are few, and its season is appointed, and the doors of profit-making are closed. This money might fall in the hands of a believer who is poor and old in age. Maybe he plans to give it if you make a promise that you will give him a little bit of money that is halal (permissible) for him to use.”
The Khurasaani said: “How much does he want?”
The old man said: “He wants one-tenth of the money (a hundred dinars).”
The Khurasaani said: "No. I will not grant him the money and instead I will take my case to Allah, and complain to Him on the day we meet Him, and Allah is sufficient for us and the best one to trust in.“
Ibn Jarir at-Tabari said: “I realized that it was the old man is poor, and he was the one who took the pouch of dinars and wishes to have a little portion of it. So I followed him until he returned to his home. My assumptions were confirmed. I heard him calling onto his wife:”Oh Lubabah.”
She said: “I am at your service, O Abu Ghayth.”
The old man said: I found the owner of the dinars calling for it, and he does not intend to give any reward to the person who finds it. I said to him “Give us a hundred dinars and he refused and said he would take his case to Allah. What should I do O Lubabah? I must return it, for I fear my Lord, and I fear that my sin is multiplied.
His wife said to him: Oh Man! We have been struggling and suffering from poverty with you for the last 50 years, and you have 4 daughters, 2 sisters, my mother and I, and you are the ninth. Keep all the money and feed us for we are hungry, and clothe us for you know better our situation. Perhaps Allah, the All-Mighty, will make you rich afterwards and you might be able to give the money back after you fed your children, or Allah will pay the amount you owe on the day when the kingdom will belong to the King (Allah).
He said to her: Will I consume haram after 86 years of my life, and burn my organs with fire after I have been patient with my poverty, and become worthy of Allah anger, even though I am close to my grave?! No, By Allah, I will not do so!
Ibn Jarir at-Tabari said: I left with amazement concerning his condition and that of his wife. At a later point during the day, I heard the owner of the pouch calling out...
Saying: “O people of Makkah, O pilgrims, who ever of you find a pouch containing a thousand dinars, let him return it and they shall surely find great reward with Allah."
The old man said: Oh Khurasaani, I have addressed you the other day and advised you that our land is low on cultivation, so reward the person who found the pouch so that he is not tempted to break the laws of Allah. I have advised you to pay the person who finds it a hundred dinars but you refused. If your money falls into hands of a person who fears Allah the All-Mighty, will you give him 10 dinars at least, instead of a 100?
The Khurasaani said: I will not do so, and I will complain to Allah on the day I meet him, and Allah is sufficient for us and the best one to trust in.“
Ibn Jarir at-Tabari said: The people dispersed and left. Later on during the hours of the day, once again, the Khurasaani made the same call, saying:
“O people of Makkah, O pilgrims, who ever of you find a pouch containing a thousand dinars, let him return it and they shall surely find great reward with Allah."
The old man came again and said: O Khurasaani, I said to you the day before yesterday to reward the finder a hundred dinars and you refused. Then I advised you to give him ten dinars and you refused, so will you give only one dinar so that he can buy with half of it things he needs and with the other half, sheep milk, so that he can give to the people and feed his children?
The Khurasaani said: I will not do so, and I will complain to Allah on the day I meet him, and Allah is sufficient for us and the best one to trust in. “
The old man angrily said: Come you, and take your money so that I can sleep at night, for I have not had a good mood ever since I found this money.
Ibn Jarir said: So the old man went with the owner of the money and I followed them until the old man entered his house, dug a hole and pulled out the money and said: Take your money and ask Allah to forgive me and bless me from His bounty.
The Khurasaani took the money and intended to leave, but when he reached the door he said: O old man, my father died, May Allah have mercy on him, and left behind three thousand dinars and said to me: Take out a third of this money and give it to a person from the people who is most deserving of it. Therefore I tied it in a pouch so that I may spend it on someone who is worthy of it. By Allah, I have not seen a person, since I left Khurasaan until now, who is more worthy of it then you. So take it, May Allah’s blessing be upon you, and May He reward for the trust you kept, and your patience during poverty. The Khurasaani man left without the money.
The old man wept and prayed to Allah, saying: May Allah bless the owner of the money in his grave, and May Allah bless his son.
Ibn Jarir said: I left after the Khurasaani but Abu Ghayth (the old man) followed me and brought me back. He asked me to sit down, and said: I have seen you following me since the first day; you have come to know of our situation yesterday and today. I have heard that the Prophet said: "If you are gifted from the provision of Allah, without begging or asking, then accept it and do not reject it." So this is a gift from Allah to all those attending.
The old man called: O Lubabah, O so and so, O so and so. He called on his daughters and his sisters and wife and her mother, and sat down and made me sit down. We were 10. He opened the bag, and said spread your clothing over your laps.
So I (Ibn Jarir) did, but the girls did not have proper clothing that would enable them to do that, so they extended their hands. The old man gave dinar by dinar in order until he reached me (Ibn Jarir) and said: "Here is a dinar." The process continued until the bag was empty and I received a hundred dinars.
Ibn Jarir at-Tabari said: So joy filled my heart because of the provision they received more then the joy I had because I received a hundred dinars.
When I was leaving the old man said: O young man. You are blessed; keep this money with you for it is halal. And know that I use to wake up for Fajr prayer with this wet shirt. After I was done I would take it off, and give it so that my daughters can pray - one by one. Then I would go to work between Dhuhr prayer and Asr prayer and then I would come back at the end of the day with what Allah has given me from dates and dry pieces of bread. Then I would take off my clothes for my daughters and they would pray Dhuhr prayer and Asr prayer, and the same would happen for the Maghrib and Isha prayers. And we did not ever expect to see this kind of money. So may Allah make us make good use of them, and may Allah bless the person in his grave and multiply the reward for him.
Ibn Jarir said: So I greeted him goodbye, and took the hundred dinars and used them to write knowledge for two years! I used it to buy paper and pay rent and after sixteen years I returned to Makkah and inquired about the old man. I was told that he died a few months after the incident that occurred between us. His wife died, along with her mother, and his 2 sisters. The only ones that remained were the daughters whom, when I asked about, found that they were married to kings and Princes. I dropped by and they honored me as a guest and treated me kindly until they died also. So May Allah bless them in their graves.
{That will be an admonition given to him who believes in Allâh and the Last Day. And whosoever fears Allâh and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out (from every difficulty).
And He will provide him from (sources) he never could imagine. And whosoever puts his trust in Allâh, then He will suffice him. Verily, Allâh will accomplish his purpose. Indeed Allâh has set a measure for all things. (At-Talaq 65: 2-3)
Source: Originally obtained from Islamway.com. Translated from Arabic to English by Ibrahim Hindy.
Allah always gives His best to those who leave the choice with Him.
|
|
|
| |
| CARA MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN |
| 03.07.06 (10:44 pm) [edit] |
|
Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :
MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.
BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga
seperti itu."
MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)
BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari
Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."
MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan
nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).
Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut:
Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein
bin Ali RA) Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA)
Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR
Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah)
Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas
kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)
MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."
MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah
akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)
MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara
lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).
Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan
mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari
semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.
|
|
|
| |
| Kisah Rasulullah dan seorang badwi |
| 03.05.06 (9:18 pm) [edit] |
|
PADA suatu masa, ketika Nabi Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”
Rasulullah SAW meniru zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”
Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!”
Orang ituberasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan di lihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.
Orang itu berkata, “Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan ku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,” jawab orang itu.
“Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?” tanya Rasulullah SAW.
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya,” jawab orang Arab badwi itu.
Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat.”
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, “Tuan ini Nabi Muhammad?” “Ya,” jawab Nabi SAW.
Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki Rasulullah SAW. Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata, “Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, dia berkata, “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar.”
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya.”
Orang Arab badwi berkata lagi, “Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawanNya.”
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu , penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti.”
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.
|
|
|
| |
| Teori Matematik Al-Majriti diakui seluruh dunia |
| 03.05.06 (9:16 pm) [edit] |
|
ABU Al-Qasim Maslamah bin Ahmad atau Al-Majriti diibarat ensiklopedia matematik, astronomi dan ilmu kimia, kerana memiliki pengetahuan luas dan mendalam mengenai sumber maklumat bidang berkenaan.
Beliau juga terkenal sebagai ilmuwan Islam yang sangat cemerlang di Andalus. Hakikat itu diakui ilmuwan Barat yang mengagumi buku hasil tulisannya, terutama mengenai akaun perdagangan.
Kepakarannya dalam teori bilangan dan angka menjadikan buku berkenaan rujukan seluruh dunia, selain hasil karangan mengenai perhitungan kejuruteraan.
Seperti biasa, pemikiran Barat menciplak hasil penemuan cendekiawan Islam tetapi apabila sudah maju, mereka lupa pihak yang membentuk peradaban kemajuan itu.
Al-Majriti berbeza dengan ilmuwan lain kerana ketelitian serta ingatannya yang kuat. Beliau sering menekankan bahawa mereka yang dikhususkan dalam bidang analisis sains seperti kimia, juga perlu mempelajari ilmu matematik dan sains.
Dengan gabungan pengetahuan itu katanya, umat Islam akan memiliki kelebihan dalam pekerjaan dari segi teori dan praktikal.
Penghasilan air raksa menunjukkan ketekunan dan ketelitian Al-Majriti apabila melakukan eksperimen yang akhirnya membawa kejayaan kepada kerjaya beliau.
Eksperimen yang terkenal itu memperlihatkan bagaimana beliau menukarkan satu perempat tabung air raksa menjadi serbuk berwarna merah, selepas diletak di atas api selama 40 hari.
Al-Majriti akan memerhatikan eksperimennya itu dari semasa ke semasa untuk melihat perubahan pada air raksa yang membentuk oksida raksa hasil proses perubahan secara kimia.
Sebagai ilmuwan yang teliti dalam kerjayanya, beliau sentiasa mendorong penyelidik untuk mengkaji bahan kimia melalui proses percubaan di makmal.
Kesimpulan yang dicapai oleh Al-Majriti daripada kaedah percubaan di makmal ialah bahan yang terhasil adalah sama dengan kumpulan bahan kimia yang diuji melalui proses makmal.
Sebuah penulisan ilmiah Al-Majriti yang terkenal ialah mengenai astrolab, iaitu sebuah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit.
Ia adalah cakera yang diperbuat daripada kayu atau logam mempunyai ukuran darjah di tepinya dan di tengahnya ada sebuah jarum penunjuk yang boleh bergerak.
Beliau menulis dua buku dalam bidang kimia bertajuk Rutbaj Al-Hakim dan Ghayah Al-Hakim yang menjadi rujukan ilmuwan Timur mahupun Barat hingga hari ini.
Menyedari pentingnya buku Ghayah Al-Hakim, Raja Alfonso memerintahkan agar buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1252 Masihi.
Buku lain karangan Al-Majriti ialah Thimar Al-Adad yang dikenali sebagai Al-Mu'amalat, Ikhtisar Ta'dil Al-Kawakib Min Zij Al-Battani, Rutbah Al-Hakim Fi Al-Kimiya, Al-Ahjar Rawdhah Al-Hada'iq wa Riyadh Al-Khala'iq serta Risalah Al-Asturlab, merangkumi ilmu sejarah, tabii dan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan.
Al-Majriti mempunyai ramai murid yang berjaya dalam kehidupan, seperti Abu Al-Qasim Al-Ghirnati, seorang jurutera dan ilmuwan dalam bidang perubatan dan Abu Al-Hakam Al-Karmani, seorang penduduk Cordova yang sangat terkenal sebagai pakar bedah dan jurutera.
Di sebalik kesibukannya mendalami pelbagai ilmu pengetahuan serta menterjemah buku ilmiah Yunani, Al-Majriti menggemari muzik, yang katanya, mempunyai persamaan dengan pengiraan ilmu matematik.
PROFIL
Nama: Abu Al-Qasim Maslamah bin Ahmad
Gelaran: Al-Majriti
Tarikh lahir: 338 Hijrah bersamaan 950 Masihi
Tempat lahir: Majrit (Madrid)
Meninggal dunia: Tahun 398 Hijrah bersamaan 1007 Masihi di Andalus
Sumbangan: Ilmuwan Arab Andalus yang pertama dalam bidang matematik dan ilmu astronomi
|
|
|
| |
| Kekuatan mata hati kawal kestabilan emosi manusia |
| 03.05.06 (9:08 pm) [edit] |
|
TAHUKAH anda apakah sebenarnya yang menjadi kekuatan pada diri manusia? Selain akalnya yang menyimpan berjuta inspirasi, ada satu kelebihan lain iaitu mata hati yang mengandung kekuatan emosi.
Demikianlah Allah SWT menjadikan kita dalam bentuk paling sempurna, tetapi disebabkan oleh kejahatan diri sendiri maka manusia akhirnya jatuh pada peringkat yang cukup hina.
Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian (jika ia panjangkan umur sehingga tua atau ia menyalahgunakan kesempurnaannya itu) kami kembalikan ia ke serendah-rendah peringkat orang yang rendah.” (Surah al-Tin, ayat 4 dan 5)
Mata hati dikurniakan Allah SWT berperanan menjadi penyelamat yang memiliki kekuatan tembus pandang dalam mengesan yang hak dan batil.
Hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram pada jiwa dan tenteram pula hati. Dan dosa itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati.”
Mata hati yang sentiasa bersinar terang adalah milik orang yang beriman, apabila ia berada di kegelapan malam pekat sekalipun sinarnya menjadi lebih cantik dan berkilauan.
Begitulah keadaannya ketika seseorang itu mengalami kesusahan, semakin bertambahnya ujian Allah, maka makin terang mata hatinya menyuluh rahsia hikmah di sebalik ujian itu, bertambahlah keyakinannya pada Allah dan akhirnya mampu menghadapi segala tekanan yang melanda jiwa.
Bagaimanakah kita sebagai umat boleh memiliki mata hati yang cantik sinarnya pada setiap keadaan dan situasi.
Sesungguhnya petua yang diberikan oleh al-Quran yang sentiasa hebat sepanjang zaman menyebutkan mengenai rahsia kekuatan mata hati orang beriman dalam surah Fusshilat, ayat 30 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang- orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham) dengan berkata: Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berduka cita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”
Kekal dalam kebaikan.
Manusia sentiasa dituntut untuk meletakkan dirinya sebagai pengendali kepada hawa nafsu dan pejuang melawan musuhnya iaitu iblis dan syaitan.
Selagi mana ia berhasil menghadapi tentangan ini, maka dia dikatakan sebagai seorang abid iaitu insan yang sentiasa beribadah kepada Allah.
Bagaimanapun permasalahannya ialah apabila timbul dua personaliti dalam diri manusia, jika bersama dengan orang salih ia menjadi salih, begitu sebaliknya apabila duduk dengan si fasik ia pun berbalik menjadi fasik.
Memang benarlah jika segala sesuatu di dunia ini serba ekspres dan tidak terkecuali juga dengan iman dan kufur boleh bertukar dengan sekelip mata.
Akan tetapi, antara manusia yang kecundang ini ada yang tetap teguh dan yakin hatinya, disebabkan kesungguhannya malaikat sentiasa menjadi kawan rapat yang memberi ilham, dorongan melalui perasaan serta pandangan hati.
Mereka memujuk dengan khabar gembira dan janji Allah agar manusia yang beriman ini kekal dan istiqamah dalam setiap kebaikan yang dilakukan.
Ilham yang dicurahkan dalam hati manusia adalah petunjuk dari Allah SWT agar kita sentiasa berasa sakinah dalam menjalani suka duka kehidupan.
Maka bersinarlah mata hati orang yang beriman dengan sifat istiqamah ini kerana sekali beriman, pantang hatinya berpaling kepada kekufuran.
Antara tanda istiqamah ialah seseorang itu tidak akan meninggalkan amal salih yang biasa dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit.
Perkara ini pernah didengar oleh Abdullah bin 'Amru bin 'Ash apabila baginda Rasul SAW menasihati beliau dengan sabdanya: “Janganlah kamu seperti si polan, dulu ia mengerjakan solat malam dan sekarang ditinggalkannya.”(Muttafaqun Ala ih).
Tanda istiqamah yang kedua ialah sikap tidak menunda amal salih kerana di sinilah syaitan banyak meletakkan ranjaunya dan akhirnya kita tertipu oleh sikap suka bertangguh dan mendahulukan kesenangan nafsu.
Benarlah firman Allah SWT yang sentiasa menjadi motivasi orang beriman yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu menuju keampunan Tuhanmu dan memasuki syurga yang luasnya seperti langit dan bumi. Ia disediakan bagi orang yang bertakwa (kepada Allah).” (Surah Ali Imran, ayat 133)
Tidak banyak berangan dan muhasabah diri juga adalah tanda istiqamah, maksudnya apabila kita cepat berpuas hati dengan amal salih, meletakkan syurga menjadi hak kita, walhal dosa belum dibasuh, kezaliman dengan sesama sendiri masih berterusan dan bekal amal tiada jaminan Allah terima atau tidak kerana keterbatasan ilmu dan kurangnya keikhlasan.
Jangan bersedih.
Hati yang bersinar ada pada wajah yang reda, ceria dan gembira dengan apa saja ketentuan Tuhan.
Kesedihan dan kerisauan boleh menjejaskan kesihatan hati kerana ia tanda tidak reda dengan ketentuan Allah.
Semestinya orang beriman dengan Allah dan Rasulnya ketika dirinya dilanda musibah meyakini dengan sepenuh hati bahawa ada tiga keuntungan di sebalik ujian Allah iaitu, pembersih dosa, janji pahala di akhirat dan mendapat pengganti lebih baik daripada apa yang diuji itu secepatnya di dunia ini.
Sebagai contoh, seorang hamba Allah yang terpaksa bermadu, pada mulanya beliau berasa sangat terluka dengan ujian menimpa dirinya tetapi beliau kemudian cuba untuk bertenang dan serta banyakkan bersabar lalu memulakan langkah baru dalam hidupnya.
Ia seterusnya menjadi seorang yang lebih bijak, matang dan realistik dalam menghadapi musibah itu.
Seterusnya kesabarannya dan sikap tenangnya itu membuahkan hasil apabila suami yang dulu bersikap berat sebelah kini menyesali perbuatannya.
Semakin banyak pula keistimewaan yang ditunjukkan oleh Allah kepada peribadi isteri tuanya itu sehingga beliau akhirnya sedar akan kesilapannya dan akhirnya kembali menghormati dan menyayangi isterinya.
Banyak lagi kisah sedih dalam memori kita yang mampu mendewasakan dan mematangkan diri kerana kita memiliki hati bercahaya yang mampu menyuluh dari kedalaman serta kegelapan jurang ujian dan musibah.
Kembalilah kepada jalan yang lurus dan tenang hingga ke penghujungnya, di sisi Allah mendapat pahala.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Mereka telah ditimpa kemusnahan harta benda dan serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Surah Al-Baqarah, ayat 214)
INTIPATI
Mata hati dikurniakan Allah SWT menjadi penyelamat dan memiliki kekuatan tembus pandang dalam mengesan yang hak dan batil.
Mata hati yang sentiasa bersinar adalah milik orang yang beriman, apabila ia dalam kegelapan malam pekat sinarnya menjadi lebih cantik dan berkilauan.
Manusia dituntut untuk meletakkan dirinya sebagai pengendali hawa nafsu dan pejuang melawan musuhnya iaitu iblis dan syaitan.
Antara tanda istiqamah seorang Muslim ialah tidak meninggalkan atau menunda amal salih yang biasa dikerjakan.
Bersama Dr Juanda Jaya
|
|
|
| |
| CALON CALON PENGHUNI SURGA |
| 03.01.06 (6:12 pm) [edit] |
|
Siapakah calon-calon penghuni Surga? Allah menginformasikan nya kepada kita. Sebagian di antara mereka digambarkan dalam ayat ayat berikut ini.
QS. Al Ahqaf (46) :15
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandung dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia telah dewasa, dan umumya sampai empat puluh tahun ia berdoa : Ya, Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhoi, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
QS. Al Ahqaf (46) : 16
"Mereka itulah orang-orang yang diterima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan, dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni penghuni Surga, sebagai janji yang benar yang telah Kami janjikan kepada mereka"
Mengikuti ayat tersebut, kita memperoleh kesimpulan tentang siapakah orang yang bakal masuk Surga.
1. Orang yang berbuat baik kepada ibu bapaknya
2. Orang yang pandai bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diterimanya.
3. Orang yang beramal saleh dengan mengharap ridho Allah.
4. Orang yang bertaubat atas segala kesalahan yang pernah dia lakukan.
5. Orang yang berserah diri hanya kepada Allah saja.
ldealnya, kita bisa mengerjakan kelima hal tersebut dalam kehidupan kita. Maka Insya Allah kita akan menjadi salah satu dari penduduk Surga. Itulah janji Allah. Orang yang demikian, kata Allah, akan diterima amalannya dan dimaafkan segala kesalahannya. Bagaimanakah penjelasannya? Marilah kita bahas lebih jauh.
1. Berbuat Baik kepada Ibu Bapak.
Kenapa orang yang berbuat baik kepada ibu bapaknya menjadi calon penghuni Surga? Sebab, orang tua adalah wakil Allah di muka Bumi, berkaitan dengan penciptaan manusia. Kalau tidak ada orang tua kita, maka kita pun tidak akan pernah ada di muka Bumi ini.
Karena itu, kita bisa merasakan betapa besar dan sentralnya peranan orang tua dalam kehidupan kita. lbu kitalah yang bersusah payah mengandung, memelihara dan mendidik sampai kita dewasa. Dan bapak kita berusaha mati-matian untuk menafkahi keluarga. Mempertahankan hidup kita sampai dewasa. Sampai bisa dilepas untuk bisa hidup mandiri. Maka, kata Allah di dalam ayat tersebut, anak yang bisa membalas budi kepada orang tuanya dan mendoakan mereka termasuk perhatian kepada anak cucunya akan memperoleh penghargaan yang tinggi dari Allah.
Orang yang seperti ini, telah 'membantu' Allah untuk menciptakan generasi-generasi yang berkualitas di muka Bumi bagi masa depannya. Maka, ia berhak memperoleh kebahagiaan Surga.
2. Orang Yang Pandai Bersyukur.
Orang yang pandai bersyukur menunjukkan bahwa ia adalah orang yang bijak. Sedangkan orang yang bijak menunjukkan bahwa dia orang yang memiliki pemahaman yang mendalam. Dan, orang yang memiliki pemahaman yang mendalam menunjukkan bahwa ia telah makan asam garam kehidupan.
Dalam konteks agama, ia bukan hanya orang yang bisa berteori di dalam beragama, melainkan telah menjalani agama ini dengan sepenuh hatinya. la telah 'bertemu' Allah dalam setiap aktivitas kehidupannya.
Bagaimana seseorang bisa bersyukur, kalau ia tidak pernah 'bertemu Allah'. Kepada siapakah ia bersyukur jika ia tidak paham bahwa Allah lah Tuhan semesta alam. Bahwa Allah lah yang telah memberinya kenikmatan itu. Baik berupa kesehatan, harta, kedudukan, ilmu pengetahuan, dan berbagai macam kenikmatan lainnya.
Orang yang bisa bersyukur adalah orang yang telah melewati masa-masa kritis dalam keimanannya, dalam ketakwaannya. la telah ditempa kehidupan yang memberikan kesimpulan bahwa hidup ini temyata milik Allah. Bukan miliknya. Karena itu, ia mensyukuri segala nikmat yang diperolehnya, sebab ia tahu persis bahwa semua itu semata-mata pemberianNya ... ! Maka, orang yang demikian ini sangat pantas tinggal di Surga.
3. Beramal Saleh, Mengharap Ridha Allah.
Kenapa pulakah orang yang beramal saleh pantas masuk Surga? Orang yang beramal saleh adalah orang-orang yang sepanjang hidupnya ingin bermanfaat sebesar-besarnya. Baik buat dirinya sendiri, buat keluarganya, buat sahabat-sahabatnya, buat masyarakatnya, buat bangsa dan akhirnya buat syiar agamanya.
Orang yang bisa beramal saleh adalah orang yang paham tentang misi kehidupan dan misi beragamanya. ia telah menemukan pemahaman yang menyeluruh (holistik) atas kehidupannya. Dan, setelah paham semua itu, ia lantas melakukan amalan yang bermanfaat sepanjang hidupnya. Di mana pun dia berada.
Maka, orang yang demikian adalah orang-orang yang telah melewati tahapan iman dan takwa. Sebab Iman adalah Keyakinan. Dan Takwa adalah kemampuan mengendalikan diri saat melakukan amalan. Kedua duanya telah dijalankannya secara praktis saat ia melakukan amalan yang saleh.
Maka, pantaslah seorang yang banyak amalan salehnya akan memasuki Surga. Karena sebenarnya, itu adalah gambaran praktis dari seorang yang telah tinggi keimanan dan takwanya. Apalagi amalan salehnya itu bukan karena pamer atau pamrih, melainkan karena ingin mencari ridha Allah.
4. Orang yang Bertaubat.
Siapakah orang yang tidak pernah berbuat salah? Siapa pulakah manusia yang tidak pernah berdosa? Tidak ada, kecuali hamba hambaNya yang dijaga agar tetap makshum oleh Allah, sebagaimana Rasulullah saw.
Karena itu, Allah telah menetapkan Dirinya sebagai Dzat Yang Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Jika Allah menghukum manusia karena kesalahannya, maka manusia seluruh muka Bumi ini tidak ada yang tersisa satu pun dari azabNya. Tetapi Allah Maha Pengampun dan Maha Pemaaf.
Maka, sebenarnya, orang-orang yang bisa masuk Surga itu lebih dikarenakan sifat Pengampun dan PemaafNya saja. Jika tidak, maka sungguh tidak ada yang pantas masuk ke dalam Surga Allah itu, disebabkan oleh begitu banyak dosa yang telah diperbuatnya.
Karena itu, Allah mengatakan di dalam ayat tersebut bahwa orang-orang yang pantas masuk Surga itu adalah orang-orang yang selalu bertaubat kepadaNya.
Bertaubat adalah memohon ampunan dan belas kasih permaafan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah di perbuatnya. Dan dia berjanji kepada dirinya sendiri dan kepada Allah untuk tidak mengulangi kesalahan itu lagi.
Kalau kita sepenuh hati memohon ampunanNya dan bertaubat, Insya Allah Dia akan memaafkan dosa-dosa kita, sebesar apa pun dosa yang telah kita lakukan. Tidak ada dosa di alam semesta ini yang besamya melebihi besamya Kasih Sayang Allah. Demikian pula, tidak ada dosa di dunia ini yang besarnya mengalahkan sifat Pengampun dan Pemaafnya Allah.
Maka, datanglah kepadaNya dengan berendah diri dan penuh penyesalan, Insya Allah Dia akan mengampuni dosa-dosa yang pernah kita lakukan, seluruhnya. Dan Ia akan memasukkan kita ke dalam golongan hamba-hambaNya di dalam Surga.
5. Berserah Diri Hanya kepada Allah Saja.
Puncak dari seluruh perjalanan keagamaan kita ini sebenarnya adalah berserah diri kepada Allah. Seluruh tahapan-tahapan kualitas yang pernah kita jalani dalam beragama, muaranya adalah berserah diri kepada Allah saja. Hal ini dikemukan Allah di dalam berbagai ayatNya.
QS. An Nisaa : 125
“Dan siapakah yang lebih baik agamanya di antara kalian, selain orang orang yang berserah diri hanya kepada Allah, dan dia selalu berbuat kebajikan…”
Berserah diri adalah tingkatan tertinggi di dalam beragama Islam. Sehingga secara retorika, Allah bertanya kepada kita : siapakah yang lebih baik agamanya di antara manusia, kecuali orang-orang yang berserah diri kepada Allah? Jawaban atas pertanyaan itu telah diberikan sendiri olehNya, bahwa yang terbaik adalah berserah diri
Di ayatNya yang lain, secara tegas Allah menempatkan 'berserah diri' itu di atas keimanan dan ketakwaan.
QS. Ali Imran (3) : 102
"Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kalian dengan takwa yang sebenar-benarnya, dan janganlah kalian mati kecuali dalam keadaan berserah diri (Islam)."
Keimanan adalah langkah awal, dimana seseorang 'dianjurkan' untuk memperoleh keyakinan bahwa apa yang akan dia jalani di dalam beragama ini adalah benar dan bermanfaat.
Setelah ia peroleh keyakinan itu, maka ia mesti menjalankan dalam kehidupan yang sesungguhnya. Sebab beragama ini memang bukan sekadar pengetahuan dan keyakinan saja, melainkan untuk dijalani. Diamalkan. Itulah Takwa : sebuah upaya terus-menerus untuk tetap istidomah di dalam menjalani agama. Ini tidak mudah. Karena itu Allah mengatakan di ayat tersebut bertakwalah kalian dengan 'sebenar benarnya'. Dengan upaya yang sangat keras dan sungguh-sungguh.
Dan puncaknya, adalah berserah diri kepada Allah semata. Orang yang sudah makan asam garam kehidupan dalam proses peribadatan yang sangat panjang.
Ketika seseorang sudah mencapai tingkatan 'berserah diri kepada Allah', maka bisa dikatakan dia sudah menemukan hakikat kehidupan. Bahwa segala yang ada ini tenyata bukan miliknya.
Harta yang dia punyai pun sebenarnya bukan miliknya. Karena ternyata, dia tidak pernah bisa menolak kehadiran maupun lenyapnya harta itu ketika sudah waktunya.
Demikian pula istri atau suami, dan keluarga yang dicintainya. Semuanya juga bukan miliknya. Karena suatu ketika, mereka satu per satu akan meninggalkannya.
Kekuasaan, juga tidak pernah ada yang kekal abadi. Kekuasaan yang dia peroleh hari ini, suatu ketika harus dilepasnya pula. Dia dibatasi oleh umur dan kondisi di sekelilingnya.
Bahkan dirinya dan hidupnya. Ternyata, juga bukan miliknya. Dia tidak pernah bisa menghindari sakit, lelah, sedih, gembira dan berbagai masalah yang menghampiri kehidupannya. Bahkan akhirnya, dia tidak pernah bisa melawan proses ketuaan. Suatu ketika dia harus merelakan kehidupannya, meninggalkan dunia yang fana, untuk kembali kepada Sang Pemilik Kehidupan.
Maka, ujung dari seluruh perjalanan kehidupannya itu, ia menyimpulkan untuk berserah, diri kepada Allah saja. la mengakui, bahwa dirinya bukan apa-apa. Allah lah yang memiliki dan berkuasa atas segala-galanya di alam semesta.
la letakkan seluruh rasa possessive nya, rasa kepemilikannya terhadap dunia. Dia menata hatinya untuk kembali kepada Allah. Berserah diri sepenuh-penuhnya, sebagaimana yang selalu ia ikrarkan dalam setiap shalatnya : "sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku kuserahkan hanya untuk Allah semata . . . "
Kalau sudah demikian adanya, maka sesungguhnya ia telah memperoleh Surga dunia. Dan setelah hari kiamat nanti, Allah akan memasukkan orang itu ke dalam Surga yang sesungguhnya. Bukan hanya 'wilayah Surga' yang penuh dengan taman-taman indah, mata air mata air yang jernih, buah-buahan yang sedap rasanya, serta berbagai kenikmatan kebendaan. Karena sejak di dunia ia telah terlanjur memperoleh kesimpulan bahwa semua kenikmatan benda itu adalah 'semu belaka'!
'Kenikmatan Yang Sejati' telah dia peroleh lewat dzikir-dzikirnya yang panjang kepada Allah. Telah dia rasakan saat-saat shalat malam dalam keheningan semesta. Dan telah dia 'genggam' dalam seluruh tarikan nafas maupun denyut jantungnya yang selalu membisikkan kalimat-kalimat tauhid : Allah ... Allah ... Allah
|
|
|
| |
| Bagaimanakah Neraka. |
| 03.01.06 (6:08 pm) [edit] |
|
Neraka, sebagaimana Surga, sebenarnya telah ada sejak alam semesta ini diciptakan. ia merupakan kelengkapan dan fasilitas 'permainan' yang digelar oleh Allah swt.
Neraka juga terletak di langit yang ke tujuh. Tetapi, harus kita ingat bahwa langit ke tujuh adalah langit 'terbesar' yang memuat langit langit lebih rendah, mulai dari langit pertama sampai langit ke enam. Formatnya, bersusun secara dimensional, seperti telah saya jelaskan di depan. Bukan berlapis-lapis seperti kue lapis. Atau juga bukan seperti bola di dalam bola di dalam bola, sampai tujuh kali.
Maka, Neraka itu sebenarnya juga meliputi 7 langit secara bertingkat-tingkat. Semakin tinggi-tingkat langitnya, semakin hebat konsekuensinya.
Untuk menggambarkan konsekuensi itu saya mengibaratkan sebuah hutan. Jika ada manusia melakukan perusakan terhadap hutan, maka hutan tersebut akan memberikan reaksi negatif kepada kita yang berfungsi mengingatkan agar perbuatan itu tidak diteruskan.
Pada awalnya, jika kita merusak hutan, maka alam di sekitar kita akan memberikan reaksi berupa menurunnya kadar oksigen, meningkatnya suhu udara sekitar, dan turunnya kadar kelembaban. Secara umum, tiba-tiba saja kita merasakan daerah di sekitar hutan itu menjadi lebih panas dan gersang.
Ini, sebenarnya sebuah konsekuensi negatif yang sekaligus berfungsi sebagai peringatan. Jika kita mengabaikan kondisi ini, dan terus melakukan penebangan hutan, maka satu musim ke depan kondisi bisa lebih buruk. Selain udara menjadi jauh lebih panas dan gersang, tiba-tiba kadar air tanah menjadi berkurang, ditambah lagi munculnya banjir.
Kalau kita tidak juga peka terhadap respon negatif ini, kejadiannya bisa bertambah buruk. Kondisi di atas, satu musim kemudian akan berubah menjadi banjir bandang yang semakin besar, ditambah berbagai kerusakan alam akibat tanah longsor dan sebagainya. Dan kalau kondisi semacam itu diteruskan juga yang terjadi adalah kerusakan yang sangat parah pada lingkungan kita. Kita sudah tidak bisa lagi bermukim di daerah tersebut.
Jadi, intinya jika kita berbuat dosa, Allah akan memberikan konsekuensi negatif secara langsung. Ukurannya sesuai dengan besar kecilnya dosa yang kita lakukan. Reaksi itu sebenarnya juga berfungsi untuk mengingat kan kita agar tidak meneruskan perbuatan dosa.
Akan tetapi jika tidak peka terhadap peringatan Allah itu, maka reaksi berikutnya yang muncul akan bertambah besar. Semakin tidak peka kita, dan semakin lama waktu kita untuk menyadarinya, maka semakin besar pula konsekuensi yang harus kita tanggung.
Alam ini ternyata memiliki mekanisme 'pembalasan berantai', lbaratnya seperti kita menabung uang di bank. Kalau bunganya tidak kita ambil, maka yang terjadi adalah proses bunga berganda alias bunga berbunga. Bunga uang kita menghasikan bunga lagi.
Demikian pula dengan konsekuensi negatif di atas. Jika kita tidak segera menghentikan perbuatan negatif itu, dan tidak segera mengimbanginya dengan perbuatan baik, maka 'dosa' kita akan mengalami bunga berganda. Karena itu jangan heran, semakin lama ke belakang, reaksi negatifnya akan semakin besar.
Pada kasus hutan di atas, konsekuensi negatif itu bertambah terus dari yang paling ringan menjadi semakin berat dan semakin parah. Kenapa demikian? Karena alam semesta memiliki mekanisme 'bunga berganda' itu.
Maka apakah yang harus kita lakukan untuk menghentikan mengalirnya proses bunga berganda, tersebut? Ada dua cara, yang pertama segeralah hentikan perbuatan dosa. Dan yang kedua, segeralah mengimbanginya dengan perbuatan yang baik.
Untuk kasus hutan di atas, hentikanlah penebangan hutan. Dan segeralah tanami kembali hutan itu dengan pepohonan. Memang masih terjadi efek negatif, tetapi tidak sebesar kalau kita membiarkannya. Kenapa masih juga terjadi efek negatif? Sebab, memang pertumbuhan pohon yang baru itu tidak bakal bisa menyamai pohon yang telah ditebang. Selalu ada selisih waktu. Tetapi dalam jangka panjangnya, semuanya akan selamat. Kembali seperti semula.
Sama dengan perbuatan dosa. Jika kita berbuat dosa, dan kemudian tidak segera menghentikan perbuatan dosa itu, maka akan terjadilah proses bunga berganda. Semakin lama dosa itu kita lakukan, dan kita tidak bertobat, maka 'bunga' atas dosa kita itu akan bertumpuk tumpuk semakin besar.
Sehingga, kalau kita baru bertobat setelah sekian puluh tahun kemudian, maka konsekuensi dosa-dosa yang harus kita tanggung sangatlah besar. Apalagi, jika kita tidak bertobat dan kemudian 'menunggu' pembalasan di Akhirat. Konsekuensi dosa kita itu menjadi demikian besarnya, karena waktu sudah berjalan berjuta-juta tahun dari perbuatan dosa kita itu. Kita harus membayar bunga-bunga berganda atas dosa-dosa yang kita lakukan!
Maka, jangan heran jika konsekuensi Neraka itu menjadi demikian mengerikan, digambarkan oleh Allah. Efeknya sudah demikian besar, sehingga tidak tertanggungkan oleh manusia.
Di suatu ayat lain, Allah menggambarkan betapa orang yang berada di dalam Neraka minta dibunuh saja, daripada harus menanggung siksaan yang demikian berat. Tetapi itu tidak mungkin lagi, sebab manusia sudah tidak bisa mati akibat hukum alam yang berjalan terbalik.
QS. Az zukhruf (43) : 76 - 77
�Dan tidaklah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.�
�Mereka berseru Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami saja,� Dia menjawab : kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini).�
Namun dahsyatnya siksaan itu bukannya berhenti, malah bertambah berlipat-lipat. Bukan hanya satu kali 'kebinasaan' melainkan berkali-kali.
QS. Al Furqaan (25) : 14
"(akan dikatakan kepada mereka) : Jangan kamu sekalian mengharap-kannya satu kebinasaan, melainkan harapkanlah kebinasaan yang banyak.�
Semuanya sudah terlanjur. Dan, semua itu karena ulah manusia sendiri. Bukan Allah yang menganiaya mereka, tetapi mereka yang telah menganiaya dirinya sendiri. Sebenarnya Allah telah mengingatkan sejak awal agar manusia memikirkan peringatanNya.
QS. Al Araaf (7) : 179
�Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang ternak, bahkan mereka itu lebih sesat lagi Mereka itulah orang-orang yang lalai.�
Sunnatullah (hukum alam) memang telah ditetapkan sejak alam semesta diciptakan. Allah tahu persis konsekuensi seseorang yang melakukan kejahatan, pasti akan masuk ke Neraka penuh kesengsaraan. Sedangkan orang yang banyak berbuat amal saleh akan memasuki Surga.
Nah, hal itulah yang diberitahukan Allah kepada umat manusia lewat para rasul. Namun, kebanyakan manusia tidak mau memahaminya. Setan telah berhasil mempengaruhi mereka, untuk ingkar kepada petunjuk itu. Maka dengan nada 'heran' Allah memberitahukan dalam firmanNya.
QS. Al Baqarah (2) : 175
"Mereka itulah yang orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, dan siksa dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api Neraka"
|
|
|
| |
|
|