Titipan Kalbu


Blog For Free!


Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August

My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Free Web Counter
Free Hit Counter




Keajaiban syurga tidak boleh digambarkan
04.26.06 (12:50 am)   [edit]
ABU Hurairah berkata: "Ya Rasulullah saw daripada apakah dibuat syurga itu? Jawab Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!" Jawab Rasulullah bermaksud: "Satu bata daripada emas dan satu bata daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. Siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya." Nabi bersabda lagi bermaksud: "Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin hakim) yang adil. Orang puasa ketika berbuka. Orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan, lalu berfirman: Demi kemuliaan dan kesabaran-Ku, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya." Abu Hurairah berkata lagi, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama 100 tahun tidak putus naungannya. Bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus). "Dan dalam syurga, kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka daripada kesenangan yang memuaskan hati sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan daripada api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung." Ibn Abbas berkata: "Sesungguhnya dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan zafaran, sedangkan tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan, maka semua bidadari asyik kepadanya. Andaikan ia berludah dalam laut, tentu menjadi tawar airnya, tercantum pada lehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku." Mujahid berkata: "Bumi syurga daripada perak dan tanahnya daripada misik dan urat pohonnya daripada perak, sedang dahannya daripada mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu. Maka, siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring." Abu Hurairah berkata lagi: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, seperti dulu di dunia bertambah tua." Abul-Laits pula meriwayatkan dengan sanadnya daripada Shuhaib berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan. Hai ahli syurga Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka, Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihat-Nya, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah." Anas bin Malik berkata: "Jibril datang kepada Nabi membawa cermin putih yang di tengahnya ada titik hitam, maka Nabi bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini? Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada pada Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (Kristian). Dan ada saat pada Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu, pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah daripada suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan). "Nabi bertanya: "Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar daripada nur (cahaya) yang diduduki oleh nabi. Dan ada mimbar-mimbar daripada emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki siddikin suhada dan salihin, sedangkan ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu, berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). "Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumah-Ku dan Aku muliakan kamu. Kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zat-Nya, maka tidak ada hari yang mereka suka seperti Jumaat, kerana mereka berasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka." Dalam riwayat lain Allah menyuruh malaikat: "Berikan makan kepada wali-Ku, maka dihidangkan pelbagai makanan, maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga apabila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hamba-Ku, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai. "Maka, Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu. Jawab mereka. Kami minta reda-Mu, Kami minta reda-Mu, dua atau tiga kali. Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripada-Ku, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka: Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. "Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih daripada semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok daripada yang biasa. Abul-Laits berkata: "Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihat-Nya. Dan erti nasihat kepada-Nya, yakni melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya." Tetapi kebanyakan ahli ilmu mengertikan : Melihat zat Allah tanpa perumpamaan ABU Hurairah berkata: "Ya Rasulullah saw daripada apakah dibuat syurga itu? Jawab Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!" Jawab Rasulullah bermaksud: "Satu bata daripada emas dan satu bata daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. Siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya." Nabi bersabda lagi bermaksud: "Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin hakim) yang adil. Orang puasa ketika berbuka. Orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan, lalu berfirman: Demi kemuliaan dan kesabaran-Ku, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya." Abu Hurairah berkata lagi, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama 100 tahun tidak putus naungannya. Bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus). "Dan dalam syurga, kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka daripada kesenangan yang memuaskan hati sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan daripada api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung." Ibn Abbas berkata: "Sesungguhnya dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan zafaran, sedangkan tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan, maka semua bidadari asyik kepadanya. Andaikan ia berludah dalam laut, tentu menjadi tawar airnya, tercantum pada lehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku." Mujahid berkata: "Bumi syurga daripada perak dan tanahnya daripada misik dan urat pohonnya daripada perak, sedang dahannya daripada mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu. Maka, siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring." Abu Hurairah berkata lagi: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, seperti dulu di dunia bertambah tua." Abul-Laits pula meriwayatkan dengan sanadnya daripada Shuhaib berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan. Hai ahli syurga Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka, Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihat-Nya, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah." Anas bin Malik berkata: "Jibril datang kepada Nabi membawa cermin putih yang di tengahnya ada titik hitam, maka Nabi bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini? Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada pada Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (Kristian). Dan ada saat pada Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu, pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah daripada suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan). "Nabi bertanya: "Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar daripada nur (cahaya) yang diduduki oleh nabi. Dan ada mimbar-mimbar daripada emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki siddikin suhada dan salihin, sedangkan ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu, berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). "Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumah-Ku dan Aku muliakan kamu. Kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zat-Nya, maka tidak ada hari yang mereka suka seperti Jumaat, kerana mereka berasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka." Dalam riwayat lain Allah menyuruh malaikat: "Berikan makan kepada wali-Ku, maka dihidangkan pelbagai makanan, maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga apabila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hamba-Ku, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai. "Maka, Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu. Jawab mereka. Kami minta reda-Mu, Kami minta reda-Mu, dua atau tiga kali. Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripada-Ku, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka: Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. "Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih daripada semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok daripada yang biasa. Abul-Laits berkata: "Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihat-Nya. Dan erti nasihat kepada-Nya, yakni melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya." Tetapi kebanyakan ahli ilmu mengertikan : Melihat zat Allah tanpa perumpamaan. Petikan Mastika Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
Ilmuwan Islam: Umar Al-Khayyam pencipta kalendar
04.23.06 (7:05 pm)   [edit]
UMAR Al-Khayyam adalah ilmuwan yang terkenal dalam bidang matematik, astronomi, falsafah, perubatan, dan turut dikenali sebagai seorang penyair yang hebat pada zamannya. Nama sebenar beliau ialah Ghayyathuddin Abu Al-Fath Umar bin Ibrahim Al Khayyam atau Al-Khayya. Beliau dilahirkan pada 1040 Masihi dan gelaran Al-Khayyam yang bermakna khemah dikatakan diberi kerana bapanya seorang pembuat khemah. Umar Al-Khayyam seorang berpengetahuan luas, sangat pintar dan menghafal banyak hadis Rasulullah SAW. Beliau banyak mengarang buku ringkasan mengenai alam tabii, menulis risalah mengenai alam semesta dan syariah serta sebuah kitab besar dalam bidang aljebra yang boleh menyelesaikan masalah tingkatan kedua dengan cara geometri dan algebra. Beliau menyusun kaedah penting ilmu pengiraan dan cara untuk menyelesaikannya sehingga menjadikan kitabnya, Maqalat fi al-Jabr wa al-Muqabila dianggap sebagai penemuan terbaru dalam ilmu algebra. Beliau pernah diarahkan Sultan Saljuq-Malikshah Jalal al-Din bekerja di balai cerap dan ditugaskan menentukan kalendar solat yang tepat. Umar Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali. Selain itu, beliau juga menyumbang dalam bidang lain seperti pembangunan kaedah menentukan graviti dan dalam bidang metafizik, beliau menulis tiga buku. Namanya turut menyerlah sebagai penyair terkemuka apabila hasil puisinya Ruba'iyyat Al-Khayyam dalam bahasa Parsi diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald. Ruba'iyyat Al-Khayyam adalah keratan puisi empat bait, bait ketiga bebas daripada ikatan bait manakala tiga bait yang lain pula terikat. Manuskrip puisi itu mempunyai pengaruh sastera yang besar dengan tema dan makna yang tersembunyi serta penuh falsafah yang dikagumi. Umar Al-Khayyam adalah pencinta ilmu dan sentiasa berusaha menambah pengetahuan, selain menyumbang ke arah pengembangan ilmu dalam pelbagai bidang. Tidak hairanlah jika 30 risalah ilmiah dan empat bukunya dalam bidang matematik, masing-masing tiga buku metafizik dan fizik serta masing-masing satu buku mengenai algebra dan geometri, menjadi rujukan hingga hari ini. Sumbangannya dalam pembangunan ilmu matematik dan geometri memberi faedah besar kepada pengembangan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan masyarakat Eropah. Umar Al-Khayyam menghembuskan nafas terakhir ketika mengerjakan solat selepas membaca kitab Al-Shifa', karangan Ibnu Sina. Kecintaannya kepada pengetahuan menjadikan tuntutan ilmu satu bidang tanpa batasan Al-Khayyam. Beliau adalah ilmuwan yang dikenang kerana jasanya dalam bidang ilmu, kebudayaan, pembangunan dan kecemerlangan. Oleh Hasliza Hassan
 
Saiyid Abdullah Al-Ghadamsi sebarkan ilmu dari Libya ke Malaysia
04.23.06 (6:55 pm)   [edit]
RUANGAN Agama Utusan Malaysia telah menyiarkan 110 rencana mengenai ulama. Semua ulama yang diriwayatkan berasal dari dunia Melayu. Ulama ke-111 yang dibicarakan sekarang merupakan ulama yang berasal dari dunia luar. Beliau berasal dari Libya, tetapi telah menabur jasa dan keharuman peribadi di Malaysia khususnya dan dunia Melayu umumnya. Pada 10 April 2006, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dan World Islamic Call Society (WICS), Libya mengadakan Nadwah Ilmiyyah 2006 bertemakan Syeikh Abdullah Al-Ghadamsi (Al-Maghribi): Peranannya Dalam Pendidikan Islam Di Tanah Melayu. Ia diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya. Saya membentangkan salah satu daripada 10 kertas kerja seminar itu. Kertas kerjanya berjudul Saiyid Syeikh Abdullah Al-Maghribi: Penulisan dan Penyebaran Ilmu. Kertas kerja tersebut saya ringkaskan dalam rencana ini dan ditambah beberapa maklumat yang dianggap penting setelah mengikuti semua pembentangan pada seminar itu. Sebelum saya memasuki pokok perbicaraan perlu juga saya membuat sedikit penilaian bahawa masih banyak terdapat perselisihan pendapat dalam penulisan terutama tentang tahun-tahun aktiviti Syeikh Abdullah Al-Ghadamsi. Sesuatu yang bersifat andaian lebih menguasai daripada yang bercorak data dan fakta yang konkrit. Tiga tokoh yang dikemukakan sebagai tokoh islah ialah Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Al-Maghribi. Ketiga-tiga mereka sering dibicarakan. Pada pandangan saya kajian secara menyeluruh, adil, ilmiah, berfakta dan tidak berpihak perlu dibuat dalam penilaian, terutama dalam menilai dua golongan ketika itu iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda (islah atau tajdid). PENGENALAN RINGKAS Nama lengkap ulama yang diperkatakan ini ialah Saiyid Syeikh al-Qadhi Abu Jabir Abdullah bin Ahmad bin Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Muhammad al-Qairuani al-Balawi al-Ghadamsi al-Maghribi. Nama ringkas ialah Saiyid Abdullah al-Maghribi saja. Beliau dilahirkan di Ghadamas, tahun 1310 H/1892 M (mengikut Dr. Adel Muhammad Abdul Aziz dalam satu kertas kerja bertarikh 10 April 2006, hlm. 3). Ada riwayat lain menyebut beliau lahir di Tripoli. Wafat di Mekah pada waktu Maghrib, 7 Ramadan 1395 H atau 12 September 1975. Sejak kecil telah berpindah ke Mekah. Antara gurunya selama di Mekah ialah Syeikh Ahmad bin Ali an-Najjar (lahir di Thaif, 1272 H/1856 M, wafat 1347 H/1928 M). Menurut Syeikh Umar Abdul Jabbar, guru bagi Syeikh Ahmad bin Ali an-Najjar ialah Syeikh Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi al-Utsmani (lahir 1226 H/1811 M, riwayat lain lahir Jumadil Awwal 1233 H/9 Mac 1818 M, wafat malam Jumaat, 22 Ramadan 1308 H/2 Mei 1891 M). Syeikh Rahmatullah ialah pengasas Madrasah ash-Shaulatiyah di Mekah. Pada penelitian saya berdasarkan sanad nampaknya tertinggal satu nama yang tidak disebut oleh Syeikh Umar Abdul Jabbar. Syeikh Ahmad bin 'Ali an-Najjar bersama-sama Syeikh Ahmad al-Fathani berguru kepada Syeikh Abdul Qadir asy-Syibli ath-Tharablusi. Sesudah ulama Libya ini barulah naik kepada Syeikh Rahmatullah al-Hindi itu. Syeikh Ahmad bin Ali an-Najjar juga belajar kepada Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan. Memperhatikan tahun lahir Syeikh Ahmad bin Ali an-Najjar (1272 H/1856 M) bererti ia sama dengan tahun lahir Syeikh Ahmad al-Fathani (1272 H/1856 M), kedua-duanya sama-sama belajar kepada Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan (lahir 1232 H/1816 M, wafat 1304 H/1886 M). Kemungkinan Saiyid Abdullah al-Maghribi juga pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani atau ulama-ulama dunia Melayu di Mekah lainnya. Untuk lebih memperkuatkan hujah, sekiranya beliau tidak belajar kepada ulama dunia Melayu kepada siapakah beliau belajar bertutur bahkan dapat menulis dengan menggunakan bahasa Melayu? Hal ini memerlukan penelitian kepada pelbagai sumber. Oleh sebab Saiyid Abdullah al-Maghribi pernah belajar di Madrasah ash-Shaulatiyah, Makkah, kemungkinan beliau juga pernah belajar kepada Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani yang pernah mengajar di madrasah itu sebelum beliau menjadi Syeikh al-Islam di Selangor. Banyak pertikaian pendapat tentang riwayat kedatangan dan tahun Saiyid Abdullah al-Maghribi berhijrah ke Pulau Pinang. Ada riwayat menyebut bahawa beliau sampai di Pulau Pinang pada 1918 M. Riwayat yang lain pula menyebut setahun kemudian, iaitu tahun 1919 M. Ada juga riwayat yang menyebut bahawa pada tahun 1919 M itu juga beliau dilantik menjadi mudir di Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah (Abdul Rahman Al-Ahmadi, dalam Tamadun Islam di Malaysia, DBP, 2000, hlm. 489) di Tek Soon Street, Pulau Pinang menggantikan tempat Saiyid Syeikh al-Hadi. Riwayat yang lain pula menyebut bahawa beliau menjadi mudir di madrasah tersebut pada 1921 M (Abdul Rahman Al-Ahmadi, hlm. 489) hingga 1927 M (Abdul Rahman Al-Ahmadi, dalam Tamadun Islam di Malaysia, DBP, 2000, hlm. 492). Tetapi dalam majalah ar-Raja' terbitan 23 Syawal 1343 H/19 Mei 1925 pada halaman 7 dan 15 terdapat maklumat bahawa pada tahun terbitan ar-Raja' itu mudir madrasah tersebut ialah Syeikh Abbas Rafi'. Pada 1927 M saat-saat sewaktu akan pindah ke Perak, Saiyid Abdullah al-Maghribi mengasaskan organisasi Jam'iyah Al-Khalifah Syarif Husein yang bertujuan menyokong kekhalifahan Syarif Husein Raja Mekah yang mulai tergugat setelah kejatuhan Turki Uthmaniah. Tidak sampai setahun Saiyid Syeikh Abdullah al-Maghribi mengajar di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Perak, pada 1928 M beliau terpaksa berpindah kerana fahaman agama Islam yang dibawanya dianggap termasuk golongan Kaum Muda sedangkan di madrasah tersebut masih ramai yang faham sangat tentang selok-belok Kaum Tua. Informasi yang lain menyebut bahawa Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Perak itu diasaskan oleh Saiyid Abdullah al-Maghribi dan beliau menjadi mudir madrasah itu (1928-1932 M). Pada tahun 1934 M didirikan pula Madrasah ad-Diniyah di Kampung Lalang di Perak. Selanjutnya pada 1935 M Saiyid Abdullah al-Maghribi mengasaskan madrasah sendiri yang dinamakan Madrasah Al-Huda di Pulau Pinang. PENULISAN Bagi saya, pengesanan awal ketokohan seseorang sama ada ia berasal dari dunia Melayu sendiri ataupun dari luar adalah melalui penulisannya. Demikianlah juga dengan ulama yang sedang dibicarakan ini. Pertama kali saya mengetahui nama beliau adalah melalui sebuah karya yang berjudul Kitab Munir al-Afham Pada Menyatakan Syarah Bulugh Al-Maram (jilid 1). Tidak terdapat tahun penulisan. Dicetak oleh Al-Huda Press, 27, Cholia Street, Penang. Dicatatkan, ‘Telah didaftar di bawah nombor 873-1211-1936’. Dalam kitab tersebut ada dicatatkan maklumat ringkas tentang pengarangnya sebagai berikut: ‘Al-Allamah al-Fadhil wa al-Muhaqqiq al-Kamil Tuan Syeikh Abdullah al-Maghribi, seorang daripada ulama Mekah al-Mukarramah dan tuan empunya Madrasah al-Huda ad-Diniyah bagi laki-laki dan perempuan’. Pada halaman akhir diiklankan dua buah karya ulama tersebut iaitu Kitab Pada Menyatakan Tafsir al-Quran dan Kitab Pada Menyatakan Perjalanan Nabi s.a.w.. Tanpa melengah-lengahkan masa tentang data kitab tersebut, saya catat nota dalam buku yang sedang saya susun iaitu Katalog Besar Persuratan Melayu. Kandungan garis besarnya berdasarkan katalog yang saya tulis itu yang membicarakan segala dalil-dalil hukum syariat agama Islam bagi mazhab yang empat daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. Daripada maklumat di atas dapat diambil kesimpulan bahawa Saiyid Abdullah al-Maghribi adalah berbangsa Arab tetapi berkemampuan menulis dalam bahasa Melayu yang berkembang pada zaman itu. Yang dibicarakan dalam penulisan tersebut adalah mengenai hadis, iaitu syarah kitab Bulugh Al-Maram karya Syeikh Ibnu Hajar al-Asqallani. Selain menulis tentang hadis, ulama Arab kelahiran Libya tersebut juga menulis tafsir al-Quran dan sirah Nabi Muhammad s.a.w. juga dalam bahasa Melayu. Menerusi maklumat yang lain nampaknya beliau tekun dan rajin mengikuti perkembangan penulisan dalam bahasa Melayu kerana aktif dalam PASPAM (Persaudaraan Sahabat Pena Melayu). Dalam beberapa terbitan PASPAM terdapat tulisan beliau. Beberapa tulisan dan pendapat yang menyebut bahawa Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah didirikan atau ditubuhkan oleh Saiyid Sheikh al-Hadi pada 1919 M perlu diselidiki kembali. Saya lebih menyetujui pendapat yang menyebut bahawa Saiyid Sheikh al-Hadi mereformasikan madrasah yang tersebut. Berdasarkan informasi yang telah ditulis orang, institusi tersebut telah wujud sejak 1914 M dan dinamakan demikian kerana mengambil sempena nama Saiyid Ahmad al-Masyhur, iaitu salah seorang ahli jawatankuasa madrasah tersebut yang besar pengaruhnya di Pulau Pinang. Daripada bahan yang belum saya jumpai dalam penulisan, tetapi cerita yang bersambung daripada salah seorang keturunan murid dan anak angkat pendiri madrasah tersebut, dia menyebut bahawa Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah Pulau Pinang adalah didirikan oleh orang-orang Arab. Yang terpenting di antara pendirinya ialah ulama bernama Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri al-Faqih al-Makki. Barangkali beliau inilah yang dimaksudkan oleh Prof. Dr. Mohd. Sarim Mustajab dalam kertas kerjanya (10 April 2006, hlm. 2) bahawa di antara 20 orang yang hadir dalam mesyuarat pada 13 Rejab 1332 H/7 Jun 1914 M, terdapat nama Syed Manshuri. Setelah merintis jalan dan mengajar di madrasah di Pulau Pinang, Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri selanjutnya mendirikan sebuah madrasah yang dinamakan Madrasah Dar-al-Falah di Sungai Bakau Besar, Mempawah, Kalimantan Barat. Madrasah Seterusnya, Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri al-Faqih al-Makki mendirikan pula madrasah di Batu Raja, Palembang, Sumatera Selatan. Diriwayatkan pula bahawa bentuk bangunan Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah di Pulau Pinang, Madrasah Dar al-Falah di Sungai Bakau Besar, Mempawah, Kalimantan Barat dan Madrasah Batu Raja di Palembang, Sumatera Selatan adalah serupa. Sebelum tahun 1930-an Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri membawa beberapa anak angkat dan murid beliau dari Kalimantan Barat ke Madrasah Batu Raja, Palembang dan seterusnya ke Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang. Baik yang berasal dari Mempawah mahupun yang berasal dari Palembang ramai yang mengikut Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri kerana semua mereka akan diberi latihan khusus di Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang. Menurut riwayat, ketika itu Saiyid Abdullah al-Maghribi masih mengajar di madrasah tersebut. Antara yang ikut dalam rombongan Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri ketika itu ialah Haji Sulaiman bin Sa'ad. Haji Sulaiman bin Sa'ad setelah pulang dari Pulau Pinang mendirikan sebuah madrasah di Sungai Sahang dan Sungai Cina (nama sekarang Nusapati). Madrasah tersebut dinamakan Madrasah Taufiqiyah yang masih aktif sampai sekarang. Sumber ini diperoleh dari Mempawah yang saya yakin kerana ada beberapa bukti. Saya sendiri sempat mengajar di Madrasah Taufiqiyah pada 1972 hingga 1974. Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
 
Ilmu sharaf, nahu penting dalam Islam
04.17.06 (5:20 pm)   [edit]
ILMU sharaf dan ilmu nahu, kedua-duanya adalah asas paling penting bagi seseorang mendalami pelbagai ilmu dalam Islam. Ramai ulama berpendapat bahawa "ilmu sharaf adalah ibu ilmu" dan "ilmu nahu adalah bapa ilmu." Dalam artikel ini diperkenalkan beberapa judul ilmu sharaf yang ditulis oleh ulama yang berasal dari dunia Melayu. Mereka menyebarkan ilmu itu bukan saja pada peringkat lokal dunia Melayu, malah terserlah dan tersebar pada peringkat dunia antarabangsa. Ulama berasal dari dunia Melayu yang pertama menyusun ilmu sharaf dan karyanya diajar di pelbagai pondok di dunia Melayu ialah oleh Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani dan Syeikh Ahmad al-Fathani. Karya ilmu sharaf Syeikh Nawawi al-Bantani mengandungi dua naskhah iaitu ar-Riyadh al-Fuliyah (tanpa tarikh). Dicetak Mathba'ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Wan Sufyan, No. 1235 Kota Bharu, Kelantan, 30 Rejab 1351. Sebuah lagi ialah Al-Fushushul Yaqutiyah 'ala ar-Raudhah al-Bahiyah (tanpa tarikh). Dicetak oleh Mathba'ah al-Bahiyah bil Kahkain, Mesir, atas perbelanjaan Syeikh 'Abdul Ghani dan saudaranya Syeikh 'Abdul Ghaffar di pejabat Muhammad Afandi Mushthafa dan syarikat. Cetakan pertama pada Syaaban 1299, ditashhih oleh Ahmad bin Mushthafa. Sheikh Ahmad al-Fathani menyusun ilmu sharaf sekurang-kurangnya lima judul. Tiga judul ditulis dalam bahasa Arab tanpa terjemahan ke bahasa Melayu iaitu Abniyah al-Asma' wa al-Af'al, Matn al-Madkhal fi 'Ilm ash-Sharfi dan Al-Ibriz ash-Shirfi fi Fann ash-Sharfi. Penulisannya diselesaikan pada Isnin, 4 Jamadilawal 1308/16 Disember 1890. Dua judul dikarang dalam bahasa Arab dan diberi gantungan makna dalam bahasa Melayu iaitu 'Ilm ash-Sharf, diselesaikan penulisannya pada Isnin, 21 Syaaban 1317/25 Disember 1899 dan Matnu Dhamm wa Madkhal. Selain dinyatakan di atas, Syeikh Abi Hamid Muhammad bin al-Qadhi Muhammad Ilyas al-Jawi al-Qandali (Kendal, Jawa) juga menulis matan (teks) sharaf berjudul As-Sulsul al-Madkhal fi 'Ilm ash-Sharfi, tanpa dinyatakan tahun. Risalah ini ditashhih oleh Syeikh Muhammad az-Zahri al-Ghamrawi dan Syeikh 'Abdur Rahim bin Yusuf al-Azhari al-Hanafi. Pada bahagian lain dipuji oleh Syeikh 'Abdul Hamid Kudus dan Syeikh Ja'afar al-Bani. Dicetak oleh Mathba'ah Dar Ihya' al-Kitab l-'Arabiyah pada 1338 hijrah/1920 masihi dan Mathba'ah at-Taqaddum al-'Ilmiyah, awal Syawal 1345. Rasanya tidak kurang penting sebuah ilmu sharaf yang ditulis oleh Tok Kenali iaitu Madkhal Kamil fi 'Ilm ash-Sharfi. Ia diselesaikan pada 15 Rabiulawal 1351. Kitab ini juga karya tashhih mengenai ilmu sharaf yang dikatakan sebagai karya salah seorang ulama yang 'allamah. Kemungkinan maksudnya dari guru beliau, Syeikh Ahmad al-Fathani iaitu karya berjudul Abniyah al-Asma' wa al-Af'al. Dicetak oleh Mathba'ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan. Karya ilmu sharaf berupa syarah diselenggarakan oleh Syeikh 'Abdul Haq bin 'Abdul Mannan al-Bantani dengan judul Tadrij al-Adaniyi ila Qiraah Syarh as-Sa'adi 'ala Tashrif az-Zanjaniyi. Penulisannya bermula pada pertengahan Rabiulakhir 1319 dan selesai pada 12 Ramadan 1319. Kitab ini adalah syarah karya Syeikh Sa'aduddin Mas'ud ibnu 'Umar al-Qadhi at-Taftazani. Cetakan pertama Mathba'ah Dar Ihya' Al-Kutub Al-'Arabiyah, Mesir, Rabiulawal 1348. Syeikh 'Utsman Jalaluddin Penanti al-Kalantani adalah salah seorang murid Tok Kenali. Beliau menyambung penulisan Tok Kenali. Ada dua ilmu sharaf yang beliau susun. Pertama, Tathrif al-'Araf fi Tashrif ash-Sharaf, diselesaikan pada 23 Zulhijah 1354/15 Februari 1935. Cetakan pertama Mathba'ah Persama, 83 Achen Street, Pulau Pinang pada 1354 hijrah. Cetakan kedua oleh percetakan yang sama pada 1358 hijrah dijadikan dua juzuk (bahagian). Juzuk pertama dan kedua dalam satu jilid. Juzuk ketiga dalam jilid yang lain. Karya ilmu sharaf Syeikh 'Utsman Jalaluddin yang kedua ialah asy-Syarhul Kabir, diselesaikan Sabtu, 16 Syaaban 1358/30 September 1939. Dicetak oleh Mathba'ah Persama, 83 Achen Street, Pulau Pinang, Ramadan 1358/Oktober 1939. Daripada dua karya ilmu sharaf Syeikh 'Utsman Jalaluddin seperti yang disebutkan di atas bererti ada persamaannya dengan Tuan Guru Abdullah Tahir. Kedua-duanya murid Tok Kenali yang meneruskan dan mengangkat nama gurunya. Wan Mohd Shaghir Abdullah
 
Taubat boleh sucikan batiniah daripada dosa
04.17.06 (5:17 pm)   [edit]
Justeru, kita hendaklah terus berikhtiar untuk tidak melakukannya lagi dengan berjanji kepada Allah dengan penuh keikhlasan. Inilah proses penyucian diri melalui taubat. Bertaubat adalah suatu kesedaran yang lahir dari dalam diri untuk menyucikan batiniah daripada dibelenggu dosa. Ia amat dituntut agama. Bahkan, wajib dilakukan sekiranya sering terlanjur dan amat banyak melakukan dosa dalam kehidupan seharian. Firman Allah bermaksud: “Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Tahrim, ayat 8) Taubat adalah syarat terpenting bagi seseorang untuk mengenali Allah secara lebih dekat. Orang yang insaf dengan bertaubat akan melahirkan kesedaran sebenar. Semakin menebal iman seseorang, maka sudah pasti akan semakin kenal dia dengan Tuhannya. Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap menurut petunjuk.” (Surah Toha, ayat 82) Firman Allah Taala dalam surah an-Nisa' ayat 17-18 bermaksud: "Tuhan hanya menerima taubat orang yang melakukan kejahatan kerana kebodohannya. Kemudian dia kembali dengan segera, di mana Tuhan akan menerima mereka kembali. Dan Tuhan itu maha mengetahui lagi maha bijaksana. Dan tidaklah diterima taubat orang yang mengerjakan kejahatan sehingga sampai saat kematiannya. Maka berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini (sedang taubat itu sudah terlambat).
 
Rasul jernihkan hidup manusia kufur
04.17.06 (5:16 pm)   [edit]
JASA dan perjuangan Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah Islam kepada umat manusia sehingga kepada kita hari ini perlu diingati, diinsafi dan disyukuri sepanjang masa. Dengannya kita dapat mengecapi dan menikmati apa itu iman dan Islam yang sebenarnya. Kenapa kita perlu memperingati Nabi Muhammad SAW? Sebagai orang beriman, pasti tersemat pelbagai jawapan mengenainya. Ungkapan "Adakah kamu melihat matahari memancarkan sinarnya selepas malam menggelapkan bumi? Adakah kamu melihat cahaya yang menerangi di sebalik awan hitam yang menutupi ruang angkasa?" Dua persoalan ini adalah perumpamaan gambaran umum yang dapat disingkap mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kelahiran Baginda untuk menjernihkan kehidupan manusia daripada kegelapan (kufur) kepada sinar cahaya (iman) dan daripada kejahilan kepada tamadun keilmuwan. Firman Allah bermaksud: “Wahai Ahli-ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad SAW) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. “Dengan (al-Quran) itu Allah tunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka daripada gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang, dengan izin-Nya, dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka jalan yang lurus." (Surah al-Maidah ayat 15 - 16). Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, manusia hanya tahu saling bermusuhan dan bercakaran di antara satu sama lain. Mereka juga sentiasa memikirkan cara untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu. Kelahiran Baginda adalah langkah pembaharuan dalam hidup manusia iaitu memberi hak untuk hidup kepada setiap manusia yang dilahirkan ketika masyarakatnya membunuh kanak-kanak perempuan. Begitu juga memulihkan fahaman syirik kepada Allah kepada pegangan akidah yang suci dan murni terhadap Yang Maha Kuasa. Baginda turut memperbetulkan sikap dan perangai buruk kepada akhlak yang terpuji. Kelahiran Nabi Muhammad SAW juga agenda besar dalam memuliakan insan dan mengembalikan karamatul insan sesuai dengan fitrah kejadiannya. Baginda diutus dengan risalah agung iaitu al-Quran yang menerangkan peranan manusia, mengajarkan umat manusia perkara yang menjadi kewajipan terhadap Penciptanya, diri dan keluarganya serta masyarakat. Kelahiran Baginda juga suatu pembaharuan bagi mendidik manusia kepada sistem pengurusan masa yang baik. Masyarakat jahiliah tidak tahu menghargai atau mengurus masa dengan baik. Kebanyakan mereka menghabiskan masa untuk mencari kemegahan dengan memperbanyakkan harta kekayaan dan zuriat keturunan serta suka berperang. Selepas diutuskan, Rasulullah SAW dengan syariat Islam yang indah ajarannya, mengajarkan umatnya supaya menghargai pentingnya nikmat masa kurniaan Allah. Ini kerana setiap saat yang berlalu dalam umurnya akan diperhitung oleh Allah di akhirat kelak. Memperingati Nabi Muhammad SAW adalah cara untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah. Sesungguhnya kelahiran dan diutus sebagai Pesuruh Allah adalah suatu kurniaan yang amat besar daripada kurniaan-Nya yang lain. Rasulullah SAW adalah anugerah rahmat Allah ke atas alam ini. Firman Allah bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107). Oleh Mohd Zamri Shafie l Penulis ialah Imam Masjid Putra, Putrajaya
 
Syeikh Utsman Syihabuddin ulama Pontianak
04.16.06 (4:36 pm)   [edit]
DALAM buku saya tentang Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari telah saya tulis bahawa salah seorang anak ulama besar itu ada yang bernama Syihabuddin al-Banjari. Walau bagaimanapun hingga kini masih belum dapat keterangan yang jelas bahawa Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Banjari, dan kebanyakan menggunakan istilah ‘al-Funtiani’ pada hujung nama, apakah beliau cucu kepada ulama besar Banjar itu ataupun bukan. Yang jelas beliau berasal dari Banjar dari pihak sebelah ayahnya, dan ada riwayat dari sebelah ibunya pula berasal dari Karangan (Mempawah, bahagian hulu). Apa yang dimaksudkan dengan ‘al-Funtiani’ pula ialah Pontianak, kerana ayahnya tinggal di Pontianak, Kalimantan Barat. Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Banjari pula dilahirkan di Pontianak bukan tempat lainnya. Istilah ‘al-Funtiani’ pada konteks ulama yang diriwayatkan ini hendaklah dinisbahkan atau dibangsakan kepada ‘Pontianak’, kerana di kemudian hari jangan jadi keliru jika dinisbahkan atau dibangsakan kepada Pontian yang berada di Johor. Bagi saya adalah satu kekeliruan yang besar, yang ditulis oleh Martin van Bruinessen (sarjana yang berasal dari Belanda) dalam bukunya Tarekat Naqsyabandiyah Di Indonesia yang menyebut bahawa Syeikh Utsman dipanggil juga dengan ‘al-Sarawaki’ (lihat Tarekat Naqsyabandiyah, Penerbit Mizan, Bandung, Safar 1413/Ogos 1992, hlm. 120). Berlaku kekeliruan di sini kerana Syeikh Utsman bin Syihabuddin hanya menggunakan dua istilah saja dihujung nama ‘al-Funtiani’ ataupun ‘al-Banjari’. Yang memakai nama hujung dengan ‘As-Sarawaqi’ ialah Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi yang berasal dari Sarawak. Kedua-duanya betul bernama Utsman, tetapi seorang berasal dari Pontianak dan yang seorang lagi berasal dari Sarawak. Kedua-dua nama orang tuanya juga berbeza, yang berasal dari Pontianak ayahnya bernama Syihabuddin, sedang yang berasal dari Sarawak ayahnya bernama Abdul Wahhab. Kedua-dua ulama yang bernama Syeikh Utsman yang berasal dari Borneo/Kalimantan itu hidup sezaman dan sama-sama terkenal. Pendidikan Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani mendapat pendidikan awal dari lingkungan keluarga sendiri dan selanjutnya belajar kepada beberapa orang ulama di Pontianak. Di Pontianak pada zaman beliau masih kanak-kanak memang ramai ulama bangsa Arab terutama keturunan Saiyid. Bahasa Arab komunikasi sangat mudah diperoleh pada zaman itu kerana beberapa kampung di sekitar Istana Sultan Pontianak, terutama Kampung Arab dalam pergaulan lebih banyak menggunakan bahasa Arab jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa selainnya. Jadi Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani seorang yang fasih menggunakan bahasa Arab. Pendidikannya yang terakhir di Mekah, di antara gurunya ialah Saiyid Muhammad Shalih bin Abdur Rahman az-Zawawi (lahir 1246 H/ 1830 M, wafat 1308 H/1890 M), Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani, Saiyid 'Abdullah bin Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani (lahir 1230 H/1814 M, wafat 1315 H/1898 M) dan ramai lagi. Syeikh Abdul Hamid ad-Daghistani asy-Syarwani adalah ulama besar dalam Mazhab Syafie di Mekah, beliau yang tersebutlah yang menulis Hasyiyah Syarh at-Tuhfah Syeikh Ibni Hajar. Salah seorang anak beliau ialah Syeikh Mahmud bin Syeikh Abdul Hamid ad-Daghistani asy-Syarwani wafat di Pontianak pada 20 Jamadilakhir 1314 H, dimakamkan di Perkuburan Al-Marhum Pangeran Bendahara Syarif Ahmad Al-Qadri Pontianak. Ada pun Saiyid Abdullah az-Zawawi juga seorang ulama besar, Mufti Mazhab Syafie di Mekah. Beliau berhijrah ke dunia Melayu, mula-mula ke Riau dan akhirnya menjadi Mufti di kerajaan Pontianak. Tidak kurang hebat dan penting ulama kita dunia Melayu yang disebut oleh Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani yang beliau nyatakan pada halaman depan karyanya Tajul 'Arus, katanya, “Ini kitab karangan Syeikh Tajuddin bin Athaullah Askandari hamba gantikan lafaz Arabnya dengan lafaz Melayu. Sa-nya hamba tashhih (disahkan) kepada guru hamba Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani ...” Oleh sebab tahun lahir mahupun catatan tahun Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani mulai belajar di Mekah belum diketahui maka agak sukar menjejaki teman-teman yang seangkatan beliau yang sama-sama belajar kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani. Walau bagaimana pun saya berhasil menemui sepucuk surat yang beliau tulis di Mekah, pada hari Khamis, bulan Zulhijjah 1296 H bererti pada tarikh tersebut beliau telah berada di Mekah. Surat dari beliau itu ditujukan kepada Haji Sulaiman bin Haji Adam di negeri Sanggau, Kalimantan Barat. Surat yang ditulis di Mekah bulan Zulhijjah 1296 H telah mendahului semua karya beliau yang dimulai dengan Tajul 'Arus, yang diselesaikan pada 24 Ramadan 1304 H. Karya terakhir ialah Fat-hul Mutafakkirin, diselesaikan 16 Rejab 1324 H, di Taif. Dari tarikh yang tersebut kita dapat membanding dengan kemunculan ulama yang berasal dari Pontianak yang lainnya, yang sezaman dengan beliau, kemungkinan peringkat murid beliau, bukan sebagai sahabat. Ulama Pontianak yang terkenal yang dianggap peringkat murid Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani ialah Syeikh Husein bin Sulaiman al-Funtiani, karyanya yang terawal ditulis tahun 1316 H dan karya terakhir ditulis tahun 1321 H. Penulisan Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani adalah satu-satunya ulama Pontianak yang paling banyak karyanya yang tersebar di seluruh dunia Melayu, jika dibandingkan dengan ulama Pontianak yang lainnya. Bahkan beberapa judul di antaranya masih diajar di beberapa pengajian pondok tradisional dunia Melayu. Di bawah ini saya senaraikan 11 judul karangan beliau yang telah dijumpai iaitu; 1. Tajul 'Arus, diselesaikan 24 Ramadan 1304 H. Kandungannya mengenai tasawuf, merupakan terjemahan dari kitab At-Tanwir fi Isqathit Tadbir karangan Syeikh Ibnu Athaullah as-Sakandari. Terdapat banyak edisi cetakan di antaranya oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir, 1358 H/1939 M. Ditashhih oleh gurunya Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani. 2. Fat-hul Mekah, diselesaikan 1310 H. Kandungan mengenai sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bersama sahabat-sahabatnya dapat menaklukkan kota Mekah. Hanya terdapat satu edisi cetakan oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 17 Safar 1311 H. Ditashhih oleh Syeikh Abdur Rahman Gudang bin Syeikh Muhammad Ali bin Syeikh Ismail al-Fathani. 3. Tanwirul Qulub fi Isqati Tadbiril 'Uyub, diselesaikan 12 Sya'ban 1311 H. Kandungan mengenai tasawuf, merupakan terjemahan dari kitab At-Tanwir fi Isqatit Tadbir karangan Syeikh Ibnu Athaullah as-Sakandari. Masih diajarkan di beberapa pondok pengajian tradisional. Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 15 Ramadan 1311 H. Dicetak pula oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir, Sya'ban, 1343 H. Dicetak pula oleh percetakan yang sama tahun 1353 H/1934 M. Cetakan mutakhir ditashhih oleh Syeikh Abdullah bin Ibrahim Kedah, juga terdapat tashhihan Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi al-Azhari. 4. Risalah Tafsir Surah Yasin, diselesaikan 12 Rabiulakhir 1312 H, di Mekah. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah al-Miriyah Mekah, 1330 H. Kandungan merupakan terjemahan dan tafsir surah Yasin yang dipetik daripada Tafsir Jamal dan Tafsir Jalalain. Risalah Tafsir Surah Yasin ini adalah penting, kerana banyak isu semasa dalam masyarakat sekarang, ada golongan yang membidaahkan membaca surah Yasin, terjawab dalam kitab tersebut. Sebagai contoh yang dibidaahkan, bahawa bidaah membaca surah Yasin malam Jumaat. Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani menulis hadis lengkap dengan lafaz Arabnya, lalu beliau terjemah, “Barang siapa membaca ia akan surah Yasin pada malam Jumaat, nescaya ber-Subuh-Subuh ia diampun baginya [oleh] Allah.” 5. Ashal Khutbah, tidak diketahui tarikh selesai penulisan kerana beberapa halaman bahagian akhir belum ditemui. Kandungan membicarakan berbagai-bagai bentuk khutbah yang ditulis dalam bahasa Arab yang diberi gantungan maknanya dalam bahasa Melayu. Tebal (halaman yang dijumpai) 318 halaman. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1314 H. 6. Judul sebenar belum diketahui kerana hanya dijumpai mulai halaman sembilan hingga halaman akhir, iaitu halaman 16. Pada halaman akhir terdapat nama Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani sebagai pengarangnya. Diselesaikan pada hari Ahad, 19 Syaaban 1317 H, di Mekah. Kandungan membicarakan permasalahan ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. 7. Fadhilat Mekah Dan Adab Ziarah Madinah Dan Fadhilat Negeri Thaif, diselesaikan 30 Rabiulawal 1319 H. Kandungan menceritakan keadaan Mekah, Madinah dan Thaif. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah al-Miriyah al- Kainah, Mekah, 1319 H. 8. Nurul Anwar, diselesaikan 16 Rejab 1324 H. Kandungan membicarakan peperangan Nabi Muhammad s.a.w. sesudah hijrah, peperangan Saiyidina Ali sesudah menjadi khalifah Islam, dan lain-lain. Rujukan utama penyusunan kitab ini ialah Nurul Abshar. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah Mekah, 1324 H 9. Fat-hul Mutafakkirin Supaya Bertempat Iman dan Yaqin, diselesaikan 16 Rejab 1324 H, di Taif. Kandungan membicarakan tafsir beberapa ayat al-Quran yang bersangkutan dengan tasawuf. Dipetik dari karya Saiyid Ahmad Zaini Dahlan daripada hadis Jami'us Shaghir as-Suyuthi. Cetakan yang pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 24 Ramadan 1324 H. Dicetak pula oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir, Shafar 1349 H. Cetakan yang pertama ditashhih oleh pengarangnya sendiri. Cetakan lanjutan ditashhih oleh Syeikh Ahmad Sa'ad al-Filfulani dan Syeikh Abdullah Ibrahim al-Qad-hi (Kedah). 10. Risalah Bergantung Maknanya Di Bawahnya Maulid al-Barzanji, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Kandungan merupakan Kitab Barzanji bergantung makna dalam bahasa Melayu. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Miriyah, Mekah al-Mahmiyah, 1324 H. 11. Irsyadul 'Ibad, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Kandungan merupakan terjemahan hadis Nabi s.a.w., petikan dari kitab Munabbihatul Qulub. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 13 Syawal 1324 H. Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
 
Ibu bapa perlu berganding bahu didik, tarbiah anak
04.16.06 (4:33 pm)   [edit]
SEBAGAI ayah dan ibu yang hatinya dipenuhi dengan limpahan rahmat Allah, kita menjadi orang yang paling kasih kepada anak. Begitu sebaliknya, apabila Allah SWT mencabut rahmat-Nya dari hati manusia. Dia akan berubah menjadi seorang yang kasar dan tiada belas kasihan. Bahkan, ada yang tidak bertanggungjawab dalam mengasuh anak-anak. Alhamdulillah, kita patut bersyukur jika wujud perasaan takut dan risau disebabkan perkembangan kehidupan anak. Percayalah juga bahawa perasaan itu saja tidak cukup untuk menyelamatkan mereka. Kadang-kadang kita berasa memenuhi segala kriteria seorang ibu atau bapa mithali. Tetapi, sebenarnya belum mengerahkan segala daya dan upaya untuk menjamin kesolehan anak. Kita terkejut mendengar anak saudara menghafal al-Quran beberapa juzuk, sedangkan anak sendiri masih belum habis belajar membaca Iqra'. Kita kagum melihat kejayaan anak orang lain dan pergaulan dalam rumah mereka yang mementingkan kerukunan dan akhlak baik, sifat lemah lembut dan bersopan santun, saling menghormati dan menyayangi. Bagaimana dengan anak kita? Mengapa anak selalu mempermainkan perasaan ibu bapa? Kita boleh bahagia dan sengsara disebabkan perbuatan mereka. Jika seorang manusia dikurniakan seorang anak, sebenarnya dia boleh membaca tingkah lakunya sendiri di dalam peribadi anaknya. Kerana ibu bapa adalah cermin hidup bagi seorang anak. Jika difahami konsep ini, kita akan berusaha untuk banyak bersabar dengan sikap anak. Mereka belajar daripada diri kita. Mereka membaca pemikiran dan perasaan ibu bapa dan secara tidak langsung mengikuti apa yang dilakukannya. Sebelum, memperbetulkan peribadi anak, eloklah perbaiki dulu apa yang cacat dalam diri sendiri. Ingatlah syaitan sentiasa menghasut supaya kita mengambil tindakan bodoh dalam menghadapi anak. Ramai ibu bapa terperangkap dalam nafsu amarah yang tidak terkendali ketika menghadapi kenakalan anak. Sikap sedemikian amat disukai syaitan. Akibatnya bertambah kesat perkataan yang masuk ke telinga. Bertambah biadab kita menghentam dan menghina, padahal di situlah mereka belajar bertindak. Begitulah hembusan syaitan yang meracuni keperibadian anak kita. Alangkah beratnya tanggungjawab ini. Anak dan cucu kita itulah nanti yang sebenarnya akan memastikan syariat Allah tetap terpelihara. Berdoalah dalam sujud yang panjang pada sepertiga malam: "Ya Allah! Jadikanlah mereka hamba-hamba-Mu yang menyembah-MU di atas bumi ini, jadikanlah mereka penerus risalah Nabi-Mu, penolong agama-Mu dan pemberi syafaat pada diri kami di dunia dan akhirat dan jauhkanlah mereka daripada gangguan syaitan yang terkutuk." Ujian ini perlu dihadapi bersama bukan terletak pada bahu salah seorang daripada ibu atau bapa. Ibu dan bapa saling berganding bahu. Didiklah mereka, ajarkan al-Quran, al-hadis, akhlak dan adab. Bekalkan ilmu dunia, tanamkan iman dan galakkan mereka beramal soleh. Bukan menengking dan mengarah saja. Bahkan, Islam mengajar kita untuk mentarbiah, menyelami perasaan dan jiwa serta mengubati kebencian dengan cinta dan memaafkan. Mendidik dengan cara mengajak bersama-sama melakukan apa yang dicita-citakan. Berwaspadalah dengan diri sendiri ketika berhadapan dengan anak. Ini kerana anda boleh berubah menjadi orang yang paling bodoh walaupun ijazah doktor falsafah dalam genggaman. Bodoh kerana tidak mahu memahami, tidak mahu bersabar, tidak mahu memaafkan dan tidak memberi peluang kali kedua. Bukankah mereka hanya anak yang belum sempurna ciri kemanusiaannya. Sedangkan kita adalah manusia dewasa yang lebih berakal dan matang. Sesungguhnya kesan cinta yang paling dirasakan oleh seorang anak adalah ketika dia menerima sentuhan pada hati, zahir dan dalam akal. Sentuhan itu mengandungi ilmu, nasihat dan pujian yang membangkitkan keperibadian. Jika anak dididik dengan kasih sayang, dia akan belajar menyayangi. Jika anak diajar dengan kekasaran, dia akan belajar melawan dengan kekerasan. Jika anak dihormati, dia akan menjadi orang yang berbudi. Jika anak dikeji, dia akan belajar mencaci. Jika anak dibohongi, dia turut belajar untuk memanipulasi. Jika anak diajar berdikari, dia akan membina integriti diri. Jika anak tidak dipeduli, dia menjadi keras hati dan pantang mengasihi. Semua ini adalah fitrah kehidupan insan yang hidup dengan cara belajar sesamanya. Hanya Allah yang memberi petunjuk ke jalan yang benar. Ikhtiar yang dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik hendaklah diiringi dengan berdoa kepada Allah supaya dikurniakan sebaik-baik anak yang soleh. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya. Yang demikian itu tidak akan mengurangi pahala mereka sedikit pun." (Hadis riwayat Muslim) Ibu bapa yang menyuruh anaknya beribadat, menggalakkan mereka belajar ilmu bermanfaat, memberi teladan baik dengan adab dan akhlak terpuji akan dibalas dengan pahala berterusan hingga ke dalam kubur. Kerana solat anak itu adalah berkat daripada jasa ibu bapanya yang mengajarkan. Demikian juga bacaan al-Quran, ilmu dan akhlaknya. Semuanya menjadi saham terbesar bagi mereka. INTI PATI Ibu bapa perlu banyak bersabar dalam memahami dan menangani kerenah anak. Ibu bapa memikul tanggungjawab yang amat besar dalam memastikan syariat Allah tetap terpelihara. Ibu bapa hendaklah sentiasa berwaspada dalam mendidik anak-anak kerana mereka mengambil contoh daripada amal dan perbuatan ibu bapa. Anak-anak hendaklah dididik dengan kasih sayang dan rasa hormat serta sentiasa berdoa untuk mereka. Ibu bapa yang menyuruh anaknya beribadat, menggalakkan mereka belajar ilmu bermanfaat, memberi teladan baik dengan adab dan akhlak terpuji akan dibalas dengan pahala berterusan hingga ke dalam kubur. Bersama Dr Juanda Jaya
 
Niat sembahyang serentak dengan takbiratulihram
04.13.06 (5:22 pm)   [edit]
Rukun (Ar.rukn) bererti tiang. Rukun sembahyang bererti asas sembahyang, di mana ia merangkumi amalan atau perbuatan juga perkataan yang dimulakan dengan takbir, iaitu Allahuakbar dan disudahi dengan salam, iaitu ``assalamualaikum warahmatullah''. Sekiranya rukun ini ditinggalkan, maka sembahyang yang dilakukan tidak sah. Niat bererti azam, atau tekad melakukan sesuatu, iaitu melakukan ibadah sembahyang yang disertakan dengan tindakan. Dalam sebuah hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a beliau berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda: Segala amalan ibadah itu hanya sah dengan niat dan setiap orang diberi ganjaran menurut apa yang diniatkan. Tempat niat sembahyang ialah dalam hati. Tidak wajib menyebut niat dengan lidah. Kitab al-Qaul Al-Mubin Fi akhtai `L-Musallin menjelaskan menyebut niat dengan kuat tidak wajib, juga tidak sunat, bahkan amalan menguatkan suara ketika berniat adalah bidaah, menyalahi syarat. Menurut Al-Qadi Abu Ar-Rabi Sulayman bin Umar Asy Syafie, berniat dengan suara yang kuat di belakang imam bukan daripada amalan sunah, bahkan makruh. Sekiranya apa yang dilakukan itu menyebabkan gangguan kepada orang lain, maka perbuatan itu adalah haram. Menurut Abu Abdullah Muhammad bin Al-Qasim At-Tunisiy al-Maliki, niat adalah amalan hati. Menguatkan suara ketika berniat adalah bidaah. Amalan ini boleh menyebabkan berlakunya was-was kepada orang lain. Niat sembahyang mesti dilakukan ketika takbiratulihram, iaitu ketika menyebut Allahuakbar serta niat dalam hati, dalam keadaan sama ada serentak atau lebih awal sedikit daripada sebutan ``Allahuakbar,'' tetapi sebutan serentak adalah lebih utama. Jelasnya niat wajib disertai dengan takbiratulihram. Di samping itu seseorang itu hendaklah berkasad untuk melakukan sembahyang, dengan menyebut jenis sembahyang yang hendak dilakukan, seperti sembahyang subuh atau sembahyang zuhur. Tidak sah niat dengan menyebut jenis sembahyang tertentu, tetapi apa yang dilakukan ialah sembahyang fardu yang lain, seperti berniat menyebut sembahyang maghrib, tetapi apa yang dilakukan ialah sembahyang isyak. Niat untuk menunaikan sembahyang seperti yang dijelaskan dinamakan qasd (kasad) menyebut fardu itu dinamakan ta'arrud, manakala menyebut ketentuan jenis sembahyang seperti sembahyang zuhur atau sembahyang asar dinamakan ta'yin (ketentuan). Kerana itu setiap niat sembahyang fardu mesti mengandungi kasad, ta'arrud dan ta'yin, contohnya seperti berniat: Aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala. Disunatkan berniat terdahulu sedikit daripada takbir. Tidak wajib berniat menyebut lillahitaala (kerana Allah Taala) kerana semua ibadah dilakukan semata-mata kerana Allah, tetapi digalakkan menyebutnya, untuk mengelakkan daripada perselisihan pendapat ulama yang berpendapat menyebutnya sebagai wajib, juga supaya tercapai maksud ikhlas iaitu melakukan sesuatu bukan kerana selain daripada Allah. Begitu juga tidak wajib menyebut bilangan rakaat. Walaupun demikian, sekiranya tersilap sebutan bilangan rakaat seperti menyebut sembahyang maghrib empat rakaat, maka sembahyang itu tidak sah. Begitu juga dengan menyebut ``qada'' atau ``tunai'' tidak wajib hukumnya, tetapi digalakkan. Lima waktu Pada sembahyang sunat yang dikaitkan dengan waktu, seperti sembahyang rawatib, atau sembahyang sunat yang dikaitkan dengan sebab, seperti sembahyang meminta hujan atau sembahyang gerhana, wajib ada padanya dua perkara ketika berniat iaitu (i) Adanya kasad, iaitu kasad sembahyang dan (ii) Ta'yin, seperti ta'yin (ketentuan) sunat sembahyang zuhur atau sembahyang sunat Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Bagi sembahyang sunat yang tidak dikaitkan dengan waktu, seperti sembahyang sunat tahiyat masjid atau sembahyang sunat wuduk, memadai dengan kasad sahaja, iaitu niat menunaikan sembahyang. Yang dimaksudkan sembahyang rawatib itu ialah sembahyang sunat yang mengiringi sembahyang lima waktu, sebelum atau sesudahnya. Ia terbahagi kepada dua iaitu (i) Rawatib muakkad iaitu sembahyang sunat dua rakaat sebelum subuh, dua rakaat sebelum zuhur, dua rakaat sebelum maghrib dan dua rakaat selepas isyak. Niat adalah salah satu daripada rukun sembahyang. Kerana itu, sekiranya timbul keraguan, sama ada seseorang itu telah berniat atau belum terbatallah sembahyang tersebut. Ketika memulakan sembahyang, baginda berdiri tegak, mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu mengucap ``Allahuakbar.'' Dijelaskan dalam hadis-hadis bahawa: i) Kedua-dua tangannya diangkat sejajar dengan kedudukan bahu. ii) Ada kalanya kedua-dua tangan itu diangkat sejajar dengan dua telinganya. Ada kalanya kedua-dua tangan diangkat setinggi dada ketika takbiratulihram, iii) Jari-jari tangan dalam keadaan lurus, tidak renggang dan tidak pula dikepal. iv) Kedua-dua tapak tangan dalam keadaan menghadap kiblat. Amalan menyebut ``Allahuakbar'' sambil mengangkat kedua-dua belah tangan ini dinamakan takbiratulihram. Hukum menyebut Allahuakbar adalah wajib. Takbiratulihram menurut imam Asy-Syafie dan kebanyakan ulama adalah rukun, iaitu sebahagian daripada sembahyang itu sendiri. Ketika itu, seseorang hendaklah memandang tempat sujudnya. Lafaz ini tidak boleh ditukar ganti, kerana ia adalah lafaz yang disyariatkan. Sekiranya tidak berupaya berbuat demikian, kerana tidak mempelajarinya atau tidak mengetahui bahasa Arab, seseorang itu hendaklah bertakbir menggunakan bahasa sendiri, berdasarkan firman Allah (al-Baqarah: 286): Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Tidak sah sembahyang menggunakan lafaz selain daripada ``Allahuakbar,'' seperti lafaz ``Allahu ajal,'' ``Allahu A'azz,'' ``Allahu `l-A'zam,'' atau lafaz yang lebih panjang seperti ``Allahu -jalilu `-azimu `-hakimu akbar.'' Menurut Imam Abu Hanifah sah sembahyang menggunakan lafaz-lafaz ini. Takbiratulihram atau lain-lain zikir yang disyariatkan dalam bacaan sembahyang tidak sah dilafazkan dengan lidah, kecuali dapat didengar oleh telinga orang yang terlibat. Sekiranya seseorang itu bisu, atau cacat lidah, ia hendaklah digerakkan menurut keupayaan iaitu dengan menggerakkan lidah, dua bibir atau daging anak lidah. Jelasnya, tidak sah takbir dengan bahasa lain selain bahasa Arab bagi mereka yang berupaya melafazkannya. Bagi orang yang tidak mampu, seperti yang dijelaskan, sah takbir dengan bahasa a'jamiy, iaitu bahasa selain bahasa Arab. Jika seseorang itu tidak belajar, maka tidak sah sembahyang, tanpa menyebut ``Allahuakbar'' kerana itu wajib baginya mengqada sembahyang. Takbiratulihram tidak perlu dibaca dengan panjang, tetapi pada takbiratul intiqal, iaitu takbir yang mengiringi perpindahan dari rukun fi'liy, menurut kaul yang asah, disunatkan memanjangkannya sehingga tiba kepada rukun fi'liy yang berikutnya. Sekiranya takbir itu dibaca dengan panjang, sama ada melibatkan takbiratulihram ketika berniat atau takbiratul intiqal atau dilakukan sebaliknya, berbeza daripada apa yang dijelaskan, demikian tidak memperoleh fadilat takbir. Huruf yang dibaca dengan panjang pada takbir ialah pada huruf ``lam'' yang kedua pada kalimah ``Allah.'' Rasulullah bersabda: Kunci sembahyang ialah bersuci, pengharamannya ialah takbir dan penghalalnya ialah memberi salam. Bermaksud anak kunci sembahyang itu ialah wuduk. Tanpa wuduk sembahyang tidak sah, tahrimnya, iaitu yang mengharamkan perbuatan yang dilarang dalam sembahyang seperti berkata-kata, makan minum itu ialah dengan takbir, atau bermula apabila takbir iaitu menghalalkannya, atau mengharuskan semula untuk melakukan sesuatu yang dilarang ketika sembahyang ialah dengan salam, iaitu dengan menyebut sekurang-kurangnya ``assalamualaikum.'' Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas ketika menyebut ``Allahuakbar'', seperti yang dijelaskan, iaitu sebelum takbir, selepas ataupun berserta dengan takbir. Amalan ini bersesuaian dengan amalan sunah Rasulullah, riwayat daripada Ibn Umar radiallahuanhu, beliau berkata, aku telah melihat Rasulullah apabila baginda berdiri hendak sembahyang, beliau mengangkat kedua-dua belah tangannya hingga kedua-duanya setentang dengan kedua-dua bahunya, begitulah yang baginda lakukan ketika bertakbir untuk rukuk, ketika mengangkat kepalanya bangkit dari rukuk sambil menyebut: Samiallahu-limanhamidah dan beliau tidak berbuat demikian ketika sujud. Setelah takbiratulihram, tangan kanan diletakkan di belakang tapak tangan kiri, pergelangan atau hasta tangan kiri. Kedua-dua belah tangan diletakkan pada bahagian dada atau di bawahnya dan menekannya erat-erat ke dada ketika sembahyang. Sunat bagi imam menguatkan suara ketika takbiratulihram dan lain-lain takbir agar dapat didengar oleh makmum, manakala makmum pula hendaklah membataskan suara takbirnya, iaitu sekira-kira dapat didengar oleh telinganya sendiri atau makmum sebelahnya. Sekiranya dilakukan sebaliknya, sembahyang yang dilakukan tetap sah.
 
Kematian bukan bererti kemusnahan
04.13.06 (5:15 pm)   [edit]
Kematian bukan bererti kemusnahan segala-galanya. Mati bermakna hilangnya nyawa daripada tubuh. Apabila nyawa itu berpisah daripada jasad, maka manusia atau apa makhluk pun akan mati, termasuk malaikat yang mengambil nyawa manusia, yang kekal hanya Allah s.w.t. Pada bangunan, lampu-lampu yang bergemerlapan itu seumpama nyawa. Apabila lampu-lampu itu padam, maka gelaplah bangunan. Sama seperti manusia apabila nyawa itu dicabut daripada tubuh, maka matilah tubuh berkenaan. Namun demikian roh yang wujud pada jasad manusia, yang membolehkan manusia itu bertindak, berfikir, mengimbangi antara yang baik dan buruk, melahirkan rasa gembira sedih, dan lain-lain, yang membezakan roh insani dan roh hayawani juga roh nabatiy tidak binasa biarpun ia berpisah daripada jasad. Roh ini diambil oleh malaikat. Dipersembahkan kepada Allah, diberi ganjaran baik atau jahat, bergantung kepada amalan baik atau jahat ketika seseorang itu hidup. Apabila seseorang itu mati, maka ketika itu ia berada di alam arwah atau alam barzakh. Dengan demikian maka roh itu tidak berada di alam fana, iaitu alam yang tidak kekal ini. Roh isteri saudara berada di alam arwah, sementara menantikan hari kiamat, yang hanya diketahui waktunya oleh Allah. Cinta seorang suami terhadap isteri atau isteri terhadap suaminya tidak semestinya terjalin rapat hasil daripada cinta yang berlaku sebelum perkahwinan. Ini berlaku kepada saudara. Dan ia bukan sesuatu yang luar biasa. Kesedihan yang dirasa akibat kematian orang yang dikasihi, lebih-lebih lagi dengan kematian isteri adalah sesuatu yang lumrah. Bezanya ialah setakat mana kebetahan diri seseorang itu menanggung rasa rindu yang datang mengasak dan menekan. Bagi seorang yang sensitif dan tidak menyangka kehadiran peristiwa sedemikian rupa, boleh menyebabkan bahawa kematian orang yang dikasihi itu sebenarnya tidak berlaku pada dirinya. Tidak dapat digambarkan kesedihan akibat kematian orang yang dikasihi, kecuali oleh mereka yang mengalaminya. Bagi seorang suami, isterilah orang yang akan menyambut kepulangannya setelah seharian berhempas pulas di tempat kerja, mendengar segala keluhan sambil bergurau senda di sepanjang hari ketika berada di rumah. Dialah yang menyediakan segala-galanya ketika di meja makan, di tempat tidur, pakaian yang hendak dipakai juga bekalan yang hendak dijadikan alas perut ketika bekerja. Segala-galanya lesap dalam usia yang begitu muda. Tidak ada orang yang menyambut ketika balik kerja. Tidak ada tempat bermanja juga bergurau senda. Di semua tempat, juga seluruh waktu. Semuanya ditanggung sendiri. Ketika inilah segala-galanya menjadi seumpama satu nostalgia yang menggamit-gamit untuk memanggil orang yang hakikatnya telah pergi. Sukar bagi manusia untuk menghargai anggota tubuh anugerah Allah seperti nikmat jari, gigi, kaki, tangan, mata, hidung dan sebagainya, kecuali apabila anggota berkenaan tidak berfungsi kerana kecederaan, sakit atau kehilangannya. Seseorang itu akan hanya tahu betapa besarnya nilai ruas jari telunjuk, apabila penghujung jari telunjuk itu membengkak kerana tersepit pintu kereta, menyebabkan seseorang itu tidak boleh menurunkan tandatangan, atau tugas yang dilakukan setiap hari. Begitu juga dengan gigi. Seseorang itu tidak akan dapat menghargai nikmat adanya gigi kecuali ketika sakit gigi, menyebabkan seseorang itu terpaksa menelan makanan biarpun masih belum lumat. Begitu juga halnya pada anggota lain, pada kaki, tangan, mata, hidung dan telinga. Kerana itulah setiap orang itu perlu bersyukur kepada Allah di atas anugerah yang tidak ada bandingannya, tidak boleh ditukar ganti dengan objek lain, sama seperti keperluan seorang isteri oleh si suami. Kehilangan dan jasanya akan lebih dihayati dan disedari setelah seseorang itu meninggal dunia. Dalam hadis Ibn Abd Barr, dinyatakan bahawa Rasulullah berkata: Seorang Muslim yang lalu pada kuburan saudaranya yang dikenali ketika hidup di dunia, kemudian memberi salam kepadanya, maka Allah akan mengembalikan salam tersebut kepadanya sehinggalah rohnya membalas salam yang diberi. Dalam sebuah hadis sahih Bukhari Muslim dari Ibn Abd Bar, dari Rasulullah dengan bentuk yang berbeza, disebutkan bahawa beliau telah berhenti pada satu tempat di mana syuhada Perang Badr disemadikan. Kemudian baginda memanggil nama-nama mereka: Wahai fulan bin si fulan, apakah kalian benar-benar mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kamu, sedangkan aku sendiri benar-benar telah mendapat apa yang telah dijanjikan untuk ku? Umar bertanya, ya Rasulullah, bagaimana tuan berbicara dengan mereka yang telah mati? Baginda menjawab: Demi Allah, kamu tidak lebih mendengar perbicaraanku daripada mereka. Cuma supaya mereka tidak berupaya menjawabnya. Abu Bakr Abdullah Muhammad bin Ubaid Abid Dunya, dalam kitabnya ``Al-Qubur, pada bab Makrifatu ``I-mauta bi-ziayarati `l-Ahya berkata: Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Al-Husain, dari Yahya bin Basthom Al-As-Jahdary berkata, aku telah bermimpi melihat Ashim Al-Jahdari yang telah meninggal dunia dua tahun lamanya. Aku bertanya kepadanya: Bukankah kamu telah mati? Dia menjawab ya! Di mana kamu sekarang berada? Dia menjawab: Sekarang aku berada di sebuah kebun dari kebun-kebun syurga. Berkumpul bersama teman-temanku dan setiap malam Jumaat serta paginya aku bersama teman-temanku datang menemui Abu Bakar bin Abdullah Al-Muzanni. Aku bertanya lagi, apakah yang berkumpul itu jasadmu atau roh-rohmu? Dia berkata: Roh-roh kami. Aku bertanya: Apakah kamu mengetahui setiap kali aku berziarah ke kuburmu? Dia menjawab: Ya. Kami tahu, dengan roh-roh kami terutamanya pada hari Jumaat petang dan Sabtu hingga terbenam matahari. Aku bertanya, mengapa tidak setiap hari? Dia menjawab, sebab hari Jumaat adalah paling utama. Al-Hafiz Abu Muhammad Abdul Haq Al-Asybily menyatakan bahawa Ibn Abdul Barr dalam hadisnya, dari Ibn Abbas dari Rasulullah ada bersabda mengenai mayat serta balasan salam orang yang menziarahinya menunjukkan bahawa mayat juga mendapat manfaat daripada bacaan Yasin yang dilakukan oleh mereka yang hidup. Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Aisyah dan lain-lainnya. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dari Abu Hurairah yang bermaksud: Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku, melainkan Allah menyampaikan kepada rohku hingga aku pun membalas salamnya. Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas ternyata bahawa kedatangan orang yang masih hidup ke kubur, diketahui oleh roh yang telah pergi, yang berada di alam arwah. Begitu juga dengan manfaat sedekah pahala oleh mereka yang hidup terhadap mereka yang telah meninggal, termasuk mereka yang kita kasihi. Dalam surah Ali-Imrah: 185 dijelaskan bahawa setiap yang berjiwa itu akan merasakan kematian. Makhluk yang berada di dunia pasti akan mati. Yang berada di alam malakut, di alam jabarut juga akan mati. Golongan pertama ialah anak Adam dan seluruh makhluk yang hidup. Golongan kedua ialah makhluk dan jin, sementara yang termasuk dalam kategori ketiga ialah para malaikat pilihan. Mereka ini adalah malaikat karabiyun, ruhaniyun dan malaikat yang menjaga Arasy dan malaikat yang memiliki mahkota keagungan. Mereka tetap mati biarpun mempunyai kedudukan yang begitu hampir dengan Allah. Kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah bukan menjadi penghalang daripada menerimanya, kerana itu tidak ada sebab kematian itu menjadi masalah berpanjangan seumpama tidak dapat diterima pemergiannya, biarpun tidak dapat dinafikan keperluan kasih sayang terhadap seorang isteri. Mengingati kematian sesuatu yang baik. Kesedihan kerana pemergian isteri yang dikasihi mempunyai rahsia-rahsia ilahiah yang tidak mudah difahami oleh manusia. Allah mahukan agar setiap makhluk yang beriman itu menerima qadak dan qadar Tuhan dengan rasa reda. Bala yang menimpa menghapuskan dosa-dosa seseorang, seumpama gugurnya daun-daun dari dahan kayu kering. Ada kalanya Allah mahukan maqam seseorang itu terletak di satu tahap tertentu yang lebih tinggi tetapi hamba berkenaan tidak berupaya mencapainya, kerana amalannya dan lain-lain keadaan yang menyekat. Namun Allah yang Maha Penyayang, mahukan hamba-Nya itu berada di tahap yang lebih tinggi di sisi-Nya. Kerana itu, untuk mencapai tahap atau maqam berkenaan, Allah menurunkan dugaan kepada hamba berkenaan seperti mengenakan penyakit atau kematian orang yang dikasihi. Dalam masa yang sama, Allah memberi kesabaran dan ketabahan lalu hamba berkenaan berupaya berhadapan dengan dugaan Allah, yang akhirnya Allah meletakkan hamba tadi pada maqam yang lebih tinggi daripada kedudukan yang sedia ada. Sesungguhnya Allah membalas ganjaran hamba yang sabar itu dengan ganjaran yang banyak, yang tidak dapat dihisab.
 
Al-Idrisi ahli geografi abad ke-12
04.13.06 (5:09 pm)   [edit]
AL-Idrisi telah menghasilkan buku dalam bidang geografi bertajuk Kitab Nazhat al-Mushlak fi Ikhtirak al-Afak. Ringkasan buku ini dalam bahasa Arab diterbitkan di Rom pada 1592M. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh dua orang Kristian Maronit dan diterbitkan di Rom pada 1619M. Tajuknya telah ditukar kepada Geographia Nubiensis. Dalam buku itu, al-Idrisi menggambarkan secara astronomi tempat letak sesuatu tempat di permukaan bumi. Ketika berada di Sisilia, Itali untuk melaksanakan program penelitian, pemerintah Sisilia, Roger II (1129-1140) yang berketurunan Normandia amat mengagumi keupayaan al-Idrisi. Kitab Nazhat al-Mushlak fi Ikhtirak al-Afak disusun atas dorongan Roger II dan kemudian karya itu lebih dikenali sebagai The Book of Roger. Buku ini pernah digambarkan sebagai sebuah deskripsi paling sempurna di dunia pada abad pertengahan. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Amedie Jaubert pada 1840M. Dalam The Book of Roger terdapat dua buku ringkasan. Buku pertama ialah Janiyal al-Azharar-Rawd al-Mi’tar yang ditemui pada 1893M oleh Vollers di Kaherah. Kedua, Kitab al-Jugghrafiyah al-Kuliyyah ay-Surat al-Ard yang ditemui oleh E-Griffini daripada sebuah koleksi peribadi di Tunisia. Lakaran peta yang sebahagiannya berwarna menghiasi teks ini yang boleh didapati dalam naskhah Little Idrisi di Istanbul. Beberapa penulis Barat menyatakan bahawa al-Idrisi atau nama penuhnya Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Abdullah bin Idrisi al-Ali bin Amrullah dilahirkan pada 493H/1100M di Cetua. Beliau dipercayai menuntut di Kordoba, Sepanyol dan Afrika Utara. Keadaan itulah yang menuntutnya menetap di Istana Roger II di Sisilia. Ibnu Basrun, seorang penyair Arab Sisilia dan teman karib al-Idrisi menyatakan bahawa Idrisi telah menulis karya biografi untuk William I iaitu Rawd al-Uns wa Nuzhat an-nafs. Menurut Reinaud dan Rommel, keterangan ini secara tidak langsung diperkukuh dengan kenyataan bahawa isi daripada kutipan al-Idrisi diberikan oleh Abu Fida’ dalam bukunya, Takwin al-Buldan, yang tidak ada kaitan dengan The Book of Roger. Pada awal abad ke-19, M.J. Horovits menemui sebuah naskhah al-Idrisi di Istanbul iaitu Uns al-Muhaj wa Rawd al-Fura. Dalam salah satu tulisannya, C.F. Seyhold menyatakan naskhah itu merupakan ringkasan karya geografi al-Idrisi yang kedua ditulis untuk William II. Sementara itu, J.H. Kramers berpendapat, ia merupakan intisari daripada buku Tje Idrisi yang ditulisnya pada 588H/1192M. Di samping itu, teks lengkap daripada buku The Book of Roger juga menjadi sebuah buku ringkasan dan pemotongan pada bahagian tertentu dilakukan tanpa alasan dan motif yang jelas. Ringkasan ini termasuk salah satu karya Arab sekular yang dicetak oleh Medici Press di Rom pada 1592M. Ia diberi tajuk Kitab Nuzhat al-Mushtak fi Dzikr al-Amsar wa al-Aktar wa al-Buldan wa al-Juzur wa al-Mayadin wa al-Afak. Edisi Medici ini lalu diterjemahkan ke dalam bahasa Itali pada 1600M oleh poligraf Itali, B.Baldi. Terjemahan ini masih tersimpan baik di Universiti Montpellier, Perancis. Pada 1619M, Marollites Gabriel Sionita dan Joannes Hesronita juga menterjemahkannya ke dalam bahasa Latin dan kemudian ia diterbitkan di Paris. Karya ringkasan berjudul Kitab al-Jami’li Asytat an-Nabat atau Kitab al-Mufradat ditemui oleh H.Ratter di Perpustakaan Fatih, Istanbul pada 1928. Walaupun buku tersebut kurang lengkap tetapi ia berjaya membuktikan penglibatan al-Idrisi yang mencipta ubat-ubatan. Buku itu diterjemah ke dalam 12 bahasa. Sebuah bibliografi terperinci dengan pengantar tentang karya-karya al-Idrisi diberikan oleh G.Oman dalam Notizie Bibliografis Chesul Georafo Arabo al-Idrisi (XII scolo) e Sulle sue Opere (1961). Catatan bibliografi al-Idrisi juga terdapat dalam Hajji Khalifa yang disunting oleh Flugel. Terjemahan lengkap dalam bahasa Perancis buku The Book of Roger yang diusahakan oleh P.A. Jaubert (Paris 1836-1840) telah diterbitkan dalam dua jilid.
 
Ketinggian darjat rasul terakhir
04.13.06 (4:50 pm)   [edit]
NABI Muhammad SAW adalah penutup nabi dan rasul. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Bukanlah Nabi Muhammad SAW itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada orang lelaki kamu, tetapi dia adalah rasul Allah dan kesudahan segala nabi. Dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Ahzab, ayat 40) Sekiranya ada pengakuan daripada individu tertentu bahawa dia adalah rasul dan nabi, maka pengakuan itu adalah palsu yang boleh membawa kepada kesesatan. Setiap orang beriman hendaklah menjauhkan daripada membuat pengakuan itu. Kedudukan Rasulullah SAW sebagai rasul terakhir dijelaskan dalam hadis bermaksud: “Perumpamaanku dan perumpamaan nabi adalah seperti seorang lelaki yang ingin mendirikan sebuah bangunan, lalu dia ingin menyempurnakan dan memperindahkannya kecuali dengan satu bahagian batanya lagi. Setiap orang yang memasukinya akan memandang dan berkata: Alangkah indahnya kecuali satu tempat bahagian bata ini dipenuhkan. Akulah satu bata itu. Nabi ditutup olehku.” (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi). Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang terakhir atau penutup bagi segala nabi dan rasul. Hadis di atas dikuatkan lagi dengan hadis lain bermaksud: “Aku diberi kelebihan ke atas nabi yang lain dalam enam hal: Aku diberi kalimah yang lengkap, aku ditolong dengan memberikan rasa gentar (kepada musuh), dihalalkan bagiku harta rampasan perang, dijadikan bagiku bumi sebagai masjid dan alat bersuci, aku diutus kepada seluruh makhluk dan nabi ditutup olehku.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah). Hadis itu turut menjelaskan lima lagi kelebihan Rasulullah SAW yang menunjukkan ketinggian Baginda di sisi Allah. Di atas kelebihan dan ketinggian ini, Allah dan malaikat berselawat ke atas Baginda. Allah memerintahkan supaya kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Firman-Nya bermaksud : “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan.” (Surah al-Ahzab, ayat 56) Ibn Abbas menjelaskan, selawat Allah adalah rahmat-Nya kepada Rasulullah SAW di sisi malaikat, manakala selawat malaikat pula adalah istighfar. Ada pun selawat orang Islam kepada Rasulullah SAW adalah pujian ke atas Baginda. Basyir b Sa'ad bertanya kepada Rasulullah SAW, bagaimanakah berselawat kepadamu. Baginda bersabda bermaksud: “Ya Allah, berselawatlah untuk Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Pemurah.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Jarir) Kepentingan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dapat dilihat apabila sebutan di atas perlu diucapkan di dalam tasyahhud dalam setiap solat. Ini bererti bahawa bagi seseorang Muslim yang mendirikan solat, mereka tidak akan meninggalkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Bukan saja di dalam solat, malah di dalam berdoa pun, umat Islam disaran berselawat ke atas Baginda selepas memuji Allah pada permulaan doa. Sesiapa yang tidak memuji Allah dan berselawat ke atas Baginda di dalam doa dianggap orang yang tergesa-gesa dalam doanya. Hal ini diceritakan oleh Fudhalah b Ubaid bahawa Rasulullah SAW mendengar seseorang berdoa selepas solatnya. Dia tidak memuji Allah dan tidak berselawat kepada Baginda. Maka, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Lelaki ini terlalu tergesa-gesa. Kemudian Baginda memanggilnya dan berkata kepadanya dan juga kepada yang lainnya: Jika salah seorang daripada kalian berdoa, maka mulakanlah dengan memuji Allah. Kemudian berselawatlah ke atas Nabi, kemudian berdoalah selepas itu apa yang engkau mahu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi). Mereka yang paling banyak selawatnya ke atas Rasulullah adalah orang yang paling utama di sisinya di akhirat kelak. Ini dijelaskan oleh Abdullah b Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Manusia yang paling utama bagiku pada hari kiamat kelak adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Sebaliknya, bagi mereka yang tidak berselawat kepadanya pula akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Bagi kerugian di dunia ini dijelaskan oleh Ibn Abbas dengan berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang sesiapa yang lupa berselawat kepadaku, nescaya dia keliru menuju jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Ibn Majah). Kerugian di akhirat pula dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada satu kaum yang duduk di dalam satu majlis, di mana mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan mereka akan mendapat kerugian pada hari akhirat kelak.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus Penulis ialah pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
Sunnah Rasulullah pedoman manusia
04.11.06 (10:28 pm)   [edit]
SELURUH cendekiawan, ahli agama, pemikir dan pemimpin sama ada beragama Islam atau bukan Islam mengakui Nabi Muhammad sebagai ‘The Saviour of Humanity’ (Penyelamat Manusia Sejagat). Rasulullah juga digelar pemimpin agung sepanjang zaman dan paling sempurna akhlak. Pengiktirafan itu hasil penelitian terhadap sumbangan besar Nabi Muhammad dalam membentuk masyarakat sempurna dan syumul yang tidak ada batasan geografi dan zaman. Tidak ada individu lain yang mampu mencapai status seperti dicapai Baginda. Kesempurnaan akhlak, kepemimpinan dan ajaran yang dibawakan Nabi Muhammad diakui oleh Allah. Rasulullah dijadikan ikutan bagi sesiapa yang mengharapkan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Nabi Muhammad memiliki peribadi yang terlalu agung. Sebab itu, Baginda diberikan gelaran al-Amin oleh masyarakat Makkah, yakni lambang kebenaran dan kesempurnaan pekerti. Penghormatan itu diterima ketika Baginda berusia belia dan belum diangkat menjadi rasul. Nabi Muhammad membawa risalah Islam yang syumul. Risalah yang dibawa Rasulullah bukan setakat berkaitan tauhid kepercayaan kepada Allah. Bahkan, ia membawa pakej sempurna kehidupan manusia. Hasilnya ajaran dibawakan Nabi Muhammad berjaya merubah kehidupan manusia secara rohani, fizikal dan intelektual. Revolusi perubahan berjaya membawa manusia daripada dunia kegelapan kepada cahaya kebenaran. Nabi Muhammad mengajar manusia mengenai ketuhanan, kebenaran, keadilan dan kebahagiaan hidup. Baginda menunjukkan cara hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Setiap ajaran dan amalan Rasulullah adalah sunnah yang perlu diterapkan dalam kehidupan setiap Muslim. Kejayaan dalam apa juga yang dilakukan mampu dicapai sekiranya melakukan seperti diajarkan Rasulullah. Kejayaan hidup sahabat adalah hasil perasaan kasih dan sayang kepada Rasulullah. Sahabat sentiasa bersama Rasulullah dan mempelajari apa yang perlu dilakukan sebagai seorang Muslim berjaya di dunia dan akhirat. Mereka sentiasa menyatakan kesanggupan untuk berjuang bersama-sama Rasulullah. Kecintaan sahabat terhadap Baginda mengatasi segala-galanya. Kecintaan yang mendalam terhadap Rasulullah melahirkan pengikut yang setia. Mereka patuh segala ajaran yang disampaikan. Apa yang dilakukan dan diperkatakan Rasulullah dipatuhi sepenuhnya. Hasil kepatuhan dan kecintaan itu melahirkan umat Islam yang kuat dan menjadi contoh kepada umat lain. Sebab itu, Islam dapat berkembang dengan cepat dan berjaya merobohkan dua kerajaan besar iaitu Rom dan Parsi. Kejayaan dicapai umat Islam hasil didikan rohani dan jasmani yang dipimpin Rasulullah. Untuk memastikan iman sentiasa kuat dan sempurna, perasaan mencintai Nabi Muhammad sepenuh hati hendaklah sentiasa tertanam dalam jiwa kita. Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Kita hari ini tidak hidup bersama-sama Rasulullah. Apa yang ditinggalkan sebagai pedoman hidup adalah al-Quran dan sunnah. Sesiapa mencontohi kedua-duanya, samalah seperti hidup pada zaman Rasulullah, yakni dapat beramal seperti yang disampaikan sendiri oleh Baginda. INTI PATI Kesempurnaan akhlak, kepemimpinan dan ajaran yang dibawakan Nabi Muhammad diakui oleh Allah. Nabi Muhammad mengajar manusia mengenai ketuhanan, kebenaran, keadilan dan kebahagiaan hidup. Baginda menunjukkan cara hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Setiap ajaran dan amalan Rasulullah adalah sunnah yang perlu diterapkan dalam kehidupan setiap Muslim. Kejayaan dalam apa juga yang dilakukan mampu dicapai sekiranya melakukan seperti diajarkan Rasulullah. Untuk memastikan iman sentiasa kuat dan sempurna, perasaan mencintai Nabi Muhammad sepenuh hati hendaklah sentiasa tertanam dalam jiwa kita Oleh Lokman Ismail
 
Yahudi mengingkari Rasulullah kerana dengki
04.11.06 (10:20 pm)   [edit]
Syeikh Sya'rawi berkata: “Ayat yang mulia ini mengandungi peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas Peperangan Uhud. Dalam Peperangan Uhud, Rasulullah s.a.w. telah meminta kumpulan pemanah yang ditempatkan di sebuah bukit kecil supaya jangan turun sama ada orang Islam menang atau kalah.” Tetapi tatkala kemenangan hampir menjelma pada peringkat awal, sebahagian golongan pemanah terlupa arahan Rasulullah s.a.w. itu dan ingin menyertai rakan taulannya memungut harta ghanimah. Ini mengakibatkan mereka mengalami kekalahan. Walaupun begitu, golongan kuffar tidak mampu mentahqiqkan kemenangan yang mutlak iaitu menjajah kota Madinah dan kekal di sana. Sebaliknya mereka pulang ke Mekah. Apabila orang Islam ingin mencabar untuk kali kedua, mereka mendapati tiada orang. Dalam situasi seperti ini, orang Yahudi Madinah ingin mengambil kesempatan dengan cuba memujuk sahabat Nabi seperti Huzaifah bin al-Yaman, Tariq bin Yasir dan lain-lain. Tetapi mereka tidak berjaya. Dengan tegas mereka menjawab dan menolak pujukan tersebut. Antara lain kata `Ammar dalam jawapannya, “Sesungguhnya aku beriman dengan Allah sebagai Tuhan, aku beriman dengan Muhammad sebagai Rasul, aku beriman dengan Kitab sebagai penghulu, aku beriman dengan Kaabah sebagai kiblat, aku beriman bahawa seluruh orang beriman sebagai saudara dan sentiasalah aku dalam keadaan ini selama mana nyawa dikandung badan.” Rasulullah s.a.w. amat gembira dengan sikap mereka yang beriman. Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w.). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah: 109) Firman Allah, banyak di antara, betapa seninya ta'bir al-Quran apabila mengungkapkan min yang memberi makna sebahagian. Seolah-olah menyatakan sebahagian sahaja di kalangan mereka yang ingin memurtadkan orang beriman dari agama mereka. Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) iaitu terlalu banyak cita-cita dan angan- angan di kalangan Yahudi dan Kristian. Sebab turunnya ayat ini seperti mana kata Ibn al-Jauzi dalam kitabnya Zad al-Masir, “Bahawa Huyai bin Akhtab dan Abu Yasir, kedua-duanya bersungguh menghalang manusia daripada memeluk Islam. Lantas turunnya ayat ini.” Inilah pendapat Ibn Abbas. Al-Samarqandi dalam tafsirnya yang dikenali dengan Bahr al-`Ulum menyebut, ayat ini diturunkan tatkala orang Islam diuji dalam Peperangan Uhud, golongan Yahudi mengambil kesempatan memujuk Ammar bin Yasir dan Huzaifah bin al-Yaman seraya berkata: “Kamu telah terkena bala dan musibah. Justeru, eloklah kamu kembali kepada kami yang jauh lebih baik bagimu.” Lantas turunnya ayat ini. Inilah juga pendapat Muqatil. Bahawa Ka`ab bin al-Asyraf telah memaki Nabi s.a.w di samping mengajak dan menyeru kepada golongan kafir Quraisy dalam bentuk syairnya menentang Rasulullah s.a.w.. Golongan musyrikin dan Yahudi Madinah menyakiti Rasulullah ketika mula datangnya hijrah tetapi Nabi s.a.w. menyuruh supaya mengabaikan mereka. Kemudian turunnya ayat ini. Inilah pendapat Abdullah bin Ka`ab bin Malik. Adapun makna wadda ialah suka dan bercita-cita sedangkan maksud Ahli Kitab ialah golongan Yahudi. Suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman. Kalaulah mereka dapat menukarkanmu menjadi kufur selepas kamu beriman kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri Ini kerana sifat hasad mereka terhadapmu membawa mereka bernafsu jahat. Hal ini kerana hasad manusia tidak berlaku kecuali dirinya sendiri. Dan maknanya kasih sayang mereka atau sukanya mereka supaya kamu kufur. Ini daripada diri mereka. Bukan kebenaran. Dan makna hasad ialah suka supaya hilangnya nikmat daripada orang yang dihasad sekalipun penghasad tidak mendapatnya. Betapa bahayanya sifat ini disebut di dalam banyak kitab. Antaranya kitab Tanbih al-Ghafilin oleh al-Samarqandi, meriwayatkan daripada al-Hasan, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api memakan kayu.” Daripada Abd al-Rahman bin Mu`awiyah berkata, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Tiga jenis sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun prasangka buruk, hasad dan takut sial kerana sesuatu.” Lalu ditanya: Wahai Rasulullah, bagaimana untuk selamat daripada semua itu? Jawab Nabi s.a.w.: “Jika kamu hasad maka jangan kamu lanjutkan. Dan jika menyangka maka jangan kamu buktikan (jangan kamu cari-cari kenyataannya). Dan jika merasa takut dari sesuatu, maka teruskanlah (jangan mundur). Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kamu lahirkan dalam amal perbuatanmu, sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah memaafkan selama mana belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika suu' zan maka jangan kamu buktikan, jangan berusaha menyelidiki untuk mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was dalam hati, maka teruskan hajatmu dan jangan mundur.” Benci-membenci Daripada Abu Hurairah berkata, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Jangan benci-membenci dan jangan hasad- menghasad, dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain, dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara.” Seterusnya nasihat-nasihat sahabat dan ulama: Mu`awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya, “wahai anak, hati-hatilah (awaslah) daripada hasad dengki kerana itu akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu.” Abu al-Laith al-Samarqandi berkata: “tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasad, sebab penghasad itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasad.” 1. Risau hati yang tidak putus-putus. 2. Bala yang tidak berpahala. 3. Tercela yang tidak baik. 4. Dimurkai Tuhan. 5. Tertutup padanya pintu taufik.” Malik bin Dinar berkata, “saya dapat menerima persaksian orang qurra' terhadap siapapun, tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurra', sebab di antara mereka ada rasa iri hati dan hasad-menghasad.” Al-Ahnaf bin Qays berkata, “orang hasad tidak dapat senang, orang bakhil tidak berbudi, tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu, tidak ada kemanusiaan bagi pendusta, tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).” Seorang hakim (cendekiawan) berkata, “belum pernah saya melihat seseorang pun zalim menyerupai orang yang dianiayai daripada penghasad.” Muhammad bin Sirin bertanya, “saya tidak dapat menghasad orang atas sesuatu daripada dunia, jika dia ahli syurga, maka bagaimana saya akan iri hati padahal dia ahli syurga, dan jika dia ahli neraka maka untuk apa hasad terhadap orang yang bakal masuk ke neraka.” Al-Hasan al-Basri berkata, “hai anak Adam, mengapakah kamu iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah memberi sesuatu kepada orang yang kamu hasad itu kerana kemuliaannya di sisi Allah, maka untuk apakah kamu hasad kepada orang yang dimuliakan, jika tidak demikian maka untuk apakah kamu hasad kepada orang-orang yang akan masuk neraka.” Abu al-Laith al-Samarqandi berkata, “tiga jenis orang yang tidak akan diterima doanya. 1. Orang yang makan sesuatu yang haram. 2. Orang yang suka ghibah (menceritakan keburukan orang). 3. Siapa yang dalam hatinya ada hasad dengki atau iri hati terhadap kaum Muslimin.” Sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w.). Selepas daripada zahir segala bukti yang kukuh bahawa agamamu adalah yang sebenarnya. Itulah pengaruh hasad dengki di jiwa mereka. Ia menimbulkan keinginan merampas kebaikan orang lain. Mengapa? Mereka berbuat demikian bukan kerana jiwa mereka yang jahat itu tidak mengetahui tetapi mereka berbuat begitu kerana mereka benar-benar mengetahui. Hasad dengki ialah perasaan hitam yang hina yang melimpah dalam jiwa kaum Yahudi terhadap Islam dan kaum muslimin dan perasaan ini masih terus melimpah. Perasaan inilah yang melahirkan semua komplot dan perancangan-perancangan jahat kaum Yahudi yang berterusan. Al-Quran mendedahkan motif hasad ini kepada kaum Muslimin supaya mereka tahu dan menyedari bahawa hasad dengki itulah punca yang wujud di belakang setiap usaha kaum Yahudi yang mahu menggugat akidah dalam jiwa mereka dan mengembalikan mereka selepas itu kepada kekufuran seperti mereka, sedangkan kaum Muslimin telah diselamatkan Allah daripada kekufuran dengan keimanan. Oleh kerana itu Allah menganugerahkan kepada mereka sebesar-besar kurnia dan semulia-mulia nikmat yang dicemburui oleh kaum Yahudi. Di sini, di saat terdedahnya hakikat ini dan ketaranya niat jahat dan hasad dengki yang hina ini - al-Quran menyeru orang yang beriman supaya jangan membalas hasad dengki mereka dengan hasad dengki juga, kejahatan mereka dengan kejahatan yang setimpal, ia menyeru mereka supaya memberi kemaafan kepada mereka sehingga diputuskan Allah pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. - DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah di Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Pameran Manifestasi Jawi pamer 100 bahan artifak
04.05.06 (5:21 pm)   [edit]
“KEMATIAN adalah pintu menuju penderitaan dan kubur itu adalah keranda untuk mengalami seksaan”. Kata-kata yang penuh makna ini ditemui pada bahagian penampang tepi sebatang batu nisan milik Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I dari Kesultanan Johor Lama). Jika batu nisan tersebut berjaya menarik perhatian, begitu juga tarikan yang terdapat pada hampir 100 bahan artifak bersejarah pada Pameran Manifestasi Jawi di Galeri 2, Muzium Negara, Kuala Lumpur yang berakhir semalam. Pameran anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Perpustakaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah berlangsung sejak 6 Mac lalu. Kesemua bahan artifak yang dirakam dalam pelbagai bentuk dan medium itu mampu ‘menceritakan’ kepada pengunjung mengenai tulisan Jawi dan kekuatan tulisan itu dalam menempuh gelombang sejarahnya seawal abad ke 13 hinggalah ke hari ini. Jika evolusi bahasa dan persuratan di alam Melayu hari ini menampakkan penguasaan tulisan Rumi namun semua itu tidak dapat menafikan mengenai kekuatan tulisan Jawi yang mampu membina ketamadunan Melayu, terutama sebagai bahasa yang begitu tersohor pada masa lampau. Bagi yang berpeluang menyaksikannya, sudah pasti mereka menyedari masih banyak yang ‘baru’ mengenai Jawi yang boleh dipelajari untuk mengubah perspektif diri dan melakukan respons terhadap tulisan itu. Namun pengucapan penting dari pameran tersebut mengenai tulisan Jawi yang berasal daripada tulisan Arab itu memberikan makna yang jelas ia mempunyai kaitan rapat dengan agama yang menjadi anutan rasmi di negara ini, iaitu Islam. Implikasi Malah sesetengah menganggap tulisan Jawi meniupkan lagi roh, semangat dan spiritual Islam itu sendiri terhadap umatnya. Maka tentunya ada implikasi tertentu terhadap penghayatan agama itu andai tulisan ini dikesampingkan. Setiausaha Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Profesor Madya Dr. Dzulhaimi Md. Zain dari Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) berkata, evolusi yang dicapai daripada tulisan Arab tidak sahaja dilihat pada tulisan Jawi yang diamalkan di alam Melayu. “Bahasa Parsi di Iran misalnya memperlihatkan tulisannya yang berasal dari Arab atau lebih tepat berbentuk Jawi. Begitu juga bahasa Urdu yang diguna pakai dengan begitu meluas di Pakistan dan India juga berbentuk Jawi. “Manakala Bahasa Urgur di beberapa wilayah utama di negara China, berasal daripada pengaruh Turki dan Arab, sekali lagi ada elemen Jawi di situ. “Cuma tulisan Jawi di alam Melayu tidak kuat bertahan sebagaimana Parsi, Urdhu dan Urgur, yang langsung tidak terhakis dek peredaran masa malah menjadi jati diri yang begitu dibanggakan oleh individu yang mengamalkannya,’’ katanya dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia, baru-baru ini. Menurutnya lagi, tulisan Jawi adalah tulisan dan bahasa ilmu masyarakat Melayu kerana kemampuannya menyentuh perkara yang nyata hinggalah kepada yang mujarad (abstrak). “Jika hilang tulisan itu, tidak mustahil ilmu juga akan hilang dan menjejaskan warisan dan budaya kita,’’ katanya. Menurutnya lagi, pameran ini tidak bertujuan menjadikan tulisan Jawi hanya tinggal sebagai bahan sejarah dan bahan tontonan orang ramai semata-mata. “Melahirkan kekaguman terhadap bangsa sendiri dan semoga ada usaha berpanjangan untuk terus menghidupkan tulisan Jawi walau apa juga rintangan, semuanya bermula di sini,’’ ujarnya. Oleh SITI AINIZA KAMSARI
 
Kematian adalah ketentuan Allah s.w.t.
04.03.06 (6:21 pm)   [edit]
DAN Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berpaling tadah menjadi kafir?) dan ingatlah, sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu.) (Ali-Imran: 144) HURAIAN Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Begitulah juga yang juga yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w., di mana baginda juga adalah seorang rasul yang sama seperti rasul yang sebelumnya telah mati atau terbunuh seperti Nabi Musa yang telah wafat dan Nabi Zakaria dan Isa yang telah dibunuh. Namun kita pasti berpegang teguh dengan agama walaupun rasul yang telah membawa risalah telah mati atau di bunuh kerana rasul juga manusia seperti nabi-nabi yang lain. Mereka ada tugas yang akan selesai sebelum meninggal dunia. Namun orang-orang yang berpaling dengan kembali kepada kekufuran kerana kelemahan iman mereka, ia sedikit pun tidak memberi kesan atau mudarat kepada Allah s.w.t. dari tindakan itu. Bahkan ia akan memudaratkan dirinya sendiri kerana mereka akan dibalas dengan seksaan api neraka akibat perbuatan mereka itu. Seterusnya Allah s.w.t. akan memberi balasan pahala kepada mereka yang syukur di atas nikmatnya. Iaitu mereka yang taat perintahnya, berjuang untuk agamanya dan pengikutnya samaada ketika baginda masih hidup atau telah wafat. Mereka ini di beri rahmat dan fadhilat-Nya di dunia dan di akhirat di atas kesyukuran dan amalan mereka. KESIMPULAN Nabi Muhammad merupakan seorang manusia yang juga wafat seperti mana semua makhluk yang bernyawa yang lain. Namun orang Islam ditentukan agar berpegang teguh dengan risalah Nabi Muhammad s.a.w. walaupun Baginda sudah tiada lagi. Dengan itu Allah akan memberi balasan sebaiknya kepada mereka yang sentiasa syukur di atas semua nikmat-Nya. - Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
 
Ensiklopedia Nusantara: Matn al-Ajrumiyah rujukan pondok dunia Melayu
04.03.06 (5:37 pm)   [edit]
MATAN (teks) ilmu nahu yang paling terkenal di seluruh dunia Islam ialah ‘Matn al-Ajrumiyah’ yang disusun oleh Syeikh Muhammad bin Muhammad ash-Shanhaji. Beliau lahir di Fez, Maghribi pada 672 hijrah/1273 Masihi dan meninggal dunia pada 723 hijrah/1323 Masihi. Ada beberapa matan nahu yang diajar di pelbagai pondok dunia Melayu, tetapi tidak banyak mempunyai syarah. Matn al-'Awamil al-Jurjani hanya ada satu syarah, yang diusahakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Matn Alfiyah Ibni Malik tidak pernah disyarah oleh ulama Melayu. Matn ar-Risalah al-Fathaniyah oleh Syeikh Ahmad al-Fathani ada dua syarah. Ia disyarah oleh Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri dan syarah yang lain diusahakan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Ismail as-Sanawi al-Fathani. Berbeza dengan ‘Matn al-Ajrumiyah’, kitab ini disyarah oleh ramai ulama. Hampir semua syarah al-Ajrumiyah tidak asing lagi bagi tok guru pondok dan pelajar peringkat akhir pendidikan pondok. Antara paling terkenal dan banyak diajarkan ialah ‘Mukhtashar Jiddan’ oleh Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan. Begitu juga dengan ‘Kitab Kawakib ad-Durriyah’. Ulama dunia Melayu mempelbagaikan kitab Matn al-Ajrumiyah. Contohnya, Syeikh Ahmad al-Fathani mengubah bentuk yang asli kalam nasar (susunan kalimat biasa) menjadi kalam nazham (puisi) yang diberi judul "ats-Tsimarusy Syahiyah". Syeikh Ahmad al-Fathani tidak menulis syarah daripada Matn al-Ajrumiyah yang asli. Beliau juga menulis syarah daripada yang beliau nazamkan, namun tidak sempat selesai. Sebuah syarah al-Ajrumiyah yang ditulis oleh Syeikh 'Abdu Ilah bin 'Utsman, seorang Arab, berjudul ‘Kitab al-Kharidah al-Bahiyah’ yang ditashhih Syeikh Ahmad al-Fathani. Cetakan pertama oleh Mathba'ah at-Taraqqi al-Majidiyah, Makkah pada 1328 Hijrah. Pada cetakan pertama, ada syair Syeikh Ahmad al-Fathani. Ada juga ulama kita masih mengekalkan kalimat demi kalimat seperti pada Matn al-Ajrumiyah, tetapi pada bahagian bawah perkataan diberi gantungan maknanya ke dalam bahasa Melayu. Semua yang dipelbagaikan saya tinggalkan saja kerana artikel ini hanya menumpukan syarah kitab dalam beberapa versi yang diselenggarakan oleh ulama dunia Melayu. Syarah al-Ajrumiyah yang ada pada saya, yang paling awal dan tebal diselenggarakan Haji Muhammad Ma'shum bin Syeikh Salim as-Samarani as-Sapatoni, seorang ulama besar dari Semarang, Jawa Tengah. Kitab itu berjudul Hasyiyah ‘Tasywiq al-Khullan 'ala Syarh al-Ajrumiyah li Saiyid Ahmad Zaini Dahlan’ diselesaikan pada malam Jumaat, Jamadilakhir 1303/Mac 1885. Pada bahagian mukadimah dicatatkan beberapa karya gurunya Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan sedikit mengenai gurunya Saiyid Abi Bakri Syatha. Masih ada dalam pasaran kitab dan diajarkan di beberapa pondok-pesantren di Jawa. Dicetak oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, tanpa dinyatakan tahun cetakan. Lebih 20 tahun kemudian al-Ajrumiyah disyarah pula oleh Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani diberi judul "Janiyatus Tsamarat fi Ta'rifi Ba'dhil Kalimat". Ia diselesaikan di Makkah, Subuh Jumaat, awal Rabiulawal 1325/12 April 1907. Cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah 1325. Pada cetakan ini ada juga ilmu isti'arah, karya gurunya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Janiyatus Tsamarat pernah diajar di Masjid al-Haram, Makkah; Madrasah Shaulatiyah dan beberapa institusi pendidikan di Jambi. Daripada al-Ajrumiyah juga Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani menulis dalam bentuk atau bahasan yang berbeza dengan judul di atas. Karangan beliau yang baru mengandungi empat jilid iaitu ‘Tamhid al-Manahij al-Adabiyah fi I'rab Mabani al-Ajrumiyah’. Ia diselesaikan pada Isnin, 10 Zulkaedah 1352. Jilid 1 dan 2 dicetak oleh The New Klang Press, Klang pada Isnin, 11 Rejab 1352/30 Oktober 1933. Jilid 4, dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang. Kitab yang empat jilid itu pernah diajar di beberapa madrasah di Selangor pada zaman Tengku Mahmud Zuhdi sebagai Syeikh al-Islam Kerajaan Selangor. Syarah al-Ajrumiyah oleh Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani atau lebih dikenali Tok Kenali. Syarah al-Ajrumiyah" oleh Tok Kenali berjudul "Mulhiq li Miftah at- Ta'allum fi I'rab Matn al-Ajrumiyah wa al-Amtsilah 'ala Ratbih". Ia selesai ditulis pada 29 Syaaban 1354/25 November 1935. Kitab Tok Kenali itu dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang murid beliau, Tuan Guru Haji 'Abdullah Tahir bin Ahmad, Bunut Payung, Kelantan. Dicetak oleh Persama Press, 83 Achen Street, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru 'Abdullah Tahir bin Ahmad bin Muhammad Zain, 9 Safar 1356. Kitab susunan Tok Kenali ini pernah diajar di beberapa pondok pengajian yang dibina oleh murid Tok Kenali, terutama di seluruh Kelantan. Antaranya di Bunut Payung diajar oleh Tuan Guru Haji Abdullah Tahir. Apa yang dipaparkan di atas adalah sebagai bukti bahawa ulama kita, yang berasal dari dunia Melayu, menguasai ilmu Arabiah sehingga mampu mengulas ilmu nahu dan ilmu lainnya setaraf dengan ulama dari dunia Arab. Beberapa karya ulama kita yang dikenal pasti pernah diajar di dunia luar kawasan Melayu adalah oleh Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Muhammad Mahfuz at-Tarmasi dan Syeikh 'Abdul Hamid Kudus. Wan Mohd Shaghir Abdullah
 
Keinginan
04.02.06 (8:12 pm)   [edit]
Diberitakan oleh Abu Hurairah ra bahawa ramai orang bertanya kepada Rasulullah saw, tanya mereka, "Dapatkan kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?" Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama pada malam empat belas yang tak berawan." Jawab mereka, "Tidak ! Ya Rasulullah !" Tanya Rasulullah, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan?" Jawab mereka, "Tidak!" Sabda Nabi saw, "Sesunguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, 'Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka ia hendaklah mengikut sembahannya itu.' Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan, ada yang mengikut bermacam-macam thagut (berhala). Maka tinggalah umat Islam, termasuk orang-orang munafik. Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, 'Aku adalah Tuhanmu!' Jawab mereka, 'Kami akan tetap di sini sampai tuhan kami datang. Apabila tuhan kami datang, kami akan mengenalNya.' Maka datanglah Allah kepada mereka lalu berfirman, 'Aku tuhanmu !' Jawab mereka, 'Ya, Engkaulah tuhan kami.' Allah akan memanggil mereka dan sebuah jambatan akan dibentangkan merentasi neraka jahanam. Aku (Muhammad) adalah orang pertama di antara para rasul beserta umatnya yang mula-mula melintasinya. Tidak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para rasul. Doa mereka ketika itu adalah 'Ya Allah ! Selamatkan ! Selamatkan !' (Allahuma salim salim )" "Di dalam mereka jahanam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Sa'dan. Tahukah anda duri Sa'dan itu?" Jawab orang ramai, "Tahu !" Sabda Nabi saw, "Rupanya seperti duri kayu Sa'dan tetapi besarnya hanya Allah saw sahaja yang tahu. Manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh terkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian terlepas." "Apabila Allah swt, menghendaki akan rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing didahinya dengan tanda-tanda sujud. Allah swt mengharamkan api memakan tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh anak adam akan dimakan api kecuali bekas sujud." "Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus. Lalu menyiram mereka dengan air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka seperti tumbuhnya benih di tanah bekas banjir." "Setelah Allah swt mengadili mereka masih ada ketinggalan seorang antara surga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang akan masuk ke dalam syurga." "Dikala mukanya menghadap ke neraka dia mendoa, 'Wahai tuhanku ! Palingkanlah mukaku dari neraka ini. Baunya sungguh menyakitkan aku, dan panasnya membakarku.' Allah bertanyanya, 'Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain.' Jawabnya, 'Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi.' Maka diperkenakan oleh Allah permintaan tersebut dengan perjanjian tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka. Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke syurga dan dilihatnya keindahan syurga, diamlah ia seketika. Kemudian ia berdoa'a pula, 'Ya Tuhanku, bawalah aku ke dekat pintu syurga.' Allah bertanya, 'Bukankah engkau telah berjanji denganKu, yang engkau tidak akan membuat permintaan lagi?' Jawab orang itu, 'Wahai, tuhanku ! Jangan jadikan aku makhluk yang paling malang.' Jawab Allah, 'Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain.' Jawabnya, 'Tidak ! Demi kebesaranMu, aku tidak akan meminta yang lain lagi." Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia dibawa ke pintu syurga. Setelah sampai di pintu syurga, dia terlihat keindahan syurga, kegemilangan dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam pula seketika. Kemudian dia bermohon pula, 'Wahai, Tuhanku ! Masukkanlah aku ke dalam syurga !' Kata Allah, 'Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu ! Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi setelah kamu peroleh.' Jawabnya, 'Ya tuhan ! Janganlah kiranya aku dijadikan maklhluk yang paling malang.' Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengar ucapannya itu. Kemudian Dia mengizinkannya masuk ke syurga. Berkata Allah, 'Mintalah segala yang kamu inginkan.' Lalu dia memohon segala yang diinginkannya sehingga puas. Kemudian Allah berfirman, 'Mintalah tambahan ini dan itu.' Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginnya sampai dia puas. Firman Allah pula, 'Semua ini untukmu dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula.'" S. Bukhari I :: Azan.