 Blog For Free!
Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog


 Free Hit Counter
|
| Islam dan kesihatan masyarakat |
| 02.25.07 (5:34 pm) [edit] |
|
SESUNGUHNYA apa yang ada di alam raya ini adalah halal untuk digunakan sehingga makanan yang terdapat di dalamnya juga halal. Justeru itu al-Quran mengecam mereka yang mengharamkan rezeki yang halal yang disediakan Allah untuk manusia. Al-Quran menyatakan: Dia (Allah) menciptakan untuk kamu apa-apa yang ada di bumi seluruhnya (al-Baqarah ayat 29): Dan Dia (Allah) yang menundukkan untuk kamu segala yang di langit dan di bumi semua bersumber dari-Nya (Surah Al-Jatsiyah ayat 13). Para ulama Islam sepakat bahawa ajaran Islam bertujuan memelihara lima perkara pokok, iaitu agama, jiwa, akal, kehormatan (keturunan) dan kesihatan. Setiap usaha yang dapat mendukung tercapainya salah satu dari tujuan itu walaupun belum ditemukan dalam al-Quran atau al-sunah, mendapat restu atau dukungan penuh dari ajaran Islam. Gizi (zat makanan yang diperlukan bagi tubuh dan kesihatan), yang dalam hal ini mempunyai peranan sangat besar dalam membina dan menguatkan kesihatan seseorang dan ini tidak terlepas dari apa yang dikemukakan di atas. Adalah menjadi kewajipan setiap orang untuk memelihara kesihatannya seperti terungkap dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Sesungguhnya badanmu mempunyai hak atas dirimu. Tidak dapat disangkal, makanan mempunyai pengaruh besar terhadap pertumbuhan dan kesihatan jasmani. Persoalan yang akan diketengahkan di sini adalah pengaruhnya terhadap jiwa manusia. Al-Harali seorang ulama besar berpendapat bahawa jenis makanan dan minuman dapat mempengaruhi jiwa dan sifat-sifat mental pemakannya. Ulama ini menyimpulkan pendapatnya dengan menganalisis kata rijs yang disebutkan al-Quran sebagai alasan untuk mengharamkan makanan tertentu, seperti pengharaman minumam keras (al-Maidah ayat 90) bangkai, darah, dan daging babi (surah Al-An’am ayat 145). Kata rijs menurutnya bermaksud keburukan budi pekerti serta moral. Sehingga, apabila Allah menyebut jenis makanan tertentu dan menilainya sebagai rijs, maka ini bererti bahawa makanan tersebut dapat menimbulkan keburukan budi pekerti. Sesuai dengan di atas adalah pendapat yang dikemukakan oleh ulama kontemporeri, Syaikhh Taqi Falsafi, dalam bukunya Child between Heredity and Education. Dia menguatkan pendapatnya dengan mengutip Alexis Carrel, pemenang hadiah Nobel Kedoktoran. Carrel menulis dalam bukunya Man the Unknown lebih kurang sebagai berikut: Pengaruh dari campuran (senyawa) kimiawi yang dikandung oleh makanan terhadap aktiviti jiwa dan fikiran manusia belum diketahui secara sempurna, kerana belum diadakan eksperimen secara memadai. Namun tidak dapat diragukan bahawa perasaan manusia dipengaruhi kualiti dan kuantiti makanan. Dalam kaitan dengan kesihatan masyarakat dan kesejahteraan negara, gizi yang membawa kepada kesihatan merupakan syarat untuk pencapaiannya. Tanpa kesihatan, manusia tidak dapat melakukan aktiviti. Dan kesihatan diperoleh dari makanan yang bergizi. Inilah salah satu sebab mengapa al-Quran, dalam banyak ayatnya, mengaitkan aktiviti di bumi dengan makanan yang bergizi. Jelas bahawa makanan mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja terhadap jasmani manusia tetapi juga jiwa dan perasaannya. Apakah pesan-pesan al-Quran mengenai makanan? Ketika berbicara tentang perintah makan, Allah s.w.t., memerintahkan agar manusia memakan makanan yang sifatnya halal dan thayyib. Sesuatu yang halal adalah yang terlepas dari ikatan bahaya duniawi dan ukhrawi. Kerana itu kata halal juga bererti boleh. Dalam bahasa hukum, kata ini mencakupi segala sesuatu yang dibolehkan agama, baik kebolehan itu bersifat sunah, anjuran untuk dilakukan, makruh (anjuran untuk ditinggalkan) mahupan mubah. Kerana itu boleh jadi ada sesuatu yang halal (boleh), tetapi tidak dianjurkannya dengan kata lain hukumnya makruh. Nabi misalnya melarang seseorang mendekati masjid apabila ia baru memakan bawang. Nabi bersabda sebagaimana diriwayatkan Abu Daud melalui Ali bin Abi Thalib. Rasulullah melarang memakan bawang putih kecuali setelah dimasak. Dalam riwayat at-Tirmizi dikemukakan bahawa seseorang bertanya: apakah itu haram? baginda menjawab: Tidak, tetapi saya tidak suka aromanya. Kata thayyib dari segi bahasa bererti lazat, baik, sihat, mententeramkan dan paling utama. Pakar-pakar tafsir ketika menjelaskan kata ini dalam konteks perintah makan menyatakan bahawa ia bererti makanan yang tidak kotor dari segi zatnya atau rosak, atau dicampuri benda najis. Makanan yang sihat adalah makanan yang memiliki zat gizi yang cukup dan seimbang. Dalam al-Quran disebutkan sekian banyak jenis makanan yang sekali gus dianjurkan untuk dimakan, misalnya padi-padian (al-Sajadah ayat 27), ikan (al-Nahl ayat 4), buah- buahan (al-Mukminun ayat 19; al-An’am [6]: 141), lemak dan minyak (al-Mukminun ayat 21), madu (al-Nalh ayat 69) dan lain-lain. Penyebutan aneka macam jenis makanan ini, menuntut kearifan dalam memilih dan mengatur keseimbangannya. Apakah jenis-jenis makanan yang disebutkan secara khusus di atas mempunyai kaitan dengan gizi? Nabi sendiri lebih menyukai makanan saperti susu, daging dan madu walaupun jarang diperolehnya. Oleh: MOHD SHAUKI ABD MAJID
|
|
|
| |
| 5 ujian ukur tahap iman |
| 02.20.07 (6:26 pm) [edit] |
SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu.” (Riwayat al-Hakim)
Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
Allah mendatangkan ujian untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar, diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut saja.
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.
Semuanya menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia perbuatan yang dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh membuatkan semangat menjadi lemah, terbitnya perasaan kecewa serta putus asa.
Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. – (Surah al-Insyirah, ayat 6)
Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan kehidupan.
|
|
|
| |
| Syaikh Ismail azam martabat al-Quran |
| 02.14.07 (9:14 pm) [edit] |
Imam Besar Masjid Negara tidak akan tolak jemputan ilmu, ceramah “Al-Quran adalah dunia saya dan menjadi hasrat saya untuk menyebarkan ilmu al-Quran sehingga akhir hayat,” kata Imam Besar Masjid Negara, Datuk Syaikh Ismail Muhammad Al-Hafiz pada pertemuan di pejabatnya Selasa lalu.
Beliau yang segak berbaju Melayu biru muda lengkap bersamping juga memberitahu, beliau tidak akan menolak jemputan untuk mengajar ilmu al-Quran atau berceramah mengenai keistimewaan dimiliki kitab yang mengandungi wahyu Allah itu.
Jadi tidak hairan jika kebanyakan masa dan kehidupan yang dilalui anak kelahiran Dungun, Terengganu itu, diisi tugas meningkatkan martabat al-Quran termasuk menubuhkan Sekolah Tahfiz al-Quran Terengganu pada 1982.
Syaikh Ismail yang ketika itu bertugas di Persekutuan Seruan Islam Singapura (Jamiah), sedia kembali ke tanah air bagi memenuhi permintaan Menteri Besar Terengganu ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.
“Selepas menamatkan pengajian dalam bidang qiraat al-Quran di Universiti Al-Azhar Mesir, saya bekerja di Singapura. Kemudian Wan Mokhtar panggil saya untuk tubuhkan sekolah tahfiz.
“Menubuhkan sekolah tahfiz memang tugas berat tetapi saya sanggup lakukan kerana kecintaan saya dalam ilmu al-Quran. Bayangkan saya terpaksa buat semuanya daripada A hingga Z,” katanya.
Mengenang kembali detik bersejarah itu, beliau mengakui kesusahan yang dilalui ketika menguruskan penubuhan sekolah tahfiz berkenaan kerana beliaulah guru, beliaulah kerani dan beliaulah pengetua.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana misinya berjaya dan berbangga apabila Sekolah Tahfiz al-Quran Terengganu kini sudah memiliki bangunannya sendiri.
Kewibawaan Syaikh Ismail turut menarik minat kerajaan Brunei untuk mendapatkan kepakaran beliau menubuhkan Institut Tahfiz Sultan Haji Hasanal Bolkiah menerusi penyeliaan Kementerian Pendidikan Brunei.
Selepas menabur bakti selama lapan tahun di sana, beliau pulang ke Malaysia dan ditawarkan jawatan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin.
Enam tahun di Masjid Putra, kepemimpinan beliau terus diakui dan kini ditugaskan memikul tanggungjawab sebagai Imam Besar Masjid Negara sejak pertengahan Januari lalu.
Ternyata, kehadiran beliau di masjid yang menjadi salah satu mercu tanda Malaysia dan tumpuan pelancong itu mengembalikan kenangan zaman remaja Syaikh Ismail dalam menimba ilmu al-Quran untuk bergelar Al-Hafiz.
“Masjid Negara melakar banyak sejarah pada saya. Di sini saya menghabiskan usia remaja sebagai pelajar tahfiz al-Quran dan pada akhir usia, saya kembali berkhidmat sebagai imam.
“Teringat masa belajar dulu, apabila lampu dipadamkan, saya dan kawan mengunakan cahaya lampu jalan untuk belajar. Sememangnya banyak suka duka saya di Masjid Negara,” katanya.
Beliau juga tidak dapat melupakan peristiwa beliau dan rakan yang berasa tertekan kerana gagal menghafal ayat sehingga ada yang menangis dan lari daripada bilik takut dimarahi guru.
Ditanya mengenai keistimewaan mereka yang sentiasa mendekatkan diri dengan al-Quran dan bergelar Al-Hafiz, beliau berkata, gelaran itu sebenarnya datang dengan tanggungjawab yang besar.
Katanya, tidak dinafikan kelebihan mereka yang hafal al-Quran akan sentiasa dekat kepada Allah tetapi pada masa sama, mereka perlu sentiasa memelihara keagungan kitab suci itu.
“Kelebihan Al-Hafiz atau menghafal al-Quran ialah mendapat banyak pahala, dekat pada Allah. Tetapi bukan senang kerana Al-Hafiz juga dianggap sebagai orang yang diamanahkan menjaga al-Quran.
“Istimewanya menjadi Al-Hafiz, kita mempunyai hubungan rapat dengan al-Quran dan ini menjadikan kita malu untuk melakukan perkara tidak baik. Al-Quran membantu kita memelihara tingkah laku,” katanya.
Katanya, kelebihan mendidik anak menghafal al-Quran akan dapat membantu menguatkan ingatan sekali gus memudahkan mereka mengingati mata pelajaran dan cemerlang dalam bidang lain.
Selain tugas sebagai imam, Syaikh Ismail turut aktif sebagai penceramah dan tenaga pengajar kepada qari serta qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kepakaran beliau dalam bidang bacaan al-Quran turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila dipilih sebagai hakim jemputan tilawah al-Quran di Mesir, Iran, Dubai dan Arab Saudi.
Mengenang kembali perjalanan hidupnya, Syaikh Ismail mengakui banyak ranjau dan cabaran dihadapi sepanjang meniti kehidupan dalam usia yang mencecah angka 63 tahun pada 1 Februari lalu.
Dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan, beliau turut membantu ibu bapanya membanting tulang pada usia muda dan tidak pernah sedikit pun merungut biarpun terpaksa menghadap pokok getah, menuai padi dan melakukan kerja sampingan lain.
Namun, keazaman dan semangat yang kuat membantu beliau mencapai matlamat hidup untuk menjadi seorang yang pakar dalam ilmu al-Quran, berkongsi dan menyebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan setiap anggota masyarakat.
Tugas Imam Besar Masjid Negara disandang kini menjadi landasan kepada beliau untuk berkhidmat dan menaburkan bakti dalam bidang diminati, selain berusaha mencari pendekatan terbaik menarik minat remaja ke arah mempelajari al-Quran.
“Saya melihat cabaran kita dalam menarik minat generasi muda mendekatkan diri dengan al-Quran. Justeru, kita perlu fikir apakah faktor yang boleh mendorong mereka mendalami ilmu al-Quran.
“Contohnya mewujudkan lebih banyak jawatan lulusan tahfiz al-Quran kerana apabila peluang kerja lebih cerah, semangat untuk mengambil jurusan al-Quran juga lebih menggalakkan,” katanya.
INFO Jasa Syaikh Ismail Muhammad Al-Hafiz
Menubuhkan Sekolah Tahfiz al-Quran Terengganu pada 1982. Kerajaan Brunei dapatkan kepakaran beliau menubuhkan Institut Tahfiz Sultan Haji Hasanal Bolkiah menerusi penyeliaan Kementerian Pendidikan Brunei. Enam tahun memegang jawatan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya. Kini memikul tanggungjawab sebagai Imam Besar Masjid Negara sejak pertengahan Januari lalu.
|
|
|
| |
| Memahami konsep sedekah ikut syariat |
| 02.14.07 (9:12 pm) [edit] |
DALAM meneruskan kehidupan, manusia berhadapan dengan suka dan duka yang datang silih berganti hadir sebagai ujian dan dugaan daripada Tuhan. Apa yang perlu dilakukan adalah menerima kedua-dua ujian itu dengan penuh reda dan rela. Ini kerana manusia dijanjikan ketenangan berpanjangan oleh Allah bersama orang yang sabar. Menghulurkan bantuan ini turut ditegaskan oleh Rasulullah melalui sabda baginda: "Sesiapa yang mempunyai kenderaan melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan."
Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah adalah ibarat sebiji benih yang mengeluarkan tujuh tangkai dan setiap tangkainya mengeluarkan 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah maha luas kurnia-Nya lagi maha mengetahui. Itulah mafhum ayat sebagaimana tercatat di dalam surah Al-Baqarah ayat 261.
Galakan menderma pakaian ini adalah bertepatan dengan sabda Rasulullah, yang bermaksud: "Apabila seseorang itu menukar pakaian baru, adalah baik jika dihadiahkan yang lama itu kepada orang lain." (Riwayat Tirmidzi).
Islam amat menggalakkan umatnya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang yang susah dan orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.
Ia dapat mengelakkan kita daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan dalam Islam. Janganlah pula kita sedekahkan makanan yang sudah tamat tempoh atau yang sudah basi. Atau menderma pakaian yang memang sudah tidak boleh dipakai lagi.
Dalam keadaan biasa, kita tidak akan berasa betapa nikmat atau perlunya kepada bantuan orang lain. Tetapi, apabila kita sudah kenyang, walaupun kawan kita belanja makan tetapi nikmatnya tidak seberapa. Sedekah kita habis setakat itu saja.
Namun, jika kita bandingkan mangsa banjir yang berada dalam kesusahan sekarang. Apabila kita dalam keadaan lapar lalu diberi makanan oleh orang, sudah tentu kita berasa amat bersyukur dan gembira.
Begitu juga kepada mereka yang tidak mempunyai pakaian. Apabila menerima bantuan atau sedekah pakaian mereka amat menghargainya kerana ia menjadi barang sangat diperlukan.
Di negara kita, ada di kalangan rakyat kita yang dianugerahkan harta yang banyak oleh Allah. Oleh itu, eloklah kita menderma atau manfaatkan mana-mana yang tidak kita gunakan lagi daripada ia terus disimpan di dalam almari.
Keadaan sama dapat kita perhatikan sama ada dalam sektor kerajaan mahu pun sektor korporat. Semuanya menghulur bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir. Ia bertepatan dengan firman Allah yang menyuruh kita bantu-membantu dalam membuat kebajikan dan jangan membantu kepada perkara yang membawa kerosakan.
Bagi mereka yang suka bersedekah, ini adalah peluang bagi mereka berbuat demikian. Jangan bakhil atau takut dengan bersedekah harta kita akan berkurang atau boleh menyebabkan kita menjadi miskin.
Islam mencela golongan yang bakhil. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya melalui surah Ali-Imran ayat 180 yang bermaksud: "Sekali-kali janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka kebakhilan itu baik bagi mereka. Sesungguhnya, kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhil itu akan dikalungkan kelak di lehernya di akhirat kelak."
Terdapat juga tafsiran mengatakan menghubungkan silaturahim itu boleh memanjangkan umur. Ia bukanlah bermaksud umur kita bertambah dengan menghubungkan silaturrahim tetapi apa jua kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan selalu disebut-sebut.
Walaupun jika dia mati, namun apabila anaknya berjumpa dengan orang yang berkenaan, mereka akan berkata, Arwah bapa kamu dulu selalu datang ziarah atau suka bersedekah.
Bagaimanapun, dalam bersedekah atau apa juga yang kita lakukan, ia perlu dibuat secara sederhana. Jangan terlalu ghairah bersedekah jika ia hanya bertujuan untuk menyerlahkan kemewahan yang dimiliki, atau sekadar inginkan publisiti murahan di media massa.
Sedekah dan derma seperti itu tidak akan membawa erti dan tidak memperolehi sebesar-besar ganjaran dijanjikan sebagaimana mafhum ayat al-Quran yang dinyatakan di atas.
|
|
|
| |
| Perlu ikhlas dalam berdoa |
| 02.13.07 (7:28 pm) [edit] |
|
Sheikh al-Maghari berkata: Apabila Allah menuntut hambanya dalam ayat yang dahulu tentang kefarduan puasa Ramadan, menyempurnakan bilangannya serta menggesa mereka supaya bertakbir untuk persiapan bersyukur. Allah s.w.t menyebut dengan ayat ini sebagai dalil dia bersifat Maha Mengetahui keadaan mereka dan Maha Mendengar segala doa mereka. Sayid Qutub berkata: Sebelum rangkaian ayat ini meneruskan penerangannya mengenai hukum-hukum yang terperinci tentang masa-masa puasa, had-had menikmati kenikmatan dalam masa puasa dan had-had imsak, kita dapati di sana ia mengemukakan satu tarikan perhatian kepada pedalaman-pedalaman jiwa manusia dan liku-liku rahsia hati mereka. Kita dapati satu ganti rugi yang amat diingini terhadap kesulitan berpuasa dan satu balasan yang segera terhadap mereka kepada perintah Allah. Kita dapati ganti rugi dan balasan itu terletak pada nikmat perdampingan mereka dengan Allah dan pada nikmat keredaan-Nya memperkenankan doa mereka. Semua itu digambarkan dengan kata-kata yang lemah lembut, jernih dan indah yang hampir-hampir memancarkan cahaya yang terang. Firman Allah, Apabila hamba-hambaku bertanya kepada-Ku tentang Aku (maka jawablah) bahawa Aku sangat hampir (kepada mereka) Aku menyambut permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Oleh itu hendaklah mereka menyambut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat jalan yang banyak. (Al-Baqarah: 186) Sayid Qutub berkata: Yakni Aku sangat hampir dan akan terus memperkenankan doa setiap yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku... alangkah lembutnya! Alangkah halusnya! Dan alangkah ramahnya! Dan dimana lagi letak kesulitan berpuasa dan kepayahan taklif di bawah naungan kemesraan kehampiran dan keramahan yang seperti ini. Firman Allah: Apabila hamba-hambaku bertanya kepada-Ku tentang Aku (maka jawablah) bahawa Aku sangat hampir (kepada mereka) Aku menyambut permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Sebab turunnya ayat ini bahawa Nabi s.a.w mendengar orang Islam berdoa kepada Allah dengan suara yang yang tinggi di dalam peperangan Khaibar. Lantas Nabi s.a.w bersabda kepada mereka yang bermaksud: Hai manusia, perlahankan suara kamu dalam berdoa kerana kamu tidak berdoa kepada yang pekak dan tidak kepada yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kepada yang Maha mendengar, dekat dan bersamamu. Di sini Ibn al-Jauzi menyebut pendapat yang lain berkenaan turunnya ayat ini selain di atas: l Seorang Badwi datang bertemu Nabi Muhammad s.a.w dan bertanya: Adakah Tuhan kita hampir untuk munajat atau jauh untuk menyeru? Kemudian turunnya ayat ini. Seperti riwayat Alsalt bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya. l Yahudi Madinah bertanya: Hai Muhammad! Bagaimana Tuhan kami mendengar doa kami, sedangkan kamu sangka antara langit perjalanan lima ratus tahun? Kemudian turunnya ayat ini. Inilah riwayat Abu Soleh daripada Ibn Abbas. lMereka berkata: Hai Rasulullah! Kalau kami tahu waktu yang disukai oleh Allah untuk kami berdoa kepada-Nya. Lantas turunnya ayat ini, seperti pendapat Ata’. lSahabat Nabi bertanya Rasulullah: Di manakah Allah? Lantas turunnya ayat ini. Seperti kata al-Hasan. Firman Allah: Aku sangat hampir (kepada mereka) Aku menyambut permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Sheikh al-Maghari berkata: Dekatnya Allah dengan hambanya bermaksud: Penguasaan ilmu dengan sesuatu ialah dia mendengar segala ucapan dan melihat perbuatan mereka. Dinyatakan di sini beberapa adab berdoa, antaranya: 1. Berdoa dengan penuh keikhlasan dan pengharapan kepada Allah s.w.t. 2. Memulakan dengan pujian kepada Allah s.w.t dan diikuti dengan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3. Menutup doa dengan pujian kepada Allah s.w.t dan selawat kepada Rasulullah s.a.w. Imam al-Nawawi berkata bahawa para ulama telah sepakat (ijmak) bahawa doa itu dimulai dengan kalimah memuji Allah s.w.t kemudian selawat kepada Rasulullah s.a.w. Demikian juga penutup doa, diakhiri dengan pujian dan selawat. (Al-Azkar dalam Bab Pembukaan dan Penutup Doa. Ibn Hajar mengatakan sanadnya adalah jayyid, (Sahih al-Tirmizi). 4. Berdoa dengan khusyuk, tadharru’ dan disertai dengan penuh pengharapan. 5. Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah s.w.t. 6. Tidak berdoa untuk keburukan seperti kecelakaan dan memutuskan silaturrahim. 7. Berdoa dengan mengucapkan Ya Rabb sebanyak tiga kali. Dari riwayat daripada Atha’ r.a beliau berkata: Tidaklah seseorang hamba mengatakan Ya Rabb sebanyak tiga kali melainkan Allah s.w.t akan mendengar akan permintaannya. Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah s.w.t dalam doa tentang wajarkah atau tidak diseru dengan nama Sayyid. Jawab beliau: Katakanlah: Ya Rabb, kerana itulah panggilan para nabi a.s kepada Allah s.w.t dalam munajat mereka. (Fiqh al-Doa: Bab Doa Makbul). 8. Mengadap kiblat. Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa kerana berdasarkan dalil: Anas bin Malik. 9. Berdoa dalam keadaan berwuduk. 10. Menyeru Allah s.w.t dengan nama-namanya yang mulia iaitu Asmaulhusna. 11. Bertawasul dengan amal soleh yang pernah dilakukan. 12. Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal dan bersih. 13. Hendaklah melakukan amal makruf dan nahi mungkar. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Demi Allah s.w.t yang jiwaku berada dalam tangan-Nya hendaklah kalian menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada melakukan perkara yang mungkar. Jika kalian tidak melakukannya Allah s.w.t akan menurunkan seksa kepada kalian dan apabila kalian berdoa kepadanya nescaya tidak akan dimakbulkan. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Turmuzi dan dianggap sebagai hasan. 14. Menghimpunkan kesemua anak jari melainkan ibu jari ini berdasarkan sebuah hadis sahih. 15. Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa. Dalilnya Ibn Abbas berkata: Apabila kamu memohon kepada Allah s.w.t mohonlah dengan tapak-tapak tangan dan jangan memohon dengan belakang tapak tangan kamu dan sapulah muka kamu dengan tapak tangan kanan. (riwayat Abu Daud, Ibn Majjah dan al-Hakim). Saad bin Majid menceritakan daripada bapanya memberitahu bahawa apabila Rasulullah berdoa, baginda akan menadah kedua belah tapak tangannya, kemudian menyapu dengan kedua belah tangan tersebut. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud. Umar bin Al-Khatab pula menceritakan, apabila baginda mengangkat kedua belah tangannya ketika berdoa, baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedua belah tangan tersebut. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim. 16. Mengaminkan doa yang dibaca. Sebahagian adab doa ini diambil daripada buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran; Khasiat dan Kaifiat Beramal oleh Zahazan Mohamed. Firman Allah: Oleh itu hendaklah mereka menyambut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat jalan yang banyak. Orang yang arif dengan syariat Allah dan sunah Allah terhadap makhluknya tidaklah bermaksud doanya kecuali hidayahnya dengan sebab kepada penghasilan segala matlamat dan mencapai maksud. Sebagai contoh: Apabila seseorang memohon kepada Allah supaya rezeki bukan bermaksud turun hujan ke atasnya hujan emas dan perak. Apabila memohon sembuh penyakit, bukan bermaksud dia mencari adab sebaliknya untuk taufik kepada rawatan yang membawa kepada penyembuhan. Ditegaskan oleh Sheikh al-Maghari: Siapa yang meninggalkan usia sebaliknya menuntut untuk didatangkan apa yang dihajati tanpa sebarang usia, maka ia dianggap tidak berdoa sebaliknya jahil. Ini kerana ia membatalkan segala sunah yang telah disunahkan Allah mengikut hukumnya terhadap makhluk. Seperti yang diketahui, doa merupakan tuntutan serta bertawajuh dengan Allah dengan hati akan terkesan betapa perlu-Nya. Orang yang mengingati kebesaran Allah pasti mencapai matlamat doa. Sebab itulah Nabi s.a.w menamakan doa sebagai otak segala ibadah. Dalam ayat ini Allah memperakukan penerimaan dengan syarat beriman dan yakin kepada-Nya. Orang yang mempunyai sifat tersebut sudah pasti mendapat petunjuk Allah s.w.t. Iktibar dan pengajaran ayat: 1. Dekatnya Allah s.w.t dengan hamba untuk memberi pertolongan dan mengetahui keadaan mereka. 2. Doa merupakan otak ibadat dan senjata yang ampuh bagi orang Islam. 3. Bagi mentahqiqkan penerimaan doa hendaklah dilaksanakan dua syarat: - Beriman. - Melaksanakan segala arahannya sama ada yang fardu atau sunat dan meninggalkan segala larangannya. * DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
|
|
|
| |
| Berpakaian bukan ukuran keimanan |
| 02.08.07 (5:56 pm) [edit] |
Penghayatan, nilai ilmu diamalkan bentuk sebenar peribadi Muslim sejati DI KALANGAN umat Islam di negara kita masih banyak yang keliru mengenai jenis pakaian yang perlu dipakai sebagai lambang orang beriman. Ada pihak yang mengatakan hanya jenis pakaian tertentu dianggap melambangkan keislaman.
Sedangkan yang lain itu dikaitkan pula sebagai pakaian orang kafir, yakni mengikut apa yang dipakai orang Barat. Sebab itu, ada yang memandang sinis kepada orang berkot dan bertali leher.
Paling jelas, jika pakaian itu dipakai ketika pergi ke masjid. Pada mereka, jika pergi ke masjid mestilah berjubah, berkopiah dan berserban. Paling tidak pun berkain pelekat, berbaju Melayu dan berkopiah. Malah, ada yang membuat andaian berbeza jika berkopiah dengan bersongkok.
Hakikatnya, jubah, kopiah dan serban bukan menjadi ukuran ketakwaan dan kemuliaan peribadi seseorang individu Muslim. Sebaliknya, yang menjadi ukuran adalah penghayatan Islam dan nilai ilmu, dan sejauh mana diamalkan untuk membentuk insan sempurna.
Jubah, kopiah dan serban mudah dibeli dan dipakai oleh sesiapa juga tanpa ada syarat pemakaiannya. Sebaliknya, akhlak mulia dan nilai peribadi seorang tidak boleh dibeli, melainkan diperoleh secara didikan dan amalan berterusan, yang lahir semata-mata mengharapkan keredaan daripada Allah.
Islambegitu menitikberatkan pembinaan sahsiah dan pekerti mulia untuk melahirkan ummah yang berjaya. Unsur ini bersifat dalaman yang lahir hanya jika ada keikhlasan diri untuk melakukannya. Sifat yang baik adalah pakaian Muslim sejati.
Sebaliknya, pakaian luaran tidak semestinya melambangkan apa yang ada dalam diri. Itu hanya pakaian yang boleh bertukar ganti dengan mudah. Watak yang dibuat-buat ketika memakai sesuatu pakaian juga boleh berubah-ubah seperti pelakon yang memegang pelbagai watak.
Namun, pemakai pakaian itu tetap berwatak asal biar apapun yang dipakai. Sebab itu, kita dapat perhatikan orang yang berpakaian yang kononnya lambang keIslaman melakukan perbuatan yang bertentangan kehendak Islam.
Perkara ini dilakukan individu yang suka berpura-pura dengan penampilan diri yang boleh mengelirukan orang ramai mengenai peribadinya yang sebenar. Perbuatan itu amat ditegah dalam Islam kerana boleh mencemarkan nama baik individu yang memang salih.
Az-Zarkasyi berkata: “Haram bagi mereka yang bukan dari kalangan orang salih berpakaian seperti orang salih, jika perbuatan itu boleh memperdaya orang lain dengan menyangka seorang salih lalu memberinya sesuatu.”
Oleh itu, jangan mudah menilai seseorang berdasarkan pakaian luarannya. Ramai antara kita mudah memberi merit keIslaman atau keimanan seorang berdasarkan pakaian. Jika seorang itu berkopiah atau berserban dan berjubah, maka dia itu orang alim.
Sebenarnya berjubah dan berkopiah atau berserban adalah pakaian tradisi masyarakat Arab yang tiada kaitan dengan tanda keimanan. Ada hadis menyebut bermaksud: ‘Serban itu adalah mahkota orang Arab.’ (Hadis riwayat Ad-Dailami).
Amalan memakai serban dan jubah di kalangan orang Arab bermula sejak sebelum kedatangan Islam, manakala sekarang ini, orang Kristian dan Yahudi di negara Arab juga berjubah dan berserban. Malah, memakai kopiah adalah identiti orang Yahudi di sesetengah tempat.
Isu ini tidak seharusnya dilihat secara begitu ‘simplstik’. Jika kita ingin mendapat kebaikan dan mengelak keburukan, sekecil mana sekalipun isu, perkara ini perlu diperjelaskan kepada umum untuk mengelak ada pihak mengambil kesempatan atas kejahilan orang ramai.
Perkara dikaitkan dengan agama sering kali diguna pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan diri. Taraf orang alim di dalam masyarakat amat tinggi dan dihormati. Jadi, pakaian yang melambangkan alim sering dipakai oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan orang ramai.
Masyarakat kita mudah percaya kepada individu yang berpakaian nampak alim, macam pak haji (mak haji), dan tok guru. Keadaan inilah diambil kesempatan oleh sesetengah individu untuk menipu.
Banyak kes penipuan dilakukan oleh individu yang menjadikan pakaian sebagai cara untuk memperdaya orang ramai. Lelaki berjubah, berkopiah atau berserban, manakala wanita pula memakai telekung labuh.
Banyak orang yang sedang dibicarakan di mahkamah memakai kopiah. Apakah tujuan sebenarnya? Adakah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka sebenarnya alim dan tidak melakukan kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya?
Perbuatan itu ada lojiknya. Sebabnya, kebanyakan kita mudah berasa kasihan kepada mereka yang menampilkan pakaian berbentuk orang alim. Tambah lagi apabila menunjukkan wajah memohon simpati.
Kita bukan bermaksud memperkecil-kecilkan mereka yang berjubah, berkopiah atau berserban. Tetapi, apa yang ingin ditekankan di sini ialah jangan mudah percaya kepada seseorang hanya berdasarkan kepada apa yang dipakainya. Sesiapa saja boleh berpakaian menunjukkan watak alim, sedangkan tidak membuktikan apa yang sebenarnya.
Selain itu, perlu dijelaskan di sini, tidak ada di dalam al-Quran atau hadis yang menyebut mengenai reka bentuk dan jenis pakaian dianggap simbol pakaian Islam. Apa yang dijelaskan hanyalah mengenai keperluan menutup aurat, terutama bagi wanita.
Ijmak ulama sepakat mengatakan pakaian orang Islam tidak semestinya kopiah, serban dan jubah. Kita bebas memilih fesyen mana yang dikehendaki. Setiap orang mempunyai cita rasa berlainan.
Dalam hal berkaitan menutup aurat, ada ayat al-Quran yang mengaitkan cara berpakaian menunjukkan kaitan dengan iman dan takwa kerana perbuatan itu secara langsung membuktikan diri seseorang mematuhi perintah Allah.
Pun begitu, tidak dijelaskan fesyen apa yang perlu dipakai oleh orang Islam. Selagi pakaian itu memenuhi konsep menutup aurat, maka itulah yang dibenarkan syariat.
Maksud menutup aurat bukan sekadar menutup bahagian badan, tetapi juga tidak menonjolkan bentuk tubuh, yakni pakaian yang terlalu ketat atau daripada jenis kain tertentu yang menampakkan bentuk tubuh pemakainya.
Wajar kita memakai jubah, serban dan berkopiah dengan niat mengikut sunnah Rasulullah. Perbuatan itu sebahagian tanda kita kasih kepada Rasulullah.
Tetapi, sesiapa memakai jubah, serban dan kopiah dengan niat bermegah dan menunjukkan diri lebih alim, perbuatan itu ditegah dalam Islam yang termasuk dosa.
Oleh Lokman Ismail
|
|
|
| |
| Akidah benteng ingati kebaikan, kebenaran |
| 02.08.07 (5:54 pm) [edit] |
SALIM mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela penzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah haraj itu ya Rasulullah?” Jawab baginda, “Begini!” (Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.” (Riwayat al-Bukhari) Arus pembangunan dan kemajuan pesat yang berlaku dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang amat membimbangkan iaitu ramai seolah-olah sudah lupa pada akhirat.
Pelaku kejahatan bukan hanya terdiri daripada kalangan dewasa saja, namun anak yang belum dewasa, ibu, bahkan orang yang sudah lanjut umurnya.
Perkara seperti itu perlu diberi perhatian serius umat Islam kerana Allah SWT akan menimpa bala dan laknat-Nya disebabkan maksiat dilakukannya itu di mana ia akan mengenai seluruh manusia.
Apa yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda sudah pun berlaku di dalam realiti kehidupan kita pada hari ini. Ilmu diangkat atau disisihkan.
Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka di akhirat kelak.
Ulama yang takut kepada Allah SWT, yang memuliakan sifat zuhud dan warak semakin berkurangan dan berlaku pembunuhan di sana sini.
Oleh itu, bagi menghadapi keadaan akhir zaman ini, umat Islam perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam kemungkaran.
Benteng pertahanan aqidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya selain menerapkan konsep amar makruf nahi munkar serta saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran.
|
|
|
| |
| DZIKIRNYA ALAM SEMESTA |
| 02.05.07 (11:31 pm) [edit] |
Apakah alam juga berdzikir..? Bagian ini adalah rangkaian dari cerita sebelumnya. Saat itu, setelah aku sampai di masjid, kebetu lan aku berpisah dengan pak Hadi. Hal itu disebabkan karena saat itu jama'ah sudah berjubel banyak sekali. Kamipun mencari tempat sendiri sendiri, sehingga kami terpisah. Para jama'ah yang berjubel itu, berebut memenuhi shaf-shaf depan. Sehingga aku mendapatkan shaf di belakang. Hampir di shaf yang paling akhir. Ketika aku melakukan shalat sunah, tiba-tiba di sebelah kananku datang seorang jama'ah pakai baju gamis putih-putih, berjenggot panjang menjuntai ke bawah sampai ke dada. Matanya bening, mulutnya selalu senyum. Begitu aku selesai shalat, ia mengambil minyak wangi dari dalam bajunya, dan minyak itu dioleskan ke tanganku, dan juga ke bajuku. Ia memberi isyarat agar aku mengoleskan dan meratakan minyak darinya itu ke seluruh tubuhku. Dan kemudian ia menyelinap di antara ribuan jamaah lainnya. Lalu pergi entah kemana. Ah, seorang yang aneh! pikirku. Harumnya minyak wangi itu begitu aneh bagiku. Bau yang lembut, tetapi terus merasuk ke nafasku yang mengakibatkan rongga dadaku menjadi nyaman dan lapang. Satu hal lagi, bahwa wajah orang itu begitu akrab dalam benakku. Aku tidak merasa asing dengan wajah itu. Tetapi aku lupa di mana aku pernah bertemu dengan wajah itu... Shalat dhuhur rupanya masih lama, maka aku pun kembali berdzikir sambil menunggu waktu shalat tiba. Ketika aku tenggelam dalam dzikirku, tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara lamat-lamat dari kejauhan, yang bertambah lama terasa bertambah dekat. Bahkan begitu jelasnya suara itu di telingaku. Suara itu ritmenya begitu luar biasa indahnya. Datang bergelombang dengan lembut tetapi jelas. Asal suara itu datang dari atas. Setelah itu datang dari berbagai penjuru. Dari samping kiriku, dari samping kananku, bahkan dari sekelilingku. Aku terbengong sendiri. Asalnya aku mengira ada jama'ah khusus di masjid itu yang berdzikir secara serempak bersama-sama. Tetapi anggapanku salah. Karena semua orang, semua jama'ah melakukan aktivitas sendiri-sendiri... Suara itu semakin lama semakin menyejukkan hati. Dada menjadi lapang, hati menjadi tentram dan tenang. Bahkan pikiran menjadi jernih. Aku berusaha mengikuti irama indah dan agung itu. Tetapi setiap ku ikuti, suara itu tiba-tiba berhenti. Sepertinya ia mengetahui kalau ada orang yang mengikutinya. Ketika aku terdiam. Suara itu kembali muncul dan terdengar di telingaku. Begitu jelasnya dan begitu agungnya. Begitu aku akan mengikutinya ia mendadak berhenti lagi. Dan yang terdengar adalah suara berisiknya para jama'ah yang melakukan aktivitasnya masing-masing. Dan aku pun semakin heran dibuatnya. Tetap ada satu pertanyaan yang mengusik dalam hatiku. Suara siapakah itu? Dari mana datangnya? Ketika aku berusaha mencari jawabnya, tiba-tiba terdengar suara iqamah dari bilal sebagai pertanda waktu shalat akan dimulai. Dan aku pun melakukan shalat dhuhur bersama para jama'ah lainnya. Sesampai di maktab, aku terus berusaha mencari jawabnya. Suara apakah itu, bergemuruh, datang dari jauh, tambah lama tambah dekat dan membentuk suatu ritme yang mempesona. Indah, agung, mesra, dan membentuk harmoni yang luar biasa... Begitu penasarannya aku. Maka pada malam itu juga kutulis kejadian itu di dalam buku harianku. Buku yang selalu kubawa kemana saja aku pergi. Hari ke dua, dari terjadinya peristiwa itu, aku kembali ke masjid pada jam yang sama. Dan aku menempati shaf agak depan dibanding shaf di hari sebelumnya. Seperti biasanya, sebelum waktu shalat dhuhur tiba, setelah aku lakukan shalat sunah, aku melakukan aktivitas dzikir untuk lebih menghayati dan lebih mendekatkan diri kepada Ilahi Rabbi. Saat-saat aku melakukan dzikir itu, tiba-tiba aku tersentak! Dan bulu kudukku merinding.... Ah, ternyata suara itu terdengar kembali di telingaku. Asalnya lamat-lamat. Tetapi tambah lama bertambah jelas. Dan semakin dekat. Begitu dekatnya suara itu. Sampai aku tidak tahu dari mana datangnya. Telingaku kututup dengan tanganku, suara itu semakin jelas.Telingaku kutempelkan di lantai, di sajadahku, suara itu pun sangat jelas. Aku mendongak ke atas, suara itu pun terdengar begitu jelas bahkan seolah memenuhi atap masjid Nabawi. Aku berusaha menenangkan diri. Setelah aku tenang, aku mencoba mengikuti suara itu dengan hatiku. Ah! Ternyata suara itu berhenti dan hilang lagi.... Aku pun meratap..." Ya Allah, apa yang terjadi dengan diriku...? "Suara apakah itu? Siapakah yang bersuara itu... Akhirnya aku pun pulang kembali ke hotel, tanpa mendapatkan jawaban yang pasti, tentang suara misterius tadi. Berikutnya, hari itu merupakan hari yang ke tiga, sejak terjadinya peristiwa itu. Aku kembali ke masjid untuk berjama'ah shalat dhuhur. Saat itu aku mendapatkan shaf di bagian tengah.Tempatnya sangat berbeda dengan dua hari sebelumnya. Setelah shalat sunah, seperti biasanya aku melakukan aktivitas dzikir. Dalam hati aku bertanya dan juga berharap, apakah akan muncul lagi suara itu? ternyata lama aku tunggu, suara itu tidak muncul lagi. Maka aku pun melupakan kejadian itu. Selanjutnya aku melakukan shalat sunah lagi. Begitu selesai mengucap salam yang ke dua sebagai penutup shalatku, tiba-tiba hatiku berdegup kencang. Bulu kudukku merinding lagi... Akh, suara itu terdengar lagi. Kini bertambah jelas, bertambah dekat, dan semakin indah iramanya... Aku pun terbuai dibuatnya. Dengan perasaan agak takut, aku mencoba mengikuti kalimat itu. Hatiku mulai mengikutinya, Setelah itu bibirku mencoba mengikutinya, Ah! sungguh agung, sungguh menyejukkan... dan sungguh mempesona. Dan di hari yang ke tiga itu, aku ternyata bisa mengikuti kalimat indah itu...subhaanallaah... Bibirku mulai bergerak mengikuti suara itu. Suara gemuruh dari berjuta-juta suara, yang membentuk harmoni luar biasa.
Suara itu, kalimat agung itu berbunyi : "..laa ilaaha illallaah,... laa ilaaha illallaah,...laa ilaaha illallaah..." Aku pun tenggelam dalam alunan dzikir yang luar biasa indahnya itu. Entah sampai berapa puluh kali atau bahkan berapa ratus kali aku mengikuti dzikir indah itu aku tidak tahu.... Sampai akhirnya aku dikejutkan oleh suara iqamah bilal. Aku mulai menyusun shaf untuk shalat berjama'ah, bersama-sama para jama'ah lainnya untuk melakukan shalat dhuhur... Sesaat sebelum aku shalat dhuhur, tiba-tiba pikiranku melayang kepada kehadiran seorang jama'ah yang pernah shalat di sebelahku yang memberi minyak wangi di sekujur tubuhku dua hari sebelumnya itu. Pandangan matanya, senyumnya, masih begitu kuat tertanam dalam hatiku. Apakah peristiwa yang barusan aku alami selama tiga hari berturut-turut itu ada hubungannya dengan orang tersebut? Atau juga masih berhubungan dengan pengalamanku ketika pergi ke masjid, dimana saat itu setiap langkah kakiku aku gunakan untuk berdzikir? ..wallahu a’lam! Sungguh aku masih bingung... Aku pun berusaha untuk melupakan peristiwa itu, karena imam shalat sudah terdengar mengucapkan takbiratul ihram... Allaahu akbar! Kami semua mengikutinya untuk melakukan shalat berjama'ah. Setelah usai shalat dhuhur, aku baru menyadari bahwa hari itu adalah hari terakhirku di kota Madinah. Dan saat itu merupakan shalat dhuhur terakhir kami di masjid Nabawi, sebelum menuju Mekah Al-Mukaromah. Sesampai di maktab, kembali kubuka buku catatanku. Ku tulis ulang lanjutan pengalaman aneh, indah, dan mempesona yang terjadi selama tiga kali di masjid Rasulullah saw itu. Aku tetap masih merasa heran, dan merasa aneh! Siapakah yang berdzikir itu? Ribuan malaikat? Jutaan partikel yang ada di udara? Atau milyaran bio-elektron yang ada di seluruh penjuru dunia ini? Ataukah suara dzikirnya orang-orang shalih terdahulu yang terekam oleh alam, kemudian pada saat itu terdengar olehku, sampai sebanyak tiga kali? Aku tidak berani mengambil kesimpulan apapun.... Yang jelas, yang terdengar oleh telinga lahirku dan oleh telinga bathinku saat itu adalah kalimat indah: " ...laa ilaaha illallaah... "berulang kali. Bergemuruh, tetapi tidak memekakkan telinga. Bergemuruh, tetapi mendatangkan rasa nyaman di dada. Rasanya baru kali itu aku mendengar dan menyaksikan suatu harmonisasi dari jutaan warna suara yang berbeda, yang menyatu membentuk konfigurasi yang luar biasa indahnya..... Dan akupun teringat sabda rasulullah saw : “Seutama-utama dzikir ialah : Laa ilaaha illallaah” &nb sp; (HR. Attirmidzi, Annasa'i, Ibn Majah, Ibn Hibban) Rupanya inilah puncak dzikir. Pelajaran terindah bagi seluruh makhluk ciptaan Allah. Semua bertasbih! Seluruh alam berdzikir, untuk mentauhidkan Allah saja... QS. Al-Hasyr (59) : 24 Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana... QS. Al Israa' (17) : 44 Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
|
|
|
| |
|
|