Titipan Kalbu


Blog For Free!


Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August

My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Free Web Counter
Free Hit Counter




Memanfaatkan keistimewaan Syaaban
08.27.07 (12:06 am)   [edit]
Muslim digalak bertaubat mohon keampunan, keredaan pada bulan rahmat SYAABAN adalah antara bulan mulia di sisi Allah. Ia bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. Justeru, Rasulullah banyak berpuasa sunat dalam bulan mulia ini di samping menggalakkan umat Islam melipatgandakan amal ibadat. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat sebanyak mungkin seperti mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah pada Ramadan. Adat Jahiliah dulu, orang Makkah lebih mengutamakan dan memuliakan Rejab dan melupakan Syaaban. Sehubungan itu, Usamah bin Zaid berkata: “Aku bertanya Rasulullah Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat seperti berpuasa dalam Syaaban.” Baginda menjawab: “Bulan yang banyak manusia lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada Syaaban akan diangkatkan segala catatan amalan hamba kepada Allah. Dengan itu, aku amatlah suka supaya diangkatkan segala amalanku ketika aku sedang berpuasa. (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa’i). Maksud hadis di atas jelas menunjukkan segala amal ibadat setiap Muslim sebenarnya diangkat malaikat pada tiap-tiap hari manakala amal ibadat Syaaban ini bolehlah dikatakan sebagai laporan tahunan yang disediakan oleh malaikat untuk dibawa ke hadrat Allah. Setiap Muslim wajib menginsafi segala gerak geri, tindakan, perkataan, lintasan niat di hati dan sebagainya akan dicatatkan oleh malaikat tidak kira sama ada yang besar mahupun yang kecil. Hal ini amat jelas melalui firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya Kami mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaf, ayat 16 - 18). Oleh itu, setiap Muslim seharusnya menyedari dan menginsafi betapa ketatnya pengawasan Allah terhadap sekalian makhluk-Nya. Maka, dengan menginsafi pengawasan yang datang daripada pihak malaikat iaitu Malaikat ‘Atid dan Raqib di samping pengawasan secara langsung daripada Allah, mudah-mudahan manusia akan mempunyai rasa kesedaran dan keinsafan mendalam untuk menghentikan dan mengakhiri segala amalan buruk dilakukannya dari satu segi dan juga memiliki dorongan dan semangat untuk melaksanakan pelbagai amalan kebajikan dan soleh yang dianjurkan Islam dari satu segi yang lain. Rasulullah adalah contoh teladan umat Islam dalam segala lapangan hidup, maka mereka digalakkan banyak berpuasa sunat Syaaban seperti berpuasa Rasulullah pada bulan itu. Selepas Syaaban akan dituruti pula Ramadan yang diwajibkan kepada umat Islam berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa Syaaban adalah perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan berpuasa dalam Ramadan sepenuhnya. Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentu kurang terasa kepenatan dan tidak pula terkejut serta berasa berat hati untuk berpuasa dalam Ramadan nanti. Selanjutnya, ada banyak hadis yang memberi perangsang kepada umat Islam supaya mengikuti sunnah Rasulullah. Di antaranya, Saidatina ‘Aisyah pernah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa sebulan sepenuhnya kecuali Ramadan, beliau juga tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa hampir sebulan penuh melainkan Syaaban. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Saidatina Aishah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berpuasa Syaaban semuanya. (Hadis riwayat Bukhari). Saidatina Ummu Salmah pula berkata: “'aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali Syaaban dan Ramadan. (Hadis riwayat Nasa’i). Berdasarkan himpunan hadis di atas dapat disimpulkan Islam menggalakkan umatnya melaksanakan ibadat puasa sunat dalam Syaaban. Lebih-lebih lagi ibadat puasa adalah suatu ibadat yang sangat dituntut dilakukan dalam Syaaban. Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai gerbang Ramadan, bulan ini sudah tentu akan melatih Muslim berpuasa menjelang ketibaan ujian yang berat pada Ramadan nanti. Justeru, ada kalangan ulama berpendapat puasa pada bulan ini disifatkan yang paling afdal atau baik selepas daripada berpuasa Ramadan. Berkenaan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan bulan Syaaban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r a, Nabi bersabda maksudnya: “Allah melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang berzina.” Dalam hadis lain sebagai mana diriwayatkan Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: “Allah memandang makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah (Hadis riwayat Ahmad).” Demikian antara himpunan hadis menggambarkan secara umum kepada berkenaan kelebihan Syaaban yang sungguh istimewa ini. Oleh itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan seperti diamalkan Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat. Yang paling utama sekali, setiap Muslim sewajarnya merebut peluang keemasan yang terhampar pada Syaaban untuk meraih keampunan dan keredaan Ilahi kerana ada hadis menyatakan bahawa Allah sedia memberi keampunan kepada hamba-Nya yang bertaubat pada sepanjang Syaaban yang penuh rahmat itu. Penulis ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
 
Rahmat datang tanpa diduga pada Rejab
08.06.07 (7:14 pm)   [edit]
Rahmat datang tanpa diduga pada Rejab REJAB berasal daripada kalimah tarjib bermaksud kemuliaan atau keagungan. Dikatakan juga kalimah Rejab diambil daripada perkataan Arab ‘aku memuliakannya dengan penuh kemuliaan’. Ada juga pendapat ulama mengatakan Rejab bermaksud berpenat lelah dan mencari stamina kerana banyak kebaikan padanya. Ada pula mengertikan Rejab dengan berulangnya ingatan terhadap Allah dan mengagungkan-Nya. Ia disesuaikan dengan pendapat bahawa malaikat mengangkat suara bertasbih, bertahmid dan mentaqdiskan Allah sempena bulan ini. Segelintir ulama berpendapat Rejab itu dikenali dengan rejam kerana Syaitan dikatakan direjam hingga tidak dapat menyakiti orang beriman pada bulan keagungan Allah. Rejab turut dikenali beberapa panggilan antaranya Rejab al-Mudar, Mansil al-Asinnah, Syahr al-Ashom , Syahr al-Asob, Rejabal-Muthahhir, Rejab al-Fard dan lain-lain. Rejab al-Mudhar merujuk kepada qabilah Mudhar daripada suku bangsa Quraisy. Golongan ini memuliakan bulan Rejab dengan pelbagai ibadat. Rejab juga dikenali dengan al-Mudhir bermaksud memudaratkan iaitu persengketaan dan pertempuran senjata tidak atau jarang kedengaran berlaku kerana kemudaratan berperang pada bulan berkenaan. Rejab al-Mudhir juga dinisbahkan kepada pemimpin jahiliah Rabi’ah bin Nizar yang mengharamkan Ramadan dan menggantikan Ramadan dengan panggilan Rejab. Perbuatannya itu sebenarnya memudaratkan dirinya sendiri. Mansil al-Asinnah bermaksud bulan perdamaian atau gencatan senjata. Lazimnya, bangsa Arab jahiliah yang berbalah, berdendam, berperang dan berbunuhan akan meletakkan senjata mereka sempena kedatangan Rejab yang mulia. Mereka mempercayai wujud kedamaian dan gencatan pada bulan Rejab. Akhirnya, Rejab itu sinonim dengan kepercayaan dan cara hidup mereka. Realitinya, kita turut melihat pada bulan ini kegemparan, kegoncangan dan keganasan sedikit menurun berbanding sebelumnya. Begitu juga dengan fenomena gempa bumi, gunung berapi, tsunami dan beberapa malapetaka membabitkan angka korban yang besar turut menyusut. Mungkin, inilah sebahagian wajah kedamaian tersurat pada Rejab. Rejab al-Ashom bermaksud bulan kebisuan iaitu satu bulan yang tidak kedengaran kemurkaan Allah yang besar kepada umat manusia pada bulan ini. Bahkan pada masa sama, Allah menghapuskan kejahatan, kesyirikan dan kesengsaraan hamba-Nya. Hal ini selari dengan diriwayatkan Imam Ibrahim al-Nakhaie berbunyi: “Sesungguhnya Rejab itu bulan Allah. Padanya Allah SWT melayarkan Nabi Nuh AS dan kaumnya. Baginda dan kaumnya berpuasa. Lalu Allah selamatkan mereka dari ribut taufan dan menyucikan bumi ini daripada syirik dan permusuhan.” Saidina Uthman bin Affan juga menyifatkan Rejab al-Ashom sebagai bulan penyucian harta daripada unsur yang haram. Iaitu dengan membayar segala hutang piutang dan mengeluarkan zakat jika masih berbaki. Anjuran di atas amat praktikal dalam masyarakat memandangkan kita sudah menikmati kenaikan gaji dan menunggu pengumuman bonus sebulan dua lagi. Justeru, jangan diikut prinsip nafsu: bila susah menagih kasihan, bila senang lupa daratan. Dikhuatiri kita tidak mampu merasai keagungan Allah pada Rejab. Bahkan bercerai kasih dengan Allah tiada talak-Nya. Di samping itu, Rejab juga dikenali Syahr al-Asob. Iaitu bulan Allah mencurahkan kasih sayang ke atas hamba-Nya. Ada padanya rahmat yang tidak dapat dilihat dengan mata, tidak terdengar dengan telinga dan tidak terlintas di hati manusia. Ia juga turut dikenali Rejab al-Muthahhir bermaksud bulan penyucian. Iaitu menyucikan dosa hamba-Nya daripada salah silap dosa dan noda. Terutama dosa mereka yang melakukan ibadat puasa. Imam Hibbatullah bin al-Mubarak al-Saqathi meriwayatkan dengan isnadnya daripada al-Amasy daripada Ibrahim daripada Alqamah daripada Abu Said al-Khudri bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang sudah ditetapkan) Dalam Kitab Allah ketika ia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Rejab dikenali dengan al-Ashom. Tiga bulan haram yang berturutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam). Rejab itu bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku. Barang siapa yang berpuasa sehari pada Rejab dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah nescaya dia mendapat keredaan Allah yang besar.” Islam menawarkan kehidupan yang sempurna dan mantap. Di samping kita mempertingkatkan kuantiti dan kualiti ibadat solat pada Israk dan Mikraj, kualiti puasa juga harus dipertingkatkan sempena Rejab. Oleh Syeikh Zamihan al-Ghari, Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia