|
Rahmat datang tanpa diduga pada Rejab
|
 Blog For Free!
Archives
Home
2008 February
2007 December
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
My Links
Sebentar Cuma
utusan_sakinah
Petua
Petua Tiga
Mymasjid.com
Ilmiah
SPA 8
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog


 Free Hit Counter
|
| Rahmat datang tanpa diduga pada Rejab |
| 08.06.07 (7:14 pm) [edit] |
|
Rahmat datang tanpa diduga pada Rejab
REJAB berasal daripada kalimah tarjib bermaksud kemuliaan atau keagungan. Dikatakan juga kalimah Rejab diambil daripada perkataan Arab ‘aku memuliakannya dengan penuh kemuliaan’. Ada juga pendapat ulama mengatakan Rejab bermaksud berpenat lelah dan mencari stamina kerana banyak kebaikan padanya.
Ada pula mengertikan Rejab dengan berulangnya ingatan terhadap Allah dan mengagungkan-Nya. Ia disesuaikan dengan pendapat bahawa malaikat mengangkat suara bertasbih, bertahmid dan mentaqdiskan Allah sempena bulan ini.
Segelintir ulama berpendapat Rejab itu dikenali dengan rejam kerana Syaitan dikatakan direjam hingga tidak dapat menyakiti orang beriman pada bulan keagungan Allah.
Rejab turut dikenali beberapa panggilan antaranya Rejab al-Mudar, Mansil al-Asinnah, Syahr al-Ashom , Syahr al-Asob, Rejabal-Muthahhir, Rejab al-Fard dan lain-lain.
Rejab al-Mudhar merujuk kepada qabilah Mudhar daripada suku bangsa Quraisy. Golongan ini memuliakan bulan Rejab dengan pelbagai ibadat.
Rejab juga dikenali dengan al-Mudhir bermaksud memudaratkan iaitu persengketaan dan pertempuran senjata tidak atau jarang kedengaran berlaku kerana kemudaratan berperang pada bulan berkenaan.
Rejab al-Mudhir juga dinisbahkan kepada pemimpin jahiliah Rabi’ah bin Nizar yang mengharamkan Ramadan dan menggantikan Ramadan dengan panggilan Rejab. Perbuatannya itu sebenarnya memudaratkan dirinya sendiri.
Mansil al-Asinnah bermaksud bulan perdamaian atau gencatan senjata. Lazimnya, bangsa Arab jahiliah yang berbalah, berdendam, berperang dan berbunuhan akan meletakkan senjata mereka sempena kedatangan Rejab yang mulia. Mereka mempercayai wujud kedamaian dan gencatan pada bulan Rejab. Akhirnya, Rejab itu sinonim dengan kepercayaan dan cara hidup mereka.
Realitinya, kita turut melihat pada bulan ini kegemparan, kegoncangan dan keganasan sedikit menurun berbanding sebelumnya. Begitu juga dengan fenomena gempa bumi, gunung berapi, tsunami dan beberapa malapetaka membabitkan angka korban yang besar turut menyusut. Mungkin, inilah sebahagian wajah kedamaian tersurat pada Rejab.
Rejab al-Ashom bermaksud bulan kebisuan iaitu satu bulan yang tidak kedengaran kemurkaan Allah yang besar kepada umat manusia pada bulan ini. Bahkan pada masa sama, Allah menghapuskan kejahatan, kesyirikan dan kesengsaraan hamba-Nya.
Hal ini selari dengan diriwayatkan Imam Ibrahim al-Nakhaie berbunyi: “Sesungguhnya Rejab itu bulan Allah. Padanya Allah SWT melayarkan Nabi Nuh AS dan kaumnya. Baginda dan kaumnya berpuasa. Lalu Allah selamatkan mereka dari ribut taufan dan menyucikan bumi ini daripada syirik dan permusuhan.”
Saidina Uthman bin Affan juga menyifatkan Rejab al-Ashom sebagai bulan penyucian harta daripada unsur yang haram. Iaitu dengan membayar segala hutang piutang dan mengeluarkan zakat jika masih berbaki.
Anjuran di atas amat praktikal dalam masyarakat memandangkan kita sudah menikmati kenaikan gaji dan menunggu pengumuman bonus sebulan dua lagi. Justeru, jangan diikut prinsip nafsu: bila susah menagih kasihan, bila senang lupa daratan. Dikhuatiri kita tidak mampu merasai keagungan Allah pada Rejab. Bahkan bercerai kasih dengan Allah tiada talak-Nya.
Di samping itu, Rejab juga dikenali Syahr al-Asob. Iaitu bulan Allah mencurahkan kasih sayang ke atas hamba-Nya. Ada padanya rahmat yang tidak dapat dilihat dengan mata, tidak terdengar dengan telinga dan tidak terlintas di hati manusia.
Ia juga turut dikenali Rejab al-Muthahhir bermaksud bulan penyucian. Iaitu menyucikan dosa hamba-Nya daripada salah silap dosa dan noda. Terutama dosa mereka yang melakukan ibadat puasa.
Imam Hibbatullah bin al-Mubarak al-Saqathi meriwayatkan dengan isnadnya daripada al-Amasy daripada Ibrahim daripada Alqamah daripada Abu Said al-Khudri bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang sudah ditetapkan) Dalam Kitab Allah ketika ia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Rejab dikenali dengan al-Ashom. Tiga bulan haram yang berturutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam). Rejab itu bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku. Barang siapa yang berpuasa sehari pada Rejab dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah nescaya dia mendapat keredaan Allah yang besar.”
Islam menawarkan kehidupan yang sempurna dan mantap. Di samping kita mempertingkatkan kuantiti dan kualiti ibadat solat pada Israk dan Mikraj, kualiti puasa juga harus dipertingkatkan sempena Rejab.
Oleh Syeikh Zamihan al-Ghari, Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
|
|
|
| |
|
|